Followers

29 Jun 2015

The Untold Stories: Respond

Assalamualaikum

HaiHai..


Kita bertemu lagi di segmen yang sama!
CewwwwahhH~


Where was I?


Oh, last time cerita pasal perubahan diri sebelum berniqab. 
Dah citer-citer pasai tu dah. 
Selesaikot no~


OK... Bila berniqab sebenarnya?

MAkbed berniqab sekitar penghujung Feb atau awal MAc. (Pelupa tarikh).

Alkisahnya, seorang sahabat hadiahkan kat Makbed 2 pasang Niqab Yaman yang dia beli masa pi Yaman. 
Ahhahaha.. aku ingat lagi lokasi pemberian tu..
Wingzone, Aeon Manjung. 
HAri Jumaat.
Time solat Jumaat. TApi kami tak pi solat jumaat la kan. 
Aku dapat je, terus demo kott...

Waahhhh... seronok bukan kepalang!!!
Tapi taktau sebab apa seronok. Siyes~

But, sebenarnya......


Makbed dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama gila nak berpurdah.
Dah berapa kali dah aku cakap kat kawan-kawan. 
KAt MAk pun ada cakap.
MAk lagi besh..

"HAng tu suka tengok wayang. Sok pakai, camana nak tengok wayang...?"

HAHAHAHA..

Aku pon, kensel la tak pakai.
Sebab nak tengok wayang.

hHiHihihihihiH~


Dan rakan-rakan lain ada yang tak bantah.
Ada jugak yang turut sama teringin nak pakai. Tapi, tak ready lagi.
Ada jugak yang mempersoalkan kewajaran pakai niqab sementelah kerja aku adalah kerja yang memang kena jumpa orang dan dengan orang jugak aku berurusan, tak kira lelaki atau perempuan. 
Tidakkah terbatas perhubungan aku seandainya aku memakai kain itu?


Semua itu, aku fikirkan. 


Lama jugak.
Dalam masa sama, aku study. Dengan gigih. 


Sehinggalah bila Jijin bagi aku niqab tu secara percuma, aku bagaikan tersedar dari lena....

MENUTUP AURAT ITU WAJIB.
NIQAB itu SUNNAH. Hukum harus. 


JAdi, kewajaran memakai niqab itu aku tak boleh nak terus letak kat sini, sebab aku pakai kerana keperluan aku memakainya. 
Bergantung kepada niat, dan sekali lagi, aku tak perlu bagitau apa niat aku kat sini kerana ianya tidak penting bagi anda juga. 


Kali pertama aku pakai Niqab, disaksikan Jijin dan Ai. 
Kendian, balik tu aku pakai lagi..
Disaksikan Oni dan NAjwan. 

Aku expect anak-anak aku akan lari bertempiaran bila nampak aku pakai niqab tapi tekaan aku salah. 

"Ibu, pakai lah macam ni. Cantik..."

Aku hanya diam membatu. 
Tapi, sempat selfie sebagai kenang-kenangan. 
Oni dan Wawan tersenyum riang dalam gambar tu. 
Dan aku simpan gambar tu lamaaa.......  

Dan esoknya aku terus keluar rumah berniqab. 
Dah tak fikir panjang. 

BAgi aku, tak yang fikir panjang kot. 
PAkai aje. 
KAlau rasa takleh pakai, bukak lah. 
At least, aku cuba.
Tapi, masa aku bertekad tu, aku bukan cuba dah. Memang nak pakai.
AKu tak gitau sapa pun decision tu.HAnya Jijin je yg tau tekad aku tu. 


Untuk yang bujang-bujang dan bersuami, silalah minta izin ye. 
Cam aku, takyah. 
Aku terkecuali dari meminta izin. heee~
Dah minta izin Oni dah. Oni bagi. Kira ok la. kan?


Apa feedback semua orang?

Pelbagai.
Mula-mula sekali, Bos.
Tu pun bersopan santun Bos tanya, kenapa aku pakai camni? APakah niat aku? 
Ok..kat Bos aku cakap la sebab aku ngan dia kan KAmceng. HAHHAH~ 
Dan Alhamdulillah, Bos faham. 
Tapi, aku masih perlu menghormati rules dan keselesaan semua. Meskipun, kita negara demokrasi, boleh pakai apa suka, tapi kita takleh la pakai cheongsam takat lutut time pergi meeting dengan bos besaq. Tu contoh. 
JAdi, BERSYUKUR pihak syarikat masih benarkan anda pakai pakaian apa yg anda nak pakai ketika bertugas di luar. Kerana aku memang banyak bertugas di luar. 

Adab berniaga, pelanggan anda boleh melihat wajah. Dan sebenarnya, dalam urusan seperti saya ini, saya kira PERLU! 
JAdi, tak yah susah-susah sampai menangis. Islam tidak pernah menyusahkan. 
Andai perlu , angkat sahaja lah niqab itu , dan berurusniagalah. 
Bila selesai, turunkan. 


Family.

Abah dan MAk bertanya juga.
Tapi, dengan keluarga, sama juga. Tidak perlu aku pakai kerana aku berada dalam situasi selamat bersama mereka. 
Pissss~
Tapi, kalau nak pakai pun, MAk Abah rilek je.Tengok keadaan.
Adik-adik pulak suka mengusik.

"Muka mana muka?"


Tapi, aku rilek je. 
Aku rasa, pakai niqab ni aku lagi jahat sebenarnya. HAHAAHAHAHAHH~ Banyak mengambil kesempatan. Hih~!


Rakan-rakan.

HAhaha.. yang ni?

Hmmm...aku dapat kawan sporting. 
Kesemuanya suka je aku pakai. 
Ada gak komplen.
Yang sebenarnya aku kena tutup adalah mata. Bukan muka...
Tapi, kalau aku nak ikut cakap semua orang, memang aku keluar berbungkus jela. Aku pulak yang susah. 
JAdi, aku dah buat apa yang elok untuk aku.
Sebab .....
Aku yang travel.
Aku yang drive.
Aku yang cari duit nak hidup.
Aku yang bayaq kereta.
Aku yang bayaq rumah.
Aku yang keluar menyelesaikan tugasan. 
Dan semuanya aku.

Dengan izin Allah.

So, pasaipa aku nak kena pi layan cakap semua orang?
Asalkan apa yang aku buat ini, di landasannya, maka berlapang dadalah Makbed. 


NAsib aku ialah, kawan-kawan lelaki memang sama banyak je ngan perempuan. 
Apakah aku kena menjauhkan diri?

Hmm.

MAgikanya, bila mana aku nak kena duduk dengan mereka time bekerja, pandai pula depa ni pilih tempat duduk. 
JArang sekali duduk di mamak. 
PAstinya di restoren yang kurang ramai orang atau selesa...
Dan tempatt duduk tu mesti baekkk punya, supaya senang aku nak makan. 

Jangan dikisah sangat tentang mata melihat, sebab kang aku nak sudukan makanan pun aku lupa mulut aku kat mana. 
MAkan sajalah. 

Dan aku pakai niqab bukan  untuk mengharamkan wajah aku dilihat orang. 
Itu bukan niatnya. 
Allah tak haramkan pun wajah dan tapak tangan...
Pasaipa pulak aku nak pi haramkan pulak?


Time makan, angkat niqab dan MAKAN. 
Susah ke?

And trust me.

Bila orang lain tengok betapa enjoynya berniqab tapi buleh makan, maka orang pun tak rasa cemas tengok kita. 


Islam itu tidak menyusahkan. 
Dan tidak ada paksaan dalam beragama pun. 


Mesti dengan ilmu. 


Clients?

Respon diorang?
Hehehe... Ini pun best.
Semua seronok.
Tidak ada seorang pun yang kekok.
Hatta yang tak bertudung pun, tenang dan gembira. Malah lebih bercita-cita besar mahu berhijrah. 
MAlah, yang belum Muslim, begitu tertarik mahu mencuba pakai hijab dan niqab. Of course, mereka tertarik dengan keunikan dan kecantikan. Tapi, bukankah itu dakwah?
NAbi suruh tunjukkan adab yang cantik dan menarik. Bersih dan kemas. Tujuannya dakwah la. Nak menarik mereka untuk lebih dekat. 

Tidak pernah saya asingkan yang belum Muslim dan Muslim dalam hidup aku.
Mereka semua Allah hadirkan dalam hidup aku bersebab. 
Tugas aku hanyalah memberi khidmat selagi boleh. 

Alhamdulillah, mereka menghormati. 
Dan sebenarnya, kurang sikit soalan-soalan cepumas yang kurang selesa dijawab sejak akhir-akhir ini. 


Kesimpulannya,

Jangan biar situasi mengawal kita. 
Kita yang kawal situasi, tetapi dengan cara kita membawa diri. 
Niqab memang bukan budaya kita. Dikira, kita ini minoriti sahaja. JAdi, kena la adapt dengan situasi. JAnganlah kerana kedegilan nak menegakkan sunnah yang satu ini, satu perkara yang Allah dan Rasul tuntut, iaitu menjaga silaturahim dan maruah sesama manusia kita langgar sehinga membawa mudarat. 
Pokok pangkalnya, mahu buat sesuatu mesti kena ada ilmu.

Dan mahu aku berpesan pada yang semua, berniqab atau tak, RESPECT itu perlu. 
Yang berniqab, jangan berasa Mulia. Jangan rasa bangga terpilih mendapat Hidayah. 
IAnya boleh jadi rahmat, boleh jadi Ujian. 
Kerana ujian paling besar diberi kepada mereka yang sedang mahu berubah. 
Ujian paling susah diberi kepada mereka yang beriman. 

Yang tidak berniqab pula, jangan rasa terpukul. 
Jangan rasa jauh bagaikan belum mendapat hidayah. 
Kita sama saja. 
Beza sehelai kain yang menutup wajah. Di sebaliknya, semua kena gosok gigi pagi-pagi lepas bangun tidur. 
Niqabis jugak gelak berdekah-dekah, tapi tak berapa dengar sebab kain tu tebal. HAHAH~ 
Niqabis juga mengumpat. 
Niqabis juga ada yang kuat melatah.

Sama je. 


Dan, paling nyata sekali... aku berniqab.. Sama je.
TAkde pun tukar slang, 'ana', 'anti'. 
TAkde pun cakap slang bahasa arab.
TAkde pun keluar kata-kata ganjil tetibe....~ sampai sume org lari. 

MAkbed is still MAkbed. 


kita sambung lagi nanti ya..>~


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram