Followers

25 Jan 2014

UPDATE IRSYAD SOLEH: Life-Support Sudah Tiada.


 Assalamualaikum...

Hi korang. I apologize for the no-updates on the blog. Obviously, you guys nampak camana aku 'terbang-terbang' ke sana kemari seperti pontianak harum sundal malam , demi menjayakan misi kemanusiaan aku nih. 

HAHAHAHA..

Kemanusiaan sangat la kan. 


First thing first. 

Update pasal Soleh. 


22 Januari 2014 iaitunya hari Rabu, aku dah sampai terpacak kat ADMC dalam pukul 10 pagi camtu. 
Ditemani Inche Kitchi, yang bakal terbang semula ke Sabah jam 3 petang hari tu. (PAsni tatau la pulak bila dia nak balik.)

Terus ke wad tempat Iffat berada , ditingkat 3 . Nora , Imdad dan Iffat setia menanti. Tapi, Imdad tidur. JAdi, aku dan Nora terus ke ICU sementara Inche Kitchi duduk wad dengan Iffat. 





 Pada tarikh ini adalah tarikh di mana mesin pernafasan Soleh akan dilepaskan. TApi, masa aku sampai , Doc tak buat apa-apa pun lagi. Kebetulannya, time sampai kat sini, Dr Hari ada. Sementara tunggu dia habihkan keje dia, aku melepak dengan Nora dalam bilik ICU Soleh ni. 
Dari pengamatan aku, sesekali mesin bantuan pernafasannya berbunyi, menandakan SOleh tidak bernafas. Selama 40 minit aku kat sana, ada la 3 atau 4 kali. 

Maknanya, Soleh bernafas agak lemah. 

TApi, bila aku masukkan jari aku dalam gengaman SOleh, sesekali Soleh menggenggam. Kuat la jugak. HEeeee..~


BEerikut adalah ringkasan penerangan Dr. HAri pada Nora dan ketika penerangan Doc aku juga ada sekali dalam bilik penerangan tu. 

SOleh dalam keadaan yg lemah dan berat badan dia turun. MEsin pernafasan perlu dilepaskan sebab nak tengok samada Soleh mampu bernafas sendiri tanpa bantuan mesin atau tidak. 

Berikuta pembedahan membuang tumor yang ada di otak Soleh tempoh hari, bekemungkinan besar tumor itu telah merosakkan satu saraf yang membolehkan SOleh bernafas dengan sendiri. Dalam tekak kita, (sambil Doc tu lukis) , ada injab pernafasan. Injap tu dikawal oleh otak ,membolehkan injap tu terbukak dan tertutup sendiri bila kita bernafas. Bila inhale, injap terbukak. Oksigen masuk ke paru-paru. Bila exhale, injap tertutup. (Cam gitula..lebih kurang) 

Kalau orang sihat, kita tak pernah tau pun adanya injap ni. TApi, bayangkan kalau injap tu takleh berfungsi. Tertutup je? PErkara sekecil injap yang hanya dikawal oleh otak itulah yang membuatkan Soleh terlantar kini. Masa ni aku terpikir, punyala komplikated badan kita ni Allah cipta. Semuanya dikawal diotak. MasyaAllah.... Kecik rasa diri.

Tumor tempoh hari berkemungkinan telah merosakkan saraf yang kawal injap tu, membuatkan Soleh tidak dapat bernafas sendiri. 

Maka.... satu tiub telah dimasukkan melalui tekak, melalui injap tu, membolehkan oksigen masuk apabila SOleh bernafas. Sementelah Soleh baru aje lepas pembedahan, mesin pernafasan diberi untuk bantu SOleh survive. Tapi, tidak boleh bagi lama-lama. KElak, Soleh akann jadi 'malas' nak bernafas sendiri. Adakala, SOleh ni tidur, dan 'terlupa' bernafas. So, ketika itulah mesin pernafasan membantu dia. 

Dan seperkara lagi, kahak yang banyak pun jadi punca lagi susah Soleh nak bernafas. 


Options. 
DIterangkan kepada kami tentang option yang Soleh ada.

1- Mesin pernafasan dilepaskan , tapi kekalkan tiub pernafasan. MAknanya, Soleh WAJIB cuba bernafas sendiri , dan kena inhale udara yang original. Bukan thru mesin lagi.

Risiko: Soleh terlampau lemah. SOleh mungkin tak boleh survive lama untuk bernafas sendiri. 

Atau

Soleh berjaya bernafas. Kemudiannya pihak hospital akan pantau. Dan mungkin akan menyediakan peralatan lain untuk kegunaan SOleh di masa depan khasnya alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hariannya. 


2 - Satu tebukan dibuat dibawah injab pernafasannya. Cuma prosedur ni sgt jarang dilakukan ke atas budak kecil seperti Soleh. Dan , untuk long term, sangat tak sesuai. Soleh akan menjalani hidup serba sulit , kerana penjagaannya selepas tu akan jadi lebih susah. Option ni ditolak olah Ayah Soleh. 


3- Sekiranya Soleh gagal bernafas selepas mesin dihentikan, Doc takkan bantu lagi. MAka, bersedialah untuk segala kemungkinan. 



Itulah option yang dijelaskan oleh Dr. HAri pada hari tu. 




Ni Iffat. 
Iffat pulak kena tahan wad sebab ada kahak berlebihan. TApi, kondisinya stabil. Cuba susah makan ubat je.


Soleh pulak, umurnya masih panjang pada hari itu. 
Kondisinya, masih KOMA. 





23 Januari 2014


Pagi-pagi pukul 10 aku sampai. 
Bawak sekali sarapan beserta lunch. 

Bila aku sampai, Izzat dan Imdad ada sekali dalam bilik Iffat. 
Mujurlah bilik tu besar. Selesalah sedikit. 

 
Dapatlah Nora menyelesaikan hak asasi dia. 
Anak 3 orang dalam wad, semua kecik-kecik. Ko ada masa tak nak mandi?
Takde kosentrasi. 
Boleh la aku bermain-main ngan si Gebulat tu. 


Iffat ni tak cam Imdad. 
Soleh pun rajin gak senyum(masa dia sihat sikit dulu)
YAng ini kalu,muka monyok je. 
Jenuh aku beli jiwa dia tau. 
Last skali, enpon aku juga jadi bahan 'rasuah'. Ada lagu-lagu budak kecik suka tu. Oni insisted on installing that apps. 
Oh, membantu juga menenangkan budak yang stress rupanya. HEHEHE.. 

Aku tak jengok SOleh hari tu. 

TApi, malamnya , Nora gtau..


Mesin pernafasan Soleh sudah pun dicabut. 
Dan Soleh stabil , cuma masih lemah. 
Boleh bernafasan sendiri. Tiub masih ada dalam tekak Soleh. Ada jugak bantuan oksigen. 
Kurang respon dari Soleh. 
Tapi, Soleh sudah boleh menerima susu. 
JAdi, Doc skang tengah fokus nak naikkan berat badan Soleh. 



Untuk makluman, Nora perlukan bantuan untuk keperluan Soleh iaitu susunya. 
Pediasure tu harganya agak mahal TApi, susu tu je yang Soleh boleh minum kerana dia underweight. 
Jadi, wang bantuan yang anda kirimkan tu, digunakan untuk beli keperluan Soleh terutama sekali susunya. 






24 Jan 2014

Sebelum balik, aku singgah lagi ADMC. 
Iffat discharge hari ini. 
Aku tolong jagakan anak-anak sementara Nora packing barang. 
Aku tak jengah Soleh pun ari tu. 
Tapi, SOleh stabil. 
Masih sedang memulihkan dirinya. 
PApepun, mata Soleh sudah tertutup rapat. Sebelum ni terbukak aje. 
BAgi aku, itu adalah satu perkara yang bagus. 
Biarlah mata tu tutup, dari terbukak sepanjang masa. Sekurang-kurangnya, Soleh rehat. 



Haa..Mak marah dahh!~

Iffat pulak , udah sihat. 
Terus nak gi jenjalan. 
Dia tau aku nak balik, siap salam Ibu dia. Nak ikut aku balik la plak. HEHEHEH..
Terpaksa susup-sasap aku keluar, menyorok. 
Kang nangeh plak anak orang. Dah le baru baik sakit. 



Itu saja laporan aku. 


Mengikut kata Dr. Hari, tumor Soleh biarpun sudah dibuang, tapi tidak mustahil ianya akan kembali. 
Kerana ianya tumor yang aktif. 
Masih banyak ujian yang menanti Soleh dan pastinya keluarga ini memerlukan kesabaran yang super TINGGI dan TEBAL untuk mengharunginya. 
Sama-samalah kita doakan, moga ada keajaiban dan sinar untuk Soleh. 
Kita semua mahukan yang terbaik buatnya. 
JAngan putus berdoa. 


Soleh masih di ICU Ara Damansara Medical Centre. 
Level 1.
Anda boleh melawat Soleh bila-bila masa.
Just mention 'Irsyad Soleh' 
Itu password pintu ICU. 
Kalau salah sebut, pintu tak bukak. Faham tu?

HEHHE... 



 Makbed kini di Manjung. 
Esok baru pulang ke Kedah. 
Rindu nak peluk Oni dan Wawan.






 Disclaimer: MAkbed bukan doktor. JAdi, segala penjelasan yang diberikan bukan secara klinikal dan tidak spesifik. Aku jelaskan dalam bahasa aku sendiri supaya senang kalian nak faham. KAlau nak detail, kena pegi sepital le tanya. Gambarajah pun takde. Lupa plak aku nak curi gambarajah yang Dr. HAri lukih tu. Ades.. Tak terpikir pulak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram