Followers

30 Nov 2014

Nikmatnya Berpayudara Besar


 Anda pernah lihat iklan seperti ini??




 *Sengih



Ini hanya iklan.
Iklan kalau terpapar semacam ini, ramai yang marah-marah.
Tak tahu malu kah si wanita yang buat iklan macam ini.

Tapi, tahukah kalian lambakan produk membesarkan payudara ini terjadi kerana banyaknya permintaan?

Tahukah anda, dalam diam wanita-wanita khasnya surirumah bertungkus0lumus mahu mencantikan diri mereka untuk suami mereka.
Dan salah satunya adalah dengan membesarkan mahkota nan satu itu?
Eh... NAn dua.
Bukan satu. Hiks~


 Dalam FB , apa saja produk yang dijual, ramai saja yang PM.
Produk 'ketat'
Produk kempis.
Produk kurus... itu dah biasa.
Yang lelaki dengan produk besarkan 'mahkota kerajaan'nya
Yang wanita pun aa juga menda yang dia nak besarkan.

Google saja.
Suma ada beb!


Sekarang aku tak mau cakap pasal kuasa iklan.
Atau cara membuat iklan.

AKu tertarik amat dengan keterujaan wanita dalam usaha membesarkan payu-payu mereka yang dara itewww dan terlupa seketika bahawasanya , hidup bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi itu jauh lebih penting dari sibuk-sibuk dok tambah saiz tetttt ampa tau.


Whatever reasons that makes you think having big boob is GOOD, I really hope you THINK AGAIN after reading my entry.


Seronokkah mempunya payudara yang besar, sehingga berbondong-bondong orang sibuk beli itu dan ini, sapu dan makan tanpa mempedulikan risiko kesan dari produk yang digunapakai?


Meh kita tengok seronok ke tak...


1 - Orang yang berpayudara saiz C ke atas sangat memendam rasa tatkala tengok segala bra yang ada kat display supermarket tu. PAtung yang memodelkan baju dalam kat kedai tu, suma kiut-kiut aje breast nya. MAsuk kita yang berdada bidang ni, tanya ada tak pattern bra yang sama macam patung tu pakai, MEMANG JANGAN HARAP LA ADA yek. YAng display tu cuma ilustrasi aje. *uhuk uhuk uhuk.

2 -  Kesukaran berfesyen mengikut keinginan adalah salah satu masalah terpendam orang yang berpayudara besar. Ada juga yang terpaksa pakai satu saiz lebih besar , walaupun badannya kecil saja. Misalnya, saiz badannya M, tapi terpaksa ambil saiz L atau XL sebab kalau amik saiz ikut saiz badan, alamatnya, baju tu takleh butangkan. 

Kebiasannya, amik ajelah baju saiz besar sikit, biar gedoboh sedikir bahunya. Kendian alterlah bahu tu bagi kecil. Yang penting, baju leh padan dan selesai dipakai untuk jangka masa yang lama.

3 - Bra cantik dan comel untuk yang berpayudara besar ini biasanya tidak murah. INGAT TU! Apatah lagi nak cari yang selesa. Pendek kata jika mahu CANTIK. SELESA. MURAH silalah jangan berangan nak berdada besar. Jika anda sanggup menanggung kos sara 'dada' anda yang mahal lagi mewah, maka teruskanlah niat untuk membesaqkan apa yang tak besaq tu ye. 

4- Dituduh menunjuk-nunjuk tak pasal-pasal. Walau mempunya aset yang segar bugar lagi manthop itu mendapat perhatian ramai termasuk la sesama perempuan, anda juga menjadi sasaran cemburu mereka. Di mana mereka yang tak berapa nak besar tu sibuk beli push-up bra , anda pulak buat muka seposen je tanya 'push-up bra tu apa?'. TAk ke dikatakan menunjuk-nunjuk tu??

5- KEsukaran untuk beriadah adalah salah satu lagi masalah yang korang kena consider sebelum decide nak makan supliment membesarkan payudara. SUdahlah nak cari bra yang selesa dan 'memegang' kemas aset anda itu supaya tak tumpah merata pun susah, inikan pulak nak cari satu sports bra yang memang memberi kerjasama yg baik dalam usaha MENJAGA aset kesayangan anda dan suami anda tu. Salah jaga, alamat lendutlah aset anda dan nak mengembalikannya ke struktur gemilangnya memanglah tak mudah. 

6- PELUH! Hah, ini tak de sapa pun terfikir kan?TAhukah betapa tak selesanya berpeluh di bawah situ? KAlau tak jaga betul-betul, memang menggarulah korang. 

7- Tudung Fareeda? Tudung lapis-lapis yang saiz biasa tu? JANGAN HARAPLAH. Anda memang kena bebetul sahut kempen tudung labuh menutupi dada secara TOTAL. Takde excuse lansung. Melainkan suami anda tak kisah aset anda ditatap orang. 

8- Risiko kekenduran sekiranya tak dijaga dengan betul.Kita tahu, payudara itu lembut strukturnya. HAnya lemak-lemak saja. TAkde tulang-tulang . JAdi, yang kecil-kecil ni mudah. YAng besar-besar ini, tanggungjawab pun besar juga. Heee..~



Walau apa pun niat anda, MAkbed lebih suka nasihatkan, tak perlu lah ekstrim sangat dalam usaha membesarkan payudara ni. Aku concern tau tgk kawan-kawan sibuk dok makan ubat memacam demi nak bagi suami sayang. 
YAng suami tu pun...... Kurangkan sikit imaginasi nakal, buleh? 
Big asset comes with equal maintenence, faham?
 Korang sibuk suruh bini korang membesarkan payudara, tapi poket korang tak besaq mana pun. BAju dalam bini pun setahun sekali nak beli pon susah. Tu pun jenuh mengaum soh beli. Sampai kendur nak putus tali dah punya lama pakai. Hapeda~




Kecil atau besar aset anda, ianya untuk suami anda.
 BErsyukur itu sangat penting. 
Pandang seketika pada mereka yang sudah tidak berpayudara. 
Kerana aku sudah pun bertemu mereka, dan berbual secara peribadi.
 BEtapa menghargai apa yang ada dan menjaganya dengan baik adalah yang paling perlu diuatama.. Berbanding sibuk berhabis wang membeli produk yang belum tentu mujarabnya. 

Pun begitu , ada pelbagai senaman yang boleh mengencang pectoral muscle. Kena rajin ye. 
PErgi gim lebih bagus. 

Tengok iklan-iklan cam ni, aku sengih jelah. Lawak ok.



Labuhkan tudung ye kengkawan. 
JAngan lupa itu. 




Photobucket

10 Perkara Anda Tentang Aku Yang Anda Mungkin Tak Tahu



38 entry sepanjang tahun 2014.


Osemmmm gila. Pencapaian yang menarik setakat ini.


HAHAHAHAHAHHA.



SOri noo.
Tak de entry berinformasi yang aku boleh masukkan ketika ini kerana aku sedang menghapgredkan life aku yang penuh adventure ini.




OK.


MAri kita buat entry suka-suka sahaja.
Sebelum kita move on ke satu entry yang lebih serius, selepas ini.



Ini adala entry ber tag. Sekejap lagi aku akan tag blogger-blogger lain untuk turut sama serta buat etry dengan tajuk yang sama macam aku. BERSEDIALAH!!!!!



10 Perkara Tentang Makbed Yang Anda Mungkin Tak Tahu. 





1 - I lost my virginity to Nsync.
Miahahahahhahahaha.... Oh Please. Not that 'virginity' ok. This boyband bebetul mengajar aku macam-macam sampai la aku pandai cakap omputih tau. Diikuti oleh BAckstreet Boys, Westlife dan Spice Girls. KAset pertama yang aku beli guna duit poket aku sendiri pun adalah dari NSync. Ni kalau mak aku tau ni, dia musti pulas telinga aku.


2- Keras di luar. Lembut di dalam.
JAngan dinilai menerusi apa yang aku pakai dan cara aku bercakap. Di waktu berkerja, aku amat serius. Waktu kat rumah, aku lemah-lembut je okeeee..... Tak caya tanya ONi.

3- Suka duduk dalam gelap
Menyukai suasana suram lagi romantis bila aku perlu masa untuk berfikir. Selalunya time dalam gelap tu, otak aku akan rileks dan kendian tu baru lah memacam idea mai . Seterusnya terjadilah perkara yang ke-4 , iaitu:

4- Mempunyai masalah tidur yang kronik. 
Kebiasaannya waktu tidur maksima aku adalah 4 jam sahaja. Tidak pernah lebih dari tu. Kebiasaanya aku tidur 2 jam je, secara berkala. Aku selalu bertangguh tidur. Pelik tak?

5- Cili api, limau nipis dan lemon.
3 menda ni adalah bahan wajib yang perlu ada dalam peti ais. Cili api untuk makan megi. Limau nipis untuk sambal belacan dan lemon untuk cuci dapur.

6- Tunggal
 Sudah menjadi ibu  tunggal sejak beberapa lama . Korang je taktau. Yeyy~. Yey? 

7-All about that bass
Speaker dan Audio adalah sangat penting dalam kehidupan aku. Sapa tukar setting amplifier keta , memang aku marah. Penat aku setting tauu~

8-Acoustic Guitar
Saya bukan seorang street musician. Malah tak boleh menyanyi kerana suara doremon saya itu. Gitar telah menjadi sahabat karib sejak adik bongsu saya suruh saya beli dan bermain muzik semula. MAybe lepas ni aku beli gitar baru kot.

9-Kereta
Sangat suka memandu. Korang boleh katakan ianya hobi dan penghilang stress. Tetapi, aku tak pernah cuci kereta aku sendiri. MEmang angkut masuk carwash sahaja 2 minggu sekali.

10- Vampires, Were-Wolves, and EDM
Despites the jubah and the black outfit as well the long scarf covering my chest, I love those things mentioned above. HAHAHAHAHA...  What's EDM?

Electronic Dance Music.
Buat sel-sel otak aku bersambung dan kreatif.





 Dengan ini saya nak tag +haida kamaruzaman +Aliah Nuqmans +Emy Shafinaz +nadea ramly dan sesapa je lah yg rasa dia nak buat jugak.



Photobucket

28 Nov 2014

nak tulis apa laaa?


Assalamualaikum para readers, blog walkers dan teman-teman lain yang menunggu Kambing Biri-Biri Makbed datang menceriakan hari korang.


Hiks..



TErlebih dahulu, aku minta maaf bebanyak. LAma sangat weh tak menulis. Nak kata takdak mood - BUKAN.
Ada ja mood tu.
Cuma emosi tu terlampau 'warna-warni' sangat so, aku tangguhkan dulu sebarang penulisan. Banyak hati nak kena jaga. TApi, hati AKU lah yang paling kena jaga terutamanya.



LAst entry,adalah entry Dari Bawah Pedang ke Secangkir Kopi.
Terima kasih pada yang sudi singgah baca. Ada yang berulang-kali singgah kat entry ni.
Ada yang tinggalkan komen.
Ada yang maki-maki pun ada.
PAling best komen yang cakap "sword barrier tu tak menjana ekonomi kerajaan lansung..."

HAHAHAHA..

Betui sangat kata orang tu.
Aku suka.


Tapi, kau tu menjana sangat ke ekonomi negara kau ?
KAlau kau takde pun, tak muflis kerajaan ni. Okeh.

SO, nak komen tu, biar bijak. 


Tu je la nak kata..

AHHAHAHAAHAHAHHAHAHAHAH~


 Dah jadi jahat kat situ..kan?



****


AKu tapis dulu apa aku nak tulis nanti.
Malam ni mungkin takde apa nak buat.
Dah nak abih tahun dah kan?

Cepatnyeeee masa berlalu.

Dan aku tak sesabar menanti tahun 2014 ini segera berlalu.
Tahun 2014 adalah tahun penuh ujian.


Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.
Jumpa lagi di lain tulisan, Insyaallah.



Nak tulis pasai apa ekk???


AHHAHHAHAH~

sengal dot com toi.










Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram