Followers

24 Sep 2013

Product Review : INNER MAGIC



 Lebih 2 tahun dah Makbed mengenakan shawl dan pashmina.
 Sebahagian dari anda yg mengenali dah tahu dah kronologi pemakaian tudung MAkbed mula daripada bawal, sampai tudung awning tu dan kendiannya berakhir pakai shawl dan pashmina. 

Bila pakai shawl dan pashmina ni, memang aku tak pernah miss pakai anak tudung. 
Sekarang, dah macam-macam jenis anak tudung dijual. Dulu, anak tudung yg aku tau adalah anak tudung kaler putih dan hitam, yang pakai gi sekolah tu. Kalau hilang anak tudung tu, memang bleh nangeh. 
Pehtu, kalau anak tudung tu dah longgar, boleh lagi ikat dengan getah kat hujungnya. 
HEehe..
Zaman dulu-dulu la. 
Tak boleh pakai apa tudung pun kalau anak tudung takde. 
Tu memang rule number ONE pakai tudung. Kalau aku la ..~


Dalam laci aku penuh ngan anak tudung atau nama moden nya kini INNER. 
MAcam-macam kaler ado. 
Dari inner biasa, kain jersi sampai inner yang ada awning. 
Tapi, yang paling kerap aku pakai adalah inner biasa je. Kain cotton. 
Inner neck pun ada. 
PAling mahal aku beli selai tu rege RM30. Saja nak try. TApi, aku memang tak ditakdirka berjodoh lama dengan inner neck. 
Tak leh pakai! RIMAS! Sob sob sob..~

Disebabkan banyak benor inner dalam laci aku, ada yg tak pakai lagi, maybe aku nak sedekahkan kat sesapa yg berminat la. Heehhehe.. *rasa macam dah ada calon aje. Dia mesti suka. 

Sehinggalah aku terjumpa iklan INNER MAGIC.
1st impression aku tengok nama inner ni, memang aku tak teringin lansung nak beli. 
Korang kena tukar nama lain la kot, bagi komersil.
TApi, bila aku tgk patern inner magic ni aku rasa ini inner yg MAKE SENSE dan logik untuk aku pakai seharian. 

MAka, pada suatu hari aku melihat sorang member kat fb ni keluarkan iklan Inner Magic tuh.
So aku pun beli. 
Memula beli 1 je... Kaler hitam.
AHAHHAHAHAH~ tipikal MAkbed. Semua menda nak hitam aje. 



Ini rupa patung pakai. Nampak sombong je. Mementang pipi nipis.




TAklama pastu, sampai.
Aku terus pakai. 

Wah, excited kau!
Terus order lagi 5 helai!!!! Tihtihtih..~

Dsebabkan 2nd batch aku order tu takde kaler pink, so maybe aku akan order lagi pasni. 


Inner Magic Hitam
Bagi aku, inner ni sangat mudah dan kemas. Boleh ekjas tahap muncung , jangan la expect muncung inner korang sama macam apa yg patung kat ateh tu pakai. 
Sebelum pape, korang buat inspection dulu pipi, bentuk muka dan luas dahi korang sendiri sebelum compare hasil pemakaian kat PATUNG dengan kat kepala korang. 
The result may VARY oke.
Sila faham tu. 

Disebabkan muka aku tak kurus macam patung, jadi aku redha je lah. 
Anyway, inner ni boleh ekjas whether you wanna wear it muncung or nak pakai kemek kat dahi. 
Tapi, tang paling aku suka adalah 'ekor' inner ni panjang. So, tercover la sanggul aku. KAlau inner yang pendek, biasanya ada nampak lebihan rambut terkeluar kat tudung kita. Sangat tak bagus gitu. KAn?












Inner Magic Hitam yang disorokkan.


Inner hitam ni mudah sebab kaler dia leh pakai dengan macam-macam.  
Kalau aku travel, dan aku ada banyak appoinment in one day, aku leh tukar style inner tu, nak pakai kat luar ke, kat dalam ke. 
Selalunya, lepas aku solat, tudung aku dah tukar style dah la.
Fresh look gitu.
PEnting untuk anda tahu beberapa style pemakaian shawl n pashmina yang mudah dan pantas. 
Macam gambo atas ni, inner dah kena tarik masuk dalam.










Sapa nak beli boleh gi contact ini orang


Murah je

RM10 sehelai. 



Makbed tak jual.
Makbed pakai aje. 




Thanks.
 

22 Sep 2013

Terkini Tentang Keluarga Kecil tapi Bingit Saya


 BEtui le kata sesetengah orang..


Makin besar kuasa, makin banyak tanggungjawab.
Ok...Skang ni, kuasa aku tak de la bertambah pun, tapi tanggungjawab banyak pulak.
PAyah nak melaksanakan hobi aku nan satu ni. 


MOst of my weeks filled with loads of traveling. 
Bukan jalan-jalan gi makan angin. 
TApi, gi kerja. 
YAng memfolo instagram aku tu, korang akan nampak gambo aku snap dalam BAmbam Bee semedang. 
Sebab, tu je masa nyempat aku nak snap gambo. 
Ngeheheheh~
Tua dalam keta jela aku ni. 


BAgaimana kehidupan semasa adanya Inche Kitchi di sampingku?
HAHAHA..
Sama je lah. 
Best sebab time sejuk-sejuk, ade orang peluk. Ehhh??
Rutin kerja sama juga. 
Dapur berasap la bila petang. 
Tengahri jarang masak. 
AKu paksa Inche Kitchi diet , sbb aku diet!
Skang ni mempraktikkan makan kongsi-kongsi. Selalu, aku cilok makanan dia. 
KAlau aku lapar, aku makan sorang tak ajak dia. 
HAa..gitu pulak. 
Korang jangan le mencontohi aku. 
Petang lepas Oni balik, baru aku celapak gi dapur masak. 
Aku elak nasik jauh-jauh sebab aku memang bangsa takleh nampak nasik. PAstu , aku ni jenis fanatik dengan lauk masakan sendiri. Buleh makan bertambah-tambah. 
Bek makan kat kedai sebab takleh nak tambah sebab malu kat tuan kedai. HIhhihh~

Seb bek ada HKCC. 
TAkde la sunyi sangat program diet aku ni. 


Pagi ni, ajak satu family sarapan di luar. 
HAri ni nak makan kepsi. 


LAst aku makan KFC Breakfast masa kat Lumut, tahun sudah. 


Mereka yg terpaling eksaited

TAk kabor pun kat Oni ngan Wawan mana nak bawak diorang. 
Wawan skang dah pandai cakap, meskipun pelat. 

"Nyak gi aneeerrrr...." gitu bunyinye. Maksudnye... NAK PEGI MANA.


Budak Cengeng


Oni plak skang pandai demand nak makan kat luar. 
Pulak skang Apak dia ada kat rumah, makan malam biasanya tersedia bila dia balik sekolah. 

"Jom la kita makan kat kedaiiii....." katanya. 
PAdahal, time tu aku baru je lap peluh lepas masak nasik ngan lauk sardin. Dia yang suruh plak tu masak sardin tu. Ngaih!



Kami berdua


 Minggu depan Inche Kitchi nak sambung kerja balik dah. 
3 bulan plak la kot dapat jumpa.
Tak pun 6 bulan. Kwaaa!!! Kwaaaa!!! *keriau. 

Kome jangan tanya le perasaan haku dok jauh-jauh ngan suami ni. 
Aku dari mula kawin sampai ke la , gini la cara hidupnya. 
LAma-lama dah biasa dah. 
TApi, ekceli dok jauh-jauh ni best jugak. 
Kitorang jarang sangat dapat gadoh.
Cuma sian kat asben ku. Balik-balik, isteri dia dok 'comel' je... hHEhehe~ 
 Ok la Cayang. 
Sekali lagi balik, mesti kurus dah. 

HAHAHAHAHAH~
****tadi baru pas makan meatball. Alang bawak balik. 


Kami semua
 
Ini gambar family lagi. 
Wawan skali lagi wat spoil. 
PAyah la nak dapat kerjasama dia kalau bab bergambo ni tau. 
Ni protes sebab apa taktau la. 
TApi, dia memang sangat pintar 'melakonkan' watak anak yang teraniaya dan terabai. 
AKu dah berapa kali rakam dah tapi tak lepas masuk fesbuk. GAmaknya terlalu 'ganaz' sangat videonya sampai berapa kali tapis pun, still tak lepas gak. HAUHAHAUHAUHUAH!!!


 
Tera nak besaq anak-anak ni. 
*Aku nampak diri aku sendiri sedang berada di atas riba aku. Ngeee~



19 Sep 2013

Terkini Oni dan Wawan.


Ampunkan saya penunggu guaaa....




NAsib baik tak lupa password blog. 
Inilah namanya blogger yg lupa diri. 



Seperti yg diketahui, Inche Kitchi balik cuti sampai hujung bulan ni, bermula 8 haribulan ari tu. 
Sebaik sahaja beliau pulang, Makbed pulak outstation. 
Well, kepulangannya tidak dijangkakan sebenarnya... Patutnya dia balik lewat sikit. TApi, dia balik awal, bagus la. TAkde la serba-salah nak tinggal Oni ngan Wawan since Apak depa ada. 


ONi plak dah makin tinggi. 
BAnyak pulak seluar dia yang senteng. 
Wawan pulak, beso kat perut. 
Tshirt kalu dipakainya, bergulung naik atas sebab perut buncit. HEHehehheh~

Kena beli baju baru la wahai anak-anak sekelian. 
Nanti Ibu belikan ye. 


Tu citer bab baju. 
Fizikal dah maju. 
Tapi Oni tetap aku anggap macam baru setahun je umurnya. 
Kalau tengok baju dia kat kedai, aku dok kempius lagi anak aku ni tinggi mana, besar mana. 
Buat malu kat promoter jek. 
HAHHAHAA~

Ari tu Oni sound aku..

Aku ajar dia penjodoh bilangan. 

Perkataan yang nak di'jodohbilangan'kan adalah...

LIPAS.


"Ibu nampak seekor lipas di tandas."


Ate dimarahnya aku plak. 



"IBU, LIPAS MANA ADA EKOR. DIA ADA MISAI SAHAJA. "



"Haa... ok leerr.." aku jawab plak. Malas pulak rasa nak berbahas. 

Kalau cikgu cakap tu, betui aje semuanya.
Aku cakap, asyik kena betulkan je. Dush Dush~


Sampai nak suruh makan sayur pun, kena sebut nama cikgu gak. BAru nak makan. 



So, mulai daripada semalam, aku suruh Oni panggil aku "CIKGU IBU".

DIa setuju jekkk~ 

HAHAHAHAHAHA..




Wawan?


Cengeng macam biasa.
Semua nak nangeh. 
Mementang Apak ada, lagi mendayu-dayu tangisan dia. 
Seni menangis tu takde tempat lain dah dia dapat - kat sekolah ler tu. 

Memula merajuk minta barang tak dapat.
Diam seketika, muka sebek. 
Mulut panjang.
PAstu, bunyi tangisan sikit.
Pehtu, teresak-esak plak. 
Pehtu, kuat sikit nangeh. Air mata dah keluar macam air terjun. 
Pehtu, IBu pujuk sat. 
Diam sat. 
Bunyi lak suara ngengada... Nak peluk la bagai. 
Pehtu...
Nangeh balik sebab mata sakit dek menangih yang awal tadi. 


JAdi, aku sebagai IBu dia, aku buat derk jela.
Nangeh la sampai tido. 
Haish~ 
Kalau time nangeh tu keluar lagu Pocoyo ke Oggy ke, terus sedut balik suma ingus ngan air mata yg tadi tu keluar macam ayaq terjun, ayaq mata tu pun gostan balik masuk dalam mata. Apa punya turr..~
 




Ini lah dio mereka-mereka yang membuat saya berputar-putar sampai pening.



10 Sep 2013

2 Trend Sejak Akhir-Akhir Ni



Sejak zaman teknologi yang berkembang-pesat ni, nak berniaga ,nak membeli-belah skang dah takyah bangun dari kerusi dah. 
Bontot melekat kat kusi je... duit boleh habih ribu-ribu. 
Seb bek masa posmen datang deliver barang, kena bangun sign terima barang. MAka, kena la berjalan sikit. Kalau tak, silap gaya, posmen pon kena masuk sniri dalam umah utk amik signature kita. 


Begitulah KITA agaknya di zaman depan. 
Zaman yg serba-tak-payah-bergerak kemana pun. 


HAri ni aku nak tulih berkenaan 2 trend yang paling awesome tapi agak annoying juga bagi pandangan mata aku. AKu taktau la korang, tapi ini aku la. 



Trend pertama. 



PM PLIS!!!



Promoter sesuatu barang tu udah pun letakkan segala detail barangan dan servis yg dia tawarkan, siap dengan number phone serta harga di ruang statusnya, tapi yang membalas komen di bawah status tu hanya tulih "PM!"
 
Iklan juga ada menulis arahan terang, "PM jika berminat" dan kemudiannya, perkataan PM akan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, berderet-deret di ruangan komen iklan. 

Kegilaan terhadap huruk P dan M ni memang sangat ketara bila apa saja la menda yang orang iklankan, semua dia nak tulih PM. 
Padahal, dalam iklan tu dah cakap "PESANAN di ruangan komen tidak dilayan. Jika berminat, boleh terus email ke alamat tertera atau hubungi number phone berikut."
 NAK JUGA TU DIA TULIS "PM".

TAhukah anda apakah PM?
Apakah fungsinya?
Bila perlunya PM?


PM ni mungkin ada banyak makna... tapi kalau ditulis kat ruangan komen, ia MUNGKIN bermaksud Private Me!

Sebelum kita suruh orang tu PM kita semula, kita kena tahu dlu, untuk tujuan apa ANDA MAHU ORANG TERTENTU PM anda.

Dan aku rasa tak salah sekiranya ANDA BERMINAT TENTANG SESUATU PRODUK tertentu, ANDA SENDIRI PM tuan punya produk untuk mohon penjelasan lanjut. 
Tak perlu lah menabur perkataan PM berselerak di ruangan komen kerana ianya adalah sesuatu pekerjaan yg sia-sia.
Terus sahaja PM di inbox tuan punya iklan tu. Habeh cerita, 
BArulah nampak anda benar-benar berminat nak tahu tentang sesuatu produk. 




Trend kedua. 


PEnjualan barangan yang mempunya bacaan ayat suci Al-Quran.

Ini pun termasuk dalam kegilaan dan trend. 
Sehingga aku sendiri pun tak yakin adakah barangan yg 'didakwa' ada dibaca ayat-ayat AL-Quran ini tulen ke tak tulen. 
Sampai semua la ada bacaan ayat suci. 
Cuma moskelnya aku adalah, jika barangan ini dibacakan ayat suci, kemudian uruskan penghantarannya dilakukan secara postage, bagaimanakah keadaannya? 

Dan, dengan adanya produk yang di'dakwa' ada bacaan ayat suci ni, masyarakat kita bagaikan semakin malas. Ayat-ayat ruqyah yang mudah, boleh diamalkan sendiri pun, dah takmau baca.
Dok harap orang lain bacakan. 
Alasan, bacaan tak elok. Takut tersalah. 

Nampak?
Kenapa tidak berusaha?
KAlau dulu, nak air 'jampi' kena mengadap ustaz dan imam. 
Sekarang, kita dah tak yah jumpa ustaz. Muka ustaz pun tak kenal. MAin online je order. 
 Allahuakbar. 
Semudah itu kah?

PAling terkesan kat hati aku apabila aku gi kat satu kedai menjual rempah.
 Rempah memasak yang dibuat sendiri dengan tangan. 
Kedai A ni memang dimiliki seorang India. Memang dia ni pakar buat rempah kari, rempah kurma. Sejak dulu-dulu lagi orang beli kat dia. Cina beli kat dia. Melayu pun beli kat dia jugak. Bayangkan la , dah lebih 20 tahun dia berniaga di situ. 

Ada pulak kedai B. Dimiliki oleh orang Melayu kita. Juai rempah juga. Rempah buat sendiri juga, Juai ikut timbang gitu. 
Disebabkan, reputasi Makcik India Kedai A memang dah tersohor, orang tetap beli kat MAkcik India ni meskipun ada penjual Melayu yang buat rempah. 
Taktau le sebab apa orang tak berapa nak beli kat si Melayu. BUkan la takde lansung beli, tapi kurang sangat. 

Maka, nak melariskan perniagaan punya pasal, si Melayu ni mempersoalkan pelanggan-pelanggan MAkcik India yang suka sangat beli kat Makcik tu. Dan ayat yang last tu yg buat aku pedih sikit....

"Rempah saya ni saya dah selawat, baca ayat-ayat ruqyah dah. Belilah barangan orang Melayu kita. Yang pi beli hat India tu kenapa??" 

Kata-kata tu buat aku terpana seketika. 
Wah..bagus betui. BUat rempah sambil baca ayat ruqyah.
 PAdahal, solat jumaat aku tengok miss semedang. 

NAmpak tak? 

Kata-kata dia tu buat pembeli jadi bersalah. Rasa berdosa. Mula lah ada doubt di sana sini.. Kesian MAkcik India tu. TAktau pape. 

Tapi sudahnya, Makcik India tu cakap...

"Itu budak Melayu beli rempah pun sama saya lah!!!  Dia kata mau jual ini rempah. Rempah sedap.."


Ha.. tengok!! Tengok!!! 
Tak ke memalukan bila orang suma dah tau. 


BAgi aku, terlalu banyak orang mempermainkan ayat-ayat Allah untuk buat jualan. 
Kismis dalam kotak, katanya ada bacaan ayat suci. Tapi, susun kismis atas lantai. Tepi pintu tandas. 
Tisu pun kata ada bacaat ayat suci ko tau!
Coklat...
Kopok lekor pun ada.
Minyak lintah pun ada tau. 


 

Gila.. peh ni minyak petrol Ron 97  tu pun dia kata ada bacaan ayat suci. Punya nak bagi laku.





 





9 Sep 2013

Fitrah Anak Sulung


Terjumpa artikel ini dalam Metro, disiarkan pada September 3, 2013.




Biasanya anak pertama dalam keluarga menerima kasih sayang melimpah daripada ibu bapa. Tambahan pula kehadirannya dinantikan bertahun-tahun lamanya.
Kini anak itu sudah semakin membesar dalam usia remaja. Sebagai kakak atau abang sulung, tanggungjawabnya bukan saja sebagai seorang anak, lebih berat lagi perlu menjaga tingkah laku adik-adik yang lain.
Dalam konteks ini, anak sulung adalah ketua dalam susunan adik beradik, walaupun bapa sebagai ketua keluarga. Oleh demikian, anak sulung mempunyai hak untuk untuk mengawasi pergerakan adik-adik.

Difahamkan, kebanyakan ibu bapa inginkan anak sulung lelaki kerana boleh bertindak menjaga adik-adik di bawahnya nanti, malah boleh menjadi ‘wali’ bagi adik beradik perempuan sebagai ganti jika ayah tiada nanti.

Sebagai anak sulung, segala keinginan dan impian ada ketikanya mereka sanggup abaikan demi menjaga perasan adik dan mendahulukan mereka dalam setiap hal.

Pengorbanan yang dicurahkan adalah semata-mata untuk melihat adik-adiknya menggapai impian, seterusnya membanggakan ibu bapa.

Sebahagian kes yang berlaku dalam keluarga kurang berkemampuan di mana anak sulung berhenti sekolah untuk keluar bekerja bagi mencari sesuap nasi buat adik-adik.

Meskipun nampak mereka mampu menggalas tanggungjawab itu, pasti akan terasa ‘beban’ terutama ketika usia yang masih mentah. Ketika ini mereka seharusnya menyambung pelajaran bukan bersengkang mata mencari wang.


Terkena tempias

Secara zahirnya, dalam satu tandan pisang pasti ada yang busuk. Begitu juga dalam keluarga, sebagai anak sulung tentu ada rasa tekanan dengan kenakalan sikap adik yang tak mahu mendengar kata.

Jika ada kesalahan yang dilakukan si adik, mereka turut terkena tempiasnya dan dianggap tak pandai jaga adik walaupun kesalahan itu bukan berpunca daripadanya.

Sudut positifnya, anak pertama menjadi contoh kepada adik-adik dengan keperibadian yang baik. Selain menjadi kebanggaan buat adik-adik untuk mengikut jejak langkah abang dan kakak yang sudah berjaya.

Penulis sempat bertemu seorang anak sulung perempuan, berumur 22 tahun, yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di ibu negara. Biarpun meminta untuk merahsiakan identiti dirinya daripada tatapan pembaca lain, namun kisahnya dapat dijadikan teladan.

“Saya anak sulung daripada enam orang adik beradik. Oleh itu, saya harus menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik yang lain terutama mereka yang masih bersekolah.

“Disebabkan saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, saya tekad untuk tekun belajar semasa di bangku sekolah sehingga berjaya melangkah ke universiti tempatan.

“Namun ada ketikanya diri rasa tertekan dengan kenakalan adik-adik terutama mereka yang tak minat untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

“Banyak masa mereka habiskan dengan benda yang tak mendatangkan kebaikan seperti melepak, ponteng sekolah dan cuba untuk menghisap rokok, walaupun masih bersekolah.


Melawan kata-kata

“Sebagai anak sulung, saya berperanan menjalankan tanggungjawab menjaga perilaku adik-adik. Bila ada saja barang yang mereka perlukan, saya ambil tahu.

“Pernah suatu ketika, adik bongsu curi-curi hantar mesej kepada teman lelakinya. Jadi saya rasa aneh dan syak sesuatu yang tak baik. Ketika dia leka keluar dengan kawan-kawan sehingga tertinggal telefon di rumah, saya ambil untuk teliti gajet itu.

“Saya sedih dan terkejut bila membaca setiap baris ayat yang dihantar kepada teman lelaki menggunakan perkataan yang kurang baik lebih-lebih lagi datangnya daripada gadis remaja yang masih bersekolah.

“Jadi sebagai kakak sulung, saya menasihati dia agar sentiasa menjaga maruah diri dan tak sesekali melakukan perbuatan buruk terutama bila berkawan dengan mereka yang hanya nak ambil kesempatan semata-mata.

“Namun nasihat itu tak diendahkan malah melawan kata-kata saya. Katanya, saya tak harus campur urusan peribadinya sedangkan saya beri nasihat yang berguna. Bimbang dia menyesal kemudian hari.

“Saya hanya manusia biasa dan kesabaran saya ada hadnya. Bila ditengking dengan adik sendiri, kesabaran saya hilang sehingga tangan saya melayang ke pipinya dan akibatnya, dia tak mahu bertegur sapa dengan saya sampai sekarang.

“Begitu juga adik-adik yang lain menganggap saya perasan bagus dan melempar tuduhan bahawa saya dengki dengan kehidupan mereka. Sebagai anak sulung, memang saya sedih dengan sikap adik-adik yang begitu.

“Kini saya jarang lagi menegur adik-adik, cuma memantau dari jauh agar mereka tak terus hanyut dalam landasan kehidupan. Bagi remaja luar yang dilahirkan sebagai anak sulung curahkan kasih sayang anda itu dalam pelbagai cara agar dirasai oleh adik-adik bahawa pengorbanan seorang anak sulung tak ada batasnya,” katanya.

 MyMETRO



MAkbed berkata:

Pengorbanan anak yang sulung ni selalunya secara senyap. TAkde mention kuat-kuat. Sifatnya suka MERAIKAN. Pencetus keharmonian. Penarik hubungan. Pemantau kelakuan. Kelakuan adik-adik la secara khasnya. Pembantu Ibu dan Ayah. Penggerak setiap kerja. Wakil kedua, selepas orang tuanya.
BIasanya, si sulung lebih suka menerima saja setiap hukuman atas kesalahan, baik salah diri sendiri atau salah adik-adik. Baginya, asalkan 'setel'.. Abah dan MAk berhenti marah-marah, sudahlah. LAin-lain, tolak tepi sudah. 
Si sulung lebih berdikari. Bukan sengaja dibuat, tapi memang sudah lumrah dan jati diri. 
Gembira sedihnya biasanya sendiri. 
Senyum di wajah, ketawa di bibir nampak gembira dan suka, tapi dalam hati, rahsia simpan sendiri. 
HAa.. anak sulung ni sangat bijak menyimpan rahsia diri. Nak korek tu susah, kena pakai 'password' atau kata kunci.
Si sulung dilatih berkorban, ada masa terkorban .Ada juga masa, mengorbankan. 
Si sulung, banyak memerhati. Kerana pengalaman hidup tak boleh dijual beli. 
Nasihat aku pada adik-adik, jangan pandang enteng nasihat kakak dan abang sulung. Kerana, mereka bercakap berdasarkan pengalaman. BUkan cakap-cakap kosong. 

Beruntunglah siapa punya kakak dan abang...
Saya... anak yang sulung.
Punya 5 adik di belakang.

Dulu...




Sekarang! (tak cukup sorang la. Angah takda)
 
 
.

 Dari saya,
anak sulung yang ganas. 


HAHAHAHAHH~


7 Sep 2013

HAH! Makbed yang sekejap di sini, dan sekejap di sana


AKU BARU BALIK DARI MANJUNG!!!


-again-



Haih.. life on wheels je tau. *Snob!


Gemuruh jiwaahhhhh..
Semangat membaraaahhhh!!!!


Gitulah aku dan tugas-tugasku. 
BUkan senang nak senang.
Tak susah juga nak menjadi susah. 

Alhamdulillah...
Bersyukur dengan decision berhenti kerja jadi pembunuh lalat dan penjawab telefon berhemah 2 tahun lalu, aku kini mampu buat apa yg aku tak pernah terfikir nak buat selama ni.


Iaitu.....




DRIVING SELAJU 145km/j dari Manjung ke Kedah dalam masa 2 jam sahaja. 
Hebat?


BAnyak pakwe hensem ajak race plak. HHEHEHEHE...~


Bambam Bee kena bawak gi bengkel dah ni.
Minggu depan Inche Kitchi balik. 
Yey Yey!




 Lama tak buat entry insurans kan?

5 Sep 2013

Product Review : PALESTINE ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL



Alhamdulillah..

Berkesempatan nak berbelog malam ni. 
BAnyak terhutang entry sebenornya. Dan malam ni Makbed nak buat satu entry khas berkenaan satu produk yang secara tetiba memberi respon baik terhadap MAkbed.

Kena SHARE sebab memang tak expect menda ni!



MAybe atas faktor usia, keguguran rambut tu memang dah biasa sangat orang dengar. 
Adat la jadi MAK ni kan. Macam-macam pengorbanan yang perlu dilalui dengan redha. 
AKu dan keguguran rambut ni memang sangat sinonim sesangat. 
Sekejap ok... Sekejap tak. 


Susah nak cari syampu yang sesuai. 
Bila jumpa satu jenis syampu tu, aku kekal gunakannya. 
Tapi, makin lama, syampu tu macam makin tak sesuai plak. 
Rambut gugur balik. 


Dan lately..... aku notice dua tiga bulan kebelakangan ni rambut aku makin banyak gugur. 
Lagi-lagilah masa mandi. 
Pantang aku lurutkan rambut even msa syampu , lebih 20helai yang gugur. 
Tu masa mandi.
Belum masa sikat rambut. 
Belum masa tanggalkan getah rambut!
Belum waktu tidur. 

Memang dah lama la tak rasa camni. 
Rambut aku sampai nipih la. 
BUleh nampak kat tepi-tepi telinga tu menipis. 
Sampaikan satu hari tu aku berdoa jangan le ada rambut yg gugur lagi masa mandi. 

MAybe, sebab pakai tudung lama rambut aku gugur.
Maybe, aku tak cukup vitamin agaknya. 
Maybe, aku terlalu stress. 
BAnyak benor la MAYBE nya. 

Tapi , apala daya aku nak mengatasi masalah gugur rambut sebab pakai tudung?


LAst sekali, aku minta pendapat kengkawan. 
HAida suruh aku pakai syampu Neeta's Herba.
AKu tau syampu tu memang osem pun. 
Padan le ngan rege. 
Pulak tu, payah nak mendapatkannya. 
KAlau aku nak, kena suruh Haida je beli. KAt Ipoh. Dia regular kastemer syampu tu. 
Dah memacam syampu aku pakai kot. 
Syampu BAWANG yang dulunya sangat berkesan menumbuhkan rambut aku, pun dah nampak kurang efektif. 
Rambut gugur melebihi jangkaan!


LAst week, masa aku gi Manjung, Haida bagi aku sebotol minyak zaitun. 

Ginilah rupa minyak tu..


 
 
 

 HAdiah besday katanya. 

So, aku bawak balik dan cadangnya nak makan sehari satu sudu, pagi-pagi sebelum makan pape. 
Tapi....


Tetiba datang pula 'firasat' suruh amik sikit minyak tu letak atas kepala aku.
MAka, aku pun lumurkan minyak tu satu kepala. 
Time tu aku tido hotel lagi. 
MAsalah aku kalau aku travel lelama ni adalah kepala aku kerap gatal. 
Yela... berkuap.
Memberontak kulit kepala aku. 
HEhhee...


Lepas sapu minyak tu kan, aku balut comel-comel kepala aku, pehtu aku tido. 
BAngun subuh aku mandi, cuci sekali rambut. 
Kesan serta-merta, lepas cuci tu kepala aku tak gatal. BErtahan sampai ke petang. 
Aku cuma assume maybe aku baru lepas cuci rambut, jadi kepala tak sempat nak gatal. 

TApi, aku teruskan selama 3 hari.
HAri-hari aku amik sikit minyak , letak atas tapak tangan. Dan aku lumur satu kepala sampai hujung-hujung rambut. 
BAu dia tak sekuat minyak cem-ceman Mustika Ratu. 
Dan tekstur minyak Paevoo ni lebih light dan sangat selesa di tekak kalu ko minum sesudu. Tak sama la macam minum minyak zaitun yang besa-besa jual kat supomaket tu. 


Dan hari ini ialah hari ke-5 aku buat camtu..
Semalam aku perasan, masa mandi aku lurut la rambut aku kuat camne pun, rambut aku gugur 2 helai je. 
MAsa mandi!
PAstu, masa menyikat plak, ada 2 helai jugak melekat kat sikat. 

UIkkk???

Aku cam terkesima sikit . 
Sikit jekk..

MAybe kebetulan kot. 
Bila rambut aku kering, petang sikit aku sikat lagi.

Gugur selai dua jugak. 
Even aku sikat lama-lama pun, rambut aku takde la gugur bagai sakura yg gugur. 

Alhamdulillah.
Itu satu perkembangan yang amat baik bagi aku. 

MAka, aku teruskan pemakaiannya sehingga kini. Tapi berselang-selang. Kecuali bila kepala terasa gatal amat, aku terus amik minyak tu sapu.
Sikit aje pakai nye. 
Lumur di kepala. Biar seketika. Kendian basuh dan syampukan. 
Cuba la sendiri. 


 
 
APA YANG ISTIMEWANYA MINYAK ZAITUN NI BERBANDING YANG LAIN-LAIN?


Ianya minyak zaitun origaninally dari Bumi Palestin. 

Untuk maklumat yang lebih detail, boleh terus ke page ni ye:


Harga terbaik untuk anda. 


Dan botolnya sangat cantik!
 




 *gambar takde motif tapi nak letak juga. mihmihmih~

3 Sep 2013

Minyak Yang Menaikkan Dirinya


Minyak naik rege membuat semua orang naik minyak!

Well, about that petrol thing, it was predicted.
Memang dah nak naik dah masa nak PRU tu, tapi bongok sangatlah kalau bagi naik time tu kan. 

Anyway, lets not forget to be grateful. 
Walaupun rege minyak naik, dan berkemungkinan besar semua barang akan naik harga jugak, maka... 

there would be a slight change in my normal routine. 


*Kurangkan berkenderaan. Kena beli beskal je kalu stakat nak gi beli bawang.
*Amik oni ngan Wawan jalan kaki jek lah. Boleh kuruskan badan. Sekolah dekat aje. 
*Live healthy. Kurangkan pengambilan minyak dalam makanan. Walaupun yg naik rege tu minyak petrol. 
*HArga ayam naik - jangan makan ayam. 
*HArga ikan naik - jangan makan ikan. 
*HArga minyak naik - jangan pakai minyak (?)
*Harga susu naik - jangan minum susu
*Harga spender naik - jangan pakai spender.

Thats the solution bebeh.


Tak guna gi belajar tinggi-tinggi jadi menteri tapi camgitu je solution yg dia boleh CADANGKAN di kala rakyat marhein ini sedang meminta wise advice and consideration from them. 


Pun begitu, semalam, tengahri aku dah dapat rumors about the kenaikan rege. Awal-awal aku dah pi isi minyak sebab kebetulan tank dah kosong dah pun berkat gi berjalan pi balik MAnjung. Udahlah keta aku tu Vtec Valve nye nak kena tukor. 
Stakat hari ni, disebabkan natang valve tu belom sampai lagi barangnya kat bengkel, maka keta aku ni kalau bawak berjalan, kejenya makan minyak jek la. Aishh~ TApi takpe. Redha itu perlu ok. Hidup ada turun naik nya. 

So, berbalik kepada citer isi minyak sampai tangki penuh tu semalam, aku isi dengan riang ria sebab masa tu awal lagi. Belum penuh stesen minyak. 
Aku yakin, lepas jam 8 malam, stesen minyak seluruh tempat akan penuh dengan orang yg nak isi tangki sampai penuh kerana 20 sen itu. 


HArga insurans tak naik setakat ni. 
Melainkan korang decide nak buat insurans tahun depan. 
AKu jamin harga akan naik RM10 dari harga sekarang.
PErcayala!



 Thanks for reading.

2 Sep 2013

Aku dan Lagu Negaraku di Panggung Wayang.



Sambung balik citer tadi.

Udahnya blur takleh wakpe, henpon pun takde.
HAri ni memang tak de appointment. Not planning on having one though.

Oh... lupa nak cakap.
All my Twilight book had been found!!
Ianya sudah tersusun di rak buku bersama koleksi The Mortal Instruments.

Dan, tadi masa blur-blur tu, aku decide nak gi panjat tangga cinema kat Alor Setar MAll dan tengok skali lagi citer The MOrtal Instruments: City Of Bones. *Ekstrimis dah mai balek dah.
Novelnya dah habih sebijik, Volume 1. So, mari kita tengok movie tu lagi skali supaya dapat menikmati wajah Jace Wayland lebih lama. HAHAHAHAHAHAH!! *makbed, ko dah tua. bertobat lah MAkbed!

Dan berlainan sikit dari sesi movie yg lepas, kali ni aku boleh berdiri nyanyi lagu NEGARAKU sebelum movie ditayangkan.

Salute kepada idea meletakkan iklan berunsurkan kenegaraan sebelum movie bermula. MAsa ni, boleh tengok gelagat orang.

Aku kebetulan dok sebelah beberapa perempuan lingkungan umur 19 ke 22 tahun mungkin. Tengok dari cara berpakaian dan cara berborak, gaya macam budak lagi. Ni zaman citer pasal pakwe-pakwe nih.

MAsa tengok iklan pasal mereka yg terkorban di Lahad Datu tu, memula depa ni terkebil-kebil. TApi, sebab kawan ada ramai, jadi takde la rasa awkward kot.
Aku dgr jela dialog-dialog 'muda' diorang...

"Sedih siot... !"

Itulah antara ayat yang kedengaran.


Aku tengok plak satu pasangan cina kat hujung.
KEduanya bersungguh menonton iklan hari kemerdekaan tu, macam tengok movie. Takde lansung bercakap. MAin henpon pun tak.
Nampak tak beza?


PAstukan..

Tiba la saat lagu Negaraku dimainkan.
Semua diminta berdiri. Gitulah yang ditulis di skrin tayangan.

Aku tengok uncle berbangsa cina depan aku laju je berdiri. TAkde toleh-toleh.
TAkde berat bontot.

TApi,yang dok sebelah aku ni, remaja-remaja ni pakat dok gelak-gelak , even lagu tu dah start.

"Nak kena bangun ke?" tanya salah seorang daripada mereka, sambil menoleh ke belakang, meninjau samada orang bangun ke tak.

HAnya bila aku yang dah bangun ni berdehem sikit... BAru la depa ni diam dan berdiri.


LAgi best, pasangan MELAYU juga, depan aku lansung tak bangun.
Dan bila semua orang pakat dok nyanyi, baru dia tersedar yang dia dan pasangan dia je yg tak bangun.
Lalu , dia pun berdiri juga.

Pasangan cina di hujung, yang dok tengok dengan khusyuk iklan hari kemerdekaan, dioranglah yg menyanyi lagi Negaraku, tanpa sedikit pun rasa segan, apatah lagi tertoleh-toleh memandang orang lain.


Aku?

HAnya mampu tengok mereka yg duduk dekat dengan aku je.

Menyanyi juga. Lagi best kalau ada Oni. HEhehe..



Jadi..

Aku nampak begini.

NEGARA kita, Malaysia memang merdeka.
Bangsa kita aje yang belum.


Kadang-kadang, aku keluar sorang-sorang bukan sebab aku takde teman atau takde kawan.
Aku keluar sorang-sorang tu untuk mendekati dunia dengan lebih intim, dan mengintepretasikan ia dengan pemahaman aku sendiri.
KAta orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Dan pandangan juga.


Salam Kemerdekaan.







Aku dan Bibik Simpanan


Balik dari Manjung semalam, cam besa la umah mmg dah tak leh blah dia punya sepah.
BAru gaya nak rehat je, baring, mata hala ke siling tetiba nampak sawang punya la besor di situ.
Aih...nak sapu dah tetengah malam pulak kan.
TEringat juge la kat belog aku yg turut sama membina sawang. Hehehe...~


HAri ni, henpon Samsennn gi masuk workshop.
Dah tak menahan lagi bila cermin camera aku calar-balar. So, kena tukar baru la.
Campur ngan asik 'tersangkut' je gara-gara memori kad rosak.
Sapa-sapa yg wasap aku hari ni dan besok semestinya takkan dapat reply dari aku.
Kalau ade reply, means bukan akula yg reply tu. *Creepy.


Sementelah hari ni adalah hari tanpa alat komunikasi, maka aku panggil Bibik Simpanan datang umah kasi bersih rumah aku.
Benornya, si Diana tu minggu lepas call aku dah.. "Ai, you mau orang cuci rumah tak?"
TApi, sebab besok tu aku dah nak outstation, aku cakap kat dia minggu depan ajelah. TAkde maknanya aku suruh dia antar budak ngemas tapi pastu bersepah.
LAgipun, kain baju aku baru je berlipat.

MAkanya, semalam tetengah malam, sebaik saja aku nampak sawang kat siling tu aku terus mesej si Diana order bibik.

"Diana, BIBIK satoppp!!!"

Aku cakap dia aku mau yang rajin je. Yang pemalas macam bibik yang terakhir dia antar dekat-dekat nak raya tu, aku tak mau. Aku nak soh bibik tu lipat kain ngan iron suma baju tertunggak dalam bakul. Sila pilih bibik yang sesuai dengan spesifikasi kerja yg aku bagi tu.

Dan hari ni, jam 12.30 tengahari, si budak yang aku kira cam comel juga la datang umah. Sebelum ni dia penah datang dah. Ada reben dia pakai kat rambut. HAHAHAH..  Nama dia NOFI. Cam nama alien tak?

"Nofi, kamu bersihkan SEMUAAAAAAA yang perlu dibersihkan. Dah habih bersih rumah, baru lipat dan iron baju ok."

"OK!" jawab Nofi.

PAstu, aku jadi blur tatau nak wakpe bila Nofi tu punggah rumah aku. HAbih berabuk suma. Dah takleh wat keje.......




bersambung......



1 Sep 2013

Majlis Jamuan Hari Raya dan Bandar Tulang.

Assalamualaikum warahmatullah..


Oh my...
Sangat lama tak blogging. Rindu tak bertepi kat korang suma. 
Dan pastinya suami saya juga ternanti-nanti entry terbaru dari aku. 
Dah beberapa hari kami tak bermesej-mesej due to kebizian yg begitu maveles sejak akhir-akhir ini. 
By the way, Inche KItchi ada inform kapal dia nak gi Bangladesh tapi tak sure bila. 

NAsihat ..
Sampai kat Bangladesh tu, jangan turun kapal ye Bucux.
Nanti kapal tinggal.
Dah le lebih kurang sama je idung awak ngan abang Desh tu. Kang, awek-awek sana ngorat plokkk!

HEhe...


Proudly to blog about things I did sehingga menjadi punca tak berblog. 

This was one of it. 
Happened just recently, in-conjunction of celebrating Eid Mubarak as well as Hari Merdeka yang ke-56.

Al-Azhar Associates menjemput semua clients particularly yg dok area Manjung, Sitiawan dan Lumut untuk memeriahkan majlis. So, ada antara kalian yang menerima mesej jemputan dari MAkbed. Kalau tak dapat, MAkbed minta maaf sesangat kerana termiss nama anda. 

Ini merupakan majlis hari raya PERTAMA dikelolakan Al-Azhar Associates dan kami masih lagi blajaq-blajaq untuk jadi terer. Hewhewhew.. 

But it went well today. Congratulations to those who involved this project. And thank you to all clients who managed to come.



Disebabkan aku je agen yang tercampak di luar kawasan, so cam besa la.. AKu bermusafir. Encik Boss iaitunya Encik Azhar Abdul Samat telah membuat panggilan minta aku datang 2 hari awal dari tarikh untuk preparation. 

Sebabnya, kami nak masak sendiri. TAk mau catering-catering. NAk masak dengan penuh kasih-sayang gitewww.. AHAKS!


Siap susun pisau
AKtiviti masak-masak buat ka umah Boss. Dah tau dah dapur KAk Nor banyak pisau, tapi dia tak reti asah pisau dia. Punya berlambak pisau dalam laci, tapi semua tumpul. Stress Mak taw. 

So, kali ni aku nak pi masak-masak, aku bawak skali batu asah yang diwariskan oleh Abah kat aku. BAwak sekali pisau sendiri , papan potong sendiri, gunting sendiri. HAHAHA... Punya semangat nak masak ok. Stenbai sebab nanti ramai orang nak masak. Better bawak 'senjata' sendiri la kan. 

AKu gerak jam 9.30pagi dari umah aku, jam 12.30tghari sampai MAnjung. Gi opis sat. Check-in hotel cam biasa. Orang kat hotel pun dah paham sangat dah ngan kastemer sorang ni. Sampai receptionist dia pun dah add aku kat pesbuk. HAHAHAHAH~ Senang la pasni nak book bilik kan kan kaann...~


 Elok je melabuhkan bontot kat atas tikar umah Kak Nor, keja aku asah pisau jek. 
Punya la suka Kak Nor bila semua pisau dia tajam-tajam belaka. MAkin rajin la dia memasak lepas ni!
Dah tu siap pesan lagi bila aku datang MAnjung sebulan sekali, bawak batu asah dan tolong asah semua pisau dia. NI kes tak reti asah pisau le ni.

 JAdi, skang aku ada pekerjaan baru - TUKANG ASAH PISAU.

NAsib baik Abah bagi aku training baek punya tang bab asah pisau tu. Hewhewhew~ Berguna gak ilmu tu ye.

Penulis bersama Rohaijah dan Rokiah

Khamis malam tu, aku dan beberapa rakan lain sibuk dah bersiang bawang, kupas ubi dan segala mak neka la buat. BAnyak je keja tapi sebab ramai assistant, takde la rasa penat sangat. BEst gak. 
Malam tu aku balik jam 2 pagi. Seb bek umah boss ngan hotel aku tu dekat je. 





24 hours before the DATE

 HAri kedua, dah ramai datang.
MAsing-masing dah pun dibahagikan tugas seminggu awal masa meeting.
AKu je takde dalam meeting, sbb jauh. 
Tapi, depa selalu update dalam whatsapp. 
Rakan seperjuangan bersilih-ganti membantu. LEpas sorang balik, ada orang lain yg datang. Alhamdulillah, kerja yang berat menjadi ringan. 



Cuaca mendung je pada hari majlis berlansung.
MAjlis start jam 10 pagi sampai jam 2ptg.
Dekat-dekat nak habih tu barulah hujan turun selebat-lebatnya. 
Alhamdulillah...

NAmun, walau tak panas, ketiak menangis jugak lah. HUu..~


CLients yang hadir




Lauk-lauk yang dihidangkan semuanya dimasak sendiri. 
BErmula dari ketupat nasi dan kuah kacang, lodeh, rendang, daging masak hitam....
CUma sate je org lain bakarkan. 
Memang makanan sangat maveles hari tu. 



The Ladies : Amy, Makbed (agen Kedah), Juliana Jamni,Kak Nor dan Azura Tukiran (agen Johor)

Hah, ni gambo apesal blur lak ni?









Aku telah di 360 kan. Kening aku tetiba je nipih. 



Rosli Amzah (agen Johor)

Ini orang terkuat ni. 
Walaupun dia lelaki,tapi aku rasa dia punya 'credit hours' dok dapur memasak adalah lebih lama dari semua pompuan yg ado. Huhuhuhuhu..
Dia masak nasik tomato tau.
Maluuuuuu...sebab aku tak reti!
PAstu, masa hari majlis, dia jadi DJ pulok.




Encik Azhar Abdul Samat

Overall, majlis berjalan dengan baik. 
Semua rasa seronok dapat main masak-masak kat belakang umah Boss. 
Dan aku, 2 malam dah balik jam 2 pagi. 




Skang, aku masih lagi tak tido. Walaupun balik bilik jam 10 malam tadi. Hmmm....


Pose comel hari ini... COMEY LA SANGAT!



Somehow I can FEEL , mata aku payah nak lena dah memalam. MAi balik dah penyakit bila malam mai je, mata jadi bulat. Siang pulak, mata jadi kuyuuu... Nak lena jek. 
Ni pun aku terpikir nak gerak balik malam tadi pas habih majlis. 
Alasan, tak panas. 
Bila mai penyakit takut panas ni??

Ni namanya sindrom VAMPIRE kembali. hAHHAHAHAH~





New passion and obsession. 
Ketahuilah kalian, kalau bab buku-buku macam gini, aku memang sangat eksaited. 
Citer tipu je pun nye. TApi , puas hati baca sebab buku ni memang tipu aku bebetui and I am well-aware. 
Tak baca novel-novel cinta sangat sebab ianya macam betui, tapi hakikatnya tipu jugak. Dan, seseorang telah memberitahu aku bebaru ni...

"Ko cuba lah jadi sweet camne pun, ko punya tahap brutal ko tu dah takleh cover dah. IAnya bukan dari cara ko berpakaian, tapi ianya melekat kat diri ko macam KULIT ko. But, people still loves you no matter what, no matter how. So, appreciate it and stop questioning thing."


Sapa belom tengok The Mortal Instruments: City of Bones, silalah gi tengok. Besh!
Sapa belom baca buku dia, ketahuilah ianya ada 5 jilid nak dihabihkan. AKu dah beli 3. 
Cassandra Clare pun penulis yang osem jugak.... better than Stephanie Meyer kot ??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram