Followers

26 Jun 2015

Rajuk Ibu Najwan

Bismillah

Assalamualaikum semua...


Hari ni bermelankoli sedikit hati ni. Eceh.... 
Alhamdulillah, Allah bagi rehat. Bolehlah spend sikit masa menulis blog sambil mendengar tapak kaki Oni dan Wawan berlari-lari dalam rumah.

Dah lama tak merajuk.
Wawan baru aje habih meraung , memeluk kaki gara-gara rajuk Makbed selama sejam setengah.

Kenapa?


Kerana bersifat takut. 
Takut dan takut-takut.

Mulanya aku kira adorable jugak budak kecik jadi penakut or kelihatan takut-takut. Tapi, bilamana aku suruh buang sampah di dapur yg jaraknya kalau aku kentut pon dia boleh dengar, pon nak takut gak, aku kira itu adalah merisaukan. 
Dan anak-anak begitu cenderung berkata Tak Nak, Tak Mahu, Tak Boleh dan Tak Tahulah setiap kali aku meminta mereka berbuat sesuatu. 

Dan, aku punya sifat semulajadi, tak boleh terima perkataan Tak tu. heheheheh..

Maka, setelah berkali diajar, dilentur dan dibentuk, maka kali ini aku menggunakan pendekatan berbeza sedikit. 


Ignore them. 

Wawan suka buang sampah atau campakkan bungkusan makanan kat mana aje dia suka. Aku kira itu bukan satu perkara yg boleh dipandang remeh sedangkan dia boleh basuh berak sendiri meski dia baru 4 tahun usianya. Dari gaya campak tu, dia mahu kita yang kutip. Dan bila ibu kutip, esok dia buat lagi.
Bila kita suruh kutip dan buang, dia menangis ... Dan cakap dia taknak buang sebab takut.Aku tak sure apa yg dia takut.

Takut tong sampah ke
Takut kat sampah ke
Takut gi dapur ke
Takut ape tah

Yang aku nampak time nak minum air buleh je gi dapo sniri.
Tapi, time ibu suruh buang sampah je dia jd gitu. 
Pelik tak?

So tadi, dekat nak berbuka, rumah aku bergema dngan tangisan Wawan memohon ampun sebab aku taknak kawan dengan dia. 
Aku wat tatau je sambil makan. Oni pon memula bising aku tak layan adik dia tapi kendian dia faham yang Ibu sedang mengajar Wawan sesuatu. 

"Nak mintaa maapppp... Nak minta maap..."

Ok.
Kalau korg tengok korg akan kata 'oh wawan sgt suwit minta maaf pada ibu begitu...'
Tetapi....
Jangan terpedaya. Itulah helah bijak anak kecik yg ensem dan kiut mcm tu. 
Bukan sekali dah ok.
Ibu takkan tewas kali ni. 

Aku terus je makan.
Dia nak nangih, dia punya pasal. 
Lambat makan, Ibu habiskan.... Kataku. 

Ibu maafkan, cuma tlg ambil sampah kamu ni, gi buang di tongsampah tu... Pintaku sambil tunjuk tongsampah yg jaraknya cuma 10 tapak dari tempat Wawan berdiri. 

"Taknak.." Geleng kepala. 
Tak berganjak. 

Weldan anakku. 

Dalam hati,memang kena tabah. Aku berzikir saja. Lagipon time Maghrib. Doa makbul time berbuka ni. Aku hanya berdoa, jadikanlah anak lelaki aku orang yg gagah berani dan seorang pejuang Islam yang hebat. Jadikanlah aku Ibu si pejuang hebat itu dan untuk itu aku pon kenalah hebat gak kan. Takleh lembik. 

Tapi, sampai ke Isyak Wawan macam tu je. Tak bergarak pon sampah tu. wawan dah ilang fokus. Lupa dah yg dia tu sedang dimarah Ibu. Gi lari-lari serata rumah.

Aku pon keluarkan aiskrim Magnum.
Kesukaan dia tu.

Dia nampak. 
Terus berhenti berlari.

"Ibu, nak eskrim...."

Aku diam je. Buat tak tahu. 

"ibu............. Wawan nak aiskrim...." Suaranya kuat sedikit. 

Diam jugak. Aku koyak bungkusan aiskrim, dan makan. Buat derk je kat Wawan. oni je datang 'terbang-terbang' dengan selimutnya serupa hantu kak limah. 

Aku kongsi aiskrim dengan Oni.
Wawan, aku buat taktahu saja. 
Sian anak aku.. Pandang je dengan wajah sedih. 
Hehehehe..... 


Seperti di duga, Wawan nangeh.
Hahahahahahaha....

"Ibu takmo kawan wawan... Wawan tak sayang Ibu..." Aku plak wat merajuk. 

Wawan pegang kaki. 
Minta maaf lagi. 
Nangeh...sampai merah muka.

Tak sebut da nak makan aiskrim. Dia cuma nak Ibu tak marahkan dia je. 

"Nah, gi amek plastik aiskrim ni buang kAt dapur...." 

Wawan berdiri saja. 

"Jomla Dik. Meh Kakak teman meh... Jangan la degil. " ajak Oni plak. Sedikit tegas sbb Wawan mulanya tetap dengan keputusan taknak bergerak dari tempat berdirinya tu. 

Maka, berjalan la dua beradik tu gi dapur..... Nak buang plastik eskrim aje pon. 

"Ibu... wawan minta maaapppp...." Pinta Wawan sambil sedu. Tapi, mata tgk eskrim. Hahahaha..

"Kenapa Ibu marah Wawan...?" Tanya ku pulak.

"Hmmm... Shebab Wawan tak cakap 'Ok'. Wawan cakap 'Taknak'. "


Ok bagus. Faham pon . 





Oni memang dah faham sangat dah.. Bila keluar arahan je tak de perkataan Tak Boleh , Tak Nak, Tak Tahu.... 
Bila Ibu suruh, yang boleh keluar dari mulut cuma 'Yes Ibu' dan 'Ok' je. 


Kesian anak menangis, tapi lagi kesian kalau kita , mak bapak yg menangis, 
Takpala... Tahan sat.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram