Followers

30 Jun 2013

MAri Bercerita Tentang Warna Kegemaran



MAri bercerita tentang warna kegemaran.


Ari tu Makbed kena bebel ngan Juliana Jamni kerana terlalu kerap memilih warna hitam dalam apa jua situasi dan tempat.

Sebenarnya, kalu bab baju-baju ni , aku suka kaler hitam sebagai warna major since aku banyak tudung kaler warna-warni. 
Disebabkan wajah aku yang agak eksotik ni *perasan, aku lebih suka tak banyak sangat kaler kat badan yang memperlihatkan aku terlampau cantik bak pelangi. 

JAdi, kalau bab berpakaian, korang akan lihat aku dalam kaler-kaler yang biasa je. Mostly gelap. JArang dapat tengok aku pakai cerah-cerah. Pendek kata, aku penakut main kaler. MAlas pun ada. Malas nak mix match. JAdi, outfit aku biasanya sekaler je. Kalau badan hitam,kaki hitam. Kalau nak pakai pink, satu badan aku kaler pink. Tudung aje lah yg contra. 


Cam tu la aku.
Tu pasal tak jadi ikon fesyen. Buta fesyen sikit kot. HAHAHAH~



Tapi, sebenarnya aku sangat suka warna HIJAU. 



Warna kedua kesukaan adalah BIRU


Warna ketiga kesukaan adalah warna OREN.



So, daripada ketiga-tiga kaler yang aku mention tadi, korang mungkin leh agak kot aku ni sebenarnya takde le wanita BLACK METAL sangat. 


Aku hanya pakai warna-warna sedemikian ketika majlis-majlis tertentu sahaja. Dan ketika mana aku rasa perlu untuk berpakaian berwarna sedemikian. 


TApi, kalu belongings, memang korang akan tengok berlambak menda kaler hijau kat sekeliling aku. 
Even barang-barang anak aku pun, aku beli kaler hijau jugak. PAKSA dema pakai warna kesukaan aku .



Puting Oni
 



BAju Wawan banyak gila kaler hijau.
 

Handbag



Anak-anak dan hijau

Hijau lagi!



 Buku-buku tulis aku pun banyak warna hijau.
KAlau nampak je menda kaler hijau, memang aku akan berjalan straight ke arah warna tu.
Inche Kitchi pun dah tau sangat dah.
KAlau nampak baju budak kaler ijau, memang kompem beli.

Cuma, aku je tak pakai kaler hijau. 
Sebab..
Aku suka tengok kaler hijau.
KAlau aku pakai, macam mana plak aku nak tgk?



Biru adalah warna kesukaan suami.
BAnyak baju dia kaler biru. 
Even kenduri kawin pun, aku pakai warna biru. 
Biru kan warna yang menenangkan. 
 



Di sesetengah situasi, biru selalu menjadi LUCKY COLOR utk aku.
Ada masa bila pakai kaler biru, senang betui aku close kes. 
TAtau kenapa. 
JAdi, aku assume macam tu jelah. 
Auranya berlainan mungkin. 

MUngkin betui kot kajian warna yang kita pakai mempengaruhi aura kita pada hari tu. 




 BArang-barang kepunyaan aku kurang berwarna biru.
Cuma kat ruang kerja aku, tempat aku tempek notes , backgroundnya biru.
Sebab aku kena mengadap ruang tu selalu jadi kaler tu sesuai untuk mata.
Biru jugak sangat sesuai ketika mencipta sesuatu yg kreatif, like.... menulis belog. Theeheheeee...



Oren plak adalah warna kesukaan Oni. 
Dia kenal warna Oren dulu, mengatasi warna-warna lain. 
Dan oren sangat cantik padanya. 
Untuk aku, oren ini hanya lah dipakai ketika aku rasa cam malas, nak down ..masa tu le pakai oren. 
Aura Oren yang ceria tu akan membuatkan aku tak jadi nak down.
Selalunya, warna oren adalah warna yang aku selalu 'ter'pakai ketika nak gi mengabihkan duit utk shopping.
HAHAHAHAHHHAAHA.uhuk uhuk uhuk. Alamak, terbatuk pulak~



 
 Warna lain tak suka ke?







Warna paling tak suka adalah PURPLE.
Ini adalah warna kotak kopi kegemaran.
TApi, sy tetap sukakan HKCC meskipun kulitnya kaler purple.
Remember, isinya yang sedap. Kita bukan nak minum plastiknya , kan?
Aku masih gagal menyarungkan warna purple.
Ade tudung purple tapi tak nampak sesuai di kulit bila pakai.


PUTIH.
Aku sangat suka tgk orang pakai putih.
Tapi, aku TAK BOLEH pakai warna putih, bukan sebab tak suka.
TApi, sebab TAK MAMPU.


Aku seorang yang comot. 



MERAH



Merah adalah warna yang aku belajar-belajar pakai sejak bergiat aktif dengan Prudential. 
Ini adalah warna rasmi syarikat , kan?
Setakat la ni, saya cuma ada 2 helai pashmina merah.
Dan sedang menambah koleksi. 



Ade orang sejes aku bela iguana sekor kerana kecenderungan aku terhadap warna HIJAU. 





Saya nak HULK SMASH boley??



Err.. aku nak semua di atas. 

HEhaHAehahhEHahhhaah..~

29 Jun 2013

Sepeninggalan aku... mereka telah..

 
 
3 hari outstesen , kali ni berlainan situasi bila Oni dan Wawan aku tinggalkan di bawah penjagaan APak secara total. 
Apak cuti belayar sebulan. JAdi, anak-anak leh bonding lebih-lebih dengan Apak kan.
 
 
Aku sampai semalam lebih kurang jam 11malam. 
Bas bertolak dari Manjung jam 7 malam. 
 Oni ngan Wawan  tunggu aku kat stesen bas.
HEHEH..
Lambat tido nampaknya. Takpelah, esoknya tak sekolah. 
Sesampai umah tu, aku terus masuk bilik. Gi bersuci dulu.
Memang aku tak masuk dapur lansung. MAcam dah boleh agak dah apa jadi kat dapo tu masa aku takde. 
Mujrlah sepeninggalan aku, Linda plak balik weekend. 
LEgala sikit sebab dia boleh tolong uruskan kain baju.
Takde la menggunung kain tak berbasuh!
 
 
Lepas mandi-mandi tu, siap kemas beg plak. Keluarkan suma baju nak basuh, kosongkan luggage 
SEBAB?
Jumaat akan dtg ni aku akan travel lagi skali. 4 hari lak takde. 
Tu jangkaan aje. 
Sebab keje aku ni, kekadang kalau orang talipon emegensi je, tetengok korang akan tgk aku bersiaran kat KL la.. Perak la.. Silap-silap Kuantan la. 
Lepas kosongkan beg, aku terus mengeroh atas katil.
HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....
 
 
Sampai besoknye. 
 
 
Penat wo..
 
 
 
Alhamdulillah.
rumah tak bersepah sangat.
Anak-anak terkawal semua.
Sronok tgk diorang dgr cakap Apak diorang.
TApi, aku masih lagi sesekali mengeluarkan suara resakse. KAlau tak, takde kerja jalan.
Dapur suma ok. 
NAmpaknya suami ku menjaga anak-anak dengan begitu weldan sekali. 
Yeyy!!!
Bleh kerja dengan gumbira. 
 
 
Kejap lagi nak gi beli barang keperluan Linda sebelum dia balik ke asrama kang.
Pehtu, nak gi Sik lak antar dia. 
NAk jadi aku, badan kena sihat dan fit.
Dan sentiasa berkebolehan mengukir senyum kat mane pun walaupun badan ketaq. 
HEH...
 
 
 

28 Jun 2013

Hubungan Alam Maya Membawa Aku dan Dia Ke Alam Nyata




2 tahun sudah, 3 tahun sudah, 5 tahun sudah kami lansung tak kenal.
 
 
 
 
AKu pun tatau camana aku leh kenal dia ni.
Dah tak ingat camana leh jumpa.
 
 
Oh..sbenarnya kami tak pernah berjumpa.
 
 
 
Dia salah seorang pembaca blog MAkbed.
Kemudian jadi friend kat fesbuk.
 
 
Kemudian..
 
 
 
 
Di sekitar Ogos 2012, dia menyapa aku menerusi inbox fesbuk, bertanyakan tentang insurans.
Dia nak buat untuk anak-anaknya.
 
 
Mudah betui explain kat beliau ni.
Terang hati.
Cepat faham, walaupun banyak juga soalan yang dia Tanya.
 
 
Kami tak pernah berjumpa pun.
HAnya fesbuk sahaja yang menghubungkan kami.
Business berjalan dengan lancar.
Beliau selamat membeli polisi untuk anak-anaknya.
Siap bayar lebih berbulan-bulan.
 
 
 
Dan kemudian....
 
 
Aku ajak dia join 'kongsi gelap' aku plak.
Memula aku mempengaruhi dia minum kopi kecintaan - HKCC.
Kemudian, dia ketagih.
TAk cukup sekotak, dia beli 3 kotak.
TAk cukup 3 kotak, kendian dia beli 10 kotak plak.
 
 
Pehtu, dah jadi agen HKCC kawasan TApah, Slim River.
Ketagihan yg tak terbendung.
 
 
 
We never met each other, but our relationship is built strong, and business runs smooth.
 
 
 
That's what blogging and facebook-ing led us to.
 
 
 
 
 
Dengan terujanya aku nak perkenalkan client, bos dan rakan niaga....
 
Puan Nieta Nozie.
 
 
KAsih sayang dan keprihatinannya kat aku membuatkan dia tergerak hati nak wasap aku ketika dia sedang training di Tower Regency Ipoh malam tadi. 
 
"AKu nampak ada satu poster tulis "Prudential Perak Region Winners Night. Aku tau ko ada kat MAnjung. SO aku teka je kot-kot ko ada Ipoh... "
 
Nieta sedang berkursus kat hall bersebelahan dengan tempat majlis diadakan.
Tergerak hati dia nak wasap aku to ask my whereabout.
 
Rezeki kami untuk bertemu wajah pada malam ini.
 
 
Inilah pertama kali aku jumpa client yang sangat baik hati.
TAk penah jumpa, tapi dah kau-kau aku-aku dah. Mudah sekali dengan dia. TErasa warm sangat jiwanya. BAru jumpa je, dah macam kawan lama. HEee....~
 
 
Bila aku tengok balik mesej pertama dia di fesbuk , masa tu dia bersaya awak.
DIa panggil aku 'Liza'. HAHAHAHHA...
MAsuk sesi ke 3 bersembang, dah panggil MAkbed. Pehtu , terus tukar kata ganti diri. 
 
 
Kerja ,bukan setakat bekerja. Kita membina rangkaian. Membina hubungan. Kerana itu, aku sangat sukakan kerja yang sedang aku lakukan kini.
 
 
 
Buat Nieta, terima kasih di atas kepercayaan .
Seronok dapat jumpa tadi.
ALangkah bestnya kalau kita leh duduk lama berborak-borak tanpa tujuan, kan?
Next time kita jumpa, aku belanja ko makan.







26 Jun 2013

TErasa seperti puteri kayangan bila tiba di Manjung


GIle kau jerebu kat sini..!!
 
 
 
Aku gerak dari Alor Setar jam 10.30 pagi, naik bas. DIsebabkan memang takde menda nak buat, so aku tido je dalam bas tu. Dalam bas kali ni, ada banyak mat saleh. So, aku tak susah hati sangat la.
 
 
Sepanjang jalan aku tido. Sehinggalah tetiba aku terjaga....
 
 
 
Aku berasa seperti berada di kayangan. PErnah gi kayangan ke?
 
Berkabus. HAmpir tak nampak pun signboard. Samar-samar je bangunan besar aku nampak.
 
Tertulis MYDIN.
 
 
 
 
Ler... kat Ipoh dah rupanya. Hee..
 
 
 
 
 
Aku sampai MAnjung jam 3 ptg.
 LAgi teruk!
Dada aku dah rasa sesak.
Dapat kurasakan yang kejap je lagi aku akan amik sepam inhaler.
PErghh....
 
 
NAsihat aku, korang jangan le gi Perak. MAnjung, Lumut... elakkan lah.
Teruk betui keadaannya.
 
 
Besok, aku gi KL plak.
Kita tengok lak keadaan kat sana camana.
 
By the way, Haida The Kak Boss dah antar kat aku topeng muka kiut. HEhe...
Dia dah jampi-jampi sikit.
Topeng tu dia soh pakai, teman aku gi KL mengharungi jerebu besok.
Baik tak kawan aku?
Ko hade..... *saje jeleskan.
 
Gambo aku pakai topeng takleh haplod sebab aku online pakai lektop anak bos. *curi-curi hapdet entry ni.
 
Tapi aku boh gambo contoh ekk..
 
 
 
 
 
 HAHA..
 
Ini contoh! 
Aku curi gambo dia kat page HKCC.
Orang yang beli HKCC aje dapat merasa topeng comel gila nih.
HAHAHA..
 
 
 
 
......tapi rasanya dah habeh stok dah.
 
 
 
Aku punya topen kaler pink.
 
 
 
 
 
 
 

24 Jun 2013

Jumpa Ween Ween Lagi..


Jumaat lepas beliau ini text Makbed, cakap ada keje kat Jitra. 
Baguih dia. 
Dia masuk kawasan jajahan, dia gtau. HEHEHE...


HAri tu, kami jumpa buat pertama kali, dia tak sempat jumpa Oni. MAsa tu, dia dok kalut nak sign polisi. Aku lak kalut ngan kenduri. Buleh baca ---->> SINI


Memola dia cakap nak gi Jitra. 
Pehtu, pagi ni dia tipon aku, cakap kerja dia bukan kat Jitra plak. Kat ALor Setar aje nye pon. 
BAguih la. Lagi dekat. 
LAgi senang kami nak jumpa.
Kebetulan, polisi dia dah pun sampai kat aku. 
Maka, tak payah le aku pos ke rumah dia. 
Bagi by hand aje. 


Ari tu, jumpa kat KFC Sri Iskandar. 
Ari ni, jumpa kat KFC MErgong plak. 
HEHEHHEE... MEkasih Colonel Sander kerana mencipta KFC. Ngeh Ngeh NGeh...~ 

Cam ari tu, kami sembang-sembang tak ingat dunia.
TApi, disebabkan ada Oni ngan Wawan, bertambah ralit le kami. 
Inche Kitchi pun ada gak tadi. TApi, dia cuma mampu jadi jurufoto kepada kami-kami yang gila berfoto ni.
Ade gak la gambo-gambo sabotaj yang dia tangkap, tapi aku tak publish. Hewhewhew...~ 
Aku bagi sekepin dua je.
NAk gambo banyak-banyak, tunggu si Aween wat entry. 

Siyes muka aku cam Kak Ton kan? Isk..~




Gambo bawah ni berkabus sikit.
Hebat betui henpon aku. 
MAybe sempena jerebu ni, jadi tema enpon aku pun BERJEREBU sokmo. 
Apakah ini petanda aku kena tuko enpon baru??

Gambo ateh tu clear , comey je sebab Inche Kitchi snap pakai telipon beliau. 
Lihat, MAkbed nampak montel. 
Salah resolution nampaknya...
*lupa diri. mari salahkan kamera.


 Tercapailah sudah niat Aween nak jumpa Oni ngan Wawan. 
Anak-anak aku ni memang peramah orangnya. Mudah mesra , apatah lagi kalau orang tu pakai enpon canggih-canggih. 
Ko ajak dia main game , haa.. kamceng la pastu. 
Wawan jangan cakap aa..
Awal-awal lagi, nampak awek , terus cengeng. Wat muka kiut, sebek.. Tutup mata konon.
Peht, buat gwiyomi plak.
Aih.. melampau betui kalau masuk bab ngorat ni. 
Mana belajar wat macam gini ni. Ibu tak ajar pun. *Hehe..


TApi, tang cengeng si Wawan tu memang tak dapat nak tolon la. 
KAwannya si Aween cakap...
"mesti akak masa peknen dia sukakan perhatian. takpun ayah dia macam tu.... tu pasai jadi gitu.."

HAHAHAHA..

Ayah Wawan?
TAK MUNGKIN...


Sepertinya lah aku yang gilakan perhatian tu.
Tetiba teringat zaman peknenkan Wawan. 
Wah, betapa kamcengnya aku ngan camera lektop. 
Hee..
Sikit-sikit up entry.
ISk..~
PAtut la Wawan asyik mau nangeh je.
LEpas nangeh makan.
Lepas makan, nangeh.
Lepas tu , makan..
PAstu, berry..
Pehtu, nangeh lagi.
Dah nangeh sampai meleleh ingus, dia tido. 

Camtula....


Smentara nak besar. 






**


Oh, besok Makbed akan berangkat ke MAnjung.
Bas jam 10.30 pagi.
Ada projek baik punya. 

InsyaAllah, akan hapdet nanti.
By the way, aku akan bz.
2 July, reda jap.
Pehtu, sambung bz balik. 



Tak sabar nak sambut Ramadhan!!



Antara Dipanggil Dayus dan Dicop Kafir.

 
 
 
 
 
 
Amat : Nak kawin laa. Jeles tengok orang kawin. 
Abas  :  Hang nak cari jodoh yang macam mana besok?
Amat :  Aku nak yang tutup aurat. YAng cantik of course. 
Abas :  Ceh. TApi gepren hang la ni tak tutup aurat pon aku tengok...
Amat :  Ahh.. Yang ni kawan ja. Kalau dia nak kawin dengan aku, kena tutup aurat. KAlau tak aku    cari yang lain la.  Aku suka la tengok pompuan pakai purdah. 
Abas : LA pulak. Kalau dah pakai purdah, macam mana pulak nak tengok dia cantik ka dak?
Amat : Isk..pakai purdah tobat la lawa baq hanggg.....
Abas : Mana hang tau. Hang pun taktau tutup aurat tu apa? Cantik pun hang taktau apakah dia.... (perli)
Amat : Aik.. awat plak hang ni? Salah kah aku nak isteri menutup aurat??
Abas : Tak salah haihhh.... Kita suma nak isteri solehah. Tutup aurat. Tapi, kita pun keluar rumah pakai seluaq pendek. 
Amat : Kita takk pa.... Kita LELAKI wey!!
Abas : Hmm.. tu la. Aku kata hang taktau apa pasai aurat, hang sentap!
Amat : Aku cuma tak mo jadi LELAKI DAYUS! KAwin. bini tayang sana sini. 
Abas : Hang tak mau jadi DAYUS? 
Amat : Tak mau jadi Dayus?
Abas : (geleng)
Amat : Hang semayang Lohoq dak tat sat? (Tengok jam)
Abas : Dak ...
Amat : Subuh tadi?
Abas : Dak .
Amat : Lohoq kemarin solat dak?
Abas : Dak.
Amat : Semua dak. Hang tau dak... Kalau tak semayang tu KAPIAQ tau. KAPIAQ! Solat tu FARDHU. JAngan cakap pasal kawin dengan perempuan aurat segala merega kalau hang semayang pon dak. Nun, awek-awek purdah hat dok jalan depan kita ni, pandang kita pun dak. Buat malu ja. Tuih! 
Abas : HAng ni. Orang dok cakap pasal Dayus la. Bukan pasai semayang.
Amat : Kalau hang kapiaq tak semayang, takyah cerita la pasal dayus. Orang bukan Islam, tak port pun pasal dayus weh. Bini depa takyah tutup aurat pon takpa. Depa tak posa pun takpa. TAk payah zakat. KAlau hang kapiaq, wakpa concern pasai dayus, tui dak?
Abas: Tensen ah sembang ngan ang.


Moral: SOLAT TIANG AGAMA. Jaga solat dulu. InsyaAllah, baiklah semuanya.
 
 
 
 
 

Nak Jumpa Diana Amir Tak??






I am doing a favor for a friend, Ekin CIkin Cikinot.



Recently, she won one free ticket to this event




Detail:


Launch Event Hi-Tea & Fashion Show
Date: June 26th, 2013
Venue: PWTC
Dress Code : Smart Casual
 


Malangnya, Cikin tak dapat hadir ke jemputan hi-tea yang sangat eksklusif itu, sekaligus gagal bertemu Diana Amir berikutan dia ada hal yang lebih penting pada tarikh majlis tersebut. 

Justeru, Cikin minta jasa baik untuk aku sebarkan tentag tiket ini. Jika ada yang berminat mahu menghadiri, khususnya pada yang dok dekat-dekat dengan tempat kejadian, boleh lah menghubungi beliau directly melalui email  cikin_80@yahoo.com ataupun SMS 012-2629090


Klik untuk ENTRY KHAS beliau tentang pemberian e-tiket percuma ---->>> PICIT!



KAlau aku dok dekat, senang. Aku memang tak buat entry ni. AKu terus bersetuju untuk pergi aje. Ngehngehngehhhh..
TApi disebabkan aku dokk jauhhhhhhhhhh... so aku takleh nak join. 

JAdi, sapa-sapa nak pegi, leh contact Cikin ek. Cikin ni baik orang dan sweet orangnya. 

MAna lah tau lepas pegi majlis macam gini, korang akan jadi lebih sweet dan gojes. Yeah! 



23 Jun 2013

Short Entry ... Bambam Bee naik suhu badan~

Assalamualaikum..


Musim-musim jerebu ni,tak elok sangat le nak kuar kan.
Anak-anak baru aje baik demam.
Alhamdulillah, kat Alor Setar ni tak de la semelampau macam di KL sana. Semoga berterusanlah macam tu.

Ramai yang email MAkbed minta quotation. Bercadang nak buat polisi untuk anak-anak.
NAsihat aku, kalau anak-anak yang baru-baru je ada bronkitis tu, baik segera buat insurans bermedical card. Sebab...... kalau dah ada ASTHMA, memang takde harapan nak buat medical card dah.
Dan pada parents yang masih sihat, jangan bertangguh nak buat ye.
Just contact mana-mana agent terdekat ngan anda, atau leh roger Makbed. Servis terbaik untuk anda. InsyaAllah.


Bambam Bee dalam keadaan tak baik. Entah la kot kalau tikus gigit wayar dalam keta lagi.
Nih tetiba kejap ade ekon. Kejap takde.
Temperature asyik naik je.
Adoyai.. Kesiannya kereta.
Ah Chew bz lak tuh. Kereta beratur menunggu giliran untuk diservis.

Sabtu ni nak ke KL.
Anak Cucu Tok Siah buat gathering sikit. Ada bacaan tahlil.
Bleh la gi jumpa kazen-kazen sume. YEY!! Dah lama tak jumpa diorang.
 *leh kutip duit perlindungan. GAHAHAHAHAH!


Hope Bambam Bee sihat sokmo.
Early July, kebizian melanda. Travel lagi... 

22 Jun 2013

Komitmen RM150 dengan PruBSN Takaful, Apa Yang Anda Akan Dapat?



 Kita sudah sedia maklum,kehidupan kita tak setenang macam zaman kita kecik-kecik. Dulu, payah sekali kita nak pergi hospital. Kalau setakat demam biasa-biasa, mak hanya jerlum air asam jawa aje kat dahi. KAlau teruk sangat, baru bawak pegi klinik.

DI zaman kita pula yang menjadi ibu dan bapa, lain situasinya. Anak-anak demam biasa, tapi tak macam dulu-dulu. Sekali demam, lama betul. Sehingga perlu dibawa ke hospital apabila ianya berlarutan lama. NAk menyalahkan apa , siapa, di mana semuanya tak berbaloi kerana memang dah zaman serba maju begini, makin banyak keselesaan, makin banyak kerosakan yang kita buat. JAdi, kesihatan kitalah yang menjadi galang-gantinya. 

Tambah-tambah lagi bila setahun sekali je, negara kita akan dilanda jerebu teruk. Cuaca pun tak menentu. Sekejap panas. Sekejap hujan. NAk sidai kain pun kena tengok ramalan cuaca dulu. 

Sakit....
Sememangnya ujian Allah. Sebagai HAmba-Nya, redha itu perlu. 
Bersedia juga perlu. Kerana kita tak tahu apa yang kita akan hadapi di sebalik setiap ujian yang bakal kita tempuh. 

Kita tak mampu ubah keadaan sekeliling. Kita hanya mampu UBAH DIRI KITA saja. 


HAri ni , selepas intro yg panjang gitu, aku nak sentuh tentang KOMITMEN. 

Dengan RM150 sebulan, apa yang mampu kita sediakan untuk anak kita?

-Adakah kita buat simpanan secara berterusan? Berapa ringgit?
-Mungkin membeli pakaian baru.
-Membayar upah pengasuh
-Beli mainan baru
-Bayar yuran kelas tuisyen
-Beli makanan kegemaran anak.
-JAlan-jalan, bawak tengok wayang, atau gi bercuti


AKu tak pasti , RM150 cukup tak nak buat semua yang dinyatakan di atas. Tapi, pastinya kita akan 'pick one'. Mungkin, satu setiap bulan kot. KAlau aku sendiri, jujur aku katakan, RM150 adalh tak cukup nak beri semuanya kepada anak-anak. 


Kita tahu, malang memang datang tidak diduga. 
Sekali kemalangan datang, kosnya mahal juga.
BUlan lepas dan bulan ini sahaja, lebih 7 kali aku berkunjung ke klinik. Ngeeeeeeeee...~ 
Memula Oni sakit. Pehtu Wawan. Pehtu, AKU. Pehtu, Oni balik. Pehtu Wawan.. Then Apak. Pehtu AKU. HAa.., camne? 
Sapa boleh tahan diri tak gi klinik? Sekarang, sakit dalam badan ni umpama hadiah suprise yang kita dapat di hari jadi. DOk diam-diam je dalam badan, tetiba bila sampai masa , SAKIT TU PUN MUNCUL. TAu-tau aje, dah teruk. 
JAdi, pemeriksaan awal sangat membantu.
Dan .. ianya memerlukan WANG. 


Jika anda fikir RM150 adalah terlalu rugi untuk dibelanjakan atas insurans bermedical card, hakikatnya, anda belum melihat satu senario yang lebih teruk daripada kehilangan RM150 setiap bulan. 






Ramai di antara rakan-rakan sebaya aku, yang standby kad kredit hanya untuk bayar deposit hospital dan bayar bil rawatan hospital. 
Kebanyakkan tak mahu pergi hospital government sebab 'rasa macam mampu' bayar bil dengan wujudnya kredit kad di tangan. 
Jujurnya, ada cara lebih baik dari bayar bil hospital pakai kad kredit ni. 
Simpan kad kredit anda untuk tujuan kecemasan lain. 
Rugi sangat pakai kad kredit ni. Dah le nak kena bayar balik tu ada caj lain plak. Ermm..


Ihsan: GOOGLE. Tq



BErkomitmen RM150 sebulan dengan PruBSN Takaful? Apa yang anda akan dapat?


- Anda ada RM50,000 setiap tahun , dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk masuk wad bagi menjalani rawatan. 

-BAyaran balik bil kemalangan dengan limit sehingga RM2,000 / kemalangan, yang boleh digunakan untuk kemalangan kecil tanpa perlu admission ke hospital. TAngan luka terkepit pintu, pun boleh claim tahu? TApi, kena pergi klinik dulu la ye. 

-Pampasan mati dan sakit kritikal. Ahh.. yang ini anda pastinya sudah arif.

-Elaun harian hospital sebanyak RM150 sehari. Elaun ICU sebanyak RM100 sehari dan Elaun Pembedahan sehingga RM2,500/pembedahan. 

-Simpanan pendidikan yang tidak akan pernah miss dimasukkan setiap bulan. Tiada tempoh matang pulak tu. MEnarik? 

-Penepian caruman atau waiver, yang memastikan anda anda akan terus menerima perlindungan insurans dan memastikan kelansungan simpanan pendidikannya meskipun anda sudah tiada lagi atau sudah hilang upaya untuk bekerja. NAmpak? INsurans jadi FREE. Ditanggung BERES. 

-Simpanan sedia anda sedikit pun tidak terganggu.

-Anda masih lagi mampu memberikan kegembiraan berupa mainan,makanan kegemaran anak, pakaian baru, masih mampu membayar yuran kelas tambahan dan tuisyen anak kerana anda masih ada gaji bulanan dan simpanan yang tidak terusik. Bil hospital kan sudah ditanggung medical card? Anda dapat elaun harian lagi. Dan anak anda menerima rawatan terbaik di hospital ketika sedang sakit.



BUkanlah niat penulisan ini adalah untuk menyatakan tak berbaloi RM150 dibelanjakan untuk semua perkara yg aku nyatakan awal-awal tadi. Hak anda untuk menggembirakan anak anda. 
Tapi, fikirkanlah juga untuk masa depannya. Prioritikan apa yang lebih penting dan wajar. 

  
Kita sememangnya memerlukan kad perubatan ini!
Kerana kita sendiri tidak ada RM50,000  dalam akaun bank kita. 
Especially yang baru bekerja dan baru berumahtangga. 
Dan aku pasti, kalau ada pun RM50,000 tu dalam simpanan, bukan senang kita nak mengumpulkannya bukan?



Ini komitmen  terbaik.
Hadiah terbaik untuk anak-anak.
Hadiahkan mereka dengan RM50,000 setahun sebagai tanggungan rawatan di hospital pakar.
Sediakan mereka bilik terbaik untuk mendapatkan rawatan.
Dapatkan mereka doktor yang terbaik. 





Ayuh!
MAri mula berkomitmen dengan hanya RM5 sehari.
CUma RM150 sebulan. 
Untuk anak-anak anda.
Untuk kesejahteraan keluarga anda.
Kerana duit bukan segalanya untuk kita.
Tapi, segalanya memerlukan duit. 




Please let us to help you.
Start your commitment now. 
It is PruBSN Takaful.  



Hubungi agen-agen PruBSN Takaful yang berhampiran dengan anda segera
atau  
boleh hubungi saya di makbedjournal@gmail.com untuk konsultasi percuma dan permintaan sebutharga.



*RM150 adalah untuk pakej Smartlink (kanak-kanak) dengan ibu atau bapa berusia sekitar 25 tahun ke 30 tahun, kelas pekerjaan 1 dan tidak merokok. 


Semoga bermanfaat. 




21 Jun 2013

Happy Birthday Wawan!



NI kisah masa dapat tau aku peknen Wawan - BACA SINI


Pehtu leh baca entry sepanjang masa aku pregnant lepas tu. 
Aku rasa , aku banyak kumpul follower dulu-dulu masa aku pregnant. Suka betui dema komen-komen setiap entry. 
Tapi, tu dulu....
MAsa MAkbed dot com tak kena hack~


Skang dah kena hack, kena lah tukar link baru. 

Sedey tau!



Ini lah Najwan


 Dan ini direct link utk entry khas setelah Wawan selamat dilahirkan..



Alhamdulillah..
Wawan membesar sihat walafiat. 
HAri ni, dia sebut perkataan omputihnya yang keberapa taktau..

"esty......eeesyessshh" dengan pelat-pelat.


Tu berkat tengok Ibu main Candy Crush lettewww....
"TASTY! DELICOUS!"


Sambutan bezday beliau dibuat awal sehari berikut kebetulan Alang dan SHue tak kerja. JAdi, kami just beli kek dan buat makan sikit-sikit. Rumah aku ni ramai 'penduduk' tapi tak semua lekat kat umah. Sesekali bila semua berkumpul, anak-anak aku lah orang yang paling best sekali. MAklumlah, memang dibesarkan dalam suasana hingar-bingar keluarga. 



Ice cream yang sangat sedap!

Memula nak belikan kek angry bird tapi disebabkan takde, Alang beli kek ni.
KEk aiskrim.. harganya RM35 je. 
Saiz kecik comel, cukup la untuk 6 orang makan.
Siyes, kek ni sedap dan tak muak. 
Sesuai la bagi tokwan ngan maktok makan.

Angry BIrd yang 3 ekor tu Alang beli asing. Special condiment jer. HAHAHAa.. Asal ada. 
Boleh dikitar semula untuk sambutan akan datang. Ngee..~
KEcik sangat kek tu, hanya muat letak nama WAWAN je kat tengah. Tu pun dah penuh space. 



CANDID!!


camera henpon ada masalah. 
suma gambar jadi tak clear.
nak minta tukar baru le kot.
hee...



Apak seksi la plak. 




HAdiah?


Add caption
 



 Al-kisahnya ,Oni request nak tido hotel sebab nak mandi kolam. 
HAri-hari nak mandi kolam. 
Wawan plak, tetiap kali mandi, mesti satu kaki masuk dalam baldi. Hihi..SIann..

"Ibu, Oni nak mandi kolamm..."

"KOlam apa?" tanya aku.

"Kolam laaa..."balas Oni.

"Kolam itik?" saja bergurau.

Nak jadi kisah, ONi bantai guna 'kolam itik'tu setiap kali minta nak mandi kolam. Dengan atok pun dia cakap gitu.

"Atok... nak mandi kolam..." 

"KOlam apa plak??" tanya atok. 

"Kolam itik....." jawabnya slamber. MAcam le dia tau kolam itik tu apa.

"Bahahahahahahahahahahah!" atok gelak berjemaah ngan maktok. 

MAkaaa...

Apak pun belikan lah kolam untuk anakanda tercinta. Something that Oni request, but semua leh berendam sekali, iaitunya... KOLAM ITIK!!!!!

Sampai skang, kalau nak mandi kolam tu Oni akan cakap.. "nak mandi kolam itik..~"


Kitorang nanti nak beli itik plastik tu bebanyak. BAru real 'kolam itik' weh. 


As for Wawan, dihadiahkan kolam 'itik' tu, dia mmg super suka la. HAHAHAH.. Sampai kecut segala anggota badan , pun takmo keluar dari kolam. 
Disebabkan semua kecik-kecik lagi, APak kena la tunggu dalam kolam tu sampai le depa habih berendam. Untuk keselamatan. 


Dan ini hadiah IBu untuk WAwan...



Durian dari Sik.
Alang gi amik kat kebun. 

Yey....




SELAMAT HARI LAHIR WAWAN.
Semoga menjadi anak yang soleh, seorang hafiz dan seorang yang boleh menyumbang kepada masyarakat. 
Ibu doakan kamu membesar dengan sihat dan berani.
JAngan dok cengeng je.
Skang ni, suka majuk. MAjuk je, nangeh sambil tonggeng-tonggeng. Wek!

20 Jun 2013

Korang pernah terguna duit raya anak tak?




Ihsan Google Images




Situasi 1:

Selalunya jadi lepas raya. Duit sudah habih dibelanjakan. Gaji biasanya diberikan lebih awal so that kita boleh buat preparation untuk beraya. Bila raya dah habih, muka kita mulalah kelat. Mana nak cari duit plak untuk cover sampai gaji yg akan datang?

Pernah tak korang 'ter'guna duit raya anak korang?

Memandangkan kita ni dah tua, takde sape kebulor nak bagi duit raya kat kita. Bertuahlah sapa yang ada anak, lagi-lagi yg super comel macam Wawan - org suma pakat nak bagi duit raya kat dia. Dan kita plak sebagai ibu bapa yang 'amanah' terpaksa 'pinjam' dulu duit raya anak tu sebab nak cover perbelanjaan rumah yang tak cukup.

Soalannya:
Adakah korang ganti balik duit anak korang tu bila sampai gaji seterusnya?
Atau korang prefer tunggu hujung tahun bila bonus dah masuk?


Situasi 2:
Duit hadiah baby yang baru lahir memang adakalanya banyak. Duit untuk si anak, yang diselit-selit bawah bantal. Dulu masa bersalin, aku kena check dulu sarung bantal anak sebelum masuk  mesin basuh, kang hancur lak duit anak aku. Kadang tu. terlepas pandang juge.

Pernah tak korang 'ter'guna duit baby tu?

Dan, berapa lama korang amik masa untuk gantikan semula?


Atau, korang buat-buat terlupa, terus tak ganti sebab bagi korang, duit tu secara teknikalnya, korang yg punya? *ado gak mak pak yg cakap camni tau!


Bayangkan..........


Kalau duit-duit anak-anak tu selepas saja dikumpulkan dan terus dimasukkan ke dalam akaun simpanan yang berbentuk pelaburan, contoh yg paling senang adalah ASB la kan - ce bayangkan tahun depan masa dividen diumumkan, berapa kah nilai simpanan tu?

Tapi kalau korang amik masa 2 tahun baru nak ganti balik duit anak, tak ke masa pelaburannya terbazir begitu saja? Adil tak?

Adil jugak tak kalau anda tidak lansung membuat simpanan untuk anak dengan alasan-alasan berikut:

  • saya masih tengah mencari simpanan yang bagaimana yang paling sesuai untuk keluarga kami dan juga untuk pendidikan anak saya. 
  • saya ada buat simpanan, tapi saya bayar 4 bulan skali. Kumpul-kumpul pastu baru bayar. Malaslah nak pegi bank banyak-banyak kali. 
  • saya meragui simpanan di ASB, Tabung Haji bla bla... Saya lebih percaya pada diri sendiri saja. So, saya simpan duit anak saya dalam tabung ayam. Senang sikit nak guna kalau ada emegensi. 
  • Takde bajet laaa nak menyimpan! 



Bayangkan lagi......................


Anda menyimpan duit untuk pengajian anak anda.
 Bajet, umur 18 tahun anak anda akan masuk U. 
So, anda pun kumpul la duit dengan gigihnya , sebulan RM100 dimasukkan ke dalam akaun simpanan. 
Tak kisah la akaun simpanan yg macam mana pun asalkan ada menyimpan. 

Anak anda pula seorang yang aktif bersukan. 
Anda rasa bangga sebab anak anda aktif dalam kegiatan sekolah dan juga seorang budak yang pandai. 
Tetiba, pada satu hari anak anda jatuh ketika main bola di sekolah. 
Kaki terseliuh.
 Bawak jumpa doktor di hospital kerajaan, dia cakap cuma kecederaan biasa saja.
 Cuti sekolah seminggu untuk rehat.

Lepas seminggu datang check lagi. 
 Doktor mengesan ada sesuatu yg tidak kena dengan keadaan kaki anak anda. 
Sebab kecederaan tu tak baik seperti yg diramalkan. 
Doktor tu mula menyalahkan anda, tak jaga kesihatan bebetul. ehehhe... 
Tapi, dia setkan lagi satu appointment so that anak anda leh menjalankan ujian.
 Appoinment tu adalah 2 bulan dari skang. 

Anda plak rasa tak sedap hati dgn penjelasan doktor tu.
 Atas nasihat keluarga, anda bawak anak anda check kat hospital pakar.
 Lepas diceritakan keadaan si anak, doktor terus suruh admit untuk ujian MRI. 
Besoknya terus dapat keputusan, anak anda rupanya ada kanser. 
Tapi baru level 1. Boleh baik. 
Tapi doktor tu juga cakap....

"Kalau awak lambat check, mungkin kaki anak awak tak dapat diselamatkan....." 

Mulalah anda bengang-bengang... 
Kalau anda ikut cakap doktor yang set appoinment 2 bulan lagi tu, kaki anak anda mungkin dah takde. Skang ni, memang sah anak anda ada kanser. 
Jadi, takkan nak tengok je kan? 

So, simpanan anak anda yang anda wat Rm100 sebulan sejak beliau kecik tu la yang anda gunakan. Kemudian, simpanan tabung kecemasan keluarga. Kemudian, anda kena minta sedikit bantuan dari ahli keluarga dan kawan-kawan bagi menampung perbelanjaan rawatan dan keperluan lain. 

Lepas 5 tahun rawatan, anak anda sudah baik. 
Cancer survivor. 
Umur dia sudah 17 tahun. 

Duit simpanan sudah habih.
Hutang dengan keluarga dan kawan-kawan kena bayar. 
Anda pulak dah makin berumur , takleh dah la nak kerja lebih masa atau wat 3 kerja dalam sehari. 

Anak nak kena pi extra sekolah sebab nak amik exam.
Tapi, lepas amik exam tu kalau dia cerdik dapat masuk U, camana pulak la dia nak masuk U kan?
duit da takde...
Nak pinjam PTPTN?
Kalau dapat bagus la. Kalau tak dapat? 




  1. Kalau ada orang yang tolong remind anda setiap bulan agar tidak culas membuat simpanan, would it be hepful?
  2. Kalau dengan RM5 sehari sebagai simpanan, mahal tak?
  3. Kalau dengan Rm10 sehari anda menyimpan, 5 bulan selepas itu anak anda tetiba sakit, anda sudah ada RM50,000 di tangan untuk membiayai bil perubatan anak anda, suka tak? 
  4. Walaupun anak anda seorang yang berpenyakit dan memerlukan rawatan berterusan, dia masih lagi ada wang untuk menyambung pengajian , bila-bila masa. 
  5. Jika anda sebagai ibu bapa dia tetiba sakit, dah tak boleh kerja lagi, ada orang tolong bayarkan simpanan anak anda , anda suka tak?



entry was published on April 24th,2012.  
Re-publish on June 20th, 2012




Photobucket

19 Jun 2013

MAsa berkualiti untuk Oni dan Wawan

 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..



HAri ni rumah kosong!
Oni sekolah.
Wawan sekolah.
Apak kerja kat sekolah laut.
Dan Ibu seorang di rumah.
 
YAHAHAHAHAH!!
AKHIRNYAAAA!!!
Rumah ini AKU YANG PUNYA!!!
 
 
 
 
Tedia... ayat kejam. 
 
 
 
Sini hujan lebat la.
SIap blekout sekali. 
Buntu sat sebab cadangnya nak buat laudry. 2 round mesin basuh aku bekerja hari ni. Sudahnya, tak bersidai lagi. 
Ngeeeeeeeee...
Kan bagus kalu gi dobi je. 
Dah siap berlipat sekali kan?
 
Untung ke orang duit banyak ni?
Semuanya bukan duit dia.
Itule duit tukang kebun, tukang cuci rumah, tukang basuh kain, tukang masak, duit kfc, duit tukang masak chicken chop, duit makcik nasik lemak.... duit pegawai insurans... OPSS!!
Hehehee..
Jadi, kita bekerja nak gaji bulan-bulan ni untuk sapa sebenarnya?
 
 
 
 
HAri ni aku sedang menguruskan courier.
Tengah pack buku polisi client. 
Dah overdue dah duduk dalam gobok aku ni.
Memang patutnya kena pos. Sian client-client ku. NAsib baik kome sporting. 
Kesabaran anda semua ada rewardnya.
NAntikan pemberian GIVEAWAY khas dari Makbed kepada client-client tersayang. 
 
Dan ingat ye..
GAji dah nak masuk ni. 
JAngan lupa bayar duit perlindungan.
 
 
****
 
 
 
Berpeluang bawak anak-anak jalan-jalan di Aeon Jusco Manjung bebaru ni.
Even aku dah banyak kali jejak Jusco tu, tapi feelingnya tak sama bila bawak anak-anak sendiri. 
Inche Kitchi memanfaatkan masa senggangnya kini untuk menggembirakan hati anak-anak nya yang 'baru' berjumlah 2 orang.
 
Taraaa.... Kanak-kanak lanjut usia sedang melepaskan gian
 
Dulu masa kekecik, aku teringin gak nak main kat tempat yang penuh game ni tapi Abah tak pernah bagi pun. 
KAlau bagi pun, tak semua menan dia kasi main.
Dulu, tak macam lani. 
TAkut nak minta lebih-lebih.
 
Anak aku lak, boleh mintak apa je. 
KAlau aku rasa nak bagi, bagi lah.
Kalau melampau sangat, sori.
Alhamdulillah, stakat lani, jegilan mataku masih membuahkan hasil , kecuali kat Wawan. 
Lalalalalalala...
 
 
Bonding time with Apak
 
CAPCOM STATION, Aeon Manjung


 APak cuti lama jugak selepas pulang daripada menjadi ikan duyung di lautan.
JAdi, inilah masanya anak-anak nak kamceng dengan APak.
Wawan la yang paling ngade sekali.
Sejak APak balik ni, bertambah ngade rengekan dan tangis beliau. Rasa nak genyeh-geyeh aje pipi yang gebu tu aaa... Aih~




Kakak mengajor adik cara-cara main bowling.
 
 
Wawan memang obses dengan bola. 
He got skills.
Leh tendang-tendang tepat ke sasaran. 
Ntah mana dapat ilmu main bola taktau.
Aku yakin pastinya terkena kenan bidan beliau si Haida , dan maybe kena tempias suami beliau sekali. Dedua jiran lama aku tu memang gila bola. 
KAlau INche Kitchi, tak minat bola pun. 
Memandangkan bowling mini menggunakan bola tecit , jadi, Wawan pun suka la. 
COmel je haa main sambil bersorak kemenangan padahal bola tu masuk longkang je pon. 
TAkpe la anak...Layankan je. 
 
 
 
 
 
BAwak main yang ni plak. 
Ni sesuai la untuk bebudak especially si Oni tu. 
Melatih koordinasi dan kecepatan mata.
TApi, kena jaga jari-jemari la. Kalau tak tengok bebetul, leh trcedera lak. 


HAri tu memang pegi nak bawak bebudak gi main je. 
TApi, kendian besok tu, sebelum balik KEdah, kami pegi lagi Aeon .
Aku nak makan kat WingZOne. HEHHEEH...
Sebenarnya dari hari sebelum tu lg nak makan tapi sebab malam tu kami bakal ada dinner, jadi kang tak best plak. 
So, hajat aku nak makan WingZOne terkabul pada hari seterusnya. 


KAlau kome nak makan, aku suggest ambil set nombor 2, dengan flavor Bleu Buffalo. 
Kalau suka pedas, amik la Habenero apentah namanya. Tapi Habanero ler bunyiknye. 
Maaf lah kalau tersalah sebutan.


Kendian, berpeluang jumpa akak ni sebelum kai berangkat pulang...



 Kak Dayang mai nak hulur duit perlindungan.
HEheheh..
Simple je datangnya. 
Pakai sluar track ngan slipar jamban. 
Baju dan tudung adalah seperti tertera.
Padahal orang kaya ni.
YAng nampak kayanya cuma kat beg tangan je.
Bersinar-sinar bagi berlian. 
Aku lak yang berasa macam overdressed.
 

NAmpak tak muka pengutip wang perlindungan tu?
Korang gentar tak?
 
 
 
Rupanya kat tepi restoren tu ada Wifi Zone.
APak bawak Wawan main Tab kat sini.
PAdanla aku boleh berborak-borak dengan riangnya dengan Kak Dayang tanpa gangguan Wawan. 
Oni je susah nak berenggang ngan aku. 
 
 
 
Di sinilah kami mengabadikan family pic kami.
Kot le kome terbukak tab kat WingZone Manjung, nampak muka kami semua, jangan le delete yer.
HEHHEE..
Mahal tau. 
POse lidah trkeluar, ala-ala Iron MAiden gitu sebenarnya pose orang sakit lidah. 
MAcam tu le gayanya hari-hari, setiap setengah jam bila lidah dia terasa sakit. 



Dalam kol 12 lebih, kami pun bergerak pulang. 
Cadang nak singgah melawat Nini D, tapi dia takdo plop. Balik Teluk Intan. 
Apak ajak gi Zoo Taiping. 
Aku pun setuju je.
Bila lagi,kan?
ANak-anak dah besar. Dah mengenal binatang. 
Zoo is the best place for kids to learn and understand what they saw on tv are REAL. Kan?

BUkan pe...
Oni tunjuk suma menda adalah Badak Sumbu.
Kucing gemok pun cakap tu badak sumbu. 
Tengok anjing rotweiller gemok pon badak sumbu. 
Disebabkan Badak Sumbu tak de di mana-mana kedai, eloklah bawak tengok badak sumbu sebenar kat Zoo. 


"Ibu tengah wakpe tu?"



Kami


 Oni dah setat menguap dah masa ni.
Tapi eksaited betul dia dapat tengok badak sumbu.
Baru dia tau yg badak sumbu tu beso giler.
Cuma, masa kitorang gi tu, harimau , singa, harimau kumbang tengah tido plak. 
Nanti kita pegi lagi ye anak-anak. 
Ini pun kami leh jalan sekerat je. TAKleh jalan kaki. Ibu dah tua. NAik tram je. HAHAHA..
Wawan pun even ngantuk sangat, bersengkang mata demi nak tengok binatang.

Bila naik keta je, suma tido.
Ibu jela layan tido jap lepas habih turn main Candy Crush.
Pehtu Ibu karoke lagu Search dengan suara yang masih tak berapa nak ada tu. 

 
 
 
 Sempat ambil gambar kenangan di Zoo Taiping.
Muka comot masing-masing. 

 Ok la. 
Gi bercuti secara tak sengaja sebenarnya.
Tak plan pun. 
Yang penting, masa yang berkualiti untuk anak-anak.
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram