Followers

14 Jan 2014

UPDATE TERKINI. Irsyad Soleh kembali ke ICU.



 Assalamualaikum warahmatullah..


Alhamdulillah, Makbed berkesempatan lagi meninggalkan nukilan, insyaallah pada hari ini. MasyaAllah, sibuk gilerrrrrr. Any of you yang texted aku pun, ada yg terkojut . Sekejap di situ, skejap di sini. MIhmihmih~ 

Dah namanya tugas, begitulah. 



OK. 


LAst week, Januari 9, Makbed memulakan tahun 2014 dengan travel ke Kuala Lumpur. 
Tiba masanya untuk Annual Planning Workshop 2014 di mana inilah masanya aku buat rangka kerja and target setting untuk tahun baru ni. 

But...

Untuk entry kali ni, aku takmau cakap pasal ni lagi.


Nora maklumkan yang Soleh kembali tak sihat dan perkhabaran tu agak mengusik jiwa aku. 
JAdi, senyap-senyap jelah aku niatkan yang masa aku nak pi APW ni, aku nak singgah menziarah. Sungguh aku rasa bersalah. BAnyak lagi tugas aku tertangguh untuk keluarga ini. Tapi, sbg rakan baik, keberadaan aku adalah perlu di saat-saat begini. 

Aku yakin, Nora bukannya nak pinjam bahu aku pun untuk tumpang menangis. Sumpah, kawan aku sorang ni, tahap sabar dia memang INFINITI!
Aku yakin, dia kuat. 


PErkembangan Soleh dan dirinya aku hanya periksa melalui ruang Facebook Nora. Meski kami ni kerap berhubungan menerusi whatsapp, tapi aku hormati ketidakdayaannya untuk membalas panggilan dan setiap wasap yg aku , bahkan sesiapa pun kirim.. Tenaganya, perlu difokuskan kepada anaknya, SOleh yang tidak sihat dan juga pada anak-anak kecil yg lain. 

JAdi, mohon yang membaca entry Makbed ni, sila faham. Dan jangan ambil hati sekiranya Nora tak balas mesej anda ye. Dia kata, dia faham, anda concern. Cuma, dia tak sempat sangat nak menjawab. 


Nora dah nyatakan lokasi Soleh menerusi FB. JAdi, aku terus menghala ke sana sebaik saja aku pijak bumi KL pada hari Jumaat. Tu pun, aku sampai Prudential Training Academy dah petang sangat.. Lepas Isyak baru aku bergerak menuju Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya. 


Dah lama juga aku tidak menjengok Soleh. MAlah, lepas Nora bersalinkan Imdad, aku lansung tak dan nak jengok. Sobss~
NAk apa menda pon, main pos-pos aje. 



Ini kali lah... aku pergi SDMC sendiri. Dah le malam. Dari Ampang ke Subang Jaya leh tahan la juga kilometer dia kan. NAsib la aku gerak pukul 9 malam. 
NAsib la juga SOleh duduk SDMC, bukan Hospital KL ke... Pendek kata spital gomen la. 
Kalau tak jangan harap la ko leh melawat di luar waktu lawatan ye..

Aku sampai sana dalam jam 10 malam. Disambut Encik Guard yang gagah. Terkebil-kebil dia melihat aku yang muncul depan pintu utama. 

"Awak buat apa kat sini?"

Tersenyum sajalah aku. Macam biasa. Senyuman boleh buat macam-macam kan? 
 Lantas tunjuk henpon aku. Aku dah snapshot dah menda ni awal-awal sebelum aku bertolak. Sebab aku ada masalah nak hapal nombor bilik. HAri tu saja, ada 3 spital aku nak kena ingat lokasi dan nombor bilik. 

Aku sarankan korangbuat cam aku ni ye... (Rujuk gambo jelah!)





"Ohhh..... Nak ke ICU ye. Ha, bleh. Tulih nama sini, IC sini... Jam berapa. Pehtu sign.." arah Encik Guard. Hensem tau CIk Guard tu. *Iklan sat. 


 "Awak ni sapa? Mak sedara dia ke?" tanya Cik Guard. 


Aku senyum lagi. "Bukan.. Saya Wakil Insurans dia. Datang dari jauh. Alor Setar." Jelas maklumat aku siap dari mana asal-usul sekali aku bagi. HAHAHAHAHAH~


Lepas aku berjaya 'meloloskan' diri, aku terus ke tingkat 2. Jenuh aku cari bilik ICU Soleh ni. Banyak rupanya bilik ICU kat sini.


Pusing-pusing sana sini, tetiba aku nampak ada org gamit aku dengan penuh semangat. 

TAngan tu cam kenal je. HAHAHA~ 

Nora nampak aku daripada cermin. 


HEhee.. lepas rindu dapat jumpa anak-beranak suma. Tapi, Iffat takde. Tinggal Imdad aje yg ada. Tido dalam stroller. 

Nora terus bawak aku masuk dalam ICU, tempat Soleh bersemayam. Tenang aje biliknya. Tenang le nampaknya bagi aku yang tidak melalui keadaan seperti NOra. Tapi, si penanggung, Allah saja yang tau. Sekurang-kurangnya, bilik besar cam gitu, boleh mengurangkan stress buat si penjaga. TAk sejuk. Dan tak panas. 

KAmi berborak dengan tenang. SOleh tidur. Nafasnya berbunyi. Wheezing. Tak macam orang semput. Lebih kepada berkahak. Kahak banyak. Dengar pun risau tapi, SOleh ok je. Ada wayar-wayar kot idung tapi keadaan dia stabil ketika aku sampai tuh. 

KAlau tengok Nora pulak, kau akan rasa cam Soleh takde pape pun. Tenang betui dia. Senyum aja. 
PAdahal, kata Doktor, Soleh cuma tinggal kurang sebulan aje lagi! 


Soleh tidur dengan tenang

Untuk yang baru mengikuti perjalanan kisah Soleh, boleh rujuk beberapa entry lama aku sebelum ni. Cari nama IRSYAD SOLEH di ruang LABEL sebelah blog ni. Tapi, itu cuma entry aku , di mana aku sendiri berada di sana , melihat dan meninjau keadaan SOleh dan keluarganya. Untuk detail cerita, macam bila dia sakit, cam mana boleh sakit, sakit apa ...  NAk citer detail agak sukar. Ikuti semua kisah dari FB Nora Zima je ye. Dia kerap update di situ. Dulu, Nora ni blogger, tapi sejak SOleh sakit, dia jarang dapat update. 


Untuk makluman, Soleh sudah menjalani pembedahan membuang tumornya pada tahun 2012. Dah lama. Ada antara kita menyaksikan sendiri, Soleh pulih. Dari apa pun tak boleh, sampai dah boleh senyum dan makan. Soleh, selepas pembedahan major itu, kena belajar buat semua smula ibarat bayi. 

Walau sebelum pembedahan itu dijalankan Doktor katakan Soleh cuma ada 50-50 saja peluang untuk hidup, Soleh menyaksikan kelahiran 2 adiknya, Iffat dan Imdad. Allah masih beri peluang pada dia menjadi abang kepada 2 adik yang demok lagi montel iteww. JAdi, sama-sama doakan, agar Soleh sihat dan dapat melihat lebih ramai adik dilahirkan. Oppppssss~ !


Soleh sekitar July 2012.



Ok.. sambung balik citer. 

Ini menurut kata Nora pada malam tu. 

"Memulanya , Soleh ni berkahak aje. Tapi agak lama. BAwak gi klinik, Doktor kata takde masalah apa kat paru-paru. Tapi, saspek perkara lebih merisaukan. Maka, Soleh direfer ke hospital. MAka, bila kat hospital, depa ni check-check , ada kemusykilan. Dan, nampaknya tumor Soleh jadi balik. Kali ni lebih besar. 

"Pembedahan perlu dilakukan , segera. Berisiko. Buat pembedahan pun berisiko. Tak buat, pun berisiko. Soleh, cuma ada sebulan lagi untuk hidup. Kalau operate pun, berserah sahaja. Pulih atau kehilangannya. Tapi, kalau kami tak decide nak operate, Soleh perlu remain kat ICU, entah la sampai bila. " 

Begitulah penjelasan Nora. Semoga, anda faham lah penjelasan macam tu ye. 


Pun begitu, di tahun yang lalu, aku dan Nora sudah berbual-bual mengenai kemungkinan-kemungkinan. Well, best friends do that. Nora nampak sangat tabah dan bersedia dengan kemungkinan, baik atau buruk. No one knows what will happen to Soleh, and her . Dia sendiri tak dapat ramal apa nak jadi di masa depan. Tapi, yg pasti Nora akan mengharunginya no matter what. 

She is the true example of STRONG WILL. Really!
AKu banyak belajar dari dia. 


Nora dan anak paling kecil , Imdad. 4 bulan

Dia tak sempat nak merasa begitu sedih. Sebab, dia ada tanggungjawab lain. Memastikan anak-anak lain turut dibesarkan sempurna. Of course, Soleh special sikit layanannya, kerana Soleh anak yang istimewa.SOleh kuat, seperti bondanya.



Anak-anak Nora. 4 semuanya, LELAKI. (Gambar curi dari blog Akak Nora Berkisah) sekita tahun 2013. Soleh masih sihat ketika ni.



MAsyaAllah, aku sempat lagi cuit-cuit tangan Soleh.
"Acik Makbed datang nihh...." 
 Dia genggam jari telunjuk aku, meskipun lemah. Soleh beri respon pada ibunya. Boleh high five. Boleh calit ibu jari ibu lagi. 
Maknanya, otaknya masih bekerja. 


Cuma, kelopak mata Soleh tak boleh ditutup. Terbukak saja. Tidurpun terbukak juga matanya. Hukkk~ Aku yang menengok ni, rasa terpanah aje. NAk nangih, malu. Isk~


Aisey... skill pegang baby hilang suda



"Duduk diam!" marah MAkbed

Imdad pun dah besar. Murah senyuman budak ni. Rasa nak tokak (gigit) pipi dia yang gebu lagi ketat dan padat tu. Aih..~ 
Tu ngamuk sebab dia lapar susu. MAk dia berborak lama sangat dengan aku. Kitorang pun terlupa Imdad ado kat luar. HAHAHAHAHh~ Lupa diri pulak. 

Dekat sejam la juga melepak. 
Aku dah sampaikan bantuan yang kawan-kawan kirimkan. Nora kata, terima kasih banyak-banyak. 

Dan ini adalah permintaan personal dari aku. 


Keluarga ini memerlukan sedikit belas ihsan dan bantuan kewangan dari kita. Perbelanjaan ulang-alik, susu SOleh, belanja keluarga. Ayah Soleh sahaja yang bekerja. Nora hanya berniaga kecil-kecilan. Dan bila dia kena menjaga Soleh sepanjang masa, agak terganggu sedikit perniagaannya. 

Justeru, saya menyeru rakan-rakan pembaca yang mengenali Nora dan Soleh, dan yang baru mengenali mereka, hulurkan sumbangan anda seikhlas hati. JAngan lupa doakan mereka ye! 

Aku sendiri pun, hanya mampu tengok je wall Nora, dan Like apa saja yang dia post. NAk tulis komen lebih-lebih ...even perkataan SABAR pun aku rasa tak boleh. Sebab aku tau, perkataan SABAR dan TABAH yang kita tulis tu, tak sama dengan nilai SABAR dan TABAH yang memang dah ada dalam diri Nora , Soleh dan seluruh ahli keluarga yg menghadapi ujian Allah itu. 

PAda yang dekat , jemputlah melawat. Boleh mengenali Nora. Nora baik tau. 


Dan pada yang mahu memberi sumbangan, boleh terus bank in ke

Maybank 1620 8555 8897
 Norazima Muhamod Razali.


Nora memang tak minta. Tak kan mintak pun. 
Tapi, kita semua tahu, yang duit adalah sangat diperlukan ketika ini. 
Ini adalah masa Nora dan Soleh. 
Masa kita pulak, kita taktau macam mana.






Update terkini.

Soleh sudah pun menjalani pembedahn membuang tumor di otaknya semalam.
Pembedahan dijalankan di Sime Darby Medical Centre, Ara Damansara dan dimaklumkan yang pembedahan itu berjaya. 
Sama-sama kita doakan Soleh kembali pulih dan sihat.


Soleh hari ini

Ini saja hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram