Followers

17 Jan 2015

~takde keje la ni namanya~


Yeehaaa...

Sabtu sudah ye.
Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu kedua dalam dalam tahun 2015. 
Dah seminggu dah aku melalui hari-hari persekolahan dengan Oni dan Najwan.


Banyak ujian kecik yang aku lalui minggu ni. 
Menguruskan anak-anak di pagi hari tak susah. Tapi, menguruskan orang yang dipertanggungjawabkan mengurus seketika anak aku di kala aku perlu kerja, hmmmmmmm... Never ending story lah bab ni. 
Cuma mampu mohon Allah mudahkan urusan kami anak-beranak.

Alhamdulillah, anak-anak jenis tak susah bangun tidur.
Setakat la ni, takde lagi morning tantrums.
Oni kalau bangun dia akan tanya "hari ni hari apa?"
Jika sebelum ni aku ada masalah ingat hari, sekarang ni, aku kena paksa ingat sebab nanti dia akan tanya. 
Dulu, masa di Alor Setar, hari Ahad adalah hari sekolah. 
Di sini, hari Ahad adalah hari tak sekolah. 
ONi tanya jugak apesal jadi gitu. AKu cuma cakap... "dah cikgu cakap macam gitu... kita ikut je apa cikgu cakap."

HAAA~HAHA

HAri Jumaat , dia demam. Tetiba suhu badan jadi 39. 
MAybe sebab ada budak sana pun dok demam kat sekolah. 
Tapi, Oni masih bertenaga lagi.BAtuk-batuk jela. 
Petang tu, aku dgr batuk dia dah macam bunyi brek ketapi. Terus bawak gi kecemasan. Tapi, hari tu, maybe ramai sangat oran-orang yang cemas, maka aku yang tak berapa nak cemas ni mengundur diri. BAwak dia gi klinik kanak-kanak aje. 
Aku cuma nak amik nab. 
ALhamdulillah..pehtu, ok dah. 


Kerja aku berjalan seperti biasa. 
Sebolehnya aku kurangkan outstation untuk minggu-minggu terawal sebab sekarang dah takda pengasuh di rumah. 
KAlau dulu, ada Linda. 
Kelas masih ada. Rabu malam dan Jumaat malam. 
Memula aku kawtim ngan pengasuh biasa Oni , nak tinggalkan kat dia. 
Tapi, lepas dah start sekolah, dan dikaji lebih mendalam... cam mostahel je aku nak ulang alik gi tinggal kat dia. 
JAdi aku reserve jelah untuk kes outstation yang memerlukan aku tak boleh balik rumah. HEe..
Mujurlah Taska tempat Oni dan Wawan duduk tu, leh OT. 
Bayaq ikut jam. 


I noticed something about my kids..
Wawan la especially.
He is 4 now. 
Dia ni makan tak brenti.
2 jam sekali mesti mintak roti. 
Stok roti kat umah cepat habis, lebih cepat dari kebiasaan.
Untuk Wawan sorang, sebuku rori GArdenia tu pon dia leh abihkan dalam masa 3 hari jek. 
Oni plak, sejak skolah ni aku kena siapkan bekal.
Kekadang je dia nak roti.
Skang aku stok banyak frozen food dalam freezer untuk kepelbagaian sarapan di sekolah. 
Tengahari, dia makan di Taska pulak. 
Stok telur kat umah pun upgred. 
Selalu 10 bijik tahan 2 minggu.
Kena letak 20 bijik dah lani, baru aku leh bertenang. 
Huuuu~
Bebudak dan teloq memang kamceng ek?
 


Ujian paling maveles minggu ni ialah 

Ujian Peti Ais rosak.

TAk sampai setahun lagi peti ais tu tau. 
Aku syak 'siti nurhaliza' gigit tang mana-mana organ peti ais tu. 
HAHAH.. serkap jarang lak.
Sebabnya, bahagian freezer, ok je.
YAng bahagian bawah ni. Tempat letak telur... Letak sayor..Letak segala macam jajan yang ado. 
Sian anak aku. 
Takleh minum air sejok.
Hehhehee..~


Oni dah pandai basuh kasut sekolah sendiri.
Ehhehe..
Excited cuci kasut sekolah.
Dah besar dah anak aku.
Tapi, cengengnya nya tetap number 1.
Rimas kekadang tau!
Suma menda nangeh. 
TAk habih nasik, nangeh. 
Tak nak roti , nangeh.
Ibu tak bukak 611, nangeh jugak. 

NAk nangeh jugak laa cani..~ T_T~




 


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram