Followers

26 Aug 2013

BErsabar dengan saya ye


Assalamualaikum sumerrr...


BErsawang siap labah-labah yg buat sarang tu buleh jadi gemok, berkat sawang yg dia buat kat belog haku ni.

Ya Allah, betui la kalu kerja bertangguh, memang tak jadi apa sudahnya.
Skang ni, idea ada je nak menulis, tapi tangguhkan sebab banyak menda nak kena buat. Kena dahulukan yang WAJIB dulu la ye.
Silapnya adalah,aku tak jot down idea-idea penulisan aku, bajet ingatan kuat sangat la ni dan sudahnya lupa gitu je. 


Aku maybe kena mula kembali menulis JOURNAL. Journal yang private, untuk diri aku sendiri.
KErana, someone told me that, a successful person does have a journal. Journal of himself. So, I should have one of my own. Kena bawak gi memana pun.


BY the way, MAkbed nak minta maaf sebab lama tak update. And I dont think I could put up any new entries for the time being.
What I know now, kepala otak bercampur baur. Emosi ada sikit naik dan turun. A lot of things to sort out. BUt, I'll live. HEhehhe...
Ini bukan entry hati kuciwa tau.
CUma, terkadang, kerja cam haku ni, emosi sedih orang lain tu, terjangkit sikit kat aku. Dah le aku ni pun ada masa vulnerable jugak.

RIndu suamiku lah.

UWaaaa~
Kalu dia ada, musti dia tolong urut belakang.
Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. .. shedih lah.


Pen off dulu.

Ok bai.  

22 Aug 2013

Entry Sulung Di Usia 30 Tahun.



 Entry pertama selepas masuk umur 30 tahun ni aku just nak letak beberapa gambar nostalgia.




 Eh..gambo atas itu adalah SAYA tau. Nampak macam Oni tak? 
Hehehe... Ini adalah Ibu Oni, versi baby-baby. 




 Saya diusia 5 tahun. Ada ponytail. 
Mak pun kurus je masa ni. 
Apasal la masa skang anak aku 2, tak kurus macam Mak ek?
Moskell......



 Ini masa darjah 4 kot. Ke arjah 5. Ke darjah 6?
Aku pun kempius dah. Sebab rupa aku masa tu samaaaaa je. 
Saiz pun sama jugak. 
MAsa sekolah rendah, memang keyboard nan sebijik yg ada dalam bilik muzik sekolah tu aku aje yg tekan. 
Ada sorang lagi akak senior setahun aku, Anis namanya. Dia leader. 
Lepas dia masuk tingkatan 1, aku plak take over keyboard tu. 
MAsa ni, memang tempat lepak aku adalah di bilik muzik. 
Sekarang, takde pulak keyboard di rumah. Organ aje yg ade tapi organ tu dah jadi pusat bersalin 'sitinurhaliza' dah. 
Tapi, bila nampak keyboard ke pinano terdisplay kat memana, jari tu gatai jugak la nak tekan-tekan walaupun malu. Chord ingat lagi sesikit.




 Ini plak masa aku Form 4 kot. 
Nampak talipinggang tu?
Dah kaler brown dah masa ni. 
Sangat aktif taekwando sejak darjah 2. 
BAck then, martial arts was my passion, and still is now.
Cuma, takde motivasi nak terus berlatih.
Lepas kahwin, aku pun dah tatau kat mana dah uniform sekali ngan belt kesayangan tu. 
Sepatutnya, aku continue je la kan. 

So, aku paham kenapa aku susah mau kurus.
Sebab, aku punya level of activity lansun tak sama macam dulu-dulu. 
 ISk...rindu plak kat baju putih ni tau.





 Hah!
Ini pulak masa aku Form 5. 
Bakat mendukung baby tu memang dah ada sejak aku darjah 1 lagi tau. 
Tetiba je, masa aku nak SPM, MAk bersalin. 
YAng aku tengah dukung tu adalah Adik HAfizul.
Halus je dia masa tu. Baru 5 hari. 
SKanggggggg???



 Eh... Ini gambo masa FOrm 2 la. 
TAk ikut turutan plak.
Sorii...






 Ini adalah MAkbed 7 tahun lepas. 
MAsa ni, Inche Kitchi pun tak wujud lagi dalam kehidupan penuh warna-warni aku tu rasanyalah. 
Aku tak ingat bila tarikh perkenalan aku ngan Inche Kitchi. 
Tapi, dia ingat! 
NAnti kena tanya dia balik. 
Hehehee...

YAng pakai spek mata itam tu Kimi tau. 
HAHAHAHAHAHAHAHHAA!
Kimi demok.



 I seriously dont remember when was this pic taken. 
TApi, aturan tangga kejayaan macam ni memang faveret pose Abah la ni. 
Masa ni, aku dah jatuh ke tangg ketiga dah.
Sebelum ni dok nombor 1 jek.
Skang lagi la teruk. 
Jatuh ke tempat ke 4. 
Aihhh...!!


Ni masa kawin. Umur 25.
MAsih selim walaupun dah naik jadi 55 kilo. 
Lihatlah suamiku .. seperti budak tingkatan 4 sahaja beliau. 
Phbbt!

Ha ni rekod kilo terbanyak pernah dipegang. 
MAkbed dalam keadaan paling besar dan lebar dalam sejarah! Takbir!
Ni perut membawa Wawan.



Ini gambor raya bebaru ni. 
Haa.. NAmpak le kecut sikit kan. 
Cakap timakasih bebanyak kat HKCC. 
Apesal la tak jumpa HKCC awal-awal ?






Ni gambo semalam. 
Ahhh..
NAK KURUSSSS!!!!!!
Ini sudah siap dengan lengan beso, perut buncit suma siap. 
Grr...~

Berusaha Makbed!




Menyimpan hasrat nak menambah anak lagi ni. 



 HAri ini, 22hb Ogos 2013 adalah hari lahir Auni.

20 Aug 2013

Saya Sayang Awak Kerana Allah. SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KELIMA , Sayangku.



Assalamualaikum semua..


Terlebih dahulu MAkbed ucapkan syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah memanjangkan nyawa Makbed agar masih boleh bersama-sama dengan insan yang tersayang, termasuk anda semua. 


HAri ini, tanggal 20 Ogos 2013, Makbed telah pun menginjak ke satu tahun usia di dunia yg fana ini. Sudah 30 tahun usia Makbed ye puan-puan dan tuan-tuan sekelian. Sesetengahnya maybe sedih sebab dah tak jadi 20-an dah. 
Well, I can't wait to be 30. 


And now, I am 30!! 


Umur 30 tahun adalah umur kematangan. 
Age of poise and wisdom, get along well together. These combinations will surely bring you to the best stage along with experience and confidence. 
Semestinya kena bijaksana menggunakannya. 

Semoga tahun ni lebih sukses. 





Dan hari ini juga adalah hari istimewa untuk MAkbed dan Inche Kitchi!!!


It's our ANNIVERSARY!!


Genaplah 5 tahun usia perkahwinan kami.
Sudah pun melepasi fasa pertama , yakni fasa genting dalam sesebuah perkahwinan. 
Tipulah kalu tak gado kan.
TApi,kami gado baik-baik je. TAkde jerit-jerit, baling-baling lesung..
TAKDE.
MAsih mengamalkan prinsip JUJUR dalam apa saja perkara, meskipun perkara-perkara yang nampak macam simple.
KAlau perkara yang kritikal, lagilah kena jujur kan?








Suci je muka kitorang masa ni.
Ceria dan gembira. 
20 Ogos 2008 merupakan tarikh kami dinikahkan. 
Seminggu pastu masuk bulan Ramadhan. 
Dan Makbed terus berPJJ dengan suami sebaik nikah. 

Memang sejak nikah asyik dok jejauh je. 
Sampai la sekarang. 
LA ni, dah biasa dah. 

Walaupun skang berjauhan, rasa kasih nya sama aje. Malah berlebihan.
Udah kalo kami dok dekat selalu pun, kang abeh pulak modal nak berbual , ye dak. Biar jejauh... banyak menda nak disembangkan. MAsa bersama pun lebih berkualiti. HEHehhee..
Tapi tak dinafikan, berat tugas Makbed memikul 2 tanggungjawab mendidik anak-anak ni. Apa yang perlu dibuat adalah berlapang dada sahaja. Itu juga tanda SYUKUR. 
Allah bagi rezeki macam itu. JAdi, jagalah ia baik-baik.


Inche Kitchi buat suprise bila tetiba Alang bawak balik New York Cheese Cake dari Secret Recipe hari ni. 

"Abang Aizam pesan, buat suprise untuk Kak Liza," kata Alang. 

Siap sekali hadiah untuk Si Oni sebab besday Oni 2 hari lepas birthday aku. 



 Syahdu pulak bila bukan dia yang bawakkan kek ni untuk aku. 
TApi, lagi syahdu bila suami kita ingat kat kita walau di mana berada.
Jujurnya, dah tua-tua gini, dah tak excited sangat sambut besday. AKu pikir nak sambut besday Oni je. 
HEhehe....
KAsi chance anak-anak la plak kan. 

Tapi,tetiba dapat kek.

Huuuukk!~



Buat suami tersayang,
Maafkan B andai diri ini tak sempurna segala. 
Terkadang rajin terlebih, biasanya baloq sedia. 
Terkadang masaknya sedap.Adakala, masak memain saja. 
Saya tak perfect, tapi mahukan awak sempurna.
TAu la tak adil, tapi tak salah meminta. 
OK la dari minta sebulan sejuta. 

Takda sapa suka ditinggal-tinggal. 
Saya sorang aje yang RARE, apa saja keputusan semua JALAN. 
NAk cari orang macam saya ni memang TAKKAN ADE la kann...
Jadi, jangan le buat perangai bukan-bukan. 
Tapi saya tau, awak bukan jenis jantan.
Awak lelaki tulenn bang.


Biar jauh di mata, dekat di hati.
Biar kurang harta, tapi kaya pekerti. 
Tiada apa yang saya pinta di hari ini..
Cukuplah awak menjaga diri.
JAngan lupa solat dan mengemas diri.
Taula atas kapal tu memang kompem tak mandi.

Hanya doa yang B kirimkan. 
Istimewanya hari ini, doanya sedikit dipanjangkan. 
Agar suami tercinta berhati tenang tanpa rawan. 
Mencari rezeki buat Oni dan Wawan.
Semoga segala urusan dipermudahkan. 
Tak ada hadiah dapat B utuskan. 
KAlau dekat, boleh dah belanja makan. 


Cukuplah di kali ini. 
Cuma nak wish Happy Anniversary. 
Salah silap harap dimaafi. 
Semoga kita terus dirahmati. 
Kerana kasih-sayang dalam perkahwinan itu rezeki Illahi. 
Insyaallah. 






Saya sayang awak Lillahitaala.




*nak nangehh!!




JOM TIUP KEK!




Oni takut kat lilin tu. Menyala macam bunga api.


17 Aug 2013

Oni Masih Nak Susu Ibu.


 LAst few days,  Makbed gi Tesco untuk beli few groceries. And alsoupdate stok susu kotak ke dalam peti ais. Aku plak beli susu kotak HL untuk diri sendiri. HAri tu gi shoping tak bawak dia. Jadi bila balik tu,sibuk- sibuk selongkar plastik Tesco nak check ibu dia beli apa. 


Oni: Susu ONi kecik ke. Ibu punya besar. Takleh la macam ni,
Ibu: Ai, kekecik dah pandai jeles pulak. Oni pun boleh minum la.
Oni: OK. Nak susu Ibu lah.

So, since that day, dia minum susu tu je.


One day, tengah-tengah dok menyembang dalam telepon ngan member, Oni jerit ..


"IBU, NAK SUSU IBU!!!!"



Dan, tak pasal-pasal je orang tu tanya..

"Ai, Oni bukan dah sekolah tadika ke. Menyusu badan lagi??"


  



KITA INI MAKIN TERLUPA






 Di zaman serba canggih ni, dah biasa sangat kita dengan tentang hak kesamarataan.
Kita juga selalu je dengan isteri lebih berpendapatan dari suami.
Selalu juga melihat, isteri lebih berusaha dari suami.
Dan selalu juga melihat ibu dan ayah merajuk bila anak perempuan mereka yang telah berkahwin tidak pulang berhari raya atau menyambut hari raya pertama di rumah mereka. 
Dan selalu juga melihat sebilangan isteri yang merajuk apabila suaminya "asyik-asyik" lebihkan ibunya saja.


Tidak ada TAPI dalam soal tanggungjawab ni.

Sebagai orang terpelajar dan pernah belajar, tidak wajar kita mempersoalkan sesuatu yang memang sudah nyata perintah Allah. 

Ya..memang ada wanita yang berduka tak dapat pulang beraya rumah orang tuanya. Ada yang sampai tak pernah balik pun ada. 

Memang ada ramai ibu bapa yang meratap sedih bila anak perempuannya lansung tidak pulang beraya sejak berkahwin. 

Memang ramai pasangan yang bergaduh dan bermasam muka bila masuk bab balik kampung siapa terlebih dahulu.


Nasihat saya...

Ketahuilah prioriti.
Prioriti kehidupan yang mana anda dahulukan. 
Kemenangan dan kesenangan dunia, ia tidak akan kekal lama. 
Tapi, redha Allah menjamin kebahagian abadi di akhirat sana, meski di dunia terpaksa menanggung perit dan sakit. 

Biarlah berair mata setiap kali raya. Redhalah. Berair matalah juga setiap kali memikirkan betapa berat siksa Allah apabila para isteri menyinggung perasaan suami, dan ingkar perintahnya. 

Biarlah berair mata setiap kali rindukan anak-anak, tetapi Redhalah. KErana anak-anak yang taat perintah suaminya juga akan memberi pahala kepada ibu dan bapa yang melahirkannya. 

Biarlah isterimu merajuk , kerana rajuk isteri boleh dipujuk. TApi, rajuk Ibu mu wahai lelaki-lelaki sekelian, petanda neraka tempatmu. 


Ketahuilah prioriti anda...


Bagaimanapun ...




Wahai rakan-rakan dan para pembaca sekelian..

Hidup ini perlu ada tolak ansurnya. 
Alangkah bahagia hidup bila kita sesekali beralah. BUkankan ia sesuatu yg melegakan apabila melihat senyuman manis dari bibir orang yang kita kasihi?


Andai semua orang beralah dan memaafkan, dunia lebih mudah dan indah. 


Maka...

Isteri sekalian, kurangkan rajukmu.

PAra suami, beralahlah sesekali. Gilir-gilir lah. 

Dan para ibu dan bapa, makcik dan pakcik sekelian, bertimbangrasalah. Kasihanilah anak-menantumu. JAngan biarkan anak dan menantu anda bermasam muka di bulan yang mulia. 


Ini bukan nasihat untuk Syawal je ye. 
Sepanjang masa tau.

Takkan le plak balik kampung setahun skali jek...~ hihihi~




p/s - Sedih kadang tengok kawan-kawan yang meremuk hati tak dpt balik raya. Dan hairan tengok pakcik dan makcik yang begitu TEGAS pabila raya menjelang. Haih!



GAMBAR BERHIAS



16 Aug 2013

HAbih Dah Beraya

Assalamualaikum ...


Hai, belum habih beraya ke?
Ada yang sudah start kerja dah kan. 
Dan ada jugak yang masih belum. 
Sekolah masih cuti lagi. 

Skang baru ada peluang sikit menulis belog. Cadangnya nak hapdet sikit-sikit dengan entry beraya, tapi terlampau banyak sangat entry beraya yang blogger lain buat. 
BAsicly, sama je kot agenda beraya aku ngan korang semua. 
Melawat sanak-sedara...


Uniknya beraya kali ni, rumah aku lak jadi port beraya untuk my extended family. Just imagine lebih dari 30 orang berada di teratak MAkbed yang nak panggil banglo pun bukan, teres pon bukan gak. HAHAHAHAH... 
Memang sesak betui! Sampai depa ni tido bersepah-sepah lah! 
TAk de lapik, lemek dan toto yang mencukupi sebab rumah ni dah lama sangat takde pengunjung yang ramai. 

Sejak aku pindah sini tahun lepas, tahun ni barulah sedara-sedara menjejakkan kaki kembali di rumah Mergong. 
Rumah yang Makbed duduk skang ni, usianya dah lebih 25 tahun rasanya. Makbed membesar di sini. 
Sejak kecil, kalau beraya , memang rumah ni sendat sokmo. 
Tapi, dulu-dulu, muat je. Sebab kami kan kecik-kecik belako. 
Skang, kami yang kecik ni suma pakat dah membesar, dan turut mempunyai 'produk' yang berkualiti. 
HAHAHAHA..
JAdi, tetiba tak muat pulak rumah ni.
Patut la orang tua-tua selalu renovate rumah depa bila dpt duit pencen. HAHAHAH~


Akibat tak cukup toto, aku gi pinjam toto umah mak mentua plak. 
NAsib baik le dekat aje umahnya. 

PAling sibuk sekali, MAk la. 
Mak ngan Pidah paling lasak kat dapur. 
Orang ramai. Dah macam open house cuma orang yang dok dalam tu tak pakai baju raya je. 
YAng tak pakai baju pun ada! 
HAHAHAHAHA..
Takde tempat nak parking kereta sebab kebetulan depan umah aku pun ada kenduri. 
Ruang depan umah aku aje ade 6 bijik kereta dengan pelbagai bentuk dan saiz. 
Aku rasa, kalau depan umah aku tu tak buat kenduri, umah aku la yang paling ramai pengunjung beraya kot. 
 
 
Esoknya, kami semua pegi Sik. 
MAkan buah. 
Abah kutip buah di kebun sampai penuh bonet. 
TAk payah masak nasik ke apa. 
Open house, makan buah saja. 
HAri tu, kami suma gi parking kat umah Angah pulak.

TAdi ada 6 bijik kereta kan?



Tambah lagi 4 bijik kereta yang sendat. 
























Sebenarnya banyak gambo tapi ini je yg sempat aku letak dalam henpon. 
TAk dapat snap sendiri sebab enpon aku berkabus pulak lense nye. Sedey!!

BUlan posa kali ni, Makbed gemok. 
Ni baru raya seminggu, naik lagi sekilo.

Jadi, marilah kita sama-sama berdiet untuk kesihatan ye. 








Mohon maaf andai ada salah dan silap. 
Semoga hubungan kita berterusan baik dan semoga Allah merahmati kalian. 



Rindu suami ku. 
Minggu depan beliau bakal terbang ke Kota Kinabalu dan memulakan tugas di sana. 




13 Aug 2013

Mari Batalkan Insurans Kita Untuk Mengecilkan Perbelanjaan Keluarga.



"Abang tengah SESAK sekarang. We need to cut our expenses. Kalau darurat sangat, Abang akan let go insurans dulu. Tak mampu la nak bayar....  Lagipun, BUKAN PERLU SANGAT PUN LAGI KAN?"


Pernah tak anda terfikir nak buat macam ni?

Well, sebagai perunding kewangan , ayat macam gini memang dah TERLALU BIASA aku dengar. 
Dan sebagai orang yang ada serba-sikit pengalaman, teringin juga aku nak kongsi apa yang aku tahu hasil daripada ayat seperti di atas. 


Jangan terkejut bila aku katakan, walaupun kalian potong perbelanjaan apa sekalipun, terutamanya culas bayar insurans sebab bajet tak cukup, PERCAYALAH... BAJET ANDA TAKKAN PERNAH CUKUP. 

Ini kerana, inflasi memang di mana-mana. Serba-serbi inflasi. Kita boleh terus-terusan menuding jari kat orang atas masalah inflasi tapi, ketahuilah.. Bukan kita je menderita inflasi ni. 

Jika semua menda naik harga, SO DOES MEDICAL COST.
 Medical inflation juga adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. 
Ajaibnya, kita lansung tak nampak bahaya yang nak datang sebab malang kan tidak menghasilkan bau. Betui tak?



Kita akan rasa insurans ini tidak perlu sebab KETIKA INI kita tak sakit pun.
Kita akan rasa insurans ini tidak perlu sebab KETIKA INI kita sedang bekerja dan kos perubatan kita dan keluarga ditanggung beres oleh syarikat tempat kita bekerja. 
Kita rasa insurans ini tidak perlu sangat sebab ada perkara lain lagi yang lebih perlu seperti BAYAR BIL, SEWA RUMAH, BAYAR HUTANG BANK, HUTANG KERETA..
Kita sentiasa rasa insurans tak berapa perlu sebab lebih perlu bayar ansuran telefon bimbit, perabot di Courts Mamoth dan seumpamanya. 


Malah, kita lebih rasa bayar bil asteruk lebih PENTING dari bayar insurans. 


Aku sering melihat, seseorang yang bercadang nak kanselkan insuransnya, masih mampu pakai smartphone, bukan sebijik malahan dua bijik. 
Untuk isteri satu, untuk dia satu. Senang nak main wasap-wasap katenye. JImat kredit!

Aku sering juga tengok, orang yang nak kansel insurans dia, menjerit-jerit bila asteruk dia takde chanel bila hujan, dan memaki hamun, tapi hujung bulan dia bayar jugak bil asteruk tuh. KAtenye , kalau takde asteruk, sunyi idup. Kena ada juga entertainment dalam kehidupan ni. 

Aku sering juga tengok, orang yang beria benor nak kanselkan polisinya, boleh plak tukar ekzos , rim tayar, pasang spoiler, letak ekzober hidrolik lagi tuhhh!!! Demi keta kesayangan. Katenye, hobi. Keretalah cinta hati dan nyawa. 

Ada yang lebih hebat, polisi anak-anak pun dia sanggup korbankan atas alasan, anak-anak jarang sakit. Tak kan masuk hospital punya. Duit yang ada ini cukup-cukup makan sahaja. Rm150 sebulan untuk sorang anak, boleh buat macam-macam tau. KAtenye...



Rakan-rakan yang aku kasihi...

Dalam kehidupan ni ada 3 keperluan yang sangat penting iaitu:

* MAKANAN
* TEMPAT BERLINDUNG
* PAKAIAN


Ini semua penting. 

MAKANAN adalah penting dalam hidup, tapi makanan jenis apakah yang penting? KFC, MEKDI, ITALIANIS, CHILLIS? Adakah itu makanan penting?

TEMPAT BERLINDUNG adalah keperluan, tapi tempat berlindung bagaimanakah yang kita corakkan? Rumah pangsa, banglo, teres.... English Interior, Melayu Interior... atau kontemporary?

PAKAIAN pun penting. Tapi, pakaian yg macam mana yg kita patut konsider penting? Tudung LApis 3 tingkat pelbagai warna, Tudung saji, tudung tengkorak, tudung kain guni, atau tudung bawal?


Kita seringkali gagal mendefinasikan KEPERLUAN . Di zaman kini, KEHENDAK selalu tersisip di celah-celah KEPERLUAN membuatkan orang macam kita yang tak berapa nak mewah ni sedikit tersasar dalam menentukan prioriti kehidupan. 



Kenapa perlu kanselkan polisi sedangkan anda masih mampu bayar bil asteruk bulan-bulan? Adakah asteruk termasuk dalam KEPERLUAN? 
Kenapa perlu kanselkan polisi sedangkan anda masih mampu travel ke sana-kemari saban bulan?

I get it...
Sakit , kemalangan kalu disebut 44 kali, memang akan jadi jugak.
 Itu kata mereka pada aku setiap kali aku remind diorang tentang wujudnya musibah yang kita tak tahu bila nak datang. 
TApi, apa yang aku cakap ini bukan TAHYUL. 
Bukan rekaan. 
Dan jauh sekali pula aku MENDOAKAN perkara tak baik berlaku kepada kalian. 
Hanya sekadar mengingatkan. 

Kerana pada aku, kita ini bukan dari golongan ada-ada , yang duitnya berkepuk-kepuk di bank dan boleh dikeluarkan bila-bila masa. 
Kerana, kita ini bukan orang yang kerjanya mewah-mewah belaka. MAsing-masing punya kemahuan tapi banyak yang terpendam cuma. 
Kerana kita ini bukan orang yang sentiasa dijamin sihat. Even aku sendiri pun tak boleh gerenti aku nak sihat sokmo sampai tahun depan. 


Apa terjadi jika anda stop bayar premium dan batalkan polisi insurans anda?




MAKANAN, TEMPAT BERLINDUNG dan PAKAIAN semuanya boleh hilang sekelip mata bila:

Kita hilang mata pencarian atas pelbagai sebab. 
Jika kita hilang mata pencarian akibat dibuang kerja, tetapi masih ada kudrat tubuh yang sihat, we can always find a new job and work something out. 

BUt , what if bila kita hilang mata pencarian akibat sakit yang teruk, atau pun impak kemalangan yang kekal? 

Anda fikir majikan akan terus support anda sehingga akhir hayat? 
Adakah majikan akan support pengajian anak-anak sehingga tamat pengajian?
Adakah majikan akan terus membayar gaji anda apabila anda sudah tidak lagi menyumbang tenaga kepada syarikat?


YA, Mungkin ada majikan yang baik da bertimbangrasa. 
Tetapi, bukan semua di antara kita bernasib baik. Yang mana dah tahu yang nasib dia tak berapa nak baik tu, BERINGAT!


Hanya INSURANS sahaja yang boleh SUSTAIN keperluan hidup anda bila anda ditimpa musibah. 
Insurans yang mampu menyediakan bantuan, di kala orang lain semua hanya mampu geleng-geleng dan cakap kesian. 
KEhidupan anda boleh diteruskan.
Anda sakit, perlu rawatan. Medical Card ada.
Anda tak perlu gadai rumah, pinjam meminjam dan lelong barang. Pampasan ada.
Anda masih pakai baju yang anda pakai sekarang.
Anda dan keluarga masih boleh makan. 

Kenapa?
KAlau takde insurans, takkan le takleh makan?

Yelah. 
Kalau dahtak keje. Asyik gi sepital aje, amik mc. TAkpun dok wad je semedang. Sapa nak bagi gaji? 
3 bulan ke 6 bulan boleh le amik leave, kalau setahun? 
KAlau lumpuh kekal?Strok? 
Ada ke orang nak amik keje?

Dah tak keje, mana nak mai gaji bagi keluarga makan?
MAna pulak gaji nak bayar bil asteruk?
Mana pulak gaji nak bayar duit keta?
Mana datang duit nak bayar ansuran umah?


INSURANS lah yang bantu.

Dan, hanya insurans aje yg bagi KEISTIMEWAAN, jika anda disahkan SAKIT KRITIKAL atau LUMPUH KEKAL,  insurans anda FREE tak payah bayaq!!!!

Asteruk yg anda bagi komitmen penuh zuhud tu, ada ke bagi camtu?
Kredit kad? Hampeh lagi. Time mampu bayar, kita ni la kawan dia. Time tak mampu bayar, kita ni macam musuh. Surat kaler merah ang-ang sampai umah.
Ansurans kereta? Ada ke nak waive kalau kita disahkah sakit? Mana derrr.......




Justeru....
Jika anda bayar insurans sekarang, berlapang dadalah. Anda membayar kami untuk menanggung risiko anda akan datang. 
Bila risikonya , kita tak tahu. Tapi, kita berusaha. Anda bayar ikut apa yang anda mampu, dan dengan komitmen itulah takala anda susah, anda dibantu. 


JAdi, bagaimana pula dikatakan membayar insurans ini sesuatu yg merugikan?
Sekarang memang la tak jadi pape. Tapi, bagaimana pula tetiba bila elok-elok je anda kanselkan polisi insurans, then anda disahkan kena tibi?
 Anda taktau bila nak kena tibi, tapi anda memang seorang perokok. 
Sudahlah merokok, tapi tak pulak take precautions. 
Anda sedap-sedap merokok, then bila anda sakit, anda biarkan pula anak isteri anda merana menanggung bil hospital. Dan, ada isteri yg terpaksa kerja extra untuk tampung bayar bil hospital kita ni.


JAngan letak komitmen pada perkara yang kurang penting. 
Buat mereka yang sudah punya polisi, jangan give up dengan polisi anda, kecuali jika ianya memang telah DISAHKAN tidak berbaloi membayarnya. 
Itu pon, kalu nak cancelkan, standby dgn polisi baru terlbih dahulu. Dah approve, baru kansel. 
JANGAN HANYA SIMPLY DGR CAKAP-CAKAP MEREKA YANG TIADA TAULIAH. 
Dapatkan advice tanpa prejudis. Seek for the experts. 
Nak apply dah le susah, dah approve kansel pula. LEpas tu, nak apply balik, harga memang tak samala macam apply memula dulu. 
Kena plak tgu waiting period kasi selesai 120 hari,baru leh guna medical card tu. 
 

UMUR PUN ADA INFLASI okeeee....


MAkin naik umur, there's more risk to bear.




 Kadang kesian dengan sesetengah orang yg nak sangat buat medicalcard ,tapi tak mampu.
Yang ini,mampu dah, tapi takmo bayar plak. 



MAkan lemang pun boleh mengundang bahaya skang ni.
Walopun ianya cuma HOAX je haritu,but it could happen. 

Ingat, insurans bukan tempat kita meletakkan seluruh kepercayaan akan terjaminnya kehidupan kita dari keterukan akibat musibah. 
Ianya sebahagian dari usaha kita sebagai hamba Allah yang lemah. 
Namun, kepada Allah juga kita serahkan dan jangan lupa bersangka baik senantiasa. 


Apa-apa pun,Makbed nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin.




Sekian aje ceramah Makbed untuk harini.

Wassalam.


Aidil Fitri 2013 , Tok Siah Tersedak Pulak.


Lepas puas beraya di hari raya pertama, destinasi berakhir di Bagan Serai. Lepas Maghrib, kami suma bergerak semula ke Ipoh. 
Stay lagi satu malam di rumah Mak Ngah. 

Malam tu, segerombolan kaum kerabat sampai. 
Mak Ndak dan family.
Dan juga Pakcik Khairul and family. 
Turut tak ketinggalan, Pak Teh dan keluarganya. 


Malam tu, kami sambut besday Pak Andak. 
Ada jamu-jamuan gitu.


 








 Tengah kalut dok makan-makan tu. tetiba Tok lak tersedak. 
BAtuk-batuk teruk jugak.
Banyak sangat makan ketupat agaknya. 

"Aku banyak sangat dosa ni. Tu pasai tersedak macam ni,,," kata Tok.


Kisahnya, masa beraya rumah ke rumah, Tok gitau yang dia ada tertinggal barang di rumah Tok Su Lit. Dompet dan kunci rumahnya tertingal atas meja teh di rumah Tok Su.
MAk aku pun membuat soal-siasat ke atas Tok. 
Yelah..Tok ni kekadang pelupa orangnya. 
Mak dah paham sangat dah. 
MAk yakin, Tok tak de tertinggal pape pun kat rumah sesapa, tapi Tok berkeras yang dia ada tertinggal something. 
Sian Tok.
Sepanjang perjalanan balik Ipoh, tak senang duduk dibuatnya. 

Bila sampai Ipoh, Mak suruh Tok check balik barang yang didakwa Tok tertinggal tadi. 
Mak yakin betul Tok takde tinggal pape. 
Tok pun patuh aje..
Mak suruh cari, dia pun cari lahh..

Ate tetiba dia jerit..

"HaaAAAAAA... ADA DAHHH!!!"



Rupanya, Tok tak bawak lansung pun dompet duit raya dan kunci umah dia tu from the beginning. 
Ni suma mesti berhalusinasi sebab makan pulut banyak sangat.HAHAHAHAH~


So, bila tetiba dia tersedak-sedak sampai muntah tu, she blamed herself. BALASAN TUHAN katenye.... sebab tuduh kitorang taknak bekerjasama ngan dia gi patah balik umah Tok Su amik barang dia tu. 


EEHHEHEHE...


Tu la kisah Tok saya yang kelakar macam cucu-cucu dia jugak.





YAng bertudung labuh serba hitam, tersenyum simpul bagai anak dara itu adalah Mak Teh. Feymes dgn nama fb Ummi Azzahra dan kerap kali juga memberi respon dan menge'like' post status fb Makbed. 
ANak-anaknya sudah besar dan berjaya semuanya, Alhamdulillah. 
Sabar MAkTeh melayan karenah anak buah dan cucu-cucu saudara. 
Masih ingat lagi MakTeh temankan aku di bilik kadi semasa nak akad nikah 5 tahun lepas. Hehehee.. 
MAsa tu, Mak takde. Kena exam. So, MAkTeh take charge pulak. 

Thanks Makteh. JAsamu kukenang sampai bila-bila. Masa tu nebes Allah je yg tau. Tengok muka MakTeh, terus tak nebes dah.
MAk Teh jugak pembaca belog Makbed yang setia, meskipun belog ini terlalu banyak kesalahan tatabahasanya. 
Ermm... MaktEh adalah seorang PK HEM sebuah sekolah menengah di Sungai Petani. 


HAH, sebenarnya dah habih kisah hari raya pertama. 

Selepas TOk baik dari tersedak-sedak tu tadi, tetiba Tok cakap kat aku..

"AKU NAK PI BERAYA RUMAH HANG LA PULAK."



...tettttt....

Abeh la. Umah sepah!!!




bersambung...

12 Aug 2013

Aidil Fitri 2013 - Tema Iguana

SALAM AIDILFITRI semua.


HAri raya kelima baru menjengah blog. Maafkan ambo sebab tak de wat entry raya. Seminggu sebelum raya pun haku dah tercungap-cungap dengan tugas, pehtu dok bersiap rumah nak raya. 
Maklumlah, kemas rumah jarang sekali. 
Plak tu, Abah kata dia nak beraya rumah aku, so wajib lah kena kemas rumah kan?


Buat yang belum tahu, tahun ini Makbed beraya tanpa suami di sisi.
Inche Kitchi dah pun naik kapal kira-kira seminggu sebelum berhari raya 
MAkanya, semua gambo beraya tahun ni, Inche Kitchi takde. Absent. 


Tema raya kali ini adalah warna sesumpah.
Makbed awal-awal lagi dah memang suka warna iguana dan sesumpah nih. 
Senang nak menyamar dengan pokok-pokok, bukit bukau dan gunung-ganang.



Tahun ni berkumpul di rumah Mak Ngah di Ipoh. 
Sebab rumah Mak Ngah is the biggest yg mampu membuatkan seluruh warga Anak Cucu Tok Siah. 
Tahun ni, family aku tak cukup korum lagi. 
ANgah and family dia absent. 
Dan, as mentioned, laki aku takdak. 


Raya 2013
 Ini keluarga besar sebelah Mak. 
Yang tengah, pakai baju kurung itam tu ialah Puan Presiden. 
Ibu kepada Mak Makbed. 
Warga terpaling senior dalam keluarga.
So, decision nak raya kat mana tu selalunya Tok yang buat. 
Kami execute sahaja.



HAri tu kami beraya sekitar Ipoh - Bagan Serai - PArit Buntar.




Manjoi. Rumah nenek saudara sebelah Abah.
Ini umah mak sedara Abah, means nenek sedara aku la kan. 
Nenek dan Atok sebelah ABah aku dah takde. 
Tinggal nenek saudara aje...
Aku panggil Tok Khala Che Su. 
Hee.. memang ada sikit turun Anak Mami tu, jadi ade la pakcik makcik yang dipanggil dengan gelaran 'mamu' dan 'khala' ye. 






Bagan Serai

Ini rumah Mak Long, kakak kepada Mak Makbed.
Sepupu Makbed yang bebaru ni kena strok semasa hamilkan anak kedua. 
Dah boleh duduk dah Dr Liza. NAmpak sihat banyak dah daripada masa aku tengok dia dulu. 
BAby pun dah lahir....
Cuma masa snap pic ni, baby tengah tido.


Bagan Serai

Ini rumah Tok Su Lit, adik kepada Tok Siah. 
Kira Tok sedara aku la ni.
Dah lama sangat aku tak pi sini. 
Bila sampai tu, jadi jakun jap. 


Jakun tengok rumah



Jakun tengok tingkap rumah

Entah berapa ratus pose kitorang kat tingkap rumah ni tau. 



Titi Serong, Parit Buntar

Ini rumah yang segar dengan panggilan Rumah Opah, meskipun Opah sudah pun pulang ke Rahmatullah beberapa tahun lepas. 
Rumah nenek saudara sebelah Abah. Opah atau nama lain beliau , Khala Wan Chik adalah kepunyaan makcik saudara kesayangan Abah. 
Skang, rumah ni Mak Njang Bibah duduk bersama anak-anak nya dan seringkali juga jadi port landing terbaik. 
Datang umah ni, walaupun pintu depannya kemain besar dan luas, sapa-sapa yg datang memang akan terus masuk ke dapur. 


NAmpak rumah ni je, ingat MAKANAN. Tu je lah. 
Memang masuk-masuk rumah ni, dapat makan macam-macaam!!




Ini dia lah cucu-cucu mami. Sorang aje dah kawin. Yang lain belum abih sekolah. AAHAhahaah1


 Ini ajelah rumah yang kami ziarah pada hari raya pertama. 
Just citer random jer sebab kalu nak detail kang tido plak korang bacanya. 
Sampai skang ni, tak habih letih lagi beraya weeii..
KAlau aku tak pi beraya, orang mai beraya pulak. 
TAhun ni, memang misinya nak jumpa sanak-sedara seramai mungkin. 


Insyaallah, jika ada kesempatan, kita tulis citer sambutan raya hari kedua pulak ye...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram