Followers

30 Jan 2014

UPDATE IRSYAD SOLEH: Soleh Pergi Jua



29 Januari 2014, jam 00:02

Nora reply wasap aku. Cakap ada masalah line. Lambat reply. 
Aku tanya keadaan Soleh. Agak lama juga takde update pasal dia. Aku tau, Soleh masih sama sebab kalau ada perkembangan baik, Nora dah bagitau aku dah. 

"Esok buat." Balas Nora.
"Pukul 9. Cabut tiub." Sambung dia lagi. 

Allahuakbar. 

Memang dah kami jangka. Masanya akan tiba juga. 

"Mak ayah kena ada sekali. So aku tidur sini (ADMC) malam ni. " Gitau Nora lagi dalam wasapnya tu. 

Tengah malam tu, aku menung. Satu je soklan aku tanya Nora. 

"Boleh ke weh? Boleh ke Soleh tu?" 
Siyes...dalam hati aku , aku semacam tau. Tapi, nak jugak dengar kata Nora. Aku rasa Nora pun tau. Kami semua mengharapkan keajaiban berlaku je, di masa-masa macam gini. 

"Deme ada infrorm maybe dia tak tahan. Dan minta keputusan. Nak masuk semula atau tak. Tapi, Soleh tiada perkembangan kata Doc. Walau paru-paru OK. Risau otak bermasalah.

"Then kami sama-sama berkeputusan. Jika berterusan, kami usahakan. Jika betul dia tak mampu , kami redhakan. Kesian dia terseksa lama. Nampak sangat-sangat dia penat. 

"Hari ini mata dia katup terus. Nafas pun makin slow..... Slow... Sloww... "

Gitulah mesej last Nora.
Aku cuma mampu balas OK je. 
Takde kata panjang dah. Sebab aku tau dah Nora, macam aku. Aku macam Nora dari segi kekentalan jiwa.


Sampai pagi, aku berdebar. Aku tido dengan Oni. Takleh tido. 
Duduk depan laptop. Belek semua gambar-gambar lama aku dengan Soleh masa aku melawat dia beberapa kali dulu. Ok, masa ni sebak ye. Dalam hati ni, aku cuma buleh pujuk sendiri je.

"Acik janji selesaikan tugas Acik untuk Ibu Soleh..... Walau susah camana pun. " 


---


Pagi tu, takde news dari Nora. 
Aku tak wasap dia. 
Aku terus bukak FB je. 
Untuk pengetahuan korang, apa-apa update Nora aku baca kat FB. 
Kalau ada menda penting sgt baru Nora update aku pakai wasap. So, special news yg aku tulis dlm blog tu memang aku dpat sendiri dari Nora. 
Nora bukan jenis orang yang mengadu masalah kat sapa pun. Dia memang super human punya makhluk Allah. Payah nak tgk ayaq mata dia weh. 


Terpana melihat paparan ini di Wall nya.




Hati tiada berkata.
Sunyi. 
Kosong. 

Innalillah.

Soleh sudah tiada rupanya. 




Tiada tangisan untuk Soleh.
Syukur. Terlalu lama Soleh menderita. Lama Soleh diuji. 
Dan Allah izinkan kami semua bersamanya.
Sejak dia operate kali pertama, doc cakap dia hampir tiada peluang, Allah panjangkan usianya. Dapat dia tengok adinda-adindanya lahir ke dunia. 
Selepas major operation kali kedua baru-baru ini, Doc kata mungkin tiada peluang. Tipis. Namun, Allah panjangkan usianya juga , dapat aku bertemu Soleh dan pegang tangan dia kuat-kuat. 
Dapat aku cuit-cuit pipinya walau tiada respon. 

Boleh belek-belek suma entry Irsyad Soleh dalam LABEL. 
Klik situ ye. 




Gambar ni diambil pada 27 Feb 2012. 
Masa ni Nora tengah pantang bersalinkan Iffat Yunus. 
Ado awek cun sebelah Soleh. Wahaha.. Oni dengan rambut yg masih panjang. 


Alfatihah buat Muhammad Irsyad Soleh bin Mohd Shah Idham.
Kekuatan kamu dan Ibumu sentiasa menjadi pendorong Acik. 



Kami tahu Soleh lebih gembira di 'sana'. 



Terima kasih banyak pada sahabat-sahabat yang membantu dan memberikan semangat.
Ramai yang prihatin. 
Pada yang menghulurkan bantuan, terima kasih banyak. 
Makbed terima juga pelbagai soalan prihatin dari anda personal. Ada macam-macam menda korang nak tanya kan. Makbed jawab sebaik mungkin. Kalau ada terlebih dan terkurang dalam penyampaian maklumat, aku minta maaf banyak. 
Mujur ada FB. Sebaran maklumat lebih cepat tanpa kos yang tinggi. 
Pun begitu, jangan lupa kirimkan Al-Fatihah buat arwah Soleh. 


Hari ni, 30 Januari 2014.
Tengahari baru wasap Nora semula. 
Nora sihat walafiat. Dia sedang cuba adjust masa dia semula selepas 2 tahun lebih masanya suntuk menjaga Soleh dan menguruskan keluarga. 


Insyaallah Nora akan kembali update blognya nanti. 
Bersabar ye. 


Sentiasa doakan yang baik-baik untuk kawan-kawan kita. 








Untuk tatapan anda yang setia. 
Dengan izin Bondanya, aku paparkan wajahnya buat kali terakhir. 


Bondanya kata, Jangan publish di FB. Dan gambar ni hanya kekal dalam Blog Makbed sahaja. 
So, jangan copy ye.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram