Followers

25 Jan 2014

Entry tentang diri sendiri selepas beberapa ketika mendiamkan diri. AHAHAHAHA... DIAM LA SANGAT KO NI KAN?


 Today, hari ke-4 saya travel.
Bukan travel saja-saja.
I am on mission.

Misinya bermula sejak lewat malam Selasa 21 Januari 2014.

-Misi menghantar Inche Kitchi ke airport.
-Misi Adik Soleh
-Misi penambahan stok HKCC
-Misi mengambil medical report di hosptal-hospital serata KL
-Misi bertemu prospek
-Misi penghantara polisi
-Misi mengutip wang perlindungan
-Misi makan-makan tak sedar diri
-Misi (nurse) pun tak keje macam aku.



Tu jelah kot misinya.


Tu la tujuannya beli Ochobot tuh. Alhamdulillah, jentera itu perform seiring dengan keperluan tuannya yang lincah lagi kiut ini. *LEMPANG!

Ochobot tu bukan sahaja kenderaan yg boleh bawak aku bekerja, tapi boleh jadi ambulans jugak. AKu rasa nak boh siren lak pasni. Ochobot jugak berbakti sama macam Makbed. Untuk masyarakat. HAHAHAH~ Ada hikmahnya kau warna putih , Ochobot.

KAli ni MAkbed menetap di Aloha Hotel, Lumut.
Hotel baru.
Saja nak test best ke tak.
Lokasinya bebetul depan Bukit Permata. Lokasi strategik untuk travellers macam aku yang asyik lapar sepanjang masa. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH~ Kedai makan banyak gila. Boleh biol tengok.
Nak gi mamak, kena lintas jalan.
MAke sure kalau ko takde insurans, ko lintas jalan bebetul ek. *gurau.


Nanti Makbed buat review hotel.
Stakat la ni, pekerja hotel ni dok pandang je aku. Atas bawah, atas bawah .Ke aku je yg perasan.
Tapi, itulah situasi biasa terjadi . Masuk kali ketiga atau keempat aku masuk hotel yang sama, lama-lama diorang dah ok le tu.

MAybe musykil tengok aku yang dok dalam bilik pastu sekejap-sekejap keluar.
Kejap kuar pakai baju merah. Balik bilik, keluar balik. PAkai baju kaler lain. JAp gi balik pulak, pakai baju lain plak.

Rindu Oni dan Wawan.

2 hari lepas Oni call . Menangis teresak-esak kerana dia mimpikan Ibu dia.

"Oni rindu Ibu. KEnapa Ibu tak balik lagi? Kenapa Ibu work tak bawak Oni..." Gitulah soalannya.


Oni main bedak lagi~


Ada tu sampai tak mampu bercakap sebab she was too busy crying. Situasi macam tu jarang amat berlaku. Tapi, 2 hari lepas adalah tangisan yang paling menyentap jiwa.

Oni dah makin besar dan makin memahami apa yg berlaku di sekelilingnya.

But know this , My Dear Daughter....

Life is not easy at it may seem.
Hidup ini perlu berusaha. Dan dalam usaha, ada sedikit pengorbanan.
Ibu hargai pengorbanan Oni yang terpaksa 'takde Ibu' selama beberapa ketika. Ibu keluar mencari rezeki dan Ibu manfaatkan pengorbanan Oni dan Adik sebaik mungkin.
Tidak sekalipun Ibu membuang masa.
Ibu buat bersungguh-sungguh.

Tangisan Oni kerana mahukan Ibu pastinya berbalas.
Ibu takkan sia-siakan harapan Oni nak Ibu ada dengan Oni.
Sebagaimana Ibu selalu buat, berada ketika di masa-masa susah rakan-rakan Ibu, pada ONi, Ibu akan buat lebih lagi.
But, bersabarlah anak gadis Ibu.
Satu hari nanti, Oni akan faham kenapa Ibu buat semua ni.
Dan satu hari nanti, mungkin Oni juga akan buat apa yang Ibu buat kini.


I am blessed with those people who cares.
Linda dan Alang yang sentiasa ada. Pengganti aku dan Inche Kitchi yang tiada.
Apak memang selalu lah takde.
HAri tu cuti sebulan, sempat la spend time dengan diorang.
Seronottt le mereka itu.


Dok kat Aloha Hotel, sebelah ni ada PASARAYAKU.
Sebelah Pasarayaku ada kedai mainan.
Memang purposely aku duduk situ nak beli hadiah kat anak-anak.

Oni pesan beg roda, kaler pink. OK!
Sedikit mainan untuk Wawan yang tak pernah mintak apa-apa pun.
Seronok membeli untuk mereka. MEsti diorang seronok besok. ~ Ibu balik kerja lama-lama, ada sesuatu untuk mereka.




Tiada yang indah-indah sangat tentang life aku ni.
Nomal life.
Aku juga struggle macam orang lain.
Berusaha menjadi lebih baik dari semalam.
CUba untuk tidak mahu menyusahkan orang lain.
Hidup dengan sentiasa bersyukur dan menginsafi setiap ujian kesenangan atau kesusahan yang Allah bagi adalah KURNIAAN Allah , tanda ingatannya pada aku.
Selagi hayat aku ada, akan ku cuba jadi yang terbaik dalam apa yang aku buat.


Dan, pada teman-teman rapat , kalian lebih mengenali Makbed secara personal.
Hanya yang menggembirakan saja yg aku paparkan.
Yang sedih, takyah la citer.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram