Followers

27 Jan 2014

Aku sampai Mekah dah



HAri ni keluar awal.
Appointment dari pagi.
Pukul 4 dah get ready, nak pecut ke Sungai Petani.
JAm 9 dah sampai Alor Setar  balik.
Hebat tak?

hEHHE..~



Isnin adalah hari deliver HKCC.


Dapat mesej dari sorang customer ni/

"Salam. Makbed, hari ni saya nak beli HKCC boleh ke?"

Aku pun setuju je. Janji nak jumpa kat satu tempat tu, tapi dia kata nantidia confirmkan balik tempatnya.


Dia call balik setengah jam lepas tu.

"Kat mana Makbed?"

"Tesco. "

"Ha... dekat dah tu. Saya kat Mekah ni. MAi la..."

Aku cam blur-blur je.

Apakah dia telah menyebut perkataan MEKAH sebentar tadi?
Sejak bilakah pulak MEKAH berdekatan dengan Tesco?
Apakah ?
APakah yang sedang berlaku.

"Mekah? MEkah kat mana?" tanya aku bodoh-bodoh.

"Laaaaaaaaaaa... Mekah pun taktau ka?"

Ok. Rasa macam tau. TApi, skang taktau dah!~

Orang tu pun bagi la direction ke 'Mekah'.








OK.





Aku dah sampai Mekah dah la tadi. 





Lokasi sebenar: Belakang hotel Grand Alora, sebelah Tesco Mergong. 
HEHEHEHEHE~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram