Followers

18 Jun 2014

Saya di usia ini, dengan 31 Pengajaran Kehidupan


2014

Tak sempat pun aku menulis di awal tahun ini meraikan tahun baru 2014 sekarang sudahpun 6 bulan berlalu. Tahun yang mana aku tak raikan seperti sebelumnya. 
Tak sempat pun aku raikan. Aku pun konfius, nak raikan ke nak cry-kan. 

It began with sadness and sorrow. 
But I grew from that point. 
All those experiences , good and bad made me stronger. 
I stand tall after that, moving forward and I choose not to look back (too often!) 

Never mind if people don't understand you, as long as you know who you really are. 

Me on June 9th, 2014.


I am reaching 31 this year.
Masa kekecik dulu aku selalu anggap orang umur 30-an macam dah tua dah. Dah habih dah peluang nak buat apa pun. Supposedly orang umur 30 tahun ni dah kahwin belaka dah. 
But, as I am IN this 30-an era, it seems like aku lagi budak-budak dari budak. HAHAHAHH~ 
MAsih banyak benda yang aku excited nak explore. 
KAlau budak, sibuk nak explore cara budak. 
Tapi, sekarang di usia 31 tahun, baru terasa yang aku sebenarnya banyak benda tak buat lagi. Dan sebenarnya aku boleh buat apa sahaja perkara yang aku nak buat! 

Di sini aku nak share 31 Pengajaran Kehidupan yang aku boleh rumuskan mengikut apa yang aku lalui sehingga kini. Chewah..mcm tua sangat dah aku ni kan?

1 - Tak salah pun membuat kesilapan. Siapa pulak di sini yang tidak pernah berdosa. Terima hakikat yang kita ini dahulunya jahil, dan belajar maafkan diri sendiri. Kemudian berusahalah ubah diri supaya tak jadi jahil lagi. Kesilapan adalah salah satu cara kita menjadikan diri kita lebih baik.

2 - Kita yang MENCORAKKAN kehidupan kita sendiri. Tidak ada siapa yang boleh kita salahkan sekiranya hidup kita ni memang tak best. Cuma kena ubah CARA BERFIKIR dan CARA MELIHAT sesuatu tu. Dan dari situ, cuba pula ubah habit-habit buruk yang lansung tak membantu hidup kita lebih baik.

3 - Sibuk mencari cinta ,memburu cinta, mengharap-harap supaya orang sayangkan kita adalah salah satu pengharapan yang boleh memusnahkan jiwa sendiri. Ok. This is such a painful truth but trust me, I am done with that long time ago. Jika terjadinya hubungan cinta sehingga ke jinjang perkahwinan sekalipun pun, memang hati tu kena sentiasa beralah dan dipujuk-pujuk senantiasa. Entah berapa lama akan bertahan akan tetapi somehow akan makan jiwa kita jugak. Paling penting , BELAJAR MENYAYANGI DIRI SENDIRI terlebih dahulu sebelum mengharap orang lain sayangkan kita. Love the way you are and people around you will love you. And bagi yang masih belum ada pasangan hidup, jangan risau. Just be yourself. And if you don't like something about yourself, change it to the better. Do it with love. Aku belajar, jadi diri sendiri, selesa dengan keadaan diri, yang lain will just fall into places.

4 - Ada masa, berdiam diri itu perlu. Membawa diri sendiri mencari ketenangan supaya otak ini dapat berfikir dan juga sebenarnya nak mengelakkan konflik yang lebih teruk. Kewarasan adalah penting untuk menyelesaikan masalah.

5 - Cepat buat keputusan. Menunggu-nunggu, bertangguh dan terlampau banyak berfikir tidak akan bawa aku ke mana pun. LIfe is too short. KAlau tunggu READY baru nak buat, memang sampai sudah tak ready-ready. Decide and Do! Dan kenalah berdisiplin bila buat sesuatu tu. It is always the FIRST in anything. NAk mula tu yg payah. Dah mula, ok jeee....


 6 - Disebabkan kehidupan ini pendek dan kita tak tau bila nak mati, jangan semakkan kepala dengan perkara yang membuatkan muka berkedut. Hati kena sentiasa tenang dan carilah jalan cemana pun nak tenang. Jangan amik dadah ajela. Sila buat ikut syariah compliance. Hehe~

7 - For things to change, we must change first! Itu lah ayat yang leader aku dok ulang-ulang sejak dulu. And yes, I changed. Tak de sapa pun suka kepada PERUBAHAN. PErubahan ni akan mengkucar-kacirkan kita dari dalam sampai ke luar. TApi perubahan itu sangat perlu!!! Dinosor pun mengalami proses evolusi tau. Inikan pula kita yang hidup zaman serba inflasi ni. RM2,000 tahun 1983 , tak sama nilanya kini di tahun 2014. KAn?

8 - Jangan pernah takut BERANGAN dan BERMIMPI. Oh.. ini. Dulu aku tak pernah pun CUBA untuk bermimpi. Takut. Malu. NAnti orag gelakkan. Tapi sekarang, aku selalu aje bermimpi. Dibantu encik google, lagi best. Aku nak apa je, aku google. Kendian aku print. Dan letak kat dinding. FEEL itu penting. Dream BIG. Dan ingat, life is short. So, kenapa takut bermimpi?

CIter pasal bermimipi ni, aku sejak dulu-dulu lagi teringin nak ada satu bilik study sendiri. Selama ni meja study aku dalam bilik. Eh, tak panggil la meja study dah. MEja kerja. Selalu sangat berangan. SIap ada meja sendiri. Alhamdulillah, sekarang aku pun tak sedar macam mana aku boleh ada bilik kerja sendiri. TEtiba je ada rezeki duduk rumah berbilik lebih. Dan satu bilik tu aku bleh khas jadi pejabat. Seronok!

9 - Duit boleh dicari. JAngan ungkit kalau duit hilang atau kita terguna duit atas sebab-sebab tidak disangka, atau orang pinjam duit tak bayar. Tak perlu sampai putus kawan dan saudara. Tidak perlu sehingga menjatuhkan maruah sendiri memaki hamun dan menyebarkan aib saudara yang culas membayar. Ianya duit dan Allah dah kata, andai kita berusaha dan sentiasa bersangka baik, rezeki itu akan ada. MASA yang perlu kita sayang lebih. INgat, life is short. JAngan bazirkan dengan benci-membenci sebab duit, dan jangan bazirkan dengan terlalu cintakan keduniaan sampai hal keluarga diabaikan.

10 - Ketakutan (fear) itu adalah ciptaan minda. Tapi ketakutan itu wajar dan perlu sesekali kerana ianya menjaga keselamatan kita. Cuma, kena pastikan apakah ketakutan kita tu, dan learn how to deal with it. With knowledge, fear can be controlled. Knowledge is power!

11 - Ketidakyakinan pada diri sendiri boleh membuatkan orang gelakkan anda malah boleh menyebabkan anda dipandang rendah. MAka, by discovering my true self, accepting everything and feel great about it. Being different is special.

12 - Masa adalah sesuatu yang tak boleh diperbaharui.KAlau abih , abih la. MAsa juga boleh jadi setajam pedang yang menikam jantung jika tak hargai betul-betul.

13 - Lebihkan mendengar dan pertingkatkan listening skill. Dan kepandaian berkomunikasi boleh mencipta ramai rakan baru.

14 - Sahabat mempengaruhi diri. Be careful whom you spend time with. They influenced you in unconscious way. Potensi untuk mencapai kejayaan boleh jadi terbantut kalau kita bersama dengan rakan-rakan yang berminda negatif. Choose your friend carefully.

15 - Kaya tak menjamin hidup yang gembira. Tapi kekal miskin tidak memberikan kita kegembiraan. Jangan memandang jijik menjadi kaya. Dan jangan takut untuk cuba menjadi kaya. JAngan buat-buat kaya pulak. Yang tu memang jijik melihatnya. Hehehee...~

16 - Learn to let go. KAlau sudah bukan rezeki, terima dengan redha. Terima pengalaman itu samada suka atau sakit, tetapi akur yang Allah itu sebaik-baik Perancang.

17 - MEnghargai sekecil-kecil bantuan yang orang beri dan buatlah mereka yang membantu itu rasa seronok membantu. Oh yang ini.. Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yang sungguh murah hati dan berjiwa bersih. Dan mereka amat sayangkan aku seperti mana aku sayangkan mereka. Semoga umur panjang untuk aku balas jasa baik mereka ini.

18 - Kita lebih kuat dari apa yang kita sangkakan.

19- Jangan hadkan pemikiran apatah lagi menghadkan kemampuan sendiri. Limited beliefs ini umpama mensabotaj kemampuan diri sendiri sedang diri tu masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Keluar! Jumpa ramai orang. Berkawan. Belajar lihat apa orang berjaya lain buat. KAlau dia boleh buat, apsal kita takleh pulak. Tangan dia dua, tangan kita pun dua. Ini, yang tangan takde , kaki takde lagi berjaya dari kita yang cukup sifat. Apa masalah kita sebenarnya? Ce pikiaq.

20 - Terlalu banyak komplen, kritik dan bergosip takkan bawak diri kemana pun. Buat habih tenaga. Pehtu migren sengsorang. Just shhhh!

21 - Jangan jadi MANGSA dalam keadaan. Don't be a VICTIM in any situation. Memberi alasan hanya boleh memberi keselesaan sementara sahaja dan kelaknya kita sendiri yang menanggung 'over riding' masalah sendiri.

22 -  Memaafkan orang sebenarnya mudah. Jangan limitkan fikiran bahawa memaafkan orang ini boleh menjatuhkan ego dan maruah diri anda. Orang yang pemaaf ini murah rezeki kerana Allah sayang.

23 -  Bermuhasabah diri adalah sesuatu yang aku selalu lupa nak buat. Tapi kena buat jugak. Mencari salah orang tanpa lihat kat diri sendiri ni pun penat jugak.

24 - Anak-anak cerminan kita. By this age, my daughter sudah pun 5 tahun. Dan kebecokkannya itu menyamai level Ibu dia. Maka, Ibu perlu menambah skill berdebat kerana ONi akan jadi lebih hebat dalam 3 tahun lagi. Yaiks~

25 - Tak salah pun kalau amik masa satu hari untuk tidur terus-menerus.Ini samalah macam menikmati kekayaan kan. Penat kerja bawak-bawak la berehat.

26 - MAhu berjaya kena ikut lorong yang betul. JAdi, sentiasa kena berguru. Tak boleh berjaya sendirian berhad.

27 - Selama 31 tahun ni, dalam almari aku masih penuh lagi baju berwarna hitam. Bermakna, warna tema aku memang hitam sejak sekian lama.

28 - JAga pertuturan. Kalau kita projected negative provocation, maka negative la juga respondnya.

29 - Sebelum kita suruh orang jujur dengan kita, jujurlah dengan diri sendiri dahulu. Kejujuran bukan wujud dari kata-kata. Ianya dari tindakan sendiri.

30 - MAkanlah supplement dengan teratur wahai MAkbed. Anda sudah tua. Dan jangan lupa minum banyak air.

31 - Expectation is hurtful. Don't expect. But do Hope and Pray.





 Gambar tadi tu garang sangat ...






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram