Followers

28 Oct 2013

Susah Jadi CIkgu La Ni

Rindu weh nak hapdet entry baru kat sini!


PEtang ni sempat nelepon MAk. Nak ngadu kat Mak, yang pusat Oni kena gigit semut. Dah bengkak plak sekitar pusat dia. KAlau udah sembang ngan MAk tu, lepas satu topik, masuk topik lain. Setiap topik amik masa dalam 5 menet. Biasanya, aku amik masa setengah jam nak habih cakap ngan MAk dalam tipon.
Dah berapa kali "ok la Mak. Assalamualaikum" dah, tapi dok sambung lagi sembang.


Tapi ada satu perkara menarik mengenai salah satu topik tanpa tajuk yang khusus, yg kami bualkan tadi.

Alang nak graduate dah 9 November akan datang. MAlangnya, aku takleh join nak hantar dia sebab ONi tengah sibuk practice jadi 'Ulat' untuk persembahan hari penyampaian hadiah kat sekolah dia. 'Ulat' mana buleh absent!

"Itula. TAdi kat sekolah Mak pun, ada budak ni kena marah. Kami dok berlatih lama dah untuk persembahan, tetiba hari ni dia mai habaq yang keluarga di kena pi bercuti. BErcuti besok pulak tu! Kena marah la.." kata Mak.

"LAa..siannya. Kot budak tu taktau kot Pak dia tempah tiket bercuti. Nih PAk dia baru habaq semalam...." aku plak buat spekulasi.

"HA..MEMANG! Dah la depa ni kalau bercuti, mesti pi luaq negara. MAna ada cuti dalam negara. Kalau tanya kat Kuala Lumpur ada apa, depa bukan reti jawab. Tapi, kalau sebut HOng Kong la, TAiwan la, CHina la.. laju je menjawabnya..."

"Eikk? Dah tu kalau buat karangan pasai 'tempat menarik di Malaysia' depa reti tulih dak?" tanyaku moskel.

"MAna reti. Suruh buat karangan tajuk 'Percutian Yang Tidak Boleh Saya Lupakan', depa cerita pasal melawat Paris, New York, Hong Kong....  Mak nak kena Google pulak check apa yang ada kat Paris tuh! Haih... susah betui kerja cikgu zaman la ni." 


Gelak golek-golek haku.

"KEsiannya. Cikgu pun tak merasa pi PAris, anak murid pi dulu.... "




Teringat zaman aku sekolah.

CIkgu sekolah buat lawatan pi KLCC masa tu pun, dah tergedik-gedik nak pi. Gi Zoo TAiping naik ketapi je pun, dah excited macam nak menikah dah gayanya. Iskk..Iskkk....






21 Oct 2013

"Ibu, Oni jadi Ulat"


 Lepas balik sekolah semalam, Oni sibuk menyanyi-nyanyi lagu yg aku lansung tak tau. 
Kemudian, dia nyanyi lagi Pak Mamat Ada Kebun pulak. 
Nyanyi sorang-sorang, ditemani Wawan. 
MAlas le aku nak menyampuk, join skali. Kang dia brenti nyanyi lak. 


Tengah melipat kain, Oni cakap camni..

"Ibu, esok cikgu suruh ONi jadi 'Ulat'..."

Aku , sebagai IBu yang selalu tak faham pun mengerut kening. 
Apesal la kena jadi ulat?
Aku assume, anak aku ni maybe sedang merepek, berangan atau pun dia menyampaikan maklumat yg tak berapa nak lengkap. 
Since ONi tidak menunjukkan tanda-tanda kemudaratan, aku biar je la dia mengulang-ulang perkataan 'ulat' tu sepanjang malam...... 



PAgi ni, aku hantar di ke sekolah. 
Biasanya, Alang yg hantar.
Jumpa Cikgu Eli dan Cikgu Eli tanya samaada Oni ada baju dan seluar warna hijau atau tak. 
Aku cakap le "takde". 


Rupanya.....


Oni memang kena jadi 'ULAT'.




MAjlis konvokesyen Tadikanya akan diadakan bulan November nanti. 
Oni kena berlakon jadi 'ulat'. 







Dan aku plak rasa Oni tu baru je seminggu aku lahirkan. 

Huuuu~





20 Oct 2013

Cara-Cara Saya Menceriakan Diri Saya Setiap Hari



1 - Suka dan cinta dengan kehidupan seharian
Kenapa kena suka kerja kita? Sebab kita spend hampir separuh masa hari kita dengan kerja. Dan kerja tu pulak adalah sumber kelansungan dan kesejahteraan hidup. Tapi, tidak semua orang bernasib baik dengan dianugerahkan pekerjaan yang dia suka. Ada yang dikurniakan kerja yang dia lansung tak suka, tapi terpaksa buat. KAn?
Macam aku, aku belajar menyukai tugas aku. Dan, truly.... Aku suka dengan kerja aku. Walaupun nampak macam messy nak mati kekadang. TApi, korang boleh nampak betapa aku suka dan enjoy ngan kerjaya aku sebagai Akak Kawasan dan Saudagar Kopi. KAn kan kan kan..~
TApi.. korang nampak juga, masa aku kerja jadi penyambut tetamu cum pembunuh lalat dulu pun, aku suka jugak. Sampai korang pun bercita-cita nak jadi penyambut tetamu, kan?

Love what you do, no matter what. KAlau tak, memang saiko!


2- Live an honest life.
Jadi diri sendiri. JAngan copy orang lain punya. JIka anda seorang peminat rock, maka apa salahnya minat rock, kan? JAngan risau tentang judgment. Selagi tidak mendatangkan mudarat kepada diri dan masyarakat setempat, buat la. Jujur. Jujur dengan diri anda dan sentiasa cuba menjadi jujur dengan orang lain.


3-Ada 'masa sendiri'
MAsa sendiri aku adalah masa aku drive. Sebabnya, kalau aku tak duduk kat atas kerusi opis aku ni, aku akan ada dalam kereta. Aku buleh duduk lama-lama dalam kereta, pasang ekon, pasang lagu kuat-kuat, pehtu buat kerja kat dalam tu. Susun jadual, buat planning.. KAdang aku sediakan quoatation pun dalam kereta.


4-Beri reward pada diri.
Reward aku selepas penat bekerja adalaahhhhhhhhhhh..... TENGOK WAYANG dan makan. Hihih~ Sape tak suka shopping, sila tutup mata.  Saya ini memang sangat gila tengok movie.  Dan, bila time nak meraikan diri sendiri dengan makanan, aku akan ajak sesapa teman. TAk kira la client ke, adik aku ke... kalu asben ada boleh je ajak dia. TApi, dah dia takde, kena cari partner lain lak. Ahaks~ 


5-Senyum dan ketawa
Senyum pada orang lain. JAngan kedekut senyum. Dan ketawalah. Sebab ketawa ni memang pengubat duka.


6-Memberi lebih
Ada ketika, aku akan jadi sangat rajin mengemas semua barang yang ada, tengok mana yg elok dan sedekahkan pada orang.  Try la. Kalau sedih dan rasa dianiaya, keluarlah dan tengok betapa ramai orang yg susah-susah. Hulurkan seploh hengget. Dan tengok wajah diorang. Sungguh, bila kita memberi, hati kita akan lebih lapang, dan kita akan bersyukur dengan apa yg kita ada dan sedang buat skang ni.


7-Aktifkan diri.
PAsang lagu kuat-kuat, move to the beat. Ataupun, go for a run. BErsosial dengan sihat. Involve dalam usrah. BErmasyarakat. Tengok sekeliling anda. JAngan dok terperuk dalam rumah , dalam dunia anda yg tak semenggah tu. Ingat, anda MANUSIA. BUkan KATAK. Aku selalu ckp cemtu kat diri sendiri. Kuang Kuang KUanggg~


8-TAkyah serius sangat lah!
Serius adalah time perlu serius. Disebabkan aku bukan bekerja sebagai security guard, polis dan tentera di medan perang, maka tak payah la muka tu nak serius sangat. KAt umah pun, aku seorang yg fun taaauuuuuuu... TAnya Oni kalau tak cayeee.
To be honest, semua orang ada sifat keanak-anakkan dalam diri. Aku tak pernah buang sifat tu. CUma, cover line jer. Opss~


hA.. Tu jelah!


Besok Pembantu Rumah Upahan nak mai kemas rumah sayeee.. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!











19 Oct 2013

Mencipta Anak Tak Banyak Songeh. Subjek ujikaji : Oni


 Cecara men'cipta' anak yg tak banyak songeh. 


1- Elakkan menggula-gulakan anak dengan Ipad atau apa saja gadget kepunyaan anda. 
Oni ngan Wawan memang lansung takde peluang mengisi masa lapang dengan gadget. Henpon aku pun aku tak kasi pegang, terutama sekali bila aku dah pakai smart phone. KAlau 3310, maybe aku konsider nak bagi. *kedekut. Walaupun dalam kereta, perjalanan amik masa yg lama , aku tetap tak BIASAkan. Time main, main. KAlau jumpa orang, bercakap. Bergaul, bersosial. Bukan, main gadget. 


2-Tak boleh sentuh laptop Ibu dan Ayah. 
Aku tak pernah sekali pun bukak game kat pc or laptop dan bagi anak main. Orang lain ada la tolong buat. Tapi bukak dari pc or lektop Ibu dan Apak. JAdi, takde situasi anak berebut lektop ngan Ibu. Dan takde situasi Ibu kena beralah ngan anak guna pc, sebab anak nak main game. 
Skang sapa Ibu. Ibu ke ONi?


3-Remote TV adalah kepunyaan Ibu dan bila Ibu nak tgk TV, takde sapa boleh kacau. 
Pemerintahan 'berkuku besi' lagi dominan ni memang dah sinonim dalam rumah. Disebabkan Apak takde, jadi IBu berkuasa la kan. So, bila Ibu nak tengok tv, anak-anak pasrah jela ngan channel pilihan IBu merekerrrr....  
Tapi, IBu jarang tengok tv la. Ibu pun kadang layan je Oggy tu. Apadahal.... 
KOrang takkan nampak status kat FB aku berebut tv ngan ONi. Tidak dalam waktu terdekat kot. 
Nanti masa dia remaja, maybe la. tihtihtih~


4- Kalau tidur dalam kereta,bangun dan compose diri sendiri dengan baik. Tak biasakan dukung anak masuk rumah even dia tengah tidur. 
KAlau ONi ke Wawan tidur, dah sampai depan umah je, aku gerak suruh bangun jalan masuk sendiri. Kalau dukung, memang aku kena dukung semedaaaaaaaang je la. No,no,no..
MAsa baby buleh la. NIh dah buleh jalan. Jalan daaaaa~  
KAlau nak kena dukung, bayangkan plak kalu besok-besok aku dok umah flat?


5-Belajar terima perkataan 'Tak Boleh' tanpa mengamuk. 
Kalau aku tak beli pape yg Oni atau Wawan nak, diorang ni takde la nangeh sampai nak runtuh supomaket. Ini kerana, kalau depa mogok je, aku wat derk..... Bila diorang behave, besoknya baru aku beli menda yg depa nak tu. Upah jadi baik. Sebenarnya, diorang takut kalu IBu 'melarikan' diri. Tet~

6- Belajar 'Minta Maaf'' even sekecik-kecik kesalahan seperti menumpahkan susu di atas lantai. 
HAaaa.. nih best. Tapi, kita kena start dulu. Tunjuk cara. Bila nak minta maaf. Kat siapa perlu minta maaf.
 Masa memula nak start, memang kelakar sikit la. Tapi, lama-lama, kita dah biasa. 
Cuba la. 
Anak kecik kalau datang minta maaf, Ya Allah... Hati Ibu ni , cair. PAstu, siap boleh berdoa-doa lagi. 

Sehari ada la 8 kali kot Oni minta maaf. Nak tido minta maaf lagi. Hhahaaa.. *banyak toi kesalahan dia.



7-Waktu tidur adalah berdisiplin. Tido pada jam 9malam. BAngun jam 7 pagi. 
Tapi, kalau aku kena keluar, atau maybe ada masa kena travel, bawak diorang, boleh je aku heret depa ni sekali walaupun diorang tido. 
Disebabkan diorang budak-budak, takde masalah diorang nak tido kat mana-mana pun. Orang pun paham. 
Ianya dipanggil, 'bertolak-ansur'. 



8- Tak boleh pukul orang dan rampas barang orang lain, walaupun kita suka menda tu. 
NAk ajar anak kecik bagi paham ni, wuuyooooo.... JEnuh. Ari tu, ONi menangih , air mata cam air terjun, bila dia nak kan belon yg sorang budak kecik ni pegang. BUdak tu plak mmg taknak bagi. Muka mmg tak nak share la tu. TAkpela..belon dia kan?
TErsedu-sedu lak Si Oni. Kena la pujuk plak.
 Camana aku pujuk?

Aku pulak nangeh nak belon tu.... (buat-buat je....)
Bila dia tgk nangeh nak belon, dia plak sound aku..

"Ibu ni. Dah tua-tua pun nak main belon ke?"

Pastu dia ketawa. 


Haaaa.. siap dah pujuk. 
Terus dia lupa pasal belon. Dan, start pada tu, dia behave... MAybe malu kot. 
TAtau la malu nak nangeh minta brg orang, atau malu nak tgk IBu dia nangeh depan orang. 



 
 


 Disebabkan Oni dan Wawan yg tak begitu banyak songeh, maka tak begitu sukar aku mencari penjaga walaupun last minute nak outstation. 
Dulu masa baby, susah sikit sebab kecik. 
Skang, dah makin besar..Alhamdulillah. 
Dah pandai bawak diri daahhh.


KAdangkan, Oni lebih 'dewasa' dari aku. 
 


17 Oct 2013

Oni dan Megi-Tak-Payah-Masak


Semua orang dah dinner dah sebelum MAgrib tadi. 


Tetiba Oni request lak...


 


Bebetui la si Oni ni nangeh, menyatakan HUJAH nya yg megi tu tak payah masak.
Aku tau la.. KAlau APak punya style makan megi, dia tak masak pon. 
Boh air panas je. 
Tapi, ni sebab aku yg nak masak kan. Megi Ayam. NAk le letak telur ,cili sikit. 
Skali si Oni leh wat emo lak. 


Dah le nak megi merah!



Ni rupa megi merah nye..



 Taktau la tang mana yg merah tu. 
KAt covernye la kot dia nampak merah-merah.

OKla.. pasni Ibu tau dah. Megi merah adalah yang itu.

Ingat senang ke nak memperbodohkan ONi. 
BAwang besar, bawang merah, bawang putih, halia, tomato, kicap masin ngan kicap mee pun dia tau tunjuk yang mana satu, oke. 
TAugeh, tauhu, suhun, tempe,....
Aih.. manyak la. 

Biskut 4 segi pun dia tau ada banyak jenis. Yang ada gula ke, yg takde gula. 
Biskut tiger pun dia tau ada kategori. 

Dan bila aku balik outstation ari tu, Oni tetiba je boleh bersembang macam budak sepuluh tahun. 
Dan buleh buat story telling dengan ayat permulaannya adalah "Once Upon a Time....." 


Oni-chan is getting bigger. 
Pasni kena panggil Lady Oni. 





 Sekarang, Oni mudah tersentuh kalau kita marah dia upon kesalahan yg bukan dia buat. 
I should listen to her more. 

And I now discovered, Wawan ni sebenornya banyak akai. Ada je dia buat yg menyebabkan kakak dia kena marah. 

I am watching you, Wawan!! *bulatkan mata besor-besor.



16 Oct 2013

Entry Aidil Adha secara PukulRata.



Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca. 
Cepat betol masa berlalu , kan?
BAru aje abeh raya posa, ni raya aji plok. 


Masa berlalu begitu pantas sekarang. Allahuakbar!


Raya tak gi memana pun kitorang ni. Dok umah aje. 
TAkde mood nak berjalan pun.
Alang dan Linda ada di rumah, jadi aku hanya spend time memasak untuk jamu depa makan memandangkan aku baru aje balik outstation 3 hari. MAlam raya baru sampai umah ok. 
Punya la sesak jalan raya. 



 Ini pic terbaru. Sempat bergambar pagi-pagi sebelum meeting bermula. 
Tenang saja kan? 
KAt sini memang seronok bekerja. Paginya nyaman. KEluar bilik boleh nampak pemandangan macam gini. 
Biru dan hijau. 
Seronok betui. 



Kebetulannya, masa MAkbed nak gi KL, +shehan ismail mesej cakap anak terunanya Ariq Emir admitted sebab Low HB. 
So, sebaik saja aku sampai kat KL, aku pun mencelapakkan diri ke Hospital Ampang, buat lawatan kebajikan. HAHA..Gitu nye. 
Benornya, aku belum nengok lagi Ariq tau. NIh la baru first time nak cium bau Ariq meskipun aku ni adalah agen insurans beliau. 

 Boleh baca entry pasal Ariq kat SINI.
 



 
 Ariq comel. 
Kuat makan.
Sangat cool. 
Duduk diam saja. Tak banyak nangeh. 
TApi kesian la. BUdak tecit kena cucuk-cucuk.
AKu yg tua bangka ni pun ngilu kalu sebut jarum, cucuk-cucuk ni. 

TApi, Ariq dah kuar wad dah skang. Alhamdulillah. 
 Semoga dia sihat sokmo. Insyaallah. 




Ini 4 orang perempuan, kalau jumpa tak bergambar, memang tak namanya Agen Cik Azhar la.
HUa hua hua hua hua..

Nih baru habih meeting.
Orang lain sibuk memenuhkan perut, kami plak sibuk memenuhkan memori kad henpon dgn bergambar.
Maklumla, nak jadi model tak layak. JAdi, buat-buat la macam model ye. TErcomot pulak tudung aku!




Ni gambo raya kami bertiga. 
Tahun ni beraya haji tiga orang.
Raya Puasa pun tiga orang juga. 
Zaman teknologi macam gini, tak susah. 
Snap gambo camni, pose kat pesbuk kasi Apak tengok. 
So, Apak maybe mengalirkan ayaq mata nun di sana. 
HEHEHEH..

Kira ok la I tak pose gambor makanan kan. 
KAlau boh, mau lagi nangeh kuat-kuat. 

Wawan memang cambesa, suka spoilkan gambar. HUh~





BEraya rumah Umie kejap. 
Kakak ipar saya sudah bersiap sedia mahu menyambut anak sulung. 
Nampak perut dia begitu 'maju' ke depan. 
Alalala.. rindunya saat macam tu. 
Opss! 
Oni pun dah request nak adik. 
Ibu je tak approve lagi. HEeeeheheh~

BAwak skali Alang , Linda and Acik Shue gi beraya. 
BAgus bawak Acik ni. Dia boleh jadi photographer. 
SIan Acik. TAkde gambo dia. 


NAture Walk. Cintailah Alam Sekitar
 
Oh! Tu ade pun Acik kat belakang Makbed.
Dan aku berjalan macam datin kat depan hewhewhewhew..~




Kitorang ziarah Tok Nek si Oni dan Wawan yang dah sekian lama terlantar sakit akibat strok. 
Nih saja snap gambo Akak Jeni kot tepi. 
Nampak kelebarannya. HEheheheh..~ 
Tu pun kira hebat lagi sebab dia boleh angkat kaki dia letak atas katil. 
KAki dia tak bengkak. 
Dan berat dia lagi sikit dari berat aku sekarang, hokeh~


Camana orang peknen buleh tak berat ek?


Ianya tidak terjadi kepada daku. 



HEheh..


Ok la. 
Habih dah citer.

Mekasih sebab baca. 
 




Teruskan mengambil HKCC, the Crazy Coffee.
KOpi ini memang Gila. 
Segila peminumnya.



Dan sapa takde kad perubatan lagi, perlukan khidmat nasihat, boleh terus hubungi MAkbed ye. 
Email: makbedjournal@gmail.com

Ingat, besar kapal. Besar juga life boatnya.





11 Oct 2013

Taip Laju-Laju Untuk Korang


Assalamualaikum...


It has been a while since my last writing.
Maafkan saya kerana tidak meluangkan masa menulis.
Macam-macam yang berlaku sebenarnya tapi nak menaipnya takdan.


Maka , malam ni aku luangkan masa buat summary tentang beberapa perkara menarik terjadi kat aku recently.



1- Aku demam.
Ini dinamakan sindrom Suami Jauh. Lepas sebulan Inche Kitchi dok umah, pehtu dia pegi plak belayar aku tetiba je jatuh cinta sakit. Memula aku ingat viral ke hape. Tapi, anak-anak aku tak demam pun. Aku je sorang. Tau la aku. Ni demam mengada. TApi teruk gak kesannya. 2 hari aku takleh bangun. Buleh minum HKCC je. Sobbs~  TAk online sebab sakit mata. Tu pasei senyap je. 



2-  Oni melanggar kaki aku dengan skuter pink beliau.
Dia ni memang dah tengah dok excited dapat skuter, pehtu baru je pandai naik. So, she glides like an angle, on a scooter. BAngga lettewww...  Bayangkan la orang baru dapat lesen kereta bawak kereta. Eksaited kan?

Camtu le si Oni.
Sampai le dia tetiba dengan secara tak sengajanya telah melenyek jari kaki aku yg ke lima. YAng kecik tu! HAduihhh....  Dah la masa tu aku baru baik je demam. Masa memula tu ok la. Besok tu baru bengkak jari aku. Demam balik!



3- Penangan HKCC yang sangat off the limit.
Disebabkan aku hanya minum HKCC sahaja dan tak makan nasik , malahan aku hilang rasa nak makan *tak sure sebab rindu ke or sebab demam, aku mengalami kejutan. Kejutan apa? AAHAHHAHAA.... Gila ini kejutan. AKu nampak orang suma rasa 'nak telan' bulat-bulat je. Dan, maybe sebab HKCC jugak la aku demam sebab terlampau HOT sangat. Hewhewhew~

JAdi, aku stop pengambilan seketika. Untuk makluman lanjut tentang tu, leh tanya HAida the Kak Bos. AKu dah mengadu kat dia dah. HAHAHAHAH~ 







4-  Oni semakin banyak celoteh.
Lately, aku asik gegado je ngan dia. Memang biasa la kan love-hate relationship tu kan. Terkini, bila aku marah dia sebab dia tolak Wawan sampai tertonggeng, Oni nangeh sambil cakap "ONi mintak maap Ibu. Oni tak sengaja...". Tapi, aku buat-buat tak dengar je katanya sebab aku suruh dia minta maaf kat adiknya dulu.
Kendian, respon Oni..

"Oni taknak kawan dengan Ibu. Ibu kedekut , taknak maafkan Oni. " Pastu peluk kaki aku macam aku nak lari dari rumah.

Terbatuk-batuk aku menahan gelak.... Tapi muka serius. Adehh.. ONi. Ibu sakit perut.



5- Wawan plak dah pandai bercakap tapi kalu nak compare ngan ONi bercakap ketika sebaya Wawan, Oni lebih hebat. Wawan cakap pelat. Mostly tak berapa nak paham pun apa dia kata. Aku cuma teka je.

Berikut adalah vocab Wawan:

Ebu - Ibu
Chew chew - Susu.
Manana - Banana
Ani - Oni
Kakak - Kakak
Boo-teen - Puting
Eku - Biskut
Nak tu - Nak apa-apa la tuuuu... (pointing on something)
Batohh - Jatuh
Bai bai dehh - Bye bye
tepi naa - tepi la
ayah ane - ayah mana
kutut - kentut
beyak - kencing
beyak - berak  (sama je dedua..hahahahah!)
andi - mandi
Ugi - Oggy the cockroach
Pin Pin - upin ipin
takit - sakit



6- Gi klinik lepas 5 hari 'kemalangan' dengan beskal Oni tu. Ingatkan bengkak dah hilang tu, tak sakit dah la. Bila nak kuar gi opis tadi, sakit plak sampai berjalan pon tak betui. So, aku gi klinik. Xray skali. TAkut plak patah ke retak ke. Dekat 10 kali doktor tu tanya "PAsti ye tak pregnant??"
Sentap aku. Mementang la aku ni montel. TAkyah la tanye bebanyak. Aku kata "takde" tu  TAKDE LAH!!!
Keputusannya, jari kecik aku masih bengkak. TAk leh berjalan banyak-banyak apatah lagi jogging dan merentas desa. HAHAHAHAH~ DIa bagi aku mc dan ubat.

BAlik tu, aku angkat skuter pink Oni tu masuk dalam stor. TAKBOLEH main sampai jari aku baik! Dush~



7- Besok aku travel. KEdah-Manjung-KL-MAnjung-Kedah.  Lama tak dengar Bos bagi ceramah. Kot lepas meeting ni, aku sihat terus. mihmihmih~



Tu jela..
Ok bai~!


5 Oct 2013

Barang Wajib Bawa Masa Makbed Travel



Sharing is caring ...



MAri kita sharing beberapa barang yg Makbed akan bawak setiap kali travel.


Contact solution

 Yeaahh... Saya adalah seorang pemakai kanta lekap sejak 11 tahun lepas. Guess my age plis. HAHAHAAA.  And along the journey of wearing contacts, this solutions is the BEST! TAkde jual kat farmasi kot. Kena beli kat optician atau kedai jual spek mata and lenses. KAlau aku beli sekali 2 botol. Setakat skang, belum ada botol kecik lagi.

Yeke aku pemakai lense? TAk nampak pun mata Makbed kaler-kaler?

Ok..pakai lense tak semestinya kena kaler. Mata saya memang berwarna brown, sebenornye. Ada jugak bercadang nak beli colored lense. 2 sets of it. Aku teringin sangat nak pakai warna lain, sebelah-sebelah. Imagine, mata kanan kaler biru, mata kiri warna oren. HAaa.. osem kan? NAK TRY LAH!




Eye-liner


EYE LINER! Ini adalah WAJIB. Kalau tak bawak, memang jam tu jugak aku gi beli kat pasaraya berdekatan. Pencarian eyeliner terbaik aku berhenti terus selepas mencuba ni lebih setahun lalu. Memang takde brand lain dah dalam purse. KAdang aku keluar, aku tak bawak pun beg mekap. AKu bawak ni je semata dalam henbeg.



Jarum

 Peniti adalah wajib ada,bersama dengan paling sikit 4 biji brooch yang kecil. TApi aku ada bekas kecil hanya utk brooch dan pin. TAkde special pun brooch dan pin yg mahal-mahal atau berkeliauan.. Sebab aku travel sebagai MAKBED, bukan Siti Nurhaliza kan....  Selain daripada ianya penting untuk pemakaian tudung, ia juga sangat efektif digunakan sebagai senjata mempertahankan diri.


RAyban
Ini bukan sebab nak berlagak artis ek. Ini adalah kerana aku ada sikit-sikit sifat 'vampire' yang sangat alah pada cahaya matahari.... YAkdish!!
Sebab travel adalah biasanya diiringi kerja-kerja di siang hari, maka sun-glasses adalah penting. KAlau tak, korang kena jumpa aku waktu malam je. Silau dan panas tengahari buat aku 'menangis'. HAbih mekap!!  Eyeliner pun cayaq. KAlau pakai mascara, sure dah jadi GOTH masa tu. ISkk~ TAk professional.


Bedak padat

Dan saya bawak 'SitiNurhaliza' kemana sahaja saya pergi. Hehehee...
OK baru je pakai bedak ni since pakai Pixy dan Maybelline last time. Tapi, Simplisiti ni dijamin halal kosmetiknya. So, saja try. Untuk travel, sangat osem sebab bekas dia sangat la nipiihhhhhh!!! Dan , warnanya HITAM. NAmpak mewah gitu. Ok ke tak? Susah nak cakap. Tunggu sampai bedak ni habih. KAlau saya beli lagi, maknanya ok la tu kan. Kekekekek..~




Minyak zaitun

Minyak safi. Bukan minyak sapi ye korang... 
Ini memang senantiasa ada. KAlau takde ni, baby oil JJ pun ok gak. TApi, aku suka yg ni. Gunanya untuk menenyeh wajah selepas balik kerja supaya bersih dari sebarang cela. Bila rambut kusut and kering, sebab lama pakai tudung, aku boh gak minyak ni sebelum tidur. KAlau selalu tido hotel, asyik duduk dalam bilik ekon je, minyak ni elok le sapu kat kulit muka dan badan bagi mengelakkan kulit kering. 



Sabun

Ini sabun pun kena ada kalau nak travel. Selain daripada ianya bertujuan untuk memastikan saya wangi, ianya juga digunakan untuk membasuh baju samada baju kecik, baju beso, seluar kecik dan tudung-tudung saya. DENGAN SYARAT,  baju yg saya bawak tu adalah jenis nipis dan cepat kering, dan tudung saya tu plak materialnya adalah chiffon atau silk. KAlau pashmina, tak lorat sangat nak basuh. Tudung kain chiffon ni kalau kena kari , memang kena basuh segera. HUuu.. so, nila ubat dia. AHAHAH~ 


HKCC


INi WAJIB!
Dalam henbeg ada 2 peket.
Dalam beg lektop ada 2 peket.
Dalam laci dashboard ada sepeket. 
Dalam beg baju ada 3 peket. 
MEmang aku letak bersepah-sepah macam tu. 
Kalau aku tak travel tak bawak ni, aku akan gi rumah mana-mana agen atau stokis berhampiran, dan rembat diorang punya 2 peket. HAHAHAHAH~ *tabiat yg lansung takleh tiru. MAngsa keadaan biasanya HAida dan Umie. 
Tapi, kebiasannya, client aku juga adalah pengguna HKCC. So, takde masalah laaa bab supply tuuuuu.......


PIRITON




Piriton adalah sentiasa dalam henbeg. 
Medications kena bawak senantiasa sebab aku ni selalu selsema kalau tak cukup tido. PAstu gatal idung, gatal kepala, gatal telinga. Ini ubat GATAL aku. Lepas ambik, boleh tidor dengan tenang. Leh beli kat farmasi. 10 biji RM2 je.
Inhaler

 Ini inhaler baby. Malas nak google banyak. AKu amik yang paling depan je. HAHAHAH..
This one never leave my handbag. Walaupun jarang guna dah menda ni tapi kena gak stenbai sbb time nak menyerang tu kita taktau bila.








3 Oct 2013

Company dah sediakan insurans dah. Perlu ke saya beli insurans lagi?



Untunglah orang yang kerja company besar ni....
Company dema dah sediakan medical kad sorang satu.
Kan kan??
Bilik rawatan yg bes... Semuanya ditanggung BEREH. 



Betul.


Tapi, Kita masih lagi memerlukan insurans sampingan. 
In fact, seseorang individu tu boleh beli insurans sebanyak mana pun yg dia suka, asal poket dia tebal dan mampu bayar.
Itu la untung orang yg manyak duit ni. 



Kenapa kita masih memerlukan insurans meskipun company kita dah provide insurans untuk kita dan keluarga?


Berikut adalah beberapa alasan yang disampaikan dalam bahasa mudah difahami. Smoga bermanfaatlah.


Insurans yang disediakan syarikat ni biasanya adalah GROUP INSURANS , atau insurans berkumpulan atau insurans berkelompok. MAka, ianya akan efektif ke atas anda selagi anda masih berada di dalam KELOMPOK tersebut.
 MAkanya, jika anda tidak lagi berada di dalam kelompok itu lagi, takde la lagi cover insurans untuk anda. 


Sebilangan besar kita yang bekerja di syarikat sangat mudah dikaburi dengan maklumat "insurans disediakan". 
Pulak tu, mai pulak rakan-rakan sekerja menambah dan menyedapkan stori bahawa kita dah well-covered dan syarikat kita memang sangat bagus kerana mengambil-berat hal pekerja sampai insurans pun disediakan jika terjadi apa-apa ke atas kita. 
 
WELL...... Kena ingat bahawasanya, itu adalah tanggungjawab SYARIKAT ke atas pekerja-pekerjanya. Iaitunya, menjamin kesejahteraan hidup pekerja-pekerja di syarikat mereka.
Ianya tidak bermakna , ANDA , selaku ketua keluarga dalam institusi keluarga anda sendiri tidak perlu menyediakan insurans untuk keluarga anda.
Ingat, komitmen insurans syarikat dengan anda hanya berdasarkan kontrak. 
Jika anda tidak lagi kerja di situ, babai la insurans tu.
Ada pernah terfikir apa akan terjadi selepas itu?
BAgaimana pulak komitmen anda sebagai suami, daddy, papa, apak? 
KOmitment sebagai suami dan ayah bukannya berdasarkan kontrak. 
Ianya adalah FOREVERRRRRR.....
JAdi, katelah anda dah tak bekerja di syarikat itu atau tetiba dibuang kerja , keluarga anda sedang berada di dalam keadaan yang tidak terjamin. 
JAdi, berkomitmenlah untuk membeli at least satu polisi insurans nyawa bermedical kad untuk setiap keluarga anda. 


Group Insurans tidak ada WAIVER atau CONTRIBUTOR.
TAk sama cam personal life insurans di mana ada satu manfaat yang mengatakan seandainya terjadi sesuatu ke atas diri anda , mati atau sakit kritikal, insurans anda dan anak anda atau pasangan anda akan jadi percuma. 
MAknanya, even premium sudah tak dibayar setelah anda meninggal atau anda sakit teruk which is duit income family pun dah tak de kan, AKAN TETAPI insurans masih lagi berjalan seperti biasa. 
Ahli keluarga anda masih lagi dilindungi. 
Bagaimana kalau anda hanya ada Group Insurans dan anda kena sakit kritikal?
 
Jangan harapkan WAIVER. 
SIlap haribulan, syarikat kamu akan hantar surat brenti kerja sebab kamu dah tak menyumbang kepada syarikat lagi. 
Wakpe nak simpan lama-lama ye dak?



Beringatlah kepada syarat-syarat membeli polisi insurans.
Harga premium adalah berbeza mengikut umur dan pekerjaan. 
JAdi, sekiranya anda dah pencen baru nak beli insurans untuk diri dan anak-anak , itu adalah merugikan. Harga premium akan jadi mahal. KEsian kat anak-anak...
 TEtambah lagi kalau ada yang time nak pencen tu, dia ado plak anak kecik. 
MAklumlah, kawin lambat. 
Atau..maybe kawin lagi?? KAn kann..


Ada plak company yang memberi pilihan kepada pekerja-pekerja yang nak pencen untuk menyambung bayar insurans sedia ada.
Pun begitu, benefitnya telah pun ditetapkan. 
Awak takleh ekjas ikut keperluan. 
Sedangkan semakin kita berumur, sakit dan kematian semakin menghampiri dan kita perlu sediakan wang untuk sebarang kemungkinan yg datang. 
Waiver which is sangat diperlukan untuk anak-anak pun takde.
KAlau nak jugak, kena tambah duit sendiri plak. 
JAdi, berbaloi ke??


BEringatlah juga bahawa insurans nyawa bermedical kad adalah sangat susah nak approved kepada orang yg sudah ada penyakit. 
Dan sapa yang consider lepas pencen baru nak beli polisi, perlu diingatkan bahawasanya medical check-up adalah WAJIB bagi pemohon yang berusia 56 tahun ke atas.... 


Dan tahukah anda, khasnya untuk pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat yang menyediakan insurans kepada kalian.....
Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, perkara yang paling awal diorang akan reduce atau buang terus adalah medical cover dan insurans..... 
Diorang akan kurangkan cover, atau bagi pekerja-pekerja gred rendah, dorang akan buang terus. 
Dan yang best tu, company tu tak khabar pun kat pekerja yang diorang ni dah takde insurans sebab company sedang menstabilkan diri akibat kemelesetan ekonomi.
Well..korang pekerja bawahan je. NAk gtau wakpe? 

Pernah tengok citer John Q tak?




LAgi satu sebab KENAPA PERLU ada INSURANS dan KAD PERUBATAN sendiri ini adalah kerana
ANNUAL LIMIT yang LEBIH BANYAK. 
Anda boleh tentukan sendiri berapa had tahunan medical card yang anda rasa perlu untuk diri anda dan keluarga. 
Ada sesetengah company yang had perubatannya hanya RM25,000 setahun. 
Untuk ahli keluarga pulak RM12,000. 
Ada pulak yang RM50,000 setahun, tapi kongsi-kongsi dengan family member yang lain. BUatnya ahli keluarga dia ada 6 orang, jenuh la orang kedah kata bedak-bedak atau bahagi-bahagikan sesama sendiri.
Jika anda rasa RM25,000 itu mencukup untuk rawatan perubatan anda, abaikan sahaja entry belog saya ini. 
Dan jika anda rasa keluarga anda semuanya dah cukup perlindungan perubatan, and kalau tak cukup pun, hospital kerajaan kan ada untuk memberi rawatan terbaik, saya akan cakap....
Doktor hospital kerajaan pun beli insurans, siap kad perubatan lagi. 
Orang beli kad perubatan ni bukan sebab dia tak percaya or dia tak suka ka hospital kerajaan. 
Tapi, sebab dah tau dah, PERBELANJAAN PERUBATAN sekarang ni, bukan murah dah. 
Kalau dulu, nak 'kerat' perut pakai pisau besar. Skang, dah halus sangat pisaunya. Pakai laser. 
Kalau dulu jahitan selepas pembedahan tu nampak ngeri je. 
Sekarang, hari ni bedah, 3 hari kendian dah boleh main sepak takraw. HAAA... cemtu la nak habaq teknologi perubatan kita skang ni. Hebat kan?
Nak yang hebat gitu, semestinya lah mahal. 
TAkkan pulak kita nak habaq kat doktor bedah tu.. "TAkpa doktor, belah perut saya pakai pisau potong ayam pun boleh. Tayah la charge mahal-mahal..." 
Boleh gitu?

Haa.. skang kome gelak la. 
Tak sakit lagi kan?

Dan pada yang menyangka syarikat tempat anda bekerja memberi had perubatan yang infiniti, tak kisah la sakit apa pun, saya takleh nak cakap apa. 
Anda memang hebat. 
Semestiya ada adalah orang penting dalam syarikat tu sehinggakan berapa saja kos bil perubatan anda terus dibayar sampai bila-bila. 

KErana, saya sendiri melihat beberapa orang yang menderita 'kekurangan' gaji kerana terpaksa dipotong untuk menampung bil hospital yang pada mulanya dibayar oleh pihak syarikat, tetapi lama-kelamaan, apabila kos itu sudah menjadi tinggi , melebih pulak tahap gaji tahunan pekerja tu, dan lebih pulak limit perubatan yang mungkin layak buatnya, gaji nya terpaksa dipotong. 


KEbanyakkannya adalah kes Kanser.
Well.. seperti anda semua sudah maklum, Kanser adalah penyakit yang paling BANYAK claim mengikut kajian kes, sehingga tahun 2012. 
Dan, anda juga maklum, yang pesakit kanser ni kalau operate hari ni, tak akan baik besok. 
Healing mengambil masa yang sangat lama. 
JAdi, healing juga memerlukan WANG. 


Beringat..
Otherwise jika anda rasa anda TAK MUNGKIN akan kena sakit seperti kanser, maka abaikan entry saya ini.


TAk rugi pun beli insurans lagi even company dah cover.
Boleh je nak guna dua-dua.
Yang tu kena rujuk pada agen yang pakar agar insurans yang ada tu dimanfaatkan sebaiknya. 






Sekian Info Insurans kali ni.

JAdi, sapa yang rasa diri tu dah well-covered, think again~
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
The best is, ce gi tanya HR tentang polisi insurans company anda. 
Jangan ingat FREE itu BEST ok. 




Thank you. 



Photobucket

1 Oct 2013

Kroihhhhhhh....Kroihhh.... Tapi siap gak tulis entry.




ENTRY SULUNG LEPAS BALIK OUTSTATION!!!!

kena juga tulis entri sebab Nuffnang dah takmo 'kawan' dengan aku. 


Alhamdulillah. 
HAmpir sebulan Inche Kitchi ado di rumah menjadi suami dan Apak yang cemerlang untuk kami, 29 haribulan lepas dia udah pun terbang ke Kota Kinabalu bagi menyambung tugas mencari rezeki buat kami. 

Aku yg memang terkenal dengan sifat suka 'mengambil kesempatan' ni , mengambil kesempatan la gi KL nak ngantor dia dan dalam masa yang sama aku nak gi rapport suma prospek dan client yg ado di sana. 
Sebab ari tu ada yang tak sempat jumpa semua. 


As usual ,kalu aku gi atas urusan kerja maka Otomen berdua tu kenalah tinggal kat umah je. KEBETULAN plak, Linda balik cuti minggu tu. SYukur sangat sebab ada pembantu jagakan anak-anak kecik ni. 

KAlau korang tanya aku, berapa kerap aku outstation dalam sebulan, aku pun tatau nak jawab. 
Paling kurang,sekali. 
PAling kerap , entah la. 5 kali pun ada kot.
 TApi, tu sekali harung ngan balik Kuantan sume la. Udah nama pun kerja gini, kat mana-mana pun aku bekerja. Balik umah Mak pun, leh kerja lagi. Syarat dia, bil telepon bayaq. Ada internet kat mana pun. MAka, KERJA tu dimana-mana. 


Aish..
Tu malas tulih belog lani. Asyik citer tang kerja je. 
Udah ini je yg aku dok buat for the past few days, and weeks!

Alhamdulillah....
Result bulan ini adalah memberansangkan. 
AKu berjaya achieve target untuk mendapatkan I Pad Mini secara FREE. 
Sebabnya, nak tunggu aku beli sendiri memang TAKDE LA sebab diri pun tak minat gadget. 
So, atas usaha dan sokongan SEMUA sahabat, I DID IT WELL this month. Especially to my Al-Azhar Associates, and the HKCC Team.. Mereka lah tempat aku menjerit-jerit menyatakan target bulanan aku setiap bulan. And they constantly remind me so that I wont forget. 
LOVE YOU ALL!!!!! *Hugssssss..
Inche Kitchi pun nampaknya cam excited je ngan aku punya keterujaan. Sanggup teman gi KL awal and follow up aku .. "berapa lagi kes nak cukup i pad niii?" 
Wahaha.. siap tanya macam bapak nak check keje skolah anak k...


 So, on last Thursday, pada tarikh 26hb sampai la 29hb, aku ada di KL. 
Stay di Prudential Training Academy, Bukit Antarabangsa. 
Kat situ le aku bertapa. 

PErnah buat entry pasal tempat ni. Baca SINI

Ini plak wajah sebahagian mereka yg saya sempat ketemu. 




Pah

Pah adalah sepupu Makbed. 
Dia dok Sri Baiduri Apartment , dekat-dekat ngan tempat aku stay tu. Kebetulan masa dia nak gi isi minyak, dia ternampak Bambam Bee parking kat dalam Academy. 
So, dia brenti singgah.... dan ajak aku gi umah makan goreng pisang. 
Sanggup masak kat sepupu dia yang kiut ni. HEHE..~




Sedap woi goreng pisang Pah masak. 
LAyan gak makan sambil lepak-lepak kat umah sewa dia. 




Puan Emi Gojes

Ini adalah Stokis HKCC Sarawak. Sekarang sudah berhijrah jadi orang KL. KAlau kome nampak muka ni kat area Puduraya, itu memang dia. Tak salah orang. Sebab dia dan Pudu memang sinonim sangat dah. 
HAHAHAHHAH~

NAk berkenalan boleh gi belog dia di  http://crazy-venus.blogspot.com/ dan nama pena dia Nadea Ramly.
Dah kawin. Asben dia Navy. JAdi, dia adalah tak berapa 'betoi' sangat at times , sama mcm aku sebab asben jauh. Lalalalalala~ *Ngutuk client sendiri plak. TApi dia garang. AKu tak. Aku baik je.





Kak Gayah

Ini Kak Gayah. 
Aku kenal dia masa jumpa si Emi ni la. 
Kak Gayah keje satu opis ngan Emi.
BAru kenai tak sampai 5 minit, dah ketawa-ketawi macam nak roboh pejabat. Ok..pasni appointment ngan aku takleh wat kat pejabat dah k. Rosak tatasusila camni. 
Tapi, Kak Gayah sangat cool. 



Na-o-mei

Ini kucing yang obes. Tuan kucing ni nak beli HKCC so dia cari aku. KEbetulan memang aku ada di KL.
KAlau fb pemes ngan Oni ngan Wawan, pesbuk tuan kucing ni pemes ngan gambo kucin debab ni je. Terlupa pulak nak snap gambo tuan kucin tu sebab dok ralit sembang. 
Comey tau kucin ni. TAk sama padan ngan tuan dia. Tuan dia keding je. Kucing lagi sihat dari tuan. Tu bukti betapa tuan dia sayang kat dia, sanggup tak makan sbb nak bagi kucing sihat... *ok tipu. 






Ni memang tak payah diperkenalkan dah.



Aku doakan korang berdua kahwin walaupun korang tak suka antara satu sama lain. HEee..~

Disebabkan flight INche Kitchi adalah pada jam 6.30 am pada 29 haribulan, so aku yang takut sesat dan ingat-ingat lupa jalan gi LCCT ni kena la minta bantuan Fiza ngan Gemok untuk jadi akunye GPS. 
Bagus ada diorang ni sebab malam-malam je diorang available. Siang depa tidoq. Sebab tu la time aku bergambo ngan depa je, malaaammm suasananya. Sebab malam je diorang ada. 

So, asben pun tak de risau aku nak balik sengsorang dari LCCT tu kendian.



Inche Kitchi snap gambo tak kiut lahh. Alaaa... Tengah gelak beso lak. Aih... Sabotaj ni. HAHAHAH *TApi publish gak gambonye. 

Ni saat dah sampai LCCT. 
MAsa ni dah jam 4.30 pagi dah. 
Lepas muah-muah asben, kami pun balik.... Tak tunggu pun sampai kapal terbang berlepas. KAlau babai-babai pun, bukannya dia nampak ye dak? 

Kalau ikut ati tu, lepas antar beliau, aku nak pecut balik KEdah terus. 
TApi, Inche Kitchi soh balik tido dulu. GAmaknya nampak mata pun dah nampak mcm kena tumbuk je, lagi nak drive. INgat Kedah tu dekat ke? 
Bila sampai bilik tu, kepala dah terbuai-buai dah rasa. Lepas solat SUbuh baru tido. Tu pun, dalam kepala dok ingat anak-anak je. 

3 jam je tido. 
BAngun-bangun tu terus bersiap balik. 
Jam 2 petang , pada 29hb aku dah pun sampai Kedah, selepas 4 jam memandu. 


******




30 haribulan, esoknya tu (Isnin), drive lagi. 
Hantar LInda balik asrama di Baling. 
PAstu, gi amik suma pos dan courier di pejabat pos.
Then, malam lak.. antar Umie gi stesen bas. Umie nak gi Terengganu. Ayah dah tunggu kat sana. 


Hari ni..
Selasa...
Appoinment ada 1. Tapi aku batalkan. 
Tadi dok elok-elok wat quotation kat meja, tetiba je kepala sakit. Entah le migren ke hape. Tak pernah migren. TAkde rekod migren pon before this. 
Kena rehat dulu sekejap. NAk tido...

Dan....

Tetiba....


BAIK BOSS!!

*excited. 





Kroihhh...Kroihhh...Kroihhhhh...~




Kepada mereka yg takde gambo , sori. 
MAkbed lupa snap. 
Thanks to Jun and Teacher Aimi Athirah atas layanan semasa aku singgah rumah korang. 
And to those yg tak sempat nak jumpa,  Wan Kering and wife, HAziq, Itik, Noni, NurKasih, Mamu, Kilah the Kazen, Cikin Cikinot si penjual kasut, Al-Phaten and few names on the list, nanti aku ekjas time utk anda ye.



Pen off dulu. NAk rest.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram