Followers

14 Jun 2014

[Product Review] SKIN79 SUPER BB CREAM




Aku mengalami konflik dalaman la.
Tengok orang lain pakai pencuci muka, aku pun terasa nak pakai. 
Siyes,lepas bersalin Oni, aku tak de pencuci muka dah. 
Pelik betul bila pakai pencuci muka,muka aku jadi mengelupas selepas beberapa kali pakai. 

Kurang vitamin kah aku?


Dah try macam-macam jenis dah. 
Yang murah dah. 
Yang mahal pun sudah. 
Peliknya, zaman dulu-dulu takde pun gitu. Skang ni je mengada.
BAru ni pun aku saja gatai pi beli lagi. 
Baru nak siok pakai pencuci muka, lepas 3 hari mengelupas kulit. 

MAka....

Babai la ye pencuci muka. 



Anyway...
HAri ni aku nak share satu produk muka 'terpaksa pakai' kerana aku kini banyak berada di luar rumah dan di tengah panas terik. 
Disebabkan aku ni penyegan nak pakai produk muka, ada la satu ari tu aku kena tegur ngan semua orang yang muka aku terbakar teruk. 
Bos suruh aku gi cari sun block. Pepandai la ko pakai sebab muka ko dah berbelang. Sekian, timasey. 

Aku jumpa produk ni dan beli sebab packaging nya menarik perhatian aku. 




Super BB Cream Skin 79

Super BB Cream Skin 79 ni memang sangat senang nak pakai bagi aku yg super malas lagi tak reti ni.
Syarat aku keluar rumah, kalau siang aje, pakai le mena alah ni.
Super BB Cream Skin 79 ni ada banyak jenis, botol pun lain-lain kaler. KAler botol pun kemain cun lagi. Ada warna kelabu dan pink. Kesemuanya berbeza mengikut tahap SPF nya.
Aku rasa yang oren ni paling tinggi kot. SPF 50.
MAklumlah, aku kan takut hitam.
ngeeeeeeeeeeeeeeeee....



YAng ini,pakai dulu sebelum boh bedak.
Bedak muka aku still lagi Bedak Pixy. Tu je la yang paling layak untuk wajah aku sejak dahulu kala. 


Kalau aku pakai,memang aku boh sikit je. 
Sebab kalau berlebihan nanti muka akan nampak berminyak. 
Cukuplah yang ni je la letak kat muka sama bedak. 
Tidak dilupakan, eye liner haku. HEHEHE.. Itu wajib. 
 Alhamdulillah, idak le rentung bebenor muka tu da. 

JAngka hayat menda ni?
Aku pakai siang je. Selalunya aku tempek waktu pagi nak gi kerja. LEpas solat Zohor, aku dah tak touch up dah pun. M.A.L.A.S.

Aku beli dari bulan Januari ritu, ni dah Jun. Tak abeh lagi. 
 


Cam takde point je letak gambar ni untuk membuktikan kesahihan produk yg aku pakai tu. 
Sebab memang cenggitu je muka nya selalu pun. 
Korang pun sahih boring nengok. Makbed pakai ke tak pakai ke, sama jek. 
Ok, takleh jadi jurucakap produk. GAGAL.


Tapi, itu lahnya menda yg aku nak share. Produk yang bagi aku praktikal lagi ringkas.
KAlau korang memang jenis kaki mekap , silalah jangan ikut aku. Ngeeee~


Oh, so camana nak cuci lepas pakai ni?

TAk susah...

Pakai air je. 
Kendian, esok pagi bangun , ko simbah muka ko dengan air sejuk yang memang baru kuar peti ais. Bezzz... 
Try lah!




P/S - Dah tua-tua ni kan, selalu tertinggal barang. JAdi, membawa beg mekap adalah sesuatu yg sgt mustahil sebab aku memang selalu tinggal menda. KAdang-kadang, BB Cream ni pun aku tak bawak. HAHHAHAHAH~ No point gak kan?







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram