Followers

21 Feb 2015

Kisah Pembantu Rumah Yang Minta Dibantu .


Aku pun taktau pemenda yg beria sangat menyebabkan aku jadi sibuk. 
Sampai tak terhapdet blog kambin biri-biri aku. 

RUpanya, tahun ni Tahun Kambing ye....
Tahniah la Cik Kam. Semoga terus menjadi kambing yang berjaya. Hiks!!
Moga tahun ini tahun yang Ong buat Makbed dan Cik Kam.

MAkbed, silalah jangan malas-malas menulis. Pelis...


Ekceli, takde menda fun pun dalam hidup aku.
KAlau ada pun, terlampau sangat funnya sampai aku terlupa nak tulih. 
LAst-last, berlalu hari gitu je. 
Kekononnya nak simpan , tulis besok ajelah.
Bila mai besok, tangguh lagi ke besok nye.
Pehtu, tak tulih...


Kerja bertangguh , memang tak menjadi. 


Seperti mana sebahagian sedia maklum, urusan rumahtangga aku memang diuruskan sendiri sekarang memandangkan Mak Lin dah tak duduk ngan aku lagi. 
Waktu kerja aku agak terhad. 
Dah tak boleh balik lewat dan buat masa la ni aku memang tak gi outstation.
Oni dah sekolah, jadi aku kena pastikan kebajikan dia terjaga.
 Same goes to Najwan. 

Akan tetapi, untuk future planning aku yang masih on track, aku kena pastikan yang aku punya pembantu rumah secepat mungkin. 
Makanya, pencarian pembantu rumah telah pun dilakukan. 
KAlau tak, memang naya la aku. 
NAk gi training takleh.
Dah la pasni , training memang makan seminggu punya. Kena tido sana lagi 
HAbih kalau aku kena tido sana, anak aku nak tido ngan sapa pulak?

Gile kau pikir menda camtu je, cekang urat dahi aku.
Ni lah natijahnya bila nak buat semua sendiri. 
Sampai bila nak harap kat family.
Depa pun ada kerja memasing. 
Dan aku pun, bukan sekali tu aje nak kena gi out station. 
NAmpak gaya tahun 2015 nih, memang semedang jelah keluar kawasan. 


Telah pun aku keluarkan iklan. 
Dan aku nyatakan kat sini jelah , briefly. 

AKu memerlukan wanita, yang sihat tubuh badan. 
YAng tahu buat kerja rumah dengan baik
Tahu menguruskan kanak-kanak.
Yang boleh memandu lebih afdal. 
Tempat tinggal dan makanan disediakan. Yakni, dia duduk ngan aku la. Dah nama pun pembantu rumah kan?

Gaji permulaan aku bagi RM1000. 
Dan ada kenaikan selepas itu. 
TApi, bab gaji ni sebenarnya, aku ada harga khas aku nak bagi kalau orang yg minta ni menepati kriteria yang aku nak. 


Datang lah seorang wanita kepada aku. 
Daripada apa yang aku dengar dan lihat, sememangnya dia perlukan kerja. 
Dah berkahwin.
Duk dekat aje ngan rumah aku. 
Punya suami yang tak berapa sihat. Basically tak berapa nak mampu menyara keluarga pun. 
Sekarang, wanita ini duduk menumpang rumah mertua.

ISunya,nak cakap telepon pon, kena sorok-sorok ngan mertua dia. 
NAk bekerja, mistilah kena ada izin suami.
KAlau duduk ngan mertua , izin mak mertua pun diperlukan , ye dak?
AKu nak bagi gaji banyak tau.... 
PErlu ke aku fikir sekali masalah rumah tangga kau?
Perlu ke aku tlg fikir yang ko dok umah tak de duit nak makan, mak mentua pun tak kasi duit makan... Bla..Bla...Bla... citer plak pasal penah lari umah. Pikir nak mintak cerai bagai... TApi, balik pulak sebab kesian kat suami yg tak berapa nak sihat tu...


TAk kisahla kalau dia taknak stay kat umah aku.
Tapi, aku tanya , apa dia nak buat kalau aku kena out station? 
Tugas utama dia, adalah memastikan anak-anak aku dalam keadaan elok. 
RUmah aku elok. 
Aku sediakan je kelengkapan apa saja yg dia nak, janji urusan rumah terjaga semasa ketiadaan aku. 

"KAlau saya kena tidur sini, boleh tak saya bawak suami saya sekali?"

NAah....


Terus bersinar mata aku. 
Hmmm... 
Skang ni aku bayaq gaji hang ka, hang bayaq gaji aku ntah?


Aku nak bayaq gaji dia, tapi dia suruh aku jangan habaq kat mak mertua dia , dia kerja ngan aku.
Aku bayar gaji dia, tapi dia kata kalau takde orang hantaq dia, boleh tak aku pi amek dia kat umah... (Tapi tadi ckp jangan ckp kat mak mertua dia ,dia keja ngan aku ,kan?)
AKu bayar gaji dia untuk dok umah jaga bebudak, dia nak ajak laki dia dok sekali plak. Sebab katanya laki dia takleh tinggal sensorang kat umah.

Aku cam.... Wadehel laaaa...

 Tak penah lagi la aku tgk ppuan bekerja , bawak laki sekali dok pejabat, teman. 
KAlau anak tu, sekali-sekala terjadi aku fahamla. BAby sitter cuti mungkin. 
Dan yg lelaki tu, pesal plak ko tak keja, kan?
*&*&*@(!!


AKu nilai balik gaji aku nak bagi dia.

"KAlau saya bagi akak RM300, boleh? Kalau dengan gaya kerja gini.."

Dah takmau. 
NAk seribu RInggit MAlaysia jugak. 
NAmpak?

"Saya cuma nak kerja kak. Lepas makan minum pakai saya je jadi la kak. Sedih rasa hidup tak dapat menyumbang kat mak abah di kampung... "

Dan tetiba aku rasa macam aku WAJIB sekolahkan dia secara FREE. 


"Hidup kalau ada CUMA sahaja, maka yang dapat kat awak CUMA je Kak. Berimpian tak salah. KAlau saya bagi akak RM300 sebulan, nasib akak tak berubah mana. Saya nak bagi akak RM1000 , tapi akak masih tak sanggup nak buat perubahan hidup. NAk buat keputusan pun tak boleh. MAsih lagi berkalau-kalau. Saya tak de bagi diskaun pun kat akak. Saya kata saya memang nak bagi RM1000, kalau akak ikut terma dan syarat yang saya bagi. Bersuami atau tak, bukan isu. Jika MAHU, bincanglah. Sekarang ni, yang mahu mencari wang adalah Akak. YAng susah adalah Akak. Kalau Akak masih banyak beralasan, makanya, sampai ke sudah hidup akak macam ini je kakk... Orang nak bantu ramai je. TApi, diorang boleh bantu seminggu je. Lepas tu,rimas dah.."


Dan aku tengok suami tu bukannya kurang upaya sangat. Boleh memandu pun. Hee..
SO, aku tak berapa pasti tentang istilah Kurang Upaya ni.
Kurang Upaya ke Kurang Mampu ek?
Bila aku tanya, boleh je jawab. 


"Mencari nafkah sebab nak bagi pada Mak dan Abah di kampung, itu bukan tanggungjawab akak. Saya pasti MAk akak pun faham yang akak susah. Tapi, kalau keluar rumah tanpa izin suami, lagi saya tak mau. 
KAlau suami tak bagi, takkan pulak saya nak paksa akak di sini. KAlau mak mertua pun kena bersorok-sorok, apa lagi kuasa saya. Akak kena start fikirkan apa yang terbaik buat diri akak. BEruntunglah, akak belum ada anak lagi..."

Diam lama pulak kakak tu bila aku bebel. 
Belum jadi majikan, aku dah membebel dah.

"Akak pernah fikir nak lari... NAk gi mahkamah. Tapi, akak fikir pulak. NAnti kesian MAk Ayah akak menanggung malu. Sebab, bercerai dan balik duduk di kampung... "

Hekk kau.


"Sapa suruh bercerai dan duduk kampung? PErlu ke bercerai, pehtu balik gi dok ngan mak? KAlau akak ditakdirkan tak panjang jodoh , tapi akak berduit.. bergaji dan mampu sara diri sendiri, akak nak balik kampung ke utk kacau mak? Perlu tak? "

"errrrrrrrrrrrrr...... Tak. Dah ada duit.." jawabnya.


"SO skang ni, apa yang akak kena buat ?" tanya aku balik. 


"Kerjaaaaaa....." jawabnya macam budak kecik. 


"Bukan. YAng akak kena buat adalah MEMBUAT KEPUTUSAN, dan berkomitmen dengan keputusan akak tu. "


Akak tu sengih macam kerang. 
HAih la... 
Tetiba plak rasa sedih. 
Pehtu rasa nak marah pulak.
Bercampur baur rasa.

"Adik, janganlah ambil orang lain. Akak nak sangat kerja ni. Takpe, akak usahakan. Tapi, kalau tak boleh, adik tolong akak ye...." pintanya.

HAihhhsshshshshshs.....

"Saya bagi gaji RM1000, dan syaratnya adalah seperti yang saya katakan tadi. Jujurnya, saya memang takde masalah dengan akak. TApi, akak yg ada masalah dengan diri sendiri. NAsib baik jumpa saya. Boleh jugak minum teh makan kek bagai. KAlau interviu biasa, dengar je akak cakap perkataan KALAU dan TAK BOLEH, dah lama dah bos tu suruh akak balik," jelasku. Bukan niat aku mahu merendah-rendahkan dia. Tapi, aku nak dia sedar, dalam situasi apakah dia berada ketika ini. 

"AKak tau........ Sebab akak pernah kerja. Boleh kerja sekejap je. Pehtu kena berhenti..."

See....
TAkyah citer banyak sangat pun, dah boleh agak. 
Salah majikan, atau Attitude sendiri?

 
"Adik bertuah. Ada suami yang mampu. Sihat. Tak macam akak. Adik tak akan faham apa yang akak lalui..."


Tetttt!!!


HEHEHHahahahaha...


Dan aku pun menjawab. 

"Kak... saya memang tak faham akak. Akak mungkin amat memahami keadaan saya. Saya ni Ibu Tunggal. Anak saya dua orang. Nun dok main kat bilik. KAlau saya ada keluarga kat sini, takde la saya sibuk cari Pembantu Rumah kak oi. So, sekarang ni siapa bertuah? Saya ke akak? Saya takde suami. Akak ade....

"Dan percayalah cakap saya, kalaulah akak bercerai sekalipun, akak akan tetap ada masalah. Kerana MAsalah sentiasa wujud pada orang yang bermasalah..."


Terkelip-kelip mata dia pandang aku. KEndian dia tengok kiri dan kanan. 
Kendian dia pandang pulak Oni dan Najwan. 
Apakah excuse yang seterusnya yang boleh dia utarakan?


...

Takde.


 ..


Moralnya...
Rezeki ada aje. Tapi, kita ini terlalu kedekut untuk mengucap syukur. 
 
MAybe kedengarannya macam aku ini sombong nak mati.
TApi, percayalah... Kalau hidup menangisi setiap ujian, tapi tindakan takda, kemana je kita boleh pergi?
Dah habih nangis, tido.
Takpun, migren. 
Dah migren, makan ubat. Tido..
Tu je, kan?


Akhirnya, kakak tu balik dengan suaminya.
AKu pun tak sure dia boleh bekerja ke tak. AKu minta dia datang untuk 'ujibakat' Rabu malam minggu depan sebab aku ada kelas malam tu. 
HEhehe..

Kalau dia berani, datang lah~

Aku suka dia datang. 
Sesuatu dalam diri akak tu yang aku suka. 
Dan jika dia muncul, maka insyaallah aku akna bantu dia sedaya mungkin.
Syukur.. MUngkin dia mahu berubah. BIar kecil perubahan, tapi pastinya ada impak. KAn?
 




Buat sementara ni, Oni ajelah jadi Pembantu Rumah ye.....


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram