Followers

31 Jul 2013

SitiNurHaliza pencuri!!!!!

kempius mak tau..


Semalam kitorang bebuka makan kepsi. 
KEpsi ade lebih satu set. Snack plate. 
Ada 2 ketui ayam,1 roti , 1 coleslaw dan 1 mashed potato kan kan kan...


Cadang nak makan untuk sahur la ayam tu. 


So,sahurnya aku makan mee goreng yg dibeli Alang. 
PEhtu, aku ratah seketui ayam kepsi tu.
Tinggal baki lagi seketui. 
Aku sahur awal. Alang tengah tido lagi masa tu. 

Entah kenapa aku lansung takleh tido.
Wawan asyik merengek aje. Maybe dia cari APak kot. Selalu time tido dia akan cium APak dlu. 
So, aku kena deal dengan kemerengakan beliau la. 
Hilang mood tido,aku wat keje jeee...


Lepas sahur tu, aku masuk bilik. 
Layankan si Wawan dan Oni yg nangeh nak susu. 
Dalam setengahh jam pastu aku keluar balik. NAk kejutkan Alang makan sahur plak. 
Aku nampak kotak kepsi dah tergolek dari kawasan. 
TApi tade menda bertaburan pun. 


"Iskk...takkan 'sitinurhaliza' nak makan kepsi??" bisik hati sendiri. 


KAlu tengok track record 'sitinurhaliza' main curi-curi sampah kat umah, memang maveles. Walaupun beberapa generasi dan keturunan dia dah arwah, tapi skill yg dwarisi tu makin lama makin improve kot.

Bila aku buang baki makanan dalam tong sampah kecik, kang bangun takde dah makanan buangan tu. 
Baki ikan or ayam, samada ada isi atau pun tinggal tulang, pun takde. 
Dulu-dulu, 'sitinurhaliza' suka sepahkan dapur. TApi,lepas aku sound tepek dan mengata dia kat belakang (mana leh cakap depan dia !!) , aku mendapati dia dah semakin ada table manners. 
Amik takat hat dia nak makan je, dan dia tak sepahkan.
Bagus.. Makan ikut sunnah ye.Makan bila lapar, brenti sebelum kenyang. Gitu. 

Aku cakap dia.."jangan bagi aku dan orang lain nampak ko. KAlau tak, mati ko kang...."

Aku pun tak pasti itu adalah AMARAN KERAS atau pun just FRIENDLY REMINDER. 
HAHAHAHAHA...



Berbalik kepada citer kepsi tu tadi...


Aku nampak kotak kepsi yg aku tinggalkan ayam seketui untuk Alang tu, dah tergolek. 
Tapi still atas meja lagi. 
Alang masih lagi tido.
TAk mongkin dia yg kaco kotak kepsi pun. LAgipun kalu pikir logik, rajin plak Alang bangun semata-mata nak tergolekkan kotak kepsi tu kann....


Kotak tu terbukak cikittttttt je. 
Kalau 'sitinurhaliza' nak curi ayam kepsi, tak muat kot ayam tu nak kuar kot lubang kotak beso tu. 
Roti pun tak muat nak kuar.
Ayam tu besar juga! 
Ayam spicy lak tu.



Dan bila aku bukak kotak tu....



_ _

_ _ _ _ _ _ .........


------------------------------------------------- ^_^--------------





Ayam kepsi tu takde!!!!!!!




T_T






Aku tinjau kiri kanan depan belakang. 
Moskel betui. 
Camana dia bawak ayam tu? Ayam tu besar ok. Bahagian keel. 
Aku cari kesan tayar seretan kot ada, tapi bersih. JAdi CSI sat.
Even serbuk-serbuk tepung ayam pun takde bersepah lansung!
Paling aku moskel, camana dia keluarkan ayam tu dari kotak yang basicly tak terbukak beso mana pun??

JAngan cakap yg dia amik ayam , pehtu dia tutup balik kotak !~~!


BIla aku bukak kotak, yang hanya ada 1 roti, 1 mashed potato dan 1 coleslow sajeeerr.
Ayam takde. 
So, aku buang suma skali masuk tong sampah. 

Dan bila Alang bangun, aku tanya Alang.
Memang Alang tak de amik ayam tu. Dah dia tido kan...
KAlu dia bangun makan, aku sure tau punya sebab aku tak tido lagi.


Dem u 'sitinurhaliza' !!!!!

Berani curik ayam kepsi aku. 
KO ni tikus mutan ke?





Yeaaahh.... 'sitinurhaliza' ada sejenis tikus rumah.




29 Jul 2013

Inche Kitchi Sudah Pergi



Selepas hampir 2 bulan kami tugeder-geder, pada hari ini Inche Kitchi telah pun berangkat ke Kuala Lumpur untuk menyambung tugasnya sebagai Pencari Nafkah untuk keluarga kecil kami. 


Paling 'menarik' adalah tahun ni kami tak leh beraya bersama-sama sebab Inche Kitchi naik kapal 2 bulan start besok.




MAka, tahun ni kami beraya jejauh.....~ Nyaaaauuuuuuu~ 



Ada sekelumit sedih jugak la. 
Tapi sekelumit cinonet je.
Papepun, Makbed tetap brsyukur atas rezeki Allah bagi. 
Dengan wajah manis riang gembira, kami mengiringi jihad Inche Kitchi...... sampai ke stesen bas sahaja...
Ahaks!!


Semoga Apak tabah ye. 
Syukur lah aku kini di Kedah. 
Dekat dengan mertua. JAdi, boleh juga merengek-rengek kat Umie. Dan time raya macam gini, takde la susah aku nak drive balik jejauh semata-mata nak bawak anak-anak balik tengok atok dan nenek diorang, kan?

Dan tahun ni rumah aku bakal jadi port beraya. 
Mak Abah 'balik'  kampung.
Adik-adik pun suma berkumpul di sini. 
Di rumah aku. DI rumah di mana kami semua dibesarkan. 
MESTI BEST!!!!

Tapi aku tau dah, Abah musti beraya kat Sik punya. 
Tak sabo nunggu lemang dan ketupat orang Sik...~


 

Selamat Jalan , romeo.

Skang suma kena buat sendiri balik.
Sebelum ni Inche Kitchi antar anak-anak gi sekolah.
Dia jugak yg menjemput. 
Dia tolong tadahkan stok air dalam botol sampai penuh. 
Tolong mandkan anak-anak bila petang , time aku kalut memasak untuk berbuka.
Tolong basuh berak anak-anak.
Tolong picit kepala , urut belakang aku time sakit. 
Tolong terkejutkan aku suruh tido bebetul bila aku berdengkur.
Tolong 'layan borak' bila aku bercakap ketika tidur. HAHAHAH!
Tolong buang sampah. 
Tolong jadi driver ke mana sahaja saya mau pegi. 


Huuu...~

 

Tahun ni beraya tak cukup sorang.




Namun anda tetap dekat di hati kami :-)



Salam sayang buat suami yang terlalu banyak berkorban untuk kami.
Sampai pakaian pun tak berganti.
SKang terpaksa beraya jauh dari famili. 







Cubaan pertama suami jauh kali ini ialah
31 haribulan sampai 3 Ogos aku kena outstation. 
Dan sebelum ni outstation anak-anak tinggal dengan Inche Kitchi. 
KAli ni, nak tinggal kat sapa pulak nye...~
Adehh..



28 Jul 2013

Beli Baju Raya Ke?



Hari ini aku mendapati tidak ramai yg hapdet belog. 
Shopping raya ke korang? 
Amboihhh... sakan no. 



Mak Abah dah balik dah ke Kuantan. 


Jumaat ari tu MAk datang naik bas dengan Adik. Kimi pun balik gak dari Banting. 
Rumah penuh.... Wee~
Sempat la kami gi shopping gi beli baju raya Oni dan Wawan. 
Nak cari baju raya Linda, tapi takde yang bekenan. BAnyak sangat bling-bling. 
Tapi, kalau bawak LInda, yang bling-bling tu la yg dia suka. TApi, sudahnya pakai skali jek. Mana taknya, baju raya sama macam baju gi dinner ngan sultan! 

Mak decided nak beli baju Linda kat Kuantan je. Beli kat Kamdar. Memang Berbaloi. 


Peserta Shopping Raya kali ni. A


Misi aku lak nak gi beli baju kurung Oni dan baju melayu Wawan. 
Aku bawak Oni je gi shopping sebab tak berdaya nak bawak semua skali. 
Wawan bantai nangeh kat umah , kena tinggal duduk rumah dengan Apak. DIa dah bajet nak gi jenjalan dah awainya tu bila tengok TokWan bersiap-siap nak keluar. 

Sekali kena tinggal. 
hHAHHahHAHh...~ *kejamnya Ibu ni. 


BAwak Oni sorang pun jenuh dah wei. 
NAk cari hape pun susah.
Abih suma dia nak kelebek. 


Hasil kreativiti Oni

Tengah siok menerai kasut, Oni plak dok buat keje sendiri. Habih punggah kasut atas display. Bila aku suruh susun, jadi la macam gambo ateh tu. 
Keje dia la tuuuuu........

Semua kasut tu cun. Aku nak beli yang kaler turqoise tu. Tapi saiz abeh lak.



Boring lah!
Udah asyik kena marah aje, Oni duduk merajuk bawah ni. 
MAsa ni aku nak beli kasut raya dia. 
Aku beli sandal je. Senang dia nak bukak kasut sambil berlari. Melayang kasut pun takpe, aku tak kisah. 
HAHAHAHa... *leh imagine tak?
Tapi, dapat-dapat kasut tu terus dipakainya. Tak sempat raya dah. 


Untuk aku takde beli apa pun dah.
Dah beli baju awal-awal lagi..
Beli online ajelah. SHopping online lagi murah dan lagi cepat aku wat decision. 
Suma baju raya adalah baju yang boleh pakai gi keje sekali. 
 
PAs habih shopping, ONi dah ngamuk-ngamuk nak makan. 
Balik tu, aku paksa dia tido sebab kang nak travel gi SIk pulak utk berbuka puasa di rumah kawan Abah. 




Tak pandang lauk lain dah!
CUkuplah asam pedas sayur keladi untuk hamba. 
Mak Su masak nasik ulam. BAru kena regu dia. 




Masa ni terus lupa diet.
HAHAHA.. 
Mana de penah diet pun slame ni. KeekkeeKeekKeeK *gelak baru. 
BErtambah-tambah makan.
Ada le lebih 8 kali kot. Sebab cedok sikit-sikit. Kononnya bersopan santun le kan. HAhaha.. sekali, lepas abeh 3 mulut, cedok lagi. Lepas habih, cedok lagi. 
Tu 8 kali tak termasuk meratah sayur keladi tu plok!

Ini baru namanya Makanan Tambahan. 

Heehhehhehee.. *lawok je. 



BAlik tu suma terbongkang macam ikan paus. 
MAksu siap bagi bawak balik. 
Masa sahur tu, makan lagi. 
TApi kali ni makan sikit je sebab dah kenyang masa berbukak tu tak abih gi. 


Akhir kalam..


Terimalah pose gwiyomi si Wawan Kpop


 


Daging Masak Kicap MUDAH



MAri kongsi resepi mudah lagi senang :-p




Ini gambo aku upload masuk dalam instagram, masuk fb sekali, orang ingat asam katok la,kismis al-mukjizah la.
Sedih tau.
Ini daging masak kicap la jenab.
Sentap haku.
Henpon aku ni, skrin kamera nya dah calar. Berkat malas pakaikan 'baju' pada note tu la kan. Dapat kat Oni ngan Wawan, henpon tu lak digeser-geser macamla henpon tu berus dawai. MAu tak calaq?


Insyaallah, ada rezeki lebih, amik note 3 or S4 ker. Mana best ek?


Terus kepada resepi.


Bahan-bahan:

200gm daging yang dipotong kecil
1 labu bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
1 biji bunga lawang
1/2 labu bawang besar - potong bulat untuk hiasan
kicap manis cap kipas udang
sedikit kicap mee (kasi hitam sikit)
garam
air


Cara-cara:


1- Panaskan minyak dan tumis hasil blenderan tu.  Biar garing sikit.
2- MAsukkan kicap manis dan kicap mee.  KAcau sebati sikit pehtu masukkan air. Lebih pun takpe. Jangan la cair benor kicap tu kang tak santek lauknye.
3- Biarkan mendidih sedikit.
4- MAsukkan daging. KAcau rata dan biar sampai air tu kering sikit.
5- MAsukkan sedikit garam.
6- Akhir sekali masukkan hirisan bawang. Nak boh cili merah pun boleh.



Sebenarnya, resepi daging masak kicap ni pelbagai. Boleh juga letak sedikit cili boh kalu suka pedas. Tapi, cara masak je berbeza. Cara yg ni, daging lebih empuk sebab aku masukkan air dulu baru daging. Minyak pun tak pakai manyak. Ngam-ngam buat tumis aje.

Bunga lawang tak boh pun takpe. 


Untuk resepi daging masak kicap lain boleh refer:

Daging Masak Kicap Pedas Awan YAng Terpilu



Boleh cuba sendiri ye.
Simple je kan bahan-bahan.

27 Jul 2013

MEMPERKENALKAN COLLAGEN LELAKI PERTAMA di Malaysia, COLLAGEN CAPPUCINO WITH VITAMIN C FOR MEN.


Yeahh....

Sudah sekian lama tiada entry tentang kopi kecayangan Makbed nan satu ini.


Wajib enterprem skali yollllsss
 

 Kopi nilah teman bulan posa terbaik. 
BUlan ini, yakni JULAI cukup le setahun aku menjadi penagih  peminum tegar Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC). 
Tak caye ? LEh refer SINI. 
Meskipun kotaknya purple which is bukan warna kegemaran MAkbed, tapi itu tidak penting ye puan-puan. 
YAng penting isinya. 

Ramadhan mungkin sunyi tanpa HKCC. Sebab tu la aku akan senantiasa pastikan stok kopi aku ada je atas lemari dapoq. 
Pehtu, kat umah MAk pun aku ada stenbai sekotak dua. MAk Abah pun minum HKCC hoke. So, gi umah Mak , aku tak dela ketandusan kopi ni.
Pehtu gi memana pun, ada je la peket purple tu dalam henbeg. 
Berguna kekadang bila tetiba je ado orang nak rasa HKCC, terus aku bagi sepeket soh minum. 


Dengan sukacitanya MAkbed nak berkongsi news tentang kelahiran 'adik' HKCC, yang turut dilahirkan dengan kulit berwarna purple. 



Bismillahirrahmanirrahim...





TEn tenetttt!!!!



 


 Tengok...!


Hensem tak?
Pertamanya aku jeles sebab kotak dia leper cenggini. 
Kotak HKCC gemok pat segi. 
First impression aku, presentation adalah MACHO dan smart. 
 

 Memperkenalkan


COLLAGEN CAPPUCINO plus VITAMIN C FOR MEN(CCFM)


Ya.. untuk lelaki.
Rasa dan ramuannya disuai padan dengan taste lelaki yg sememangnya menggemarkan kopi yg strong.
Jadi, pada lelaki-lelaki di luar sana yang mendambakan kopi pemberi tenaga dengan rasa lebih MEWAH, boleh cuba ni. 
CCFM ni takdo dijual kat market, pasar tani atau di kedai makan. 
Sama la macam HKCC.
Ini produk baek punyo, kalu nak memang kena order kat agen dan stokis kawasan. 
TAkde dijual bersepah di sana sini. 


Produk ni disambut baik oleh warga HKCC dan pelanggan-pelanggan setia HKCC yang memang telah mendapat manfaat selama beberapa lama mengamalkannya.
Khasnya, yang mana dah berkahwin tu rasa sangat teruja nak memperkenalkan CCFM kepada suami-suami memasing. Sebab, suami depa ni kekadang curi-curi minum HKCC si isteri. 
Sedap katenye. 
Ada yang sebulan beli sampai 5 kotak sebab suami nak juga. 

Ok skang, kita dah buat sorang satu.
ISteri ada HKCC.
Suami pulak ada CCFM.
So, takyah berebut dah pasni ok!

Dan pada lelaki kacak di luar sana yang hanya taram je tengok isteri minum HKCC tapi tak berani minum sebab katenye ada manjakani, serapat segala...  Kang kalu minum kang takut 'terapat' kat memana, kan...
Maka, bolehlah minum CCFM ni tanpa was-was. 
Anda pasti sukakan rasanya. 
Memang superb!


BAGAIMANAPUN...




Orang pompuan pun boleh minum CCFM ni kalau mahukan rasa kopi yg lebih power. 
Buktinya...



Aku sendiri pun dah minum. 
nGeh..ngeh..nGeh..

Disebabkan aku dah minum la aku wat entry ni.





****



MAri kita tengok kandungan CCFM plak. 




Vitamin C Sebagai Antibiotik bagi mempertahankan sistem Immunisasi
Goji membekal tenaga dan stamina
Guarana memperbaiki sistem penghadaman dan awet muda
Bunga Cengkih Membantu merangsang pengaliran darah
Kayu Manis melancarkan pengaliran darah
Madu mengembalikan kekuatan tubuh badan
Habatussauda eningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
Urena Lobata mengurangkan sakit gigi


Untuk maklumat lebih detail, boleh rujuk kat page CCFM

dan jangan segan-segan LIKE ya.


 Harga CCFM sekotak ialah RM49.90 ada 20 sachet didalamnya. 
Berminat boleh hubungi Makbed di number 0172479294. 




Nota: Kesan-kesan pengambilan secara personal is yet to confirm. Sebab Makbed baru aje minum kopi ni 3 hari. JAdi, takleh la poyo-poyo je cakap kopi ni hebak , boleh baik segala penyakit yer.. Nak buat testimonial , biarlah realistik dan jujur. Korang pun tak suka orang tipu-tipu kaaannnn.  Cuma, testimonial paling awal aku ialah SEDAP dan MENGUJAKAN ajelah. Ngehngehngeh..~


25 Jul 2013

Dapat Cash Voucher Rm50 Dari Astro


Rezeki di pertengahan Ramadhan bila Makbed menerima banyak voucher makan-makan. 

Alhamdulillah. 




Thanks Astro sebab kasi saya makan free walaupun saya selalu marah-marah kerana asyik kehilangan channel setiap kali menjelang hujan. 
PAndai awak mengambil hati saya..

PAsni, hantar la voucher AEON kerrr....
Mihmihmih~




 
 Dan ini plak dari Domino's.
Voucher Buy 1 Free 1.
VAlid sampai September. 
Okla.. takde la termonyeh-monyeh makan semua demi nak habihkan voucher nih. 


Sapa nak saya belanja ni?


****


HAri ni teman Abah gi Pekan Rabu. 
Abah nak beli beras pulut untuk kawan-kawannya sebagai persediaan hari raya. 
Tahun ni kami suma beraya di Alor Setar... 

Kuih raya tak buat lagi. 







Hari ni berbuka dengan bubur lambuk insyaallah.
Tadi dah beli sedikit serunding ayam di Pekan Rabu. 
DI sini serunding is a bit mahal.
Kalau nak murah, beli di Kelantan. 
Selalu Umie yang belikan. 
Borong sekilo dua, bahagi sorang sikit.





Dah load kat instagram, tapi gambo di IG lebih kecik

Ini gambo shawl dengan tutorial ke-2 (refer entry INI)
Memang terbiasa beli wide shawl.
Kalu yang kecit-kecit ni tak puas nak pakai. 
Tapi boleh le nak belit. 


Beli wide shawl lagi senang, buleh pakai lama. 
Kalu nak pendekkan, lipat sedikit di hujung.





Pashmina Tutorial Tutup Apa Yang Wajib Tutup : Untuk Si Kaca Mata


Siapa kata pakai spek takleh pakai shawl dan pashmina?
Boleh juge...

Cuma kalau salah pemakaian, nanti tak selesa pulak kan?
Pehtu nampak lak kembang kat tepi mata tu. TAk sweet gitewww...~



Ok... Ini tutorial yang paling mudah nak ikut. 
Apa jenis material pun boleh ngan style ni. 
Cuma, biasakan bila pakai shawl dan pashmina, pakai sekali inner ye. 
Jangan le pakai terus atas rambut. 
Rambut awak tu licin. 
Dan ada shawl dan pashmina yang jarang dan nipis.
KAlau tak pakai inner, nanti keluar abeh anak-anak rambut, tajam-tajam tercacak kat tudung. HAHAHAHA.. 

TAhulah panas. 
TApi ada tempat lebih panas tauuuuu. Ngee~
Kita nak bertudung ini kenalah jujur, ikhlas dan kemas.
Bukan berurusniaga aje kena jujur dan ikhlas ye.
NAk pakai tudung, biarlah tudungnya terletak elok supaya tak mudah terbang dan tak mudah ditarik-tarik.
JAngan MALAS.
Tu je. 





Gambar hiasan


Benornya aku dah try. Memang senang pun. Cuma tak kemaskan aje. Pasni kita buat lagi ek...
Korang try la. 
Pehtu komen, susah ke senang ke.

24 Jul 2013

WORDLESS WEDNESDAY



memang wordless sungguh la. 


Pashmina Tutorial Tutup Apa Yang Wajib: Versi Lipas Kudung Anggun

2nd tutorial today y'all.

Errr.. ade ke lipas kudung anggun?
HAHAHAHAHAHAH


Yang ni unik sikit. PAkai kat hujung. 
Dan, still cepat dan pantas. 
TAk berpeluh pon nak pakainya. 






Nah, MAkbed dah bukak rahsia.
Cepat... korang pun pakaila skali.
Untuk shawl pun boleh.....


BEsok tutor lain plak ek.

Pashmina Tutorial Tutup Apa Yang Wajib Tutup: Versi Sepantas Kilat.



Nih adelah salah satu hobi aku nih.
Mencari idea-idea memakai pashmina yg mudah dan laju.

Ciri-ciri cara pemakaian pashmina yg aku akan pilih dan ikut adalah seperti berikut:

-LAJU dan pantas
-kemas
-tidak berbahaya kepada kanak-kanak (tak banyak brooch atau pin atau yg tak begitu visible)
-menutup bahagian yg wajib tutup. 


JAdi, kalian yg sedia pernah membaca belog Makbed, memang dah tahu evolusi pemakaian shawl dan pashmina aku kan.


Disebabkan ramai benor yg suruh aku wat tutorial pakai pashmina, jadi aku segan nak cakap NO.
Hakikatnya, aku SEGAN nak merakamkan diri sendiri dalam pergerakan video sebab suara aku sahaja pun sudah cukup menggamatkan suasana. Apatah lagi la kalau aku buat video. 

Maka dengan ini, aku kongsikan satu tutorial yang aku sendiri suka utk korang tiru. 
Banyak tutorial cara pakai pashmina and shawl, tapi memacam style. 
JAdi, aku dah narrow down korang punya search. 
Kalau nak ikut style aku pakai pashmina, this is one of it. 




Aku dah test dah. 
Tak amik masa lama pakai.
Paling laju, 60 saat je. 
Siyes!!!!










Akan ku kongsikan video tutorial lain nanti ek. 

Semoga bermanfaat.

Credit utk adik ni. Semoga Allah merahmatinya.


Takyah la aku wat tutorial.
Dah penuh youtube dengan tutorial dah. SIan kat youtube - - tepu!!


Kisah Orang Yang Disyaki Tak Puasa



tadi pi tesco. tengok ada sorang lelaki tu beratur beli roti bun. ada la 3 bijik.

semua org pandang2.
awek konter pun memandang sinis.
dia buat slamber jer.
beli, dan bayar...

tak posa kah dia? ----------- prejudis.















Aku pun beli bun jugak.
Tapi,takde sapa pun memandang sinis.
Di belakang aku ada lagi 2 orang wanita sedang beratur beli bun. Ada yg bawak anak kecik.





Lelaki tadi tak terus balik.
Dia bawak beg plastik berisi roti pergi ke satu sudut, yang ada kerusi.

Kebetulan, aku sejalan ngan dia.
Orang sekeliling pandang saja dia. Ada yg sinis.
Dia wat slamber jer.



**********************************



Rupanya, bun tu dia belikan untuk anak-anak dia yang masih kecil.

"NAh, makan ni dulu. MAma lambat lagi nak siap shopping.." katanya.




Diskriminasi terhadap lelaki di bulan puasa.
Kesian kan?

KAlau pompuan bleh je beli makanan.
Tapi, kalau lelaki, beli makanan pun kena. Siap kena sorok-sorok lagi. Walaupun bukan beli untuk diri sendiri.


Kesimpulannya, jika kita tak buat salah, kenapa kena menyorok kan?
Beli jelah.
TAk salah pun beli makanan.
YAng salahnya adalah MAKAN di bulan posa tanpa keuzuran.
Dosa tau..


Ibadah puasa ni hanya Allah aje yg sukat pahala dosanya.
Sapelah kita ni kan.








23 Jul 2013

JANGAN TINGGAL ANAK DALAM KERETA LA WOII!!!


HAri ni terpanggil pulak nak menulis pasal TABIAT tinggal anak dalam kereta ni.
Sebelum ni aku pernah menulis dah. 
Ngape la kurang kesedaran pasal tinggal anak dalam kereta ni..?


Sebelum tu , baca news dulu then korang tentukan sendiri, ini CUAI, ABAI, GATAI atau BEBAI.


 Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.


Goyang kereta baru terjaga

Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.

Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.
Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolahnya jam 11 pagi.

Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia bukan saja membahayakan kanak-kanak, malah boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini termasuk ancaman jenayah.




KAlau kes anak terkunci di dalam kereta di Subang Jaya tempoh hari, kita boleh accept itu sebagai TAK SENGAJA. Sudah ketentuan si ibu diuji sedemikian rupa. 

Tapi, kes yang terbaru ni? KOrang nilaikan lah sendiri. 

Budak kecik tak kisah la berapa kecik, yang dikonsider tak mumayyiz, tak pandai urus diri, lembam, yang helpless, TOLONGLAH JANGAN TINGGAL DIA BERSEORANGAN DALAM KERETA

Memang kereta ni cozy, siok..sejuk. KAdang tak sampai hati nak kejutkan anak yang sedang tido enak sebab nanti 'ganggu' dema tido.

Well, nak tanya balik.... Adakah mengganggu anak tu sedang tido yang anda takutkan, atau pun bimbang bila anak tu terjaga, anak tu mengganggu anda pula? 


Jika perlu berjalan berdua dengan anak, INGAT! Sentiasa INGAT yang anda kena bawak dia ke mana sahaja pun, hatta perlu mengisi minyak dan bayar duit kat konter minyak yang jaraknya hanya sekentut aje nye pon!
Jangan tinggal. 

Aku pelik tengok mak bapak budak yang nak gi market bawak anak, pehtu tinggal budak tu dlm keta bukak tingkap sikit, bior aje. TAk de lak letak nombor telepon ke hape jika anything happen. 
BAhaya wey. 
KAlau kena culik camne?
Aih....

ORANG TAKKAN BERINGAT SELAGI TIDAK TERKENA KAT DIRI SENDIRI.
Tapi, bila dah terkena , menyesal pun taraguna lagi. 


So, tolonglah kawan-kawan. 
Ingat... 
AKu tak cakap sebarang. 
Sebab aku sendiri pun buat.
Bior le orang ngate aku gi keje, gi jalan jauh tak bawak anak. KEJAM.
Tinggal anak kat umah. Anak terabai demi aku nak keje. 

YE BETOL!
Adalah lebih bagus aku tinggalkan diorang kat umah daripada aku bawak Oni ngan Wawan dan membahayakan nyawa diorang. Dan nyawa aku jugak. 
Simple situasi la.... Kalau aku tetiba nak terkencing ke, nak berak ke, camne? NAk usung suma bebudak tu masuk jamban skali? 
Atau, nak tinggal dedua otomen tu dlm keta, dan aku gi berak? 
Tenang ke? 


NAk gi isi minyak pun, jika terdesak sangat, aku akan cari petrol pam yang pakai kad.
Nasib la skang leh pakai debit kad.
Swipe ajelah..
TAkperlu aku ke kaunter minyak. 
Anak-anak pun takyah tinggal dalam keta tanpa pengawasan. 
Sambil isi minyak, sambil tengok. 
Sebaiknya, urusan aku selesaikan sebelum aku amik anak-anak. 
Bila dah jemput anak balik, means aku kena terus balik rumah. 

Bila Inche Kitchi takde, aku kena lebih alert dan kena lebih bijak merancang perjalanan. 
Penat juga kekadang bila ada perkara yg agak terbatas nak buat bila dok sengsorang menguruskan otemen yang ganas nih. 
Tapi, dengan perancangan betul, insyaallah. Jangan segan minta bantuan jika perlu. 

So, nasihat aku kat sini, JANGAN TINGGALKAN ANAK DALAM KETA walau apa pun sebabnya. 
Anak tido, anak tak sihat, anak tak mo ikut... 
No NO NO...
Itu bukan alasan. 
Jadi ibu bapa yang bijak. 
Jika anak meragam, buat dia tak meragam.
Jika anak menangis, buat dia tak menangis.
Jika dia tak mau keluar, buat sampai dia keluar. Heret lah dia jika perlu. 
Kalau taknak, jangan keluar lansung dedua sekali!
Kita ibu dan bapa. Kita lah yang mendidik dan mengawal suasana. 
Kelak, jika jadi apa-apa akibat kelalaian sendiri, takkan nak guna alasan - "Anak saya nangih-nangih takmo kuar keta. Maklumlah, tak sihat. So saya biarla dia rest dalam tu kejap.."

And then, deep down you menyesal sengsorang... sebab anda tahu siapa sebenarnya yang suka beralasan dan mengambil mudah atas segala keadaan. 


 


 Buat masyarakat yang terlibat dalam insiden kat KOta Kinabalu ni, respek sama u guys. Anda SANGAT PRIHATIN dan keprihatinan anda mungkin telah menyelamatkan anak tu. 
TAkpa la hangpa bagi pecah cermin tingkap. 
Memang baguih la. Biar mak pak dia beringat.

JAdi , aku menyeru kepada semua, kalau hangpa nampak ada budak kecik dalam kereta yang ditinggalkan, bila pintu tu berkunci dan takda penjaga dalam dia, hangpa PECAHKAN JE TINGKAP KETA DIA
sebab...

1 - Sebagai tujuan menyelamat.
2 - Sebagai peringatan kat tuan punya keta tu, bagi dia belajar. 

 



22 Jul 2013

Seketika aku tersentak...


HAri ni Abah duduk rumah , tido aje. 
Rileks. 
Aku siapkan kari telur dan siap sekali 'menjala' di dapur.
BUat lebih untuk santapan ibu dan ayah mertua serta adik-adik ipar. Malam kang baru nak gi umah Umie. 


Lepas masak , saja luangkan masa berfb. 
Disapa oleh eorang friend yang just nak bertanyakan soalan. 
Dipendekkan kisah, dia baru saja kehilangan orang tua yang disayangi akibat penyakit kanser peparu, stage 4. 
Dia hanya ingin tahu, benarkah wang yang diterima berjumlah agak banyak adalah wang khairat kematian arwah ayahnya. 
Baginya, ianya terlampau banyak untuk KHAIRAT KEMATIAN. 


Disebabkan aku takleh view away punya polisi, aku cuma mampu bagi jawapan. Bahawa khairat kematian tak semestinya berjumlah Rm2k seperti yg selalu diterima. Ada pemilik polisi yg mahukan khairat kematiannya ditinggikan. 
Hakikatnya, semua manfaat dalam PruBSN boleh disuaipadan dengan keperluan. 
Ada orang yang mahu pampasan mati dilebihkan.
Ada orang yang tidak mahu pampasan tinggi, cuma mahukan medical kad yg tinggi nilai limitnya. 
Ada juga yang hanya mahu saving. 


Dalam kes ayahanda kepada orang ni, aku tak pasti.
Tapi, maybe anakandanya cuma mahu pastikan, duit apakah yg dia serta adik-beradiknya terima sepeninggalan ayahnya.
Bukanlah niat dia mahu check detail duit-duit tu tapi bagus juga jika diketahui dari mana asalnya.
Tetapi, si yang bertanya ini mengaku pernah nampak sijil insurans arwah ayahnya di dalam simpanan arwah sebelum ini. 


Di hujung perbualan aku dan dia, dia berterima kasih. Meskipun aku tak mampu menjawab semua pertanyaannya dengan detail, tapi ada sesuatu yang membuat aku tersentak seketika. Tatkala aku sampaikan ucap takziah aku pada dia dan keluarga atas pemergian ayahanda tersayang, dia berkata...


"...semasa hidup, dia bagi duit. Masa mati pun, dia bagi duit lagi..." 



Tetiba aku tersedar, untuk apakah aku berinsurans kalau bukan untuk dimanfaatkan kepada anak-anak aku bila aku dah tak ada nanti. Biarpun tak banyak, biarlah ia boleh membantu 


Periksa sum assured insurans anda. Pastikan ianya mencukupi untuk keluarga anda bila anda tiada lagi.
Jangan sesekali rasa terpaksa membayar insurans. 
Anda tidak akan pernah tahu manfaatnya sehinggalah anda sendiri melalui keadaan tu. 



Alhamdulillah, wang pampasan yang ditinggalkan cukup untuk melangsaikan hutang-hutang dan melaksanakan hajinya. 



HAri ini, aku belajar sesuatu.

[TUTORIAL] Pembayaran Insurans Nyawa Menggunakan Maybank2u.


HAri ni Makbed nak ajar semua cara-cara membuat pembayaran premium insurans bulanan menggunakan perkhidmatan online banking iaitunya Maybank2u. 


Pembayaran ini khas untuk mereka yang guna mode CASH. BIasanya diorang akan bayar sendiri kat kaunter Prudential ataupun bayar kat agen yang membuat kutipan. 


JAdi, untuk memudahkan semua yang macam nevesssss nak guna M2u, hari ni aku ajorkan mengkeme sekelian. So, pasni sapa yg nak bayar sendiri adalah dialu-alukan. Dan, cara ini tidak tertakluk kepada client Prudential aje ye. Client insurans lain pun boleh.. 


 Bahan-bahan yang korang kena ada untuk buat payment online ni adalah:

Korang kena ada insurans.KAlau tak de insurans,  silalah buat dengan saya. Hihihihhi~
Kena tau polisi number. 
Kena ada duit dalam akaun bank. 
Henpon kena ada di tangan untuk TAC kod. 
 

Cecaranya ialah...



Log In
 Masukkan ID dan kata laluan seperti selalu. 
Sapa yang belum ada Maybank2u boleh lah aktifkannya di Maybank yang berdekatan. 



2 - Pilih ACCOUNTS & BANKING. Klik





3- Klik pada BILL PAYMENT




4- Klik MAKE A ONE-OFF PAYMENT
 



5- Pilih INSURANCE & TAKAFUL



6-Klik pada Prudential BSN Takaful Bhd

 Nota: Perlu diingatkan yang Prudential ada 2 syarikat. PAstikan polisi anda di bawah Prudential Assurance atau pun Prudential BSN Takaful. 
Cara nak beza kan ialah, tengok nombor polisi. 
Kalau yang bermula dari 9 diikuti 7 digit kat belakang tu, PruBSN lettewww.... 
JANGAN SALAH!
Nak senang, confirmkan dengan agen ye.




7- Masukkan jumlah premium bulanan dan masukkan nombor polisi anda.



Tengok number polisi anda di kad perubatan.  Anak panah itu adalah number polisi anda.


 Nota: PAstikan jumlah premium adalah betul . PALING PENTING, number polisi WAJIB betul. Ini kerana, terlajak perahu buleh diundur. Terlajak key in number polisi, BURUK PADAHNYA. Makbed tak pasti wang buleh dikembali kan atau tak kalau tersalah key in number polisi nih. Huuuu~ Memang kena berhati-hati.


8- Dapatkan TAC dan masukkan kodnya di kotak disediakan. Seterusnya CONFIRM kan je ...




Transaction boleh diset untuk setiap bulan jika suka.Tiada paksaan. 
Dan tiada charga dikenakan untuk pembayaran secara online. 


Boleh juga bayar menggunakan CimbCLICKS. Tapi, Cimb ni cam renyah sikit. Dan hanya bleh bayar untuk PrubSN jer.




Agen buleh collect cash untuk client-client , tapi kalau beratus-ratus clientnya, bayangkan la camana nak collect on time ye. 
KAdang tu tak termenang tangan. 
Belum masuk yang lambat bank in, yang takde kat umah, yang bercuti-cutian....
Jadi, pekata kita pakat saling bantu-membantu untuk kesejahteraan bersama. 


Semoga bermanfaat untuk semua.
Thanks. 




Dah bayar premium?




KUIZ HARI ISNIN







Apakah ini???



21 Jul 2013

Update Sikit.

Senyap terus dua tiga hari ni..

Abah tak sihat. 
Khamis lepas, lepas berbuka Abah telepon suruh jemput dia di Kuantan sebab dia nak balik Kedah. 
Sebenarnya, Abah dah lama sakit-sakit kepala. Sejak sebelum puasa lagi. Masa kami gi sambut posa di Kuantan, Abah udah sakit-sakit gitu. 

Aku assumed darah Abah naik. 
Muka merah aje tahan sakit.


Then, on last Thursday, lepas berbuka aku anak beranak nak ke Pokok Sena sebab ada kematian. Nak gi ziarah.
Dalam perjalanan, Abah call. Minta sesapa gi amik dia di Kuantan sebab dia tak leh nak drive sendiri balik Kedah. 
Kuantan ke Kedah jauh le kannn...~
TAkan nak balik naik bas pulak.

MAsa tu , jam 9 malam. 
Aku call Alang. Nak balik ke takmau.
Memula plan, salah sorang je balik. 
Aku  or Alang.
Tapi, lastnya, dedua la pegi amik Abah, nek bas. 
Inche Kitchi drove me ke Shahab Perdana to check for the ticket to Kuantan. Sebab tiket Kuantan ni takde tengah malam. 

Guess what..
Masa aku sampai tu cuma ada satu trip aje lagi gi Kuantan, dan bas akan jalan jam 9.30malam!
Aku minta tolong akak kat konter tu untuk tunggu sekejap in case kami terlewat. Memang urgent sangat nak kena balik, tapi kami belum pack our things yet. 

NAsib baik rumah haku ngan stesen bas sekentut je jaraknya. HIHHII~



9.45malam, bas jalan. 
Oni dan Wawan tinggal dengan Inche Kitchi. 
Aku dan Alang naik bas. 
Jam 8 pagi bsoknya kami sampai Kuantan dan dijemput Abah. 


Jumaat  19 Julai 2013.

MAsa nak jemput kitoang pagi tu, ABah muntah banyak kali. PErut kosong agaknya.
KAmi terus ke Klinik Kesihatan Kuantan sebab ABah nak kena check-up sebelum balik Kedah. 
Sah, tekanan darah naik. 
Doc tanya mau admit ke takmau, tapi Abah kata dia nak balik Kedah juga. 
So, tak la admit. 

Plan nak gerak balik jam 5 petang. 
Abah nak tunggu Mak dan Adik balik sekolah dulu.
Alang tido kat umah.
Abah plak nak kena gi opis. 
So, aku plak la bawak Abah pi opis di IPK Kuantan nun. 
Miahahahahaha.... tak pernah drive kat Kuantan. 
Makin naik la blood pressure Abah aku tu. Kikikiki~
Lepas Abah dah uruskan cuti dia, kami pun balik rumah. 
Abah tido lepas makan ubat.
AKu lak tak tido. 
TAkleh nak tido pun walaupun badan letih. 


Jam 5 petang, kami suma bergerak.
BAwak balik keta Abah. 
Sampai RnR Temerloh elok-elok je waktu berbuka. 
Aku makan masak lemak cili api ikan patin. HEHEHE.. kali kedua makan lepas first time makan di tempat sama, 2 tahun lepas. Time tu aku baru abeh pantang Wawan. 
Sedap.


Singgah kjap di Sungai Buloh , jumpa sepupu-sepupu. 
Abah teringin nak makan Subway. 
So, kami gi lepak kat Subway di Tesco Manjalara. 
Then, terus gerak balik Kedah selepas selesai sume. 
 TAk silap aku pukul 11 malam kot gerak.

Jam 3 pagi, kami dah sampai KEdah. 

Tula dia travel yang paling laju dan jauh pernah aku buat. 
HAHAHAHAHAH...


Dan, sampai umah tu, keje aku tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiido je.
Ada peluang je tido.
BAdan aku letih betui. 
Sampai nak wat ape pun tak betui. 
Hmmm..~
 

 
Dan hari ini baru kutahu yang Cory Monteith , yang berlaku watak Finn dalam GLEE dan seminggu meninngal. 
HAihh~ 

Tetiba tengok GLEE rasa sebak. 
Muda lagi kot. BAya Inche Kitchi jek. TApi muka cam budak nambelas tahun. And mati atas sebab yg tragik tapi, biasa dalam dunia artismatsaleh nih. 




 RIP Cory Monteith aka Finn Hudson.




18 Jul 2013

Ashraff Muslim Kahwin Berapa Pun, Ko Sibuk Kenapa?






Ate peymes skang citer cik abg ensem kita si Ashraff Muslim tu menikah lagi satu di Thailand bebaru ni. 
Aih..kecoh sangat tu kenapa....*defend. 


 Aiiii.... haruslah sibuk kann?
Peminat. 


hehe..


Ari tu dia menikah ngan bini nombor 1 dia tu kat luar negara juga hape. 
KAt Mekah. So, yang nombor 2 ni, dia menikah dekat sikit, kat Thailand. 

Besok-besok hat nombor 3, dia nikah kat PAlestin plak keerr. Ha, mana tau. 


HEhee... LAwak ni tak patut dijadikan contoh ye. 



Gambar Ashraff dan isteri pertamanya, Dayana
 

Sebelum ni digemparkan dengan permohonan poligami di mahkamah, kegemparan itu menjadi lebih gempar bila tetiba je Ashraff dah pun menikah kat Thailand.

OSemm.....~



Pehtu keluar plak statement si bapak mertua, memberi komen tentang perkahwinan kedua menantunya di Thailand tu. 


Hurmmmmmmm......




Sebenarnya,aku nak cakap...


Boleh je nak kawin berapa pun, jangan lebih 4 je. Benar, poligami itu salah satu dari sunnah Nabi junjungan. TApi, bukan satu-satunya sunnah yang semua orang kena ikut. 
Adab budi bahasa perlulah ada.
Dan, pada kita-kita yang suka menilai, perlu diingatkan, dia tak salah pun kawin dua. Maybe cara tu kejam. Tak kena. 
Tapi , tak salah. 
Dia mampu handle denda. 
Means, dia mampu la nak kawin 2. 
Secara fizikalnya, dia mampu. 
Tapi, batiniah, dari segi emosi kita taktau. 
Hanya dia dan Allah aje yg tau. 
Setiap yg berlaku bersebab, kan?


Dan sebaiknya sapa-sapa nak berpoligami tu,wat la elok-elok. 
PErkara gini sensetif. Membabitkan keluarga. 
Tengok cam Ustaz Azhar Idrus. POligami gak. Sampai 3. 
Elok je. 
TAkde isu. 
Disebabkan takde isu sangat, orang amik niqab jarang bini dia wat isu. HAHAHAHAH... 



Jangan sampai terguris hati sesiapa. 

Dan jika kita sudah guris hati orang, jangan bertangguh memohon maaf. 



Pengajaran untuk semua... baik suami, isteri, ibu dan bapa masing-masing. 







Buat Ashraff,ucapan tahniah diberikan kepada anda sekiranya benar Dayana bersetuju dengan rela hati untuk berpoligami. 

KAlau awak aje yang poligami, awak siok sendiri ngan wife baru, dan wife pertama sedih-sedih, takleh juga nak raikan. MAcam tak adil je.



TEringat UAI... dia kawin baru ari tu, memang TAHNIAH betul. KAn kan kan kaaannn???
Sebaris je bini-bini dia. 
Respek boh~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram