Followers

26 Jun 2014

Persediaan Paling Penting Menjelang Ramadhan. PAstikan korang ada ni!!



 Nak posa yey.

Nak posa dah yey!

Seronok menanti ketibaan Ramadhan. TAhun ni MAkbed berazam nak puasa penuh! 
Nak khatam al-Quran dan nak lebih banyak berkebajikan. 

Contoh kebajikannya adalah : 
Tidak membazir-bazir membeli makanan. 
Lebih banyak senyum 
Lebih bersedekah
Lebihkan tidur.... eh? 
HAHAHAH~ 
 

Tu kebajikan la jugak tu...Kurangkan mengumpat.


Insyaallah , bulan puasa ni Oni dan Wawan akan tinggal dengan Atok dan Tokwan ni Kuantan. 
Dan MAkbed pulak akan berpuasa secara solo di Manjung. Tsk.. Tskk.. 
Linda pun ikut sekali gi Kuantan. 
Tinggallah daku sendirian. UWaa... Uwaa.... 

TAkpe.... Ibu kasi chance. 
Oni dapat cjti-cuti Malaysia lagi ni. Tahun depan, memang takde dah ponteng-ponteng. Oni sudah masuk pra sekolah tahun depan. 
Biarlah anak-anak berpuasa dengan Atok dan Tokwan. BAru rasa suasana berpuasa. NAnti dah selesai tugas, aku gi la sana. LAgipun tahun ini Mak kata raya di Kuantan. 
Linda dan Oni kata nak tolong Atok buat kuih raya. 
TAk pastilah sejauh mana kebenaran kata-kata itu. HEHEHEHEHEH~
Tapi, okla. 
Sebab umah aku memang lansung takde peralatan membuat kuih raya. 
Ngee~




Apa persedian korang nak berpuasa ni?

Hmmm....

Semua dah target nak gi PARAM je kan?

PApepun , aku nak ingatkan ada satu menda yang korang wajib kena ada dalam gobok makanan korang bila puasa menjelang. 


IAitunya....




HKCC dan CCFM!!!
 
 
 
 Yeahhhhh!!!

Sepasang kopi maveles lagi hebat diakui ramai. 

Dan aku tau lepas baca entry ni, ada la sahabat-sahabat blogger yang duduk oversea akan mula marah-marah dan stress sebab susah nak dapat stok kat sana. 

Lela Lelord, di manakah kau?? HEHEH...

Ramai yang reload sebagai persedian bulan puasa ni.
 Ini kerana HKCC works so well bila berpuasa.
Pengambilan semasa sahur banyak membantu mengharungi hari bekerja di waktu siang. Dan bila tiba waktu berbuka, tak lengkap jika tak ada secawan HKCC. 

Aku masih lagi pengamal tegar HKCC dan dah lama sangat dah tak sentuh skepe peket merah, hijau, kuning tu. KAlau tau, dalam laci dan berwarna-warni ngan memacam jenis kopi.
 Skang, cuma ada kala purple saja.....
Oh, dah 2 tahun ok HKCC di hatiku. 
Katalah aku fanatik ke hape, aku tak kesah pownnnn. Siyes kopi ni sedap OK. 
HAnya yang pernah cuba merasai kesannya. 



 Mungkin sebilangan anda hilang berat badan dengan cepat dengan pengambilan HKCC.
Results may vary.
My own testimonials, aku amik masa lebih 2 tahun nak turun berat. 
Selebihnya, kena gi paksa diri berjalan kaki, menyakitkan badan dengan bersenam walau sekejap tetapi istiqamah dan sentiasa dalam minda positif. 
Definisi cantik juga subjektif. 
KAlau korang kata aku cantik, aku pulak cakap TERIMA KASIH :-)

Menjaga pemakanan itu sangat perlu. 
KAlau kita hanya bergantung kepada produk untuk tujuan mengurangkan berat badan, tanpa effort yang jitu kita akan jadi stress bila kita tak dapat keputusan seperti apa yg kita mahukan. 
Tera macam ini pun, dikira tembun lagi nih. NAk wat camano la kann...

Hmm... tadi kan aku dah hantar 6 pasang seluar kerja aku gi alter sebab dah besar. 
Rasa macam membazir pula beli. Jadi MAkbed kecikkan aje. 

So, korang. Sempena puasa nak mai ni, manfaatkan. 
PAkat-pakat la beli kopi ye. MAna la tau kot buleh kurus sekilo dua. 
TAk mahal.
Cuma RM39.90 sekotak untuk Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC)
RM49.90 untuk Collagen Cappucino For Men (CCFM)

Harga tidak termasuk pos. 
 
Boleh rujuk senarai Stokis dan Agen di sini --->> Stokis dan Agen HKCC


HKCC masih teguh dan utuh, biarpun 'hanya sekadar kopi'.


 
To those who already tried, keep supporting us. 
Lets spread love together. 
Smile....

and 

be awesome!

 
Dan jemput ke belog HKCC ye....
Kak Bos pun dah pandai menulis belog sekarang 


 

Photobucket

Daku yang memang sibuk tak ketahuan hala dan sedikit nota cinta luka buat sahabat saya, NurKasih.

 
Hi korang!
 
 
Some of you might have seen me updating my whereabouts. 
Sekejap di situ..
Sekejap di sinun...
HEHEH..
 
Well, I am really busy. No kidding!
 
Travel atas urusan tugas bermula 21 Jun 2014. 
Agak lama jugak aku tak travel atas urusan kerja sebab ada beberapa personal issue yang perlu aku selesaikan. 
 HAnya berulang-alik sesekali dari Manjung ke Alor Setar dan kendian patah balik. 
Urusan rasmi untuk para client dan prospek di KL masih tertanguh. 
Insyaallah, minggu depan boleh jumpa. 
 
 
Travel kerja bermula 21 June 2014. 
Destinasinya Johor Darul Takzim. 
KAli kedua sebenarnya aku ke Johor, driving!
Sebelum ni pergi dengan Rohaijah. Kali ni pergi dengan Cik Kerani Yang Bernama Fiza. 
Aku tak leh kot nak drive jejauh gitu sorang. 
Lemah lagi kalu ke Johor ni
 
Lihat di mana Makbed menumpang tidur ketika di Johor!
 
MAlam tu sempat menjejakkan kaki ke Johor Premium Outlet (JPO)
Kebetulan masa tu tengah SALE. 
Yes, perkataan keramat bagi orang perempuan..
Kan Kan Kan..
Tapi, perkataan keramat jugak la untuk Bos aku sebab aku rasa dia shopping lagi sakan dari kami. 
HEHEHEHE...
Oh, Fiza pun shopping tak hengat....
KAt Manjung takmo shopping. Kat JPO, berbondong dia membeli.Haih~
 
Seronok ye Kak?
 
 
 
Rasa nak makan aiskrim plak. hehe..
 
 
 
MEreka dan hasil pancingan mereka... Saya takde :-(
 
 
TAk dapat clear view tower JPO tu. Tapi ok la kan?
 
 
Posing lebih dari shopping.
HEHE..
 
 
 
 
Monthly Meeting Al-Azhar Associates diadakan pada hari Ahad. 
Lepas habih meeting, kami pun bergerak pulang ke Manjung. 
Sempat jugak melawat Zura dan baby barunya, Arjuna. 
 
 Aaron Arjuna yang bambam
 
 
 Selepas melepaskan geram kat baby, dan mengisi perut secukupnya, lebih kurang jam 5 petang kami pun bertolak balik ke Manjung. 
Dalam jam 1 pagi sampai. 
****
Esoknya, hari Isnin 23 June 2014 aku bergerak balik ke Alor Setar pulak. 
SOb ..SOb....
Sampai Alor Setar dalam jam 4 petang. 
Selasa, 24 June 2014 aku selesaikan urusan mahkamah. 
JAm 1 petang, selesai. 
Terus balik semua ke Manjung. 
JAm 5 petang, sampai. 
Disambut dengan tarian singa yang meriah oleh anak-anak saya yang kiut lagi lincah itu. 
 
 
Sekarang, sudah masuk hari Khamis kerana jam sudah  menunjukkan jam 1.39 pagi. 
Dan ...
 
 Saya baru saja selesai appoinment. 

MAsih lengkap berpakaian dan bertudung litup. 
Tskk..Tskk...
 
 
Malam-malam pun kerja. 
 
 
OK. 
Besok bangun lewat.
Punch card kalu merah pun bos tak marah. 
 
Sebab saya kan BOS lalalalalalala. 
 
 
*bos saya tak baca blog. 
heheheheh~ (yeke?)
Ralat:
Makbed dengan sesungguh lagi suci hati nak mintak maaf kat NurKasih atas kegagalan Makbed menghadirkan diri ke majlis tahlil arwah adik bari-baru ni. Walaupun ko dah kaborkan sebulan awal, aku tetap gagal jugak datang atas sebab tugas yang memang tak boleh dielakkan. 
Dah berapa kali majlis dia jemput aku secara VIP pun, aku takleh muncul gak. 
MAlunyeee...~

Sudikah ko memaapkan aku?
Ke aku kena buat Gwiyomi?
HEEEEE>...~
 
 
 
 
Jumaat 27 June, aku akan ke Kuantan pulak. 
 
 
 
 Photobucket

Berjaya Ke Johor. Homestay terbaik di Mutiara Rini.



 TArikh berjalan-jalan: 21 June 2014
Destinasi : Johor Bharu


Merasa jugak jejak kaki di bumi Johor. 
Sebelum ni rasa macam mustahil je dapat pergi dengan MEMANDU. Kalau naik flight, maybe la sampai jugak. Tapi ini, memandu beb!!


Atas nama tugas dan cintanya aku kat kerja sendiri, maka sampai la aku kat Johor. 

Kerja gila sikit sebab Bos nak ride Street Glide beliau so aku sebagai orang kanan kena escort naik Ochobot.
Chewahh..
Leh jalan laju mana la sangat si Ochobot berbanding ngan Harley tu kan?

Turut serta menjadi 2nd driver adalah Cik Kerani Yang Bernama Fiza. 
Ailebiu la Fiza sebab sudi join Makbed, teman drive.Dan ketangkasan serta staminanya teruji apabilla dia boleh je drive jejauh dengan excitednya sambil berkaroke. 



NAk share keterujaan apabila sampainya kami di Johor. 
Tempat kami menumpang tidur untuk satu malam. 





TAraaa.....!!


Gagah tak rumah ni?


Siyes best. 
Ni homestay kitorang pada hari itu. 
Memang nak puji melambung-lambung lah betapa bagusnya tuan rumah kerana servis dan keadaan rumahnya yang sangat kemas. 
Dah macam hotel pulak rasa.


Rumah yang super duper luas . 4 bilik tidur semuanya. 
Tuan rumah bukan saja menyediakan tempat yang selesa untuk tidur malah disediakan juga kelengkapan yang membuatkan kami terlupa yang kami ni sedang travel dari jauh. 
Feels like HOME. 



Bilik tidur utama




Bilik tidur kedua


Bilik Tidur ketiga



Ruang tamu tingkat atas


Ruang tangga yang kemas




Ruang Tamu utama




Bilik tidur keempat di tingkat bawah


 Haa...
Ini part paling best. 
Kehebatan sebuah rumah itu bukan dilihat dari kecantikan bumbung rumah dan kecantikan bilik. 
Tetapi diukur dari kehebatan DAPUR nya. 

 



Dapur!!


Besar gila dapur rumah ni. 
Tuan rumah sediakan tempat memasak, lengkap sekali gas, pinggan mangkuk, peti ais siap ada frozen karipap dgn air sejuk berbotol-botol. Dalam kabinet dapur ada megi! Minyak masak pun ado beb. 
HAHAHAHA~
Kami datang pun disambut dengan minum petang. 

KAmi sungguh berbesar hati dapat menumpang tidur kat rumah ni. Hilang penat dan lelah setelah melalui perjalanan yang jauh. 

Ingat nak booking untuk raya, tapi udah fully booked pulak. 
Hmm.... 


Tuan Rumah yang berbaju belang. Isterinya pula yg pegang baby tu


Kawasan homestay adalah di Mutiara Rini. 
MAkbed pun lupa apa nama tamannya tapi ni kawasan perumahan yang agak baru juga. 

KAlau berminat boleh terus hubungi Puan Asiah dan Encik Jabbar. No tel: 0127247528
Insyaallah mereka akan melayan anda dengan baik.



Photobucket

19 Jun 2014

FAKTA PEDIH TENTANG KEHIDUPAN YANG ANDA KENA TERIMA TAK KIRA HEBAT MACAM MANA PUN ANDA



Disclaimer: Fakta kehidupan ini adalah jujur dari poket tepi seluar kerja aku. Korang mungkin tak setuju dan mungkin juga setuju. Tapi, ini aku punya fakta. Korang punya fakta, sila tulis sendiri. HAHAHAHH~ 



 1. JANGAN PERGI SHOPPING BARANG DAPUR MASA SEDANG LAPAR
Percayalah bila anda balik rumah, anda akan mendapati dalam beg plastik anda lebih banyak makanan daripada barang dapur bulanan yang anda sepatutnya beli. Walaupun anda dah siap bajet list untuk membeli, tak mustahil bajet belian itu cuma berharga RM200 akan menjadi RM500.


2. JANGAN KELUARKAN DUIT DI ATM YG BERLOKASI DI SUPERMARKET. 
Mesin ATM kat supermarket ni macam sumpahan keramat le. Kita keluarkan duit, tak sampai sehari, abeh terus. BAru gaya nak jalan balik gi kat parking kereta, mesti luak 10% dari jumlah pengeluaran kita tadi tu. 

3. KAT MANA AMBIL BARANG, KAT SITU LE LETAKNYA BALIK. 
Jangan culas dan take for granted bila ambil barang. Letakkan semula di tempat tu supaya senang nak cari balik. BArang-barang kecik yg nampak macam tak penting, yang tu la yang paling kena jaga. Sebab kita guna seminggu sekali aje kadang tu. Contoh : Nail Clipper. Korang penah mengamuk satu rumah cari pemotong kuku tak?


4. SERVIS KERETA LEBIH MURAH DARI REPAIR KERETA
YAng ni nasihat yang memang aku nak sangat bagi kat orang yang pakai keta sekenhen. JAngan tunggu nak raya baru nak pi sebis. Pehtu, ngamuk, tulis kat status marahkan kereta yg rosak tetiba dan sekali repair memakan kos tinggi. Mark Zuckerberg pun muntah baca status tu. Sekehkang~

5. KEGEMBIRAAN ITU BERSIFAT SUBJEKTIF
Ada orang kata, duit boleh buat kita happy. 
Ada orang kata, family buat kita happy. 
Ada orang kata, anak ramai boleh buat happy. 
Ada orang kata, bini ramai boleh buat diri happy. 
Ada orang kata, bestnya kalau boleh duduk tengok tv 24 jam. 
Ada orang kata, bestnya kalau aku ada kerja. Dah tak larat dah nak tido dan tengok tv semedang. 
Definisi GEMBIRA, subjektif tau. Ini yang aku belajar. 


6. BADAN KITA CUMA ADA SATU.
Selama kita berpendapat bahawa makan lah selagi masih ada selera makan, besok-besok sakit dah takleh makan, ingat lah, badan kita ada yg tu je. Kalau sihat pun yang itu. KAlau sakit pun, itu jugak le badan. Jaga lah kesihatan tubuh badan sendiri supaya kita tak menanggung kesakitan melampau di masa depan. TAkda sapa nak hidup sengsara di hari tua. 

7. Bila taip mesej di FB Mesengger or texting, WhatsApp-ing and so on... Butang SEND tu adalah PENENTUAN AKHIR
So sebelum tekan butang SEND tu, hang pikiaq dulu habih-habih apakah wajar hang cakap menda ni kat orang yang hang nak send mesej tu. (Ini memang hang-aku sebab ini serius OK..) JAngan pulak bila dah tekan SEND tu, besok mai balik kat org yang menerima mesej anda tu dan dengan mudahnya anda memohon maaf serta berkata "saya takde niat pun nak cakap macam gitu kat awak." Orang yang buat macam ini layak dibaringkan di laluan laju  SmartTag. Tambat dia kat jalan. Biarkan dia digilis sedas dua  dan cakap kat dia "saya takde niat nak tambat awak kat sini.." 


8. SEORANG SAHABAT BERKUALITI LEBIH BAGUS DARIPADA 13 DOZEN RAKAN. 
NAk cari sorang yang sanggup bersama time susah dan senang memang payah. KAlau ada, jagalah persahabatan tu. Sahabat yg baik ni unik perhubungannya. TAk kiralah kita ni bergaduh berapa round atas pelbagai sebab sekalipun, sudahnya berbaik juga. Heee... KAwan macam ini tak susah nak jaga. Tak perlu jaga sangat pun hati dia. Dia pun tak perlu jaga sangat hati kita. Tapi, kesudahannya, masing-masing dah tau apa yg masing-masing perlukan. Support!


9. SUSHI VS NASI KANDAQ
Sangat berbeza. Bila stress, rasa macam nak makan banyak. Betul? Elakkan melepak di kedai mamak. Anda akan terdorong untuk ambil makanan berkalori tinggi sampai berpinggan-pinggan dan kemudiannya bila balik rumah tetiba rasa menyesal. Jika perasaan nak makan membuak-buak , teruslah ke Sushi King. Amiklah berapa pinggan yang anda suka. 8 pinggan yang anda amik kat line tengah tu pun tak sama lagi kandungan kalori dengan sepinggan nasik kandar.
 

10. BERTANGGUH HANYA KESELESAAN SEMENTARA. 
Bertangguh ni adalah sifat yang memang sangat kena buang kalau nak berjaya. Pi la kelas motivasi mana pun, bayaq la mahai mana pun, balik-balik BERTANGGUH ni juga yang dia sebut. Bertangguh bersahabat baik dengan MEMBERI ALASAN. Kedua-duanya sama, hanya memberi keselesaan berrsifat sementara. LAgi lama akan tangguh, lagi lama anda memberi alasan, lagi teruklah kesan yang akan terima di masa depan. Ini fakta sahih ye. 

11. BERDEBAT DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU DAN BERATTITUDE RENDAH ADALAH SIA-SIA
Sila jangan berlawan-lawan dengan mereka ini. Anda confirm kalah. Solusi terbaiknya,abaikan sahaja mereka dan anda teruskan perjalanan kehidupan seperti biasa. Wujudnya mereka ini adalah hanya sebagai 'alat bantuan mengajar' untuk anda belajar mengenal dunia dan kemudiannya bersedia menghadapi cabaran hidup yang lebih besar. Sabar itu perisai paling kuat.

12. KITA HANYA SEDAR KITA MEMERLUKAN INSURANS APABILA KITA SUDAH HAMPIR-HAMPIR TAK LAYAK ATAU PUN SUDAH TAK LAYAK MEMOHON
Ini memang biasa. Selagi tak kena, memang tak beringat. TApi, ini adalah fakta paling menyakitkan yang diri sendiri kena terima apabila simpanan selama berpuluh tahun membanting tulang abis begitu sahaja bila anda sakit. Being old is what we must face bila umur kita panjang. Tapi, tua yang bagaimanakah yang kita mahu lalui. 

13. TIADA SUPPLEMENT KHAS UNTUK MENGAWAL PEMBENTUKAN SIFAT MALAS DAN TAKUT. 
Untuk anda yang sangat taksub supplement, perlu anda tahu anda makan apa saja supplement mahal atau murah untuk kesejahteraan kesihatan anda, tetapi kalau anda PEMALAS, itu lah penyakit tanpa ubat yang boleh membazirkan pengambilan SUPPLEMENT anda. Begitu juga dengan TAKUT. Dah, yang ni malas nak tulis dah. Kalau ada supplement bagi aku rajin , silalah gitau aku ye. 















Photobucket

18 Jun 2014

Korang mesti stress dapat news ni.



 Ingat tak suatu ketika dulu, di zaman kita semua tak reti sefie pakai henpon memasing. 

Aku masa tu dah sibuk men'selfie'?


Tak ingat?


Sekitar tahun 2009, 2010 dan 2011...


Throwback 1





Throwback 2 : Pregnant kan Wawan masa ni.




Aku tak sedar pun sekarang selfie ni dah jadi penyakit viral. Siap ada satu apps khas untuk orang gila selfie. HEE...



Ini lagi..


INi denga pemukul lalat ajaib. heh~





Ini selfie tak bleh blah. KAlau korang jumpa lagi entry ni, kira korang mmg pembaca setia sungguh.



Oni masa ni gigi pun senget lagi. HEHE..



 Tu lah zaman aku pakai laptop ACER. 
LAptop dah rosak sebaik saja aku melahirkan Wawan. MAybe banyak sangat selfie gamaknya. 
Kendian, kita pakai ASUS pulak. Inche Kitchi belikan. 

Tapi, ASUS ni build in camera dia tak elok. 
So, lama dah la godek nak buat bagi lawa kamera dia, tapi tak boleh-boleh jugak. Sampai bertahun la takde entry selfie dalam belog. Kalau nak selfie, semua kena pakai telepon. 





Sehinggalah semalam. 
Laptop aku ni meragam minta update software. 
MEngada-ngada sampai tak recognize dah aku punya pendrive. 
MAka, aku antar le laptop nih pegi repair. 
BAik betul taukeh tu. Dah diformat balik semuanya, kendian aku bawak balik rumah. 

Tetiba aku nampak perkataan ACER CRYSTAL EYE WEBCAM kat dashboard laptop. 

LAma sungguh aku tak nampak perkataan tu. 
MAka aku pun click. 


TAu dak apa jadi?


"
"
"
"
"
"
"
"
"
'
'
"
"
"
'"




"
"
"
"






 HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHH!! *gelak jin sudah keluar. 




Dah boleh selfie dah~



Ajak partner sekali. Dah besar dah partner aku ni.


Dulu, selfie kat opis yang banyak lalat tu. 
Sekarang, selfie dalam opis aku sendiri - kat umah. 
JAngan heran sangat, sebab even opis peribadi aku di rumah, aku still pakai cam gini. 
Standby mode. 
Sebab, bebila masa saja sesapa boleh call aku nak jumpa. 

BAckground opis sendiri belum cantik. MAsih dalam proses dekorasi. Insyaallah, pelan-pelan aku buat nanti. 
Tapi, ada sedikit kemajuan le kan. 

Maybe pasni aku dah tak selfie pakai pemukul lalat, tetapi pakai senduk dan sudip pulak. 
Sebabnya, dapur rumah aku dekat benor dengan opis ni. HEHEHE..
MAklumlah, bekerja di rumah secara sambilan. Gitu~


Ochobot gi serbis hari ni. 
Lusa mula travel. Destinasi, JOHOR. 

 


Alhamdulillah. 

 Doakan yang baik-baik ye korang.


Opps...
Mekasih kat lengchai yang repair saya punya lektop. 
Sumpah aku jumpa ko lagi la taiko. 
Lu memang hebat. 
Tabik spring!!!


 


Photobucket

Saya di usia ini, dengan 31 Pengajaran Kehidupan


2014

Tak sempat pun aku menulis di awal tahun ini meraikan tahun baru 2014 sekarang sudahpun 6 bulan berlalu. Tahun yang mana aku tak raikan seperti sebelumnya. 
Tak sempat pun aku raikan. Aku pun konfius, nak raikan ke nak cry-kan. 

It began with sadness and sorrow. 
But I grew from that point. 
All those experiences , good and bad made me stronger. 
I stand tall after that, moving forward and I choose not to look back (too often!) 

Never mind if people don't understand you, as long as you know who you really are. 

Me on June 9th, 2014.


I am reaching 31 this year.
Masa kekecik dulu aku selalu anggap orang umur 30-an macam dah tua dah. Dah habih dah peluang nak buat apa pun. Supposedly orang umur 30 tahun ni dah kahwin belaka dah. 
But, as I am IN this 30-an era, it seems like aku lagi budak-budak dari budak. HAHAHAHH~ 
MAsih banyak benda yang aku excited nak explore. 
KAlau budak, sibuk nak explore cara budak. 
Tapi, sekarang di usia 31 tahun, baru terasa yang aku sebenarnya banyak benda tak buat lagi. Dan sebenarnya aku boleh buat apa sahaja perkara yang aku nak buat! 

Di sini aku nak share 31 Pengajaran Kehidupan yang aku boleh rumuskan mengikut apa yang aku lalui sehingga kini. Chewah..mcm tua sangat dah aku ni kan?

1 - Tak salah pun membuat kesilapan. Siapa pulak di sini yang tidak pernah berdosa. Terima hakikat yang kita ini dahulunya jahil, dan belajar maafkan diri sendiri. Kemudian berusahalah ubah diri supaya tak jadi jahil lagi. Kesilapan adalah salah satu cara kita menjadikan diri kita lebih baik.

2 - Kita yang MENCORAKKAN kehidupan kita sendiri. Tidak ada siapa yang boleh kita salahkan sekiranya hidup kita ni memang tak best. Cuma kena ubah CARA BERFIKIR dan CARA MELIHAT sesuatu tu. Dan dari situ, cuba pula ubah habit-habit buruk yang lansung tak membantu hidup kita lebih baik.

3 - Sibuk mencari cinta ,memburu cinta, mengharap-harap supaya orang sayangkan kita adalah salah satu pengharapan yang boleh memusnahkan jiwa sendiri. Ok. This is such a painful truth but trust me, I am done with that long time ago. Jika terjadinya hubungan cinta sehingga ke jinjang perkahwinan sekalipun pun, memang hati tu kena sentiasa beralah dan dipujuk-pujuk senantiasa. Entah berapa lama akan bertahan akan tetapi somehow akan makan jiwa kita jugak. Paling penting , BELAJAR MENYAYANGI DIRI SENDIRI terlebih dahulu sebelum mengharap orang lain sayangkan kita. Love the way you are and people around you will love you. And bagi yang masih belum ada pasangan hidup, jangan risau. Just be yourself. And if you don't like something about yourself, change it to the better. Do it with love. Aku belajar, jadi diri sendiri, selesa dengan keadaan diri, yang lain will just fall into places.

4 - Ada masa, berdiam diri itu perlu. Membawa diri sendiri mencari ketenangan supaya otak ini dapat berfikir dan juga sebenarnya nak mengelakkan konflik yang lebih teruk. Kewarasan adalah penting untuk menyelesaikan masalah.

5 - Cepat buat keputusan. Menunggu-nunggu, bertangguh dan terlampau banyak berfikir tidak akan bawa aku ke mana pun. LIfe is too short. KAlau tunggu READY baru nak buat, memang sampai sudah tak ready-ready. Decide and Do! Dan kenalah berdisiplin bila buat sesuatu tu. It is always the FIRST in anything. NAk mula tu yg payah. Dah mula, ok jeee....


 6 - Disebabkan kehidupan ini pendek dan kita tak tau bila nak mati, jangan semakkan kepala dengan perkara yang membuatkan muka berkedut. Hati kena sentiasa tenang dan carilah jalan cemana pun nak tenang. Jangan amik dadah ajela. Sila buat ikut syariah compliance. Hehe~

7 - For things to change, we must change first! Itu lah ayat yang leader aku dok ulang-ulang sejak dulu. And yes, I changed. Tak de sapa pun suka kepada PERUBAHAN. PErubahan ni akan mengkucar-kacirkan kita dari dalam sampai ke luar. TApi perubahan itu sangat perlu!!! Dinosor pun mengalami proses evolusi tau. Inikan pula kita yang hidup zaman serba inflasi ni. RM2,000 tahun 1983 , tak sama nilanya kini di tahun 2014. KAn?

8 - Jangan pernah takut BERANGAN dan BERMIMPI. Oh.. ini. Dulu aku tak pernah pun CUBA untuk bermimpi. Takut. Malu. NAnti orag gelakkan. Tapi sekarang, aku selalu aje bermimpi. Dibantu encik google, lagi best. Aku nak apa je, aku google. Kendian aku print. Dan letak kat dinding. FEEL itu penting. Dream BIG. Dan ingat, life is short. So, kenapa takut bermimpi?

CIter pasal bermimipi ni, aku sejak dulu-dulu lagi teringin nak ada satu bilik study sendiri. Selama ni meja study aku dalam bilik. Eh, tak panggil la meja study dah. MEja kerja. Selalu sangat berangan. SIap ada meja sendiri. Alhamdulillah, sekarang aku pun tak sedar macam mana aku boleh ada bilik kerja sendiri. TEtiba je ada rezeki duduk rumah berbilik lebih. Dan satu bilik tu aku bleh khas jadi pejabat. Seronok!

9 - Duit boleh dicari. JAngan ungkit kalau duit hilang atau kita terguna duit atas sebab-sebab tidak disangka, atau orang pinjam duit tak bayar. Tak perlu sampai putus kawan dan saudara. Tidak perlu sehingga menjatuhkan maruah sendiri memaki hamun dan menyebarkan aib saudara yang culas membayar. Ianya duit dan Allah dah kata, andai kita berusaha dan sentiasa bersangka baik, rezeki itu akan ada. MASA yang perlu kita sayang lebih. INgat, life is short. JAngan bazirkan dengan benci-membenci sebab duit, dan jangan bazirkan dengan terlalu cintakan keduniaan sampai hal keluarga diabaikan.

10 - Ketakutan (fear) itu adalah ciptaan minda. Tapi ketakutan itu wajar dan perlu sesekali kerana ianya menjaga keselamatan kita. Cuma, kena pastikan apakah ketakutan kita tu, dan learn how to deal with it. With knowledge, fear can be controlled. Knowledge is power!

11 - Ketidakyakinan pada diri sendiri boleh membuatkan orang gelakkan anda malah boleh menyebabkan anda dipandang rendah. MAka, by discovering my true self, accepting everything and feel great about it. Being different is special.

12 - Masa adalah sesuatu yang tak boleh diperbaharui.KAlau abih , abih la. MAsa juga boleh jadi setajam pedang yang menikam jantung jika tak hargai betul-betul.

13 - Lebihkan mendengar dan pertingkatkan listening skill. Dan kepandaian berkomunikasi boleh mencipta ramai rakan baru.

14 - Sahabat mempengaruhi diri. Be careful whom you spend time with. They influenced you in unconscious way. Potensi untuk mencapai kejayaan boleh jadi terbantut kalau kita bersama dengan rakan-rakan yang berminda negatif. Choose your friend carefully.

15 - Kaya tak menjamin hidup yang gembira. Tapi kekal miskin tidak memberikan kita kegembiraan. Jangan memandang jijik menjadi kaya. Dan jangan takut untuk cuba menjadi kaya. JAngan buat-buat kaya pulak. Yang tu memang jijik melihatnya. Hehehee...~

16 - Learn to let go. KAlau sudah bukan rezeki, terima dengan redha. Terima pengalaman itu samada suka atau sakit, tetapi akur yang Allah itu sebaik-baik Perancang.

17 - MEnghargai sekecil-kecil bantuan yang orang beri dan buatlah mereka yang membantu itu rasa seronok membantu. Oh yang ini.. Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yang sungguh murah hati dan berjiwa bersih. Dan mereka amat sayangkan aku seperti mana aku sayangkan mereka. Semoga umur panjang untuk aku balas jasa baik mereka ini.

18 - Kita lebih kuat dari apa yang kita sangkakan.

19- Jangan hadkan pemikiran apatah lagi menghadkan kemampuan sendiri. Limited beliefs ini umpama mensabotaj kemampuan diri sendiri sedang diri tu masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Keluar! Jumpa ramai orang. Berkawan. Belajar lihat apa orang berjaya lain buat. KAlau dia boleh buat, apsal kita takleh pulak. Tangan dia dua, tangan kita pun dua. Ini, yang tangan takde , kaki takde lagi berjaya dari kita yang cukup sifat. Apa masalah kita sebenarnya? Ce pikiaq.

20 - Terlalu banyak komplen, kritik dan bergosip takkan bawak diri kemana pun. Buat habih tenaga. Pehtu migren sengsorang. Just shhhh!

21 - Jangan jadi MANGSA dalam keadaan. Don't be a VICTIM in any situation. Memberi alasan hanya boleh memberi keselesaan sementara sahaja dan kelaknya kita sendiri yang menanggung 'over riding' masalah sendiri.

22 -  Memaafkan orang sebenarnya mudah. Jangan limitkan fikiran bahawa memaafkan orang ini boleh menjatuhkan ego dan maruah diri anda. Orang yang pemaaf ini murah rezeki kerana Allah sayang.

23 -  Bermuhasabah diri adalah sesuatu yang aku selalu lupa nak buat. Tapi kena buat jugak. Mencari salah orang tanpa lihat kat diri sendiri ni pun penat jugak.

24 - Anak-anak cerminan kita. By this age, my daughter sudah pun 5 tahun. Dan kebecokkannya itu menyamai level Ibu dia. Maka, Ibu perlu menambah skill berdebat kerana ONi akan jadi lebih hebat dalam 3 tahun lagi. Yaiks~

25 - Tak salah pun kalau amik masa satu hari untuk tidur terus-menerus.Ini samalah macam menikmati kekayaan kan. Penat kerja bawak-bawak la berehat.

26 - MAhu berjaya kena ikut lorong yang betul. JAdi, sentiasa kena berguru. Tak boleh berjaya sendirian berhad.

27 - Selama 31 tahun ni, dalam almari aku masih penuh lagi baju berwarna hitam. Bermakna, warna tema aku memang hitam sejak sekian lama.

28 - JAga pertuturan. Kalau kita projected negative provocation, maka negative la juga respondnya.

29 - Sebelum kita suruh orang jujur dengan kita, jujurlah dengan diri sendiri dahulu. Kejujuran bukan wujud dari kata-kata. Ianya dari tindakan sendiri.

30 - MAkanlah supplement dengan teratur wahai MAkbed. Anda sudah tua. Dan jangan lupa minum banyak air.

31 - Expectation is hurtful. Don't expect. But do Hope and Pray.





 Gambar tadi tu garang sangat ...






Photobucket

16 Jun 2014

Kami di kediaman baru


Oni dan Wawan kini dah tidur berasingan dengan Ibu. 
Keduanya tidur di tingkat bawah. Ibu je tidur sengsorang kat tingkat atas. 
Diorang tidur dengan MakLin. 
Sebab, MakLin request nak dok tingkat bawah. And considering Oni dan Wawan yang sangat tak leh diharap bila dok dekat tangga, so silalah duduk bilik bawah.

Ada satu bilik lagi di tingkat bawah aku jadikan Home Office. Kali ni, opis kecik aku tidak lagi menumpang bilik tidur. 
Sudah aku siapkan bilik khas untuk bekerja. 
Dekat dengan ruang tamu.
Dekat dengan bilik anak-anak.
Dekat dengan dapur. 
Cukup luas untuk aku dan nanti aku masukkan sofa kecik dalam bilik kerja ni so that kengkawan aku datang nak buat kerja ada tempat nak duduk. 

TAk banyak perabut di rumah aku sebab anak-anak nak berlari. 
HEhehe..~ 

Tak banyak barang aku sediakan. 
Rumah ni memang aku masuk kosong.
Alhamdulillah, tuan rumah baik sangat. Mudah urusan aku. 
Rumah dah siap dipasang aircond. 3 bijik!
Kitchen cabinet pun dah siap. 
MAsa aku masuk pun, tuan rumah siap basuh dah. Rumput pun dia potong. 
Aku masuk tu bukak kasut je. 


Yang banyak barang kat umah adalah kat dapur. 
HEHEHE.. Cam besala, apa-apapun kelengkapan dapur dulu kena ready. 
KEbanyakkan perabut di rumah Alor Setar aku tak bawak. Tinggal aje. 
Beli baru di Manjung ajela. 
LAgipun, aku angkut barang pindah sendiri pakai Ochobot. 
Simple sangat urusan pindah aku kali ni. Semuanya aku buat slow and steady. 


Anak-anak sedang menyesuaikan diri. 
JAdual tidur diorang masih jam 9 malam. 
Biasanya bila hampir pagi, Oni akan naik gi bilik aku. 
Tabiat tidur bawah ketiak Ibu memang tak leh buang. 
Bila aku outstation, dia akan sentiasa peluk baju aku. 
KAlau dia nak dok ngan Atok, baju aku mesti ada dalam beg dia. 
Kadang sampai 3 helai. 
TAkde bau pun takpe. Janji baju tu aku punya. 

Itu lah Oni. 

Najwan pulak, tabiatnya tak boleh Oni takde. 
Kalau pepagi dia sedar Oni takde sebelah dia, mulala nangeh. 
"Aneee..! Aneee!" panggilnya. 
 KAdang tu sampai masuk dalam mimpi aku. 
Rupanya memang dia dok nangeh tersedu-sedu.

Dan Oni plak, sangat alert bila adik dia menangis. 
Tidur nyenyak camana pun, dia akan terpacak bangun bila Wawan menangis memanggil nama dia. 
Aku perhatikan aje. Tapi, dalam hati aku terharu pulak tengok keakraban dua beradik ni walaupun ada masa Oni ni asyik menangih je kena tumbuk ngan Wawan. 
Wawan sangat kuat mengusik. 
Badan dia kan besar. 
Dihempapnya ONi. Kadang ditanduknya kakak tu. Dah le ONi tu haluih je. AKu nengok pun hangen. 

TApi, setiap kali Wawan menangis, Oni akan cepat-cepat bangun pujuk Wawan macam aku memujuk anak-anak yg menangis. 
Terasa Oni begitu lekas matang. 
Dan aku plak, rasa dia masih baby. 

Oni sangat sensitif bila dikatakan kat dia yang dia tak sayang Adik. 
Sebab ada masa tu , kepala Wawan dia tunjal-tunjal jugak.
Wawan pon sama naik cam Oni. Biasala..bebudak. 
Udah kalu aku marah, Oni dah tersedih. Nangeh pulak...


Kendian aku akan menyaksikan satu drama sedih antara Oni dan Wawan. 

"Kakak minta maaf Adik..... " pinta Oni sambil peluk adik keciknya tu. Sambil nangeh. HEeee...

Oni , kalau bab memohon kemaafan ni memang syahdu. 
Especially kalau dia mmg tau dia salah. 
Macam hari raya tau~
Siap nangeh ateh riba. 
PAdahal, kesalahan dia cuma cakap "TAKNAK" bila Ibu suruh dia buat sesuatu - seperti makan nasik dulu baru makan eskrim.
ngee...~




Cemtu la life depa ni sementara nak besaq.

*wink



Excited: Nuffnang nak kawan balik ngan aku. Hehehehe..








Photobucket

14 Jun 2014

[Product Review] SKIN79 SUPER BB CREAM




Aku mengalami konflik dalaman la.
Tengok orang lain pakai pencuci muka, aku pun terasa nak pakai. 
Siyes,lepas bersalin Oni, aku tak de pencuci muka dah. 
Pelik betul bila pakai pencuci muka,muka aku jadi mengelupas selepas beberapa kali pakai. 

Kurang vitamin kah aku?


Dah try macam-macam jenis dah. 
Yang murah dah. 
Yang mahal pun sudah. 
Peliknya, zaman dulu-dulu takde pun gitu. Skang ni je mengada.
BAru ni pun aku saja gatai pi beli lagi. 
Baru nak siok pakai pencuci muka, lepas 3 hari mengelupas kulit. 

MAka....

Babai la ye pencuci muka. 



Anyway...
HAri ni aku nak share satu produk muka 'terpaksa pakai' kerana aku kini banyak berada di luar rumah dan di tengah panas terik. 
Disebabkan aku ni penyegan nak pakai produk muka, ada la satu ari tu aku kena tegur ngan semua orang yang muka aku terbakar teruk. 
Bos suruh aku gi cari sun block. Pepandai la ko pakai sebab muka ko dah berbelang. Sekian, timasey. 

Aku jumpa produk ni dan beli sebab packaging nya menarik perhatian aku. 




Super BB Cream Skin 79

Super BB Cream Skin 79 ni memang sangat senang nak pakai bagi aku yg super malas lagi tak reti ni.
Syarat aku keluar rumah, kalau siang aje, pakai le mena alah ni.
Super BB Cream Skin 79 ni ada banyak jenis, botol pun lain-lain kaler. KAler botol pun kemain cun lagi. Ada warna kelabu dan pink. Kesemuanya berbeza mengikut tahap SPF nya.
Aku rasa yang oren ni paling tinggi kot. SPF 50.
MAklumlah, aku kan takut hitam.
ngeeeeeeeeeeeeeeeee....



YAng ini,pakai dulu sebelum boh bedak.
Bedak muka aku still lagi Bedak Pixy. Tu je la yang paling layak untuk wajah aku sejak dahulu kala. 


Kalau aku pakai,memang aku boh sikit je. 
Sebab kalau berlebihan nanti muka akan nampak berminyak. 
Cukuplah yang ni je la letak kat muka sama bedak. 
Tidak dilupakan, eye liner haku. HEHEHE.. Itu wajib. 
 Alhamdulillah, idak le rentung bebenor muka tu da. 

JAngka hayat menda ni?
Aku pakai siang je. Selalunya aku tempek waktu pagi nak gi kerja. LEpas solat Zohor, aku dah tak touch up dah pun. M.A.L.A.S.

Aku beli dari bulan Januari ritu, ni dah Jun. Tak abeh lagi. 
 


Cam takde point je letak gambar ni untuk membuktikan kesahihan produk yg aku pakai tu. 
Sebab memang cenggitu je muka nya selalu pun. 
Korang pun sahih boring nengok. Makbed pakai ke tak pakai ke, sama jek. 
Ok, takleh jadi jurucakap produk. GAGAL.


Tapi, itu lahnya menda yg aku nak share. Produk yang bagi aku praktikal lagi ringkas.
KAlau korang memang jenis kaki mekap , silalah jangan ikut aku. Ngeeee~


Oh, so camana nak cuci lepas pakai ni?

TAk susah...

Pakai air je. 
Kendian, esok pagi bangun , ko simbah muka ko dengan air sejuk yang memang baru kuar peti ais. Bezzz... 
Try lah!




P/S - Dah tua-tua ni kan, selalu tertinggal barang. JAdi, membawa beg mekap adalah sesuatu yg sgt mustahil sebab aku memang selalu tinggal menda. KAdang-kadang, BB Cream ni pun aku tak bawak. HAHHAHAHAH~ No point gak kan?







Photobucket

13 Jun 2014

Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino Kini Sudah Berblog. HKCC SPREAD LOVE TOGETHER



Gigih juga ngapdet belog kala malam bulan tak berapa nak mengambang sebab hujan lebat tadi. 

Salam Nisfu Syaaban everybody. 
Semoga biku amalan baru kita tertulih yang baik-baik melebihi yang buruk. 
Semoga kita lebih bersemangat menambah amal di samping keluar mencari rezeki di bumi Allah yang luas ini. 


Malam ni Makbed nak ambil kesempatan promot satu belog yang mana owner nya memang sangat tak asing disebut namanya dalam kisah-kisah Makbed. 
Alhamdulillah, Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino telah pun hampir mencecah 2 tahun dipemeskan dan bertahan lagi kami di bawah pimpinan Haida.

HKCC telah melahirkan ramai peniaga-peniaga comel kebanyakkan suri rumah dan juga ibu-ibu bekerja dan kesemuanya amat kamceng lagi bersatu hati. Chewahhh~

HKCC kekal hebat memasarkan produk kopi nan satu ini, dan kini digagahkan lagi dengan kehadiran Collagen Cappucino For Men (CCFM) . Maka terlengkaplah satu set kopi buat pasangan lelaki dan wanita untuk dinikmati setiap masa tidak kira pagi, petang, siang malam, nak amik setiap hari satu, dua, tiga atau empat peket sekali pun ADO!

HKCC kukuh dengan testimoni jujur dari pengguna-pengguna dan mempunyai peminatnya sendiri. Gelombang kehebatan HKCC ni memang lansung kami tak expect dan sesungguhnya aku yang menjadi 'pengikut terpaksa' masa memula dulu terasa amat bangga dengan kejayaan Haida memasarkan kopi berkotak unggu ni walau melalui segala macam ujian. Testimonials keep coming in. Sangat menakjubkan. Anda memang jarang melihat testimoni yang sama diulang tayang. Setiap hari, testimoninya lain. Sebahagiannya anda boleh call sendiri to find out the truth. 

Kalau kami tipu bab testimonial kesedapan HKCC, takkan pulak testimonial kehamilan pun buleh tipu, kan?
LAtest updates on berita kehamilan yang kami juga tak jangka kini telah mencapai Testimonial No236.
Aku rasa, minum kopi rege RM39.90 untuk MENCUBA dan IKHTIAR - ianya suatu perkara yang boleh diterima sekiranya PERCUBAAN anda tida berjaya. 
You got nothing to lose. Probably hilang patpuluh hengget. Tapi, seriously, susah bagi orang untuk tak mengaku HKCC ni sedap. Ngehngehngehngeh...~ 



Korang perlu tau Haida The Kak Bos suka menulis jugak. Sesekali terkeluar juga bakatnya tu ketka menulis status di FB. 

KINI, beliau dah mula berjinak-jinak menulis blog. Tujuannya adalah untuk mengabadikan segala testimonial HKCC yang semakin lama semakin banyak. 
JAdi, aku encourage korang visit la belog beliau yang masih baby ini dan FOLLOW ye. 

CLICK ON THE LINK GIVEN:


Korang Klik, dan FOLLOW ye.






Sapa belum follow blog kambing biri-biri ni sila tekan FOLLOW kat atas tu



 Dan untuk sesiapa yang berminat nak beli HKCC, CCFM atau SET ZURIAT boleh check Stokis dan Agen berhampiran kawasan anda dengan klik button ini ---->>  NAK BELI HKCC KAT SAPA??


HKCC bukan produk MLM tau. 
Kopi biasa jerrr....

Photobucket

12 Jun 2014

[Movie Review] HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2

It's MOVIE TIME, folks! 






 Oh..  Silalah tengok ini movie kerana ia lebih best daripada yang pertama.
Dengan penampilan beberapa karakter baru termasuk la dengan kehadiran para dragon yang lebih brutal tetapi adorable,  sukar dinafikan citer ni TAK BEST!

Aku gi tengok 2 kali.
Pertama kali gi ngan MakLin. Sebab Oni ngan Wawan takde.
Pehtu, pegi sekali lagi bawak diorang dan Alang plak. My kids have to see that movie.

Dan lepas tengok tu, Oni cakap citer otomen tipu. Plak dah~
Sebab 'resakse' dalam katon ni lagi menarik dan menawan daripada dalam citer otomen. Pehtu, siap leh terbang lagi.
 Plak tu, 'resakse' ni lagi baik daripada resakse citer otomen tu.

Okeeeyyyyy~

Cepat betul berubah fikiran ye..

Dalam How To Train Your Dragon kali ini, Hiccup dah tak payah ubah persepsi orang kampung kat dragon dah.
Di awal cerita dah ditunjukkan yang kat kampung dia nan permai tu dah ada sukaneka membabitkan dragon sekali. Dan hampir kesemua orang kat kampung tu ada naga sorang sekor.
Ok.. Makbed nak naga juga sekor, bleh?
Ape?
Naga..?
Bukan ko ke naga tu sebenarnya Makbed? Tetttt~

Opps...Iklan lak.


Hiccup masih dengan ideologinya yang serba futuristik, membesar sebagai remaja serba nak tahu semua, dan sukakan adventure.
Dia keluar merata-rata alam untuk mecari 'sesuatu' yg dia sendiri tak sure.
Sambil-sambil cari tu, dia melatih Toothless dan dirinya sendiri.
Dan dalam masa yg sama jugak, bapak Hiccup yang besar seperti gergasi tu dok sibuk-sibuk nak melatih dia jadi Ketua Kampung.

Cam besa la, Hiccup takmo kann...


Ok dah takat tu.

Dalam citer ni korang akan jumpaperkara berikut:


  • Satu tempat yg sangat la yg menjadi port lepak dragon.
  • 'Kak Long Kawasan' yang tugasnya menyelamat dan menjaga dragon-dragon ni. 
  • Alpha segala dragon. 
  • Hiccup baru tau mak dia idup lagi. Pehtu, Mak dia sama pulak perangai macam dia. 
  • Lepas tu korang suma nak jadi mak yang cool gila macam mak Hiccup. HAHHAHAH~  MAMAK, NAK NAGA SATU.IKAT KAT TENGKOK DIA, bleh??

Menyeramkan tengok orang ni



Ini scene favourite Makbed. Cantik sangat masa ni.


Ape ntah nama naga ni. Nagasaki kot?


 Yang ni plak karakter paling tough dan hensem . Korang kena cari mamat ni.. 

Eret. 

Sapa minat tengok Games of Thrones akan terus cam suara dia. Tapi dalam ni, How To Train Your Dragon 2, suara dia lebih macho. 


Kit Harrington


 Jon Snow.

"You know nothing, Jon. You know nothing!"



 Berapa bintang?

Boleh bagi 5 lah. 

Best. Bawak le bebudak gi tengok ek. 


Mak Naga kasi warning kat anak naga.


 Kami masih lagi di Alor Setar ketika ini. 
Insyaallah, esok pagi baru bertolak ke Manjung. 






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram