Followers

1 Dec 2014

Sampuk. Menyampuk.


Anak-anak zaman lani..



Ingat tak dulu-dulu kita kekecik

Bila mak kita sembang-sebang ngan kawan-kawan dia, dan kita pulak tetiba ada kat situ. TAk boleh tidak , kita pun mesti terdengar sama apa yang Mak kita meratuih ngan kengkawan dia kan?

Kekadang, mai rasa gatai nak 'join' sekali apa yang depa dok sembang-sembang tu. Terasa macam nak je sampuk sekali.

Dan bila kita join sekali, apakah natijah yang bakal kita terima?



"
"
"
"
"



Kena 'hadiah' misteri kat peha.


HAHAHHA>..


MAk cubit dengan penuh perasaan , tapi muka dia lansung tak menunjukkan yang dia sedang melepaskan geramnya kat peha kita . Kan?





Budak sekarang ni lain.




Ari tu , aku teman member aku gi makan. Disebabkan Oni ngan Wawan takdak ngan aku sepanjang cuti sekolah ni, aku banyak spend time makan sorang-sorang je.

Member aku ni bawak la anak-anak dia sekali. Dah besar-besar dah anak dia. YAng paling kecik tu dalam darjah 3 kot.  Perempuan.


Aku ngan member haku ni punya la dok bersembang. PAsai kereta la... PAsai rumah la. PAsai lelaki-lekai durjana yang cuba merosakkan kegembiraan kami lah.... MEmacam lah. KAn kan?

Tetiba si anak perempuan tu nak join sekali borak.
Yelah, dia ngan abang-abang dia . Abang-abang sibuk wat keje lain. MAlas nak layan dia. Maka, dia pun nak sembang ngan mak-mak yang ado ni.

MAk budak tu sound la..

"Sayang, boleh tak orang tua dok sembang ni, kamu jangan menyampuk? "

Dan budak tu pulak reply..


"Alaaaaaa..... Tapi topik yang Mama sembang tu bunyinya macam best je. NAk jugak join..."


Aku yang dok drive tu dah gelak terbahak-bahak dah.

Dok bayangkan kalu aku dulu-dulu besaq budak ni, jawab camtu kat Mak aku, ntah dapat habuan apa la kan?

TApi, zaman sekarang, semua dah tak sama dah.

Heee...



LAst skali, kami tukar topik lain.

Moralnya, bila nak sembang menda merapu, jangan bawak anak sekali. Metaceh.






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram