Followers

12 Feb 2014

Satu hari bersama Makbed

Bismillah


Assalamualaikum semua orang yang membaca.


Lama tak tulih ye. 
Makbed cuti menulis bagi memberi penghormatan kepada sahabat-sahabat Makbed yang dilanda kedukaan. Tapi, sebenarnya, Makbed occupied. Selepas balik dari KL dalam misi arwah Soleh tu, Makbed terima beberapa lagi berita kehilangan. Sahabat-sahabat Makbed pergi menghadap Illahi. 

Aku tidak menulis dalam keadaan sedih. 


Alhamdulillah, kerja berjalan seperti biasa. 
Dan aku kembali outstation dan travel. Kali kedua jadi transporter. 
Percaya atau tak, 2 bulan memandu Ochobot, sudah sampai masa untuk  servis ke 10,000 nya. *pensan. 


Jumaat 7 Januari, 2013 aku bertolak. Selepas siap aku sediakan sarapan dan make sure suma menda cukup kat rumah ,aku jalan. 
Oni dan Wawan tak nangih. Dah faham dah. Tu pun, dua tiga hari sebelum tu aku dah wat reminder kat Oni yang aku akan keluar bekerja lagi. 
Takut Oni wat drama hindustan pulak time aku nak start jalan tu. 


Sampai di Manjung jam 2 petang. 
Masuk ofis. Amik dokumen. Naik turun tangga pejabat tu selesaikan payment.
 Duduk lama-lama kat kerusi follow up claim. Berjaya hilangkan beratus kalori selama  3 jam kat opis tuh. AHAHAH~ 

Menginap di XZ Hotel. Terima kasih kerana sudi mengadakan bilik single untuk saya. Saya sangat senang hati. Thanks Maria! 

Petang lepas Asar, aku keluar. Gi umah bos. Personal coaching. 
Bajet personal coaching 2 jam paling lama. 
Sekali, lepas Maghrib, sambung. Sampai Isyak. Pastu, balik terus tido. HAHAHAH~ 
Memang bilik hotel tu tempat tido je. Tv  pun tak sempat bukak. 

Sebenarnya, ada banyak gambar aku kat umah bos tu tapi aku telah ter'delete' kesemuanya. Sedihhhhhh~



Sabtu 8 Januari , 2013

Pagi-pagi jam 7.00am Haida dah call. Dia dah sampai depan hotel. Nak loading HKCC masuk Ochobot. 
Dengan tak mandi, sempat gosok gigi je pun, aku pun turun la comot-comot gi bawah. 



Rupanya, Puan Founder pun tak mandi lagi. HAHAHAHAAHHA! 

"Laki takdo , buleh mandi lewat. " katenye. 




OK.
Siap loading. Dari Hilux turun ke Triton. 
Berat oi nak angkat satu-satu. Ado jantan 3 org kat tepi tu jadi penonton je. 
Nilah dia lelaki Malaysia zaman la ni ye. Tahap ke'gentleman'an nya takde. Lebih suka tengok, dan tengok dan mengumpat sesama sendiri. *ini serius sound. 

Papepun, semua kotak yang each one  beratnya kurang separuh dari berat badan aku berjaya diangkat dengan jayanya. Then, striked a pose y'all! 


Pastu...


Makbed bersiap untuk ke meeting......

Ini agenda utama yg menjadi punca Makbed berada di Manjung.



Monthly Meeting agensi yang pertama untuk 2014.
Tanggungjawab ni. Walau sibuk camana pun, meeting diutamakan. 


Siap meeting dalam jam 11.30 pagi.... Terus ke rumah As. 



As yang berbaju kuning tu.  
Dia ada sesuatu yang nak dikirimkan kepada bonda arwah Soleh. 
Yang tengah pegang baby tu , Tini. 
Yang tudung pink tu semua orang kenal. Nampak tak dia struggle nak tolong jugak buat cheese tart. Sebenarnya, dia tak penah buat pun. Sama la cam haku. HAHAHAHAHh~ 

Sempat menjamu selera makan tengahri di rumah As.
Terima kasih As. Ko memang makcik kantin terbaik. Susah-susah ko masakkan untuk kami.
 Hobi dia memang memasak sebenarnya. 
Bila dia masak, dia akan whasapp panggil semua org dtg makan. 

Tapi yang datang tu selalunya yg tudung pink tu la. 
HAHAHAHAHAH~




2 jentera keluar hari ini. 
1 jentera bawak Collagen Cappucino for Men (CCFM)
1 jentera bawak Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC)


Abaikan number kuantiti yg salah tu. Rajin benar bos tambah angka kosong.



Lokasi hari itu : PUTRAJAYA. 

Semua stok akan dilambakkan kat rumah Nuqmans. Umah dia dah jadi gudang dah. Memang sengaja pun buat camtu. 

Selesai loading jam 5.30 petang. 
Tugas aku bersama HKCC Team selesai. Alhamdulillah. 




Terus ke Sunway Pyramid kerana di situlah aku akan bermastautn selama beberapa hari. 


Sampai tu dah Maghrib dah. 
Pemandangan dari bilik sememangnya mengubat kepenatan sejak siang. 
Alhamdulillah, berpeluang menikmati keindahan alam yang Allah bagi ni. Walaupun nampak bangunan aje. 

Pemandangan dari Pyramid Tower Hotel, Sunway. 




Dok sorang-sorang dalam Studio Room. 
Ada meja kerja. 
Ada tv dua bijik. 
Ada dapo siap peti ais
Bilik air beso gila. 

Semua aku yg punya. 

Raya aku dalam bilik tu!

HHAHAHAHAH~

Jangan tanya berapa harga. 
Sebab Free. 

Rajin sangat kerja kan?


Malam tu, Bentara Guru teman aku. 



Watie Stylo

Dah lama sangat tak lepak. 
Eh, seingat aku masa kerja sama-sama dulu pun, kami tak melepak. 
Maklumlah, zaman dulu sibuk mencari wang. Sampai nak berborak pun tak dan. 
Ini olang adalah pengapit masa saya kawin tau. Masih cun lagi. Dan masih bujang. Hikhikhik~




Bukan sekadar lepak ajelah. Nampak aje cam lepak . Kang korang ingat aku tak kerja. 
Kak Watie pun client. 
Cuma servis aku kat dia kali ni adalah 'rahsia'. 
HAHAHAHA~
Dan dia pun servis aku malam ni dengan menjadi tourist guide. 
Walaupun muka dia mcm cina Taiwan, tapi dia lagi hebat bab KL ni dari aku. 

Malam tu, kami hanya melepak di depan lobi hotel Sunway bersama beberapa ekor 'binatang'. 
Sumpah, lama aku dok KL dulu, tak pernah aku melepak depan lobi hotel malam-malam sambil tengok orang lalu-lalang. 
Teringat zaman muda dulu, siang sampai ke subuh aku kerja. Shift!







Ok.
Terasa seperti aku seorang pelancong, di tanah air sendiri. 



"Kau dengan siapa Bed?" bila ada rakan-rakan yg menelefon bertanya kabar.



"Sorang..."



"Travel? Sorang?!!"


Ya.. Katakan saya gila. 
Saya tak kisah. 

Sebenarnya, saya tidak pernah berseorangan pun. 
Ada yang meneman. 
Cuma, tak nampak dalam gambar je. 


Ada entry lagi.
Berehat sebentar ye. 


Tulisan dari saya:
Makbed


saya seorang:
 Wealth Planner
stokist HKCC (Kedah)
Blogger 
Solo Traveller






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram