Followers

8 Feb 2015

Kisah Budak Berduka Nestapa Kerana Ibunya Cubit


 Hepi Wiken semua!

Agak hectic kehidupan aku seminggu ni. 

Pertama, kalut sediakan quotation untuk mereka yang mahu tahu apakah itu Perlindungan Pendapatan, sementalah tak lama lagi harga kad perubatan dan insurans akan berubah. So, kalut kejar dateline dan appointments. 

Kedua, aku masih belum ada pengasuh atau pembantu yang boleh tengokkan Oni dan Najwan bila nak kena balik lewat atau pun kena kerja on weekend. So, kena lah bawak depa sekiranya pertemuan itu sungguh urgent. Ohhh... saya amat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera. Susah nak cari pembantu yang betul-betul kena match dengan jiwa. 

Ketiga, anak-anak semakin besar dan makin bijak. Semua menda kita suruh, ada je ayat balasan. Memang kena sabaq bab ni.

Keempat - Sekolah ONi hari-hari ada homework. Jadi, malam aku kena dok ngan dia untuk siapkan homework tu. PAdahal dulu aku masa sekolah, homework la yg aku paling malas nak siapkan. 


Syukurlah Oni boleh basuh kasut sendiri.
Dapat campak baju busuk sendiri dalam mesin basuh rather than biarkan bersepahan atas lantai. Tu pun dah cukup la. 


HAri-hari dimeriahkan dengan pergaduhan dua kekanak ribena.
Skejap-skejap baik, pehtu gadoh plak. 

Sperti yang berlaku pagi ni....

Najwan yang tinggi betui ego kelakiannya tu, taknak keluar bilik air. 
Sonok kot main air lelama.
YAng si kakak tu, dah siap bertowel, nak keluar dah. 
Najwan marah-marah kakak sebab taknak temankan dia mandi. 
Histeria plak dah anak jantan aku ni. 
Memanjang cemtu!
KAlau tak ikut kata dia je, ngamok. 

Aku wat bodoh jeeee...
Gamak sakit telinga dengar Najwan jejerit, aku amik gitar, main lagu Mewangi tepi jamban tu...
LAgi laaa berbulu si NAjwan. HAk HAk Hak HAk!

Abeh dah aku pujuk pun mengada bebenor merajuknya.
Ajak kuar bilik air. 
Dah lama sangat kot dalam tu. Abeh kecut sume da. 
HAi laa..
Tapi Najwan takmo jugak.
Bebal bebal neh!!! Jerit-jerit..

LAstnya, aku ngan Oni tinggalkan je dia dalam tu. 
KAng dah sampai seru , ko kuar sendiri la Wawan oi.

NAjwan yang kebengangan sebab takde orang nak layankan dia mandi lama-lama dalam bilik air , pun keluar ... sambung protes kat ruang tamu plak.
Ngan bogel-bogel, rambut basah... Bercucuran ayaq mata ni. 
Tapi, masih menjerit-jerit lagi mintak attention. 

Aku nak lap badan pon, dia tepis tangan.
Waahh....marah sangat nampak anakanda yeeee...~~~~~
Hmmmm...
Tak pe. Sabaqqq.

 Kubiarkn saja NAjwan di situ.
Siapkan Oni. 
Boh bedak .. Boh gincu bagai... hHAHAH... Oni ni melawa je keja dia. 
Dah siap... 

Dan tetiba...

Najwan tak bersuara.
Tapi, dia kencing atas simen, depan bilik tetamu.
Dengan muka bengangnya yg tak abih lagi...
Ko pahamm tak maksud dia apa?


HAAaaAAAA~


Dengan pantasnya, Ibu yang berwajah anggun bak bidadari pagi bertukar menjadi Hantu Kak Limah.
Senjata hebat lagi tidak mengeluarkan belanja mahal digunakan iaitunya...
 
C.U.B.I.T

KAt paha.

Sekali pulas je

Najwan nangeh pedih...
Tunduk pegang kaki. 

Bila dia dongak, nak mintak kesian, dia terperasan kot muka Ibu dia yang dah hilang cool tu.
Terus diam.
Tinggal sedu je. 

Aku dukung dia masuk toilet. 

"Nangih la dalam tandas tu. Dah habih nangeh , baru kuar! Lap badan, rambut... Ibu takmo tengok setitik ayaq mata pun kat muka, paham?"

"Paaaa.aaa.aaaaaaaaaa.aaahaamm...." balas NAjwan. 


Dah siok sangat nak nangeh. Meh IBu bagi nangeh bebetul.
Dah soh nangeh, tak nangeh plak. 

Aku biar je Najwan menguruskan diri.
NAmpak dia amik tuala, lap badan. 
Lap muka.
TApi ada lagi sedu-sedu.
Dah siap kering suma, dia berjalan kat aku...
Eh, pandai pulak dia lap badan sendiri , kan?

"Ibuuuu..... Adik mintaa appppp.. Adik nak Ibu....." dengan wajah yang hiba sambil menghulur tangan kanan.

Aku wat dono je.... Juai mahai..~ Hiks.

"Ibu.... Mintaa maaapp ... Huuu.." Air mata bergenang kat mata. Kali ni, nampak dia bebetul menangis sedih sebab Ibu tak layan dia. 

Aku sambut tangan kanannya tu. Nangeh si NAjwan. BErkali-kali dia minta maaf. Kendian aku pakaikan pampers. 
Sempat lagi tu bebel. 

"Len kali....kalau mengamuk-ngamuk lagi, pakai pampers sendiri. Tau?" 

NAjwan geleng-geleng. 
Taknak lettew.
Nak ibu jugak bubuhkan. 


Oni...
Dia dah tau dah kalau IBu dia tengah marah adik, dia tak boleh bersuara sepatah pun. 
Sebab, Adik papepun akan jadi comfort  kalau ada kakak. 
JAdi, kalau KAkak defend, bila Adik nak pandai?

 
Kena cubit bukan sebab nangeh tu.
Tapi sebab kencing atas simen , kat pintu nak ke ruang tamu.
Padahal, tandas sebelah tu je. 

"Lepas ni kencing kat mana?" tanya aku, nak kan confirmation.

"Kencing kat jambaaaaaaaannnn...................."  jawabnya.



Ok.
Maknanya jelas dah. 
Dia faham. 


Kita tgk lak lepas ni ada lagi tak dia nak ngamok~







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram