Followers

12 Jan 2015

Bila KJ Sound Setepek Buat Si Penggila Kpop, Aku Sentap.








Kijam toi ayat ang KJ.
TAk hagak-hagak.
Seb bek ang cakap bahasa melayu.Kalau tulih bahasa korea, mau kena bom.
Hikihikhik..


Tumpang sedih dengan kewujudan gambar gadis-gadis Melayu kita ,bertudung dan semestinya beragama Islam , diaibkan atau maybe 'teraib'kan diri sendiri tanpa sengaja.

Lebih teruk when those pics went viral.
Kasihan kamu Adik-adik...

Well, tak jauh beza pun zaman dulu ngan zaman la ni.
Cuma agak teruk sebab skang henpon suma berkamera.
Kalau dulu, time konsert yang ada kamera cuma anak orang kaya je.. dan yang boleh ambil gambar di barisan depan cuma lah wartawan majalah dan surat khabaq. 
Jadi, di era kita remaja, kita 'terselamat' dari sebaran gambar seperti ini. 

TAkleh nak kata 'nasib baik aku tak minat Kpop' . 
Then, kita kutuk plak orang lain yg minat Kpop dan bermimpi-mimpi nak berpakwe kan artis Korea, sebab kita tak termasuk dalam golongan tu. 
Tapi, zaman kita dulu adalah zaman Bollywood. 
Jangan kau lupa Jemah!!!

Cuba masa dulu Hrithik Roshan tu masuk MAlaysia... dalam rancangan realiti sehebak RUnning Man. 
Hmmmm... Hmm..Hmmm...
(Jap, imagine...)


JAngan dibandingkan pulak dengan aku.
Aku dulu di zaman remaja, aku berangan berpakwe kan Power Rangers sahaja. 
Sebab dalam dunia aku,real man memang tak wujud.
Even now kot.
Kikikikiki..

So bila aku tengok Tweet KJ yang jujur amat tu, tersemboq jugak la ayaq aku minum.
Siyes lawak.

Dalam rekod kehidupan aku, setakat la ni, tak ada lelaki pale, skinny and pretty yang berminat. 
Yang ado cuma yang tak berapa nak tall sangat, dark tu mmg dah, dan mostly tak hensem. 
Maybe kena mandi bunga pehni.... Tskk..Tskk..







BAgaimanapun, setakat lelaki Kpop itu, apelah sangat weh.
HAri-hari aku peluk cium kot. 




-ni-

 
 
 Nih dia Najwan atau lebih dikenali sebagai Najwan-Awk-Kat-Mana.
Kpop gak ni.
Cikgu cakap gitu.
Menjadi rebutan ramai awek kat skool pada ari nih.


So, sian la gegadis yang kena peluk ngan si Kpop tu. 
Aku, hari-hari peluk, bawak gi tidur. Siap kena basuh berak dia lagi.
Ngeee....



 
 Macam mana NAjwan first day at school?



Cikgu kata, dia macho saja. 
Maybe sebab dia dah biasa gi taska. 
Memula , dia diam je. 
Tapi, kendian first sentence yang keluar dari mulut dia adalah...

"Awak kat mana.. Awak Awak kat mana???"

Itu le pasai Najwan dikenali dengan nama Najwan-Awak-Kat-Mana tuuu...

Hai la anak.


Ibu tak pasang pun lagu Awak Kat Mana tu tau.
Ari tu dengar sepupu-sepupu dia la sebut sepanjang hari.
Skang dah jadi ice breaker dia kat mana pun.
NAk ngorat awek pun, dia guna ayat tu jugak.
Adoi!


cemana aku nak Tall, Dark and HAndsome kan anak aku ni?
Tak ikut spesifikasi KJ lak. hik~


 Pendirian dan pandangan saya tentang kes gadis dipeluk artis Kpop?


"
"
"
"
"


Saya tak pandang ke gadis tu. 
Menda dah lepas.
Saya pandang hat kedepan ni.

Semoga kita semua mengambil ini sebagai peringatan dan pengajaran.
Yang Halal, kita mudahkan.
Yang tak syariah compliance, kita tinggalkan. 
Tinggal terus lebih bagus. 






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram