Followers

12 Jan 2015

ONI DAH SEKOLAH



 Wahh...

Pakat-pakat post status ngan wat entry anak gi sekulah ye?

HAAHAH..

ANak kite baby lagi.
Tecik lagi.
Takyah skolah...



Kekkeke..



Oni adalah baby , di hatiku. 
Tapi, hakikatnya, dia sudah 6 tahun.
PErsiapan persekolahannya biasa-biasa saja.
Serileks bondanya. 
Bonda hanya mempersiapkan jati diri dan fizikal. 

Cuma, semalam dia emo sebab aku tak mau teman dia tidur. 
Cengeng sikit sejak tak berapa sihat seminggu dua ni. 
Kulit dia yg terlampau sensetif tu , luka . Dan ada plak tabiat suka kopek luka (macam Ibu jugak). So, kena wat penjagaan rapi sikit. 

Itulah... nak pesan.
MAsa pregnant jangan dok eksaited sangat minum susu soya ye. 
Kulit anak sensetif gila.
High maintenance gitu. 


Tak susah kejut dia bangun. 
Maybe sebab hari pertama kot. 
NAjwan pun senang. Taklong dia mangkit, maka mangkit la dia sekali. 
Anak dara I dah besau you know. 
NAk bekfes pun, dia sapu sendiri ajelah peanut butter atas roti dia, dan Najwan. 
Ibu berdikari dah ajar kan?

Cuma aku masih lagi tak pernah bawak anak-anak gi shopping betiga-tigaan. 
Oni ok.
NAjwan je tak ok. Sebab dia ada kemampuan bergolek-golek keriangan atas lantai shopping mall. 
BUkan saja lantai shopping mall, kalu dia rasa dia nak golek kat jalan raya or tapak pasar malam, pun dia akan berbuat demikian. 
BUkan tantrum tau.
Tapi, mmg habit dia gitu. Terlebih konfiden sangat. 
Aku takleh nak dukung semedang mamat matsaleh celup tu weh. 

Kekadang, kengkawan teman aku gi beli brg.
Tapi, kebiasaannya, aku tinggal umah pengasuh je sampai petang. 
Uruskan lah hal-hal brg dapur semasa depa suma takde. MAlam tu, nak urus anak-anak aja. 

Terima kasih kat As, teman jaga anak-anak aku dalam kereta sementara aku gi beli kasut sekolah si Oni. 
As pun ada anak lebih kurang Oni gak. Naurah nama dia. 
Semalam, bawak suma anak-anak gi gunting rambut.
Ngan rambut NAjwan sekali kena gunting.
Sian Wawan.... Kengkawan dia ramai perempuan. Haih~.
Seb bek ada Ibu yang separa ganas nih. Hihihihihik. 


 



Oni kita dah jadi gegirl.
HEhehehehahahha...
Sebenarnya ibu jari ONi masih luka penangan kasut princess yg dia pakai masa kenduri kahwin Mak Andak dia. 
Tapi, dah boleh berkasut la. 
Sejak kes kasut makan tuan tu, Oni dah bersumpah takmau pakai kasut princess da. 
Dia cuma nak pakai kasut macam Ibu je. 
Noh, amek satt. Jenuh cari boots utk beliau. 

Dah takde sangat sebut Frozen lepas kes kasut tu.
Udah aku kata, sekali lagi dia sebut Frozen, aku frozenkan dia dalam esbox (peti ais). TAkut teruih..~
LAst sekali aku beli cadar Elsa dan Anna je lah, habuan nak suruh dia tido dalam bilik sendiri. 
Tapi, subuh tu, dia cari ketiak ibu gak.


Gambo Najwan takdo lak hari ni.
Tadi, dia pakai baju tido je gi taska. 
BAwak beg skolah. 
Alhamdulillah, urusan sekolah dan transit Oni dipermudahkan. Oni pun ada kawan. 
Untuk NAjwan pulak, urusan taska nya pun ok.
Semalam, aku begkan baju depa utk seminggu siap-siap bagi cikgu. 

"Ibu nak hantar Oni gi sekolah ke, nak hantar Oni balik umah Atok?"tanya Oni.

"Gi sekolah..."

"NApe bawak beg besaq?"

"Boh siap-siap baju Oni. Takyah la heret baju sampai berat beg hari-hari...." jawab aku.

"Ooooooooooooooooooooooo.."

Panjang OOO nye. Ntah paham ke idak aku cakap tu. HAHAHAHAHA !


Tunggu la petang kang kalu nak gambo depa ek.

Alhamdulillah.
Dengan bersekolahnya mereka, maka aku pun boleh bertugas seperti sediakala.








Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram