Followers

31 Mar 2013

~tajuk apa nak letak~


Sedihnya..
Sakit pinggang takde sapa nak urut.
Ada jerawat , takde sapa nak tolong picitkan. 
YG jerawat ni pon... time laki aku ada tadi taknak naik. Dah dia balik, baru nak muncul. Mencik!


 HAri ni antar Inche Kitchi kat jeti Kuala Kedah.
Ada lagi 2 minggu lagi dia nak belayar. 
TAdi dalam keta sempat gak belek-belek KEEK. HAHAA.. 
Siap satu Keek tahu???


LAyan gak la KEEK ni... 
Tapi, kalu asyik upload video gambo aku je, dah kantoi sesangat la aku ni gila glamer. 
MEskipun aku ni memang suka kehidupan glamor, tapi takpayah la tunjuk nyata sangat. hewhewhewhew...


  HAHaha... NAk jugak tu walaupun ada 4 org follower jer.




 Peneman masa breakfast tadi. Breakfast jam 12 noon!



Lepas gi makan-makan tu, sempat aku gi tengok Gi Joe 2. 
NAk buat review tapi skang malas.
Tengah layan Walking Dead. 

Mata ngantuk sudah. 


Bila lelaki yg tak dikenali masuk dalam kereta


Assalamualaikum and good morning,

Pepagi lagi aku hapdet entry. HAHAHAH!!
Kak Ton bersemangat sikit. Semalam mimpi sesuatu yg menyeronokkan. Agak-agak kalu citer kat org , boleh terkabul tak mimpi tu?


HAri ni hari Ahad.
Semua orang cuti.
Aku pun cuti gak... 
Oni ngan Wawan je kena gi skool.
HAri Ahad biasanya adalah hari aku meng"indulge"kan *apeke bahase? diri ini. 
Samada aku mengemas rumah.... atau pun aku tak kemas rumah tetapi keluar rumah berjimba sengsorang jer. 


Inche Kitchi balik kapal satgi tengahari. Aku nak ngantor dia gi jeti kang. 
BAbai.... Selamat belayar darling.

Citer pasal asbenku yg balik 'sekejap' menjengok aku dan anak-anak. 
Kebetulan, kapalnya berhenti di LAngkawi. Udah dekat menor le nak balik kejap. Dekat-dekat pon, kena naik bot tambang gak baliknye. Horhorhorhor. 

Inche Kitchi sampai Jumaat malam, koi 9.30 camtu.
Wawan yg sedia cengeng, tetiba je keras kejung bila nampak 'lelaki yg tidak dikenali' masuk dalam kereta. 
Dia berdiri je kat belakang tu. TAkde respon.
PAdahal sepanjang minggu ni asik merengek jer sebut 'ayah'. 
YAKDISH!

Dok lama sikit, baru le dia berani gi kat Apak dia.
Mungkin bau Apak dah sampai ke hidung dia, jadi dia dah identify yg lelaki itu adalah Apaknya. 
Iskk. Apak pun tak kenai ke?
BAru 2 minggu je kot Apak takde?


Balik rumah baru aku tengok Apak bebetoi.
Huyoh.. Rambut dah panjang sikit dah. 
Kulit dah itam. Sikit je lagi nak sama ngan Denzel Washington. HAHAHAHAAHH~
Udah soh pakai sun block, dia kata 'geli'. HHAHA..camne?
Cube kalu aku geli-geli nak pakai sunblock, agak-agak dia nak kat aku tak ek? KAhkahkahkah~
PAtut le Wawan taknak gi kat dia awal-awal tuh. 


Udah bile dia dukung Wawan ...isk.. kome pepaham sniri je lah. HAHHAAHAHH~


Adatla mencari rezeki.
UDah belayar tu kesukaan dia. 
KAtanya, memang kat LAngkawi tu panas pun. 
HAaahahaa.. silalah sedia maklum. Bukan LAngkawi je panas.
Alor Setar pun panas. 
Buktikan, aku dok umah aje pun, peluh buleh keluar menitik-nitik dari bawah mata aku ni. MAcam menangis!
TU pasal la aku elakkan appointment tetengahari.
Kalau nak jumpa jugak, pastikan tempat tu ekon. 
Kalau nak makan, mmg aku set kat Secret Recipe ke. KfC ke.. Pizza ke.. JAnji tak panas, dan tak bising. 


Even dalam bilik pun, Wawan berpeluuh. 
BUkan kipas sampai 4 pun, ada bekas peluh berbentuk badan Wawan atas tilam. 
Wawan mmg cepat berpeluh. 
Dan cepat naik ruma kemerahan bila panas. 
MAklumlah, mat saleh Pokok Sena, mmg gitu gayenyee. HIkhikhikhik~


Opss..
Masa dah time!
NAk gi antar ONi skolah sat. 
Daaa..~






30 Mar 2013

10 SEBAB KAK TON BEST

Kenapa saya suka Kak Ton.
  • Kak Ton konpiden je. Tak kisah la salah pronounce ke, grammar disorder ke, Kak Ton tetap gagah berbicara tanpa segan silu apatah lagi hewhewhewhew di depan kamera. 
  • Kak Ton seorang yg penyabor. Dia tak kisah ulang jawab banyak-banyak kali soalan yg sama dan hampir sama. Memang sabar melayan karenah caller baik di depan tv atau di taliponnya sendiri. *macam penah telepon aje ko nih. HAHAHA
  • Aku penah amik BU selepas bersalinkan Wawan. Buleh pi takat 2 set ja sebab mahai. Tapi, kesannya memang bagus dan amat bagus jika diteruskan. Begantunglah kepada poket sendiri dan suami masing-masing. 
  • Paling best sekali, KAk Ton bercerita tentang keajaiban produknya seperti produknya adalah segala-galanya. Boleh mengubati macam-macam penyakit. Meskipun kita belum cuba lagi pun menda tu, bila tengok dia bercakap, tetiba je berkobar-kobar nak terai. 
  • Kak Ton jojes. Putih melepak dan mulut murai tapi sangat tenang dan well-composed. 
  • Saya memang peminat KakTon sejak memakai BU sebab BU ni takde kuar iklan. Kena tengok YouTube dan tv je kalau nak tau cara pakai. Jadi, banyak la videonya yg saya dah bleh hapal skripnya. Suka nada suaranya yg deras dan terang tu. HAHAHAHAH!! 
  • Ada satu videonya , Kak Ton cakap.... "kita memang tak de buat iklan. Tapi, BU dan Umar ni memang meletop-letop di pasaran kerana mulut orang ramai.. Produk ni memang ajaib, terbaik. Orang yang prnah pakai, akan rekemen kat orang lain..yada yada yada...."  Aku dok cari video tu, tak jumpa plak. KOme cari sniri. 
  • Selepas keluarnya iklan Kak Ton kat tv, barulah Kak Ton pemes macam artis. HAHAHAH.. Kan Kak Ton khaaaannnnnnn....? Tagline Kak Ton " PERCAYEEEELAH CAKAP KAK TON!"
  • Suami Makbed pun dah memahami kefanatikan Makbed terhadap Kak Ton. Tapi, Jeremy Renner tetap nombor 1 di hati Makbed. HAHAHA.. Sori Kak Ton.
  • Kak Ton adalah bukti bahawa berniaga ini perlu berusaha sendiri dahulu sungguh-sungguh, baik dari segi pengiklanan dan customer servis... Jangan dok harap orang sangat. PElanggan lebih suka berbicara dengan pengasas produk itu sendiri.
Laki aku kata...
"tak habih-habih ngan Kak Ton dia.."
 

KECENDERUNGAN MEMINJAM DAN MUDAHNYA MEMINJAM MENJADIKAN KITA LALAI DAN LEWA


Memang betul masyarakat Melayu ini sangat mudah alpa bila dah ada peluang buat loan. 
MAlah, orang-orang tua kita pun menggalakkan anak-anak kerja dengan kerajaan, supaya 'mudah dapat loan'. 

JAdi, dalam kotak fikiran intelektual masyarakat kita ni, kalu kerja senang nak beli apa-apa , sebab senang buat pinjaman bank.


Lagi best, sebaik saja selesai probation bekerja baik dengan swasta atau kerajaan, anak-anak muda kita sudah terus ke bank, untuk membuat pinjaman. 
NAK KAWIN!
NAK BELI KERETA...


Takyah tipu. 
Aku penah jadi macam tu. 
So... sebab tu skang aku jadi wealth planner. 



HAHAHAHAHAH~



HAri ni, aku nak citer satu kisah tentang betapa bondingnya orang kita dengan pinjam-meminjam. Meskipun tahu yang pinjaman bank ini ada riba segala, tapi atas nama DARURAT, maka kita pergi jugak minta loan, kan?
 Sebab kita takde sumber kewangan yg kukuh, dan simpanan pun baru je nak mula. 

TApi, camana simpanan kita nak jadi banyak bila kita dah mula membuat pinjaman? Kendian overlap plak? 


Kisah ni diceritakan sahabat aku pada suatu hari, bila kami bertemu, duduk-duduk berbual. 
Dia sendiri sudah membeli 2 polisi dgn aku. KOmitmen yg besar juga. Tapi, tak apalah, dia tak kawin lagi. 
JAdi, duitnya banyak, Jika tidak disimpan, habih juge, katenye. 

Semuanya gara-gara pengalamannya melihat temannya yg melalui saat sukar mencari wang demi rawatan perubatan yg mahal. Mahu menunggu di hospital kerajaan, tidak menjadi masalah. TApi, sakitnya sudah tak tertahan. Kasihan melihat isteri yg saban hari menangih je melihat derita suami.. Maka , mereka sekeluarga decide nak pergi ke hospital pakar. 

Tiada plihan...

Jika tunggu , mati.
JIka segera dirawat,kemungkinan untuk terus hidup itu ada. 


JAdi, si suami tu (aku namakan dia Daniel) pergilah ke sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur. Penyakitnya boleh dirawat, tetapi memakan masa dan memerlukan wang yg agak banyak. 
Untuk permulaan, simpanan keluarga dikeluarkan... 
Pembedahan mengeluarkan ketumbuhan kecil di bahagian usus Daniel berjaya dilakukan. 
Tapi, ada rawatan susulan kerana kesan ketumbuhan yg lambat dirawat tu telah merosakkan sebahagian ususnya. Jadi, kena buat appointment lagi untuk pembedahan susulan. 

Duit lagi.
Pembedahan pertama, dah guna duit simpanan. 
Baki yg tinggal tak banyak dah. 
Datang pula pembedahan susulan. Daniel perlukan belasan ribu juga. 
Daniel seorang guru. Isteri pula tidak bekerja. 
Isteri mencadangkan buat pinjaman kerajaan.. tetapi gaji sudah tak cukup lagi. Before this sudah pun buat pinjaman peribadi, siap ada overlap. 

Daniel pinjam dengan adik-beradik, tapi dikumpul-kumpul pun masih belum cukup. 
TErfikir pulak Daniel, selepas pembedahan kali kedua ini, mungkin juga akan ada pembedahan lagi. Dan kemungkinan dia kena kemoterapi dan radioterapi. 
Walaupun dia bekerja dengan kerajaan, tapi bantuan-bantuan kewangan boleh dapat cuma lambat prosesnya. Kena apply, naik turun pejabat. 
Dan dalam keadaan dia yg tak larat bergerak, macam mana pula dia mahu ke turun-naik menguruskan hal kewangannya.
Harapkan isteri, isteri ada anak-anak kecil perlu dijaga. Kasihan..

Pun begitu, apa saja bantuan yg dia boleh apply, dia apply.
Dapat atau tak, dia tak pasti. 
Cepat atau lambat, Daniel berserah aje. 
Sakit yang ditanggungnya itu, hanya dia saja yg tahu perit deritanya.
Kesusahannya yg isteri dan anak-anaknya hadapi, hanya mereka saja yg tahu.
Yang melihat, hanya boleh menghulurkan kata simpati, dan sedikit wang ringgit. Itu pun Daniel dah bersyukur.


Akibat terdesak....
Seorang teman syorkan Daniel buat pinjaman dengan peminjam wang berlesen
Disebabkan dah takleh wat loan dengan bank lagi, maka... peminjam wang berlesen adalah jalan terakhir. 
LAgipun, cepat approve. Tak banyak songeh.
Daniel perlu segera sihat untuk kembali bekerja. Nak bayar semula hutang.-hutang.
Sekarang ni, Daniel bercuti sakit......  Namun sampai bila dia boleh bercuti sakit? Lambat-laun, kena berhenti kerja juga nanti. Itu yg Daniel risaukan. 


So, Daniel pun pinjam lah dengan peminjam wang berlesen....
Dan pembedahan kedua pun berjalan lancar.
Daniel hanya perlu pergi menjalani kemoterapi sahaja...
Namun, kekerapan kemoterapi pun menghabiskan wang pinjamannya.
Sudahnya, Daniel miss beberapa kali sesi kemo. 

Even demam pun Daniel tak pergi hospital untuk cek..
Semuanya kerana duit yg semakin takde. 
 Barang kemas isteri sudah habih dijual.
Simpanan sekolah anak-anak, diguna 'dahulu'. Pinjam.
Rumah sudah berapa bulan tak bayar.
Pinjaman dengan bank sudah miss beberapa bulan. 
Surat bank sudah sampai.
Surat mahkamah pun sudah sampai.
Semuanya menambah stress.


Sehinggalah pada suatu pagi, isteri Daniel menemui Daniel kejung di atas pembaringannya.
Daniel pergi mengadap Illahi, bersendirian. Dengan tenang.....
ISterinya redha. 
Jika itu yg terbaik buat suaminya, lebih baik dia pergi. 
Tidak perlu dia menderita teruk-teruk lagi. 


NAmun, Daniel pergi, meninggalkan hutang buat isterinya.
HArta tak ada satu pun ditinggalkan. Semuanya habis.
Dari mana pula sumber wang yg boleh isteri nya ambil untuk byr duit rumah? 
Dia tidak bekerja pula...

Dan paling tak dapat dibyangkan...
Pinjaman dengan peminjam wang berlesen itu, bunganya makin hari makin naik.
Dan, isteri Daniel tidak ada wang untuk membayarnya kembali.
Dan suaminya pula, sudah 'tenang' di sana. 


Itu sajalah kisah Makbed nak kongsi hari ini.
Semoga dijadikan iktibar buat kita.
Mati ini bila-bila masa saja.
Semua orang akan merasainya.
Tapi, mati yg macam mana yg kita akan kena?
Dan, bagaiamana pula keluarga yg kita akan tinggalkan?



 Terjemahan:

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana




HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta



Jangan kerana kita ada ramai kawan yg banyak duit dan tidak lokek meminjam, kita alpa tentang tanggungjawab kita sendiri. Dan juga alpa setiap apa yg dipinjam WAJIB dibayar. 


Semoga entry ini bermanfaat.


Karan yang hampeh

o-entri pakai henpon je-


jam 4.30 pagi tersedar yg aku tido dlm kepanasan. entah sejak jam brapa lah takde karan neh. lama gak aku nunggu.

risokan anak2 yg nnti akak menangih kepanasan. 
nasib baik la apak ada ketika kejadian sebeguni. huuu....

jam 5 aku da tipon umie dah ckp nak gi umah dia. seb bek unienda bangun. 
untonglahhhh umah mentua dekat jek. bleh tumpang karan rumah beliau.hewhewhewhew...


dengan pantasnya aku siapkan segala keperluan. x byk... hanya baju2 utk pakai samlai tgahari kang je. tapi, udah anak ramai kan.. huuu... 

aku start enjin keta. wawan da siap bawak bantal busuk dia. oni pon sama. aku masuk umah sat nak amik henbeg. 

tetibeeeeeeerrrr......



PLOP!


Lampu bilik tido aku nyale...........















"Okkeehhh.... sume masuk bilik. sambung tido balik......!"


Aku tipom umie ...cakap kensel nk gi umah dia. huuw
...


.....sori kalo typo manyak. pakai note. jari gemok

29 Mar 2013

OTOMEN MASUK BILIK!



Tetengah malam, jam 3 pagi, Wawan nangeh. Meraung tanpa bukak mata. 
MAknanya, beliau mengigau.

Oni pun bangun 
Dalam terpisat-pisat tu, dia panggil...

"Ibu......"


Aku yg sedang cuba mengawal situasi Wawan, malas-malas je jawab... 


"TAdi, otomen masuk bilik Oni..." 


"Hoh?? Masuk bilik wakpe?"tanya ku.


"Otomen dukung Oni. BAwak gi jalan-jalan..." balasnya.


Aku wat tatau jer. Suruh dia tido balik. Dia pun tido semula.


*****



PAgi tadi dia bangun macam biasa. 
HAri ni Jumaat - tak sekolah. 
JAdi, lebih masa kami duduk atas katil, bergolek tiga orang. 


"Ibu...." panggil Oni lagi.


"Yeeee.."


"Tadi, Otomen masuk bilik ONi.."


Huu? 2 kali dah dia gitau ni. Betul le ni otomen datang kot.... Bisik hati kecilku. 


"Otomen mai? Dia wakpe....?" tanya aku semula. 

"Otomen mai dukung Oni. Bawak pi jalan-jalan..."jawabnya lagi. Sama macam malam tadi. 

"Oooooooooooooooooooo......Oni mimpi otomen ke?" 

"Ha'ahh.... Mimpi..." akur ONi. Tapi muka dia serius. 







Dasyat ooo. 

MImpi Otomen...!!

HAHAHAHAHAHAH






28 Mar 2013

INI 3 HARI PUNYA HAPDET. SILA BANCUH KOPI SEBELUM BACA.



2 hari aku tak hapdet blog. 
Kalu aku gitau alasan pun kome sure nyampah. Asik bz.. bz .. bz...
 JAdi aku ceritakan ajelah apa citer yg aku ade ..


HAri Selasa aku gi detim ngan client paling rajin menyimpan duit... HHEhhehehe.. *musti dia lempang haku kalu dia bace belog nih. 

Seorang guru. Mengajar di sebuah sekolah di Miri, Sarawak. 
Dah lama sungguh kami tidak bersua wajah. Hampir 13 tahun dah. LAst jumpa masa sekolah menengah le kan. 
Itu pun tidak menghalang beliau nak berpolisi dengan aku. 
Meskipun jauh... semuanya dapat diuruskan. 

Selasa lepas, dia balik kampung sempena cuti sekolah. 
JAdi, kami dah set time nak detim. Sebelum ni pernah set dah tapi asyik terkantoi aje. So, kali ni kami makse sure projek kami jadi. HIhi~

Lokasi dating: Marry Brown , Souq Al-Bukhari. 

Aku gi jemput dia. 
Pi makan-makan.
BEst dapat makan sama-sama dengan kawan lama.

GAmbaq takdan. Lupa nak snap. Sakan sangat borak. 

Tengahri tu.. aku kalut nak balik sebab Kak Bos Kopi mai all the way dari Kelantam  dengan niat dan misi dan hantar stok kopi kat aku. 


 Penulih meriba Tweety Bird


Dah habih sesi meloading barang, Kak Bos tidak mahu menunggu lama. Dia rush nak gi tempat lain plak. 
HAnya sempat minum air kosong jer. 


Bila dia blah, MAkbed pun keluar menuju ke opis.
Dan kendian distribute HKCC kepada agen yang menanti.

BAlik jam 6petang. Oni dan Wawan sudah pun dijemput dari tabika. Makbed pulang dengan wajah yg berminyak persis penebar roti canai kedai mamak yang pelanggannya ramai!

****


HAri Rabu. 
Agenda utama, bawak adik ipar MAkbed yg berniat nak surrender polisi insurans beliau. 
BAjet nak keluar jam 10 pagi, tapi pukul 8pagi tu MAkbed kena gi 'selamat'kan client jap. Anak dia terkepit pintu keta. NAk bawak pi klinik. 
Pukul 9pagi, setel tugas. BAlik rumah, aku on fb jap. Nak merehatkan  minda la kekonon. 
Sekali, terlelap .........
Pukul 11 baru jage. Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Tengahri baru jemput adik ipar kt umah mak ipar. Ehh?? 
Umie wat laksa plok. Duduk sat ngadap laksa dulu sebelom pegi. 
Pehtu, kami cepat-cepat keluar rumah. KAng kalu duduk lagi lama, Umie akan keluarkan lebih banyak makanan. KAlau dia tak keluarkan pun, aku akan pergi ulang-alik bukak peti ais rumah dia. 

Udah selesai misi utama,kami gi Tesco plak. Sebelum tu, gi Skynet , courier kopi kat kastemer yg menunggu. 
Pastu perut lapo.
Stress...



Gi makan kat sini..



 
 NAk habaq yg aku dah 2 hari berturut-turut makan kat sini..
Semalam dan hari ini. 



 the one and only adik perempuan Inche Kitchi


 Menu makanannya, Wantan Soup.
Simple jer makanannya. Letak 10 ketui wantan. Ngan sayur. 
Dah...
Tapi, susah betui la nak brenti bila makannya. 
Sedap bila diletak serbuk cili.

Menu aku lak terlupa nak snap. Biasa jer . Sandwich aje pon. 
Aku masuk situ sebab aku bebetul nak minum ice chocolate. HAAHAAHAH... Coklat kan penghilang stress, 

Sebelum balik hantar adik ipar, aku gi amik ONi ngan Wawan dulu. 
BAwak sekali adik aku, Linda gi umah mak mentua.
MAsa tu lutut dah menggeletar. Asyik pijak pedal , turun keta.. Naik keta.. Pijak pedal. JAlan-jalan..lari... ANgkat berat. PErgh!!!
Apesal aku tak kurus lagi ni?

Makan lagi kat umah mak mentua.
Kali ni menu kesihatan plak..



 MAri menyicahhhh....!



 Balik rumah aku sebelum Maghrib. 
Tetiba je Oni wat aksi mengamuk tahap dewata raya. 
Sepanjang jalan, dari POkok Sena sampai umah, dia nak duduk atas riba aku.
NAk suruh peluk, nak suruh sayang.
Wawan menikus je kat belakang. 
Dia tau da Ibu dia dia satgi nak jadi resaksa. 
Jenuh la nak membertenangkan ONi dengan sebelah tangan drive, sebelah lagi menyabarkan dia. 
Sampai rumah, buat lagi ego.
Takmo masuk rumah.
NAk suruh dukung plak
Aku biar je situ. Selalu pandai je jalan kaki masuk. 
Wawan yg demam tu pun tak ngade cam dia. 
Iskk~
Jeles tak pasal-pasal.
LAyan tantrum budak beso lak kan. 
KAlau budak kecik ni lain gayanya. 
Anak ngamok tak kena gaya leh mencetuskan suasana panik.
KAlao layan hari ini, esok buat lagi
Layan lagi, pastu buat lagi. 
 
Penyudahnya, Ibu jadi resakse malam tu....
Sekali sergahan je, terus diam.Segala sedu dan sendu, terpaksa ditelan.
Dah kena tazkirah, barula Oni datang minta maaf. 
Dan belajar minta dipeluk elok-elok dan bersopan. 
PAstu. terus tido sampai subuhhh...

Manakala aku lak duduk di meja kerja menyiapkan proposal untuk dihantar besoknye. 
Untung lah ada HKCC.
TAk sunyi.


 ***


Hari ini... keluar lagi. 
Tapi keluar jam 11 pagi. Terus ke opis
Angkat sekaton kopi masuk kereta. 
BAwak Linda shopping. Sebab hari Sabtu nanti dia akan kembali ke sekolah. 
Mak suruh belikan biskut dan keperluan lainnya. 

Singgah lagi di Noodle Station, Tesco MErgong.
HAHAHAHAHAHA...
Tempat lain aku takde mood nak makan. 
Tika ini, aku memerlukan tempat yg tenang untuk menjamu selera. 


Adik penulis. Linda Jalil


Linda order Springy Tomyam Noodle. 
Sedap weh!! *sempat cilok sikit. 
Pasni , aku nak order tu lah. 
Minum dia order ice chocolate.


Aku plak makan yg nih..

Ape mee carbonara ntah..
Lupa nama ikut sijil beranaknye.
Didatangkan khas dengan set. 
Ada ice lemon peach tea. Sedaaapp....
Tapi, tomyam Linda sedap gi. *Jelez. 


Lepas makan,kami gi shopping lak kat Tesco tuh. 
Beli-beli -beli.. pastu balik.
Dah sampai rumah... tengok-tengok ade orang kat luar rumah.
Ada la keta datsun ..
Rupanya, ade technician tengah tukar meter letrik kat umah aku...

"Kak, api takde kak. Akak gi le memana dulu..."kata tukang repair tuh. 

Aku dah malas da nak kuar. 
Aku dok je bertapa dalam rumah tu, sambil cuci mata. 
HAHAHAhA...


Pemandangan yg agak rare berlaku di rumah aku.


Sepatutnya ada 4 orang dalam gambo ni.
TApi yg lagi sorang tu duduk bebetul kat tiang, bersandar. 
Dah tu kurus kering lak.
Jadi, tak nampak lansung jasad dia kat dalam gambo nih. 
Padahal diri tu tangkap gambo tak reti.
Gambar curi lagipun nyeeee...HAHAHAHHA..


KEna timing, time aku snap, lori sampah pun lalu. 
HAHHAHAHAAH!!


Selama setengah jam aku duduk dalam panas. 
Peluh toksah kate la... HAih..MAlu nak citer la haih. Baik tayah citer. 
hewhewhew..~
Seb bek ade brokben. Bleh gak le prospecting sorang. 
Tetiba, ade sorang pembaca belog lama Makbed, menjumpai fb MAkbed, dan add saya.
Huuuu...
Pandai kamu cari saya ye. 
Akhirnya, kami bertemu semula, dan pakat-pakat la add balik belog masing-masing. 



3 hari yg penuh drama bagi Makbed.
Tapi, ada org yg jauh lebih thrill lagi adventure. 
MAkbed ni , pusing-pusing kat situ je sudahnya...

BAgaimana pun, Inche Kitchi kate dia nak balik wiken Jumaat ni. 
Kena gi jemput dia kat Jeti Kuala Kedah besok malam. 
KApal dia parking kat LAngkawi. 
Boleh la pujuk-pujuk Wawan yg serba cengeng nih. Huh! Dia rindu Apak.



Sekian ringkasan citer saya.
AHAHAHAHAHHAA...


Ini gambo terkini. 
Gambar agak pocoyo sikit.



 

 


26 Mar 2013

Tudung jarang pun mahal

 
Tadi gi Tesco jap, nak gi Pejabat Pos.
Dah habih segala urusan, aku singgah gi booth tudung. 
Kat situ je yg ada jual shawl pun. 
Dah lama dah dema tak hapdet shawl baru. Asal aku pegi je, pattern lama je ada.
Dah la mahal.
 
 
Aku brenti kat booth.
Memang ada pattern baru. 
Ku pergi dekat-dekat sebab nak meraba  HAHAHAH...
 
 
Design: Lawa. Ada corak parsley. Means up to date la.
Material : Cotton
Kondisi : Jahit tepi tak kemas. Ada lebihan benang 'melambai-lambai' di tepi tudung tu. Kompem skali pakai, dah tertarik benang. KAinnya jarang. TApi, standard la.. Cotton kan?
Harga : RM20.
 
 
Promoter tu which is seorang awek sengih-sengih kat aku.
BAjet sengihan dia tu akan membuat aku tergoda lah ye dak. 
 
"Beli lah kak. Design baru .BAru aje sampai. "
 
Aku angguk je.
 
 
"Bidangnya luas... Boleh pakai labuh..." tambahnya lagi. 
 
 
Aku senyum je. Sambil aku lebarkan tudung tu. HAnya dengan melihat itu, aku tau shawl tu cuma saiz biasa. Ianya panjang, tapi tak cukup lebar bagi aku. 
Sapa yg biasa pakai pashmina fahamlah maksud 'lebar' yg diperlukan.  
 
NAmpak sangat budak sedang cuba mengencing aku.
Atau...
 Dia mungkin tak tau sangat pasai menda yg dia jual. 
 

"RM20 ? Mahal nye dik... TAkleh kurang ke?" tanya ku , saja pancing. 


"Takleh kak.... HArga tetap. LAgipun ni design baru. Kain elok. COtton... TAk jarang..." Dia mempertahankan produk jualannya. 


Aku toleh kat pashmina yg bersangkut kat sebelahnya.
PAshmina yg selalu aku pakai, dengan kelebaran yg menepati citarasa, kain yg jauh lebih elok dan tak pulak jarang. Sehelai RM15. 
Tapi, yg cotton ni, dah le pendek, jarang. Rm20 plak. 
Rasa cam...isk..iskk..iskk....  TAKMOLAH BELI!


Baik aku beli tuala mandi je. 
Puas hati. 
Takleh pakai jenjalan.... tapi leh gak lap badan sampai kering. 
 
YAng ini...? 
 
HAHAHA..
Cuma tak puas hati... apasal mahal? 
Adakah kerana ianya design baru? 
 
 
 
NAmpaknya mmg aku kena suruh Kak Bos beli je pashmina. 
Dia mmg mmg selalu je jumpa pashmina jojes.
Apesal kat tempat aku ni takde?
Kena pi MAnjung tau!!!! JAuh nye la hai aku nye pashmina.  
 
Kalau tudungnya elok, kainnya tebal , puas hati segala, RM50 selai pun aku rela beli tahu. 



Pentangkap gambar ada parkinson lak. Tak clear gambaq ceq.
 
 
 

25 Mar 2013

AKU MEMANG BERDIKARI - PAP






 krik..krikk..krik...krikk..kriikkk... (bunyi cengkerik)












Tetiba M2u ni kerek ngan aku. 
Tengah nak bayar bil , dah sangkut plak. 
MayBenak2u dot com dot my lah kaaaannn~


GAJI DAY bagi orang-orang yg menyambut kehadiran gaji. 
Gaji aku, dah habih. SOBS!

24 Mar 2013

KAMI BANTAH IKLAN YANG SEKSI BODOH SEPERTI INI







Yang pompuan: Desperate
Yang lelaki : Pervert.


Good match!



BArang murah.
Advertisement pun murah.
Nak save cost.. gini plak jadinya.
 
 
Ce tengok iklan Marie France Bodyline.
Walaupun testimonier nya pakai agak seksi le jugak, tapi kite tak geli nengok kan? 
 





Bila Oni suruh Ibu Korek Hidung


Sesema Oni dah lebih 2 minggu.
Batuk Oni semakin teruk plak.
Ritu ok dah. 
MAlam-malam aje batuk. 
Skang, siang-siang, tengahri rembang pun batuk. 
Wheezing plak tu!
LAst Oni wheezing masa dia baby-baby dulu jek. 
Hmm..
Hidung dia tu ber'sawang' semedang. Hingus kering, jadi taik idung. Sekejap-sekejap suruh aku korekkan idung dia. Rimas kot.
TEnsi lak aku. Camana nak sumbat jari aku masuk lubang idung dia yg halus tu?

HAri ni tak antar Oni gi tadika. 
Walaupun cuti skolah sudah bermula, nursery Oni beroperasi macam biasa. Cuma skolah aje yg takde 
Pengasuh Wawan lak minta cuti sehari. Mahu pergi kenduri. 
So, semua orang dibenarkan bangun lewat hari ini sebab tak payah rush gi sekolah.


Tengok keadaan ONi yg sukar tidor bila terbatuk-batuk gitu, aku terus bawak dia gi klinik. Lagipun ubat batuk dia sudahpun habih. 


LEpas tido siang, aku pun bawak la dia. 
Wawan tinggal ngn Linda kat rumah. 


Dalam perjalanan.. aku pesan kat Oni.

"KAlau doktor tanya soalan, jawabnya... Bagi tahu doktor Oni batuk-batuk.. tak boleh tido..." 


"OKKEE...." balasnya.




Sampai di klinik yang tiada pelanggan, kami terus masuk je jumpa doktor. 
Doktor panel Prudential. 
Memang selalu aku berurusan dengan dia.

Bila Oni duduk di kerusi pesakit, doktor tanya dia, sakit apa.

"Oni batukkk... Tak boleh tido , doktor.." jawab Oni.

"Ooooo..." Doktor Cina itu angguk-angguk tanda paham, sambil minta izin nak jolok mulut Oni ngan kayu eskrim. 

BUkan apa...risau ONi tak selesa dengan doktor. Ada masa, dia nervous, terus tak mahu diperiksa. So, kena pujuk-pujuk pulak. Alhamdulillah, dengan doc ni, Oni tenang aje. 

"Tak boleh tido? KEsiannya. Nanti doktor bagi ubat ya..." 


"Hmm.." Oni angguk, sekali. " ONi tak boleh tido. TApi boleh tutup mata saja..." sambung Oni. 


Terus doctor tu ketawa. 
Aku garu kepala satu round. HAihh.... Overnya anak I nihhh. 


Dah check suma. Ok. Oni takde semput. Cuma kahak aje banyak. Doktor kasi ubat suruh habihkan. Actually, nak train anak-anak supaya tak begitu depend on ubat. 
Tapi, skang nampak mcm teruk pulak. KEsian... TApi, biasalah tu. Musim agaknya. Dah lama tak sakit. 
HAri tu Wawan start demam dulu. Melarat-larat selsema batuknya sampai skang. 

TAkpe... Semoga Oni cepat baik. 
Walaupun dia batuk-batuk , dia tetap makan. NAsib baik takde sakit tekak ke, ulser ke. HArap baik cepat. 


 Oni with Mommy



Rindu Apak. 
Lama lagi Apak nak balik. 

Hanin Nayli Datang Menziarah



Semalam client kenit datang melawat Makbed yang dah tua ini.



Nur Hanin Nayli Khalis Hazwan




Ini ler anak daranya Fatin dan Khalis.
Dah beso dah dia.
Masa dia lahir hari tu , tak sempat pun aku nak cium-cium sebab dia still dok dalam inkubator. 
HAnya sempat menjengah FAtin yg baru je lepas bersalin masa tuh. 


Hanin adalah antara client cilik Makbed. 



Hanin, ni omak kau masa dio mudo-mudo dulu. HIhihi..~



Fatin tak pernah sampai rumah aku di Alor Setar. 
Hanya pernah datang Lumut jer. 
Kebetulan dia dan keluarganya attend kenduri dekat-dekat aje ngan rumah aku jadi aku PAKSA dia datang rumah gak. 
HAHAHA... *peras ugut. 
Sebabnya, aku dah lama tak borak dan skang dah susah nak ke KL sebab komitmen yg agak besar. 


Fatin dah peknen 6 bulan. 
Dan Hanin skang 11 bulan , tahu? 
Kecik-kecik sudah mau dapat adik. Hehhee...


TAk lama lepas geram kat bdak debab ni.
Muka dia garang kalo tak senyum.
NAk kasi dia senyum, ko halakan je kamera kat dia sambil panggil namanya.
NEscaya, dia akan ternganga seperti gambo di atas. 
Heee.. 

COmel kan? 


23 Mar 2013

Kopi Vs Oren Jus


Apakah minuman sarapan pilihan anda?
Apakah minuman panas yg paling koman orang hidang?
Apakah minum petang yg paling indah dinikmati ketika hujan lebat? 


Teh?
Kopi?
Orange Juice?
Milo?
Susu?



Aku yakin, 96% daripada populasi penduduk dunia ni memilih teh, SELEPAS KOPI.
Means, KOPI memang pilihan ramai. 
Praktikal dalam segala segi.
Kebergantungan terhadap kopi tu mewujudkan cafe-cafe hebat - Starbuck, Coffee Bean, Gloria Jean's Coffe, Kopitiam yada..yada..yada...
Dan budaya MAlaysia pun, kopi paling cikai tapi osem adalah kopi o yang opah bancuh. KAn?


Mengapa kopi sangat femes? 
Bukan bagus sangat kopi tu. 
Terlebih minum kopi boleh menyebabkan beberapa masalah lain. 
Pulak tu, bukan semua org buleh minum kopi, kan?

MEski bersarapan minum jus buah-buahan yg diblend sendiri itu jauh lebih bagus, kenapa masih ramai lagi yg suka bawa bekal kopi ke tempat kerja? Kenapa ada orang sanggup beli termos dibawa ke pejabat supaya dapat menikmati kopi kesukaan panas-panas? 
Apakah yg sonok sangat minum kopi ni?


Berikut adalah sebab-sebabnya....


  1. BAu kopi ini dibuktikan boleh menenangkan sel-sel otak yang sedang ligat bekerja. Pun begitu, jika meminum secawan kopi, otak yang malas-malas tu akan tetiba jadi rajin pulak. Bau dan minum saja pun boleh memberi reaksi berbeza. Tak caya , cuba bau biji kopi yg ado kat stabak tu. Aku salu buat..
  2. Orang melayu khasnya mak dan atok nenek kita kalau menghidang, tak letak air sejuk atas meja bila tetamu datang. Mesti air panas. JAdi, tak mungkinlah boleh letak air sirap tanpa ais. TAk lengkap la kan. Takkan pulak nak letak oren jus panas-panas ? Jadi, budaya menghidang teh atau kopi ini memang sudah lama berlaku. Meskipun kita cuma letak secawan kopi o aje atas meja, itu pun sudah dikira mewah sangat walaupun bumbung tuan rumah tu ada lubang-lubang dan bila hujan je, air menitik masuk dalam rumah. 
  3. Kopi boleh prolong conversation. KAlau suka berborak lama-lama, letak lah kopi panas-panas. 
  4. Biskut pat segi sama ada bergula atau tak bergula adalah sangat osem bila diletakkan kopi atau teh bersama. Kalau hidang oren jus, takleh cicah ngan biskut. Biskut lutut lagi tak leh. Kan?
  5. NAsik lemak mesti dipasangkan bersama kopi o. 
  6. Bila ada kopi o sahaja atas meja, mesti teringat kat nasik lemak. Kan?
  7. Kepandaian membancuh kopi o akan mempengaruhi markah anda ketika sedang 'diujibakat' oleh bakal mak mentua. Jejengg!
  8. Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak dan meningkatkan daya ingatan.
  9. Kopi bersifat antioksida
  10. Kafein dalam kopi juga membantu mengurangkan lemak.-- rujuk SINI


Saya mmg peminat kopi. 



JOM SECAWAN!







HUKUM MASUK GEREJA


 Hukum Masuk Ke Gereja..

- Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga pihak yang tidak mengharamkannya..

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja ni...


1. Yang Memakruhkan.

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.


2. Yang Membolehkan.

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Walaupun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.


3. Yang Mutlak Diharamkan.

Hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Rasulullah SAW Umar bin Al-Khattab ra berkata:

"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

Jadi, semua ni menunjukkan bahawa Islam tu adalah agama yang adil.. Allah Ta’ala telah berfirman di dalam ayat 8 dan 9 , Surah al-Mumtahanah yang bermaksud:

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu itu sebagai kawanmu . Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Disamping itu, kita juga perlu ingat.. Saidina Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata

"Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar". (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab as-Solah)

Jadi pada dasarnya dibolehkan bagi seorang muslim menghadiri pernikahan seorang kafir dengan syarat adanya kemaslahatan syar’i.., tidak ada acara-acara keagamaannya didalamnya.., bersih dari simbol-simbol atau gambar-gambar yang menjadi ciri khas agamanya.

Sedangkan jika pernikahannya dilangsungkan di gereja.., maka dilarang bagi seorang muslim menghadirinya sebab selain ada kemungkinan tidak bersihnya tempat tersebut dari simbol-simbol dan gambar-gambar yang menjadi ciri khas agamanya juga untuk menghindari terjadinya fitnah, seperti terpengaruh dengan acara-acaranya, atau oleh suasananya atau juga perkara yang lainnya.

Sekarang ni mungkin timbul persoalan di benak kita apabila kita menghayati firman Allah, sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan kata-kata para sahabatnya r.a..

"Kalau macam tu, bagaimanakah kita hendak menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di gereja , tokong , kuil , walhal sudah pasti di sana diadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan Islam seperti menyembah patung-patung , mengelilingi api , nyanyian-nyanyian keagamaan mereka , adat persandingan , dihidangkan arak dan sebagainya ?"

"Dan bagaimanakah pula kita hendak meneruskan hubungan baik kita dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam ?"


Jadi kat sini ada beberapa cara yang Insya-Allah boleh menyelesaikan kemelut tu..

1- Biasanya, majlis-majlis perkahwinan yang diadakan di dalam rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja . Malahan mereka mengadakan majlis makan-minum serta kenduri di rumah-rumah dorang.

Samalah dengan kita selaku orang-orang Islam, kebanyakan kita hanya menjadikan masjid sebagai tempat melakukan upacara Akad Nikah sahaja, tetapi kenduri dibuat di rumah-rumah kita, ataupun di balairaya dan bagi yang kaya raya tu.., dibuat di hotel-hotel.

Oleh itu, kalau kita benar-benar bimbang kita terbabit dengan majlis-majlis yang yang bertentangan dengan Islam, maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita ke majlis akad nikah kawan-kawan kafir kita tu..

Tidak perlulah kita ke gereja ataupun tokong ataupun kuil mereka. Kita cuma perlu hadir ke rumah-rumah dorang sahaja yang di situlah dorang mengadakan majlis kenduri..


2- Kalau kita bimbang juga kita dikira "bersyubahat" kerana di dalam majlis-majlis kenduri kawan kafir kita sudah pasti dihidangkan juga makanan dan minuman yang diharamkan kita menikmatinya, maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita sehingga selesai majlis itu.

Apabila selesai majlis itu, kita pun melawat rakan kita itu dan memohon maaf di atas kelewatan kita lalu kita pun menikmati makanan dan minuman yang halal yang masih ada (kalau tiada pun tidak mengapa, sebab yang lebih penting ialah menjaga hubungan kita dengan dia)

Dan akhirnya kita pun memberinya hadiah sempena perkahwinannya itu. Bukankah cara kedua ini juga tidak menjadi apa-apa masalah bagi kita dan sekaligus masih boleh menjaga hubungan baik kita dengan dia ? .


3- Kalau cara kedua "tak jalan".., maka TANGGUHKANLAH lagi kehadiran kita ke suatu masa yang sesuai. Hubungilah kawan kita itu di hari itu dan katakanlah padanya bahawa kita tidak dapat hadir langsung ke majlis perkahwinannya ataupun rumahnya di hari itu .

Katakanlah juga padanya , bahawa kita akan menziarahinya 2-3 hari lepas itu dengan membawa hadiah perkahwinannya yang lebih cantik dan lebih baik sebagai GANTI ketidak-hadiran kita ke majlis perkahwinannya.

Bukankah cara yang ketiga ini juga tidak berat untuk kita lakukan?

Dan bukankah cara tu juga boleh menyebabkan hubungan kita dengan dia yang tidak beragama Islam itu berterusan dengan baik, sekaligus menyediakan peluang untuk kita berdakwah kepadanya ?

Umat Islam hendaklah sentiasa "cerdik ", "berhati-hati" dan juga "sentiasa berdakwah" dengan segala kebolehan yang ada !!!

Terima kasih sekali lagi kerana berlapang dada sewaktu baca artikel ni.. Semoga ada manfaatnya bersama.. 


 Kredit: SUMBER




Makbed berkata:
Cuma nak berkias tentang stigma 'masuk gereja' walaupun kita taktahu apa sebab orang tu masuk dalam gereja tu. 
Betapa kita ini sangat mudah menjustifikasikan tindakan orang tanpa mengkaji terlebih dahulu punca dan sebab orang tu buat menda tu. 
LAntas, kita mengutuk dia... Kutuk belakang-belakang plak tuh.
Tanya sendiri takmo plak!


NAk habaq....
MENGUMPAT ORANG SAH-SAH HARAM.
ALLAH DAH NYATAKAN DALAM AL-QURAN DAH. 






Suatu Hari Nanti, Cucu Cicit Kita Mungkin Akan Macam Kiram







 Suatu hari nanti....


Cucu cicit kita mungkin akan buat statement sebegini juga.



Bila, datuk nenek mereka tersalah perhitungan sehingga tergadainya tanak air sendiri.


JAdi beringatlah. 
Apa yang kita buat sekarang , kita tak akan rasa. 
TApi, generasi kita yg terpaksa mengharungi.


KAsihan mereka ini.
Desperate sangat. 


Semoga isu ini dapat diselesaikan dan semua orang boleh berdamai. 










Datuk Amir Baha @ Datuk Bahang = Jeneral Perang
 Inilah dia orang yg mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan berjanji tidak akan melakukan keganasan, berbincang secara baik dan akan meletakkan senjata mereka. 

TApi... sebaliknya yg berlaku. 

MAAF, MALAYSIA NEGARA BERDAULAT.
KAmu memang layak dihukum.
Jika kamu mahu menyalahkan, kamu salahkan generasi terdahulu kamu sendiri. 
Kerana merekalah, NASIB KAMU JADI BEGINI!

 



 Matlamat takkan menghalalkan cara.
MEskipun mereka ini merasakan diri 'teraniaya', tetapi menganiayai orang lain juga bukan jalan terbaik menuntut bela. 
Sepatutnya , diselesaikan secara berhemah tanpa perlu pertumpahan darah.
Tragedi di Lahad Datu adalah satu kejadian yg memalukan bagi hemat aku kerana kita adalah sebangsa dan seagama.
Hanya tanah dan sempadan membezakan. 
TApi, kerana kurangnya sabar beserta hasutan harta kebendaan, tiada siapa antara mereka ini yg sedar, mereka sedang menganiaya orang lain.



 Hentikanlah menyalahkan pimpinan lepas. 
YAng silap itu tidak boleh dinafikan.
Apa yg HANYA boleh kita lakukan adalah MEMULIHKAN apa yg sudah jadi agar generasi akan datang tidak perlu menghadapi perkara macam ini. 




Orang yang bijak belajar dari pengalaman sendiri.
Orang yang sangat bijak , belajar melalui pengalaman orang lain.

 Jangan dok syok sangat.

22 Mar 2013

Hectic 48 Hours



Rabu bebaru ni dapat panggilan kecemasan yg memerlukan aku berada di Manjung dengan segera.
Maka, aku teruih pecut gi Manjung bertiga dengan Oni dan Wawan. 
Ini memang kerja gamble sebab aku tak penah drive dengan bebudak ni tanpa Inche Kitchi bersama.
Tapi sudah namanya tugas, aku gagahkan jugak. 
Lepas Oni habih sekolah, aku bergerak. 
Dan sampai MAnjung dalam jam 9 malam.

Dah sampai tu, terus aku tinggalkan diorang kat pengasuhnya di dalam Pangkalan TLDM tuh. 
Senang aku nak uruskan tugas aku awal pagi keesokkkannya.
MAlam tu, aku tumpang tido umah Haida da boss. 
Leh minta urut belakag skali. LAma dah aku tak bermanja ngan beliau. hihi..


 HAri Khamis, dari pagi sampai ke petang jam 5.30, aku ngan tugasan. 
Nangeh ketiak aku. BAu pun dah tak wangi. 
TApi.. enjoy. Puas hati bila semua orang puas hati. 
Alhamdulillah, tak sia-sia aku rush gi Manjung biarpun susah nak drive ngan 2 otomen tu. 
BAyangkan, sepanjang jaln dari Alor Setar sampai Lumut, aku kena menyanyi jer kat diorang.
Depa takmo tido!!
Bes gak nyanyi ngan ONi berduet. PAndai dia nyanyi..


Jam 6ptg, aku check-in plok kay CT Hotel.
Sebabnya, aku dah ada susunan jadual untuk jumpa client plak malam tuh. 
Disebabkan aku nak balik besoknya seawal jam 10 pagi, aku kena habihkan suma appointment ngan client.
JAdi, semalam, settle 3 orang.
Penat gila.....


TAlipon Cukod ngan Wak. 
Teman aku makan. 
KEbetulan, taya keta aku macam takde angin jer.
NAk pam tak reti plak. Takot meletup.
Sob....Sobb..
MAsa ni mula la teringat asben. HUaaa...





Wak dan Cukod
 BErsungguh aku edit gambo ni.
Tapi, gigi Cukod je yg nampak jelas. HHEHEHE...
Ini rakan-rakan yg dulunya sangat suka membuatkan aku rasa annoying ketika bekerjaya sebagai 'pembunuh lalat profesional' sekitar tahun 2010 hingga 2011. 
Walaupun depa ni kadang annoying, tapi depa jugaklah yg menghiburkan aku tatkala aku bosan jaga kaunter depan hari-hari dengan perut yg boyot tuh.

 Dua-dua masih bujang.
SIlalah berkenalan dengan diorang. Kesian sangat.... takde sapa berani ngorat depa. 
Aku tolong iklankan kat sini. 
Berminat, sila komen di bawah. 


Nama manja: WAK YANG COMEL


 Baik hati tau. 
HAaa... tu sebab kalu aku gi Manjung, even berada di sekitar Pantai Remis, aku tak takut. 
Well-covered... 
Ada pape , roger je dema ni. 
Sian depa dapat member tak reti pam tayar kereta sendiri. 
Tu pun berangan nak pakai ferarri, kannnn?
(tak penah tgk owner ferrari brenti pam tayar ky petrol pam... Ada ke?)

PApepun, mekasih BRO! Sebab tolong aku.
Walaupun lepas tu korang rembat payung Prudential aku sorang sebatang. 
Grrr....


Cukod kate pasni nak blanje BAskin Robbin plak. YoshH!!


Semalam, mmg full la satu hari. 
Jam 3 pagi baru aku balik bilik hotel. Tupun dok semangat nak close case lagi.
HAHAHA.. gilo kerja hape gini?


Dan hari ini, sebelum balik KEdah, sempat aku masuk opis jap.
Disebabkan pengasuh Oni nak balik Kelantan, maka aku takleh extend utk stay saana.
KAt Sitiawan ada karnival ape ntah..cambes je.
KAtenye ada artis bagai.
Dan semestinya akan ada ramai orang.... dan ramailah juge prospek. Kan kan..

Malangnya, tak dpt join sebab kena balik......



PAsni rasa takmo da la travel bawak dedua budak kecik ni.
BAwak sorang je bleh.
JEnuh aku ..
Wawan asik nangeh je.
Semenjak Apak dio takde nih, semuanya nak sentap.
KEntut kuat sikit pon dia terasa cam org marah dia. 
TAK PAHAM AKU!
Sume menda nak sebek..
Sume nak nangeh...
Eii.nyampah lah.

Pulak tu, cara nak diamkan dia pun unik.
Bila ONi nangeh, pandai plak dia diam.
Dia gelakkan kakak dia plak.
Bila aku marah dia, kakak dia plak gelakkan dia.

JAdi, bila nak tenang masa memandu?

ISk~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram