Followers

30 Nov 2014

Nikmatnya Berpayudara Besar


 Anda pernah lihat iklan seperti ini??




 *Sengih



Ini hanya iklan.
Iklan kalau terpapar semacam ini, ramai yang marah-marah.
Tak tahu malu kah si wanita yang buat iklan macam ini.

Tapi, tahukah kalian lambakan produk membesarkan payudara ini terjadi kerana banyaknya permintaan?

Tahukah anda, dalam diam wanita-wanita khasnya surirumah bertungkus0lumus mahu mencantikan diri mereka untuk suami mereka.
Dan salah satunya adalah dengan membesarkan mahkota nan satu itu?
Eh... NAn dua.
Bukan satu. Hiks~


 Dalam FB , apa saja produk yang dijual, ramai saja yang PM.
Produk 'ketat'
Produk kempis.
Produk kurus... itu dah biasa.
Yang lelaki dengan produk besarkan 'mahkota kerajaan'nya
Yang wanita pun aa juga menda yang dia nak besarkan.

Google saja.
Suma ada beb!


Sekarang aku tak mau cakap pasal kuasa iklan.
Atau cara membuat iklan.

AKu tertarik amat dengan keterujaan wanita dalam usaha membesarkan payu-payu mereka yang dara itewww dan terlupa seketika bahawasanya , hidup bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi itu jauh lebih penting dari sibuk-sibuk dok tambah saiz tetttt ampa tau.


Whatever reasons that makes you think having big boob is GOOD, I really hope you THINK AGAIN after reading my entry.


Seronokkah mempunya payudara yang besar, sehingga berbondong-bondong orang sibuk beli itu dan ini, sapu dan makan tanpa mempedulikan risiko kesan dari produk yang digunapakai?


Meh kita tengok seronok ke tak...


1 - Orang yang berpayudara saiz C ke atas sangat memendam rasa tatkala tengok segala bra yang ada kat display supermarket tu. PAtung yang memodelkan baju dalam kat kedai tu, suma kiut-kiut aje breast nya. MAsuk kita yang berdada bidang ni, tanya ada tak pattern bra yang sama macam patung tu pakai, MEMANG JANGAN HARAP LA ADA yek. YAng display tu cuma ilustrasi aje. *uhuk uhuk uhuk.

2 -  Kesukaran berfesyen mengikut keinginan adalah salah satu masalah terpendam orang yang berpayudara besar. Ada juga yang terpaksa pakai satu saiz lebih besar , walaupun badannya kecil saja. Misalnya, saiz badannya M, tapi terpaksa ambil saiz L atau XL sebab kalau amik saiz ikut saiz badan, alamatnya, baju tu takleh butangkan. 

Kebiasannya, amik ajelah baju saiz besar sikit, biar gedoboh sedikir bahunya. Kendian alterlah bahu tu bagi kecil. Yang penting, baju leh padan dan selesai dipakai untuk jangka masa yang lama.

3 - Bra cantik dan comel untuk yang berpayudara besar ini biasanya tidak murah. INGAT TU! Apatah lagi nak cari yang selesa. Pendek kata jika mahu CANTIK. SELESA. MURAH silalah jangan berangan nak berdada besar. Jika anda sanggup menanggung kos sara 'dada' anda yang mahal lagi mewah, maka teruskanlah niat untuk membesaqkan apa yang tak besaq tu ye. 

4- Dituduh menunjuk-nunjuk tak pasal-pasal. Walau mempunya aset yang segar bugar lagi manthop itu mendapat perhatian ramai termasuk la sesama perempuan, anda juga menjadi sasaran cemburu mereka. Di mana mereka yang tak berapa nak besar tu sibuk beli push-up bra , anda pulak buat muka seposen je tanya 'push-up bra tu apa?'. TAk ke dikatakan menunjuk-nunjuk tu??

5- KEsukaran untuk beriadah adalah salah satu lagi masalah yang korang kena consider sebelum decide nak makan supliment membesarkan payudara. SUdahlah nak cari bra yang selesa dan 'memegang' kemas aset anda itu supaya tak tumpah merata pun susah, inikan pulak nak cari satu sports bra yang memang memberi kerjasama yg baik dalam usaha MENJAGA aset kesayangan anda dan suami anda tu. Salah jaga, alamat lendutlah aset anda dan nak mengembalikannya ke struktur gemilangnya memanglah tak mudah. 

6- PELUH! Hah, ini tak de sapa pun terfikir kan?TAhukah betapa tak selesanya berpeluh di bawah situ? KAlau tak jaga betul-betul, memang menggarulah korang. 

7- Tudung Fareeda? Tudung lapis-lapis yang saiz biasa tu? JANGAN HARAPLAH. Anda memang kena bebetul sahut kempen tudung labuh menutupi dada secara TOTAL. Takde excuse lansung. Melainkan suami anda tak kisah aset anda ditatap orang. 

8- Risiko kekenduran sekiranya tak dijaga dengan betul.Kita tahu, payudara itu lembut strukturnya. HAnya lemak-lemak saja. TAkde tulang-tulang . JAdi, yang kecil-kecil ni mudah. YAng besar-besar ini, tanggungjawab pun besar juga. Heee..~



Walau apa pun niat anda, MAkbed lebih suka nasihatkan, tak perlu lah ekstrim sangat dalam usaha membesarkan payudara ni. Aku concern tau tgk kawan-kawan sibuk dok makan ubat memacam demi nak bagi suami sayang. 
YAng suami tu pun...... Kurangkan sikit imaginasi nakal, buleh? 
Big asset comes with equal maintenence, faham?
 Korang sibuk suruh bini korang membesarkan payudara, tapi poket korang tak besaq mana pun. BAju dalam bini pun setahun sekali nak beli pon susah. Tu pun jenuh mengaum soh beli. Sampai kendur nak putus tali dah punya lama pakai. Hapeda~




Kecil atau besar aset anda, ianya untuk suami anda.
 BErsyukur itu sangat penting. 
Pandang seketika pada mereka yang sudah tidak berpayudara. 
Kerana aku sudah pun bertemu mereka, dan berbual secara peribadi.
 BEtapa menghargai apa yang ada dan menjaganya dengan baik adalah yang paling perlu diuatama.. Berbanding sibuk berhabis wang membeli produk yang belum tentu mujarabnya. 

Pun begitu , ada pelbagai senaman yang boleh mengencang pectoral muscle. Kena rajin ye. 
PErgi gim lebih bagus. 

Tengok iklan-iklan cam ni, aku sengih jelah. Lawak ok.



Labuhkan tudung ye kengkawan. 
JAngan lupa itu. 




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram