Followers

23 Nov 2013

HKCC telah membuat aku kehilangan sesuatu yang berharga. JANGAN MINUM!!!


Pagi-pagi tadi, Wawan demam panas betul. 
Dari jam 4 pagi, keje aku cuma demah dahi dia je. Bogelkan dia sampai tinggal pampes.
 BUkak ekon.
 Sapu dahi dia dengan air asam jawa, dan berulang kali basahkan badannya dengan tuala yang dibasahkan ngan air yang super sejuk.
 Hehe.. Hujan sejak malam. 

Nasib baik dia takde masalah dengan ubat. So , lepas makan ubat, dia tertidur walaupun gigil-gigil sejuk sebab ibu asyik lap dengan tuala je. 

Petang ni dah ok dah. TAk panas lansung. Alhamdulillah..




*****



HAri ni nak buat entry nostalgia. 
Dah lama sangat Makbed tak menulis pasal kopi cappucino kesayangan. 
Kopi yang menjadi minuman ruji aku sejak setahun lebih. 
Wah, tak perasan kan. Begitu lajunya masa meninggalkan kita.

Entry ini bukan entry untuk promo. 
Selama ni pun, kalau aku menulis tentang pape produk, biasanya produk tu aku pakai. Dan bila aku suka, aku share testimoni - mengikut cara aku sendiri. 
Mungkin tulisan aku membantu sesetengah pihak. 
Semoga apa yg aku tuliskan dimanfaatkan sebaiknya. 

Terlalu banyak entrynya dalam blog ni. 
Kalau nak tau , boleh klik je LABEL nya di ruang label, tepi blog.

Best sangat ke kopi ni?

Kat orang lain , aku taktau. 
Kalau angpa tanya aku, aku akan jawab BEST. 
Tanya semalam, aku jawab BEST. 
Tanya besok, pun aku jawab BEST. 
Tanya lah bila pun, aku tetap jawab BEST. 


Nak kata aku fanatik HKCC?
Kopi lain banyak je kat pasaran. Kenapa tak cuba? KAlau tak cuba mana boleh tau berkesan ke tak. Asik-asik HKCC je.

OK, firstly akunak cakap, aku ni jenis tak suka MENCUBA tanpa sebab. 
Yang aku tau, dalam hidup aku , pagi kena start ngan Kopi. 
Tu je. 
Lain-lain aku tak port. 
I have been a coffee addict since FOREVER. 
TAk sedar pun, kopi yang aku amik selalu tu sedang 'memamah' badan aku. My favourite drink that I had been fanaticly consume had taken a toll on my own body. 


TAnya lah berapa kali pun sejarah aku ngan HKCC, takkan jemu aku ucap terima kasih kat Haida. 
KAlau tak sebab dia paksa aku, memang tak try aku pape produk pun. Ingat aku rajin? 
Tapi, percayalah.... lepas anda hirup sekali je HKCC ni, korang akan faham sendiri kenapa aku SAYANG NAK MATI kat kopi ni. hhahahahah~ kutuklah aku..kutuklah aku .. Kata la aku fanatik produk dan paksa korang soh beli. Aku tak heran! 

Yang pasti, aku dapat lihat sendiri perubahan yang aku lansung tak harap nak dapat. 
Aku tak perasan pun, sehingglah HAida sendiri boh gambaq ni tunjuk kat aku...






PAda tahun 2011, kami masing-masing 'bangga' dengan kilo-kilo yang kami ada. 
We live happy. 
Nampak cam sihat tak? 
Ada yangtak percaya kami ni berjiran. 
Yelah.. sebab skang aku ni kat Alor Setar, HAida kat LUmut. 
TApi percayalah... Haida ni jiran aku. Bukan jiran sebelah umah. Tapi jiran bawah umah. KAmi dok umah flet. Berek askar. 
BAru tahun lepas (2012) je aku pencen jadi penghuni berek sebab Inche Kitchi pun pencen. 

Ini jiran aku. I mean, yang dok sebelah gambo aku tu lah. 
Haida.
Annoying dia ni. Selalu masuk umah aku tak ketuk pintu. 
Curi bawang curi rempah kari, pinjam peti es... 
Annoying sebab kalu dia terbau orang masak kek hangit, dia akan telepon aku. Tuduh aku yang masak kek hangit tu. 
Dia jugak yang mengurut aku. Bila aku sakit. 
Malah, masa aku berpantang, dia yang jadi bidan aku. 
Dia yang menguruskan uri si Wawan di waktu lahirnya Wawan. 

So, kalau kome tanya aku, yang gambo sebelah aku dalam kotak 2011 tu gambo HAIDA ke, memang aku dengan lajunya jawab, "MEMANG TIDAK DINAFIKAN. Itulah jiran aku HAIDA." 

Tulah tahun yang bahagia, kami 'membadakkan' diri memasing dengan begitu mavelesnya. 


Tahun 2012, Julai adalah tarikh mula aku mengambil HKCC.
Haida terlebih dahulu mengambilnya. Test kat diri sendiri dulu. 
Dia dah susut berat sewaktu dia serahkan sekotak HKCC kat aku. 
Memang dia test kat diri dia. TAk gitau aku.


Kemudian, lepas beberapa peket aku minum, Haida kata dia nak try jual. 
Tapi, camana nak jual? 
Aku suggestkan - SHARING.
KAlau menda ni menda baik, SHARING itu lebih sesuai . Untuk permulaan. 
MAsa tu, kami tak sedaq pun yang HKCC ni nak jadi pemes.
 

Ini ENTRY PERTAMA aku tentang HKCC yang dikeluarkan pada Ogos , 2012. 


Kendian, aku terus-terus minum.Sampai sekarang. 

Ini cuma testimoni aku. MEngamalkan HKCC selama 1 tahun 4 bulan. AKu tak nak citer beza berat. KAng kena pakai kalkulator. Tengok gambo je.
 Gambo yang 2013 tu, baru je snap. Itu lah dia Makbed dan jiran beliau, Haida - yang terkini. 

Nampak beza tak? 
Kalau tak nampak, korang tak perlukan pape produk. Korang cuma perlukan SPEK MATA. Dapatkan di mana-mana kedai spek berhampiran. 


Jangan tanya aku apa kandungan produk ni. 
Dah aku tulis semuanya dalam entry lepas. Ataupun, boleh terus Like page HKCC
Di situ terdapat segala testimonial yang kami kumpulkan. 
BUkan kami jual hari ni , besok keluar beratus testimonial, dalam sekelip mata. 
Itu testimonial yang kami kumpul sejak HKCC ini kami pasarkan sejak tahun 2011. 
And testimoni-testimoni baru keeps coming in. 

Apa 'jasa' HKCC ni sampai ianya menjadi sebutan?

  • Secara tak rasminya, HKCC buat ramai ibu dalam pantang yang malas beli jamu seronok. 
  • HKCC juga buat ibu yang menyusukan anaknya lebih seronok dengan penghasilan susu badan yang banyak. 
  • HKCC juga buat kami gumbira sebab ada antara kami dapat bonus turun berat badan. 
  • Ada juga yang dapat bonus lain, secara senyap. 
  • HKCC dah membantu pasangan beberapa pasangan yang inginkan anak, untuk berharapan punya anak. Dan, secara tak rasminya, HKCC sudah ada 89 orang bayi and the baby news keeps coming in. Itu jumlah terkini yang dimaklumkan pelanggan sejak sejak lebih setahun HKCC dipasarkan. 


Jemputlah ke page HKCC. Klik link INI
BAcalah semua apa yang diletakkan dalam tu. BUkan senang nak kumpul tau. Ambil masa. 
Senarai stokis dan agen juga diletakkan sekali dalam tu. 
AMbil masa dan rujuk.

Percayalah, kerana
kalu anda memang sangat kedekut,
kalu anda takut produk yang anda beli tu tak sedap,
kalau anda jenis orang tak tak suka high risiko,
kalau anda jenis tak berdisiplin nak patuhi undang-undang makan ubat, 
kalau anda jenis suka kopi,
kalau anda teringin sangat nak minum kopi tapi setakat la ni , tak boleh-boleh lagi....
kalau anda dah cuba macam-macam tapi tak nampak kesan, dan dekat-dekat nak give up,
kalau anda seorang yang suka mencuba macam-macam,

 

Maka, cubalah HKCC nih. 

Murah je pun nye. 

RM39.90 sekotak. Ada 20 sachet. 
HArga tak termasuk postage. 
KAlau tak nak postage, sila jemput HKCC anda sendiri melalui stokis dan agen berhampiran tempat anda. 



Sentiasa pastikan ianya ada dalam stok minuman saya.


Yeaah... HKCC telah membuatkan aku kehilangan sesuatu yang berharga iaitu...

Lemak-lemak bayi atau baby fat yang aku kumpul tanpa bersusah-payah suatu masa dahulu. 
HEHEHE~



Itu sahaja buat kali ini. 

Salam sayang dari Makbed, Stokis HKCC Kedah dan Perancang Kewangan anda. 



22 Nov 2013

Kita Menghakimi Orang, Maka Orang Pastinya Menghakimi Kita.

Perasan tak dunia ini terasa lebih panas daripada zaman mak bapak kita berumur sebaya macam kita?


HAri ni MAkbed nak menulis sedikit tentang HAKIM. 

Yes..


HAKIM-MENGHAKIMI-KEHAKIMAN-MENGHAKIMKAN


Semua tu, lebih kurang aje samanya. TApi, penggunaannya berbeza. 

AKu tak rasa dulu dan sekarang begitu jauh berubah fitrahnya. 
Cuma, KITA yang membuatkan ia rasa berubah. Kita sendiri yang rasa lain. 
Kita mungkin tak perasan. 


Zaman kita tengok tv, segala macam movie ada. Yang pakai kemban, tak pakai kemban. 
Yang pakai singlet , pakai seluar tak pakai baju..nampak keting sebatang berjalan...  Semua tu ok je. 
Ada la orang tegur, tapi idak la sampai bergaduh-gaduh. 

AKu rasa hampir semua dari kita tengok citer HIndustan. 
CIter Hindustan, ko bayangkan jela gaya dema kan. 


Sekarang , terselak sikit, kena kaw-kaw. 
Hat terselak kena maki. Hat tak terselak tu lah yg memaki. 
TApi, yang pakai tak terselak tu plak, bila memaki tak sedar ada menda lain plak 'terselak'. 

Aku nak citer kat sini, begitu mudahnya kita menghakimi orang berdasarkan apa yg kita nampak. Dan terima kasih pada teknologi skang, orang yang ada sifat menghakimi ni lebih KUAT dan BERANI menyuarakan judgement mereka di khalayak. 
Lepas tu lagi, hat kena JUDGE Tu pulak membalas. Dia pun nak mempertahankan hak dia. 
MAka, apa kesudahannya?
Apapun tak sudah.
 

Zaman dulu-dulu dgn skang, sama aja keadaannya.

Yang buat nampak teruk adalah media sosial. 
Eh... BUkan!

Cara KITA 'memanfaatkan' media sosial.


KAlau dulu, buat apa pun, hanya org terdekat aje buleh nampak. Tak tersebar. 
Kalu nak tersebar pun, hanya dari cakap-cakap mulut. Sapa yang kuat menyebar cerita , walaupun cerita tu betul, orang kampung dah 'mark' dah dia. Siap bagi gelaran lagi. 

Kalau dalam drama Melayu, orang yang suka bawak-bawak cerita keliling kampung ni (tak kira la cerita benar ke tak benar) digambarkan dengan gaya sibuk-sibuk lagi penyibuk.
 Kalau perempuan, nama dia Cik Gayah, Kak Bedah, Jenab atau Senah. Mulut mesti bergincu merah. Muncung-muncung sikit gaya. PAkaiannya, biasanya berkain batik. Jalan lenggang kangkung macam itik. 
Lokasi penyebaran maklumatnya adalah di kedai runcit atau pun pada sesiapa yg dia jumpa kat tengah jalan. ATau pun, dia akan buat 'lawatan rumah ke rumah' untuk menyebarkan maklumat. 

Penat bila menggalas 'jawatan' Kak Gayah Kampung ni tau! Sentiasa kena up to date. 


Suatu ketika dulu, terjadi apa kes sekali pun, sama kes besar atau kecik, hanya orang tertentu sahaja yg boleh tahu dan layak mengulas tentang sesuatu isu. KAlau ada gambar yg berjaya dirakam, ianya HANYA boleh dilihat oleh mereka yg LAYAK. Juri kehakiman pula dipilih dari mereka yg layak. 
Setiap apa yg berlaku, selagi tidak selesai dan keluar keputusan , tiada siapa pun yang BERANI membuat apa-apa JUDGMENT. HAnya boleh speculate je, tu pun sesama sendiri. Bisik-bisik sahaja. Takpun, simpan dalam hati. 

Boleh aku katakan, suatu masa dahulu, kita ini lebih bijak memilih apa yang nak disuarakan.


Itu sahajalah 2 contoh yang aku utarakan. 


KINI,  penyebaran maklumat bersepah. Mudah. 
Semuanya di hujung jari sehingga nak determine mana yang betui ngan bohong pun susah.
 Kita dilonggokkan dengan segala cerita yang pelbagai version, terima kasih kepada cikgu skolah yg ajar subjek Bahasa Melayu, penggunaan ayat pasif dan ayat aktif tu dimanfaatkan dengan begitu baik sekali. 
GAme Show dalam tv pon, kita dikaburkan dengan game show yg mcm Betul ke Bohong? Yang tu pon leh jadi bahan wat game show. Kena karan pun leh jadi bahan ketawa. Ehh.. tersasar jauh lak nampaknye. 

Berbalik kepada isu JUDGEMENT

Tak payah tunggu sesuatu berita tu sahih, KITA sudah pun ada JUDGEMENT. Kita sudah menghakimi.
TAk payah tunggu kenal seseorang, kita hanya tengok orang dari luaran sahaja, kita bagaikan TAHU semuanya. Berkat belajar dari darjah satu sehingga ke menara gading, kita diberikan 'ilmu' yang membolehkan kita judge orang dari luar sampai ke dalam. Ilmu Psychology gitewww.. Tak yah bercakap lama dengan dia, kita dah tau dia mcm mana. 
Sekarang ada Facebook. NAk kenal orang tu hebat ke tak, judge dia dari Friendlistnya. Kalau ada orang hebat dalam senarai sahabat dia tu, pergghh... memang hebat le tu. Dah kira macam kenal 'sesangat' dah le tu. 
TAk perlu pergi dekat-dekat, kita dah boleh bau 'busuk' orang. 
Tak payah menghulur salam perkenalan, kita tengok pakaian dia kita tahu dah dia ni LIFE nya macam mana. MAk bapak dia sapa. 
Tak payah tunggu lama-lama, kita tengok anak orang tu dan mak bapak anak tu, kita dah boleh AGAK , besok besar budak tu nak jadi apa. 

INI SEMUA KUASA AJAIB yang kita semua ada, kini. 
Yeeaa... kita yang hidup di zaman serba bijak pandai dan berteknolgi moden ni. 


PAling hebat , kita punya JUDGEMENT yang belum sahih keputusan akhirnya tu kita paparkan dengan hebatnya di media sosial, menggunakan tiket 'kebebasan bersuara' dan 'fesbuk ni free , aku punya sukalah aku nak tulis apa'. 


Begitu mudah maklumat dapat kita akses. Begitu mudah juga maklumat mudah dibocorkan. 
Rahsia yang sepatutnya menjadi rahsia tidak dirahsiakan. 
Rahsia yang sepatutnya dirahsiakan, dibongkarkan.. Malah dipaparkan. 
GAmbar dan video kes jenayah yang patutnya diserah pada pihak yang HANYA LAYAK MENERIMA AMANAH, disebarkan bagaikan meminta kita ini tolong judge kan pulak. 
Maka, kami ini yang memang 'pantang' dihala , biarpun tidak dibayar gaji untuk memberi ulasan dan judgment, begitu laju menaip komen dan pendapat.

Orang dulu-dulu, buat kesilapan , tercium sedikit, berpegang tangan sedikit, berdating di balik pokok, keluar bersama ke kedai kopi , tersadung tersepak bendul sampai jatuh lalu terselak sedikit kain,... Semua tu tak pe!
 KAlau orang kampung tak suka, dimarahnya aje kat situ juge. 
KAlau kelakar sangat rupa jatuh tu, orang gelak kat situ juge. Biar buruk rupa jatuh tu pun, it's ok. 
Ianya kekal hanya dalam ingatan. 
Jika ianya sukar dilupakan, maknanya ianya memberi kesan mendalam. 


Tapi, sekarang ni... 
Pakat-pakat ada henpon kamera sorang sebijik. 
AKu ada 2 bijik. 
Pantang aje nampak menda apa pun, SEMUA NAK RAKAM. PEhtu sebarkan.
Rakaman surveillance camera pun, sebarkan! 
Gambo hantu melintas pun, RAKAM dan sebarkan. Sampai hantu pun bengang , rakam gambo diorang tapi diorang tak leh tengok. Udah dema takde pesbuk! 
HAntu pun pemes. Orang dah tak takut. 
Rakaman video orang kena tembak , pecah kepala... Sebarkan! Orang tengok, siap repeat-repeat lagi. 
Betul , sebarkan untuk tujuan identify penjenayah , tapi boleh je kan sebarkan GAMBAR dia je. Kan kan kan?
PAstu, pakat tulis komen sorang sikit. Sorang jadi wartawan, sorang jadi peguam, sorang jadi hakim, beberapa orang juri, dan ada la beberapa orang yg jadi ustaz kat situ tolong doakan dan memberi nasihat. 
GAmbor orang sakit teruk-teruk, sebarkan. Mintak tolong doakan. Tapi ada syarat! Dah doa kena tuliskan perkataan 'AMIN'. MAybe admin tu nak kira berapa banyak doa yang dapat dikumpulkan. Hee..
GAmbo orang mati... Yang mati elok tu takpe. Boleh dijadikan pengajaran. Nih yang mati eksiden, takde kepala, putus tangan kaki, perut terburai.. Video orang mati kena bunuh, eksiden tergolek-tergolek... Sebarkan! NAk buat apa? Wajar ke tengok kematian orang? KErja kita ke nak tengok menda-menda macam gitu.
 NAh, terlahir pulak la sorang pakar forensik kat situ, berkat terlalu banyak tengok rakaman video orang yg sedang dalam proses diambil nyawanya oleh malaikat Izrail. KAlau tengok tu menginsafkan , Alhamdulillah. Tapi, tak jadi apa pun. Dok tak solat gak. Posa tak juge. 
PAling aku tak faham sekal, gambo dan video yang patutnya disimpan sebagai rahsia negara. 
Gambo kapal selam. GAmbo kapal terbang. NIh aku sebut sebab aku kan wife ex-navy kan kan...
So, aku moskel bila tengok wife-wife navy yang baru nak UP ni, sebok tayang gambo laki pakai uniform siap mention nama kapal , pehtu mention lak mana kapal laki dia belayar segala macam. 
Yang siap snap gambo kapal pun ado gak! KApal perang tu beb! BUkan kapal menan anak ko. (Nak habaq laki i perwira negara ..tsk tsk..) OK..terkeluar tajuk plak. 


Semua orang ada sifat Judgemental ni. Sejak zaman dulu lagi. TApi, sekarang ni lebih teruk sebab begitu banyak faktor-faktor menyumbang , yang menggalakkan lagi orang bersikap suka menghakimi sesuatu. 

Lebih ramai orang suka membuang masa menjadi judge seterusnya menjadi perwira mempertahankan apa yang dirasakan BETUL, tapi hanya di FACEBOOK dan twitter sahaja. 

MAkin kurang mereka yang pergi ke kelas mempertahankan diri. Mempersiapkan diri berjihad. 
Yang mampu dilakukan adalah 'menonton' video orang yang hebat-hebat di fesbuk, dan kemudian komen 'ANDA HEBAT!', ataupun kemudiannya SHARE video tu sebagai tanda sokongan. Okla...dari tak buat pape. 

Makin kurang mereka yang berbuat sesuatu dengan ikhlas. Senyap sunyi. 

Makin ramai yang berani menyuarakan sesuatu kebencian dan memaparkannya tanpa mengetahui kebencian itu sesuatu yg sangat mudah merebak dan senang diaplikasikan, berbanding menyebar dan mengaplikasikan kasih sayang. 

Makin sukar memaafkan. MAkin mudah menjadi pendendam. 

MAkin ramai yang bongkak. 

Makin ramai yang membentak. 

MAkin mudah 'melabelkan' orang lain samada secara direct atau pun secara sindir. 


Bagaimanapun, ingat aku ingatkan, aku tak salahkan media sosial pun. 
Hakikatnya, media sosial ni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Aku sendiri pun pengguna tegar media sosial. TAuuu~
Ianya akan bermanfaat jika dimanfaatkan oleh mereka yang berotak bijak. 
TApi, masalahnya yang tak berapa nak bijak dan gemar membuang masa ini tidak kurang ramainya. Menggunakan media sosial sebagai tapak memulakan fitnah dan menyebarkan kebencian serta menjahanamkan orang lain. 
MAsing-masing nak tunjuk pandai, hebat dan sangat berpengalaman dalam semua perkara. 



Kita lah yang mencorakkan dunia. 
Kurangkan lah menjadi hakim. Biarlah HAKIM yang sebenar-benar hakim sahaja yang melakukan tugasnya. 
Kita ni cuma orang biasa. 
KAlau kita sibuk-sibuk menghentam orang , mana mungkin kita boleh jadi insan pemaaf dalam masa yang sama. Kalau kita boleh memaafkan dengan senang sekalipun, orang lain belum tentu. 



So, think happy thoughts. 
Make new friends. A lot of it. 
Be nice to all. 
And tak yah la judge orang beria. Kita ni panjang lagi perjalanan hidupnya. Belum tentu bila pengakhirannya dan BAGAIMANA akhirnya.


BAyangkan kalau video kita eksiden putus kaki tangan tu pulak ditonton jutaan manusia lain, menjadi viral pulak tu. Wahaaa...~ Camne tu ek?

 



Judge gambar ni.. HAHAHA



BAru ada idea menulis.
Makbed agak kusut, ditambah dengan kebizian melampau sejak akhir-akhir ni. 
Korang tau kan, aku tak menulis dalam keadaan beremosi negatif? Even how much I wanted to... I just control myself not to.

Hehehe..

 



21 Nov 2013

Sekilas Kisah Auni yang Terkini


Assalamualaikum.


Cuaca sejuk di Kedah, particularly di Alor Setar. Mendung saja dan seringkali hujan. Mujurlah Oni dah cuti sekolah. Dia cuma ada nurseri je jadi boleh la pergi sekolah lambat.

Makbed demam dah 3 hari. 2 hari kebelakangan ni Makbed diserang semput akibat batuk yang super teruk. Wawan pon batuk berkahak tapi dia bertahan. Alhamdulillah, anak-anak aku takde semput cam Ibu dema. So, Ibu jela pakai inhaler. Dah amik nebulizer dah semalam lepas batuk tak lepas. Udah mcm kucing tertelan bulu pulak. SIap ada bunyi-bunyi lagi masa bernapas. 
Tu tahap kena jejak kaki ke klinik le tu. 


Ini bukan untuk riak ye. 
Saja kongsi ngan korang. 



Inilah dia Ipad yang berjaya diraih. FREE. Ada lak lambang Prudential kat situ.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. 
Bersyukur ada client-client macam anda. 
TAk dapat menda ni kalau takde kerjasama kalian. 
Aku masih menyesuaikan diri dengan Ipad Mini ni. 
Since dia cuma leh pakai ngan wifi je, so aku banyak guna untuk susun schedulu dan letak reminder. 
Lebih mesra pengguna.
Tak payah dah aku pakai buku besar masuk beg. Organizer tu untuk simpan kat umah aje. 
Lain kegunaan , buat tangkap gambo aku la. HAHAehheHHah.. 

Tapi, skang aku kena share ngan Oni. 
Udah dia nak buat main game plok. 
Pikir balik, Ipad ni pun bukannya aku heret kehulu hilir bebenor. Samsung pakai lagi. 
Nak kedekut sangat pun, Oni juga banyak berkorban untuk aku. 
Dia bukannya nak Ipad tu terus. Dia cuma nak main game je. 

Maka, aku pun install few games untuk dia.
Boleh la dia main sempena cuti sekolah. 
Semuanya educational game. YAng aku rasa aku pon boleh main sekali. HAHAHAHH~
Tapi, Oni suka game masak memasak. 
Nampak cam enjoy je dia buat kek dan masak ayam golek. So, biarkan jela.
Tapi, mainnya berjadual la. 


Oni dah grad tau!!


Oni dan costume 'ulat'



Tengah buat persembahan untuk Ibu.

 Dah jadi orang berdikari anak dara aku nan seorang ni. 
Tengok dia nyanyi, buat persembahan meskipun muka dia cam annoying je bila kena pakai menda ateh kepala tu, tapi dia ok je. Teruskan je show. 
Tak banyak songeh si ONi. 
Macam kebiasaan je dia. 
Tapi, dia tak berenti-renti citer pasal dia 'amik hadiah' kat hotel. 
Oh ya... Graduation sekolah ONi tu buat kat hotelu ollss...
Hebak toi bebudak skang. 
TAtau la bebudak yg hebak atau ibu bapa yang mengebat. 
Ibu dulu grad kat mesjid je ONi.



 
Doakan yang baik-baik untuk permata hati Makbed ni. 
Dia membesar menjadi anak yang baik dan menceriakan hati ibu bapanya dan hati anda semua. 
Doakan semoga dia kekal sihat, bijak, rajin dan berhati mulia serta taat pada perintah Allah dan Rasul. 
Doakan juga semoga dia berhenti pakai pampes dan menghisap puting. HEheh~







Akhir kalam, Makbed tinggal gambar ceria kitoang nih. YAng belah kiri korang tu, gambo masa Oni 2 tahun. Yang sebelah kanan tu, gambar terkini.

Semakin Oni meningkat dewasa dan jelita, semakin meningkat tua lah Ibu. Semoga Oni sanggup meriba Ibu dan membenarkan Ibu tido kat ketiak Oni bila Oni dah dewasa nanti.


19 Nov 2013

Product Review: HOUSE OF MINI - Meleleh ayaq lioq baq ang.


Tajuk tak skema lansung!





 Assalamualaikum kawan-kawan...

Terima kasih bebanyak korang.. sebab bersabar dengan aku. Being 'absent' from this blogging world. Yang aku tengok , +Emy Shafinaz or Nini D , +Lulu caldina  istiqamah betui hapdet blog dema. 
Aku ni, on off. On off....

Harap pasni rajin aku kembali. 
Nuffnang pon tanak kawan ngan aku da skang. Aku pun dah lupa paswed nuffnang. 

Hari ni, aku nak wat satu review kedai comel. 
Entry ni memerlukan korang sediakan tisu bagi mengelakkan air liur korang meleleh tanpa kawalan. 



Oh, Makbed dan makanan, mana boleh dipisah , ye dak?







Kasi gambaq sikitttt.....





 TAARAAA!!!!!!



MINI CUPCAKES
 



CLASSIC CUPCAKES



Donaaatt!! DOnaatt!!!





Adakah saya sudah menarik perhatian anda?


Comeyyy dakk??



HOUSE of MINI kini mula beroperasi di C-Mart Changlun , baru sangat launching dan owner kedai tersebut dengan segala hormatnya telah menjemput Makbed gi potong riben kat kedai dia. OK... tipu!
Owner kedai ajak mai tengok kedai, dan rasa semua juadah yg tersedia ajee.

Tapi, jujurnya aku memang tak menahan tengok suma cupcakes.
 Umum mengetahui betapa attachnya aku ngan cupcake especially masa peknen kat Wawan dulu. Cuma, skang payah la nak cari cupcakes yg sedap dan gojes serta boleh dimakan tanpa rasa bersalah. Eh?

Paling haku suka adalah Mini CupCakes. 
Alahai...cumill sangat tau. 
Bukan comel. COmel tu ok lagi.
Nih CUMIL.. CUMILLLL sangat. 
KEcik-kecik. Sekali ngap je dah habih. 
Wawan boleh balun kejap ja. 
Mini Cupcakes tu, refer gambo atas sekali hanyalah berharga RM1.50 seketui. 

Yaaa... RM1.50 sahaja!
Kalau ko beli 12 biji, harganya ialah RM12.00. Jadi singgit sebijik~
So, ko makan le kapkek sampai lebam. 



MAkbed suka sebab kapkeknya tak manis. Temasuk creamnya. 
Kalau kome tak caya, pegi la try sendiri. 


Kedai comel ni ternyata ada peminatnya sendiri, lantaran harga kapkeknya murah dan juga presentable untuk buat jamuan kecik-kecik cam suprise party member kat dorm or kat rumah sewa. 
Asyik makan kek je semedang, bosan la ek. 
Dah le besor.. umah takde peti ais lak nak simpan suma tu. 
Haa.. amik kapkek ni. Sekali hadap je. Zaaasss~  Takpayah simpan. Simpan lemak jer.
Cantik lak tu. 


Siapa yang super kreatif boleh le try design cupcakes sendiri.



Ini rupa booth nya. Jemput datang tau. Kat Level 1, Cmart Changlun, Kedah.






Masa aku sampai ni, tengah dok ramai. Kesian pekerja dia. Dah le ada 2 orang je.



 Ada student price tau. 
Sapa yang student tu, jangan lupa tunjuk student card. Leh dapat good deal.






Nama kedai pun House of Mini.
So, cupcakes dan donat semuanya comel-comel. Boleh makan banyak-banyak sebab kecik jeerrr... ihiks!

Kalau korang gi CMart Changlun, WAJIB singgah kedai ni. Kalu tak, nyesal! 


Wajah 'separuh' gembira Makbed dapat kapkek.
 Sebenarnya nak borong mini cupcakes ngan donat sekali tapi, pikir doblas kali nak beli sebab kang SAPO PULAK NAK PERABIH KANG~ grrr.... 
Tak masal je elok aku dah 'agak' kurus ni, tetiba jadi doremon balik sebab tamak haloba. 
Orang tamak selalu berlebihan berat badan. HAHAHAHAHA.. ~Peribahasa baru~





Balik tu, aku terus bukak kotak. 
Tunjuk kat Oni ngan Wawan. 
HAHAHA... meloncat-loncat otomen dua orang tu. Jenuh pilih nak makan yg mana satu. 
Semua kiutttt sangat weh. 
Sedaaaap!


So. warga Jitra, Changlun, Kodiang,Sintok dan yang dekat-dekat tu , go get your mini cupcakes and donats in CMart Changlun. 




Nota kaki: AKu jumpak banyak kedai tudung yang aku suka kat situ! Yey!!!!!!!



15 Nov 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Harap kalian sihat. 
Makbed cam besa la. Sihat sokmo. Cuma ari ni terselsema plak sbb baru balik outstation. Lom tido lg ni!

Makbed dah pon berjaya amik ipad mini yg dimenangi masa kontes aritu. Skang ni, tgh bersiaran pakai ipad le ni. Saje nak test. Waa..rupanya mmg best la ipad ni. Patutla menjadi sebutan.

Lagi best bila ipad tu dpt free.... Hahahagahha.

Suka sgt cameranya. Tp, ipad mini aku leh pakai wifi jerrr. So, xleh le wasap.... 

K la. Tido dlu la ye. Baiiiii...


7 Nov 2013

Kisah Sebelum Tidur



Kisah 1: Oni yang bertimbang rasa


Dengan umur Makbed yang meningkat 'remaja' ni, kekadang hilang fokus (ayat 
sopan' untuk PELUPA), ada masa cemerkap, ada masa lalai terus. 

Tapi, Oni lah kekadang memperbetulkan apa yg silap. 
Terkadang dia yang ingat kat mana barang aku diletakkan. 
KAdang-kadang dia menyoal aku jika aku tak buat rutin kebiasaan... seperti basuh botol susu.

Hari ni, aku tersilap beli susu kat Oni. 
Ada masalah sikit dengan susu Coklat Dutch Lady 4,5,6 nih. Entah kenapa, asyik abih je. 
Suma orang minum susu cekelet ke skang ??
AKu tak perasan yang aku tersalah beli susu, sehinggalah tiba saat aku koyak plestik, nak boh dalam bekas susu dia. 
Selalu, dia minum susu coklat. 
Tapi, yang keluar dari bungkusan tu, kaler putih. 

"HAbeh laaa......." 
Aku risau sangat kalau ONi tak mau minum. Sebab before this pernah tersalah beli, dan dia takmo minum. 
KAli ni, aku berdoa jelah agar ONi minum sebab masa tu dah malam. Dan aku siyes malas nak kuar bawak otomen dua orang ni gi kedai skali. 
KAlau ada Alang, mmg aku suruh je. Hewhewhewhew...~

Dengan muka sekupang aku cakap kat ONi..

"Ibu tersalah beli susu la KAkak. Oni minum dulu susu ni ye. Cuba rasa dulu..." kata aku. Jujur. 

Oni diam je memula. 
Tapi, dia amik je susu yang aku bancuh tu. 
Gi depan, baring , minum susu sambil tgk Oggy. 

Dok sat lepas tu, dia cakap..

"Sedap pulak susu ni... Susu apa ni?"

Alhamdulillah. Lega aku dengar. KAlau budak besar Oni, tersalah susu, aku tak risau sebab dia JELAS bagitau suka ke tak. TApi, kalau Wawan, takmo means takmo la. Mana leh berdiskusi dah. Memang kena beli baru le jawabnya. 

Habih sebotoi susu Dutch Lady perisa Madu. NAmpaknya dia suka pulak. So, ONi skang dah ada option perasa susu. Leh la tukar-tukar, kan?


After all, Oni memang tak sanggup tengok Ibu dia sedih sebab dia tak minum susu. HEehhee.~ Sampai skang, Oni tak pernah miss kiss pipi Ibu sebelum tido. Malah, masih mahu tidur di riba. 

Dam dia masih bertanya lagi .... Bila nak bagi dia baby baru. Dia nak baby girl. 

Ibu hanya mampu sengeh je. 







Kisah 2: Wawan yang Ganas

Sifat-sifat kelakian memang menyerlah la kat dia. TAkyah gi training pun, pandai je. Boys will always be boys , kan? 

KAt sekolah, cikgu kata, dia baik. Sopan santun. Sehinggalah kakak dia datang transit kat umah. Bila Oni datang, tetiba Wawan jadi resakse. 
HA... tak ke pelik?

Wawan akan buat Oni cam punching bag. Disepak terajangnya ONi cam ninja. Yang Oni pun pasrah je. Kalu mai time dia pun nak jadi ninja, maka bergomol-gomol le keduanya. Kalau time tu, ONi dok minum susu ke, layan Oggy or tengah feeling lagu k-pop, mana mahu dia layan. 
TApi, time dia tak layan tu, lagi besh Wawan mengusik. 

Terbaru...

Oni berdiri depan tv dok tengok Oggy. 
Wawan lari-lari terus tolak belakang ONi. HAmpir tersembam Oni kat tv tu. Depan aku plak tu Wawan buat. 
Memang takde rasa bersalah lansung!

Oni terkejut. 
AKu pun terkjut gak. 
NAsib baik takde pape. 
Seb bek Oni pasang kekuda baik gak. 
NAsib baik juga Oni ada 'brek kecemasan'. 
Kalau tak, memang melekat Oni kat tv. Alahai...
Oni nangeh ... Terkejut.

Wawan senyum bangga. KAkak nangeh. 
Amboi... sonok ye kau....

Tapi tak lama le rasa seronok tu sebab aku libas kaki ngan lipatan surat kabo Metro. 
HAih, Ibu rotan sebab nak mengajar. 
Saja bagi terkejut sikit. 
Amboihh..~ Melampau ye. Kekecik suka pukul orang. Pukul kakak pulak tu. NAk kena ni!
Wawan nangeh. Bukan sebab sakit kena rotan. Tapi sebab dia kena tengok muka Ibu yang sama huduh ngan resakse dalam citer Otomen yang dia tengok petang-petang tu. 

Last skali, Wawan datang ke riba, mohon pengampunan. 
Sedih yg amat kot, dia gi ngadu kat Oni plak. Kekonon, Ibu tak maafkan dia. HEHEHHEE...
Dan Oni, sbg KAkak, terus pujuk Adik. Peluk dia suruh diam. Padahal, baru tadi je dia teriak punyalah deras sbb Adik sabotaj dia. 


"Biarlah kita sakit sebab bergaduh sesama sendiri, tetapi jangan le kita buat Ibu marah. Wajah IBu yang hodoh ketika marah boleh menghantui kita semua masa tidur nanti!"


Ayat last tu aku reka je. 

HEHEHE...









5 Nov 2013

Salam Maal Hijrah 1435







Salam Maal Hijrah 1435H!

Kita sudah kembali ke bulan Muharam, tahun yang baru.

Happy New Year to all Muslims in the world.



Azam tahun baru Makbed ... MAsih menggunakan azam tahun lepas.
Though some of it were achieved, but there are more to be achieved.


I really have no idea to write right now. I wish all you have all the strength and perseverance in order to achieve success. Don't ever give up.

So much thing going on. But, trust me, I am fine. I will always be. Just pushing myself to look at thing differently from now on.

And, I should be more forgiving.

Pray for me , friends. I love you all.




Oh, Makbed The Journal akan direnovate. Hehehehe... So, takpela takde update kejap ye. Ngehngehngeh~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram