Followers

26 Jun 2014

Berjaya Ke Johor. Homestay terbaik di Mutiara Rini.



 TArikh berjalan-jalan: 21 June 2014
Destinasi : Johor Bharu


Merasa jugak jejak kaki di bumi Johor. 
Sebelum ni rasa macam mustahil je dapat pergi dengan MEMANDU. Kalau naik flight, maybe la sampai jugak. Tapi ini, memandu beb!!


Atas nama tugas dan cintanya aku kat kerja sendiri, maka sampai la aku kat Johor. 

Kerja gila sikit sebab Bos nak ride Street Glide beliau so aku sebagai orang kanan kena escort naik Ochobot.
Chewahh..
Leh jalan laju mana la sangat si Ochobot berbanding ngan Harley tu kan?

Turut serta menjadi 2nd driver adalah Cik Kerani Yang Bernama Fiza. 
Ailebiu la Fiza sebab sudi join Makbed, teman drive.Dan ketangkasan serta staminanya teruji apabilla dia boleh je drive jejauh dengan excitednya sambil berkaroke. 



NAk share keterujaan apabila sampainya kami di Johor. 
Tempat kami menumpang tidur untuk satu malam. 





TAraaa.....!!


Gagah tak rumah ni?


Siyes best. 
Ni homestay kitorang pada hari itu. 
Memang nak puji melambung-lambung lah betapa bagusnya tuan rumah kerana servis dan keadaan rumahnya yang sangat kemas. 
Dah macam hotel pulak rasa.


Rumah yang super duper luas . 4 bilik tidur semuanya. 
Tuan rumah bukan saja menyediakan tempat yang selesa untuk tidur malah disediakan juga kelengkapan yang membuatkan kami terlupa yang kami ni sedang travel dari jauh. 
Feels like HOME. 



Bilik tidur utama




Bilik tidur kedua


Bilik Tidur ketiga



Ruang tamu tingkat atas


Ruang tangga yang kemas




Ruang Tamu utama




Bilik tidur keempat di tingkat bawah


 Haa...
Ini part paling best. 
Kehebatan sebuah rumah itu bukan dilihat dari kecantikan bumbung rumah dan kecantikan bilik. 
Tetapi diukur dari kehebatan DAPUR nya. 

 



Dapur!!


Besar gila dapur rumah ni. 
Tuan rumah sediakan tempat memasak, lengkap sekali gas, pinggan mangkuk, peti ais siap ada frozen karipap dgn air sejuk berbotol-botol. Dalam kabinet dapur ada megi! Minyak masak pun ado beb. 
HAHAHAHA~
Kami datang pun disambut dengan minum petang. 

KAmi sungguh berbesar hati dapat menumpang tidur kat rumah ni. Hilang penat dan lelah setelah melalui perjalanan yang jauh. 

Ingat nak booking untuk raya, tapi udah fully booked pulak. 
Hmm.... 


Tuan Rumah yang berbaju belang. Isterinya pula yg pegang baby tu


Kawasan homestay adalah di Mutiara Rini. 
MAkbed pun lupa apa nama tamannya tapi ni kawasan perumahan yang agak baru juga. 

KAlau berminat boleh terus hubungi Puan Asiah dan Encik Jabbar. No tel: 0127247528
Insyaallah mereka akan melayan anda dengan baik.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram