Followers

23 Dec 2014

12 Pesanan untuk Oni


Masih ingat saat aku tahu ONi dalam kandunganku di usia 10 minggu. 
MAsih aku rasa tendangannya setiap kali mendegar lagu-lagu rancak di radio.
Bacaan Yassin berkumandang setiap kali menghala ke tempat kerja. 
Dan bacaan Al-Mulk sebelum melelapkan mata.
Hamilkan Oni, tak banyak alahnya. 
AKu cuma alah tengok makanan je. 
Suma nak. 
Ngeee.
 

 MAsih ingat saat kelahiran Oni yang separuh biru kerana aku yang tidak pandai meneran masa tu. 
PAnas je tubuhnya tatkala diletakkan di dada. 
Masih aku rasa lagi gigi aku berderai to pieces punya mengetap gigi time teran. 
Pantas sekali masa berlalu. Umpama baru je minggu lepas aku bersalinkan dia. Huu...

ONi sudah 6 tahun!
Subhanallah. 

Dan gigi aku yang pecah tu belum lagi dibuat baru. 
Rongak dah.

Auni Alwani yang bermaksud Warna-Warni Kegembiraanku. 
Ternyata nama itu cocok dengan dirinya.
HAdirnya membawa macam-macam kaler bak pelangi. 
Kekadang ari tu kuar kaler itam je. 
Haahaah~

 

Untuk Oni, satu hari Oni akan membaca ni. 
Ingat pesan Ibu. 
Pesan seorang Ibu kepada anak perempuannya yang baru nak besar.




 1 - The Word 'NO'
Jangan guna kat Ibu. Tapi, di dunia yang serba luas lagi penuh pelbagai cubaan dari manusia yang ramai, perkataan 'TAKNAK" , "TAKMAU", :TAK BOLEH" adalah sangat penting. Say it, like you mean it!!!


2 - Lebihkan masa untuk mencantikkan dalaman diri. 
Rupa yang cantik, tidak mendatangkan manfaat jika otak tidak cantik. Rugi.
Gigi yang putih, bibir yang mungil tidka bererti apa-apa andai bersuara kasar lagi nyaring, mengherdik dan membentak. JAdilah anak gadis yang sentiasa bertutur dengan lembut dan manis dengan orang tuanya. Tidak kiralah sejahat mana pun orang tuamu.


3 - Harta dunia tidak akan buat kamu gembira. Tetapi kamu boleh menggembirakan orang dengannya. MAka berkongsilah.
Sentiasa ingat, wang dan harta yang banyak takkan buat kamu gembira. Ianya hanyalah ALAT untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Sentiasa bersifat murah hati. HArta yang kita ada memberikan kita kehidupan. Tetapi, harta yang kita berikan kepada orang, boleh membuatkan orang hidup. Ada beza tau Kehidupan dan Hidup.


4 - Sahabat akan menjadi penyelamat
Beruntung mempunya rakan yang ramai dan sahabat yang sejati. Merekalah penyelamat dan juga tongkat menyokong kamu untuk bangun semula bila jatuh. JAga silaturahim dengan semua.


5 - Jangan memandang rendah orang lain , sebaliknya kita berusaha membantunya. 
Tiada manusia sempurna. BAntulah mereka yang susah. Hulurlah apa yang boleh. HIdup bagaikan roda. HAri ni hari dia. Esok, mungkin hari kita.


6 - Dont judge others. It reflects you. 
Judging others, saying bad things to them doesn't make you look good. Setiap apa yang Allah ciptakan, bersebab dan ada fungsinya. Everything and everyone, matter. Tengok jari-jari di tangan kita. Ada yang pendek, ada yang gemok, ada yang katik , ada yang panjang. TAk sama. TApi, tak ada satu, kurang berfunsgi tangan kita. Kan? KAlau kita sibuk menghakimi jari kita yang tak sama panjang, dan sibuk mencari jalan bagaimanan nak samakan jari - jari tu, berbaloi kah?


7 - Berbaik-baiklah dengan Tok.
Tok . Ibu panggil bonda Ibu, Mak. Berbuallah dengan bonda Ibu. Tok kamu. Dan kamu akan mengenali Ibu kamu lebih dekat. Tanyalah dia soalan-soalan cepumas. Dengar kisah-kisah silamnya. Bagaimana Atok kenal Tokwan. Berapa kali Atok dating. Warna apa Atok suka... Tanyalah apa saja , sementara masih berkesempatan. Dulu, Ibu tidak punya peluang begitu. KAmu sangat beruntung.


8 - Sayangi diri kamu terlebih dahulu. 
Of course kamu kena sayang Ibu. Tetapi, sayangi diri kamu adalah lebih penting. Ibu mahu kamu bijak menjaga diri, luar dan dalam. Ibu marah kamu mandi tak sabun sebab kamu nak cepat, dan kamu selalu saja lupa gosok gigi. Itu maknanya IBu mahu kamu sayangkan diri kamu.Sayangi diri, dan orang lain juga akan sayangkan kamu.


9 - Jangan banding diri dengan orang lain. 
Kehidupan kita tidak sama. Orang lain tak ada Ibu yang comel lagi rock semacam Ibu. Tetapi, mungkin ada kurangnya kehidupan kita berbanding hidup orang lain. Bersyukur! Allah bagi kita kehidupan yang penuh gelak ketawa dan cukup makan. Jangan kita lupa itu.


10 - Being different is cool.
Tidak mengapa kita tak ikut arus peredaran zaman sangat. Old school itu KEKAL disukai. TAk apalah tak ikut orang lain pakai beg Elsa. Ibu bagi kamu beg Hello Kitty aje. It's just appearance. Yang penting, otak kita smart dan cikgu sayang kita sebab kita pandai. BUkan sebab beg ONi cantek. Keh?


11 - Syurga
Syurga kamu adalah di bawah tapak kaki Ibu. SIlalah jangan geletek kaki IBu time IBu tidur semata-mata nak masuk syurga. Tidak berkesan cara tu ek~. 
Dan syurga kamu selepas bernikah adalah di bawah tapak kaki suami kamu. JAdi isteri yang taat. Semoga kamu beroleh jodoh yang baik, insyaallah. 


12 - Listen More. Talk Wisely. 
Kemahiran mendengar adalah sesuatu yang jarang-jarang orang ada. Ada orang mendengar saja, tapi tak buat apa-apa. JAdilah, pendengar yang baik. Fahami kata-katanya dan jika perlu, berilah respon yang baik untuk dia. Tak da sapa nak bercakap dengan tunggul atau batu bersurat.


Oni mungkin akan benci ibu, someday. 
Mungkin apa yang Ibu cakap pada Oni tu tak masuk akal. 
Even now, Oni dah argue ngan IBu setiap kali Ibu cakap NO kat ONi bila ONi nak makan gegula lebih dari makan nasik. 
Oni tarik muka bila Ibu suruh Oni baca buku. 
Oni cakap "semua Oni nak buat Ibu tak bagi... " 
Oni merajuk, muncung mulut sedepa sampai boleh sangkut baju kat muncung tu. 

Ibu tau , Oni akan sentiasa mencari alasan setiap kali Ibu suruh Oni makan. 
TApi, Ibu kan Ibu. 
Mestilah Ibu hebat. Ibu dah belajar taktik mengelat Oni tu awal. 
Asal nak makan je, tetiba sakit perut la. Nak berak la. TAkde selera la. 
Asal nak baca buku je, Oni tetiba lapar la. PErut memulas la. Ngantok la. 

Ibu tau. Oni cakap Ibu kejam.
Ibu pun dibesarkan dengan 'kejam'.
TAnya Tokwan dan Atok , muncung Ibu lagi panjang dari Oni dulu.
Tapi, kalu ngan Tokwan, berani argue, memang dapat rotan sajalah. 
Oni lebih beruntung tau. Ibu takde la garang mana berbanding Tokwan. HEEE

Dan Oni harus tahu, berkata 'AHH' apetah lagi membentak dan menengking IBu itu, Allah benci. 
JAdi, sentiasa berkata-kata manis dengan Ibu dan orang yang lebih tua. 
Ibu tau, Oni anak yang baik. 
Sebab Oni cepat mengesan rajuk IBu bila Oni tersilap mengeluarkan kata-kata. 
Oni cepat-cepat minta ampun jika Ibu sedih. 
ALhamdulillah, si adik pun ikut teladan kakak. 
Lemah-lembut dengan Ibunya. 


Semoga Oni membesar dengan sihat dan ceria. 
MEnjadi si solehah yang mendamaikan hati orang tuanya.
Menjadi teladan buat semua.
Menjadi pelindung dan penjaga Adiknya. 
Menjadi Kakak, tidak mudah. 
Banyak pengorbanannya. 

Ibu tahu. 
Ibu melaluinya. 





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram