Followers

26 Jan 2015

Nostalgia ROTAN



Giler popular isu nih





 Entah la samada undang-undang ini disambut baik atau tidak. 
YAng pastinya, aku boleh bayangkan hidup kanak-kanak sekarang lebih 'ceria' tanpa sesuatu yg menarik untuk diceritakan kepada anak cucunya bila dia besar nanti. 

Pendek kata, anak-anak zaman kini dibesarkan tanpa punishment yg legend, yang mampu menggerunkan sesiapa yg mendengarnya.
Bosan siot!






 AKu pun tak berapa nak sure apakah hikmah rotan tu secara psikologinya. 
YAng aku tau, bapak aku memang suka betul dengan rotan.
Agak-agak , bila aku wat statement gini, bapak boleh kena tangkap polis tak?
Tapi, bapak polis kot?


AKu sampai nak call teledera la, sebab bapak ni, betui pun dia sebat. Salah lagi la dia sebat.
Yang pastinya, kalau dia nak sebat, dia sebat je. 
KAlau dia tak sebat, dia baling je ngan apa yg dia sempat capai. 



Nostalgianya hukuman bapak-bapak kita dulu, mampu membuatkan kita tersengih dalam keperitan. Kan?
Walaupun aku tidak mendidik anak-anak menggunakan pendekatan merotan, tapi rotan ada je kat rumah. 
Sebagai senjata tambahan ...katenyee.....


Masih ingat lagi tanggungjawab khas yang bapak aku bagi masa aku di sekolah rendah. Dulu, bapak aku suka betui membela menatang (binatang). Dan kegemaran bapak sejak dahulu hingga sekarang adalah bercucuk tanam kat tepi rumah yg ada tanah sekangkang kera tu.
KErja aku ngan adik aku, Angah masa tu, pagi sebelum pegi skolah, SIRAM POKOK. 
Petang , balik sekolah atau lepas main kat luar, SIRAM POKOK. 
Senang je kan?
Kerja cenggitu mudah pun, kami ni punya la ngelat.. sanggup tak siram pokok.. tapi siram simen je kat tepi umah tu. Kekononnya, bagi basah je la. 
Lupa plak la yang bapak tu lama idup dari kitorang. 
SImen basah.
Daun tak basah dehhh...~

Sampai tempoh, bapak tengok dedaun pokok dia kuning je.
Dehidrate siap!
HAHAHAHAHHA...
MAkanya, bapak panggil la interrogation. 
Tu pun ngaku siram hari-hari.
Pelik tak, siram hari-hari, tapi pokok mati?

HApe lagi...
KEna la libas ngan rotan nipih tu atas kesalahan Tak Siram Pokok dan Menipu. 
2 kali sebatan, MANDATORI beb!


Antara kesalahan lain yang boleh mengakibatkan hukuman rotan biasanya MENIPU. 
Bukak file TIPU ni meliputi banyak aspek kalau korang nak tau.

MEmbesar ngan bapak ni, pantang dia TV.. 
Dia sangat tak suka TV

JAdi, kalau time dia balik kije tu, dia tengok kami ni bergelimpang tengok TV, sat lagi mai la 'dengki' dia tanya kami dah wat homework ka... Dah siap ke translation yang dia suruh. HAa.. bapak dulu ajar omputih pakai translation. HAri-hari kena wat. 
Walaupun benci sampai tahap nak lari rumah dan nak tukar bapak lain, tapi sudahnya Bahasa Inggeris aku A kot... SIap merata-rata alam pi.
 LAni, keja suma kena cakap omputeh ja. Tu bapak punya kerja la tu!

Citer pasal pantang bapak ngan TV ni, demi takmo kena rotan ngan dia kalau kami tgk TV... agak-agak jam nak dekat pukul 5 ptg je, kami tutup la TV tu. 
Sebab, dulu kan pakai TV bengkak. KAlau pasang lama-lama, TV tu panas kat bontot dia kan?
Bapak kau polis kot.
Ko nipu la kot mana pun, tewas jugak. 
BApak balik, bapak raba-raba TV tu. 
Dia rasa suhu TV tu melebihi kapasiti dari biasa, kami akan dipanggil untuk soal-siasat lagi sekali. 
Dan lepas tu, kena la libas sorang sedas.

KAlau cam haku, disebabkan aku ni yang sulung dan berhati waja, kalau kena libas, aku diam je la. KAlau aku nangeh, lagi bapak libas.
YAng si ANgah pulak, habit dia suka nangeh. PAstu, bila kena rotan, dia lari keliling rumah plak. BApak aku ni dulu, kuat bersukan......
DIa selalula main kejar-kejar ngan Angah. Satu taman kot boleh dengar Angah jerit kena rotan. 
Aku rasa jiran belakang umah pon boleh buat buku log setiap kesalahan , waktu hukuman dan berapa libasan sekali , sebab dia pon dengaq sama kami terpekik terlolong selalu. HEHehe..~



Berikut adalah kesalahan-kesalahan lain yang menyebabkan hukuman rotan dikenakan:

- meninggikan suara especially kat mak.
-tak menyahut bila dipanggil. Kena panggil sekali atau dua je... MAsuk kali ketiga bapak mai dengan rotan.
- makan nasik tak habih. 
- makan memilih. tak makan itu dan ini adalah dilarang sama sekali! Apa yg mak masak, semua kena makan.
- tak kemas meja dan basuh pinggan lepas makan. 
- tak cuci bilik air
- membuli mak yakni tak basuh baju sekolah dan kasut sekolah sendiri.
- menyampuk time orang tua sembang. HAaa.. yang ni tak kena on the spot. KAlau jadi kat umah orang, bapak tangguh sampai masuk kereta. Dalam kereta pon bolehhhhh~......
- tak menghormati tetamu yang datang. 
- tak hafal sifir
- terlebih-lebih seronok sangat bila main ngan kawan atau sepupu sampai tak mau balik rumah. 
- bergaduh sesama adik-beradik. 
- takut tanpa sebab musabab yang khusus. so, dulu ko jangan cakap ko takut lipas atau hantu. Dan dan tu jugak hukuman rotan siap kena berdiri luar rumah tengah malam dikenakan. 



BAnyak la.

HHehe..

Sebab tu aku membesar dengan kuat dan sihat.
Dan aku yang terpaling ganas dan kental dalam pemili. 

AKu rasa bila makcik-makcik aku baca entry ni pon, depa gelak kot.


YA... PAkcik Jalil memang garang. 
 Oni pon takut.





Aku memang tak setuju lansung hukuman merotan kanak-kanak itu satu kesalahan jenayah. 
Maybe, boleh diletakkan level rotan tu.
Camana gaya merotan dan had umur kanak-kanak yang layak di rotan. 
YAng merotan sampai jadi kesan deraan tu,itu memang jenayah. 

Ni yang rotan sebab malas mengaji, malas solat... MAlas basuh berak sendiri, menjerit-jerit kat tempat awam sampai tarik rambut  ngan tudung mak dia..
Yang tu aku rasa, memang tahap sesuai kena rotan kot. 
Aku pernah tengok budak darjah 3 tengking mak dia sebab Mak dia tersalah beli kotak pensel kat supermarket.
Gila toi.
MAk dia leh wat diam je. SIap tunduk. 
Yang bapak dia plak bleh cakap "takpe..nati bapak beli baru."
Itu..dapat kat aku....... SELAMAT aku wachaaa kan.


Oni kata  "Ibu garang." 


Rotan itu sebagai salah satu cara mendidik.
BUkan satu-satunya cara untuk mendidik ye. 
 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram