Followers

30 May 2013

HKCC PERCUMA UNTUK ORANG MELAKA. Cepat!!! Sebelum kehabisan!




PROMO HKCC!!!








Rakyat Melaka~~!!!!


Kepada semua rakan-rakan pembaca Makbed yang berada di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, HKCC sedang mengadakan PROMOSI-BAEK-PUNYA. 



HKCC TEAM akan berada di Melaka dari pagi sampai ke petang. 
BAgi yang berminat nak dapat kan HKCC secara PERCUMA, (diulang.........................) PERCUUUMAAAAA anda perlu:



  1. Dengar siaran Radio Melaka jam 11.45 pagi hari ini.
  2. Call 016-6603741 untuk infomasi lanjut.
  3. Dating dengan HKCC Team untuk dapatkan kopi anda



TERHAD PADA HARI INI SAHAJA. 




Justeru, orang Melaka...... anda hanya perlu 

  "kuatkan radio..kuatkan radio..."







Menyambut Hari Lahir 'Kak Ton' Paling Legend Dalam Kehidupan Aku



Prrriittt!!!!



Hari ini ialah hari lahir Bonda saya tau. 


Bonda MAkbed adalah yang paling kiri



 OPPPPSSSS!!!
Sila jangan terpedaya dengan gambar Makbed di atas tu.
That was me right after selesai 44 hari pantangkan Wawan. 



Malam ni kami sambut besday Mak secara sederhana, sesama ahli keluarga. 
HAnya makan-makan sekeluarga. 
Kimi je takde sebab dia takleh balik. 




Cik Oni ngantuk


Wawan dan aktiviti bebasnya


Angah and family



 Kami gi makan steamboat!!!!!!!


Yang baju oren tu ialah kanak-kanak purba. Adik MAkbed yg paling kecik.

 Apa nama kedainya ye..

ED Steamboat kot. 
Lokasinya berhampiran ngan Tat Nasi Ayam.
Sejalan ngan jalan nak ke Shahab Perdana. 




 Steamboatnya best dan sangat sedap. 
Aku ni bukan penggemar steamboat sangat tapi aku suka lah makan kat sini. 
Memang akan pergi lagi pasni. 
Selain steamboat, ada jugak sate dan makanan bergoreng lain. 
Sate pun sedap banget!
Angah siap tapau lagi bawak balik Sik. 

Dan aku plak makan tak berapa nak banyak pun sebab perut masih tak oke. 
TAkut plak kang meragam balik. 
Dah le baru je nak baik. 
HKCC pun aku tak minum 2 hari takut sistem pembuangan aku jadi berlebih-lebih. 


Behday girl


Yaa... Inilah dia orang yg diraikan. 
KAlau nak kenal ketua segala Kak Ton, haaaa... inilah dia. 
Ini Kak Ton baek punya. 
PAling dekat ngan Makbed.
HEHEHEHE..

Tu pasal tema sambutan besday MAk malam ni adalah...

"COMEY TAK KAK TON???"


hehehe...

Kitoang dok ulang ayat tu je kat Oni bila Oni merengek. Sampai Oni pun naik menyampah. 


Mak MAkbed namanya Zaiton. 
So, betuila Kak Ton kan? 

MAkbed je KAk Ton (bukan nama sebenar). 
Nama sebenarnya Haliza. 
Saja je gatai nak meng'kakton' kan diri. 
Sebenornya, mak mentua Makbed pun nama Zaiton gak. 
JAdi, aku ada 2 KAk Ton paling legend dalam kehidupan aku. 
Confirmlah, Comel je kehidupan aku kan? 




Sambung balik citer sambut besday Mak tadi. 
Pas habih makan kat kedai, sambung lak celebrate kat umah. 
Tahun ni , takde kek sebijik bagi Mak. 
Sebab, Abah dah takleh makan manis sangat.
MAk pun takmo kek Secret Recipe yg besar. Tak habih.
So, kami decide nak beli kek Secret Recipe jugak. 
TApi yang slice je. 
Beli 4 slice, lain-lain flavor. 
So, semua orang boleh makan flavour yang berlainan. 
BAru le praktikal. 




Buat julung-julung kalinya, takde baki kek yang tinggal dalam peti ais malam ni. 
Kan ke bagus macam tu?





SELAMAT HARI LAHIR MAK.
We love you...


29 May 2013

MAkbed mutah-muntah kembali



Saya kehilangan 2 kilo secara drastik selepas 4 hari menderita sakit perut sehinggalah terpaksa dihadapkan ke hospital kerana badan sudah tak mampu berdiri teguh. 

Nak menaip ni pun, tangan terketaq-ketaq. 


Nasik sy tak makan.
HAnya makan apa-apa yg terlintas di hati je.
TApi, sempat le masak lontong untuk dijamu pada orang tua Makbed yg datang ke rumah. Diorang stay umah Makbed lama kali ni sempena cuti sekolah. 

Oni dan Wawan sudah  sihat.
Hanya aku je. 
Makan macam-macam juga, tapi taktau le mesin pengisar dalam perut aku ni proses laju sangat gamaknya, hasil-hasil kumbahan sumanya cair aje. 
Berkali-kali pegi tandas sampai dah rasa takmo pakai seluar dah. NAk pakai baju je jalan dalam rumah!
Tapi, udah mak abah aku ada. Kang kena penampaq sedas plak. EHehhehee...


Semalam, Abah nak gi Sik.
Aku pesan MAk , kalu jumpa mempelam muda beli la .
Sikit pun xpa. 
Tekak ni terasa melekat-lekat , makan apa pun suma tak sedap.
MAk memandang serong kat aku. 

"Lerr.. apa Mak ni?" 

"Abah hang pun sama. Dok cari pelam muda. PAsepa hangpa ni?" tanya Mak, musykil. 

Aku biar je soalan MAk tu dibawa angin. Tak larat nak bersuara sebenarnya. 


MAlam tu, Mak balik.
BAwak mempelam muda 4 biji.
Kecik aje pun.
KAta Mak, anak murid Angah bawakan. Memang rezeki aku lah. 

MAka aku pun, zzzzuuupppp! Gi dapor. 
BAsuh suma pelam tu dan terus kerat sebijik. Dan NGAP!!


Ahhh.. nikmatnya makan pelam.
Dah lama tak makan pelam muda. 
TAk smpat plak nak buat garam belacan sebab aku mmg nak baham mempelam dlu.


MAsa tu jam 11 malam. 


Abah plak nampak aku dok kunyah pelam, dengan pisau di tangan. 


"HAng pasepa pulak? Lekat baby lagi ka dalam perut?"  Abah aku pulak tanya, dengan pandangan 'serong'. MAksudnya, pandangan mata kecik, sambil kepala senget sebelah. 


"Mana ada.. Saja ja nak makan pelam..." 




Nak kena ngandung dulu ke baru leh makan pelam muda?













Aku simpan baki 3 lagi pelam tu untuk besoknya. Supaya leh cicah ngan garam belacan buatan sendiri. 






28 May 2013

Aku Diyahudikan



Melihat keadaan kesihatan ayahanda Makbed yg agak tak baik, terbit rasa kesian. 
Teringat zaman Abah muda-muda belia macam aku skang ni. 
Abah tak pernah miss exercise depan rumah pagi-pagi. Skipping... Jogging keliling taman. Petang jogging lagi. Ada masa main badminton. Gi main bola tampar dengan penduduk taman. 
TAk penah la masa senggang Abah tu dilayan dengan tido semedang. 
Even anak-anak dia ni pun, dia PAKSA untuk get active. 
BErsukan. Pegi main di luar setiap jam 6 petang. 


Abah ni jenis makan je semua.
Sama la macam kita ni.
Perut orang Melayu. Mana la mungkin menolak memacam makanan. 
KAlau Abah, pantang lihat makanan tak habis di pinggan. MArah dia. 
NAsik memang wajib makan.
Pagi wajib sarapan. 
Lunch, kena makan.
MInum petang, ada goreng pisang. 
MAlam.. makan lagi.
Supper pun ada. Even hanya minm susu dan 3 biji kismis atau badam. 


Tapi, bukan tabiat pemakanan Abah yg aku nak sembangkan kat sini.
Tapi, tabiat pemakanan kita sendiri.
Abah mungkin salah satu contoh orang yang aktif tapi bila meningkat tua, takde sapa yg boleh melawan kuasa Allah dan faktor biologi. 
KAn?

Cuma, tetiba aku terfikir....
Semasa kita sihat, pernah tak kita terfikir KENAPA KITA MAKAN?
KITA MAKAN SESUATU INI UNTUK APA?

COntohnya...

HAri ni kita masak nasik dan sayur sawi. 
TApi, pernah tak kita tanya diri, kenapa kita makan nasi dan sayur sawi ni?
Untuk apa?
Apa faedahnya?

HAri ini, kita makan kfc.
TApi, pernah tak kita tanya diri kita, kenapa kita makan KFC?
Untuk apa makan KFC hari ni?
Apa faedahnya?


Di ketika kita sihat, pernah kita persoalkan setiap tindak-tanduk kita, dan jua apa yg kita consume seharian?


TAK MUNGKIN terfikir nak tanya pun.
JAwapan biasa....

Kita makan apa saja yg kita rasa nak makan, sebab kita NAK, 
MAMPU 
dan sebab kita LAPAR.
Betui dak?






Tapi, apabila kita dah mula menginjak keusia 30-an, kita sudah mula agak particular dengan pemakanan. 
Tpi, bagi yg perempuan, pemakanan lebih ditumpukan untuk menjaga kecantikan, dan menambah tenaga zahir dan batin. 
Yela... dah kawin, beranak pula. MEmacam yg kurang, kan?

Dan bagi lelaki, pemakanan lebih ditumpukan kepada kesihatan tubuh untuk bekerja, as well as to menjaga tenaga zahir dan batin. 
Eh.. bukan menjaga, MENINGKATKAN~ 
Heeee... tak gitu ?


Maka, bila ada je orang jual produk apa pun, time nak beli tu mesti kita tanya, 
PRODUK NI UNTUK APA? 
KENAPA KENA MAKAN? 
APA FUNGSINYA? 



Kan?


Dan  biasanya kita tak berfikir panjang pun untuk cuba apa saja produk. 
Sebab misi utama kita adalah nak dapatkan APA YANG KITA NAK. 
Tak kiralah apa pun misinya. 

COntoh: Nak kurus, nak comey macam Kak Ton, nak gemok sikit, nak dada bidang, nak tegang, nak kempis, nak putih, nak tonggek, nak tinggi pun ado..... MEmacam lah! 


BUT, kita lupa. Yang kita hanya fokuskan kepada satu menda je iaitu...... APA YG KITA NAK. Bukan apa yg kita perlu. 


Yes, we did ask about the importance on certain product that we are about to take, but if that particular product doesn't provide the result as you wished, kita tak amik, Atau , berhenti amik. Dan tukar produk baru. 

COntoh, kalau amik produk kurus A... MAkan sebulan dua, pehtu, tak kurus-kurus. Kita berhenti, dan cuba produk lain di pasaran. 
Sebab, APA YANG KITA NAK tu TAK DAPAT. 








Dan bila sampai di usia seperti Abah, dah tua, tenaga dan kecantikan tu jatuh number berapa taktau dah. 
Kesihatan itu yg lebih diutamakan. 
Pun begitu, ada orang yg bila aku suggest untuk amalkan minuman sunnah seperti Susu KAmbing plus BEe Pollen (SKBP), even org tu dah sakit takleh bangun, nak makan nasik pun tak boleh, kena pantang lagi, tenaga apa pun takde , kecantikan ape tah lagi,  suprisingly orang tu leh lagi tanya UNTUK APA SUSU NI? 
KENAPA KENA AMIK NI? 
APA FUNGSINYA? 


Oh men....~!



HArga SkBP tu cuma lah RM35 sekotak. 
BUkanlah aku ni beria nak mengumumkan satu dunia yg SKBP ni boleh mengubati segala penyakit. 
Yakni SKBP ni sangat ajaib, sampai kaki dah putus boleh tumbuh balik. 
TAKDE !!!

CUma, kalaulah kamu sudah tak boleh lagi minum air sirap, teh, kopi, cincau, ais kacang,neskepe.... yang memang terang lagi bersuluh tak bawak pape pekdah kat badan, cubalah tukar tabiat minum tu kepada SKBP dan HKCC. 

Tabiat pemakanan kita itulah yang menentukan cepat lambatnya proses pemulihan kita dari penyakit (jika dah ada penyakit).

Kenapa masa kita minum sirap limau, kita tak pernah lansung tanya diri, KENAPA AKU MINUM AIR NI? APA KEBAIKANNYA? 
TApi, bila suruh minum minuman yg baik, dan menjadi sunah nabi junjungan, banyak pulak soalannya. 
It's just susu kambing.. memang dah diketahui susu kambing sapa yg selalu minum?? 









Oh.. susu kambing tak elok minum. Orang yahudi minum susu kambing nih. JAdi, takpayah la nak ikut sangat org yahudi tu.



Itu yg saya terima hari ini. 


Ni yg payah kalu semangat keyahudian tinggi bebenor. Ginilah gayanya.


25 May 2013

HARI INI SAYA HANYA MAKAN TANPA HENTI



Memola,nak gitau yg ONi dah sihat. 
Dah tak muntah-muntah dan dah tak lemah-lembik lagi. 


Hani ini bermula dengan meriah.
HAri ini juga hari yg penuh dengan aktiviti makan.
LAnsung aku tak menyangka yg aku akan makan sebegini banyak. 


Jam 10pagi, gi kenduri arwah dan doa selamat Rohaijah kat Segari. ANak dia nak bersunat. 
Team Al-Azhar Associates yg dikepalai oleh Encik Bos bersama-sama memeriahkan majlis. 
BAmbam Bee kena tinggal kat SHell Giant sebab Bos soh naik Vellfire dia. Weeehuu~ 
Merasa naik keta baru. 


KAmi yang sentiasa teruja walau di mana pun. Tetambah la yg dok sebelah aku tu


Makanan yg dijamu sumpah sedap weh.
Sapa la tuan punya katering tu.
NAsib baik la aku masih sedar diri lagi. Banyak lagi kerja aku nak kena settle. BUatnya aku bantai makan memanyak, memang aku balik hotel, tido aje. 




JAm 2 petang, aku di Sri Iskandar pulak. 
Ada janji temu dengan sorang blogger nih.....


Aku panggil dia blogger "kelip-kelip".

Tapi nama benornya Aween. 
PEmbaca tegar belog , dan peminat setia Oni. HAHAHAHAHAHH~
Sedih dia aku datang jumpa dia tak bawak Oni. 
Sorila Aween... next time akak bawak masa kerja. Memang leceh sikit kalau ada ONi kat sebelah time keje. NAnti kantoi le MAkbed adalah seorang Ibu yg garang 



 Klako nye Aween ni bila aku confirmkan yg aku nak gi Manjung dan kalau bleh nak jumpa dia sebab dia nak beli insurans. Senang aku nak explain panjang lebar. Boleh borak lama sikit. Sebelum ni hanya borak online aje.
Bulan lepas aku dah hantar quotation, siap karangan baek punya untuk pemahaman dia. 
Semalam bila dah confirm nak jumpa, tak pepasal je Aween ni neves... 
Dia nak baca balik quotation dan explanation aku tu sampai paham sebelum jumpa aku. 
Udah macam nak gi jumpa Guru Besar plak.
Aku tak pasti dia neves sebab nak jumpa aku atau sebab nak beli insurans. Tetiba je semalam aku kompius...~ HAHAHAHAH..

Tapi bila kami bersua muka tadi, memang bertalu-talu soalan dia tanya. 
BAgus dia ni. Memacam dia nak tau. So, bila dia bertanya maka senangla aku nak menjawabnya. 
Pun begitu, dia bukan client yg rumit.
Simple je deal ngan dia. 


Anyway, to Aween... 
MAkbed ucapkan terima kasih. I am honored sebab awak memilih MAkbed amongst the rest. Thanks a million! We shall meet again anytime soon. 



Settle closing client baru, jam 4 petang, aku ke Ayer TAwar plak. 
Miza nikah lepas Jumaat, dan majlis kendurinya adalah esok di rumah pihak lelaki. 
Boleh je nak gi besok, tapi aku nak juga menjengok Miza dan keluarganya sekejap pun. 
Miza dah macam family sendiri.
Selalu je kena marah ,kena bebel ngan aku whenever she made wrong decisions.
Memang selalu kantoi je kawan aku sorang ni. 

Us..Miza and Liza


 Alhamdulillah, lega aku tengok Miza akhirnya bebetul tersenyum. 
Ini adalah perkahwinan kedua Miza , selepas perkahwinan pertamanya selama 5 tahun gagal.
Sori.. haku mmg tak suka ex-asben dia tuh. 
Kejam gila..  Dera kawan baik aku ,fizikal dan mental. 
Sebab tu la aku ni agak emo sikit dengan lelaki yg suka pukul perempuan ni. 
Tapi sebab ex-asben dia gemok dan besor mcm gergasi, maka aku takleh nak wat pape.HAHAHAHA~



LUpa plak nama suami Miza. HEhehe..

HAaaaaaa...
Suami baru dia ni kurus.
So,kalau dia 'nakal-nakal' , siap kauuu!!
Aku lebih besarrr dan gagah dari kau tahu...?? 
HHEHE

Jaga kawan aku baik-baik ye. 
Aku sayang dia. 


Punya la sayang kat aku, sanggup 'mencemar duli' cedokkan makanan semata-mata nak suruh aku makan juga,


Dah lama aku tak jumpa Miza.
Pun begitu, dia selalu call dan hapdet tentang proses penceraian dia kat aku. 
Alhamdulillah, she does look good. 
Dan suaminya pun nampak bagus orangnya.
Sporting , hepi go lucky ..mcm Miza.
Dan yg penting, suami dia kenal aku.
 MEans, Miza dah citer awal-awal dah siapa aku. 

Aku kan kawan dunia akhirat dia, kan..?


Comel kan diorang?

Miza ada anak sorang sebaya Oni hasil dari perkahwinan pertamanya. 
Tisya namanya. 
Tapi , hari ni Tisya takde sebab hari ni giliran Ayah dia bawak balik. 


Tumpang gembira utk kamu.. 
Semoga bahagia ke anak cucu...


Sonok dok sebelah dia ni. Aku rasa tinggi!
 TAk silap aku, kitorang sama tinggi je dulu-dulu ni.
Tapi pesal skang,Miza jadi pendek plak ni?


 (nak nangih tgk diri sy yg sangat selim once upon a time)


Besok akan attend kenduri Miza di rumah pihak lelaki.
PAstu terus balik Kedah...




 AKhir kata...
Penat la hari ni.
Oni dah lama tido dah.
HUHUhuhh.





'Diana Amir' dan peminat cilik.


 Ini adalah putera bongsu Juliana Jamni.
Comel gilerr..
Dan tiba-tiba saya rasa rindu nak berbaby lagi.
Uhuk Uhukk UHukk..huukk..kof kof kofff kofff...!!!~~~alamak..tebatok pulak.

23 May 2013

Oh My Oni.


 Yeahh...


Seperti biasa, tatkala orang-orang gomen sedang bizi menikmati gaji mereka yg baru masuk hari ni, aku pulak  'zaaaaaaaaaaaassss' outstesen bagi memenuhi permintaan mereka yg nak buat polisi insurans samada untuk diri sendiri, anak-anak, isteri pertama, isteri kedua, isteri bongsu, adik-adik atau untuk ibu bapa mereka. 


*Sila jangan tergezut. Seorang lelaki yg boleh kawin lebih dari sorang memang sangat mampu beli insurans. They are my VALUABLE CLIENTS!!! BAnyak future prospect. mihmihmih..~


HAri ni bergerak dari Alor Setar jam 8 pagi. Keluar sama-sama dengan Alang. ALang nak kena amik Linda yg balik asrama juga pada hari ini. Wawan tinggal dengan Alang. 
Oni plak aku bawak bersama sebab Oni masih tak berapa nak sihat. 
Dah 3 hari dok mention "sakit perut" jek, tapi makan takmo.
 JAdi, aku nak pi mengadu kat doctor kesayangan ramai .. Dr. Ling.

Dr. Ling adalah doc yg merawat Oni sejak Oni kecik lagi. BAnyak kesah Oni ngan doc ni dalam entry-entry sebelum ni. 


 Dalam perjalanan ke MAnjung, aku singgah RnR Gurun lebih kurang jam 9.30 pagi gitu. Terlupa pulak nak top-up Touch n Go. Tetengah aku dok kalut-kalut kat pintu keluar kiosk kat stesen minyak tu, tetiba ada ramai mat rempit masuk. KONVOI. Semua naik moto LC, kalu tak silap aku la. Ramai le jugak. 

Disebabkan mereka hanya naik moto LC, aku tak begitu teruja nak usya sangat. GAGAGAGAGAGAGA.... 

Elok je aku bukak pintu nak keluar, tetiba aku nampak susuk tubuh yg memang aku kenal sesangat. Tuan punya badan tu pun kenal aku. 





ADIK IPAR haku daaaa.......... si Aie. 


Semalam aku dah jumpa dia dah. Dia dtg umah aku nak bayar wang perlindungan. Awal-awal lagi dia dah kabo yg dia takde sampai hujung bulan sebab nak gi konvoi. TApi aku tak expect la nak jumpa kat Gurun. HAHAHA..  

Excited la ONi bila nampak PAkTeh dia. 
Dan dan tu gak suruh PAkteh beli cekelet kat dia sebab dia mintak kat aku, tak dapat. 
Bijak..bijak... 
TApi, PAkteh tak beli pon kat dia. JAdi, Oni pun merajuk..buat muka sedih. 


Aku berjalan menuju ke kereta. 
Dekat je jarak keta dengan pintu keluar kedai.
 Tetiba, Oni jerit...


"IBU!!! Tu kan keta Alang...." katanya sambil menunjuk ke satu arah. 


Aku pun toleh. 


Yela.. Keta Alang parking kat pam minyak, sebelah aje ngan moto adik ipar aku. 
Alang punya usya semacam je kat Aie. MAybe dia rasa macam kenal kot. 
NAk tegur kang salah orang plak..


Udah bila Aie datang salam aku baru lah ALang yakin sepenuhnya bahawa itu adalah adik ipar kakak beliau. HAHAHAHAHAHHH~


UDah jadi jejak kasih kat Shell RnR Gurun dengan tak semena-menanya. 
PAdahal, selalu aje jumpa kat rumah!
Dan tetiba rasa best bila ada ramai adik ni. HEHehhehe.. Adik ipar pun adik la jugak kan.

******


Sepanjang jalan dari Alor Setar sampai le ke Lumut Oni asyik cakap sakit perut je. 
Dia ade la makan bekfes tapi sikit sangat.
 Donat seketui pun tak abih. 
Alhamdulillah, takde plak dia muntah-muntah. Cuma nampak dia lemau sikit ler. 

Sampai je Sitiawan, aku terus gi Klinik PAkar Ling. 

He was quite suprised la juga bila tengok Oni. Dah lama ONi tak datang klinik dia.
 Dia lagi suprised bila dia tau yg kami datag dari KEdah. 
MEmang dia agak flattered gak la bila aku cakap yg even aku dah pindah ke KEdah pun, he is the best doctor and I trust his advice. After what he did selama ONi membesar di Lumut, aku memang percayakan diagnosis dia kebiasannya. 
Giler fanatik tak? KAt doctor pun nak fanatik~

Haku bawak sume ubat ONi yg ada. Doc check berat Oni, body temperature. Oni pun dah tak takut dah kat Doc tu. DOc soh selak baju, dia selak je. Doc ketuk perut dia pun , pasrah je rupanya. 
I just want to make sure, kalau ONi sakit perut, what kind of sakit perut that she is having.
TAkut sakit yg lebih teruk.. 
KAlau kembung perut pun, berlarutan lama, bukankah ianya lebih merisaukan?
Dah le takmo makan plak. 
Sebelum ni tak pernah macam gini tau~ Ini first time ONi demam, muntah dan takmo makan. 


TErbukti, perut ONi kembung. 
TApi, tekak ONi ok. 
Means ONi takmo makan due to perut dia ada angin je. Thats why la offer apa menda pun Oni cam takde nafsu nak jamah. 
Doc suruh tukar ubat. Ubat angin dia tukar lain. Ubat tahan muntah pun bagi lain. Then Doc kasi ubat untuk kuatkan usus dia. 

Doc pesan,kalu dia takmo makan jangan paksa.
NAnti dia lapar,dia akan makan sendiri.
Bila dia refuse makanan tu tandanya perutnya belum bersedia menerima makanan. 

"I don't expect sakit perut sebab kembung ni akan baik segera. Akan ambil masa jugak la. Tapi, lama-kelamaan akan berkurangan. Just make sure dia minum banyak air. KAlau dia dah tak muntah dan cirit-birit, itu tandanya dia sudah ok. CUma, jangan risau sangat kalau dia tak mau makan. Normal tu..."


Pehtu, Doc kasi gula-gula 2 bijik, dengan sticker gambo katon comel-comel. 
Wah, sengeh ONi sampai telinga!


Oni jadi lain macam sikit lepas jumpa Doc tu.
Sebelum ni, segala gula-gula, eskrim aku offer dia takmo.
TApi, gula-gula sekupang 2 bijik tu dia buleh plak makan dengan lahapnya. AIh!
Doc LIng jampi siap dah agaknye. HAHAHAHAHAHAH~ 


PAstu, aku ajak dia jumpa Cik Jahar (Encik Azhar) plak.
Dia tau yg Cik Jahar tu adalah bos aku. 
Dia oke jer. Excited dia kalu buleh gi masuk tempat keje Ibu dia. 
Pehtu, aku gi lunch kat Secret Recipe dengan kroni-kroni kebiasaanya - Kak Nor, Kak Ju, Rohaijah dan sorang agen baru yg aku lupa nak tanya nama dia. Tapi, dia kenal Inche Kitchi. 

KAt Secret Recipe tu, Oni makan plak. 
TAk banyak , tapi nampak la yg dia ada selera nak makan. 
LEga hati perut aku tgk dia jamah makan. TApi, air masak memang tak lekang le dari tangan.
 KAt mana pun dia usung je air mineral. BAgoz tak ?


"BEst la buleh makan dengan kawan-kawan Ibu.... " kata Oni. 
MAybe dia seronok makan ramai-ramai.
 FYI, kawan-kawan Ibu tu suma kawan dia. Ngeeeeeeeeeee...


PEhtu , aku nak antar dia gi umah MAma As.
Oni cakap plak...

"Kita pegi lah jumpa Acik Ida dulu sebelum pegi rumah Mama As...." pintanya. 
Acik Ida is Haida Kamaruzaman as known as founder HKCC. 
Aih.... kamceng tuhhhhhh dia ngan Acik Ida dia. 

Dalam hati aku, maybe dia rindu kat Acik Ida dia kot. Sebab dia macam excited je bila sebut nak gi Lumut. 


Tapi, atas sebab-sebab teknikal, takleh jumpa Acik Ida hari ni. So, aku terus hantar dia gi umah Mama As.


Sebaik saja dia nampak Mama dia, pehtu nampak plak Nurul, kakak sebantalnye, terus masuk rumah. TAk pandang da aku. PAdahal, dalam keta tadi, aku tanya dia nak tido umah Kakak Nurul tak, dia cakap TAKMO. Nak ikut Ibu...katenye. 
TApi, nih camne?
NAmpak KAkak Nurul je, terus masuk umah, main. 
Lerrrr....

AKu tanya dia, ada sakit perut lagi tak? Ada nak muntah tak?




LAju je budak ni geleng-geleng. "TAK ADA DAH , Ibu! Dah baik......" kendian sambung main. 


Ohhhh... macam gitu rupanya. 


Anyway, aku dah lega dah.
TAdi lepas ISyak aku call Mama As tanya kabor Oni. Kot le dia nangeh nak balik ke, or sakit perut ke.

"AKak kat luar ni. Gi bawak bebudak beli barang. Jalan-jalan. Oni ok je. Dia makan nasik tadi. TAkde demam. Takde nangeh. Baik aje ni duduk ngan Nurul. Biarlah dia tidur rumah akak. Besok Liza habih kerja, ambil la..."


Wahhh....  !!


Syukur ya Allah.
Harap Oni bebetul sihat. 
Banyak aiskrim dalam peti ais nak kena perabih......~hehehe.















22 May 2013

Makan le weeiii..... grrrr




Memang mentensenkan tau si Oni ni.
TAkmo makan.
Pehtu ngadu sakit perut. 
NAsib bek la ko kecik lagi.
KAlau dah tua, mmg ku yakdish je. 


HAih... menjadi Ibu memerlukan kesabaran tahap yg optimum.
Aku masak bubur, sikit je dijamah. 
BEli kfc, nugget 12 ketui atas permintaan. Dia makan 3 je. Wawan makan 3. Lebihnya aku yg perabih. 
BUat sup pun, nak jamah sup je. KOsong.. NAsik takmo. Ayam ke ubi ke, takmo gak. BAkinya, aku la yg makan. 


Sudahnyam Ibu makin comel.
Oni makin kesit.


Dah 3 hari Oni tak berak.
MAkan pun tak menentu, camana nak keluar 'hasil'? Perut dah masuk angin. 
Makan apa pun pastu, suma tolak balik. Muntah aje...
Bingung dah haih~

NAsib baik le dia ni jenis suka makan ubat. Air minum.
Susu je takmo. NAsik pon takmo. 
Megi pon takmo gak.
Eskrim pon takmo. BAyangkan?

Aku check doc, takde pun ulser ke tekak bengkak ke hape...
Memang selera makan takde. 


Subuh tadi, ONi keriau ckp perut dia sakit.
Sebenarnya, time tido pon dia ngigau cakap perut dia sakit. Aku pun tak sure bebetul ke hape.. tapi mata pejam. Heee...


Bila dia mention "sakit perut" aku tanya lak..sakit perut nak muntah ke, nak berak ke hape...
Dia tak jawab.
ISkk`~


Pagi ni, aku bancuh nestum dan campurkan sedikit Susu Kambing plus Bee Pollen. 

 

Sikit je. Sebab Oni ni bukan leh terima rasa susu pelik-pelik ni.
Mengada sikit budak ni. 
TApi, aku bagi jugak walaupun taktau apa keputusannya lepas tu. 
NEstum tu aku bancuh manis sikit. Kasi wangi baek punya. 
Dan Oni makan, abih semangkuk. 


TAk lama pastu je, Oni cakap dia sakit perut nak membuang.
Dengan sekali 'lafaz' je, tusssssssssssss...... Keluar.
Muka ONi konpius giler, tatau samada dia sebenarnya kentut or berak. Tapi, baunya memang 'osem' la.


Dah cirit terus. TApi, lepas 3 kali membuang, Oni dah oke. 
Kendian aku paksa dia makan nasik lemak walaupun ianya bukan idea yg begitu bagus. 
TApi, lepas 2 suap je, dia takmo. DIa nak makan roti. 


LEpas makan tu, barulah Oni tido.....


Ni tengahari ni aku tanya dia nak makan tak, dia cakap dia takmo makan. 
Bengang lak lagi skali. 
Pehtu ngadu sakit perut lagi.
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....


Sudahnya, aku paksa gak dia makan nasik.
Sebelum tu aku cakap la kat dia yg dia dah macam tengkorak. Kurus benor. 
Rupanya anak aku tatau tengkorak tu hape...
HEHHEHEHEHE...
Seb beb ada google. Leh tunjuk gambo.  


Pehtu aku tunjuk gambo bebudak yg kebuluran.
Kurus-kurus semuanya.
Nampak tulang.
Soh dia tengok.
Haa.. dah takmo makan sangat, kan?
Silalah jadikan mereka idola anda. 




BArulah Oni nak makan.
Tu pun sikit je. 
Phhbbt!






Jom Layan: Game Of Thrones



NAtijahnya beberapa hari tak kerja, ini adalah salah satu aktiviti aku kat umah. 





 Seven noble families fight for control of the mythical land of Westeros.



Series ni dah lama dah kat HBO, tapi sikit pun aku tak heran nak tengok. 
Alasan paling kukuh adalah:
AKU DAH TAKMO TERJEBAK DENGAN SERIES sebab kang ketagih. Betui dak?


MAlangnya, disebabkan aku kat umah menjaga anak-anak yg sakit , aku banyak gak la melenggak depan tv. 
Buleh plak terlayan citer ni. 
Game of Thrones (GOT) dah masuk season 3 dah pun. 
JAdi, untuk mengisi masa boring, marilah kita tengok citer ni online je. 
Inilah cara yg paling efektif untuk habihkan series tanpa perlu menanti episod yg akan datang.
MAlah, episod lepas-lepas pun buleh tgk gak. 
Yiippee!


Best jugak citernya.
Mungkin korang tak minat nak layan. 
Aku pun tak minat biasanya citer gini.
Sebelumm ni penah tengok Spartacus, tapi aku tak minat nak sambung tengok selepas Season 1 nye dah habih sebab GELI.
KAlau ko tengok online, lebih menggelikan sebab tak de censored. 
Buwek!

But GOT ni berbeza sikit.
MEskipun ada jugak part yg menggelikan, like flashing nudity and stuff (kalo tgk online) but, jalan citernya lebih adventure.
CUMA, complicated sikit sebab trlalu banyak watak penting di dalamnya. Dan ianya berkait antara satu sama lain.


GAMES of THRONES telah di'realiti'kan daripada novel bertajuk sama... 
Termasuk dalam kategori epic fantasi. 
Dah namanya fantasi, so mestilah osseeemmmmm kan. 
GOT mungkin agak meleret sikit kesahnya tapi ianya ada peminatnya yg tersendiri.


BErikut adalah beberapa nasihat bagi yg bercadang nak tengok GOT ni:

  • KOrang kena ada mata yg tajam. Ianya penting bagi membezakan watak dalam citer ni because mostly muka diorang nak sama. Stress!
  • Puas hati la tgk citer ni sebab graphic nya lawa. (BAJET JUTA-JUTA tau nak buat GOT ni). KAlau korang tgk online yg takde censored plak , memang nampak betui je kepala putus, kaki tercabut, otak keluar... 
  • Citer ni penuh dengan keganasan dan scandal. Minda-minda yg cerdas je boleh tengok citer ni. 
  • Budak-budak tak bawah 20 tahun takleh tengok! Dilarang sama sekali. 
  • Untuk korang lebih faham citer ni, korang kena kenal character setiap sorang. So, nak memudahkan korang, silalah ke Game of Thrones wiki. Boleh tengok semua character dan korang akan paham le susur-galur keluarga depa dan isu-isu berbangkit yg diceritakan dalam GOT.  Itu le yg aku buat. Tetiap kali nak layan GOT je, aku bukak sekali wiki GOT tu. KAng nak refer balik senang. *Siyes pulun!









The Vampire Diaries Season 4 dah habih dah......


21 May 2013

Entri Manja-Manja Jer..



Kerja dah tertangguh seminggu dah.
Badan Oni still panas. Sebolehnya aku takmo hantar Oni gi sekolah namun apakan daya, dateline dah dekat.
Aku nak kena gi opis saaaaaaatttt je, pehtu nak gi jumpa Pesuruh Jaya Sumpah kat tengah bandor tu. TU JE keja yg aku WAJIB selesaikan.
Kerja lain banyak agi, tapi dalam keadaan cam ni, aku kena prioritize mana lebih penting.

Tugas tu hanya memerlukan masa paling lama pon sejam je untuk diselesaikan.
Dan, nak taknak aku kena tinggalkan Oni jap kat sekolah dia biarpun dia masih lagi demam bersuhu 38.2 darjah selsius.

 Memacam aku pesan kat cikgu Oni, antaranya:

-kalau Oni muntah lagi sila call.
-kalau demam panas sgt, masukkan ubat bontot.
-aku gi sejam je. Sebelum pukul 11 aku amik. Kebiaaannya bila anak demam, aku prefer jaga sendiri sampai baik.
-Oni belum makan dan mandi.


Dalam masa sejam tu aku pun pecut le gi settlekan keje. Sebelum tu, aku balik rumah dulu, tukar jentera. NAk gi bandar Alor Setar di hari kerja menaiki jentera berat adalah tidak digalakkan. Susah parking! So, aku tukar la dari BAmbam Bee menjadi BElalang Tempur. JAdi, save la masa mencari parking dan aku berjaya habiskan tugas aku dalam waktu yg telah ditetapkan. 


Lepas habih tu, aku gi jemput ONi kat sekolah as promised.
Oni dah siap mandi, pakai bedak dah.
TAkde pun muntah-muntah hari ini. ALHAMDULILLAH.
ONi lebih ceria.
BAdan pun kurang panas. Maybe sbb cikgu dah bagi makan ubat, dan dia pon baru je lepas mandi.


Then tetiba Cik Oni bersuara....

"Ibu, petang ni kita makan KFC boleh tak?"


Hoh... dah nak makan dah. Ok la. Apa aje lah yg kamu nak..  Ibu beli. JAnji kamu nak makan. BAgus gak, Bolehlah Ibu cuti masak hari ni. YAhoooo~~~!!


Uncle sebelah umah gitau yang besi longkang depan umah dia kena curi. Dia pesan soh aku jaga-jaga.
Banyak dah kes curi kat taman aku ni. KAdang tengah-tengah malam aku nampak polis round-round dengan lampu keta dia yg liplap kaler biru tu. Huu~ Musti kejar pencuri tu. TAkkan kejar vampire pakai kereta peronda polis lak kan? 


23 sampai 25hb aku gi Manjung tau. 
Akak kawasan nak kutip wang perlindungan ni. 
KAli ni maybe bawak Oni sbg orang kanan.

Pehtu 31hb aku travel plak gi KL. Sampai 2hb. 


Hujung-hujung bulan memang ginilah kerja aku. Di hari lain, aku biasa je. Semoga anak-anak suma sihat hendaknya. Senang hati Ibu dan Ayah nak mencari rezeki. 







20 May 2013

HARI MUNTAH SEDUNIA



 Ujian bulan May agaknya... 
PAkat-pakat sakit semuanya.
Dimulakan dengan aku.
Kemudian, turun ke Wawan.
Dan skang ONi. 


KAta oang tua-tua, kalau nak tukar 'bulan' memang selalunya demam.
HEEHE..


Aku, Oni dan Wawan masing-masing lahir on the 20th , 22nd and 21st. 
Bulan yg berlainan. 

Jadi, mungkin la logik kot demam nak tukar bulan ni. 



Wawan sudah ke nursery hari ni.
Lepas kepalanya digondolkan , demamnya terus kebah. 
Cuma masih belum mahu makan. 
Pun begitu, dia masih mahu minum susu walaupun tak kerap. JAdi, aku isikan nestum (without his knowledge, of course) supaya perutnya terisi sikit. 


Ingat kan aku buleh tido lena lah pada malam itu. 
Tetiba, ketika aku sedang menonton The Voice sambil menjamah Chocolate INdulgence , Oni plak tetiba 'bruaaaaakkkk!' atas sofa biru kesayangan. 
Aiseymen..... mengapakah di atas sofa??

Oni yg bingung-bingung tetiba menangih. 
Sememangnya sejak petang dia mengadu perutnya sakit. 
AKu memula ingat dia memain je sebab dia ni memang jeles tgk adiknya makan ubat.
Dia pun nak juge. 
MEnjelang malamnya, she refused to eat anything. A bit different than usual... Selalunya dia nak makan nasi. 

Lepas muntah kali pertama, Oni muntah lagi 15 menet yg berikutnya. 
PAstu, sebelum tengah malam, dia muntah lagi. 
Jam 1 pagi, dia muntah lagi. 
Punya terlalu kerap muntah, Oni sudah tak menangis lagi.
Dia cakap perutnya sakit dan minta disapukan minyak angin. 
MAsa tu, Oni takde pun demam. 
Cirit pun tak. 
 Compared to what happened to Wawan a day before, Wawan lebih tragis. 
Muntah banyak, siappakej cirit-birit. 


Perut Oni masuk angin ke?


Aku sapukan Losyen PAti Halia kat perut Oni. 
SIkit je.
Oni tido nyenyak selepas tu. 
Terpaksa aku tak bagi susu kat dia sebab takut muntahnya jadi lebih teruk.

 

Sepanjang malam aku pantau Oni. Memang lansung aku tak tido. 
Dan ONi lebih kesian.
Setiap kali dia batuk, dia akan muntah. 
Sampai jernih muntahannya. 
HAnya air je yg keluar.
Setiap kali lepas muntah, Oni akan minum air. 
HAnya air suam saja yg boleh masuk ke tekaknya. 

Katil aku tu dah bau muntah dah.
Aritu muntah Wawan.
SKang , muntah ONi plak.
BAu masam satu bilik. 
Oni muntah sejam sekali. Asal jaga je, muntah.
Sampai tertonggeng dia. NAk jalan ke tandas pun tak mampu. 
DIa hanya mampu duduk di katil dan pasrah je. 
KAlau dia rasa nak muntah, kat mana dia berdiri, kat situle dia muntah!

Then, aku suruh dia tido bawah.
Amik tempat Wawan.
Wawan tido atas. 
Aku risau Oni jatuh katil je sebab nak elakkan muntah atas katil aku. 
So, kalu dia muntah atas tilam kerajaan tu, aku tak kisah sangat. 
TAkpun dia nak muntah atas simen ker.
KAt tepi Oni aku sediakan tuala. Muntah je lah atas tuala tu sebab muntah hanya keluar air je. So takde la teruk sangat. 


Pagi tu, ONi tak gi sekolah. 
Dia masih lagi muntah masa aku solat subuh. 
KAli ni dia dah pandai handle diri sendiri. 
Dia muntah, dia lap.
Udah macam orang mengandung aku nengoknye.
KEsian pulak. 
Apahal laa anak aku ni.... Dok tak duduk muntah. 
BIngung betui aku.
KAta cikgu, takde pun ONi skip makan. 
CUma ONi memang kurang makan le lately. Tapi dia still makan. 


Wawan dah sihat sepenuhnya.
Alang hantar dia gi nursery. 
Mata ONi dah kuyu.. Letih.
Risau sangat kalau dia dehydrated. 
AKu suruh dia minum banyak air. Otherwise, dia akan tido kat sepital hari ni.
SUngguh-sungguh dia takmo .
Maka, dia minum air jelah. 

LAgi banyak air dia minum, lagi kerap dia muntah. 
Sambil bercakap pun, dia buleh uwek-uwek tau. 
Sambil uwek-uwek pun, dia boleh bercakap dengan aku. 
KAt mana tempat yg dia tak muntah?
Depan tv?
Atas tilam Alang?
Tilam Alang tu lagi kesian. 
We have to flip it once after Wawan puke on it.
Then today, ONi plak puke on the other side.
So we have to flip it back to the other side. 
HAHAHAHAHAHH!
 Punya la takmo kasi ONi muntah bersepah, aku soh dia dok satu tempat je. 
Keliling dia aku letakkan kain buruk, tuala..
Bila dia nak muntah, silalah muntah atas kain tu. 



 Kendian aku tak bagi dia pakai baju.
MAsa aku snap gambo ni, dah berapa kali dia muntah ntah. 
TAbah betui la anak aku yg sorang ni. 
Dia takmo makan pape sebab takut muntah.
PEnat, katenye. 
TApi, aku paksa gak soh makan nasik panas-panas, dengan sup yg aku masak. 
Jamah sikit pun jadilah.
Tolong legakan hati Ibumu ini. 
MAka, dia pun jamah la. 



Aku bawak gi hospital lepas badan ONi didapati panas. 
Oni lemah betui.
Tetiba je nampak kurus sangat. 
Dah le mmg tinggal tulang aje. 
Ni muntah-muntah plak lagi. HAih!

Alhamdulillah... dia takde pape.
Lepas amik ubat, aku bawak dia balik. 
Doc tak kasi ubat tahan muntah.
HAnya bagi ubat angin je.
PAdahal dah mintak tu. 
Sudahnya aku gi beli je kat farmasi.
Lepas makan ubat tu baru lah ONi dah tak muntah dan buleh tido dengan aman damai. 


AKu pon tido skali. 
Memang letih gila.
Bajet nak ilangkan penat, tapi bangun-bangun tu kepala aku pening plak. Padahal tido kejap aje. 





 PEtang tu , Oni request nak cool blog. 
Tapi dia tak minum. 
Wawan balik dari sekolah, dengan cargasnya memulakan aktiviti rutinnya iaitu membuli ONi. 
Da sihat la tu. 
TApi, ONi takde mood nak layan. 

Dan tetiba je time Wawan dok siok main tu, Wawan muntah. 
Muntah atas tilam ALang!!

Sekali lagi!


AKu dah gelak berdekah-dekah dah. 
HAAA..
Satu rumah bau muntah beb. 


Aku cuma mengawasi mereka supaya tak mendekati sofa di ruang tamu je. 
Jangan berangan nak muntah kat situ!


BErkat cuci muntah selama 3 hari ni, aku pun dah imune ngan muntah. 
Kalau tak tu loya-loya gak la. 
Skang ni, sengih je la. 
Muntah la.... 
Asalkan ko bahagia. 



 
Itulah kisah aku yg penuh adventure pada hari ini. 




19 May 2013

ISTERI MAUT DIBELASAH









KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang kerani perakaunan yang dalam proses perceraian maut dipercayai akibat dibelasah suami sendiri selepas bertengkar di rumahnya di Kampung Petaling Bahagia di Jalan Puchong dekat sini, hari ini.

Mangsa, Nurhidayah A. Ghani, 28, dikatakan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah dihantar sendiri oleh suami serta saudaranya untuk menerima rawatan kira-kira pukul 8 pagi ini.

Difahamkan, mangsa sebelum itu telah bergaduh dengan suaminya yang berusia 39 tahun dan punca pertengkaran disebabkan suspek mahu kembali semula ke pangkuan isterinya. Salah seorang daripada mereka memfailkan proses penceraian di mahkamah syariah sejak Februari lalu.

Namun dipercayai mangsa enggan berbaik semula dengan suspek dan tindakannya itu menyebabkan dia dipukul sehingga tidak sedarkan diri. Suspek yang terkejut dengan kejadian itu dikatakan meminta bantuan saudaranya untuk menghantar isterinya ke PPUM.

Selepas menghantar mangsa, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dikatakan segera melarikan diri kerana bimbang ditangkap polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes ini dilaporkan sendiri oleh kakak mangsa yang bergegas ke PPUM sejurus dimaklumkan oleh adik suspek.

"Pengadu yang berusia 37 tahun pergi ke PPUM untuk melawat mangsa namun sejurus tiba di wad kecemasan, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa adiknya itu sudah meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam baru dan lama pada badan mangsa, dipercayai akibat dipukul," katanya.

Mengulas lanjut, Khairi memberitahu, pasangan itu yang sudah berumahtangga sejak 11 tahun dan dikurniakan empat orang anak itu dipercayai bergaduh kerana suspek enggan menceraikan isterinya.

"Dalam proses penceraian itu pasangan itu tidak lagi tinggal bersama dan mangsa dikatakan tinggal di rumah ibunya di PPP (Projek Perumahan Rakyat) Muhibbah di Jalan Klang Lama," katanya.
Menurut beliau, polis sedang memburu suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, kakak mangsa, Umi Kalsom A. Ghani, 37, mendakwa, adik kelima dari enam beradik itu diugut oleh suspek beberapa kali sebelum ini termasuk ugutan bunuh setiap kali mangsa melarikan diri apabila berlaku pertengkaran.

Dakwanya lagi, suami adiknya itu seorang yang panas baran dan adiknya sering dipukul sepanjang 11 tahun berkahwin.

"Mangsa sebelum ini melarikan diri ke rumah ibu kami kerana tidak tahan dipukul malah beberapa hari sebelum kejadian, dia tinggal di sebuah hotel kerana sering diekori oleh suspek.

"Saya sendiri tidak dapat menghubunginya selepas dia keluar dengan adik suspek tiga hari lepas. Menurut kawannya, adik diculik suspek pada malam tersebut," katanya.


Sumber: UTUSAN




Kuala Lumpur: Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak, termasuk seorang kelainan upaya, di Kampung Bahagia, Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Lebih memilukan, wanita itu, Nurhidayah A Ghani, 29, dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 39 tahun yang dikahwini 11 tahun lalu.

Menceritakan kejadian itu, kakak mangsa, Ummi Kalsom berkata, adiknya menerima nasib malang selepas melahirkan anak sulung yang kini berusia 10 tahun dan kurang upaya.

“Keadaan anak sulung mereka bukan penyebab utama arwah dibelasah, namun tabiat suaminya yang ketagih dadah dan arak selain panas baran menyebabkan adik saya menjadi mangsa belasahannya.


Sumber : METRO





MAkbed berkata:


Kesian lah isteri ini sepanjang masa berkahwin dia hidup dalam ketakutan.  KOrang boleh tak bayangkan keadaan dia?
Dan bila dia cuba melepaskan diri dari keadaan yg menyeksakan diri, nyawanya terkorban. 
Apalah HAK seorang suami yg diberi kuasa TALAK oleh ALLAH, diberikan liberty untuk menggunakannya, tapi dia memilih untuk menyeksa wanita yg menjadi ibu kepada anak-anaknya. Suami tu ada kuasa menceraikan tapi dia tetap taknak, hanya kerana nak buat isteri tu punching bag dan ash tray dia jer. 
 
 
Ko beli la punching bag ko sendiri. 
 
 

 
 
 
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram