Followers

10 Jul 2014

Product Review: PES NASI ARAB ARABIAN



Antara kegemaran dan boleh dikatakan hobi HKCC Team mates adalah pool order. 
Apa saja yang one of us berkenan di hati, kami akan beli beramai-ramai dan kemudiannya jika produk yang kami beli itu menarik, kami sharing untuk pengetahuan umum. 


Terbaru yang aku ciwi sangat nak share adalah Arabian, Pes Nasi Arab yang dipool order oleh Stokis HKCC Perlis atau lebih glamer dipanggil Jijin. Nama betui dia, Siti Nadjira. 

Sebenarnya orang lain dah pun pakat-pakat beli.
Aku yang lewat order. 
NAsib baik Jijin sudi order lagi. 
Ternyata, permintaan banyak jugak pes ni. 

Seriously, aku tak pernah cuba masak nasik arab. 
JAngan kata nasi arab, nasi ayam ke , nasi tomato ke.. Apa-apa je nasik yg yg pelik-pelik ni memang aku malas nak cuba pun. 
Aku cuma reti masak nasik putih je. HEHHE..


Sehinggalah aku dipertemukan jodoh ngan Pes Nasi Arab Arabian ni. 





Oh Mak,  senang gila nak masak. 
SIap diberi cara-cara menyediakan nasik ni. 
Tak payah tumis-tumis dah. 
Rebus aje. 
Pes dia memang dah tersedia. 
Bila sampai je pes ni, silalah masukkan ke dalam freezer untuk kesegaran pes nya.



Harganya RM19,90 (tidak termasuk kos pos).
Dan turut disediakan beras basmathi setengah kilo untuk satu peket pes. 
So, kalau ko order 8 peket pes, ko akan dapat 8 peket beras semuanya. 
BEst kan?



Nasi Arab dari Pes Nasi Arab

 Tudia. 
Dah siap pun juadah berbuka. 
LAuk silalah buat sendiri. 
Boleh makan dengan ayam goreng berempah. KAri pun boleh. 
Ikut keativiti sendiri. 
Nak makan begitu sahaja pun boleh (kalau dah habih malas sgt kan?)
Aku dok sorang-sorang je. NAsi memang berlebihan. Siap boleh bagi jiran-jiran sikit.


 RAsa?

TAk de sapa berani cakap tak sedap.
Kiranya sedap lah!!!


AKu repeat order.
Ari tu beli 2 peket.
PAstu tambah lagi 5 peket. 
PEhni nak masak kat MAk pulak untuk juadah hari raya. 

*SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YG SUKA MASAK LAJU-LAJU.



SOmething to share
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram