Followers

1 Jan 2014

AMBANG 2014 , SAYA BUAT APA?


Orang lain sibuk nak sekolah, aku lak pening kepala nak settlekan persistency yang tak banyak mana dah bakinya tu. 
Kendian, banyak plak call minta tolong buat polisi review secepat mungkin. Ada yang dah ready nak beli polisi dah untuk anak yang baru lahir. 
Tak mau tunggu tahun 2014 masuk. Nak buat segera~


26 Dec 2013, jam 10 malam Makbed pederaih gi Manjung. 
Mujurlah Inche Kitchi sudah pun balik jadi boleh le beliau mengasuh anak-anak. 
Oni lak demam 2 hari sebelum tarikh tu. Sebelum aku gi Manjung, kena amik neb pulak si Oni. First time kena amik neb.
 Nasib baik la dia cool je. Tak kelupoq. 




Lepas pakai neb tu baru surut batuknya. 


Sampai 27 Disember, Jumaat jam 2 pagi. SLow-slow aje bawak Ochobot. Alhamdulillah, tak hujan.  Check in hotel seperti biasa.  Pehtu, tidorrr......


Sebab besok tau dah , busy.



27 Disember 2013. Jumaat. 


Pepagi, siap-siap. Lapar plak. Minum HKCC dulu. Pehtu, pukul 9 pagi keluar. Melawat Kak Bos HKCC, Haida Kamaruzaman tu. Demam tak kebah-kebah. Ala siannya. 

Tu la keje teruk benor. 
Tapi, bukan setakat tu je demamnya. Asben dia pun demam sekali. 
Sehati sejiwa gitu. 
Aku gi hantarkan bubur nasik je. KAsi makan. 
Pehtu, Kak Bos suruh aku gi courierkan order HKCC untuk aritu kat Pejabat Pos Sitiawan. HUkhuk~

Tengahari, aku masuk opis. 
Maka, tetaplah bontot aku atas kusi opis tu sampai la pukui 5. 
Tak berganjak walay seinci pon. HAHA.. leh gitu?

JAm 6 petang, Nur Kasih telepon. Nak jumpa kat AEON Manjung. 
PErgilah aku bertemu beliau untuk membuat penghantaran sijil insuransnya. 
Sambil-sambil tu kami borak-borak pasal hal semasa, dalam dan luar negara. HEwhewhew~

MAlam tak wat ape dah. 
BAlik bilik je, terus kelam mata. 
OI penat kot. 
Tidooooo.... sampai pukui 12 malam. 

Lapar.
Keluar...gi mekdi. Tapau sudah. 





28 Disember 2013, Sabtu. 

Dapat mesej...
Nur Kasih ajak dinner malam tu. 

Ok set. Makan free. Yey~!

Masuk opis jam 9 pagi. 
Duduk atas kusi tu ngadap kerja sampai laaaaaaaaaaaa jam 2 petang. 
Henpon dok bunyi. Mesej bersusun masuk.

"Wei Makbed, ang kat mana?"
"Makbed, ko kat Manjung ka? Cis, mai tak habaq."
"Makbed, jom lepak Wing ZOne!"
"Makbed, nak bayaq duit insurans..."
"Makbed...anak saya masuk sepital...."
"KAk Liza, bila nak balik?"
"Kak Makbed, saya nak order HKCC. Ada mana?" 
..... camtuhla lebih kurang bunyi mesej-mesej tu. 


Jam 5 petang, aku balik.
BErsuci.. PEhtu siap nak gi makan free kat umah Nur Kasih lak. Ni first time nak pi rumah dia ni. Rumah baru tuuuuu..... 

Lepas MAghrib, aku pun sampai. Tu pun sesat mana hala dah aku. 
LEmah betui aku ngan Manjung-Sitiawan ni. 
KAwasan perumahan depa ni tak reti letak nama.
Suma nak letak nama FASA.
Fasa 1A la.. Fasa 2B la. 
Bayangkan Fasa 1 , pehtu hurup ada 26. 
Fasa 1A sampai 1Z pun boleh tau kalau depa ni nak wat. 
Nih ada Fasa 2, Fasa 3...  Tambah lagi hurup kat tepi tu. Fasa 2A sampai Z. Ngehehehhee..~
Manjung 3..Manjung 4. 
Aih~ 

PAyah betui. 


Pihak Penganjur. Puan Nur Kasih dan suami beliau. Terima kasih jemput.
 Dah lama Makbed tak gi makan-makan rumah rakan Navy ni. Lama sangat dah. Selalu gi umah Haida tu, tapi entah la kenapa rasa tak feel sangat. Gamaknya sebab rumah dia tu , tak yah jemput pun, aku datang je. Mihmihmih~ 

Nur Kasih kenal Makbed dari blog. TApi, kebetulannya, dia bersuamikan abam Navy juga. Dan kebetulan juga , dia mengenali Haida sebab pernah kerja satu company dulu. 
HAaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Dan kemudiannya, dia jadi client aku pulak. 
Banyak tak kebetulan??


Peserta majlis jugak ni.
 Ini pulak KEBETULAN yang paling nyata dan jujur. 
Aku masuk-masuk je umah Nur Kasih dengan disambut pencak silat pulut oleh makcik bertudung itam ni. 

"OIh.... Kau keeeee????"

Ni mesti kes Nur Kasih tak kabor kat dia awal-awal, siapakah tetamu VIP yang turut diundang tu.

KEBETULANnya, kami ni bersahabat di alam maya. Berborak pakai whatsapp je selama ni tapi bekerjasama dalam HKCC. Boleh dikatakan kami agak akrab juga walaupun lansung tak pernah tengok muka. Tengok Avatar dalam whatsapp tu je la. 

Terjumpa pulak si As ni kat umah Nur Kasih. 
HEHEHE...
Seb bek rumah dia rumah batu.
Kalau berbumbungkan atap nipah, runtuh dah atap tu atas kitorang. 
Bising gila. 

Tu pun, Nur Kasih jemput Haida sekeluarga datang. Tapi sebab Haida masih demam, so tak cukup la korum. 
KAlau ada dia, lagi bising kot. 




Terima kasih Tuan RUmah kerana menjemput saya. 
Makbed datang solo je la. Bermusafir. 
Atas riba tu, anak As. 
BUkan Oni tauu. 


 Haa... nih baru jumpa aku 2 jam dah sayang kat aku dah. 
HEHEHHEHE...
Berapa kali "jom balik" dah tapi tak bergerak-gerak jugak sebab banyak topik perbualan. 
Nanti ko watkan kek untuk aku ye As. 
HUhuhuh~



Naurah suruh aku amik gambor dia. Aku amik sekali gambo Tuan-Tuan ni . Kiranya, ni gambar curi la ni. HEHEHHEH~

Kisah bersambung besok ....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram