Followers

15 Jan 2014

UPDATE IRSYAD SOLEH: Soleh belum sedar lagi.

 Bismillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt.

 Makbed diamanahkan menyampaikan maklumat kepada kalian berhubungan dengan wall FB Nora Zima yang tertera seperti apa yg aku printscreen dapat tepek di bawah:





Berikut adalah statement Nora yang dia hantar menerusi Whatsapp kat aku pepagi tadi. Sebenarnya dia nak bagi tau semalam, tapi betri dia abeh. MAka, terlewat la sedikit maklumatnya ni. 

Soleh dalam keadaan stabil, tetapi mengalami masalah pernafasan. Bila pihak hospital cuba keluarkan tiub, nafasnya banyak tersekat. Tiub sudah tukar banyak kali kerana ada block dengan kahak. Dr. Hari ada tunjuk kat Nora . Memang kahak penuh kat hujung tiub. 

Ayah Soleh ada tanya Doktor Kumar, " MAcam mana kalu lama-lama SOleh selesa dengan mesin pernafasan?"

Jawab Dr. Kumar, " Soleh sudah bernafas sendiri selepas pembedahan. Tapi susah nak cakap. Soleh dah lalui macam-macam prosedur sebelum ni. Mesin pernafasan hanya bantu sedikit saja , ketika dia tidak bernafas. MAcam malam selepas pembedahan ari tu, ada 2 kali Soleh tidak bernafas. JAdi, mesin back-up. 

"Tiub yang dimasukkan ke paru-paru tu ibarat macam membuka ruang untuk Soleh bernafas. Sebab kahak yg banyak tu seperti menutup ruang pernafasan bila tiub dikeluarkan. "

Sambung NOra lagi..

"Doktor nak check kahak sebab makin lama , makin pekat. Nak cari antibiotik bersesuaian di sampng prosedur lain, untuk kurangkan kahak dia. Maybe guna Neb."


Ok.. tu bab MASALAH PERNAFASAN dan  KAHAK. 




Ni bab TUMOR plak. 

Dr. Kumar dah cuba keluarkan sedaya upaya tumor tu, apa yg dia nampak. Dia dah scan dah. Masih ada pendarahan di situ. Tapi, tumor dah tak ada lagi yg nampak (di mata Dr.) . CUma ada yg melekat di tepi-tepi, sebab melekat kat saluran darah.  Kalau ditarik, bimbang berlaku pendarahan lebih teruk. 

Dr.Kumar menggunakan kepakaran dia selama 20 tahun melakukan pembedahan otak , dan dia ada ceritakan teknik yang dia gunakan untuk keluarkan tumor di otak SOleh. Agak komplikated juga. Sebab tempat tumor tu agak sukar dicapai. 

Lepas Dr. keluarkan, Soleh direhatkan lepas 3 jam pembedahan sambil darah dimasukkan. Then darah tu akan memampatkan keadaan otak , bermakna otak aka dipenuhi semula dengan darah termasuklah dalam kawaan tumor yg telah dibuang tu. Bila otak menekan, baki tumor pun keluar. Tumor Soleh berada di puncak otak. Kalu takleh paham, kena lukis peta. Malangnya, Makbed bukan doktor, apatah lagi pelukis. SObb~

Tumor ni berkemungkinan jadi semula. 
Kata Doktor, ia tak mungkin baik . 
Hanya pada usaha kita lah plak... bagi macam-macam. Sebab tu Nora usahakan bagi supplement pada Soleh. Setakat la ni, SNE banyak membantu Soleh. Yang tu, aku memang boleh nampak sangat-sangat-sangat.

Apa yang kita boleh buat sekarang adalah MENANTI. Menantikan keajaiaban. Untuk pengetahuan, dah 2 kali Soleh menjalani major operation. JAdi, kali ni,komplikasi agak rumit. Semuanya bergantung kepada kekuantan dan semangat Soleh untuk terus berjuang....


Maka tugas kita adalah menghadiahkan doa yg tidak putus-putus. 

Bagi yang bercadang nak bacakan Yasin untuk dia, nama penuh Soleh adalah 

Muhammad Irsyad Soleh bin Mohd Shah Idham (lahir 2010)
Nama ibunya: Norazima binti Muhamod Razali. 



BAgi yang nak menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit boleh terus bank in ke akaun Maybank Norazima:

Maybank 1620 8555 8897
 Norazima Muhamod Razali.

 




 Nora kirim salam sayang dan lafaz terima kasihnya buat anda. 

Insyaallah dia akan update lagi kat FB from time to time. 
Cuma untuk yg ni, dia tak sempat nak taip panjang sebab dia ada tanggungjawab lain di rumah. Anak-anak kecil menanti. 


Soleh masih di Unit Rawatan Rapi ,Hospital Sime Darby Medical Centre, Ara Damansara. 

Sekian, Makbed melaporkan. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram