Followers

29 Jan 2015

Boleh Hidup ke Jual Menda Selekeh ni?


Lumrah manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. 
Rambut ai blonde.

Tak semua hati sama macam kita.
Even kita sendiri pun, belum tentu suka semua orang. 


Jika terkenangkan aku yang dulu, yang bukan siapa-siapa. Terperuk di kediaman berpagar kebal, siap pak guard bersenjata, namun kawan tiada.

I mean, kawan ada je, cuma tak ramai la yang genuine. 

ALhamdulillah, dah 5 tahun aku bersama Prudential. 
5 tahun weh rasa macam sekejap je. 
Dalam tempoh tu, memacam la nampak. 
KAwan datang dan pergi.
Sahabat, ada biarpun tiada di sisi.
Teman... Bila lapar boleh dipanggil-panggil ajak makan. HEhhe..~

Tadi, tergerak plak hati aku nak wasap si Haida. 
Tengah kelas makcik tu. 
Ntah kelas apa ntah tua-tua ni.
HEHE
pAdahal aku pun dalam kelas gak tadinye. 

BErtanyakan khabar.
KAlau dulu, kami bersembang berguling berdua- dia berkain batik dan bertshirt yang aku pasti, dia masih gemar berkain batik, dan aku pulak berbaju kelawar. 
Aku mula berkerjaya sebagai Perancang Kewangan lebih dahulu dari dia. 
MAsa tu, dia jadi taukeh bantal kekabu. 
KAlau masuk umah dia, bersalji je. 
Sapa ada asma, takleh masuk. 
HEhehe..
So, dia kalu nak lepak, dia akan gi umah aku yg terletaknya di tingkat atas.

Senang je gi umah aku.
Dia amik tuala, letak atas kepala, pehtu dia pun naik atas.
KAlau asben kami masing-masing takde, mmg gitu jela dressap dia. HIhi..


Tu throwback la.

Tadi, aku soh dia update gaji bulanan dia.
Memang berganda-ganda la daripada masa awal-awal dia jadi tauke kekabu, pehtu jadi makcik urut...



"Juai kopi je pun..." katanya.



Yeahh..

Juai kopi je pun. 
Orang pandang lekeh saja.
KAmi ingat jelas bagaimanan lekehnya pandangan 'masyarakat' kat si penjual kopi.
AKu ni plak, jual insuras.
LAgi la lekeh.
Sapa yg suka?


Tapi, apakah pekerjaan yg kami buat itu tak penting.
APa yg kami jual pun, sebenarnya tak penting sangat.
KAlau bijak otanya, taik kambing pun leh juai kann..

Tgk...kambinnnn jugak kena. 


Kesudian dan kesanggupan kami menongkah duri, panah, taik, dan segala....
Buat kami bertahan sampai ke la. 
Haida, melepasi target 3 tahunnya.
Aku, alhamdulillah. MAsih lagi melata-lata di bumi Allah dengan tugas aku.
Kopi Ungu tak pernah takde dalam henbeg.
Setiap kali aku koyak plestik , nak minum, aku ingat lagi macam kami tergolek atas tiilam depan tv macam ikan paus biru baru lepas beranak. 

MAsa tu, melenggak habih.
TApi, poket kosong.
Glemer je sikit.
Sebab... asben pegawai. 


"Juai kopi je pon. Boleh kayakah?"

Haida selalu ulang-ulang soklan perli orang sekelilingnya bila time kepala dia masuk ayaq.

Sama gak la cam haku..

"Juai insurans pun leh hidup ke?"

JAwapannya...
Hidup lagi la aku. Siap boleh bela anak-anak aku , dan sekolahkan depa dengan jayanya. Sorang-sorang ok~ 


Ke mana 'masyarakat' yang gelak-gelak siap ngumpat kutuk kami dulu, taktau dah.
TAkde bunyi dah.
KAlau ada pun, buleh dengar bagai angin lalu je. 
Tiada siapa boleh berkata-kata lebih.
Mereka cuma menanti kita tergelincir saja, maka kembali 'bersemangat'lah mereka utk berkata-kata semula.


Hidup perlu usaha.
Setiap tugas itu ibadah. 
Kita berniaga untuk memberi manfaat.
Bukan mencipta jerat.
Sekiranya kita brjaya dengan apa yang kita buat, serulalah yang lain untuk turut berkhidmat.
Berkongsi setiap perkara, ilmu dan fakta bermanfaat.
Biar sedikit untungnya, tapi hasilnya berkat. 


"Juai kopi je pun. Kena bayaq cukai.."

Bukan calang-calang ok. 

AKu saja ingatkan HAida...

Yang juai kicap camana pulak?

"Juai kicap je pun..."

Tapi, rumah mana yang takde kicap? Habaq mai sat?

Hina ke orang juai kicap?


MAka,stand tall wahai rakan-rakan ku...
HAri ini, aku berbual seketika.
MEskipun, bisnes kami tidak sama produknya...
Tetapi, misi kami lebih kurang saja. 

APa saja dibuat dengan kasih sayang, hasilnya akan tercipa juga.
JAngan gopoh saja. 


Saya sayang client-client saya.

Dan HKCC.... Always Spread Love Together. 

KAn Kan KAn...





Semua perniagaan memerlukan modal.
Bezanya , modal kecil ke besar.
No such thing is keluar modal besar, goyang kaki lebih. 
TAkde.
Modal besar atau kecil, yang PALING BESAR KENA KELUAR ADALAH TENAGA.
LAgi besar cita-cita, lagi besar pulak PENGORBANANnya.

Itu pun consider Modal jugak tau. 

KAlau ada yang buat bisnes tanpa modal, Tony Fernandez pun tak kebuloq nak bukak syarikat kapal terbang kot.
 

sekian dari 
aku yang selekeh...







Photobucket

26 Jan 2015

Nostalgia ROTAN



Giler popular isu nih





 Entah la samada undang-undang ini disambut baik atau tidak. 
YAng pastinya, aku boleh bayangkan hidup kanak-kanak sekarang lebih 'ceria' tanpa sesuatu yg menarik untuk diceritakan kepada anak cucunya bila dia besar nanti. 

Pendek kata, anak-anak zaman kini dibesarkan tanpa punishment yg legend, yang mampu menggerunkan sesiapa yg mendengarnya.
Bosan siot!






 AKu pun tak berapa nak sure apakah hikmah rotan tu secara psikologinya. 
YAng aku tau, bapak aku memang suka betul dengan rotan.
Agak-agak , bila aku wat statement gini, bapak boleh kena tangkap polis tak?
Tapi, bapak polis kot?


AKu sampai nak call teledera la, sebab bapak ni, betui pun dia sebat. Salah lagi la dia sebat.
Yang pastinya, kalau dia nak sebat, dia sebat je. 
KAlau dia tak sebat, dia baling je ngan apa yg dia sempat capai. 



Nostalgianya hukuman bapak-bapak kita dulu, mampu membuatkan kita tersengih dalam keperitan. Kan?
Walaupun aku tidak mendidik anak-anak menggunakan pendekatan merotan, tapi rotan ada je kat rumah. 
Sebagai senjata tambahan ...katenyee.....


Masih ingat lagi tanggungjawab khas yang bapak aku bagi masa aku di sekolah rendah. Dulu, bapak aku suka betui membela menatang (binatang). Dan kegemaran bapak sejak dahulu hingga sekarang adalah bercucuk tanam kat tepi rumah yg ada tanah sekangkang kera tu.
KErja aku ngan adik aku, Angah masa tu, pagi sebelum pegi skolah, SIRAM POKOK. 
Petang , balik sekolah atau lepas main kat luar, SIRAM POKOK. 
Senang je kan?
Kerja cenggitu mudah pun, kami ni punya la ngelat.. sanggup tak siram pokok.. tapi siram simen je kat tepi umah tu. Kekononnya, bagi basah je la. 
Lupa plak la yang bapak tu lama idup dari kitorang. 
SImen basah.
Daun tak basah dehhh...~

Sampai tempoh, bapak tengok dedaun pokok dia kuning je.
Dehidrate siap!
HAHAHAHAHHA...
MAkanya, bapak panggil la interrogation. 
Tu pun ngaku siram hari-hari.
Pelik tak, siram hari-hari, tapi pokok mati?

HApe lagi...
KEna la libas ngan rotan nipih tu atas kesalahan Tak Siram Pokok dan Menipu. 
2 kali sebatan, MANDATORI beb!


Antara kesalahan lain yang boleh mengakibatkan hukuman rotan biasanya MENIPU. 
Bukak file TIPU ni meliputi banyak aspek kalau korang nak tau.

MEmbesar ngan bapak ni, pantang dia TV.. 
Dia sangat tak suka TV

JAdi, kalau time dia balik kije tu, dia tengok kami ni bergelimpang tengok TV, sat lagi mai la 'dengki' dia tanya kami dah wat homework ka... Dah siap ke translation yang dia suruh. HAa.. bapak dulu ajar omputih pakai translation. HAri-hari kena wat. 
Walaupun benci sampai tahap nak lari rumah dan nak tukar bapak lain, tapi sudahnya Bahasa Inggeris aku A kot... SIap merata-rata alam pi.
 LAni, keja suma kena cakap omputeh ja. Tu bapak punya kerja la tu!

Citer pasal pantang bapak ngan TV ni, demi takmo kena rotan ngan dia kalau kami tgk TV... agak-agak jam nak dekat pukul 5 ptg je, kami tutup la TV tu. 
Sebab, dulu kan pakai TV bengkak. KAlau pasang lama-lama, TV tu panas kat bontot dia kan?
Bapak kau polis kot.
Ko nipu la kot mana pun, tewas jugak. 
BApak balik, bapak raba-raba TV tu. 
Dia rasa suhu TV tu melebihi kapasiti dari biasa, kami akan dipanggil untuk soal-siasat lagi sekali. 
Dan lepas tu, kena la libas sorang sedas.

KAlau cam haku, disebabkan aku ni yang sulung dan berhati waja, kalau kena libas, aku diam je la. KAlau aku nangeh, lagi bapak libas.
YAng si ANgah pulak, habit dia suka nangeh. PAstu, bila kena rotan, dia lari keliling rumah plak. BApak aku ni dulu, kuat bersukan......
DIa selalula main kejar-kejar ngan Angah. Satu taman kot boleh dengar Angah jerit kena rotan. 
Aku rasa jiran belakang umah pon boleh buat buku log setiap kesalahan , waktu hukuman dan berapa libasan sekali , sebab dia pon dengaq sama kami terpekik terlolong selalu. HEHehe..~



Berikut adalah kesalahan-kesalahan lain yang menyebabkan hukuman rotan dikenakan:

- meninggikan suara especially kat mak.
-tak menyahut bila dipanggil. Kena panggil sekali atau dua je... MAsuk kali ketiga bapak mai dengan rotan.
- makan nasik tak habih. 
- makan memilih. tak makan itu dan ini adalah dilarang sama sekali! Apa yg mak masak, semua kena makan.
- tak kemas meja dan basuh pinggan lepas makan. 
- tak cuci bilik air
- membuli mak yakni tak basuh baju sekolah dan kasut sekolah sendiri.
- menyampuk time orang tua sembang. HAaa.. yang ni tak kena on the spot. KAlau jadi kat umah orang, bapak tangguh sampai masuk kereta. Dalam kereta pon bolehhhhh~......
- tak menghormati tetamu yang datang. 
- tak hafal sifir
- terlebih-lebih seronok sangat bila main ngan kawan atau sepupu sampai tak mau balik rumah. 
- bergaduh sesama adik-beradik. 
- takut tanpa sebab musabab yang khusus. so, dulu ko jangan cakap ko takut lipas atau hantu. Dan dan tu jugak hukuman rotan siap kena berdiri luar rumah tengah malam dikenakan. 



BAnyak la.

HHehe..

Sebab tu aku membesar dengan kuat dan sihat.
Dan aku yang terpaling ganas dan kental dalam pemili. 

AKu rasa bila makcik-makcik aku baca entry ni pon, depa gelak kot.


YA... PAkcik Jalil memang garang. 
 Oni pon takut.





Aku memang tak setuju lansung hukuman merotan kanak-kanak itu satu kesalahan jenayah. 
Maybe, boleh diletakkan level rotan tu.
Camana gaya merotan dan had umur kanak-kanak yang layak di rotan. 
YAng merotan sampai jadi kesan deraan tu,itu memang jenayah. 

Ni yang rotan sebab malas mengaji, malas solat... MAlas basuh berak sendiri, menjerit-jerit kat tempat awam sampai tarik rambut  ngan tudung mak dia..
Yang tu aku rasa, memang tahap sesuai kena rotan kot. 
Aku pernah tengok budak darjah 3 tengking mak dia sebab Mak dia tersalah beli kotak pensel kat supermarket.
Gila toi.
MAk dia leh wat diam je. SIap tunduk. 
Yang bapak dia plak bleh cakap "takpe..nati bapak beli baru."
Itu..dapat kat aku....... SELAMAT aku wachaaa kan.


Oni kata  "Ibu garang." 


Rotan itu sebagai salah satu cara mendidik.
BUkan satu-satunya cara untuk mendidik ye. 
 



Photobucket

17 Jan 2015

~takde keje la ni namanya~


Yeehaaa...

Sabtu sudah ye.
Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu kedua dalam dalam tahun 2015. 
Dah seminggu dah aku melalui hari-hari persekolahan dengan Oni dan Najwan.


Banyak ujian kecik yang aku lalui minggu ni. 
Menguruskan anak-anak di pagi hari tak susah. Tapi, menguruskan orang yang dipertanggungjawabkan mengurus seketika anak aku di kala aku perlu kerja, hmmmmmmm... Never ending story lah bab ni. 
Cuma mampu mohon Allah mudahkan urusan kami anak-beranak.

Alhamdulillah, anak-anak jenis tak susah bangun tidur.
Setakat la ni, takde lagi morning tantrums.
Oni kalau bangun dia akan tanya "hari ni hari apa?"
Jika sebelum ni aku ada masalah ingat hari, sekarang ni, aku kena paksa ingat sebab nanti dia akan tanya. 
Dulu, masa di Alor Setar, hari Ahad adalah hari sekolah. 
Di sini, hari Ahad adalah hari tak sekolah. 
ONi tanya jugak apesal jadi gitu. AKu cuma cakap... "dah cikgu cakap macam gitu... kita ikut je apa cikgu cakap."

HAAA~HAHA

HAri Jumaat , dia demam. Tetiba suhu badan jadi 39. 
MAybe sebab ada budak sana pun dok demam kat sekolah. 
Tapi, Oni masih bertenaga lagi.BAtuk-batuk jela. 
Petang tu, aku dgr batuk dia dah macam bunyi brek ketapi. Terus bawak gi kecemasan. Tapi, hari tu, maybe ramai sangat oran-orang yang cemas, maka aku yang tak berapa nak cemas ni mengundur diri. BAwak dia gi klinik kanak-kanak aje. 
Aku cuma nak amik nab. 
ALhamdulillah..pehtu, ok dah. 


Kerja aku berjalan seperti biasa. 
Sebolehnya aku kurangkan outstation untuk minggu-minggu terawal sebab sekarang dah takda pengasuh di rumah. 
KAlau dulu, ada Linda. 
Kelas masih ada. Rabu malam dan Jumaat malam. 
Memula aku kawtim ngan pengasuh biasa Oni , nak tinggalkan kat dia. 
Tapi, lepas dah start sekolah, dan dikaji lebih mendalam... cam mostahel je aku nak ulang alik gi tinggal kat dia. 
JAdi aku reserve jelah untuk kes outstation yang memerlukan aku tak boleh balik rumah. HEe..
Mujurlah Taska tempat Oni dan Wawan duduk tu, leh OT. 
Bayaq ikut jam. 


I noticed something about my kids..
Wawan la especially.
He is 4 now. 
Dia ni makan tak brenti.
2 jam sekali mesti mintak roti. 
Stok roti kat umah cepat habis, lebih cepat dari kebiasaan.
Untuk Wawan sorang, sebuku rori GArdenia tu pon dia leh abihkan dalam masa 3 hari jek. 
Oni plak, sejak skolah ni aku kena siapkan bekal.
Kekadang je dia nak roti.
Skang aku stok banyak frozen food dalam freezer untuk kepelbagaian sarapan di sekolah. 
Tengahari, dia makan di Taska pulak. 
Stok telur kat umah pun upgred. 
Selalu 10 bijik tahan 2 minggu.
Kena letak 20 bijik dah lani, baru aku leh bertenang. 
Huuuu~
Bebudak dan teloq memang kamceng ek?
 


Ujian paling maveles minggu ni ialah 

Ujian Peti Ais rosak.

TAk sampai setahun lagi peti ais tu tau. 
Aku syak 'siti nurhaliza' gigit tang mana-mana organ peti ais tu. 
HAHAH.. serkap jarang lak.
Sebabnya, bahagian freezer, ok je.
YAng bahagian bawah ni. Tempat letak telur... Letak sayor..Letak segala macam jajan yang ado. 
Sian anak aku. 
Takleh minum air sejok.
Hehhehee..~


Oni dah pandai basuh kasut sekolah sendiri.
Ehhehe..
Excited cuci kasut sekolah.
Dah besar dah anak aku.
Tapi, cengengnya nya tetap number 1.
Rimas kekadang tau!
Suma menda nangeh. 
TAk habih nasik, nangeh. 
Tak nak roti , nangeh.
Ibu tak bukak 611, nangeh jugak. 

NAk nangeh jugak laa cani..~ T_T~




 


Photobucket

12 Jan 2015

Bila KJ Sound Setepek Buat Si Penggila Kpop, Aku Sentap.








Kijam toi ayat ang KJ.
TAk hagak-hagak.
Seb bek ang cakap bahasa melayu.Kalau tulih bahasa korea, mau kena bom.
Hikihikhik..


Tumpang sedih dengan kewujudan gambar gadis-gadis Melayu kita ,bertudung dan semestinya beragama Islam , diaibkan atau maybe 'teraib'kan diri sendiri tanpa sengaja.

Lebih teruk when those pics went viral.
Kasihan kamu Adik-adik...

Well, tak jauh beza pun zaman dulu ngan zaman la ni.
Cuma agak teruk sebab skang henpon suma berkamera.
Kalau dulu, time konsert yang ada kamera cuma anak orang kaya je.. dan yang boleh ambil gambar di barisan depan cuma lah wartawan majalah dan surat khabaq. 
Jadi, di era kita remaja, kita 'terselamat' dari sebaran gambar seperti ini. 

TAkleh nak kata 'nasib baik aku tak minat Kpop' . 
Then, kita kutuk plak orang lain yg minat Kpop dan bermimpi-mimpi nak berpakwe kan artis Korea, sebab kita tak termasuk dalam golongan tu. 
Tapi, zaman kita dulu adalah zaman Bollywood. 
Jangan kau lupa Jemah!!!

Cuba masa dulu Hrithik Roshan tu masuk MAlaysia... dalam rancangan realiti sehebak RUnning Man. 
Hmmmm... Hmm..Hmmm...
(Jap, imagine...)


JAngan dibandingkan pulak dengan aku.
Aku dulu di zaman remaja, aku berangan berpakwe kan Power Rangers sahaja. 
Sebab dalam dunia aku,real man memang tak wujud.
Even now kot.
Kikikikiki..

So bila aku tengok Tweet KJ yang jujur amat tu, tersemboq jugak la ayaq aku minum.
Siyes lawak.

Dalam rekod kehidupan aku, setakat la ni, tak ada lelaki pale, skinny and pretty yang berminat. 
Yang ado cuma yang tak berapa nak tall sangat, dark tu mmg dah, dan mostly tak hensem. 
Maybe kena mandi bunga pehni.... Tskk..Tskk..







BAgaimanapun, setakat lelaki Kpop itu, apelah sangat weh.
HAri-hari aku peluk cium kot. 




-ni-

 
 
 Nih dia Najwan atau lebih dikenali sebagai Najwan-Awk-Kat-Mana.
Kpop gak ni.
Cikgu cakap gitu.
Menjadi rebutan ramai awek kat skool pada ari nih.


So, sian la gegadis yang kena peluk ngan si Kpop tu. 
Aku, hari-hari peluk, bawak gi tidur. Siap kena basuh berak dia lagi.
Ngeee....



 
 Macam mana NAjwan first day at school?



Cikgu kata, dia macho saja. 
Maybe sebab dia dah biasa gi taska. 
Memula , dia diam je. 
Tapi, kendian first sentence yang keluar dari mulut dia adalah...

"Awak kat mana.. Awak Awak kat mana???"

Itu le pasai Najwan dikenali dengan nama Najwan-Awak-Kat-Mana tuuu...

Hai la anak.


Ibu tak pasang pun lagu Awak Kat Mana tu tau.
Ari tu dengar sepupu-sepupu dia la sebut sepanjang hari.
Skang dah jadi ice breaker dia kat mana pun.
NAk ngorat awek pun, dia guna ayat tu jugak.
Adoi!


cemana aku nak Tall, Dark and HAndsome kan anak aku ni?
Tak ikut spesifikasi KJ lak. hik~


 Pendirian dan pandangan saya tentang kes gadis dipeluk artis Kpop?


"
"
"
"
"


Saya tak pandang ke gadis tu. 
Menda dah lepas.
Saya pandang hat kedepan ni.

Semoga kita semua mengambil ini sebagai peringatan dan pengajaran.
Yang Halal, kita mudahkan.
Yang tak syariah compliance, kita tinggalkan. 
Tinggal terus lebih bagus. 






Photobucket

Angkut-Angkut



Sabtu di minggu lepas, sekali lagi Geng Kebuloq Semedang buat aktiviti menyihatkan badan iaitunya...

Angkat perabut. 


Ceritanya, si Jijin nak letgo barang umah dia yang masih berkondisi elok. Dia kata, laki dia tak bagi beli perabut selagi dia tak clearkan rumah dia dengan perabut yang sedia ada itu. 
Maka, Jijin memerintahkan kami pakat-pakat pilih nak perabut apa, dan angkut sendiri perabut tu gi ke premis masing-masing.

Alhamdulillah, bebarang yg dia nak letgo tu, aku pun perlukan sebenarnya. 
JAdi, aku sukalah. YEy!
+nadea ramly aka Ai pun dapat gak sebijik dua.

Alkisahnya,udah nak perabut, kena la cari masa nak angkut kan.
Dah namanya pon perabut, maka bukanlah kecik menda-menda tuh.
TApi, tak de la banyak sangat untuk membolehkan kami sewa sebijik lori. 

MAkanya......

Ochobot la jadi sasaran. 

Selalunya, kalu bab angkut ni, memang aku la.
Ntah pasepa ntah (bebuat tanya la plak dahhh..)




Memang takde jejaka dalam citer ni sebab MEMANG TAKDE.
Haa... nilah dia natijah jadi isteri tentera ye.
Siannn depa kan?  HEheheheh~
Silalah ramaikan kawan dan kawan yang anda ramaikan tu pastikan la yang berguna di masa-masa begini. 
Nih antara contoh situasi lani.

LAki depa kena gi belayaq ke lokasi yang tidak dinyatakan pun. 
Nak tunggu laki balik tolong selesaikan kerja, memang berjanggut la. 
Daripada tunggu, baik la buat sendiri.
Kebaikannya, masa yang korang habihkan menunggu tu dapat dimanfaatkan untuk buat kerja lain plak. 

ok..berbalik kepada cerita tadi.
 

So, kami hangkut la satu persatu barang ke atas Ochobot. 
Buat beberapa trip. 
LAst sekali, masuk pangkalan , ke rumah Ai.
Selamber ajelah wanita-wanita itu berada di belakang Ochobot tolong jaga kusi meja tu. KAng terabur plak jadi satu hal nak ngutip. Dah le cekeding-cekeding sume. 
Seb bek JPJ tak kejar. HAHAHH~

Silalah jangan buat selalu ye.


Gambo aku takde sebab aku yang menangkap gambo.
Dan aku lah driver.
Biasalah... akukan transporter. 





Wajah riang dapat sofa baru


 Lepas selesai loading barang, kami pi pasar malam pulak. 
Sian Najwan sampai terlentok-lentok tidur.
Letih gamaknya mengikut wanita-wanita keluar jenjalan. 

Gitulah wiken aku dihabiskan kali ni. 
Huu~

Sakit pinggang.
Sape nak tlg urut?


Photobucket

ONI DAH SEKOLAH



 Wahh...

Pakat-pakat post status ngan wat entry anak gi sekulah ye?

HAAHAH..

ANak kite baby lagi.
Tecik lagi.
Takyah skolah...



Kekkeke..



Oni adalah baby , di hatiku. 
Tapi, hakikatnya, dia sudah 6 tahun.
PErsiapan persekolahannya biasa-biasa saja.
Serileks bondanya. 
Bonda hanya mempersiapkan jati diri dan fizikal. 

Cuma, semalam dia emo sebab aku tak mau teman dia tidur. 
Cengeng sikit sejak tak berapa sihat seminggu dua ni. 
Kulit dia yg terlampau sensetif tu , luka . Dan ada plak tabiat suka kopek luka (macam Ibu jugak). So, kena wat penjagaan rapi sikit. 

Itulah... nak pesan.
MAsa pregnant jangan dok eksaited sangat minum susu soya ye. 
Kulit anak sensetif gila.
High maintenance gitu. 


Tak susah kejut dia bangun. 
Maybe sebab hari pertama kot. 
NAjwan pun senang. Taklong dia mangkit, maka mangkit la dia sekali. 
Anak dara I dah besau you know. 
NAk bekfes pun, dia sapu sendiri ajelah peanut butter atas roti dia, dan Najwan. 
Ibu berdikari dah ajar kan?

Cuma aku masih lagi tak pernah bawak anak-anak gi shopping betiga-tigaan. 
Oni ok.
NAjwan je tak ok. Sebab dia ada kemampuan bergolek-golek keriangan atas lantai shopping mall. 
BUkan saja lantai shopping mall, kalu dia rasa dia nak golek kat jalan raya or tapak pasar malam, pun dia akan berbuat demikian. 
BUkan tantrum tau.
Tapi, mmg habit dia gitu. Terlebih konfiden sangat. 
Aku takleh nak dukung semedang mamat matsaleh celup tu weh. 

Kekadang, kengkawan teman aku gi beli brg.
Tapi, kebiasaannya, aku tinggal umah pengasuh je sampai petang. 
Uruskan lah hal-hal brg dapur semasa depa suma takde. MAlam tu, nak urus anak-anak aja. 

Terima kasih kat As, teman jaga anak-anak aku dalam kereta sementara aku gi beli kasut sekolah si Oni. 
As pun ada anak lebih kurang Oni gak. Naurah nama dia. 
Semalam, bawak suma anak-anak gi gunting rambut.
Ngan rambut NAjwan sekali kena gunting.
Sian Wawan.... Kengkawan dia ramai perempuan. Haih~.
Seb bek ada Ibu yang separa ganas nih. Hihihihihik. 


 



Oni kita dah jadi gegirl.
HEhehehehahahha...
Sebenarnya ibu jari ONi masih luka penangan kasut princess yg dia pakai masa kenduri kahwin Mak Andak dia. 
Tapi, dah boleh berkasut la. 
Sejak kes kasut makan tuan tu, Oni dah bersumpah takmau pakai kasut princess da. 
Dia cuma nak pakai kasut macam Ibu je. 
Noh, amek satt. Jenuh cari boots utk beliau. 

Dah takde sangat sebut Frozen lepas kes kasut tu.
Udah aku kata, sekali lagi dia sebut Frozen, aku frozenkan dia dalam esbox (peti ais). TAkut teruih..~
LAst sekali aku beli cadar Elsa dan Anna je lah, habuan nak suruh dia tido dalam bilik sendiri. 
Tapi, subuh tu, dia cari ketiak ibu gak.


Gambo Najwan takdo lak hari ni.
Tadi, dia pakai baju tido je gi taska. 
BAwak beg skolah. 
Alhamdulillah, urusan sekolah dan transit Oni dipermudahkan. Oni pun ada kawan. 
Untuk NAjwan pulak, urusan taska nya pun ok.
Semalam, aku begkan baju depa utk seminggu siap-siap bagi cikgu. 

"Ibu nak hantar Oni gi sekolah ke, nak hantar Oni balik umah Atok?"tanya Oni.

"Gi sekolah..."

"NApe bawak beg besaq?"

"Boh siap-siap baju Oni. Takyah la heret baju sampai berat beg hari-hari...." jawab aku.

"Ooooooooooooooooooooooo.."

Panjang OOO nye. Ntah paham ke idak aku cakap tu. HAHAHAHAHA !


Tunggu la petang kang kalu nak gambo depa ek.

Alhamdulillah.
Dengan bersekolahnya mereka, maka aku pun boleh bertugas seperti sediakala.








Photobucket

8 Jan 2015

Pengurusan Selepas Perpisahan


 Break up untuk Si Bujang. 

Contoh:





Penceraian , lebih kurang sama jugak macam Break Up, tapi untuk orang yang Dah Kahwin. 


Ehh.. Yang ni dah cerai ke belom?


Gambaq lain pelis...

 



Takde sapa yang suka perpisahan.
Tapi, qada dan qadar itu adalah salah satu daripada Rukun Iman yang turut menyempurnakan Islam kita. 
Kena terima beb. Cheee.... beb! HAHAH


There are always way to heal. 
Walaupun perit , tapi percayalah... It will pass. 
Kesedihan, keperitan is temporary, if we choose to make it temporary. 


Now, semua orang tau Penceraian or Break Up itu satu menda yang menyakitkan, mengambil masa untuk pulih, yada yada yada...  
Ada yang memilih untuk makan panadol sepapan sebagai 'meraikan' break up itu. 
Ada jugak yang bijak sikit, gi ganggu kehidupan bekas pasangan.
Ada jugak yang memilih untuk tak buat apa-apa, just move on. 



PErsoalannnya...

Camana nak handle perpisahan itu?




These are some methods I used to do 

* Jangan tanya soalan camni " kenapa sakit sangat hati aku ni?" Atau bermadah pujangga "Andai cinta ini menyakitkan, bawalah ia pergi dari hatiku....."
Kerana memang takkan ada sapa yang berani menyahut malah menjawabnya. 
PErcayalah. 
KEsudahannya, orang akan cakap "semua tu adalah ujian, yang diturunkan ke atas hamba-Nya yang Dia sayang. 
YES!
Betul. 
So simpan siap-siap di jiwa yang kau insan terpilih. 
YAng berusaha memujuk kau tu pun have no idea whats going on and what have you been through sampai terjadinya perpisahan. 
Orang yang ada cuma boleh pujuk je.
Balik rumah, masuk bilik tidur, kau kena pujuk pulak diri sendiri. 


What you should do?

MENANGIS. Ia adalah reaksi biasa bila sedih. 
Jadi, menangislah. 
Adalah normal untuk berasa marah, sedih, letih dan kemudiannya pening sebab nangis berjam-jam tanpa henti. 
Dan mungkin pitam, sebab tak makan berhari-hari. 
But then, kena ingat yang satu hari kamu kena bangun jugak kerana KAMU BUKAN HIDUP DI DUNIA INI UNTUK KAMU SEORANG. 
Bagi yang bercerai dan punya anak, PERJUANGAN BELUM SELESAI. 
Jangan ambil masa lama untuk meratap. 
Ratap sejam je. PEhtu, sambung keje balek!!
AHAHAHAHAHAH *lawak tak senonoh plak dah. 



*Penceraian adalah satu proses perubahan hidup yang memberi tekanan. Tekanannnya memang sangat dasyat.
Salute kepada mereka yang divorce, especially yang ada anak-anak kecik. Perjalanan mereka sangat tak senang. Banyak ranjau dan duri. 
TAk kiralah si yang bercerai tu banyak duit ka, sikit duit ka..
Bear in mind, duit tak boleh beli masa. 
Tapi, kita perlukan masa untuk mencari DUIT. 
NAk sara hidup pakai apa?
Duit kan?


WHat you should do?


BEri masa untuk diri anda. 
Like myself... I was very lucky that my family and also friends gave the best help that  they could offered. 
MAsalah paling utama aku adalah PENJAGA kpd anak-anak aku sementelah aku ni kena gi kerja. 
Walaupun bekerja ikut masa sendiri, tap time nak gi kerja aku takleh nak 'rembiang' atau dalam bahasa baku nya BAWAK anak tu sekali , ye dak?

Aku belum kaya lagi. 
Jadi, bantuan adik-adik yang aku perlukan. 
Kekadang, Mak ABah amik Oni dan Wawan untuk dijaga. 
Tapi, kalau depa amik, maka aku berpisah berminggu jugak la ngan anak-anak itu. 
Sedih..
Pengorbanan jangan cakapla.
Huwaa...~

But, look at the bright side of it. 
At least aku ada ruang untuk membina balik apa yg runtuh. 
MAsa membina tu, anak-anak bawah umur takleh ada... Sat lagi dia main drilll la.. Paku la...
JAdi, bila rumah dah siap, barulah kita bawak depa masuk. 
Gitulah metafora nye. 



*CAri kawan yang boleh memberi TENAGA kepada kamu. 
Jangan cari kawan yang memberi tenaga sementara. 
Time-time jiwa kacau ni lah hawa nafsu bermaharajalela. Hakikatnya, keseronokan bersifat duniawi memang sementara sahaja. 
Aku tak kata yang tak boleh berseronok dan bergumbira ye. 
Boleh, tapi dgn cara yang betul.
Alkohol, dadah , ubat-ubat yang tak sesuai bukan jalan penyelesaiannya. 
IAnya cuma sementara. 


*JANGAN MALU meminta bantuan. 
JAngan tanggung sorang. Reach out for help if you need it. Of course, hubungan dengan orang kena jaga. Masa ni lah kita akan tahu, kita ada banyak kawan atau banyak lawan.
BErsyukur , jika ada yang bantu. 
Tetapi jangan mencela mereka yang tidak boleh membantu. USah difikirkan sangat kenapa mereka taknak bantu . Anggap saja Allah belum izinkan  mereka berbuat demikian. 


*PErpisahan adalah satu proses Pembelajaran Tentang Kehidupan
Itu cara berfikir dengan positif. MAybe some of my close friends nampak aku cuma trsenyum dan tersengih bak kerang busuk. Semestinyalah time aku nangeh aku tak kuar rumah tunjuk kat dunia "LIHAT LAH DUNIA, AKU SEDANG MENANGIS SEKARANG!!"
Gila ka?
But, aku bersyukur sebab aku dikira 'terselamat' dari kehidupan yang memeningkan berbanding beberapa orang yang masih lagi 'stuck' dengan kehidupan mereka yang beranjau dan berduri. 


*Kehidupan selepas penceraian itu susah, adalah MITOS yang kita sendiri letak dalam minda. 
IAnya SUSAH, kalau kita fikirkan begitu. Jadi, jadikannya tak susah. Kebergantungan hidup hanyalah pada Allah SWT.  Sentiasa bersangka baik dengan Sang Pencipta. Allah tak pernah kejam dengan hamba-hambaNya. 

What you should do?

SENYUM. 
Bekerja seperti biasa. 
Sentiasa terbuka untuk perkara baru. Inilah masanya untuk kita menjadi lebih adventurous. 
The world is out there for us to explore!


 
APa yang aku belajar dari perpisahan lampau?

Banyak. 

1- Hope and Expectation are two different thing. My mistake was , I expected too much, less hope. Now, I expect less. In fact, I do not put expectation on anything at all. but I do HOPE and PRAY. Cara cemtu buat kepala otak aku tak pressure. 

2 - Kita boleh letak air depan kuda, tapi tak boleh paksa kuda tu minum. 

3- If we want others to CHANGE, we must CHANGE first. Our action will then give the RESULT.  Apa yang aku belajaq dari menda ni..?

Aku dah buat apa yg boleh dalam kemampuan aku sebagai wanita comel lagi kiut untuk menjayakan kehidupan rumahtangga aku but then, tak berhasil.  Jadi, action aku adalah memula BERSABAQ. Keduanya , selepas sabaq, aku BERUBAH jadi lebih baik DGN EXPECTATION keadaan jadi lebih baik. 
TApi bila tak OK, konfrontasi berlaku dan kesudahannya .............. HAHAHAH.. Inilah dia. Aku jadi cam Erra Fazira dah. Tihtihtih~

 

4- REGRET is not helping. Jadi, move on. AKu jadi lebih berani. Walaupun kekadang nampak cam kerek je. Puncanya adalah aku sekarang dah malas nak layan menda nonsense. Yang aku tau lani, anak aku nak sekolah dan aku wajib sekolahkan sampai pandai dan jadi orang berguna. ITU JE. Yang lain, letak tepi . 


5 - Mistake aku dulu, aku ingat aku leh ubah orang. Tapi, sebenaqnya, aku yang berubah. HAHAHAHAHH~ 
MAybe pada sesetengah org kata, aku perasan ja. 


6 - Jangan harap orang untuk bagi apa pun. 
Tak de harta, cari sendiri.
Tak tau memandu, belajaq. Cari cikgu.
Tak reti meniaga, belajaq. Cari cikgu. Sekarang dah banyak kelas. 
Jangan harap orang sesenang nak bagi kasih sayang atau belas kasihan begitu sahaja. 
Semua tu kuasa Allah. 
 
JAngan pernah cakap "alaaa... tak reti la nak wat ni... Ala... SUsah la aku . AKu tak macam ko. Ko kuat .Aku tak.."
Aku hanya boleh bagi bukan 5 bintang, tapi 5 kali lempang sahaja!
KENA KUAT LA UNTUK BUAT APA PUN.

Nak berak pon kena teran kan?


7 - Lebih mengenali diri sendiri dan yakin diri.
Konfiden bukan tang apa yg aku pakai. Tapi konfiden untuk cakap TAKMAU, TAK BOLEH, dan PIRAH MAMPUS!
Hahahah... 
Ok yang last tu aku tak cakap ok. Saje je. 
Yelah..orang yang dah melalui pelbagai perkara yang penuh pancaroba, haruslah dia lebih matang, kan? 


Itu sajalah yang aku leh share kat sini. 

Aku personally tak takut dan risau ttg perpisahan. 
But, sekarang, aku rasa orang sekeliling yg macam terancam bila nampak aku. 
mihahahahah~


Aku manusia biasa.

 Lebih menyayangi dan menghargai diri kerana Anak-Anak saya perlukan saya. 



Jadi, buat Emma Maembong , stay cool.
Dan buat Zizan, pun stay cool jugak.

Still, aku tak caya depa putus.
Depa gimik je kot ni.
tau2 bulan depan kawen...haaa..........

Untuk Awie lak, haihh.... 
KAlau boleh, kes cerai berai ni,wat diam-diam jelah..
Dah cerai sok, takpa la nak bisin. 

 
 
 
Kbai.






Photobucket

4 Jan 2015

[REVIEW] Beli Kasut Dan Beg Tanpa Perlu Ke Kedai Dengan Cikinamin


Assalamualaikum ...

Sunyi rasa blog tanpa review , kan?
Setahun tak menulis, takkan takde review lansung??
Takde shopping lansung?


HAHAHAHA..

MAna ada.

Gundah gulana camana pun, shopping tetap shopping juga ya. 


Makbed dah lama berhutang entry review dengan sahabat yang seorang ini. Sejak dia meniaga, seboleh-bolehnya aku mengelak taknak bukak FB sebab dia punya bahana jualan tu, membuatkan aku terpaksa beli lemari 8 tingkat demi nak pastikan hasil belian aku tu terjaga. 




NIh pun nampaknya cam nak kena beli sebijik lagi. 
Belum masuk kasut Cik Oni ngan Tuan Najwan lagi meh. 


Kasut pertama aku beli dari Cikinamin_ShoesBags adalah :

 

Boleh klik untuk mentumbesarkan gambarajah. 
Cumil gila ini kasut. Tapi, tumit dia tinggi even ianya wedges. 
Warna sweet amat. 
AKu pun tatau apasai aku gatai pi beli.
Mungkin masa tu hormon kewanitaan aku terserlah sangat kot.
Pakai ngan dress elok. 
Kasut ni aku jarang pakai. 
ELok je lagi dalam kotak.
Kekadang member-member mai pinjam pi deting, pi dinner dan pi kenduri kahwin. 




Kasut kedua dari Cikinamin_ShoesBags ialah:



 Hah, yang ini memang jiwa la ni. 
Umum mengetahui, nak cari boot yang stylo tapi harga-mampu-milik tu agak sukar didapati. 
Yang ni aku rasa tak lebih RM150 kot. Ke tak sampai RM100. AKu pun dah lupa.
Beli tahun 2013. 
Disebabkan aku kekurangan inci, jadi kasut berinci lebih adalah satu keperluan kekadang tu. 


Kasut ketiga dari online shop yang sama ialah...

 
Tak lama je lepas kasut kedua tu, aku beli yang ni plak. 
KEjam betoi la taukeh kedai ni.. 
ELok-elok je kasut sampai, dia upload plak gambar stok baru. 
Beli..Beli..Beli..

KAsut-kasut yang Cikin jual ni, aku takleh kata kualiti tip top pakai 12 tahun pun masih elok. 
Tapi, kalau pandai menggunakan kasut, maka sihat walafiat la kasut tu. 
Cam aku, kasut especially boots, aku jaga. 
Polish , anginkan... LEtak elok-elok.
Tak perlu banyak. 
TApi perlu ada lebih dari satu kasut sebab aku pakai alternately. 
Sementelah aku ni kejenya berjalan-jalan dan mencari gaduh client , maka perlulah kasut yang praktikal untuk diri sendiri. KAn KAn KAn...



OK. 
Belum habih lagi. 
Ada lagi!


 
Haaaaa.....
Tetiba 'IN' plak kasut  style ni. 
BIla mai je kasut jenis ni, aku beli satu. dan aku stop beli kasut selama beberapa bulan. 
HAHAHAHHA..
Sebab, kasut macam gini memang selesa pakai. 
KAlau dulu, aku agak concern dengan kasut nak pakai gi kerja, sekarang plak, aku hanya mementingkan keselesaan ketika bekerja. 
Orang tak tengok sangat apa bawah abaya aku.
Asalkan aku berjalan jejak tanah je dan bukannya berterbangan di awangan, maka OK SANGAT LAH TU KAN?

KAsut baru pakai, boleh le pakai dalam rumah.
 

 Kasut seterusnya jatuh kepadaaaaaa


 Nih mai balik naluri kewanitaan aku. 
Ekceli aku teringat kat Abah aku bila aku nengok kasut ni. 
Zaman kekanak dulu, Abah belikan kasut camni la kalu raya. 
COmel kot??
KAsut ni memang selesa. Siyesssss~
Still nampak tinggi la kalu pakai sebab ada tumit bebeapa inci. 
Memang selesa.
Silalah beli. 




ABaikan gambo budak pompuan yang gedik itu. 
Yang ni, lama aku pikir nak beli ke tak. 
First time tengok aku jatuh hati dah. TApi, takut nak beli sebab tak tau bila nak pakai. 
Hinggalah akhirnya, aku decide beli ajelah. 
Kalau udah jiwa tu, payah nak buang dah. 
Walaupun aku berpurdah sekalipun lepas ni, aku rasa kasut aku tetap cam gini kot. 
Bukan apa... selamaaaatttt~

Asalkan aurat dilindungi kan?



 Aku even pakai kasut gabai ni gi kenduri sepupu aku kat SIk ari tu. 
MAsa tu musim hujan. SIap lalu selut lagi.
Memang padan sangat la ko naik Ochobot yang obes tu, dengan drivernya kasut macam ni. 
Tapi, dressing cam Heliza Helmi.
Bley?

Bleyyyyy...............................

Cuma kalu pergi beraya, tak digalakkan sangat sebab kasut ni bertali. 
Jenuh nak bukak, pehtu nak pakai balik
KAlau untuk travel, memang recommended. 
Cuma, time nak gi solat tu, tukaq pakai slipar jepun la. HAHAHAHA.
TApi, kasut ni tak mahai pun. 
HArga sama lebih kurang je cam kasut-kasut yang aku beli dari Cikin sebelum ni.
Korang kena gi jalan-jalan kat Instagram Cikin nanti ek.


Sebaik saja kasut aku ni sampai, Cikin upload lak kasut-kasut baru. 
Dan aku tangkap lagi sepasang!


 
 Heeeeeeeeeeee...
Oh maiii..
AKu memang suka gila kasut terakhir aku beli sebelum 2014 melabuhkan tirainya ni. 
Aku rasa, pasni aku nak beli lagi satu , warna hitam. 
Leh tak CIkinnnnn???
Ko tau saiz aku kan?
It looks awesome on my feet. 
Dan paling penting, selesa!

Fokus kat kasut ekk..



Cikin ada jual beg jugak. 
Ada jugak aku sambar beberapa bijik enbeg 
eh... bijiik kee??

But honestly, aku bukan wanita yang agak particular tentang beg di tangan. 
Duit di tangan aku particular.
HEh hehh..hehh..
Asalkanianya praktikal dan tak serabut, aku beli.

Selalunya, kalau aku beli henbeg aku lupa antar gambaq kat Cikin.
Heee...
Kalau kasut, memang aku ingat.
Sebab Cikin selalu mintak gambar aku ngan kasut dia. 


BAnyak gambar da ni. 

Aku belanja last satu lagi gambar.

 

Tengok jenis kasut pun mungkin kalian boleh agak tuannya camana kan?


-tak seksi lansung kasut-kasut nehh-




Korang leh kawan ngan dia .. terus ke link FB beliau ye.. SINI

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram