Followers

23 Dec 2014

12 Pesanan untuk Oni


Masih ingat saat aku tahu ONi dalam kandunganku di usia 10 minggu. 
MAsih aku rasa tendangannya setiap kali mendegar lagu-lagu rancak di radio.
Bacaan Yassin berkumandang setiap kali menghala ke tempat kerja. 
Dan bacaan Al-Mulk sebelum melelapkan mata.
Hamilkan Oni, tak banyak alahnya. 
AKu cuma alah tengok makanan je. 
Suma nak. 
Ngeee.
 

 MAsih ingat saat kelahiran Oni yang separuh biru kerana aku yang tidak pandai meneran masa tu. 
PAnas je tubuhnya tatkala diletakkan di dada. 
Masih aku rasa lagi gigi aku berderai to pieces punya mengetap gigi time teran. 
Pantas sekali masa berlalu. Umpama baru je minggu lepas aku bersalinkan dia. Huu...

ONi sudah 6 tahun!
Subhanallah. 

Dan gigi aku yang pecah tu belum lagi dibuat baru. 
Rongak dah.

Auni Alwani yang bermaksud Warna-Warni Kegembiraanku. 
Ternyata nama itu cocok dengan dirinya.
HAdirnya membawa macam-macam kaler bak pelangi. 
Kekadang ari tu kuar kaler itam je. 
Haahaah~

 

Untuk Oni, satu hari Oni akan membaca ni. 
Ingat pesan Ibu. 
Pesan seorang Ibu kepada anak perempuannya yang baru nak besar.




 1 - The Word 'NO'
Jangan guna kat Ibu. Tapi, di dunia yang serba luas lagi penuh pelbagai cubaan dari manusia yang ramai, perkataan 'TAKNAK" , "TAKMAU", :TAK BOLEH" adalah sangat penting. Say it, like you mean it!!!


2 - Lebihkan masa untuk mencantikkan dalaman diri. 
Rupa yang cantik, tidak mendatangkan manfaat jika otak tidak cantik. Rugi.
Gigi yang putih, bibir yang mungil tidka bererti apa-apa andai bersuara kasar lagi nyaring, mengherdik dan membentak. JAdilah anak gadis yang sentiasa bertutur dengan lembut dan manis dengan orang tuanya. Tidak kiralah sejahat mana pun orang tuamu.


3 - Harta dunia tidak akan buat kamu gembira. Tetapi kamu boleh menggembirakan orang dengannya. MAka berkongsilah.
Sentiasa ingat, wang dan harta yang banyak takkan buat kamu gembira. Ianya hanyalah ALAT untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Sentiasa bersifat murah hati. HArta yang kita ada memberikan kita kehidupan. Tetapi, harta yang kita berikan kepada orang, boleh membuatkan orang hidup. Ada beza tau Kehidupan dan Hidup.


4 - Sahabat akan menjadi penyelamat
Beruntung mempunya rakan yang ramai dan sahabat yang sejati. Merekalah penyelamat dan juga tongkat menyokong kamu untuk bangun semula bila jatuh. JAga silaturahim dengan semua.


5 - Jangan memandang rendah orang lain , sebaliknya kita berusaha membantunya. 
Tiada manusia sempurna. BAntulah mereka yang susah. Hulurlah apa yang boleh. HIdup bagaikan roda. HAri ni hari dia. Esok, mungkin hari kita.


6 - Dont judge others. It reflects you. 
Judging others, saying bad things to them doesn't make you look good. Setiap apa yang Allah ciptakan, bersebab dan ada fungsinya. Everything and everyone, matter. Tengok jari-jari di tangan kita. Ada yang pendek, ada yang gemok, ada yang katik , ada yang panjang. TAk sama. TApi, tak ada satu, kurang berfunsgi tangan kita. Kan? KAlau kita sibuk menghakimi jari kita yang tak sama panjang, dan sibuk mencari jalan bagaimanan nak samakan jari - jari tu, berbaloi kah?


7 - Berbaik-baiklah dengan Tok.
Tok . Ibu panggil bonda Ibu, Mak. Berbuallah dengan bonda Ibu. Tok kamu. Dan kamu akan mengenali Ibu kamu lebih dekat. Tanyalah dia soalan-soalan cepumas. Dengar kisah-kisah silamnya. Bagaimana Atok kenal Tokwan. Berapa kali Atok dating. Warna apa Atok suka... Tanyalah apa saja , sementara masih berkesempatan. Dulu, Ibu tidak punya peluang begitu. KAmu sangat beruntung.


8 - Sayangi diri kamu terlebih dahulu. 
Of course kamu kena sayang Ibu. Tetapi, sayangi diri kamu adalah lebih penting. Ibu mahu kamu bijak menjaga diri, luar dan dalam. Ibu marah kamu mandi tak sabun sebab kamu nak cepat, dan kamu selalu saja lupa gosok gigi. Itu maknanya IBu mahu kamu sayangkan diri kamu.Sayangi diri, dan orang lain juga akan sayangkan kamu.


9 - Jangan banding diri dengan orang lain. 
Kehidupan kita tidak sama. Orang lain tak ada Ibu yang comel lagi rock semacam Ibu. Tetapi, mungkin ada kurangnya kehidupan kita berbanding hidup orang lain. Bersyukur! Allah bagi kita kehidupan yang penuh gelak ketawa dan cukup makan. Jangan kita lupa itu.


10 - Being different is cool.
Tidak mengapa kita tak ikut arus peredaran zaman sangat. Old school itu KEKAL disukai. TAk apalah tak ikut orang lain pakai beg Elsa. Ibu bagi kamu beg Hello Kitty aje. It's just appearance. Yang penting, otak kita smart dan cikgu sayang kita sebab kita pandai. BUkan sebab beg ONi cantek. Keh?


11 - Syurga
Syurga kamu adalah di bawah tapak kaki Ibu. SIlalah jangan geletek kaki IBu time IBu tidur semata-mata nak masuk syurga. Tidak berkesan cara tu ek~. 
Dan syurga kamu selepas bernikah adalah di bawah tapak kaki suami kamu. JAdi isteri yang taat. Semoga kamu beroleh jodoh yang baik, insyaallah. 


12 - Listen More. Talk Wisely. 
Kemahiran mendengar adalah sesuatu yang jarang-jarang orang ada. Ada orang mendengar saja, tapi tak buat apa-apa. JAdilah, pendengar yang baik. Fahami kata-katanya dan jika perlu, berilah respon yang baik untuk dia. Tak da sapa nak bercakap dengan tunggul atau batu bersurat.


Oni mungkin akan benci ibu, someday. 
Mungkin apa yang Ibu cakap pada Oni tu tak masuk akal. 
Even now, Oni dah argue ngan IBu setiap kali Ibu cakap NO kat ONi bila ONi nak makan gegula lebih dari makan nasik. 
Oni tarik muka bila Ibu suruh Oni baca buku. 
Oni cakap "semua Oni nak buat Ibu tak bagi... " 
Oni merajuk, muncung mulut sedepa sampai boleh sangkut baju kat muncung tu. 

Ibu tau , Oni akan sentiasa mencari alasan setiap kali Ibu suruh Oni makan. 
TApi, Ibu kan Ibu. 
Mestilah Ibu hebat. Ibu dah belajar taktik mengelat Oni tu awal. 
Asal nak makan je, tetiba sakit perut la. Nak berak la. TAkde selera la. 
Asal nak baca buku je, Oni tetiba lapar la. PErut memulas la. Ngantok la. 

Ibu tau. Oni cakap Ibu kejam.
Ibu pun dibesarkan dengan 'kejam'.
TAnya Tokwan dan Atok , muncung Ibu lagi panjang dari Oni dulu.
Tapi, kalu ngan Tokwan, berani argue, memang dapat rotan sajalah. 
Oni lebih beruntung tau. Ibu takde la garang mana berbanding Tokwan. HEEE

Dan Oni harus tahu, berkata 'AHH' apetah lagi membentak dan menengking IBu itu, Allah benci. 
JAdi, sentiasa berkata-kata manis dengan Ibu dan orang yang lebih tua. 
Ibu tau, Oni anak yang baik. 
Sebab Oni cepat mengesan rajuk IBu bila Oni tersilap mengeluarkan kata-kata. 
Oni cepat-cepat minta ampun jika Ibu sedih. 
ALhamdulillah, si adik pun ikut teladan kakak. 
Lemah-lembut dengan Ibunya. 


Semoga Oni membesar dengan sihat dan ceria. 
MEnjadi si solehah yang mendamaikan hati orang tuanya.
Menjadi teladan buat semua.
Menjadi pelindung dan penjaga Adiknya. 
Menjadi Kakak, tidak mudah. 
Banyak pengorbanannya. 

Ibu tahu. 
Ibu melaluinya. 





Photobucket

8 Dec 2014

Di manakah Oni dan Wawan sepanjang cuti panjang ini?


Oni ngan Wawan skang duduk ngan Tokwan dan Atok mereka di Kuantanamo. 
Linda pun join sekali. 

Pasni Oni ngan Wawan akan dok ngan aku je di Manjung. 
Tahun depan depa nak sekolah dah. 
Lama dah mereka bercuti-cutian.
Home School dengan Tok Wan adalah satu tindakan yang aku kira amatlah wajar. 
Kalau Atok orang lain, cucu mungkin suka melompat semedang tetapi tidak bila Tokwannya adalah 'Inspektor Jalil'.

"Oni tu, punya mengelat takmo baca buku, sanggup minum susu 3 botoi bagi perabih masuk tidoq. Yang Wawan pulak, nampak aku je, sua buku. Nampak aku ja, sua buku. Jenuh pulak mengajaq Wawan... Terbalik sungguh kelaku.." 

Gitulah aduan Mak ngan Abah. 
Jenuh melayan keletah cucu-cucu. 
Beruntung Oni Wawan , merasa kasih sayang orang tua aku. 
Aku dulu-dulu, dan merasa sat. 
Tapi, tak merasa la duduk ngan Tokwan. Arwah tak sihat masa tu.

Yang Oni ngan Wawan ni, Tokwan ngan Atok pon depa leh ajak main papan gelongsor la.
Tokwan melayan aje. 
Gi swimming pool la. 
Gi berkebun la. 
Ada je. 


Kena paksa abihkan susu. Muka terpaksa. Nampak?

Ce dok ngan Ibu.



"Oni!!!!! TIDOQQ!!!!!"

Tu aku la. 

HAHAHAHAH~


Kroihh..Kroihh..

Abah selalu antarkan gambar diorang. 
Nih penat amat la ni. Entah berapa banyak buku dia khatam suda. 
MAk gitau, Wawan dah boleh bercakap jelas. Kalau tak tu, asik cakap BAhasa Korea je. 
KAlau aku call tu, leh dengar la perkataan 'Samekom..Kommmmsalamm" , "Dah akan ke belom..", "Ibu kat anee.." 

Yang Oni pulak, ko jangan bagi talipon kat dia. 
Abeh dia cerita sampai ke tazkirah dia bagi kat Ibu dia. 
Hehee..maklumlah, IBu tinggal dia lama. 

Oni, Ibu kurus tau.
Sian IBu. Rindu Oni. Waaa...
Ibu kurus kat tangan je. Perut Ibu buncit jugak. WAKAKAKAK~ Sori, tak sempat diet. 


Alhamdulillah, kehidupan semakin baik.
Walau ada ujian serba sikit. 
BAk kata client aku sorang ni.. Kak 'Pn Sri' aku panggil dia..

"Pelan-pelan kayuh." 

Aku faham. 
Hidup senang mana ada dalam sekelip mata , kan?



Kena banyak kali kelip...

Kelip-kelip-kelip-kelip



Otomen Tiga dan Otomen Mebius. Oh .. skang dah tukar jadi Princess Elsa.

 Eh , rambut Oni ngan Dora kat baju tu sama pattern la. 
HAHAHA!!!


Tokwan bawak gi bowling.
NAnti bila ONi dan Wawan takde di sana teman Atok, Tokwan, Lin and Adik, mesti suma sunyi. 
Camtu la kehidupan kan. 


Mekasih Mak dan Abah , tolong Akak.
Nanti Kak belanja makan beger.

Eh.. Mak nak makan Roti Dol. 

Tengah get ready untuk kenuri kahwin Kilah, 20hb nanti. 
Tak sabar nak jumpa Anak Cucu Tok Siah yang lain. 


Ibu Oni gi release stress tgk wayang citer Permainan Lapar (Hunger Games)


 Lama siot tak tgk wayang. 
SIbuk 'menoreh'


 
 
 *penulis sudah mula berbahasa Utara. Kalau tak faham, boleh cuba Google Translate ye.



Photobucket

SAYA SEDANG HAPDET BLOGLIST.



Kambing Bebiri mai melompat sementara ampa semua nak melelapkan mata.



Cadangnya aku nak mekap sikit rupa paras blog ni. 
Dah tua-tua ni, malas pulak nak menyemakkkan wajah blog dengan memacam gambo. 
CUkuplah si Biri-Biri ni aje teman korang membaca, kan?


Aku nak update Blog List aku. 
Sapa yang dah tak berapa nak aktif , aku akan remove dari blog list. 
So, aku nak habaq kat kengkawan yang mana yg aku selalu follow tapi skang tukar url blog dia, silalah mai komen kat bawah tu dan bagi lirik alamat blog korang yang baru. 
Boleh la aku follow dan kembali jadi dead blog walkers. 

Keh!

Dan utk bloglist lak, buleh tengok ka tepi nun. 
Nama-nama rakan karib still ada. 
Sapa yang nak join dok dalam bloglist, meh la tolong sat bagi link. 

Skang dah ada Google Plus. Aku masih lagi tak mahir Google Plus tuh.
TApi tetau je follower sampai beratus. 
Apsai ek?
Aku ada wat salah pape ke yang orang tengok sampai mcm tu?
Ngeee~


Photobucket

6 Dec 2014

Kalau Lapar , Panggil Je Dia . Panggil Je Dia, Aku Lapar


Zaman aku dulu duduk Lumut, kalau lapar, aku masak..
Kalau malas masak, aku ketuk pintu rumah jiran bawah aku iaitunya si +haida kamaruzaman .


Sekarang, sejak-sejak aku kembali bertapak di Manjung, Stokis HKCC Sarawak dan Kepong pun kena transfer gi Manjung. 

Kroniknya dia, time dia lapar , dia punya mengaum tu dengar sampai Venice. 
Opss... Venice tu kawasan rumah aku. 

HAHAHAHAH~


"Makbed!! Lapar... LApar....Jom makan..." 


Situasi sedemikian kerap kali terjadi bila suami dia belayar lama-lama. 
Bila boring, muncul lah kereta dia depan umah aku. 




Time stress je kami pi makan.

JAdi lah cenggini





Ai nak makan nasik. 
Nak sangat makan daging kambing. 
Kebetulan , ada restoran Arab baru bukak kat MAnjung. 
Jadi, dia culik la Mak Arab celop ni gi makan kat situ. 






 SItuasi di atas plak adalah lepas aku teman dia menyopping barang umah di Aeon Manjung. 
Lepas shopping ,  dia lapar nasik. 
Dia cakap otak-otak kat situ sedap.
Jadi, jamah ... JAngan tak jamah.




 Yang ni plak... sebab dedua orang stress.
Gi makan pizza.

PAstu teman dia shopping lagi sekali.
Dia je shopping.

AKu tak.

Heeeehee..



Semua ini berlaku dalam masa seminggu sahaja!

Boleh kira berapa kali dapur tu berasap. Ngeee...


Selamat duduk rumah baru +nadea ramly 


Photobucket

[FAKTA] Penipuan Nyata HKCC Tentang 'MAINTAIN' Yang Anda Perlu Tahu



Betulkah HKCC boleh maintainkan berat badan?


JAwapannya:
 TIDAK SAMA SEKALI!!




BUktiya:




2013

 BAru amik HKCC masa ni. Beberapa bulan. NAmpak tough kan? 
Maintain gemok. Yes..




2012

 Mana ada maintain?
Gambo ateh tu gambo masa tahun 2012.
Maintain gemok jugak kan? 



2013
 
 GAmbo ni amik masa arwah Soleh masih ada. Iffat dok tergelok tepi tuh. HEeee... 
Tengok Makbed. Maintain je gemok kan?


2013

 Nih dok sebelah Mak. 
Aku kecik sikit je dari Mak. 
Tapi berat lebih kurang je. 




So, tang mana HKCC ni boleh bantu maintain berat badan?





Tipu je lebey...




2014

 Aku sekarang.

MAintain je makan. 
HKCC masih je minum. 

KEsimpulannya, HKCC tak de bantu kita maintain apa-apa pun

Sebab kebanyakkan orang yang minum HKCC, muka dia dulu ngan sekarang lansung tak sama. 
Maknanya, tak MAINTAIN, hoke!




BErubah menjadi lebih baik, ADO.
Ianya dipanggil Improvement. 


Jika mahu berat badan ideal, bentuk badan yang cantik, anda perlu kembali kepada asas iaitu:

BERHENTI MAKAN SEPERTI BUAYA.
BERHENTILAH MEMBADAKKAN DIRI
dan jangan kawan dengan orang yang ada high metabolism. 


HAHAHAHAHHH~


Gambar-gambar di atas bukan gambar berat badan aku yang MAINTAN. 
Tapi, itu semua adalah MANTAN berat badan aku.




 Yang ini aku HARI INI>>>>>  cuma kurus sikit dan comel sikit je dari yang lepas-lepas. 


MAkanya, kalau ada orang kata HKCC boleh memaintainkan berat badan , aku kata tipu lah tu. 
Dengan aku, ianya tak berkesan sangat.


Yang maintain kat aku ialah SELERA MAKAN dan kemampuan ketawa tanpa batasan.

Yang tu maintain. 
Sengal ? 
MAsih jugak maitain sampai sekarang. Takde berubah. 


PAHAM?


MAKAN!!!!!!

 Tipah Tertipu.



Photobucket

1 Dec 2014

Sampuk. Menyampuk.


Anak-anak zaman lani..



Ingat tak dulu-dulu kita kekecik

Bila mak kita sembang-sebang ngan kawan-kawan dia, dan kita pulak tetiba ada kat situ. TAk boleh tidak , kita pun mesti terdengar sama apa yang Mak kita meratuih ngan kengkawan dia kan?

Kekadang, mai rasa gatai nak 'join' sekali apa yang depa dok sembang-sembang tu. Terasa macam nak je sampuk sekali.

Dan bila kita join sekali, apakah natijah yang bakal kita terima?



"
"
"
"
"



Kena 'hadiah' misteri kat peha.


HAHAHHA>..


MAk cubit dengan penuh perasaan , tapi muka dia lansung tak menunjukkan yang dia sedang melepaskan geramnya kat peha kita . Kan?





Budak sekarang ni lain.




Ari tu , aku teman member aku gi makan. Disebabkan Oni ngan Wawan takdak ngan aku sepanjang cuti sekolah ni, aku banyak spend time makan sorang-sorang je.

Member aku ni bawak la anak-anak dia sekali. Dah besar-besar dah anak dia. YAng paling kecik tu dalam darjah 3 kot.  Perempuan.


Aku ngan member haku ni punya la dok bersembang. PAsai kereta la... PAsai rumah la. PAsai lelaki-lekai durjana yang cuba merosakkan kegembiraan kami lah.... MEmacam lah. KAn kan?

Tetiba si anak perempuan tu nak join sekali borak.
Yelah, dia ngan abang-abang dia . Abang-abang sibuk wat keje lain. MAlas nak layan dia. Maka, dia pun nak sembang ngan mak-mak yang ado ni.

MAk budak tu sound la..

"Sayang, boleh tak orang tua dok sembang ni, kamu jangan menyampuk? "

Dan budak tu pulak reply..


"Alaaaaaa..... Tapi topik yang Mama sembang tu bunyinya macam best je. NAk jugak join..."


Aku yang dok drive tu dah gelak terbahak-bahak dah.

Dok bayangkan kalu aku dulu-dulu besaq budak ni, jawab camtu kat Mak aku, ntah dapat habuan apa la kan?

TApi, zaman sekarang, semua dah tak sama dah.

Heee...



LAst skali, kami tukar topik lain.

Moralnya, bila nak sembang menda merapu, jangan bawak anak sekali. Metaceh.






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram