Followers

11 Jul 2015

Wawan dah sihat.

Alhamdulillah,...

Najwan dah discharge dari Hospital Pantai Manjung khamis lepas. Terima kasih pada anda semua yang mendoakan. 
Terima kasih yang datang menziarah. 
Terima kasih yang datang bawa juadah berbuka. 
Terima kasih pada yang datang memudahkan tugasan.. Datang sampai ke wad sebab aku takleh masuk opis. 
Terima kasih kpd PruBSN Mobility... Sbb aku leh wat keje gak walaupun tak dpt gi berkawad kt luar. 

Oh, Makbed dah puteh sikit sbb dok dalam spital , siap ekon. Peewiitt!!!


Destinasi pertama lepas discharge adalah...

Beli baju raya.

Heee.....

Sebab minggu depan nak balik Kuantan da. Malas nak beli last menet. Bawak budak ni kena dlm keadaan tenang. Kalau mak stress nanti, buleh jadi baju kaler lain, suar kaler lain kang. Naya je nok!


Sedang aku bersiar-siar, lalulah aku depan Peace. Kat situ, bNyak baju-baju sedondon anak beranak.
Oni dan Wawan aku letakkan dalam troli , walaupun masing-masing dah besar.  Membebel anak aku sebab walaupun mereka dah 'dewasa' aku masih melayan mereka seperti bayi. Kena dok dlm troli. Wakakakakaka...

"oni dah buley basuh berak sendiri pon, kena dok dalam troli.." Getus Oni. Bajet Ibu tak dengar la. 

Hahaha.


Memula aku minat ngan kaler pink. Ingat nak pink je la raya ni. Saje kasi energy lain sket. Tapi, saiz Oni takde pulaaaaaakkkkk. 

Kali ni mmg shopping jenis 'org kaya' datin-datin punye style. 
Aku suruh je hakak promoter tu cari baju yg sama kaler utk dedua otomen, pastu bak sini aku nak test kat depa. Kaler apa pon takpa. 

Dan aku lak dok luar jaga troli sambil melayan Wawan yang time tu ada krisis identiti. 

Hakak baru tau dia suka kaler biru. 
Dan dia bekenan sangat satu baju yg kaler biru tu. dok tunjuk yg baju tu dia punya..

Masalahnya, baju tu ada labuci-labuci plak kan!
Baju kurung.

Berkali si Oni dok cakap, "tu baju perempuan la." Tapi Wawan tetap kata tu baju dia. Siap nangeh macam betui je tu baju dia. Mak aiii.... 

Akak promoter tu dah tergelak dah. Dia tengok je mata aku ni kejap kecik, kejap besaq. Yela...mata aje yg nampak kann.

Wawan dah ghenggah dah (nangeh versi melalak tahap high desible) .
Ni kalu budak biasa nangeh sebab nak menan.
Yang Wawan nangeh sebab dia nak baju kurung, dan mak dia tak bagi. 
Sapa kejam skang??

Ohmai.... Stress kot shopping gitu. Serta merta la aku teringat Alang , Kimi ngan Adk. Oh korang. Meh le tolong kakanda ini. 

Penyudahnya, aku buat-buat tak paham je apa Wawan nangehkan tu. dah jumpa apa aku nak, aku kasi duit kat akak promoter tu , dan terus blah. 
Pastu, gi kedai kasut pula beli kasut sekolah Oni yg dah kecik.

Pon sama...
Oni dok dalam troli  je. Beli kasut. Bayar. Blah.


Sampai umah... 

Test tengok baju ok dak.




Yehaaaa...

Suar wawan je senteng sket.
Perut tu buncit plak. Haih~


Habeh citer baju raya depa.

Ibu depa, takyah baju raya dah. 
Nanti balik kampung nak bodek Abah soh beli selai. Hahahaha..lama tak merap Abah ngan amak beli baju raya sulung yg kiut lg comel ni. 


Stop sini dulu. 
Nnti sambung lagi.

Wassalam. 

8 Jul 2015

Janda dan Kewajaran Memilik Kad Perubatan (discoveringyoubyliz)

Simple WHY on having yourself prepared with a comprehensive medical card.....


Read this with an open mind. 





I am a single mother with kids. As much as I dont like to say this, but it comes to no suprise when the mother take care just about everything despites her limited capability and boundaries. 

I prepared myself with a medical card. That's the first I did. 
What were the benefits I put most concern on , considering bajet pon tak besar sangat. 

Yup...

The annual limit and the room and board. 


Been commited to pay it every month, tak penah guna pon. Until one day, I was admitted to a private hospital due to prolong fever. 

Masuk je. Bayar deposit aje. Then i was placed in a RM250 per night deluxe room, where me and me alone inside it. And tv... And a bathroom. The hall also quite comfort for visitors to come and have a little chat.

Waktu melawat memang takde jadual. Datang je.

Nobody knew about the admission at first. Even my family. 


.....


i bought medical cards for the kids too. 
Put all the effort to make sure the policies are inforce. Kadang-kadang tak cukup duit, tapi aku mesti bayar juga. Why? 

Why I put so much concern on the kids medical card?


Because I am a single mom. 

My dad, my mom and my siblings even they are always be next to me to support, they also not a rich person. They have their own commitments as well. 

I hate to see them bersusah-susah utk aku meskipun maybe orang akan kata 'tukan tanggungjawab ahli keluarga ko..' Untuk tanggung. 

Tak semestinya ok. You still have to be resposible on your own life even you are a 'janda'. Jangan perasan lemah and keep on thinking you are helpless and hopeless and so susah. Work it out!


Allah uji aku, di saat sipi2 sangat aku nak gi outstation , Wawan jatuh sakit. Mulanya nak bawak pi amik nebuliser je tapi lepas check up , didapati paru-parunya dah terkena jangkitan. Bersyukur sangat aku belum pergi lagi. Kalau time aku tengah dok kursus tu Wawan sakit, camanalah agaknya.


Without delay, Wawan terus diwadkan. Dah taknak fikir apa dah, hanya mahukan Wawan diubati sebaik mungkin. Tak pernah pon Wawan selemah tu. 

Tiada kepanikan. Tempoh menunggu tak selama yg aku perhatikan di hospital biasa. Dan, even utk anak-anak kecil, I never took for granted on their annual limits and Room and Board. 

Wawan juga aku masukkan dalam Deluxe Room.
Bilik sorang. 

Boleh kata kat aku, aku ngada. Maintenence tinggi , kekwat dan sebagainya sebab bilik anak pon nak katil satu. But actually, that room is not purposely taken for him maaaa...

It is for me. 
Aku yg nak menjaganya. 

So, kenapa aku bersusah sediakan juga medical card? Even agen insurans pon kena beli medical card sendiri ye. Bukan company bagi. Sapa yg dapat medical benefit dari syarikat mana korang bekerja, pls lah tak yah perasan disayangi sangat. 

Selagi anda bekerja, yes.... Cover lah. Beranak pon depa cover.
Tapi, bila korang quit, taktau la sapa cover. 

Tapi, korang mesti takkan quit. You are very loyal to your company. 
But what happened when you are fired , or when you cant work there anymore disebabkan oleh ketidakupayaan utk bekerja lagi?

Company still pay your gaji and benefits ke?


Kenapa ibu tunggal perlu sangat takaful lengkap berkad perubatan?

-sebab takde sapa nak tolong bayaq bil hospital kita or anak-anak kita.
-sebab even ada org tlg bayar pon, taktau lama mana boleh bayar. Dan boleh mendatangkan fitnah pula. 
-sebab adalah perlu untuk kita hidup tidak menyusahkan orang lain kerana penghinaan orang tu walau tak bagi kita kudis, tapi boleh buat jiwa kita koyak. 
-and if kita perlu juga dibantu, at least orang nampak yg kita ni sudah pon melakukan persediaan dan berusaha. Bukanlah semata-mata mengharap bantuan belas kasihan semata-mata. 
-untuk elakkan termakan budi orang yang tak sepatutnya. Heeee....


See.... Single ladies and single mommies, please keep in your mind. 

Being single doesnt mean you have to be helped all the time. 
Dont ever expect people to respect your need. You need to respect yourself by taking care of your own need first, then leave the rest to Allah. 

Sama macam tutup aurat gak la. 
Kita takleh demand orang utk treat you with respect, atau tak memandang anda belebihan walaupon anda tidak menutup diri anda dengan sempurna. Tak boleh katakan yg 'pakai tutup' pon orang kacau juga. Tak boleh katakan yg lelaki yg sempurna imannya tu, kalau bogel depan dia pon dia takkan buat apa-apa. As much as we want it that way, sangat lah impossible sbb manusia ni dicipta dengan akal dan nafsu. 

What we need to do first is, respect ourselves. Yg tu memula. 
Jaga bahagian kita dulu. Protect dulu. Kawal dulu. Kontrol dulu.
And leave the rest to Allah.
Kalau kena kacau juga, at least we already did out part , the way we should. 

Dan...

Belilah takaful dengan penuh kasih sayang.
Ketahui tujuan anda. Jelas. 
Dapatkan nasihat sebaiknya. Jangan ala kadar, dan jangan beli kerana terpaksa. Beli dgn rasa tanggungjawab. Seperti mananya aku. Kerana aku SEDAR, aku tak kaya maka aku beli jugak. Dan andainya, aku ditakdirkan 'pergi' dulu, aku tidak akan memberi kesusahan kepada meraka yg menjaga anak-anak aku, kerana mereka telah pon aku sediakan plan perlindungan terbaik sehingga mereka dewasa dan berjalan percuma, sebaik saja aku tiada. 

Tapi, ini pendapat aku.
Dunia yg aku lalui tak sama mungkin dgn anda. 
Aku memang perlu la medical card. Tak mampu pon, sumpah aku usahakan juga. Kaya ke tak, bukan soalnya. 

Korang lain.
Semua ada suami. Ada keluarga yang datang serta merta dengan ribuan ringgit di tangan anda memerlukan. Memang takyah medical card. Rugi je.
Ada yang family kaya raya, simpanan berjuta. Tayah bazir.. Family ramai2 wakpe kalau tak guna.
Ada kawan yang berhati terbuka sentiasa ready nak derma bila2 masa. 
Company dah sediakan perlindungan perubatan terbaik utk pekerja kesayangan. Buat apa susah lagi? 

Aku, memang takda. 
Ada kudrat ja dan semangat je . Heeee..



"Makbed bolehlah, dia kaya....." 

Amin.....

Saya cuma nak cakap...

Kalau saya keep on cakap yang saya tak boleh dan tak mampu, ya..., memang betul. 
Tapi, siapa yang paling kesian sekali nasibnya? 


....


Tentunya,anak-anak saya.


Wawan dimasukkan ke hospital akibat Pneumonia baru-baru ini dan masih dalam proses pemulihan. 
Doakan kami. 

I am with PruBSN and always open for consultation. Please text 01132278965 for detail. 





29 Jun 2015

The Untold Stories: Respond

Assalamualaikum

HaiHai..


Kita bertemu lagi di segmen yang sama!
CewwwwahhH~


Where was I?


Oh, last time cerita pasal perubahan diri sebelum berniqab. 
Dah citer-citer pasai tu dah. 
Selesaikot no~


OK... Bila berniqab sebenarnya?

MAkbed berniqab sekitar penghujung Feb atau awal MAc. (Pelupa tarikh).

Alkisahnya, seorang sahabat hadiahkan kat Makbed 2 pasang Niqab Yaman yang dia beli masa pi Yaman. 
Ahhahaha.. aku ingat lagi lokasi pemberian tu..
Wingzone, Aeon Manjung. 
HAri Jumaat.
Time solat Jumaat. TApi kami tak pi solat jumaat la kan. 
Aku dapat je, terus demo kott...

Waahhhh... seronok bukan kepalang!!!
Tapi taktau sebab apa seronok. Siyes~

But, sebenarnya......


Makbed dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama gila nak berpurdah.
Dah berapa kali dah aku cakap kat kawan-kawan. 
KAt MAk pun ada cakap.
MAk lagi besh..

"HAng tu suka tengok wayang. Sok pakai, camana nak tengok wayang...?"

HAHAHAHA..

Aku pon, kensel la tak pakai.
Sebab nak tengok wayang.

hHiHihihihihiH~


Dan rakan-rakan lain ada yang tak bantah.
Ada jugak yang turut sama teringin nak pakai. Tapi, tak ready lagi.
Ada jugak yang mempersoalkan kewajaran pakai niqab sementelah kerja aku adalah kerja yang memang kena jumpa orang dan dengan orang jugak aku berurusan, tak kira lelaki atau perempuan. 
Tidakkah terbatas perhubungan aku seandainya aku memakai kain itu?


Semua itu, aku fikirkan. 


Lama jugak.
Dalam masa sama, aku study. Dengan gigih. 


Sehinggalah bila Jijin bagi aku niqab tu secara percuma, aku bagaikan tersedar dari lena....

MENUTUP AURAT ITU WAJIB.
NIQAB itu SUNNAH. Hukum harus. 


JAdi, kewajaran memakai niqab itu aku tak boleh nak terus letak kat sini, sebab aku pakai kerana keperluan aku memakainya. 
Bergantung kepada niat, dan sekali lagi, aku tak perlu bagitau apa niat aku kat sini kerana ianya tidak penting bagi anda juga. 


Kali pertama aku pakai Niqab, disaksikan Jijin dan Ai. 
Kendian, balik tu aku pakai lagi..
Disaksikan Oni dan NAjwan. 

Aku expect anak-anak aku akan lari bertempiaran bila nampak aku pakai niqab tapi tekaan aku salah. 

"Ibu, pakai lah macam ni. Cantik..."

Aku hanya diam membatu. 
Tapi, sempat selfie sebagai kenang-kenangan. 
Oni dan Wawan tersenyum riang dalam gambar tu. 
Dan aku simpan gambar tu lamaaa.......  

Dan esoknya aku terus keluar rumah berniqab. 
Dah tak fikir panjang. 

BAgi aku, tak yang fikir panjang kot. 
PAkai aje. 
KAlau rasa takleh pakai, bukak lah. 
At least, aku cuba.
Tapi, masa aku bertekad tu, aku bukan cuba dah. Memang nak pakai.
AKu tak gitau sapa pun decision tu.HAnya Jijin je yg tau tekad aku tu. 


Untuk yang bujang-bujang dan bersuami, silalah minta izin ye. 
Cam aku, takyah. 
Aku terkecuali dari meminta izin. heee~
Dah minta izin Oni dah. Oni bagi. Kira ok la. kan?


Apa feedback semua orang?

Pelbagai.
Mula-mula sekali, Bos.
Tu pun bersopan santun Bos tanya, kenapa aku pakai camni? APakah niat aku? 
Ok..kat Bos aku cakap la sebab aku ngan dia kan KAmceng. HAHHAH~ 
Dan Alhamdulillah, Bos faham. 
Tapi, aku masih perlu menghormati rules dan keselesaan semua. Meskipun, kita negara demokrasi, boleh pakai apa suka, tapi kita takleh la pakai cheongsam takat lutut time pergi meeting dengan bos besaq. Tu contoh. 
JAdi, BERSYUKUR pihak syarikat masih benarkan anda pakai pakaian apa yg anda nak pakai ketika bertugas di luar. Kerana aku memang banyak bertugas di luar. 

Adab berniaga, pelanggan anda boleh melihat wajah. Dan sebenarnya, dalam urusan seperti saya ini, saya kira PERLU! 
JAdi, tak yah susah-susah sampai menangis. Islam tidak pernah menyusahkan. 
Andai perlu , angkat sahaja lah niqab itu , dan berurusniagalah. 
Bila selesai, turunkan. 


Family.

Abah dan MAk bertanya juga.
Tapi, dengan keluarga, sama juga. Tidak perlu aku pakai kerana aku berada dalam situasi selamat bersama mereka. 
Pissss~
Tapi, kalau nak pakai pun, MAk Abah rilek je.Tengok keadaan.
Adik-adik pulak suka mengusik.

"Muka mana muka?"


Tapi, aku rilek je. 
Aku rasa, pakai niqab ni aku lagi jahat sebenarnya. HAHAAHAHAHAHH~ Banyak mengambil kesempatan. Hih~!


Rakan-rakan.

HAhaha.. yang ni?

Hmmm...aku dapat kawan sporting. 
Kesemuanya suka je aku pakai. 
Ada gak komplen.
Yang sebenarnya aku kena tutup adalah mata. Bukan muka...
Tapi, kalau aku nak ikut cakap semua orang, memang aku keluar berbungkus jela. Aku pulak yang susah. 
JAdi, aku dah buat apa yang elok untuk aku.
Sebab .....
Aku yang travel.
Aku yang drive.
Aku yang cari duit nak hidup.
Aku yang bayaq kereta.
Aku yang bayaq rumah.
Aku yang keluar menyelesaikan tugasan. 
Dan semuanya aku.

Dengan izin Allah.

So, pasaipa aku nak kena pi layan cakap semua orang?
Asalkan apa yang aku buat ini, di landasannya, maka berlapang dadalah Makbed. 


NAsib aku ialah, kawan-kawan lelaki memang sama banyak je ngan perempuan. 
Apakah aku kena menjauhkan diri?

Hmm.

MAgikanya, bila mana aku nak kena duduk dengan mereka time bekerja, pandai pula depa ni pilih tempat duduk. 
JArang sekali duduk di mamak. 
PAstinya di restoren yang kurang ramai orang atau selesa...
Dan tempatt duduk tu mesti baekkk punya, supaya senang aku nak makan. 

Jangan dikisah sangat tentang mata melihat, sebab kang aku nak sudukan makanan pun aku lupa mulut aku kat mana. 
MAkan sajalah. 

Dan aku pakai niqab bukan  untuk mengharamkan wajah aku dilihat orang. 
Itu bukan niatnya. 
Allah tak haramkan pun wajah dan tapak tangan...
Pasaipa pulak aku nak pi haramkan pulak?


Time makan, angkat niqab dan MAKAN. 
Susah ke?

And trust me.

Bila orang lain tengok betapa enjoynya berniqab tapi buleh makan, maka orang pun tak rasa cemas tengok kita. 


Islam itu tidak menyusahkan. 
Dan tidak ada paksaan dalam beragama pun. 


Mesti dengan ilmu. 


Clients?

Respon diorang?
Hehehe... Ini pun best.
Semua seronok.
Tidak ada seorang pun yang kekok.
Hatta yang tak bertudung pun, tenang dan gembira. Malah lebih bercita-cita besar mahu berhijrah. 
MAlah, yang belum Muslim, begitu tertarik mahu mencuba pakai hijab dan niqab. Of course, mereka tertarik dengan keunikan dan kecantikan. Tapi, bukankah itu dakwah?
NAbi suruh tunjukkan adab yang cantik dan menarik. Bersih dan kemas. Tujuannya dakwah la. Nak menarik mereka untuk lebih dekat. 

Tidak pernah saya asingkan yang belum Muslim dan Muslim dalam hidup aku.
Mereka semua Allah hadirkan dalam hidup aku bersebab. 
Tugas aku hanyalah memberi khidmat selagi boleh. 

Alhamdulillah, mereka menghormati. 
Dan sebenarnya, kurang sikit soalan-soalan cepumas yang kurang selesa dijawab sejak akhir-akhir ini. 


Kesimpulannya,

Jangan biar situasi mengawal kita. 
Kita yang kawal situasi, tetapi dengan cara kita membawa diri. 
Niqab memang bukan budaya kita. Dikira, kita ini minoriti sahaja. JAdi, kena la adapt dengan situasi. JAnganlah kerana kedegilan nak menegakkan sunnah yang satu ini, satu perkara yang Allah dan Rasul tuntut, iaitu menjaga silaturahim dan maruah sesama manusia kita langgar sehinga membawa mudarat. 
Pokok pangkalnya, mahu buat sesuatu mesti kena ada ilmu.

Dan mahu aku berpesan pada yang semua, berniqab atau tak, RESPECT itu perlu. 
Yang berniqab, jangan berasa Mulia. Jangan rasa bangga terpilih mendapat Hidayah. 
IAnya boleh jadi rahmat, boleh jadi Ujian. 
Kerana ujian paling besar diberi kepada mereka yang sedang mahu berubah. 
Ujian paling susah diberi kepada mereka yang beriman. 

Yang tidak berniqab pula, jangan rasa terpukul. 
Jangan rasa jauh bagaikan belum mendapat hidayah. 
Kita sama saja. 
Beza sehelai kain yang menutup wajah. Di sebaliknya, semua kena gosok gigi pagi-pagi lepas bangun tidur. 
Niqabis jugak gelak berdekah-dekah, tapi tak berapa dengar sebab kain tu tebal. HAHAH~ 
Niqabis juga mengumpat. 
Niqabis juga ada yang kuat melatah.

Sama je. 


Dan, paling nyata sekali... aku berniqab.. Sama je.
TAkde pun tukar slang, 'ana', 'anti'. 
TAkde pun cakap slang bahasa arab.
TAkde pun keluar kata-kata ganjil tetibe....~ sampai sume org lari. 

MAkbed is still MAkbed. 


kita sambung lagi nanti ya..>~


Photobucket

Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino bertemu Makbed The Journal

(ENtry semalam...
Publish rini.) 


Bersiaran dari Ipad guaaaa....

Oni dan Wawan sudah tition. 
Hari ni banyak pulak tetamu datang rumah. Hihi...seronok main.

Teman sebadak Makbed once upon a time datang ziarah lah siang tadi. Heheeee... 

Alkisahnya, dia ni cam biasa la mai terkejut tergempaq tak habaq. 
Aku kelas plak - sebenaqnya aku lupa aku ada kelas. Sian anak murid aku huwaaa..

"aku dah kt Sri Iskandar ni. Pinjam umah hang sat , nak tumpang si Tweety Bird ni. Merap pulak budak ni nak ikut..." Bebel Haida di hujung talian.

"okeee..mmai la amik kunci umah." Jawabku ringkas. 

"Satgi aku sampai kt opis hang, aku call..."


Hmm....

Setengah jam je, dah sampai. Pompuan ni bawak keta laju. 
Kalu nK tAu, dia ni kira antara penyumbang terbesaq bayaq saman negara. Tatau la lani camana. Tapi zaman mengangkut kopi dulu, sebulan sekali tak kena saman memang bukan Haida la. Hauahuahauahuah..


Dia sampai depan opis dengan terkedek-kedeknya mengambik kunci.

"Aku nak masak ni. Bagi budak-budak makan..." kata Haida. 
"hang nak makan apa? " sambungnya lagi.

"Ala... Tayah masak la. Jom la gi pasar ramadan," aku ni nak mengelak masak je. Malas kot.

Tapi Haida nak masak jugak jadi aku biarkan. 
Lepas habis kelas, aku gi shopping barang sket sebab dia yg nak masak. Tak memasal je dia yg gi cek dapor aku brg pa yg dah habih. 
Siap tolong sapu sampah lagi. 
Hihihihihih...

Sebab tu aku selalu je bagi dia kunci umah. 
Dia rajin.
Tettttt..


Hahahaha.. Mari menggamit kenangan silam. 
Ni gambar 5 tahun lepas ke ?
Wawan takde lagi masa ni. 
Ko nampak betapa montelnya kami berdua??


Seperti biasa, sambil-sambil lepak, walau sekejap aje pon. Kami dok bermuhasabah diri jugak la dua orang. Orang cam kami ni tak buang masa banyak sangat bila sembang. Cakap menda suma macam panah, tepat ke sasaran. 
Dia citer plan dan apa future strategi dia kat aku. 
Pastu, aku plak pas polisi insurans dia yg aku dah upgred sebab lani dia dah makin lawa dan kurus. Maka polisi dia aku naiktarafkan lagi , setaraf dengan kecantikan dan kecomelan dia tu. 

Hahahahahahaha... 

Bukan apa...
Sok dia sakit, yang nak dok tepi teman dia tu aku. 
Bilik nak kasi besaq sket la. Satgi takmuat anak beranak nak berkubang. 

"Hang simpan polisi aku na. Aku pelupa.." Kata Haida, sambil gheyeh.... Mcm dalam gambaq tu.

Aku menurut perintah macam biasa. 




Ni gambar lama lagi.

"Hang ingat dak...  HKCC naik time bulan posa?" Tanyaku ... Mengingatkan kembali kenangan di masa silam. 


"Ingat..." balas Haida.

Tetiba rasa cam kami ni warga emas yang dok dalam rumah orang tua tu. Dok bersandar, berbuat ingat zaman muda2 dulu. 
PAdahal.....~



Tahun 2011 adalah tahun Haida dipenuhi bulu -bulu kekabu. Tahun tu jugak, aku baru bersalinkan Wawan, dan baru sangat jadi agen takaful.  
Klako laaa masa tu.... 
Kerja tak banyak sangat. Kerja melantak aje. 
Maklumlah, seronok jadi surirumah. Sebab selama ni kerja makan gaji, ikut jadual kerja. 
Bila boleh kerja sendiri, masa sendiri.... Tapi banyaknya spend kat memasak je. 

Pagi, pegi pasar.
Masak. 
Tak cukup bahan, curi rumah jiran. Hahahahhaha...
Selalunya, dia la yg tak cukup bahan masak.
 Naik atas.
 Bukak peti ais, rembat. 
Bawang takda, amik aku punya. 
Sebab aku ni rajin membeli barang dapur, tapi tak masak sangat sebab kerja. Dia la surirumah berwawasan. 
Bila dah amik brg aku, Haida akan bagi sikit la hasil masakan dia kat aku. 
Yeyyy....

So, boleh faham tak kenapa saiz kitorang sama?
Sebab makan bawang yang sama. 
Kikikiki...


Haa...  Ni masih montel lagi tapi,semenggah sikit la rupanya. 
Gilo bengkak muka memasing. Entah apasal la..?


Di tahun 2015, kami masing-masing dah buat penstrukturan baru. 
Haida dah mula projek dia memperbesarkan jajahan HKCC dengan projek kolaborasinya. 
Aku plak masih nak jadi agen insuren dan skang tengah sibuk ngan leadership course. 
Tak kira, nak jadi agen insuren jugak!,, hahaha degil. 

Hkcc??

Haaaa..
Ini bulan puasa.
Mana lengkap takde kapucino kesayangan. 
Setakat lani, tak penah gobokku kosong tanpa kopi ungu itu. 
Memang masih terbukti, minum HKCC buat perut lambat lapar. Dan permintaan masih tinggi dari peminat tegarnya. 

Percaya atau tidak, Makbed sudah lama tak beli stok gula. 
Pertama, sebab Makbed memang tak rajin memasak pakai gula. 
Kedua, Makbed tak bancuh air dalam jag sangat. Kalau tetamu datang, diorang memang akan nak minum HKCC je. Sendiri koyak, sendiri bancuh. Sendiri minum. Sendiri basuh cawan. Mudah kan?


Makbed pernah pi umah client Makbed, tengok-tengok ada sekaton HKcC kat umah dia. 
Saje la aku interview pasal kopi yg dia minum tu.
Dia kata, kawan dia rekemenkan sepeket je soh minum. 
Terus jatuh hati..... Beli sekaton trus sebab dia nak berpantang nanti. 

"Tapi, muka Puan ni macam sama je macam dalam testimoni blog Makbed tu...." Kata client aku yg begitu jujur.

"Ohh.. Itu musti pelanduk dua serupa..." Balas aku. Bajet retis. HahahHah.



Moga kopi sedap itu bertahan....


Nah, terima selfie terbaru Founder HKCC dan Kak Long kawasan. 
Lupa pulak nak amik gambaq megatron skali. 


Amik gambo muka je. 
Takdak sape yg cukup mumayyiz untuk ambil gambo full kami. Sedey........ 


Kebetulan je tudung sama kaler. 
Tapi brand tudung tak sama. 




Itu le Tweety Bird yang dimaksudkan tadi. Yang berbaju biru itu.
Abaikan Oni yang beraksi kurang berhemah sket. Apekah la Oni ni...




Selamat Menyelesaikan Puasa. 
Jangn lupa bayar zakat dan selesaikan fidyah ye. 



Jom baca bagaimana HKCC yang sekadar kopi ini boleh memberi manfaat kepada sorang lagi sahabat blog Makbed, yang kendiannya jadi client dan kendianya jadi stokis terbesar Putrajaya dalam personal entry beliau bertajuk "AKU DAN DUIT HKCC'.

27 Jun 2015

The Untold Stories: Makbed dan Purdah

Assalam


Syukur pada Allah. 
Diizinkan lagi berblog. Semoga apa yang MAkbed kongsikan ini membawa manfaat untuk yg membacanya. 

Salam Ramadan Makbed ucapkan. Besar hikmah Ramadan kali ni kerana pertama kali meraikannya dengan penutup idong. HAHAHAH~ 


Buat yang bertanya sejak sekian lama, InsyaaAllah ari ni aku terai la jawab serba-sikit tentang penghijrahan aku menjadi hakak ninja sejak beberapa purnama yang lepas. KOrang baca je penuh santai. TAkyah stress-stress. 

Sebelum korang proceed baca, ingin aku membuat kenyataan bahawa kenyataan ini adalah datang dari aku dan pendapat aku menerusi pemahaman aku.
Gambar pun gambar lama.
Sekiranya salah, Makbed minta maaf awai-awai kerana MAkbed masih dalam peringkat pra-sekolah dalam hal niqab ni.
 Pun begitu, tidaklah aku ini dungu sampai tak mengaji lansung. Mihmihmih~


HAkikatnya, umum yang mengenali MAkbed dan diri Maked menerusi belog kambin bri-biri berbulu putih ini tahu bagaimana diri ini.
KAlau ditatap entry lama pun, korang masih lagi boleh kata 'Makbed memang cam ni pangainya...'.
JAdi, kalau dikatakan aku memakai niqab ini satu penghijrahan - Boleh aje.

Tapi, ketahuilah anda semua, bahawa penghijrahan MAkbed bukan dilakukan dengan penuh terkejut atau pun spontan.
 Aku melalui beberapa fasa perubahan secara 'senyap' seiring dengan penambahan usia dan juga penambahan ilmu serta pengalaman hidup.


Bagaimanakah perubahan yang dikatakan slow-slow tu?


Oke.



Memola.... Dari suka pakai tudung sekerat , aku labuhkan.
Mula pakai shawl.
Lepas shawl, aku mula dengan pashmina.
 Ehh.. boleh tengok la deretan perubahan style bertudung Makbed dari tahun ke tahun. 
Alhamdulillah, dengan pashmina jugak lah aku bertahan even berniqab. 
Sebenarnya, once aku tahu yang pashmina dan shawl jika kena gaya pakainya boleh saja jadi labuh , maka makin berkobar-kobar rasa nak pakai niqab tuh.
 Tapi, sabaaaaqq. Banyak menda nak kena betulkan lagi. 

Yang wajib... solat.
 Boleh buat tak ? Tanpa gagal.
Tanpa lewat.
Aku kenal pasti punca-punca lewat solat dan ada masa tu, terlepas waktu solat. 
Yaa... walau berat nak ngaku tapi antara sebabnya adalah kurang ilmu.

Ilmu menutup aurat.

Kita terikat dengan budaya aku kira. 
Taktahu, yang apa yang kita pakai itu boleh dibawa solat. 
Selalu, aku dengar alasan  seperti:

baju tak bersih
tak konfiden nak solat
tempat solat tak syoq
telekung tak bawak
telekung yang disediakan tak bersih
pencuci mekap tak bawak pulak... (yang ni paling lawak)

Hmm...
AKu pun sama kot. 
CUma aku ni memang dianugerahkan Allah sifat malas mekap.
 So, aku takde masalah bab mekap.
CUma masalah tang telekung.
AKu banyak travel dan selalu lupa telekung.
Dan selalu terlepas masa solat, kerana kurang ilmu bermusafir. 

Alhamdulillah, Allah sayang aku lagi. 
Dikurniakan aku dulu, badan yang sangat super debab.
Dan kemudiannya, berat turun perlahan-lahan sampai la nampak comel lagi kiut cam yang dok ada lani. *dipersilakan muntah. 
Dulu, aku mengeluh, payah benau nak pakai baju zaman memuda dan payah nak beli baju sebab semua baju nampak gemuk. 
Aku pulak bekerja, professional pulak tu. 
Entah kenapa asal aku pakai seluar je, aku nampak gemok. Memang gemok kot kannnnnn?
Dan kemudiannya, aku bajet lepas badan dah kurus ni, mesti nampak kemas sikit bila berkemeja dan berseluar kerja. 

Hakikatnya, hati aku tetap tak rasa aku lawa. Memang tak lawa ~
Tatau camana nak buat mata sendiri seda menatap diri di cermin. 
Ampa tau la resmi berpakaian MAkbed, sume rugged je. HAHA~ 
Baju-baju yang aku suka pakai, suma aku jadi tak suka. 
Pelik kan?

Dan kendiannya, aku kembali kepada warna kegemaran - Hitam. 
Dan aku kembali berjubah. 
Kebetulannya, kat area rumah aku ni ada satu butik menjual jubah yang berkenan sungguh kat mata aku. 
Memula, aku beli selai.
LEpas tu, dua tiga hari lagi aku beli berhelai-helai. 
Dan bermula dari situlah .... Pakaian rasmi bekerja MAkbed adalah macam gini...



Pastu, beli warna hitam banyak-banyak. 
Walaupun orang kata macam sama je baju , macam pakai baju yg sama je hari-hari, aku redha dan pasrah je. 
Sebab aku tau, bukan aku sorang camtu. 
Misi-misi kat spital pon baju sama je. 
Askar, pakcik gad, budak sekolah, budak prasekolah, pun sama je. HAHAHA~
Senang wey. Tak penin nak pilih. 


Cuma syarat berpakaian professional dengan fesyen camni ialah

-Jubah elakkan yang ada corak berat. Mesti plain untuk aku. MAterial selesa dan praktikal. Yang penting, tak nampak apa-apa yang tersembul. Kain lycra memang diharamkan sama sekali. Silalah tolong dengar nasihat aku. Walaupun camana mahal dan high standard pon lycra tu, aku dah try. Cuma malas nak cakap sangat sebab kang benggrap pulak suma peniaga jubah dalam Tanah Malaya ni. 
- PEmilihan warna, mestilah Gelap. BUkan hanya kerana nak menutup aurat, tapi sebab warna professional memang yang gelap-gelap le. Hitam, kelabu, maroon, purple, biru... asal gelap.
- Kalau nak tampil professional, material tudung atau shawl haruslah plain atau bercorak ringan tapi klau jarang, pakai la inner. JAngan malas boleh tak? Takde yang mudah kalau bab aurat ni. PAstu, kurang bercorak. TApi, jika nak gi hi-tea, kelas mengaji, usrah , atau pape majlis tak rasmi hatta kenduri kawin dan joget lambak sekali pun (ehh...) boleh pakai pashmina ke, tudung bunga-bunga ke. NAk pakai bunga lawang susun-susun atas kepala pun boleyyyy...~ 



Amaran keras:

Jangan pakai legging dalam jubah yang takde lining. Sebab kang angin bertiup, ko tak nampak apa yg terjadi.
Orang lain nampak hoke...~ 
Dan.... sebaiknya, pakai skirt buat kain dalam.
Pi la beli skirt 'basahan' buat lapis dalam. Sebab, aku tak pernah pakai kain dalam yang petticoat tu. Lama dah tak de dalam gobok. 


Gi kenduri pun aku pakai sama je macam kerja.
KErna, aku memang bekerja sepanjang masa. TAk caya, buley tanya Bonda, Oni, Wawan, dan sesapa lah yang selalu nampak aku. 


Itulah dia penghijarahan berbusana aku sebelum niqab datang menjelma. 
Rimas, panas, berpeluh suma dah rasa.
TApi, lama-lama biasa dah. 
Aku tak buat sekaligus, tapi sikit-sikit dan TIDAK PERNAH SEKALIPUN aku memberi excuse kepada diri sendiri tentang berpakaian hatta stokin pun aku tak pernah tinggal. 

Cuma, masalah aku masa tu adalah HAndsock. 
Aku kekok nak pakai. 
HUHUUHu~


Tetapi.....
Kendiannya aku pakai handsock.
PAKSA  beb.
PAKSA.

Dan, bila aku mula bersolat tanpa telekung bila mana bermusafir, aku baru merasa nikmat menutup aurat yang paling bezzz.
HAAHEHEHEHAHAHHA....

Tapi, memula tu orang ngate jugak. 
Ada kata aku syiah pun ado gak. Chaihh~
Aku just assume depa jeles je tuh. 
Lek la sisterr...~




Jujur, yang bernapas lega tengok aku tentunya Mak Abah kan..~ 
oh.. anakku... Sudah tidak rockers lagi. 


HAHAHAHAHAHAHAHA....








Ternyata telahan mereka meleset....


cam takde perubahan sangat pon bab nih.

Itulah dia penghijrahannya.
PErmulaannya. 

TApi, nikmat hijrah ni, kalau dilakukan dengan rela hati, takkan pernah sedikit pun rasa terbeban. Siyess...~ 
Pun begitu , setiap apa yg dilakukan tidak boleh semberono. MEsti dengan ilmu. 
HAnya dengan ilmu, baru kita tahu KENAPA mesti sesuatu perubahan itu dibuat.


Nanti sambung na...




Photobucket

Najwan dah boleh buang sampah dah.

Bismillah...

Alhamdulillah. Ada peluAng lagi godek belog. Yahoooo!!

Pepagi, Oni ngadu gigi dia longgar maka aku bawak gi jumpa dentist. Gigi bawah tu dah longgar cuma doc kata tak perlu dicabut lagi. Biaq pi dulu. 

Then, kami pi melawat Farisya kat Hospital Manjung. Tiga hari lepas, Makbed dah gi tgk Farisya. Masa tu dia lemah sangat. Asyik nangeh aje. Hari ni, dia dah sihat. Cuma kena stay lagi 2 hari untuk ubat. Semoga Farisya terus sihat ye..... Nanti Ibu Farisya nak work. Lagi Farisya tak sihat, nak work pon x best. 


Cik Oni pun dah kena gi 'site' gak. Hahaha... Tapi kepakaran semulajadi dia tetiap kali aku bawak di pi menziarah adalah dia pandai melayan budak tecit. Dia pon suka keje cam Ibu ni sbb dia ada peluang tgk budak-budak dan baby. Sampai ada la masa tu aku pi menziarah sahabat yg baru lepas melahirkan, aku balik tu tunjuk gambo baby baru - aku kena marah.

"Awat tak ajak oni?"

Jauhhh... Camno nak bawak?


Quality Time.

Bukan senang nak ada masa time Sabtu Ahad ni.
Last week, aku kt KL.
Minggu ni, alhamdulillah. Berpeluang spend time di Manjung aje. Seronok dapat sediakan juadah berbuka walaupon depa tak puasa. Hihihihi.... 

Oni nak makan durian aje skang.
Bekfes pon nak durian.
Malam pon nak durian.
Hari ni aku dah buburkan durian tu sebab tak tahan dah bau durian dlam umah. Pening aih!

 Makan ngan roti aje. 

Pastu aku jerukkan mangga yg PA aku kasi ritu....

 Harap-harap sedaplah. Miahahahahaha...
Besok baru leh makan.

Arini skip gi Pasar Ramadhan.
Biasanya Makbed tak bawak bebudak gi tempat camtu kalau takde teman dewasa. Bukan apa, anak-anak gua ni boleh tahan jugak laju larinya. Makbed plak bekas pelari pecut yg pecut nya pon dah tak berapa nak laju. Lucut lutut gua ni kejar depa. Bek lah ampa dok umah makan apa ibu masak. 
Kalao pi Pasar Ramadan tu memang sendirian berhad sAhaja. Tak beli banyak pon. 


Sebelum Makbed lupa, nak ucap terima kasih kat peminat tegar Makbed dari Putrajaya kerana mengepos sambal bilis yg maha sedap ni.
Wey, bayaq pon dak lagi ni.....

Thanks Rina Ishak. 
Sapa nak, boleh terus PM dia kat Fb: Rina Ishak.
Sory tak letak link sbb Makbed pakai iPad. 

Yang makan beria adalah Oni.
Sambil tengok tv pon dia hadap.
Aku makan sikit aje. Nyesal beli satu. Huh!



Najwan dan Kegemaran Berkata Tak Nak

Alhamdulillah...
Hari ni Najwan dah digest bebetul apa Ibu cakap. Tu pon lepas berapa kali kena polish.
Pagi tadi kena lagi. Rasa susah sangat nak buang sampah. Tapi sebenarnya, mind set dan bawaan diri. 

Caranya tadi...

Setiap kali bagi arahan, Wawan mesti kena cakap Ok.
 "ok, Ibu..."

Lepas satu Ok, satu langkah.

Dan Ibu ulang lagi...

"wawan, tolong buang sampah tu.."

Dan wawan reply.... "Ok ibu..." Dan kakinya melangkah setapak lagi meskipon terpaksa.m

Memang Wawan taknak gi kat tong sampah tu. tapi, kuasa berkata OK dan YES itu sebenarnya besar. Bila kita sebut di mulut, ianya akan bermain di minda dan mindalah yg menggerakkan kakinya. 

Ada masa bila aku suruh lagi.. Dia tak bergerak. Takde respon. Tu kira nak refuse la tu.
Tapi, aku remind lagi dia....

"I hear No respon. What should you say, Najwan?"

"YES ibu...."

Dan kakinya melangkah setapak lagi ke tong sampah. 

Tanpa dia sedar, aku melangkah setapak ke belakang. Nak jauhkan diri sikit. 

Tau-tau, dia dah sampai kt tong tu. dan buang sampah dgn jayanya. 

Boleh pon!!!!

Aku tanya, susah ke?

Dia jawab... "takkkk.....


Dan setakaf lani , aku tgk dia dah pon gi buang sampah sendiri tanpa perlu disiuruh apatah lagi ajak Oni teman. 

Boleh kan?


Jangan mula biar anak kecil anda berkata Tak boleh dan Tak Tahu. 
Usahakan ajar sampai Boleh dan Tahu.
Anak adalah cerminan kita. 






26 Jun 2015

Rajuk Ibu Najwan

Bismillah

Assalamualaikum semua...


Hari ni bermelankoli sedikit hati ni. Eceh.... 
Alhamdulillah, Allah bagi rehat. Bolehlah spend sikit masa menulis blog sambil mendengar tapak kaki Oni dan Wawan berlari-lari dalam rumah.

Dah lama tak merajuk.
Wawan baru aje habih meraung , memeluk kaki gara-gara rajuk Makbed selama sejam setengah.

Kenapa?


Kerana bersifat takut. 
Takut dan takut-takut.

Mulanya aku kira adorable jugak budak kecik jadi penakut or kelihatan takut-takut. Tapi, bilamana aku suruh buang sampah di dapur yg jaraknya kalau aku kentut pon dia boleh dengar, pon nak takut gak, aku kira itu adalah merisaukan. 
Dan anak-anak begitu cenderung berkata Tak Nak, Tak Mahu, Tak Boleh dan Tak Tahulah setiap kali aku meminta mereka berbuat sesuatu. 

Dan, aku punya sifat semulajadi, tak boleh terima perkataan Tak tu. heheheheh..

Maka, setelah berkali diajar, dilentur dan dibentuk, maka kali ini aku menggunakan pendekatan berbeza sedikit. 


Ignore them. 

Wawan suka buang sampah atau campakkan bungkusan makanan kat mana aje dia suka. Aku kira itu bukan satu perkara yg boleh dipandang remeh sedangkan dia boleh basuh berak sendiri meski dia baru 4 tahun usianya. Dari gaya campak tu, dia mahu kita yang kutip. Dan bila ibu kutip, esok dia buat lagi.
Bila kita suruh kutip dan buang, dia menangis ... Dan cakap dia taknak buang sebab takut.Aku tak sure apa yg dia takut.

Takut tong sampah ke
Takut kat sampah ke
Takut gi dapur ke
Takut ape tah

Yang aku nampak time nak minum air buleh je gi dapo sniri.
Tapi, time ibu suruh buang sampah je dia jd gitu. 
Pelik tak?

So tadi, dekat nak berbuka, rumah aku bergema dngan tangisan Wawan memohon ampun sebab aku taknak kawan dengan dia. 
Aku wat tatau je sambil makan. Oni pon memula bising aku tak layan adik dia tapi kendian dia faham yang Ibu sedang mengajar Wawan sesuatu. 

"Nak mintaa maapppp... Nak minta maap..."

Ok.
Kalau korg tengok korg akan kata 'oh wawan sgt suwit minta maaf pada ibu begitu...'
Tetapi....
Jangan terpedaya. Itulah helah bijak anak kecik yg ensem dan kiut mcm tu. 
Bukan sekali dah ok.
Ibu takkan tewas kali ni. 

Aku terus je makan.
Dia nak nangih, dia punya pasal. 
Lambat makan, Ibu habiskan.... Kataku. 

Ibu maafkan, cuma tlg ambil sampah kamu ni, gi buang di tongsampah tu... Pintaku sambil tunjuk tongsampah yg jaraknya cuma 10 tapak dari tempat Wawan berdiri. 

"Taknak.." Geleng kepala. 
Tak berganjak. 

Weldan anakku. 

Dalam hati,memang kena tabah. Aku berzikir saja. Lagipon time Maghrib. Doa makbul time berbuka ni. Aku hanya berdoa, jadikanlah anak lelaki aku orang yg gagah berani dan seorang pejuang Islam yang hebat. Jadikanlah aku Ibu si pejuang hebat itu dan untuk itu aku pon kenalah hebat gak kan. Takleh lembik. 

Tapi, sampai ke Isyak Wawan macam tu je. Tak bergarak pon sampah tu. wawan dah ilang fokus. Lupa dah yg dia tu sedang dimarah Ibu. Gi lari-lari serata rumah.

Aku pon keluarkan aiskrim Magnum.
Kesukaan dia tu.

Dia nampak. 
Terus berhenti berlari.

"Ibu, nak eskrim...."

Aku diam je. Buat tak tahu. 

"ibu............. Wawan nak aiskrim...." Suaranya kuat sedikit. 

Diam jugak. Aku koyak bungkusan aiskrim, dan makan. Buat derk je kat Wawan. oni je datang 'terbang-terbang' dengan selimutnya serupa hantu kak limah. 

Aku kongsi aiskrim dengan Oni.
Wawan, aku buat taktahu saja. 
Sian anak aku.. Pandang je dengan wajah sedih. 
Hehehehe..... 


Seperti di duga, Wawan nangeh.
Hahahahahahaha....

"Ibu takmo kawan wawan... Wawan tak sayang Ibu..." Aku plak wat merajuk. 

Wawan pegang kaki. 
Minta maaf lagi. 
Nangeh...sampai merah muka.

Tak sebut da nak makan aiskrim. Dia cuma nak Ibu tak marahkan dia je. 

"Nah, gi amek plastik aiskrim ni buang kAt dapur...." 

Wawan berdiri saja. 

"Jomla Dik. Meh Kakak teman meh... Jangan la degil. " ajak Oni plak. Sedikit tegas sbb Wawan mulanya tetap dengan keputusan taknak bergerak dari tempat berdirinya tu. 

Maka, berjalan la dua beradik tu gi dapur..... Nak buang plastik eskrim aje pon. 

"Ibu... wawan minta maaapppp...." Pinta Wawan sambil sedu. Tapi, mata tgk eskrim. Hahahaha..

"Kenapa Ibu marah Wawan...?" Tanya ku pulak.

"Hmmm... Shebab Wawan tak cakap 'Ok'. Wawan cakap 'Taknak'. "


Ok bagus. Faham pon . 





Oni memang dah faham sangat dah.. Bila keluar arahan je tak de perkataan Tak Boleh , Tak Nak, Tak Tahu.... 
Bila Ibu suruh, yang boleh keluar dari mulut cuma 'Yes Ibu' dan 'Ok' je. 


Kesian anak menangis, tapi lagi kesian kalau kita , mak bapak yg menangis, 
Takpala... Tahan sat.












23 Jun 2015

Salam Ramadhan Almubarak dan Happy Birthday Wawan!

Assalamualaikum wbt


Tak terlewat rasa utk Makbed mengucapkan Selamat Berpuasa untuk para blogwalkers sekelian. Heheheh... Hari kelima berposa bru nk wish. 

Aku try mengistiqamahkan diri update blog dan kali ni tgh try update pakai ipad yg aku dapat secara free beberapa bulan sudah. Tak optimum pon penggunaan melaikan untuk submit kes aje. 

Eh bes plak hapdet entry sambil bergolek di atas katil. Boleh diusung ke mana-mana kan? 
Ekceli, lektop Makbed tu dah nak kena format dah. Tunggu masa nak koma dah tu. sian dia bekerja aje. 

Kengkawan, 21 Jun 2015 meRupakan bezday anakanda kesayangan beta!!


Pejam celik, dah sekolah dah si Wawan neh.......
Aku antar aje gi sekolah sebab rasa cam buang masa lak dok menempel kt Umah pengasuh sedangkan IQ dia dok berkembang megah , tak di'layan' dgn baik. 
Wawan dah boleh mengenal huruf dan nombor. Dah mula Iqra' da . 

Jadi , letsego to skool bebehhh..



Hahaaa...

Dia jadi bodigad Cik Oni lah kt skolah. 
Emcem tak anak Makbed ? 
Tsk...


Tengok gambo ni ulang2 , hilang rasa penat tu.
Siyes, Makbed kekadang terletih, sakit urat belikat dan pinggang bila nak kena handle semua sendiriAn .. Hhahahhaa....
Ini ayat manusia tak bersyukur nama dia. Kihkihkih....

Sebenarnya, aku tak sendirian pon. Ada esisten....  Alhamdulillah. Allah mudahkan. 

PengurusAn kebajikan Oni dan Wawan dilakukan oleh Personal Assistant Makbed yg dipanggil mereka Ibu Zie. Alhamdulillah, PA faham dan turut sama terjangkit penyakit sibuk aku .. Tapi Dia berbesar hati buatkan kek bezday Wawan tau. Waaa... Terharu aku ...

Yang aku ni, sampai sudah tak reti wat kek.

Bukan tak reti.... Tak cuba meluangkan masa pun.hihihi... 

Dan rezeki Wawan luas betui, ari tu saja 2 bijik kek dia dapt. 
Hari ni pon dijangka akan dpt sebijik kek lagi. 

Kesimpulannya, dalam peti ais ada berbijik-bijik kek yang diberikan oleh makcik-makcik gojes sekitar Manjung nih. Haih, banyak bnor peminat ek? 

Papepun, korang doakan untuk anakanda kita ye. 
Doakan yg baik-baik. 
Makbed ada sorang ni je anak lelaki (wat masa ni la waakakakakakak). 
Tak sempat nak generate yg baru. Rezeki takdo. 
Dajah 1, aku nak hantar gi sekolah tahfiz. 

Yang Cik Oni plak, aku nak ngantor gi kelas beladiri.
Heh hehh heh...
Penyakit berlari dan melompat setempat tu tak abeh lagi rupanya. Banyak betui tenaga dia. Hairan toi haku la.

Last week dah kena kurung dalam setor ngan cikgu, sebab time cikgu ngajor, dia plak sibuk ngajor kawan tepi dia kt belakang cikgu. Nah, cikgu kasi kuarntin sedas! Bercakap aje kijo dia. Cikgu ade gak repot dan aku faham situasi nya. Maka kuserahkan kepada cikgu cara terbaik mengajarnya. 

Balik rumah, aku tak marah pun dia kena kurung. 
Cuma aku tanya aje, apasal kena kurung? 
Pandai lak dia jawab
"Sebab Oni bisin dalam kelaaaasss...."

Pehtu, kena bantai gelak ngan Ibu. 
Aku ajak Wawan gelak sekali kat dia.
Lepas dia muncung-muncung keknon merajuk la aku tak 'memahami' perasaan dia kena kurung tu, aku tazkirahkan. 

Alhamdulillah, dah ok sket da.

Haaa.. oni ni kalau Ibu kasi motivasi, dia boleh berlinangan ayaq mata tau. Huuu...
Dah besar da anak dara saye ni. 



Takat tu dulu la naaaa...

Nnti sambung lagi. 
Terima dulu gambaq kami tiga beranak. 
Sori la, muka takdak pulak. 
Wakakkakakaka....






7 Jun 2015

Helo Helo



Assalamualaikum ...

It has been soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo damn long since my last writing. 
Hahh hahh..

Terlalu banyak kesah. 
Terlalu banyak kejadian. 
Manis, pahit, masam, kelat. 
Cantik, buruk, separa cantik, separa hodoh.
Semua nak hadam.
Kekadang sampai ada masalah penghadaman aku neh.  
HUu~


I am not planning to qadho balik all the stories and write them in here. 
Banyak sangat kot. 

So, consider this as THE BEGINNING of Makbed writing again. 

What can I promise you is


You gonna love every single stories that I am about to tell you. 






******************************




LETS BEGIN WITH THIS. 


Apa kabar Makbed?

Aku sekarang boleh dikatakan sihat sokmo. Cuma, last  weeks admitted kat Pantai Puteri Medical Center Manjung kerana demam kekura yang berpanjangan. Thanks to my habit of procrastinating things, including going for future checkup yang akhirnya menyebabkan aku menghumbankan diri aku sendiri ke dalam wad. 

Jangkitan kuman dalam darah adalah punca demam berulang dan tak kebah-kebah. 


So, korang jangan buat macam aku buat tu ye. 



Apa kabar plak ONi dan Wawan?

Oni. She is 6 now. SIbuk ngan sekolahnya. 
Wawan pulak, minggu depan aku hantar gi sekolah secara rasminya no taska-taska anymore. 
Sebabnya, macam membazir lak masa Wawan dok taska. Dia dah boleh membaca dah pun. Gi je lah sekolah. Cepat pandai, cepat semua-semua. Cepat habihs sekolah, cepat kerja. Cepat kawin dan cepat la aku dpt cucu. 

Tudia.... Mak dia punya kemampuan merancang masa depan! HAHAHHAHHAHAHAH!


How's life Makbed? Your real life?

My life is awesome. Being single with 2 kids, memang la osem sebab ko leh buat apa saja yg ko suka. Meaning, apa saja yg ko suka tu tidak bermaksud ko MEMANG BOLEH BUAT APA YANG KO SUKA sampai tak kerja kan?
Boleh buat apa saja yang suka dalam konteks, buleh makan anytime, boleh bangun anytime, boleh wat apa saja tanpa perlu kisah suami bising. ahahahaha.

Tapi paling penting ialah, life is good walau single, kalau ada duit la. Kalau takde, life sucks jugak. Kan? 

JAdi, bila dah sebut bab mencari nafkah untuk anak-anak particularly, there are nothing like BOLEH BUAT SAJA APA YANG KO SUKA. If you fail to plan, means you are planning to fail. My life goes on as always. Bekerja seperti kebiasaan. Cuma, dengan anak-anak yang semakin membesar, tanggungjawab tu tak sama macam ada anak macam zaman bayi-bayi. 


My goal in life now?

Is to be better each day. 
To live better. 
To smile more
To laugh more , and unashamedly laughing at my mistakes.
To be there when my kids need me. 
To be able to provide secukupnya untuk anak-anak saya yang kiut tu. 
To be as fun as possible. 
To aim on raising my pay each month supaya Sportster saya leh kuar cepat sket. Heeeee...~
dan memacam la lagi nak tulis sini muntah korang baca. 

Harap aku tak Goal dulu sebelum setel goal aku neh. 


New penampilan?

Alhamdulillah, tercapai niat nak berniqab dan aku telah pun selamat bernikah berniqab sejak Mac lepas. 

Has anything changed since?

Errmm...  Depends on certain Point of View. 
From mine, takde sangat yang berubah. Aku kerja macam biasa.
 Jumpa orang, berurusan macam biasa. Nak cerita sangat-sangat pasai penampilan baru pun tak sesuai sekarang. 
Keseluruhan life, sangat lebih baik.
 Niqab membantu banyak urusan travel secara nomad dan solo. Nampak macam susah dan renyah memakainya tapi bila dah pakai, and you really understand the purpose of wearing it, you have no problem at all!!!

 MAybe aku ceritakan tentang hikmah niqab ini nanti, dalam entry akan datang. Boleh kan?

Perlu anda tahu, saya masih Makbed yang anda kenal.
Masih suka kambing biri-biri. 
Masih peminat warna hitam. 
Masih gegila
Masih seorang yang cool. 
Maybe sekarang lebih garang. 
HAHAHAH~



Moga jumpa lagi.








Photobucket

21 Feb 2015

Kisah Pembantu Rumah Yang Minta Dibantu .


Aku pun taktau pemenda yg beria sangat menyebabkan aku jadi sibuk. 
Sampai tak terhapdet blog kambin biri-biri aku. 

RUpanya, tahun ni Tahun Kambing ye....
Tahniah la Cik Kam. Semoga terus menjadi kambing yang berjaya. Hiks!!
Moga tahun ini tahun yang Ong buat Makbed dan Cik Kam.

MAkbed, silalah jangan malas-malas menulis. Pelis...


Ekceli, takde menda fun pun dalam hidup aku.
KAlau ada pun, terlampau sangat funnya sampai aku terlupa nak tulih. 
LAst-last, berlalu hari gitu je. 
Kekononnya nak simpan , tulis besok ajelah.
Bila mai besok, tangguh lagi ke besok nye.
Pehtu, tak tulih...


Kerja bertangguh , memang tak menjadi. 


Seperti mana sebahagian sedia maklum, urusan rumahtangga aku memang diuruskan sendiri sekarang memandangkan Mak Lin dah tak duduk ngan aku lagi. 
Waktu kerja aku agak terhad. 
Dah tak boleh balik lewat dan buat masa la ni aku memang tak gi outstation.
Oni dah sekolah, jadi aku kena pastikan kebajikan dia terjaga.
 Same goes to Najwan. 

Akan tetapi, untuk future planning aku yang masih on track, aku kena pastikan yang aku punya pembantu rumah secepat mungkin. 
Makanya, pencarian pembantu rumah telah pun dilakukan. 
KAlau tak, memang naya la aku. 
NAk gi training takleh.
Dah la pasni , training memang makan seminggu punya. Kena tido sana lagi 
HAbih kalau aku kena tido sana, anak aku nak tido ngan sapa pulak?

Gile kau pikir menda camtu je, cekang urat dahi aku.
Ni lah natijahnya bila nak buat semua sendiri. 
Sampai bila nak harap kat family.
Depa pun ada kerja memasing. 
Dan aku pun, bukan sekali tu aje nak kena gi out station. 
NAmpak gaya tahun 2015 nih, memang semedang jelah keluar kawasan. 


Telah pun aku keluarkan iklan. 
Dan aku nyatakan kat sini jelah , briefly. 

AKu memerlukan wanita, yang sihat tubuh badan. 
YAng tahu buat kerja rumah dengan baik
Tahu menguruskan kanak-kanak.
Yang boleh memandu lebih afdal. 
Tempat tinggal dan makanan disediakan. Yakni, dia duduk ngan aku la. Dah nama pun pembantu rumah kan?

Gaji permulaan aku bagi RM1000. 
Dan ada kenaikan selepas itu. 
TApi, bab gaji ni sebenarnya, aku ada harga khas aku nak bagi kalau orang yg minta ni menepati kriteria yang aku nak. 


Datang lah seorang wanita kepada aku. 
Daripada apa yang aku dengar dan lihat, sememangnya dia perlukan kerja. 
Dah berkahwin.
Duk dekat aje ngan rumah aku. 
Punya suami yang tak berapa sihat. Basically tak berapa nak mampu menyara keluarga pun. 
Sekarang, wanita ini duduk menumpang rumah mertua.

ISunya,nak cakap telepon pon, kena sorok-sorok ngan mertua dia. 
NAk bekerja, mistilah kena ada izin suami.
KAlau duduk ngan mertua , izin mak mertua pun diperlukan , ye dak?
AKu nak bagi gaji banyak tau.... 
PErlu ke aku fikir sekali masalah rumah tangga kau?
Perlu ke aku tlg fikir yang ko dok umah tak de duit nak makan, mak mentua pun tak kasi duit makan... Bla..Bla...Bla... citer plak pasal penah lari umah. Pikir nak mintak cerai bagai... TApi, balik pulak sebab kesian kat suami yg tak berapa nak sihat tu...


TAk kisahla kalau dia taknak stay kat umah aku.
Tapi, aku tanya , apa dia nak buat kalau aku kena out station? 
Tugas utama dia, adalah memastikan anak-anak aku dalam keadaan elok. 
RUmah aku elok. 
Aku sediakan je kelengkapan apa saja yg dia nak, janji urusan rumah terjaga semasa ketiadaan aku. 

"KAlau saya kena tidur sini, boleh tak saya bawak suami saya sekali?"

NAah....


Terus bersinar mata aku. 
Hmmm... 
Skang ni aku bayaq gaji hang ka, hang bayaq gaji aku ntah?


Aku nak bayaq gaji dia, tapi dia suruh aku jangan habaq kat mak mertua dia , dia kerja ngan aku.
Aku bayar gaji dia, tapi dia kata kalau takde orang hantaq dia, boleh tak aku pi amek dia kat umah... (Tapi tadi ckp jangan ckp kat mak mertua dia ,dia keja ngan aku ,kan?)
AKu bayar gaji dia untuk dok umah jaga bebudak, dia nak ajak laki dia dok sekali plak. Sebab katanya laki dia takleh tinggal sensorang kat umah.

Aku cam.... Wadehel laaaa...

 Tak penah lagi la aku tgk ppuan bekerja , bawak laki sekali dok pejabat, teman. 
KAlau anak tu, sekali-sekala terjadi aku fahamla. BAby sitter cuti mungkin. 
Dan yg lelaki tu, pesal plak ko tak keja, kan?
*&*&*@(!!


AKu nilai balik gaji aku nak bagi dia.

"KAlau saya bagi akak RM300, boleh? Kalau dengan gaya kerja gini.."

Dah takmau. 
NAk seribu RInggit MAlaysia jugak. 
NAmpak?

"Saya cuma nak kerja kak. Lepas makan minum pakai saya je jadi la kak. Sedih rasa hidup tak dapat menyumbang kat mak abah di kampung... "

Dan tetiba aku rasa macam aku WAJIB sekolahkan dia secara FREE. 


"Hidup kalau ada CUMA sahaja, maka yang dapat kat awak CUMA je Kak. Berimpian tak salah. KAlau saya bagi akak RM300 sebulan, nasib akak tak berubah mana. Saya nak bagi akak RM1000 , tapi akak masih tak sanggup nak buat perubahan hidup. NAk buat keputusan pun tak boleh. MAsih lagi berkalau-kalau. Saya tak de bagi diskaun pun kat akak. Saya kata saya memang nak bagi RM1000, kalau akak ikut terma dan syarat yang saya bagi. Bersuami atau tak, bukan isu. Jika MAHU, bincanglah. Sekarang ni, yang mahu mencari wang adalah Akak. YAng susah adalah Akak. Kalau Akak masih banyak beralasan, makanya, sampai ke sudah hidup akak macam ini je kakk... Orang nak bantu ramai je. TApi, diorang boleh bantu seminggu je. Lepas tu,rimas dah.."


Dan aku tengok suami tu bukannya kurang upaya sangat. Boleh memandu pun. Hee..
SO, aku tak berapa pasti tentang istilah Kurang Upaya ni.
Kurang Upaya ke Kurang Mampu ek?
Bila aku tanya, boleh je jawab. 


"Mencari nafkah sebab nak bagi pada Mak dan Abah di kampung, itu bukan tanggungjawab akak. Saya pasti MAk akak pun faham yang akak susah. Tapi, kalau keluar rumah tanpa izin suami, lagi saya tak mau. 
KAlau suami tak bagi, takkan pulak saya nak paksa akak di sini. KAlau mak mertua pun kena bersorok-sorok, apa lagi kuasa saya. Akak kena start fikirkan apa yang terbaik buat diri akak. BEruntunglah, akak belum ada anak lagi..."

Diam lama pulak kakak tu bila aku bebel. 
Belum jadi majikan, aku dah membebel dah.

"Akak pernah fikir nak lari... NAk gi mahkamah. Tapi, akak fikir pulak. NAnti kesian MAk Ayah akak menanggung malu. Sebab, bercerai dan balik duduk di kampung... "

Hekk kau.


"Sapa suruh bercerai dan duduk kampung? PErlu ke bercerai, pehtu balik gi dok ngan mak? KAlau akak ditakdirkan tak panjang jodoh , tapi akak berduit.. bergaji dan mampu sara diri sendiri, akak nak balik kampung ke utk kacau mak? Perlu tak? "

"errrrrrrrrrrrrr...... Tak. Dah ada duit.." jawabnya.


"SO skang ni, apa yang akak kena buat ?" tanya aku balik. 


"Kerjaaaaaa....." jawabnya macam budak kecik. 


"Bukan. YAng akak kena buat adalah MEMBUAT KEPUTUSAN, dan berkomitmen dengan keputusan akak tu. "


Akak tu sengih macam kerang. 
HAih la... 
Tetiba plak rasa sedih. 
Pehtu rasa nak marah pulak.
Bercampur baur rasa.

"Adik, janganlah ambil orang lain. Akak nak sangat kerja ni. Takpe, akak usahakan. Tapi, kalau tak boleh, adik tolong akak ye...." pintanya.

HAihhhsshshshshshs.....

"Saya bagi gaji RM1000, dan syaratnya adalah seperti yang saya katakan tadi. Jujurnya, saya memang takde masalah dengan akak. TApi, akak yg ada masalah dengan diri sendiri. NAsib baik jumpa saya. Boleh jugak minum teh makan kek bagai. KAlau interviu biasa, dengar je akak cakap perkataan KALAU dan TAK BOLEH, dah lama dah bos tu suruh akak balik," jelasku. Bukan niat aku mahu merendah-rendahkan dia. Tapi, aku nak dia sedar, dalam situasi apakah dia berada ketika ini. 

"AKak tau........ Sebab akak pernah kerja. Boleh kerja sekejap je. Pehtu kena berhenti..."

See....
TAkyah citer banyak sangat pun, dah boleh agak. 
Salah majikan, atau Attitude sendiri?

 
"Adik bertuah. Ada suami yang mampu. Sihat. Tak macam akak. Adik tak akan faham apa yang akak lalui..."


Tetttt!!!


HEHEHHahahahaha...


Dan aku pun menjawab. 

"Kak... saya memang tak faham akak. Akak mungkin amat memahami keadaan saya. Saya ni Ibu Tunggal. Anak saya dua orang. Nun dok main kat bilik. KAlau saya ada keluarga kat sini, takde la saya sibuk cari Pembantu Rumah kak oi. So, sekarang ni siapa bertuah? Saya ke akak? Saya takde suami. Akak ade....

"Dan percayalah cakap saya, kalaulah akak bercerai sekalipun, akak akan tetap ada masalah. Kerana MAsalah sentiasa wujud pada orang yang bermasalah..."


Terkelip-kelip mata dia pandang aku. KEndian dia tengok kiri dan kanan. 
Kendian dia pandang pulak Oni dan Najwan. 
Apakah excuse yang seterusnya yang boleh dia utarakan?


...

Takde.


 ..


Moralnya...
Rezeki ada aje. Tapi, kita ini terlalu kedekut untuk mengucap syukur. 
 
MAybe kedengarannya macam aku ini sombong nak mati.
TApi, percayalah... Kalau hidup menangisi setiap ujian, tapi tindakan takda, kemana je kita boleh pergi?
Dah habih nangis, tido.
Takpun, migren. 
Dah migren, makan ubat. Tido..
Tu je, kan?


Akhirnya, kakak tu balik dengan suaminya.
AKu pun tak sure dia boleh bekerja ke tak. AKu minta dia datang untuk 'ujibakat' Rabu malam minggu depan sebab aku ada kelas malam tu. 
HEhehe..

Kalau dia berani, datang lah~

Aku suka dia datang. 
Sesuatu dalam diri akak tu yang aku suka. 
Dan jika dia muncul, maka insyaallah aku akna bantu dia sedaya mungkin.
Syukur.. MUngkin dia mahu berubah. BIar kecil perubahan, tapi pastinya ada impak. KAn?
 




Buat sementara ni, Oni ajelah jadi Pembantu Rumah ye.....


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram