Followers

19 Jun 2014

FAKTA PEDIH TENTANG KEHIDUPAN YANG ANDA KENA TERIMA TAK KIRA HEBAT MACAM MANA PUN ANDA



Disclaimer: Fakta kehidupan ini adalah jujur dari poket tepi seluar kerja aku. Korang mungkin tak setuju dan mungkin juga setuju. Tapi, ini aku punya fakta. Korang punya fakta, sila tulis sendiri. HAHAHAHH~ 



 1. JANGAN PERGI SHOPPING BARANG DAPUR MASA SEDANG LAPAR
Percayalah bila anda balik rumah, anda akan mendapati dalam beg plastik anda lebih banyak makanan daripada barang dapur bulanan yang anda sepatutnya beli. Walaupun anda dah siap bajet list untuk membeli, tak mustahil bajet belian itu cuma berharga RM200 akan menjadi RM500.


2. JANGAN KELUARKAN DUIT DI ATM YG BERLOKASI DI SUPERMARKET. 
Mesin ATM kat supermarket ni macam sumpahan keramat le. Kita keluarkan duit, tak sampai sehari, abeh terus. BAru gaya nak jalan balik gi kat parking kereta, mesti luak 10% dari jumlah pengeluaran kita tadi tu. 

3. KAT MANA AMBIL BARANG, KAT SITU LE LETAKNYA BALIK. 
Jangan culas dan take for granted bila ambil barang. Letakkan semula di tempat tu supaya senang nak cari balik. BArang-barang kecik yg nampak macam tak penting, yang tu la yang paling kena jaga. Sebab kita guna seminggu sekali aje kadang tu. Contoh : Nail Clipper. Korang penah mengamuk satu rumah cari pemotong kuku tak?


4. SERVIS KERETA LEBIH MURAH DARI REPAIR KERETA
YAng ni nasihat yang memang aku nak sangat bagi kat orang yang pakai keta sekenhen. JAngan tunggu nak raya baru nak pi sebis. Pehtu, ngamuk, tulis kat status marahkan kereta yg rosak tetiba dan sekali repair memakan kos tinggi. Mark Zuckerberg pun muntah baca status tu. Sekehkang~

5. KEGEMBIRAAN ITU BERSIFAT SUBJEKTIF
Ada orang kata, duit boleh buat kita happy. 
Ada orang kata, family buat kita happy. 
Ada orang kata, anak ramai boleh buat happy. 
Ada orang kata, bini ramai boleh buat diri happy. 
Ada orang kata, bestnya kalau boleh duduk tengok tv 24 jam. 
Ada orang kata, bestnya kalau aku ada kerja. Dah tak larat dah nak tido dan tengok tv semedang. 
Definisi GEMBIRA, subjektif tau. Ini yang aku belajar. 


6. BADAN KITA CUMA ADA SATU.
Selama kita berpendapat bahawa makan lah selagi masih ada selera makan, besok-besok sakit dah takleh makan, ingat lah, badan kita ada yg tu je. Kalau sihat pun yang itu. KAlau sakit pun, itu jugak le badan. Jaga lah kesihatan tubuh badan sendiri supaya kita tak menanggung kesakitan melampau di masa depan. TAkda sapa nak hidup sengsara di hari tua. 

7. Bila taip mesej di FB Mesengger or texting, WhatsApp-ing and so on... Butang SEND tu adalah PENENTUAN AKHIR
So sebelum tekan butang SEND tu, hang pikiaq dulu habih-habih apakah wajar hang cakap menda ni kat orang yang hang nak send mesej tu. (Ini memang hang-aku sebab ini serius OK..) JAngan pulak bila dah tekan SEND tu, besok mai balik kat org yang menerima mesej anda tu dan dengan mudahnya anda memohon maaf serta berkata "saya takde niat pun nak cakap macam gitu kat awak." Orang yang buat macam ini layak dibaringkan di laluan laju  SmartTag. Tambat dia kat jalan. Biarkan dia digilis sedas dua  dan cakap kat dia "saya takde niat nak tambat awak kat sini.." 


8. SEORANG SAHABAT BERKUALITI LEBIH BAGUS DARIPADA 13 DOZEN RAKAN. 
NAk cari sorang yang sanggup bersama time susah dan senang memang payah. KAlau ada, jagalah persahabatan tu. Sahabat yg baik ni unik perhubungannya. TAk kiralah kita ni bergaduh berapa round atas pelbagai sebab sekalipun, sudahnya berbaik juga. Heee... KAwan macam ini tak susah nak jaga. Tak perlu jaga sangat pun hati dia. Dia pun tak perlu jaga sangat hati kita. Tapi, kesudahannya, masing-masing dah tau apa yg masing-masing perlukan. Support!


9. SUSHI VS NASI KANDAQ
Sangat berbeza. Bila stress, rasa macam nak makan banyak. Betul? Elakkan melepak di kedai mamak. Anda akan terdorong untuk ambil makanan berkalori tinggi sampai berpinggan-pinggan dan kemudiannya bila balik rumah tetiba rasa menyesal. Jika perasaan nak makan membuak-buak , teruslah ke Sushi King. Amiklah berapa pinggan yang anda suka. 8 pinggan yang anda amik kat line tengah tu pun tak sama lagi kandungan kalori dengan sepinggan nasik kandar.
 

10. BERTANGGUH HANYA KESELESAAN SEMENTARA. 
Bertangguh ni adalah sifat yang memang sangat kena buang kalau nak berjaya. Pi la kelas motivasi mana pun, bayaq la mahai mana pun, balik-balik BERTANGGUH ni juga yang dia sebut. Bertangguh bersahabat baik dengan MEMBERI ALASAN. Kedua-duanya sama, hanya memberi keselesaan berrsifat sementara. LAgi lama akan tangguh, lagi lama anda memberi alasan, lagi teruklah kesan yang akan terima di masa depan. Ini fakta sahih ye. 

11. BERDEBAT DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU DAN BERATTITUDE RENDAH ADALAH SIA-SIA
Sila jangan berlawan-lawan dengan mereka ini. Anda confirm kalah. Solusi terbaiknya,abaikan sahaja mereka dan anda teruskan perjalanan kehidupan seperti biasa. Wujudnya mereka ini adalah hanya sebagai 'alat bantuan mengajar' untuk anda belajar mengenal dunia dan kemudiannya bersedia menghadapi cabaran hidup yang lebih besar. Sabar itu perisai paling kuat.

12. KITA HANYA SEDAR KITA MEMERLUKAN INSURANS APABILA KITA SUDAH HAMPIR-HAMPIR TAK LAYAK ATAU PUN SUDAH TAK LAYAK MEMOHON
Ini memang biasa. Selagi tak kena, memang tak beringat. TApi, ini adalah fakta paling menyakitkan yang diri sendiri kena terima apabila simpanan selama berpuluh tahun membanting tulang abis begitu sahaja bila anda sakit. Being old is what we must face bila umur kita panjang. Tapi, tua yang bagaimanakah yang kita mahu lalui. 

13. TIADA SUPPLEMENT KHAS UNTUK MENGAWAL PEMBENTUKAN SIFAT MALAS DAN TAKUT. 
Untuk anda yang sangat taksub supplement, perlu anda tahu anda makan apa saja supplement mahal atau murah untuk kesejahteraan kesihatan anda, tetapi kalau anda PEMALAS, itu lah penyakit tanpa ubat yang boleh membazirkan pengambilan SUPPLEMENT anda. Begitu juga dengan TAKUT. Dah, yang ni malas nak tulis dah. Kalau ada supplement bagi aku rajin , silalah gitau aku ye. 















Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram