Followers

19 Jan 2014

TABIAT BURUK PEREMPUAN YANG WAJAR DIBUANG


Ini bukan rekaan ye. Aku sendiri pun dengan bangganya ada beberapa habit buruk. TApi, meh la kita sama-sama share supaya keburukan ini dapat dihindari dan kita menjadi perempuan yang bersopan-santun serta berbudi bahasa. 


 Kita buat countdown. 
Dari tak berapa nak buruk, kepada yang terburuk. HAHAHA..



11)Tidur dengan mekap

 
 Jangan terpengaruh sangat dengan drama tv. Hatta cerita Tanah Kubur pun, isteri di rumah malam-malam tidur dengan bulu mata palsu, siap maskara! Kena pandai bezakan realiti dan fantasi ye. MAlam-malam, kulit kena dibersihkan. Tak perlu pakai gincu merah menyala. Sat gi tidur buas, pusing sana sini, abeh sarung bantal tu kena kita punya lipstick. Kan susah~




10) Gila Coklat


Memang betul coklat ni pengubat duka. AKu pun sejak sebulan dua ni, asal nak nangeh je, aku bukak peti ais cari coklat. Pegi pasaraya je, berpapan Cadbury aku beli. Better dari ubat penenang kann? TApi, pengambilan coklat berlebihan takkan boleh buat kita ketawa berdekah-dekah sehingga semua masalah tu selesai. KAwal diri anda. Sebab, nanti badan gemuk , masalah lain pulak yang datang. Cuba alihkan perhatian anda dari makan coklat banyak-banyak kepada makan kuaci atau kacang badam. Atau pun, tempoyak. HahHAhaha~





9)Gigit Kuku


 Gigit kuku nampak sangat comel tapi hodoh sebenarnya. INi pun habit aku gak ni. Ntah nape siok sangat sagat kuku aku sendiri kat gigi. Mujurlah kuku aku tak pernah panjang. Pun begitu, tabiat minda di bawah sedar ini selalu berlaku apabila aku bosan dan mengantuk. Iskk~ Nak wat camana? 
Maybe kena sediakan chewing gum atau pun gula-gula kopiko agaknya, kan?




8)Picit jerawat


Hoh... Ini hobi ni. Hobi yang menjadi habit sudahnya. Pantang nampak jerawat, tak sesabo nak tunggu 'masak ranum' sebab nak picit. Padahal, dah tau sangat dah kesudahan picit jerawat tu apa kan? Tabiat memicit jerawat akan meninggalkan kesan parut berpanjangan dan akan mengurangkan seri wajah anda. Dan juga boleh buat jerawat tu merebak. Jadi, jangan la picit ye. 





7)Bersumpah untuk bersenam, lepas tu lupa sumpahan tu.


Nih selalu jadi bila awal tahun. Azam tahun baru, azam bulan baru. Nak bersenam regularly, nak turunkan berat badan. Tapi, sudahnya.. "besok je la senaman". 
Bila datang besoknya..."besok la senaman". 
 GItulah sampai habih tahun. HEhehheheeh~  
Ini pun bad habit juga tau kengkawan. Sila tendang jauh-jauh. 
BAdan yang sihat adalah segalanya. 
HEALTH is WEALTH you knowwwww...




6)Bergossip dan Mengumpat


Oh Oh..~ Ini adalah tabiat yang sangat dilarang. Tapi, orang perempuan ni sangat sukar buang tabiat ni terutamanya bila dia dah bertemu pasangan regunya. Whatever it is, stay away from gossiping ladies. Tak banyak membantu kehidupan anda pun. Kalau kawan anda suka mengumpat, anda buat taktau aje kat dia. Kita pun tak suka orang bercakap tentang kita kan? Jadi, jangan le mengumpat tentang orang.





5)Kongsi Pakaian
 

Perempuan ni memang baik hati. KAlau boleh semua benda dia nak kongsi, termasuk la baju dia. Pantang sangat tengok kawan dia takde baju lawa, dia offer baju dia. Dia pun suka juga offer diri sendiri nak pinjam baju orang. JANGAN JANGAN JANGAN. JAngan amalkan tabiat macam tu. Kalau tak mampu beli, pakai saja apa yang mampu. KOngsi kongsi baju ni bahaya. NAnti kena penyakit kulit pula. 






4)Taip mesej panjang-panjang, lepas tu TAK SEND


Ho Ho Ho...~ 
Ini berlaku ye. Selalunya time marah. Taip mesej macam nak terkeluar segala punat keypad atas tipon tu. MArah benor. Panjang, berkajang-kajang mesejnya. 
PAstu, bila nak send , pikir banyak kali nak tekan ke tak. 
KAlau dia tekan jugak, dah send. Pehtu menyesal. 
Kalau taknak menyesal, dia tak send. Sudahnya, dok dalam draft je mesej tu. 
Ini habit tak baik tau. 
KAlau nak cakap sesuatu, dah alang-alang taip tu, send je la. Penting meluahkan segala apa yang terbuku, supaya tak jadi masalah di kemudian hari. Kalau setakat taip panjang-panjang pehtu tak send, alahaiii.... tak 'catwoman' lah. Cat woman kan kena berani. 







3)Shopping Berlebihan
 

 Orang lelaki sangat tak suka tengok perempuan shopping sampai terlupa balik rumah. PAstu bawak beg berbondong-bondong sampai tak nampak jari-jemari yang runcing tu. Hakikatnya, berbelanja berlebihan ini tidak membawa kebaikan lansung kepada kita melainkan kepuasan yang bersifat sementara. Boleh shopping , tapi tengok masa dan kawallah diri. Allah kan tidak suka kita membazir. 





2)Jatuh cinta pada orang yang salah


Ini adalah tabiat juga kalau dah sampai 5 kali bercinta dalam setahun semuanya salah belaka. Kena tengok betul-betul lepas ni. Dan jangan main tangkap muat je kalau kita taknak orang tu main tangkap muat je perasaan kita di kemudian hari. JAngan ambil remeh soal mencari jodoh. KAlau rasa tak sedap hati, biarlah dulu. Jangan terburu-buru ye. 






1)Kasut tinggi bak mahu menggapai langit



Ada orang yang cakap "saya tak leh hidup tak de high heel. pergi mana-mana pun kena pakai high heel" . 
Wah... lupa diri kejap. Balik rumah kang, ko bukak gak kasut tu kan. 
Ini Malaysia. Dan , kita bukak duduk di Playboy Mansion. HAHAHAH~
KAsut yang terlampau tinggi memang diakui sangat tidak selesa dipakai melebihi 15 minit. Jadi, janganlah merosakkan diri sendiri dengan memakai sesuatu yang tidak selesa. Sebab Islam melarang kita 'membinasakan' diri sendiri. Tahu?
Kadang-kadang kesian tengok orang kita pakai high heel pergi pasar malam. Wah, sengsara siot! TApi bagus gak. Hilang selera nak membeli beria sebab kaki tengah lenguh. Cuba kalau pergi pasar malam pakai selipar jepun. Fuh!!! Heaven nya. Sampai hujung jalan dia pergi.




Hmm.. Itulah dia sedikit sebanyak tabiat buruk yang perlu disingkirkan dari diri kita ye Cik-Cik dan Puan-Puan sekelian.
Semoga entry ini bermanfaat dan lebih segar dibaca. 

Insyaallah, entry lain akan menyusul. 


(Sedang cuba menceriakan blog)



Sumber entry:
Teen Digest.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram