Followers

10 Jul 2014

Jom Buat Kad Pengenalan Baru!


 Assalamualaikum..

Semoga kalian semua sihat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini. 
Hari ni aku agak kelegaan apabila beberapa urusan yg bertangguh dapat diselesaikan. Antaranya ialah urusan buat kad pengenalan baru. 




Selepas beberapa ketika dulu aku telah disabotaj oleh si Ai  atau +nadea ramly yg telah memaparkan gambo Ic aku bermula dari zaman Betty La Fea sampai la ke zaman separa mak-enon-yang-garang, ditambah pulak dengan tidak semena-menanya ic aku cip nya takleh detect capjari time aku nak register training, dan tambah pulak dengan keadaan fizikal ic aku tu dah huduh, siap terkopek-kopek tepinya - maka, aku pun pergilah ke Pejabat Pendaftaran. 


Ni le gambar yang mencipta sejarah pada hari itu.



Tu pun, aku booking dulu. 
HEHEHEHE..~

Suruh Ai riki line je tgk ramai orang ke tak. 
Kalau tak ramai , halo aku. 
Malas beratur. 
Kak Long kawasan memang macam ni. Over kan? 


Sapa yang tak buat lagi kad pengenalan macam yang kat bawah ni, boleh le bersegera membuatnya. 


 

Kad Pengenalan baru ni TIDAK WAJIB sebenarnya. Sunat je. 
Tapi ianya jatuh WAJIB bila:

- cip kad pengenalan rosak. (Bukan coklat cip yg buat kuih raya tu ye..)
- nak tukar alamat
- yang tak pernah tukar ic. Ic yang ada muka darjah nam tu, kekal la sampai skang umur dah tiga puluh nam. PAstu mengaku belum akil baligh bila kena tangkap tak puasa di bulan Ramadan. Ada ke?
Ic kena tukar dua kali ye sepanjang tempoh hayat anda. Memula masa umur 12 tahun. Lepas tu tukar lagi masa umur 18 ke 25 tahun. KAlau tak tukar, kena denda.
- yang hilang ic.
- yang saja gatal-gatal nak tukar. Hiks!!



Berikut juga adalah pantang-larang yang perlu dipatuhi ketika nak buat kad pengenalan baru:

- Pakai baju warna gelap. Sebab background warna putih. Untuk mengelakkan anda nampak macam halimunan time bergambar tu, maka elokla pakai baju gelap. KAlau tak, diorang (pihak JPN) akan bagi pinjam blazer diorang. Tak best la cam tu.

- Yang bertudung pulak, pilih la tudung berwarna gelap juga. Merah, hitam, biru tentera laut (navy blue :-p), brown. JANGAN pakai tudung bling-bling plak. Time nak buat ic pulak ko nak retis pakai tudung ada labuci la pulak. Tamo..Tamo... NAnti terpantul cahaya lampu . NAmpak labuci je. Muka korang tak nampak. TAk cantik gambaq tu kang.

- Jangan mekap kerterlaluan.

- BAgi yang mewarnakan rambut, kena tukar kaler rambut. Disebabkan kita ini rakyat Malaysia, maka rambut kita semestinya berwarna gelap. Sapa gi buat ic rambut kaler blonde la, hijau la, belang-belang merah ke, kena halau balik kang. Yang rambut udah putih-putih tu boleh pakai songkok. Topi tak bley. Helmet lagi la tak boley ye!

- Ini plak warning khas dari pegawai pejabat pendaftaran. TAk boleh pakai contact lense kaler-kaler. Yan mana pakai lense kaler biru, hijau, warna-warna pelangi, lense bentuk mata kucing ke, semua kena tanggalkan. Mata original sahaja dibenarkan.

- RAmbut sapa yang jenis tutup dahi, sila sikat belah tepi sebab gambo ic nak kena nampak kening. Kesian kat sapa tak de kening tu. Hihi..~

- TAkleh senyum nampak gigi masa amik gambo ic. HAHAHAHA.. Ini betoi tau. BUkan lawak. Aku kena marah masa ni. Ntah mana hilang kepakaran selfie aku masa ni. Adehh.

- Bagi lelaki, sila pakai baju berkolar. Aksesori melampau seperti rantai subang telinga, subang idung wajibla kena buang sebelum sesi fotografi diadakan.


- Berurusan di pejabat pendaftaran juga perlulah bersopan. Jangan pegi pejabat pakai seluar pendek ngan selipar ye. Smart sikit. Gosok gigi , mandi .Kemaskan muka tu bagi lawa dan ensem. Kang tak masal je lekat gambo air liur basi berpeta kat pipi, masuk dalam gambar ic anda. Oii.. ic tu nak pakai sampai bebila tau. MErata-rata nak tayang. KAsi elok-elok sket.



Jangan lupa bawak RM10 dan ic lama anda masa nak buat proses pertukaran ic tu ye!



Ini memang bukan gambo untuk kad pengenalan.



Dan seperti biasa, mereka di pejabat pendaftaran tu meragui taraf kerakyatan aku. Siap panggil anak peranakkan lagi. Tetiba peranakkan kan? 

Bab peranakkan ni aku ingat Kak Bos je. ngehngehngeh...~


Mekasih Ai teman akak gi buat IC. 


Boleh ziarah belog Ai sebab dia baru je hapdet entry dia dengan tajuk yang berjudul Kuih Tepung Pelita a.k.a Limas.




Photobucket

Product Review: PES NASI ARAB ARABIAN



Antara kegemaran dan boleh dikatakan hobi HKCC Team mates adalah pool order. 
Apa saja yang one of us berkenan di hati, kami akan beli beramai-ramai dan kemudiannya jika produk yang kami beli itu menarik, kami sharing untuk pengetahuan umum. 


Terbaru yang aku ciwi sangat nak share adalah Arabian, Pes Nasi Arab yang dipool order oleh Stokis HKCC Perlis atau lebih glamer dipanggil Jijin. Nama betui dia, Siti Nadjira. 

Sebenarnya orang lain dah pun pakat-pakat beli.
Aku yang lewat order. 
NAsib baik Jijin sudi order lagi. 
Ternyata, permintaan banyak jugak pes ni. 

Seriously, aku tak pernah cuba masak nasik arab. 
JAngan kata nasi arab, nasi ayam ke , nasi tomato ke.. Apa-apa je nasik yg yg pelik-pelik ni memang aku malas nak cuba pun. 
Aku cuma reti masak nasik putih je. HEHHE..


Sehinggalah aku dipertemukan jodoh ngan Pes Nasi Arab Arabian ni. 





Oh Mak,  senang gila nak masak. 
SIap diberi cara-cara menyediakan nasik ni. 
Tak payah tumis-tumis dah. 
Rebus aje. 
Pes dia memang dah tersedia. 
Bila sampai je pes ni, silalah masukkan ke dalam freezer untuk kesegaran pes nya.



Harganya RM19,90 (tidak termasuk kos pos).
Dan turut disediakan beras basmathi setengah kilo untuk satu peket pes. 
So, kalau ko order 8 peket pes, ko akan dapat 8 peket beras semuanya. 
BEst kan?



Nasi Arab dari Pes Nasi Arab

 Tudia. 
Dah siap pun juadah berbuka. 
LAuk silalah buat sendiri. 
Boleh makan dengan ayam goreng berempah. KAri pun boleh. 
Ikut keativiti sendiri. 
Nak makan begitu sahaja pun boleh (kalau dah habih malas sgt kan?)
Aku dok sorang-sorang je. NAsi memang berlebihan. Siap boleh bagi jiran-jiran sikit.


 RAsa?

TAk de sapa berani cakap tak sedap.
Kiranya sedap lah!!!


AKu repeat order.
Ari tu beli 2 peket.
PAstu tambah lagi 5 peket. 
PEhni nak masak kat MAk pulak untuk juadah hari raya. 

*SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YG SUKA MASAK LAJU-LAJU.



SOmething to share
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram