Followers

29 Jan 2015

Boleh Hidup ke Jual Menda Selekeh ni?


Lumrah manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. 
Rambut ai blonde.

Tak semua hati sama macam kita.
Even kita sendiri pun, belum tentu suka semua orang. 


Jika terkenangkan aku yang dulu, yang bukan siapa-siapa. Terperuk di kediaman berpagar kebal, siap pak guard bersenjata, namun kawan tiada.

I mean, kawan ada je, cuma tak ramai la yang genuine. 

ALhamdulillah, dah 5 tahun aku bersama Prudential. 
5 tahun weh rasa macam sekejap je. 
Dalam tempoh tu, memacam la nampak. 
KAwan datang dan pergi.
Sahabat, ada biarpun tiada di sisi.
Teman... Bila lapar boleh dipanggil-panggil ajak makan. HEhhe..~

Tadi, tergerak plak hati aku nak wasap si Haida. 
Tengah kelas makcik tu. 
Ntah kelas apa ntah tua-tua ni.
HEHE
pAdahal aku pun dalam kelas gak tadinye. 

BErtanyakan khabar.
KAlau dulu, kami bersembang berguling berdua- dia berkain batik dan bertshirt yang aku pasti, dia masih gemar berkain batik, dan aku pulak berbaju kelawar. 
Aku mula berkerjaya sebagai Perancang Kewangan lebih dahulu dari dia. 
MAsa tu, dia jadi taukeh bantal kekabu. 
KAlau masuk umah dia, bersalji je. 
Sapa ada asma, takleh masuk. 
HEhehe..
So, dia kalu nak lepak, dia akan gi umah aku yg terletaknya di tingkat atas.

Senang je gi umah aku.
Dia amik tuala, letak atas kepala, pehtu dia pun naik atas.
KAlau asben kami masing-masing takde, mmg gitu jela dressap dia. HIhi..


Tu throwback la.

Tadi, aku soh dia update gaji bulanan dia.
Memang berganda-ganda la daripada masa awal-awal dia jadi tauke kekabu, pehtu jadi makcik urut...



"Juai kopi je pun..." katanya.



Yeahh..

Juai kopi je pun. 
Orang pandang lekeh saja.
KAmi ingat jelas bagaimanan lekehnya pandangan 'masyarakat' kat si penjual kopi.
AKu ni plak, jual insuras.
LAgi la lekeh.
Sapa yg suka?


Tapi, apakah pekerjaan yg kami buat itu tak penting.
APa yg kami jual pun, sebenarnya tak penting sangat.
KAlau bijak otanya, taik kambing pun leh juai kann..

Tgk...kambinnnn jugak kena. 


Kesudian dan kesanggupan kami menongkah duri, panah, taik, dan segala....
Buat kami bertahan sampai ke la. 
Haida, melepasi target 3 tahunnya.
Aku, alhamdulillah. MAsih lagi melata-lata di bumi Allah dengan tugas aku.
Kopi Ungu tak pernah takde dalam henbeg.
Setiap kali aku koyak plestik , nak minum, aku ingat lagi macam kami tergolek atas tiilam depan tv macam ikan paus biru baru lepas beranak. 

MAsa tu, melenggak habih.
TApi, poket kosong.
Glemer je sikit.
Sebab... asben pegawai. 


"Juai kopi je pon. Boleh kayakah?"

Haida selalu ulang-ulang soklan perli orang sekelilingnya bila time kepala dia masuk ayaq.

Sama gak la cam haku..

"Juai insurans pun leh hidup ke?"

JAwapannya...
Hidup lagi la aku. Siap boleh bela anak-anak aku , dan sekolahkan depa dengan jayanya. Sorang-sorang ok~ 


Ke mana 'masyarakat' yang gelak-gelak siap ngumpat kutuk kami dulu, taktau dah.
TAkde bunyi dah.
KAlau ada pun, buleh dengar bagai angin lalu je. 
Tiada siapa boleh berkata-kata lebih.
Mereka cuma menanti kita tergelincir saja, maka kembali 'bersemangat'lah mereka utk berkata-kata semula.


Hidup perlu usaha.
Setiap tugas itu ibadah. 
Kita berniaga untuk memberi manfaat.
Bukan mencipta jerat.
Sekiranya kita brjaya dengan apa yang kita buat, serulalah yang lain untuk turut berkhidmat.
Berkongsi setiap perkara, ilmu dan fakta bermanfaat.
Biar sedikit untungnya, tapi hasilnya berkat. 


"Juai kopi je pun. Kena bayaq cukai.."

Bukan calang-calang ok. 

AKu saja ingatkan HAida...

Yang juai kicap camana pulak?

"Juai kicap je pun..."

Tapi, rumah mana yang takde kicap? Habaq mai sat?

Hina ke orang juai kicap?


MAka,stand tall wahai rakan-rakan ku...
HAri ini, aku berbual seketika.
MEskipun, bisnes kami tidak sama produknya...
Tetapi, misi kami lebih kurang saja. 

APa saja dibuat dengan kasih sayang, hasilnya akan tercipa juga.
JAngan gopoh saja. 


Saya sayang client-client saya.

Dan HKCC.... Always Spread Love Together. 

KAn Kan KAn...





Semua perniagaan memerlukan modal.
Bezanya , modal kecil ke besar.
No such thing is keluar modal besar, goyang kaki lebih. 
TAkde.
Modal besar atau kecil, yang PALING BESAR KENA KELUAR ADALAH TENAGA.
LAgi besar cita-cita, lagi besar pulak PENGORBANANnya.

Itu pun consider Modal jugak tau. 

KAlau ada yang buat bisnes tanpa modal, Tony Fernandez pun tak kebuloq nak bukak syarikat kapal terbang kot.
 

sekian dari 
aku yang selekeh...







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram