Followers

19 Jan 2014

GUESS THE EMOJI. Can tell everything about you. JAga-jaga...~






 Berikut adalah observation aku terhadap game ini dan juga si pemain-pemain nya..


  • Game ini adalah super awesome. Simple je. Tak de pening-pening macam Candy Crush. This is a game to test our common sense, daripada sekecil-kecil pengetahuan sehinggalah yang tak tercapai di otak. TApi, apa je soalan dia, sebenarnya berlaku di sekeliling kita. 
  • Kita akan sedar, bila kita tak berapa tau jawapan tu, kita sebenarnya tak bukak otak kita luas-luas. Betapa kita agak takut nak berfikir luar dari kotak. 
  • Dan bila kita dapat jawapan tu pulak, kita tak sangka yg ni banyak yg tak tahu. Punya la ignorant kita ni. Kehkehkeh~
  • Kita juga akan sedar, banyak kelemahan kita yang perlu diperbaiki. So much books to read. So much place to go. SO much people we have yet to meet. So much food to taste. HAa..camtulah. 
  • General knowledge tu penting juga. TAk perlu tahu detail. Cukuplah sekadar mengambil tahu.
  • Dan sikap kita towards ketidak tahuan kita tu. HAHAHAHA.. Ini yang aku nampak clear. Bila kita tak tau jawapan, kita akan bertanya. Tapi, bila makin lama,makin susah, kit segan dah nak tanya. 
  • Malu dikatakan tidak tahu. Sebab bila kita tak tau, kita boleh publish soalan tu kat Facebook and ask our friends to help. Tapi, sebab makin lama, makin banyak pulak kena publish soalan tak tau jawapan tu, kita jadi segan. Ended up, kita tiru je jawapan orang lain....~ Selak FB dia. Semata-mata nak dapatkan jawapan. Do we learned something from that later then, we don't know. 
  • Kita sayangkan MARKAH kita kurang, so kita terus PUBLISH soalan yg kita tak tau tanpa berusaha nak dapatkan jawapan tu sendiri. KAlau tekan HINT , kurang plak 15 markah. So, terpaksa la tanya kawan-kawan, ataupun luangkan masa cari jawapan di Facebook rakan masing-masing. 
  • Nak tengok genuine tak dia berusaha dapatkan jawapan, check markah dia. Dengan level dia. HAHAHAH~  KAlau markah dia beratus-ratus, tapi dia tanya macam-macam soalan tu kat FB tu, maknanya dia memang kedekut nak guna markah dia untuk dapatkan HINT. Kehkehkehkeh~ 
  • GAme ni akan test semua aspek sampai ke movie, idioms, type of food, sitcom, memacam lah! 



 Level aku sekarang..

BAru Level 20. Ada 20 markah je . 
HAHAHAHA.. NAmpak tak berusaha?


Dan in real life, macam tu la aku belajar sesuatu.
Tidak takut kekurangan atau kehilangan sesuatu, demi mendapat sesuatu yang lebih berharga untuk kesejahteraan masa depan. 
Usaha dari diri sendiri , sehabis boleh, sehingga keringat terakhir , dan dibantu rakan-rakan yang supportive setelah melihat aku berusaha dengan sangat gigih, maka itulah dia hasil kejayaannya. 
Manis kan?


Hanya dari secebis GAME je. 
Boleh belajar macam-macam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram