Followers

12 Jun 2014

[Movie Review] HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2

It's MOVIE TIME, folks! 






 Oh..  Silalah tengok ini movie kerana ia lebih best daripada yang pertama.
Dengan penampilan beberapa karakter baru termasuk la dengan kehadiran para dragon yang lebih brutal tetapi adorable,  sukar dinafikan citer ni TAK BEST!

Aku gi tengok 2 kali.
Pertama kali gi ngan MakLin. Sebab Oni ngan Wawan takde.
Pehtu, pegi sekali lagi bawak diorang dan Alang plak. My kids have to see that movie.

Dan lepas tengok tu, Oni cakap citer otomen tipu. Plak dah~
Sebab 'resakse' dalam katon ni lagi menarik dan menawan daripada dalam citer otomen. Pehtu, siap leh terbang lagi.
 Plak tu, 'resakse' ni lagi baik daripada resakse citer otomen tu.

Okeeeyyyyy~

Cepat betul berubah fikiran ye..

Dalam How To Train Your Dragon kali ini, Hiccup dah tak payah ubah persepsi orang kampung kat dragon dah.
Di awal cerita dah ditunjukkan yang kat kampung dia nan permai tu dah ada sukaneka membabitkan dragon sekali. Dan hampir kesemua orang kat kampung tu ada naga sorang sekor.
Ok.. Makbed nak naga juga sekor, bleh?
Ape?
Naga..?
Bukan ko ke naga tu sebenarnya Makbed? Tetttt~

Opps...Iklan lak.


Hiccup masih dengan ideologinya yang serba futuristik, membesar sebagai remaja serba nak tahu semua, dan sukakan adventure.
Dia keluar merata-rata alam untuk mecari 'sesuatu' yg dia sendiri tak sure.
Sambil-sambil cari tu, dia melatih Toothless dan dirinya sendiri.
Dan dalam masa yg sama jugak, bapak Hiccup yang besar seperti gergasi tu dok sibuk-sibuk nak melatih dia jadi Ketua Kampung.

Cam besa la, Hiccup takmo kann...


Ok dah takat tu.

Dalam citer ni korang akan jumpaperkara berikut:


  • Satu tempat yg sangat la yg menjadi port lepak dragon.
  • 'Kak Long Kawasan' yang tugasnya menyelamat dan menjaga dragon-dragon ni. 
  • Alpha segala dragon. 
  • Hiccup baru tau mak dia idup lagi. Pehtu, Mak dia sama pulak perangai macam dia. 
  • Lepas tu korang suma nak jadi mak yang cool gila macam mak Hiccup. HAHHAHAH~  MAMAK, NAK NAGA SATU.IKAT KAT TENGKOK DIA, bleh??

Menyeramkan tengok orang ni



Ini scene favourite Makbed. Cantik sangat masa ni.


Ape ntah nama naga ni. Nagasaki kot?


 Yang ni plak karakter paling tough dan hensem . Korang kena cari mamat ni.. 

Eret. 

Sapa minat tengok Games of Thrones akan terus cam suara dia. Tapi dalam ni, How To Train Your Dragon 2, suara dia lebih macho. 


Kit Harrington


 Jon Snow.

"You know nothing, Jon. You know nothing!"



 Berapa bintang?

Boleh bagi 5 lah. 

Best. Bawak le bebudak gi tengok ek. 


Mak Naga kasi warning kat anak naga.


 Kami masih lagi di Alor Setar ketika ini. 
Insyaallah, esok pagi baru bertolak ke Manjung. 






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram