Followers

27 Jun 2015

The Untold Stories: Makbed dan Purdah

Assalam


Syukur pada Allah. 
Diizinkan lagi berblog. Semoga apa yang MAkbed kongsikan ini membawa manfaat untuk yg membacanya. 

Salam Ramadan Makbed ucapkan. Besar hikmah Ramadan kali ni kerana pertama kali meraikannya dengan penutup idong. HAHAHAH~ 


Buat yang bertanya sejak sekian lama, InsyaaAllah ari ni aku terai la jawab serba-sikit tentang penghijrahan aku menjadi hakak ninja sejak beberapa purnama yang lepas. KOrang baca je penuh santai. TAkyah stress-stress. 

Sebelum korang proceed baca, ingin aku membuat kenyataan bahawa kenyataan ini adalah datang dari aku dan pendapat aku menerusi pemahaman aku.
Gambar pun gambar lama.
Sekiranya salah, Makbed minta maaf awai-awai kerana MAkbed masih dalam peringkat pra-sekolah dalam hal niqab ni.
 Pun begitu, tidaklah aku ini dungu sampai tak mengaji lansung. Mihmihmih~


HAkikatnya, umum yang mengenali MAkbed dan diri Maked menerusi belog kambin bri-biri berbulu putih ini tahu bagaimana diri ini.
KAlau ditatap entry lama pun, korang masih lagi boleh kata 'Makbed memang cam ni pangainya...'.
JAdi, kalau dikatakan aku memakai niqab ini satu penghijrahan - Boleh aje.

Tapi, ketahuilah anda semua, bahawa penghijrahan MAkbed bukan dilakukan dengan penuh terkejut atau pun spontan.
 Aku melalui beberapa fasa perubahan secara 'senyap' seiring dengan penambahan usia dan juga penambahan ilmu serta pengalaman hidup.


Bagaimanakah perubahan yang dikatakan slow-slow tu?


Oke.



Memola.... Dari suka pakai tudung sekerat , aku labuhkan.
Mula pakai shawl.
Lepas shawl, aku mula dengan pashmina.
 Ehh.. boleh tengok la deretan perubahan style bertudung Makbed dari tahun ke tahun. 
Alhamdulillah, dengan pashmina jugak lah aku bertahan even berniqab. 
Sebenarnya, once aku tahu yang pashmina dan shawl jika kena gaya pakainya boleh saja jadi labuh , maka makin berkobar-kobar rasa nak pakai niqab tuh.
 Tapi, sabaaaaqq. Banyak menda nak kena betulkan lagi. 

Yang wajib... solat.
 Boleh buat tak ? Tanpa gagal.
Tanpa lewat.
Aku kenal pasti punca-punca lewat solat dan ada masa tu, terlepas waktu solat. 
Yaa... walau berat nak ngaku tapi antara sebabnya adalah kurang ilmu.

Ilmu menutup aurat.

Kita terikat dengan budaya aku kira. 
Taktahu, yang apa yang kita pakai itu boleh dibawa solat. 
Selalu, aku dengar alasan  seperti:

baju tak bersih
tak konfiden nak solat
tempat solat tak syoq
telekung tak bawak
telekung yang disediakan tak bersih
pencuci mekap tak bawak pulak... (yang ni paling lawak)

Hmm...
AKu pun sama kot. 
CUma aku ni memang dianugerahkan Allah sifat malas mekap.
 So, aku takde masalah bab mekap.
CUma masalah tang telekung.
AKu banyak travel dan selalu lupa telekung.
Dan selalu terlepas masa solat, kerana kurang ilmu bermusafir. 

Alhamdulillah, Allah sayang aku lagi. 
Dikurniakan aku dulu, badan yang sangat super debab.
Dan kemudiannya, berat turun perlahan-lahan sampai la nampak comel lagi kiut cam yang dok ada lani. *dipersilakan muntah. 
Dulu, aku mengeluh, payah benau nak pakai baju zaman memuda dan payah nak beli baju sebab semua baju nampak gemuk. 
Aku pulak bekerja, professional pulak tu. 
Entah kenapa asal aku pakai seluar je, aku nampak gemok. Memang gemok kot kannnnnn?
Dan kemudiannya, aku bajet lepas badan dah kurus ni, mesti nampak kemas sikit bila berkemeja dan berseluar kerja. 

Hakikatnya, hati aku tetap tak rasa aku lawa. Memang tak lawa ~
Tatau camana nak buat mata sendiri seda menatap diri di cermin. 
Ampa tau la resmi berpakaian MAkbed, sume rugged je. HAHA~ 
Baju-baju yang aku suka pakai, suma aku jadi tak suka. 
Pelik kan?

Dan kendiannya, aku kembali kepada warna kegemaran - Hitam. 
Dan aku kembali berjubah. 
Kebetulannya, kat area rumah aku ni ada satu butik menjual jubah yang berkenan sungguh kat mata aku. 
Memula, aku beli selai.
LEpas tu, dua tiga hari lagi aku beli berhelai-helai. 
Dan bermula dari situlah .... Pakaian rasmi bekerja MAkbed adalah macam gini...



Pastu, beli warna hitam banyak-banyak. 
Walaupun orang kata macam sama je baju , macam pakai baju yg sama je hari-hari, aku redha dan pasrah je. 
Sebab aku tau, bukan aku sorang camtu. 
Misi-misi kat spital pon baju sama je. 
Askar, pakcik gad, budak sekolah, budak prasekolah, pun sama je. HAHAHA~
Senang wey. Tak penin nak pilih. 


Cuma syarat berpakaian professional dengan fesyen camni ialah

-Jubah elakkan yang ada corak berat. Mesti plain untuk aku. MAterial selesa dan praktikal. Yang penting, tak nampak apa-apa yang tersembul. Kain lycra memang diharamkan sama sekali. Silalah tolong dengar nasihat aku. Walaupun camana mahal dan high standard pon lycra tu, aku dah try. Cuma malas nak cakap sangat sebab kang benggrap pulak suma peniaga jubah dalam Tanah Malaya ni. 
- PEmilihan warna, mestilah Gelap. BUkan hanya kerana nak menutup aurat, tapi sebab warna professional memang yang gelap-gelap le. Hitam, kelabu, maroon, purple, biru... asal gelap.
- Kalau nak tampil professional, material tudung atau shawl haruslah plain atau bercorak ringan tapi klau jarang, pakai la inner. JAngan malas boleh tak? Takde yang mudah kalau bab aurat ni. PAstu, kurang bercorak. TApi, jika nak gi hi-tea, kelas mengaji, usrah , atau pape majlis tak rasmi hatta kenduri kawin dan joget lambak sekali pun (ehh...) boleh pakai pashmina ke, tudung bunga-bunga ke. NAk pakai bunga lawang susun-susun atas kepala pun boleyyyy...~ 



Amaran keras:

Jangan pakai legging dalam jubah yang takde lining. Sebab kang angin bertiup, ko tak nampak apa yg terjadi.
Orang lain nampak hoke...~ 
Dan.... sebaiknya, pakai skirt buat kain dalam.
Pi la beli skirt 'basahan' buat lapis dalam. Sebab, aku tak pernah pakai kain dalam yang petticoat tu. Lama dah tak de dalam gobok. 


Gi kenduri pun aku pakai sama je macam kerja.
KErna, aku memang bekerja sepanjang masa. TAk caya, buley tanya Bonda, Oni, Wawan, dan sesapa lah yang selalu nampak aku. 


Itulah dia penghijarahan berbusana aku sebelum niqab datang menjelma. 
Rimas, panas, berpeluh suma dah rasa.
TApi, lama-lama biasa dah. 
Aku tak buat sekaligus, tapi sikit-sikit dan TIDAK PERNAH SEKALIPUN aku memberi excuse kepada diri sendiri tentang berpakaian hatta stokin pun aku tak pernah tinggal. 

Cuma, masalah aku masa tu adalah HAndsock. 
Aku kekok nak pakai. 
HUHUUHu~


Tetapi.....
Kendiannya aku pakai handsock.
PAKSA  beb.
PAKSA.

Dan, bila aku mula bersolat tanpa telekung bila mana bermusafir, aku baru merasa nikmat menutup aurat yang paling bezzz.
HAAHEHEHEHAHAHHA....

Tapi, memula tu orang ngate jugak. 
Ada kata aku syiah pun ado gak. Chaihh~
Aku just assume depa jeles je tuh. 
Lek la sisterr...~




Jujur, yang bernapas lega tengok aku tentunya Mak Abah kan..~ 
oh.. anakku... Sudah tidak rockers lagi. 


HAHAHAHAHAHAHAHA....








Ternyata telahan mereka meleset....


cam takde perubahan sangat pon bab nih.

Itulah dia penghijrahannya.
PErmulaannya. 

TApi, nikmat hijrah ni, kalau dilakukan dengan rela hati, takkan pernah sedikit pun rasa terbeban. Siyess...~ 
Pun begitu , setiap apa yg dilakukan tidak boleh semberono. MEsti dengan ilmu. 
HAnya dengan ilmu, baru kita tahu KENAPA mesti sesuatu perubahan itu dibuat.


Nanti sambung na...




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram