Followers

27 Jun 2015

Najwan dah boleh buang sampah dah.

Bismillah...

Alhamdulillah. Ada peluAng lagi godek belog. Yahoooo!!

Pepagi, Oni ngadu gigi dia longgar maka aku bawak gi jumpa dentist. Gigi bawah tu dah longgar cuma doc kata tak perlu dicabut lagi. Biaq pi dulu. 

Then, kami pi melawat Farisya kat Hospital Manjung. Tiga hari lepas, Makbed dah gi tgk Farisya. Masa tu dia lemah sangat. Asyik nangeh aje. Hari ni, dia dah sihat. Cuma kena stay lagi 2 hari untuk ubat. Semoga Farisya terus sihat ye..... Nanti Ibu Farisya nak work. Lagi Farisya tak sihat, nak work pon x best. 


Cik Oni pun dah kena gi 'site' gak. Hahaha... Tapi kepakaran semulajadi dia tetiap kali aku bawak di pi menziarah adalah dia pandai melayan budak tecit. Dia pon suka keje cam Ibu ni sbb dia ada peluang tgk budak-budak dan baby. Sampai ada la masa tu aku pi menziarah sahabat yg baru lepas melahirkan, aku balik tu tunjuk gambo baby baru - aku kena marah.

"Awat tak ajak oni?"

Jauhhh... Camno nak bawak?


Quality Time.

Bukan senang nak ada masa time Sabtu Ahad ni.
Last week, aku kt KL.
Minggu ni, alhamdulillah. Berpeluang spend time di Manjung aje. Seronok dapat sediakan juadah berbuka walaupon depa tak puasa. Hihihihi.... 

Oni nak makan durian aje skang.
Bekfes pon nak durian.
Malam pon nak durian.
Hari ni aku dah buburkan durian tu sebab tak tahan dah bau durian dlam umah. Pening aih!

 Makan ngan roti aje. 

Pastu aku jerukkan mangga yg PA aku kasi ritu....

 Harap-harap sedaplah. Miahahahahaha...
Besok baru leh makan.

Arini skip gi Pasar Ramadhan.
Biasanya Makbed tak bawak bebudak gi tempat camtu kalau takde teman dewasa. Bukan apa, anak-anak gua ni boleh tahan jugak laju larinya. Makbed plak bekas pelari pecut yg pecut nya pon dah tak berapa nak laju. Lucut lutut gua ni kejar depa. Bek lah ampa dok umah makan apa ibu masak. 
Kalao pi Pasar Ramadan tu memang sendirian berhad sAhaja. Tak beli banyak pon. 


Sebelum Makbed lupa, nak ucap terima kasih kat peminat tegar Makbed dari Putrajaya kerana mengepos sambal bilis yg maha sedap ni.
Wey, bayaq pon dak lagi ni.....

Thanks Rina Ishak. 
Sapa nak, boleh terus PM dia kat Fb: Rina Ishak.
Sory tak letak link sbb Makbed pakai iPad. 

Yang makan beria adalah Oni.
Sambil tengok tv pon dia hadap.
Aku makan sikit aje. Nyesal beli satu. Huh!



Najwan dan Kegemaran Berkata Tak Nak

Alhamdulillah...
Hari ni Najwan dah digest bebetul apa Ibu cakap. Tu pon lepas berapa kali kena polish.
Pagi tadi kena lagi. Rasa susah sangat nak buang sampah. Tapi sebenarnya, mind set dan bawaan diri. 

Caranya tadi...

Setiap kali bagi arahan, Wawan mesti kena cakap Ok.
 "ok, Ibu..."

Lepas satu Ok, satu langkah.

Dan Ibu ulang lagi...

"wawan, tolong buang sampah tu.."

Dan wawan reply.... "Ok ibu..." Dan kakinya melangkah setapak lagi meskipon terpaksa.m

Memang Wawan taknak gi kat tong sampah tu. tapi, kuasa berkata OK dan YES itu sebenarnya besar. Bila kita sebut di mulut, ianya akan bermain di minda dan mindalah yg menggerakkan kakinya. 

Ada masa bila aku suruh lagi.. Dia tak bergerak. Takde respon. Tu kira nak refuse la tu.
Tapi, aku remind lagi dia....

"I hear No respon. What should you say, Najwan?"

"YES ibu...."

Dan kakinya melangkah setapak lagi ke tong sampah. 

Tanpa dia sedar, aku melangkah setapak ke belakang. Nak jauhkan diri sikit. 

Tau-tau, dia dah sampai kt tong tu. dan buang sampah dgn jayanya. 

Boleh pon!!!!

Aku tanya, susah ke?

Dia jawab... "takkkk.....


Dan setakaf lani , aku tgk dia dah pon gi buang sampah sendiri tanpa perlu disiuruh apatah lagi ajak Oni teman. 

Boleh kan?


Jangan mula biar anak kecil anda berkata Tak boleh dan Tak Tahu. 
Usahakan ajar sampai Boleh dan Tahu.
Anak adalah cerminan kita. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram