Followers

28 Sep 2014

Dari Bawah Pedang Ke Secangkir Kopi

Hihihi 

 Di suatu pagi yang hening, Haida mengimbau nostalgia perkahwinan gaun kembangnya dengan berkongsi semula entry INI kepada umum, sehingga ianya menjadi viral dan kendiannya jadi virus!

 Tahniah atas perkahwinan yang bertahan sehingga kini. 
Dari sini datangnya MODAL pernigaaan kami, berteraskan nilai persahabatan dan perjanjian simpul mati yang penuh simbolik.

Dah 2 tahun Makbed meninggalkan dunia 'Makcik Navy'. 
Yang tinggal hanya gambaq je untuk tatapan. 
Sambil menatap, sambil tersengih. 
Rupanya, etry berantu pasal Silang Pedang tu mengimbau nostalgia pelbagai versi bagi yang membacanya. 
Mohon maaf anda penerangan dan penjelasan aku tu tak berapa kena. 
Mungkin, pada yang lebih otai dan senior, penjelasan mereka lebih bernas dan berhikmah. 

Andai ada kurang, saya mohon maaf. 




Ini entry personal saya. Khas untuk sahabat saya. 


MAaf, lewat aku tulis selepas anda viralkan kembali entry saya tu. 


Semasa majlis 'gaun kembang' beliau, aku hadir. 
Aku tak kenal dia pun masa tu.
 Itu laaa first time aku jumpa Haida, yang kini mesra aku panggil dia Kak Bos. Kekadang aku panggil dia memacam ikut suka mulut aku je. HAHAHAH~ 

Dialah isteri navy pertama yang aku jumpa sebelum aku kawin ngan sahabat suami dia, INche Kitchi.

Tapi , masa majlis aku, Haida takde.
 Dia demam. 
Asben dia je datang , along with some of their friends.
 Pun begitu, bagai sudah berbaiah... susah senang bersama kan.
 Awal perkahwinan, aku dan HAida cuma sembang kot Yahoo Messenger je. Aku dan dia , SAMA. Weekend husband and wife gitu. 

Sehinggalah saat aku decide, nak brenti keje.
 Tak larat dah nak ulang-ulang Kl-Lumut saban minggu. ONi pun dah lahir. Aku brenti kerja pada Oktober 2009. . 

Atas pengaruh aku yang tidak pernah jemu, Haida terpengaruh.YEyy!!
 Dan dia meninggalkan jawatan hebatnya suatu masa dulu, demi bersama suami terchenta.
 Dan menjadi jiran rasmi aku sekitar penghujung tahun 2010. 


Aku kira hasutan aku tu membuahkan hasil kini, kan?


Haluan aku bermula sebagai Perancang Kewangan selepas berhenti makan gaji seketika di Lumut. KAt Lumut tu, kerja apa je yg bergaji meriah? 
Tersedar, bahawa makan gaji dengan qualification aku yg tak seberapa ni, takkan bawak diri kemana.
 Namun, mengalah tidak sekali. 
BAnyak nikmat Allah bagi kat aku yang aku tak fully utilize lagi. Jadi, teruskan mencuba.

Haida plak, menapak mula dengan kerjaya underground dia. 
JAdi MAkCik Urut. 
Ingat lagi kot aku rupaparas dia mengendong bakul minyak angin gi mengurut. 
Sekejap naik viva, sekejap naik Wira AEB yang dia gelar Tenggiling tu. 
TApi, life goes on. 
HIdup kami masa tu , mencari ..mencari..dan mencari sahaja. LAntak pi la orang mengata. 

BAkat Allah bagi kami manfaatkan ke jalan betul. JAlan yang Allah suruh.
So, berkat usaha, doa dan tawakal....
La ni, kami boleh la dok bersembang tentang betapa huduhnya kami satu masa dulu, dan compare kan diri kami dengan yg sekarang. AHHAAHAHAHAH~



BAyangkan, kalau masing-masing dok ketegaq bijik takmo brenti keja?

Throwback 1: 2011 vs 2013


NIat kami masa tu, Meninggalkan kerjaya dengan gaji yang ada, demi berkhidmat kepada suami tercinta. 

Alhamdulillah. Allah mudahkan. 


 
Tahun 2011 tahun penuh berpeluh.
 MAu tak peluh, tengok le pipi masing-masing. 
NIh adalah masa rumah Haida penuh bersepah dengan bantal kekabu. 
Korang ingat tak aku pernah buat promo bantal kekabu, kan?
Kerja dia la tu. 
Masuk rumah dia, bersalji semedang. Dengan kekabu. 
Mangsa bungkus kekabu dia masa tu, Tini. 


KOrang jangan gelak. 
NIh bini pegawai oke. 
Comot tak?
Sesapa yg menyangka jadi wife navy berpangkat pegawai adalah seropa datin-datin, itu adalah salah sama sekali. 
Indah khabar dari rupa. HAHAHAHAHAHAHH~

MAybe aku dan HAida adalah bini pegawai tercomot ketika itu agaknya. 


Sehinggalah mai menda ni...



Aku ingat lagi dialognya dalam phone....

"KOpi ni sedap baq ang. Aku NAK JUAL.. Nak start dengan roadshow..." kata Haida.

Dan aku plak..

"TAkyah roadshow. BAnyak kos. MUlakan dengan sharing dulu. KAlau ianya betul bagus, akan ramai orang beli."


MAka, memula sekali , dia share ngan aku la. 
HAHAHAHAHAHA.. 
AKu adalah mangsa sharing dia. 

Dan, SHARING tu kemudiannya bermula, dan berleluasa sampai la sekarang ni. 



Great friendship knows no boundaries. 
Great friendship does come in numbers!


Betul. 

Bagaimana hubungan persahabatan yang kukuh lagi jernih membuatkan satu kumpulan bisnes kecil bertahan lama. 
Tak besar mana pun HKCC TEAM ni. 
Tapi, nak menjadi sebahagian daripadanya juga tidak mudah. 
KAmi bukan MLM yang masuk, bayar setahun, beli barang pehtu dapat PV. Tetiba beli BMW.

Bukan. 

KAmi hanyalah peniaga runcit. 
Hangpa beli , juai.
 UNtung rolling sendiri. 
NAk meniaga, meniaga. 
Tak mau, sudah!
 LEbih stok, bagi balik. 
TAk mau bagi balik, minum sendiri sudaa.

Tu je konsep nya. 


SIyes, sejak aku niaga kopi ni, tak pernah takde kastemer. 
TAkde barang , selalu!
Reload je abeh. 
Reload je , abeh!


DIsebabkan reload selalu abih, maka tertubuhnyala team penjualan HKCC menjadi besar dengan perlantikan stokis dan agen seluruh MAlaysia. 
BErmulanya cuma dengan beberapa isteri NAvy , kemudian berjangkit kepada yang lain pulak.
 Semuanya start dalam base TLDM Lumut itulah! 
Tula markas keramat kami. 




Throwback 2: 2012 vs 2014

Cakap-cakap orang yang menyampah dengan kombinasi aku ngan makcik mata sepet ni memang tak terkira. 
Ada je la yang cuba membuurukkan kami satu sama lain. 
Tapi, berpegang pada satu ..

Bersahabat ini juga rezeki kiriman Allah. 

Kami berdua rapat namun berbeza cara dan pandangan. 
But, how we tolerate the differences MATTERS. 
Buruk ke baik ka kawan kita, biar sapa pun kutuk, lihat pula tatkala kita bersedih, siapa yang berlumba-lumba sampai dahulu?

Yang penting, saling menyokong. 

PAstinya ada persamaan yang menajdikan kami ni special.
  KAMI AMAT LAJU MEMBUAT KEPUTUSAN
RISK TAKER 
BOLD
Dan bila dah decide, memang terus proceed je. 

Tengok tang perbezaan plak...

HAida... Suka channel sukan. Dia ni jiwa sukan. Gi umah dia , channel sukan aje. Tak paham aku. 
Tapi, jiwa romantis masyaallah. JIwang semedang. 
Suarannya lemah lembut. Cakap pun slow je. KAlau depan asben dia, lagi la. Semut pijak dia pun leh mati ..eh?
Tapi dia garang sebenaqnya. 
Lebih berhikmah menyelesaikan masalah. KAlau dia tak suka, dia buat bodoh je.
 Lebih sinikal. 
TAk suka buang masa buat menda yang tak mendatangkan untung. 
Perkara yang bernilai dan menguntungkan untuk dia adalah TIDOQ. DIa , kalau bab lena, tekun amat!
Pendekatan menyelesaikan masalah dia adalah Riverse Psychology. 
Kekadang sampai naik nyampah dengar dia punya riverse saikologi tu... TApi, dia memang orang yang sentiasa bertenang.Dan kaedah Riverse Psychology tu berkesan selalu dalam pelbagai situasi.


Aku?
Semacam yang korang kenal la. 
Aku berani sikit. 
Tak suka buang masa dengan orang yang membuang masa aku. SUara tak lemah lembut.
 Tak jiwang.
 Direct.
 TAk berbasa-basi dengan sesapa pun. Once aku detect ada menda tak betoi je, zassssss!!!! Semut nak mai dekat pun takleh.
Aku, nampak je garang.. tapi tak garang punnnnnn..~
Pendekatan menyelesaiakan masalah adalah - SELESAIKAN JELAH. 
KAlau aku guna pendekatan Riverse Psychology macam Haida, gear riverse aku memang laju amat. Buleh terpelanting orang yang aku riverse tu, terus tak bangun.





 HAaa...

Testimonial paling nyata amik HKCC. 
Korang tengok sendiri. 
KAlau taknak percaya pun, tu bukan masalah aku. 
KOff..KOff..KOff...

Gambaq ni kalu tgk banyak kali, leh berpeluh balik weh. 
Fuh!




Dari Kiri: Tini, Makbed, Faeza, Haida dan Aimi Nadea


I treasure my friendship with her, and with all my fellow sisters. 
Kukuhnya HKCC kerana ukhuwah , yang kami mulakan dengan Bismillah. 
Haida bersama aku dengan bersama sokongan moral. Dari aku bukan sesiapa sehinggalah sekarang ni. 
AKu kira, dia dah berjaya. 
Aku saksikan usaha dan kejayaan dia. 
BErjaya kerana dia sudah melahirkan beberapa orang yang berjaya. 
Kekadang terpikir sengsorang, mana mai la stokis-stokis HKCC berlambak dalam group wasap aku ni. 
KAmi rapat walau sebahagiannya tak bertemu lagi pun. 
Sebahagian besarnya adalah 'mangsa-mangsa' rabaan HAida suatu ketika dulu. HAHAHAHAH~
Dan kini, sebahagianya merupakan client aku. 
Dan, kami berkongsi kesukaan yg sama. KOPI! 





Adalah menjadi keinginan kami untuk membariskan kesemua stokis terawal khasnya agar kami boleh abadikan di sini. 
BElum berkesempatan lagi. 
Skang ni nak jumpa pun kena asing-asing. 
Main share gambaq je. 
HUk HUk HUk!!!



Dari kiri: MAkbed, Siti NAdjira dan Aimi Nadea


Walau aku bukan lagi berada di bawah seliaan mata pedang chewahhh.... TApi, bersyukur amat depa ni tak sepak aku jauh-jauh keluar group. 
KAlau tak silap aku, nama aku masih ada alam group page bini navy. Wahaahah~
TAkpa, kalau nak dikeluarkan pun, aku tak marah. 
Siyes , tak !

Dan yang membaca entry Sword Bearer yang aku tulis tu, itu adalah entry lama. Aku takleh tulis lebih detail. Even now, aku tak leh tulis dah pasal tu sbb aku tak dok dalam komunity tu lagi. Memang totally OUT. 

Abeh dah... 
Abehhhh dahh... 


Inche Kitche pun dah bawak haluan sendiri da. 




HKCC dan barisan produk selain kopi keramat tu.


 HKCC diperluaskan lagi!
 Perlu maklum yang HKCC Team tidak hanya memasarkan kopi kaler purple yang boleh buat orang pregnant dengan ratusan testimoni tu. 
Ada juga kapucino untuk lelaki. 
Dan susu kambing. 
Pil Halia, untuk mereka yang banyak angin. 
Sabun susu kambing serta Sabun Manggis entah apa ntah lagi nama panjangnya. Malas pulak nak selak kotak.

Ni promo secara tak berdaftar je ni. 

Ok .. Silalah maklum wahai mak buyung sekelian.. Aku ingatkan lagi sekali, pregnant je, sila amik susu kambing. JAngan banyak tanya sangat pasal faktor sains ke, kajian mat saleh ke hape. Ikut je cakap aku. 
Pregnant, minum susu kambing. 

Boleh faham tak kenapa bangsa Arab semua gebu-gebu? 
Cuba tanya masa pregnant , mak dia minum dan makan apa. 
TAkyah kaji sampai ke luar negara pun. JAwapan dah ada. 

Pregnant, makan kurma, kacang badam , kismis, susu kambing, madu. 
Orang kata makanan sunnah. 
Tapi, masa aku makan dulu, aku tak perasan pun tu makanan sunnah. 

Jangan sebut pasai tak lalu makan, tak sedap, tak tahan, alah or watever...
TElan je. 
KAlau nak anak sihat. 
Better daripada minum air sirapor teh o ais limau berbaldi-baldi. 
GItu....~ 

Kalau nak kurus, sanggup berlapar. 
KAlu nak cantik, sanggup sakit. 
Kenapa time pregnant, anak perlu sihat, IBu nak kena melayan tak sedap, dan tak suka pulak? 
HAHAHA

Dah berceramah di sini. 







Kami bertiga, dalam lastest pic captured last 2 weeks. 
Kurus?
Boleh laaa... Berat macam gitu je. 
Dah nampak mcam budak sekolah pulak, kan?

Sebulan lepas Haida dan family datang bertandang ke rumah. Aku ni tak sempat pulak nak melayan. Maka, dia buat macam duduk rumah sendiri aje. Sian la sahabat aku sorang tu. 
Tapi, memang macam tu lah kami. 
Dah faham dah kesibukan masing-masing. 
HAida pun kalu dia nak mai, dia mai je. 

"Oii... sejam lagi aku sampai!"

MAin camtu je?

So, kalu time datang tu umah sepah, kang dia la amek penyapu tolong sapu. 
PAdahal, rumah tu rumah aku!


Datangnya dia pun, dia berbesar hati tolong masak untuk Oni dan Wawan sepeninggalan aku ke tempat kerja. 
TErima kasih wahai sahabat. 
Hang ja tau dan lihat keadaan aku. 
Dan aku tau, hang la ni sat-sat gelak, sat-sat teriak bila baca entry nih. 
Mana la nak cari kawan yang sanggup mai jauh-jauh untuk jengok anak aku dan sapu sampah kat ruang tamu umah? 
EHEHEHEEHH~ 

LAwak je...
Dia mai nak buat Board Meeting kat umah Makbed. 

 HKCC Team yang jual kopi pun ada board meeting. 
Ko hade? 

CEO siap masak tu.






  Semoga persahabatan kami kekal ke jinjang pelamin.
EHh????

AHHAHA

Abaikan. 


Semoga pershabatan kami kekal ke akhirat.
Semoga sihat dan dikurniakan kudrat untuk meneruskan usaha membantu suri rumah menambah pendapatan keluarganya. 
KEluar dari kesempitan hidup yang serba mencabar ini. 
Aku bangga ada sahabat seperti kamu.
Dan sikit pun aku tak kisah kalau ada orang menyampah kat ang.
Biasalah, orang poyo, sapelah yang suka, kan? 

And, mekasih sebab buat Oni dan Wawan gembira dengan masakan anda.
Sampai ari ni Oni dok sebut. 







Itulah kisah kami berdua.
Dari Bawah Pedang ke Secangkir Kopi





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram