Followers

17 Jan 2014

UPDATE IRSYAD SOLEH: Soleh Sedang Berjuang


 Update ini disampaikan Nora Zima tetapi dengan keizinan dia barulah aku boleh publish. 




Soleh masih belum sedar.
Dr. Kumar memaklumkan Soleh ada masalah pernafasan. Dan keadaan Soleh TENAT. 
Keadaan Soleh sebelum pembedahan pun sememangnya tenat, ditambah pulak dengan pembedahan major kali kedua. 

KAlau ikut gambar terbaru ni, Mata Soleh dah terbuka. Tapi, sebenarnya Soleh tak bangun lagi. MAta aje terbuka. Ingat tak entry yang lepas aku tulis yang SOleh tak dapat tutup matanya? So, ini adalah rupa Soleh yang diambil jarak dekat. Tanpa goggle. Even selepas pembedahan pun, mata dia masih terbukak. KEtika ini, Soleh masih 'tidur'.

Doktor mengesyaki Soleh diserang sawan , meskipun dalam keadaan tak sedar macam tu. 
Kata Nora, tangan Soleh tegang. Boleh nampak kat gambar tu, cekang tangan dia. Kaki Soleh membengkok. Ubat sawan telah dimulakan. 
SOleh masih seperti ni. 

Berkenaan pernafasan Soleh, insyaallah lepas 2 atau 3 hari mereka akan lepaskan mesin pernafasan agar SOleh boleh bernafas sendiri. 
Pernafasan Soleh memang SLOW. 
Tapi, kalau dia sukar bernafas selepas tu, mereka tidak akan masukkan semula mesin bantuan pernafasan tu. 
. Pihak hospital takkan dapat bantu apa-apa. 
Walau Soleh ada respon, bergerak even sedikit, tapi semua tu makin perlahan.. dan perlahan. (Ok.. masa ni sedih dah la. Aku leh bayangkan dah situasi tu.)

Nora bila ditanya, dia Redha dan bersedia dengan apa jua kemungkinan. Dia remain senyap seketika dari bercerita tentang Soleh di ruang FB kerana dia perlu bertenang.  Setiap kali dia cuba update, dia sebak. Aku yakin, korang faham skang kenapa kan?

Soleh masih di ICU Ara Damansara Medical Centre . Tak sedar-sedar lagi sejak pembedahan ari tu. Doakan yang terbaik untuk SOleh dan keluarganya. Dan, doa kalian tu, simpan je dalam hati ye. 

Sungguh Nora sedang bertabah. Bersabar. Ujian dia bukan setakat tu aje. Banyak ujian lain.
 TApi, hidup perlu diteruskan. 
Sebagai seorang sahabat, aku faham keadaannya yg tak dapat nak update macam-macam. NAk balas mesej pun tak boleh. Nak jawab call pun susah. 

Insyaallah, kalu takde aral, nanti aku teman ko lagi ye. Aku jauh. Tapi, doa aku sentiasa tak putus. CUma aku tak cakap kuat-kuat ajelah doa tu. Allah Maha Mendengar.


KAdang-kadang kita rasa dunia ini tidak adil. 
TApi, kita takleh lupa yang hidup atas dunia ni sekarang cuma satu medan ujian je. 
Ujian Nora, anak dia sakit macam ni. 
Ini juga ujian kita, sebagai sahabat-sahabat dia dan sebagai manusia dan rakan sesama Islam. 
Orang yang susah, diuji cara lain. 
Yang senang, diuji macam lain pulak. 

Maybank 1620 8555 8897
 Norazima Muhamod Razali.


 Bagi yang nak menyumbang, boleh terus bank in ke akaun Nora ye. 
InsyaAllah membantu sedikit sebanyak. 
Family Nora bukan orang senang. 

Yang nak menziarah pulak, terus lah ke ICU Ara Damansara Medical Center. 
Carilah Muhammad Irsyad Soleh. 



Sekian, Makbed melaporkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram