Followers

31 Jan 2013

GI dating ngan Founder HKCC tanpa mandi pagi!!



Cantik la sangat,

Janji nak deting ngan HAida jam pagi.
Dan aku lak bangun tido jam 9.30 pagi. HAHAHAHAH!!!

"Awatbest sgt ke tidoq dalm bilik tu sampai tak sedaq" tanya HAida tadi.

TAk sedor diri tido sebab, tingkap takde di bilik ni.
Makanya, bilik ni gelap bila tutup lampu.


Kitowg gi bekfes. Jenjalan gi bank sat.


Ni baru balik. Jam dah pukul 11.


Aku masih belum mandi lagi.
Tapi aku dah makan nasik tau. AHHAHAA.. Lunch sesiap gitew~


OK. Nak siap pi opislak.

Bertugas lagi dan kali ini review CK Hotel , Lumut


Time: 2244
Date: Jan 30, 2013
Cuaca : Unknown (sebab bilik takdo tingkap)
Lokasi: Lumut, Perak



BErtolak dari rumah jam 9 pagi tadi,ketika Oni masih lagi tidur nyenyak. Hanya Wawan je yg bangun. Nangeh kejap sebab tgk IBu siap lawa-lawa,keluar rumah bawak beg Akademi Fantasia.

Kali ni outstesen lama sikit, 4 hari 3 malam. Ada banyak tugas yang perlu dibereskan. BEside, besok malam ada agenda penting untuk Al-Azhar Associates.
Expected to end on 1st Feb, but suddenly bos gitau ada monthly meeting on Feb the 2nd. So, bos suruh lajak sehari lagi.
Luckily Inche Kitchi ada kat umah.
Alang pun tak de wat ape this wiken.
So, Oni n Wawan ditinggalkan.



Sampai CK HOtel jam 1215 at noon, of course.
Check in
By the way, aku booking dulu few days before thru booking.com. Sangat senang. Takyah deposit-deposit pun. KAlu confirm, terus bayar aje. Lagipun, hotel murah je kan.


CK Hotel ni sangat sesuai untuk orang travel-travel sengsorang cam aku skang. Sama la cam Valley View Hotel, LUmut. 
Cuma di CK HOtel , ada bilik untuk seorang, with 1 single bed.
Just RM35 sahaja untuk satu malam.
MEmandangkan bilik single tu da abih, jadi.... aku kena amik superior room. 1 queen-sized bed, aku sorang je guling-guling atas tu ditemani lektop dan.....JEremy Renner (?) *pervert ko MAkbed.
Harga bilik RM58 satu malam.


KEsukaan tentang bilik yg aku duduk sekarang:

  • TV flat skrin, bebetul tepi katil.
  • Plug yg mencukupi dan strategik. NAk charge telepon dan lektop , plug kena la dekat-dekat dengan kati ,kan?
  • TV with all important channel. Tv1, Tv2, Tv3, ntv7, 8tv, Tv9, AXN (faveret!), AEC, Vaan, Fox Sports.. Suma clear. Bez!
  • WIFI tiptop. Full bar. 
  • Paip khas untuk berwuduk.
  • Ada arah kiblat.
  • Ada char-koteaw sama nasik kukus la kat depan hotel ni memalam. TApi nak kuar malu plak sebab manyak pakwe situ. Aku dah le pakai cam makcik sabariah je nih!


Ketidakseronokkannya pulak:


  • aku duduk tingkat 3 weh! Gilozz
  • KAlau nak serika baju, kena gi turun kat lobi. KAt belakang nun ha serika nya. Ada sebijik jer. NAsihat peribadi: Kalu nak dok sini, bawak serika sniri la.
  • Ada disediakan water filter, air panas sejuk. TApi, takde cawan, sudu ke.. BEkas air ker. KOt sapa bawak anak kecik, bawak le termos seniri yer. 
  • Shower agak 'lemah lembut'. Stress je mandi. TApi, boleh la mandi. Ada water heater sume.Air je slow.
  • Bilik aku ni takde tingkap.Sebab tu la aku tatau current cuaca skang. hewhewhew..
  • Kedai runcit sebelah ni tutup jam 9 malam.



Pemenangnya adalah Valley View HOtel !!!!!.
Sebab dekat segala dengan memacam. TApi, VAlley View ni selalu ada masalah parking. Heee...
Biasa..setiap menda takde le suma nak bagozz je kan. Bayar murah, dapat pun mana-mana yg patut je la. Kita la pulak sebagai pengguna kena tentukan apa keperluan dan kendian decide.


Gambo takde.
Sebab malas nak amik ,dah bersepah bilik aku ngan baju. Beg baju beso sebab aku bakal duduk sini 4 hari dan baju aku adalah sangat banyak sebab siang sampai malam ada appointment dan yadayadayada yang lain. Blurghh~


Oni tipon tadi.
Just nak gtau yg dia da makan... Dan nampaknya dia paham yg ibunya kerja.
Ala.rindunya aku kat budak sorang tu.
PAdahal dok dekat-dekat asyik gado jer. HUuu~


Perut dah lapar lak tetiba.
NAk keluar malas pulak.
Time travel ni memang bagus la mengamalkan diet. 4 hari cam ni,kurus x?




Kurus menda tadi baru melantak makan wantan mee kat Jusco. HAHAHAHAHAH!





Miss the kids.
Miss Inche Kitchi. Beliau semestinya sedang enak bermesra dengan Cik Komputer beliau.

30 Jan 2013

Bleeding Pulak!







Tetiba je bleeding.
Memang tak expect lansung.
MAybe sibuk sangat bekerja, sampai lansung tak perasan. 
HuuukkHUkkk!




Yang ni haaaa 'bleeding'..




Sayang baby aku...

DINNER AT SUASANA CAFE




Lokasi makan bersempena meraikan Hari Malas Makbed kali ini adalah di sini...



Suasana Cafe, Alor Setar

Abaikan jer model tak berbayor tuh. 


Awalnya ALang ajak makan sini sebab nak rasa burger bakar nya terpemes katenye kat Alor Setar nih. 
Tapi, malam ni burger tu tak bukak la pulak. 
HUuu...



So,kami order apa yg ada je. Bau sup menusuk idung , membuatkan aku tak sesabo nak rasa bihun supnya.

Selain bihun sup dan koteaw sup, ada juga nasi ayam. 
Sup lain... ada sup ekor, sup lidah, sup gearbox, sup perut.. HAHA..serba segala sup la. 



Aku order bihun sup daging

Bihun sup daging adalah pilihan aku kerana aku memang pemakan daging yang tegar. 
Rupa parasnya pun sudah nampak mengiurkan. Apatah lagi la kalu duduk depan bihun ni. 
Baunya ... PErgghhhhhhhhhhhhhhh..... MEnyelerakan!
Kena pulak ngan cili pedasnya. Terbatuk-batuk menahan sedak kerana kepedasan. 
Memang power bihun sup kedai ni. 
Siyes aku nak datang lagi pasni. 


NAsi Ayam untuk Oni dan Wawan


Caya tak nasik ayam ni sepinggan dihabihkan oleh Oni?

HAHAHAHHA... -----> tak payah le percaya sangat sebab selagi Ibu nya ada, Oni takkan dapat perabih 100 peratus makanannya kerana Ibunya akan 'cukai' sikit. 
LALALALA~
TApi, Oni memang sukakannya. 
Memang sangat sedap nasi ayam kat sini. Memang NGAM abeh la sup dan ayamnya.
Makbed rasa jer sikit. HEE.. yang makannya tu ONi dan Wawan.


Wawan dan hobi beliau

KAlau kat kedai makan, bila mana je aku order teh o ais limau, haaaaa... INILAH kerjanya. 
Mamah limau tu sampai kering-kontang-kesit limau tu dibuat Wawan. 
Sama lah jugak ngan Oni.
Tapi, Wawan lagi teruk sebab dia siap leh kunyah lagi sebijik limau tu macam makan sirih. Tapi tak hancur pun limau tu sebab dia hanya nak pastikan suma 'zat-zat' limau tu keluar jer. 

Pernah ada satu tokeh kedai siap kasi sebijik lagi limau tambahan bila tengok Wawan punya sedap dok sedut limau tuh. 
HAHA. kaya dengan vitamin C ye nak ye..?


TAdi aku order 2 bihun sup dan 2 nasi ayam. 
Air plak teh o ais limau, sirap limau dan air kosong.

Total: RM26.00

 OSem kan?
 
 


29 Jan 2013

SURVIVAL MODE




Aku nak susun jadual utk hari ni je pun.
Duduk kat meja saje, dah berpeluh.


HAri ni INche Kitchi takde.
Gi KL.
Dan Makbed pun sudah tuko mode kepada mode SURVIVAL.
Tapi sehari je kot dia takde. 
Malam kang dia balik la kot. 
Suami balik ke tak balik pun main kot-kot jer. AHAAHA..~


Besok pagi-pagi MAkbed bertolak ke Manjung. 
KEna sampai before 12 tghari sebab aku nak gi masuk markazzzz dulu. 
Ada manyak menda nak kena settlekan, antaranya ialah nak install 'sesuatu' yg kalau aku tak install secepat mungkin, akan menyukarkan aku menjadi perancang kewangan berkarisma di masa akan datang. 
Inilah hakibatnya kalu format lektop. 
Lektop baru lah ni. MAcam baru beli gayanya. 
Mekasih la kat virus 'melewar' yg masuk sehingga menjahanamkan segalanya. CISKEK!


Will be there starting tomorrow sampai 1hb Feb. 
Sapo nak teman aku shopping kat AEON MAnjung, sila roger sebab aku mmg WAJIB cari blazer suit sebab yg ado nih dah besar. 
Udah aku ajak Juliana Jamni, tapi makcik tu tengah menunggu hari nak branak je. 
KAlau jalan ngan aku,maybe cepat sikit bersalin nye. HAHAHAHAH~





Nak bergerak sekarang!


Semoga ada peluang hapdet blog malam nanti.

9 Mimpi Rasulallah.


Copy dari fesbuk. Jazakallah...



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

selepas baca SILAKAN SHARE.....








Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




Misi hari ini... nak ikhlaskan amalan. Insyaallah. 

28 Jan 2013

SUSAH BENOR NAK ISI MINYAK KETA KE?





Ni statement terbuka ye.

Masalah SUKA ISI MINYAK di saat-saat akhir ni bukan jadi kat aku je, malah sejak zaman aku kecik-kecik lagi, aku dok perati je. Sambil geleng-geleng kepala.


Moskel aku ..

Adakah punca tak nak isi minyak kereta awal-awal ini kerana:

1 - malas nak turun kereta?
2 - rasa cam poyo isi minyak kereta
3 - duit takde nak isi
4 - berkira tenaga nak isi



Aku takmo sebut bahagian orang lain.
Ini aku nak cerita perihal pentingnya isi minyak kereta awal-awal dan kenapa tak boleh tunggu sampai indicator minyak tu dah menyala baru nak terhegeh-hegeh gi cari petrol pam.


1- Perkara yang tidak disangka boleh berlaku. Yakni, tetiba je jalan yg tenang dan biasa kita lalui setiap hari tu, berlaku kemalangan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas. MAhu ke  kita tunggu dalam kereta lama-lama dengan keadaan takde ekon? KAlau nak bukak ekon, kena pasang enjin.Udah pasang enjin, makan minyak la kan? KAlau minyak tinggal di akhir garisan, atau sipi-sipi je , camner?


2 - BErtangguh mengisi minyak . Besok baru nak isi. KAlau jadi emegensi, bini nak beranak, anak kemalangan kecil, jiran perlukan bantuan (maybe nak pinjam kereta) contohnya... SItuasi-situasi tidak dijangka ni boleh berlaku, dan elok-elok kita sebagai jiran boleh bantu dengan kereta kita, ended up kita pulak menyusahkan jiran kita bila tetiba dia plak kena gi brenti isi minyak dulu kat petrol pam. TU takpelah kalu dia sempat isi. KAlau tetiba mati enjin je ,camne?


3 - Bila berjalan-jalan di kawasan yg kita tak biasa, kita tak tau kat mana next petrol pam yg akan kita temui. Ini selalu terjadi. LElaki selalu bajet hebat... MInyak ada 2 baris lagi , selamber jer cakap "Ohh.. Banyak lagi minyak. Boleh sampai Kodiang ni!" sedangkan yg bercakap tu lokasinya ketika itu adalah kat Gurun.  OH, memang la buleh sampai. MAsalahnya, cara sampai tu la kan. KAlau kita tolak kereta tu bila minyak dah habih, memang boleh sampai jugak Kodiang nyerr... Lahai...


4 - Ini pesanan untuk suami-suami lah ye. KAlau boleh, nampak minyak tu da sikit, sila la bertimbang rasa tolong isikan. BUkannya si isteri ni tak boleh isi. Duit bukan isu. TApi, kelecehan mengisi minyak tu kena amik kira. Bole tak imagine, time nak gi keje.. ISteri keluar bawak anak nak gi baby sitter atau sekolah. Tengok-tengok, tangki minyak dah nak habis sangat. NAk nyala pun indicator tu. ISteri ni pikir masa depan takut kang tetengah jalan mati enjin, gagah gi isi minyak dulu.
Boleh bayangkan tak situasi IBu dengan anak kecik nak isi minyak? KAlau sorang leh gagah lagi la. Kalau 2? Cuba bayangkan time aku ngan ONi and Wawan la dalam satu masa. NAk isi minyak? Agak-agak bahaya tak? Kalau leh pakai kredit kad, ok. Kalu pakai cash? NAk kena gi konter sume..bawak anak berderet tu. Takkan nak tinggal je anak tu dalam kereta?
Dan kalau si isteri tu wat kering je, gi antar anak sekolah dulu... tetiba je keta mati enjin, on the way nak gi opis. Haaah... camne lak? Tak leh ke pikir sejenak.


So.. ini yang aku nak nasihat pada semua-semua yg terlibat. AKu tau isu ni kecik je pun. TApi, kalu pasangan masing-masing ada timbang rasa, consider la. Sapa pakai kereta pun takpe. Tapi, bila tengok minyak dah tinggal sikit tu, pepandai la isi. TAkyah la nak kena keluarkan arahan pulak. KAng bila isteri suruh, cakap pulak dia QUEEN CONTROL la, PERMAISURI SEMUT la segala.
KEsian jadi isteri ni. Semua menda nak kena pikir. TApi, nak buat semua tak larat la. Kena la tolong.


Haa..habih dah bebel.



P/S - tadi nampak ada sorang ibu ngandung ni , melambai-lambai tepi jalan sebab kereta dia rosak. Ada anak kecik beso ONi dalam tu. Sian dia...  AKu tak tolong pun sebab tengok dah ada orang tolong tengok kan keretanya.



RESPEK oke!

Tak Bernafsu



Kena penyakit malas masak dah.
Sejak amik HKCC ni memang tak bernapsu sangat dah nak memasak.
Tapi, napsu makan tu ada.
HAHAHAH.. -ganjil  tak?


Mai la sindrom makan kat kedai je skang.
NAk hapdet barang basah dalam peti ais pun segan. Entah kenapa aku ini.
Dulu excited je nak memasak.


Currently is trying to cut off rice consumption. LALALA.. So far so good la.
Aku makan je menda lain, tapi nasik tu ala-ala geleng jer.
BUkan pe. Kang bila makan nasik, mula la nak cedok lauk. LAuk plak bukan 1. Tapi pelbagai.
Oni ngan Wawan makan sayur jer. Dan kendian wat sup.
Abeh malas , depa ni aku belikan nasik ayam je.
Asal ada sup, jadile.
TAkpun, lauk kurma. TAk kisah le kurma telur ke, ayam or daging. Asalkan tak pedas.


 Berat taktau berapa.
Tak mau timbang.
Tapi, baju banyak yg dah muat sangat.
Takde la ketat kat 'situ'. Suma buleh button sepenuhnya.
TApi, kat perut ado lemak lagi.
KAt kawasan czer tu masih goyang-goyang lagi lebihan lemak.
Diet tanpa senaman pun, tak bagus kan?


Camana nk sarung cat suit nih!

jangan kate cat suit, unipom rasmi otomen pun ko takleh sarung MAkbed.....

[Movie Review]HANSEL AND GRETEL: WITCH HUNTERS





Movie ini akan menjadi movie-ulang-tayang untuk aku kerana adanya Jeremy Renner beraksi di situ. Yeyy!

Plot citer, takde le best mana pun.
Aksi: MAntap.
Citer yg rileks je tak de tergezut-gezut. Boleh la layan. TApi layan 2D aje dah la. 

Cerita berunsur ganaz. Budak takleh bawak. 
Baby pun takleh curi-curi masuk tengok citer ni. 
Gretel tu sangat comel la. Suka suaranya. Penah belakon citer Clach of The Titans and Prince Of Persia. SUka slang british tuh. Sexy kot. LALALALA...
Tahukah beliau ini ada extra jari? Tapi dah buang dah masa kekecik...
HEHEHE..

 Hansel?
Need to say more kahhh..?
HEHHEHE..
Dia wat le apa pun, aku tetap puji jugak. LALALALA.. JAngan mare 


Gi la tengok....
Bes gak. 





Sebut pasal filem tak ditapis, sebenarnya pada penghujung 2012 dah ada berita cakap TAKDE TAPISAN FILEM starting 2013 onwards. 


PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.
"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.
"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.

"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan

Sumber: UTUSAN MALAYSIA 21 Dis 2012


JAdi... sebagai warga yang berilmu, bila diletakkan rating untuk movie seperti U, 13PA, 18SG dan sebagainya, silalah hormati. 
TAk boleh nak salahkan orang lain yg buat movie tak tapis, movie yang tak berapa nak sopan , atau movie yg penuh keganasan sebab itu cara mereka berkreativiti.
Yang boleh kita buat adalah KALAU TAK SUKA, JANGAN TENGOK. Dan pastikan anak-anak or adik-adik bawah tanggungjawab kita untuk tak tengok. 




Aku penah kerja kat kaunter tiket wayang. LAma tau aku kerja kat situ. 
Ada keadaan di mana parent sendiri yg 'merayu' untuk benarkan anak dia berusia 4 tahun dan 8 tahun masuk bersama dia dan isteri untuk tengok cerita HELLBOY. MAsa tu citer rate 18SG kot. 

Alasan: Nak bawak anak-anak jalan-jalan. Dalam masa yg sama nak spend tengok movie bersama isteri. JAdi, anak takde sapa nak jaga. 


Dan ada juga ibu bapa yang sanggup fight ngan pekerja tiket wayang yg taknak jual tiket 18SG kat budak bawah umur , sebab parents just nak time out and let their kids do watever they want while the ibu pegi rebonding rambut. kt kedai sebelah.
Then bila pekerja wayang tak jual tiket, ibu tu mai gegado and mulalah keluar sgala education level bla bla bla..
 Yela.. yang juai tiket wayang tu kan suma SPM level dan suma tengah wat part time kerja untuk kumpul duit belajar. 
Mana la sama taraf ngan orang yg dah kerja duit banyak tu kan. 




NAk senang. 
Wat cam haku.
NAk tengok wayang je, anak-anak tinggal umah baby sitter. HEHEHHEE.
KAwtim la ngan bby sitter tu. BAgi la gaji lebih sikit. BAwak balik piza ke, kepsi ke. JAngan le kemut sangat. 

Nak Sekolah Jugak!




Jenuh nak memujuk anak dara haku yg sorang ni gi umah mama pengasuhnya. Mencebik aje mulutnya. MAklumlah.. awak tu dah excited nak gi sekolah , kan?

Tapi... sabar la ye sayang. Ibu kena uruskan hal-hal sekolah tu dulu. Bulan depan baru setat sekolah. NAnti kite gi beli beg sekolah yer. 





Skandal Kristen Stewart Bercerai



Ko kan Kristen... 

TAk baik meruntuhkan 'masjid' ko tau.
Tengok hape yg ko dah lakukan??




Udah elok-elok mu kapel ngan itu 'edward cullen' gatai je nak test asben orang. BAnyak agi orang ensem yg enko leh ngorat, apesal la laki orang juge yg ko pileh?



Dan Encik Robert PAttinson pula, meskipun sudah mencuba untuk memaafkan Kristen yg curang, tapi.... apakan daya.


Hubungan mereka tidak dapat diselamatkan juga.



Robert Pattinson kata 'nak kawan-kawan aje'.




Dalam hubungan ni kena ada kejujuran. Once jujur hilang, payah dah le kepercayaan tu nak wujud. Ingat tu ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak. 


Adorable Couple

Hu..

27 Jan 2013

[AMAL-AMALAN] Bismillah 5






Memula aku ingatkan Bismillah 5 ni adalah BACA BISMILLAH 5 kali...


HEHEHEE..



SALAH SAMA SEKALI.





Ini adalah Bismillah 5



1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.



Bismillah ini juga dikenali sebagai Doa Syifa;.



Antara fadhilat mengamalkan Bismillah 5 ni ialah...


 
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.





Cara mengamalkannya..

 
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.



Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.


Jom kita amalkan bersama-sama....



Boleh buat kat anak-anak yang demam.

Penyakit Keturunan Rupanya


End of JAn sekali lagi aku akan bermusafir. Tapi kali ni ke Manjung dan Ipoh aje. NAik Bambam Bee. Tak leh naik bas sebab ada manyak menda nak bawak balik.


Kendian , on Feb 7th, sekali lagi kena gi Manjung, bermalam di sana sebelum terus ke Ipoh untuk menghadiri training. Weee..lama tak training. TAk sesabo! Training pertama tahun 2013. SUke suke..



Semalam ONi wat lawak lagi. 

Tetiba je request nak makan kacang yg dapat dari majlis kenduri. AGaknya sebab kacang tu dibungkus dalam plastik comel-comel, jadi dia tertarik nak makan. 
JAdi, aku bukakkan plastik tu, dan masukkan kacang yg saiz cam kacang dal masuk ke dalam mangkuk plastik. 
Dia makan depan tv dengan Wawan dan Alang. 


Dok sat pastu, dia mai nangeh. 
Entah hape dia mengadu kat Alang, Alang takmo layan dia. So, dia mai kat aku plak. 


Oni cakap idung dia sakit. 


Aku tengok idung dia,tak nampak pape pun yg gatal. 
TApi, di luaran aje. 
Saiz idung pun nampak cam biasa je. 
TAkde pape pun!


Kendian tergerak hati plak aku nak picit hidung ONi. 
Dan aku pun picit lah.......







Terasa dalam idung Oni ada menda keras-keras! 
Aku picit ada bunyi 'krukk..kruukk..'.


HOHHH!!!!!



"HANG BOH KACANG DALAM LUBANG HIDUNG HANG PASAI PAAAA???"


Aku terus jengok kot dalam hidung Oni, tengok apa yg berlaku TAkde nampak pape... 
TApi kendian aku guna jari aku sendiri la cungkil. 
NAsib baik la hidung ni fleksible tulangnya. 
Dan nasib baik jugaklah menda tu tak masuk ke dalam sangat. Ada kat depan-depan jer. 
Aku cungkil la. Buleh pakai jari.
KAlau tak boleh memang aku cungkil la pakai lidi ke , pen ke.. Selagi aku leh selamatkan, aku guna kreativiti sniri je. 


Oni terus tak jadi nangeh tengok aku yang sedang bersungguh-sungguh benor menguruskan lubang idung dia. 



Endingnya, buleh le keluar kacang dal yg dia masukkan dalam lubang idung dia tu. 
PAstu, Oni kena la sedas ngan aku. 
HAHAHAHA. memang camtuh kot kan. KAlau anak wat apa-apa yg merbahaya je, bila dia survive, MAk musti marah siap tampor bontot sedas. 

"Haa..nak amek ni! Amek ni!! Yang gi wat kerja tak berpekdah tu wakpe? Beso sangat lubang idung nak masukkan kacang? Apesal tak masukkan TV sekali dalam lubang idung kamu??"


ONi nangeh... 
Bukan sebab sakit kena pukul bontot. TApi sebab takut tengok Ibunya yang hodoh tu. 


Alang dah gelak-gelak sambil menyorokkan muka di bantal. Takut Oni nampak. 






Malamnya, aku citer kat Inche Kitchi akan perbuatan anak daranya itu.

Eh..boleh pulak si Apak ni gelak-gelak. 



Apaknya kata..

"Memang camtu. Dulu ... saya pun masukkan menda dalam hidung juga. Bukan saya je, Kakak, Aie, Aizat ngan Ajim pun suma penah masukkan something dalam idung masa kekecik...." 



OOhh.. so no suprise la kan?

'Penyakit keturunan' rupanya menda nii.................




26 Jan 2013

Kisah Kehilangan Makbed's Journal Dari Radar Anda




HAri ni aku nak meluangkan masa nak flashback balik kisah TETIBA AJE MAKBED's JOURNAL HILANG ...

ekcelinya, aku ngah tunggu Domino's Pizza antarkan order..



Entri terakhir aku pada 16hb Januari 2013, sebaik saja aku balik dari bermusafir seorang diri ke Genting Highland. Berialah aku ni balik, nak taip dan upload suma gambo-gambo aku. TApi, bila aku bukak blog besoknya tetiba je DAH TAKDE lagi MAkbed's Journal di dashboard. 


YAng tinggal hanyalah senarai bloglist yang aku follow.


Aku bagaikan seperti seorang yang BARU BELAJAR BUKAK BLOG sebab kat dashboard tu dia hanya suruh aku CREATE A BLOG. 


Dan bila aku cuba taip url blog sendiri kat search engine... hanya ini je keluar. 



 

TErpinga-pinga aku taktau apa yang berlaku. 
Serta-merta rasa cam sunyi je.. PAdahal tadinya ada banyak je menda nak tulis. 
Rasa give-up dah mai dah sebab ini bukan kali pertama jadi macam ni. 
Elok-elok je awak tahun 2012, aku tukar link dari makbed dot com ke makbedsjournal dot blogspot dot com. Sebab, owner domain wat bankrup. 
Dah cukup setahun, masuk tahun 2013, follower aku baru je nak cukup 300. Ate tetiba , kena lagi skali. 
MEMANG NAK NANGIS SANGAT!!!! 
Even skang pun rasa nak nangih tau. 


MAsa tu aku tatau nak roger sapa. Yang teringat hayalah kat Lulu je. 
So, aku ngadu kat Lulu je la. 

BOleh baca Entri Ratapan aku kat SINI...


Kemudian, aku mintak tolong Si Penjual Janggut BErdaftar lak . Aku memang dah putus wayar dah. Udah le aku sengsorang je kat sini. TApi, untunglah jadi blogger , sebab kawan-kawan ramai buleh refer dan minta pendapat. Dan untunglah juga aku dapat kawan-kawan yg tak kedekut ilmu dan tenaga. Syuur sangat-sangat...


PAling mengharu-birukan adalah, aku lansung takde bekap blog aku nih.
 JAdi, bila terpikir nak buat blog baru, aku rasa cam alahaiii...... Sayangnya suma entry-entry lama akuu.... 

Moralnya: KORANG JANGAN MALAS BACKUP BLOG ekk..


Report dihantar ke Blogger Support.
Sementara tu, aku check kat gmail kot-kot le dapat email dari Google ke Blogger ke tentang apa-apa masalah di blog. 
Aku risau kot aku dah violate terms and condition jer. Sebab pernah baca beberapa blogger yang mengalami masalah seperti aku. KEna buat appeal dulu . 
Then tatau la berapa lama baru 'sampai' appeal tu kat orang sana.


LEpas 3 hari gitu, ada information dari Support. Aku dapat email.





Bila aku taip url blog kat search engine, dah keluar cam ni plak..





HAnya aku je buleh baca entry-entry yang ado dalam tu. ORang lain takleh. 







Bila bukak dashboard, tetiba muncul LOCKED BLOGS kat situ. Sebelum ni, takde. 

FYI, MAkbed's Journal yang baru telah dibuka dan entry-entry lama bermula MArch 2012 telah dapat diselamatkan, dan diabadikan masuk link baru, makbedthejournal dot blogspot dot com. 
Dalam masa 3 hari, 20 follower telah 'mendaftarkan' diri setelah dimaklumkan tentang bencana yg menimpa blog kesayangan. 


Bila aku klik kat LOCKED BLOGS tu plak... keluar yang ni..


Inilah dia blog MAkbed yang hilang tu. Buleh lihat beza di PAGEVIEW.
 Hanya orang yg berblog je paham kot camana nak tengok nih. 


Kemudian, ada Request Unlock Review di situ. 
So, aku klik kat situ sebab aku memang nak request suruh unlock. 




Aku kendiannya diberi code menerusi handphone untuk me'restore' blog aku tu. 
TApi, memula aku ditugaskan untuk menyingkirkan malicious code yang ada dalam blog. 
Even aku taktau camana nak buat, tapi aku buat jugak dengan beberapa bantuan dari Lulu dan rakan lain. 
AKu pun tatau apa aku buat sebab aku bukannya pandai bab code-code ni. Nak repair blog pun mintak tolong orang. Aku hanya pandai taip laju-laju aje. 

LAst skali, Bro Feroz soh aku neutralized kan blog iaitunya, tukar suma template dan gambo kepada template yg disediakan blogger. Dan aku jugak buang nuffnang sume.. 
Kira suma buang la. 
YAng tinggal hanyalah header kambing biri-biri je. NAsib baik la ada dalam simpanan. 


Support bagi aku tempoh 2 hari bekerja utuk settlekan masalah aku selepas aku hantarkan unlock request tu. 
TApi, masuk hari ni dah 4 hari.Dan aku plak, makin hari, makin banyak entri baru dimasukkan dalam Makbed:The Journal. Udah namanya penaip tegar. 
Manalah boleh berenti menaip kan?


Tapi, ada sesuatu yang bagusnya..

Aku dah boleh back-up blog aku since aku leh masuk ke dalam setting blog lama. Jadi, aku backup semuanya, dan aku transfer masuk Makbed: The Journal. 

Aku tatau brapa lama nak tunggu si Support ni siapkan kerja nya.
 LAgipun, entah betui ke malware code tu dah kena buang ke belom. 

TApi, bila aku check balik, ari tu memang ada NUffnang antar email cakap Nuffnang X nya ada malware. 
Diorang dah pun removed kan menda tu. 

Dan kebetulan masa aku letak NUffnang X dalam blog aku, time tu la juga malware tu sedang 'membiak' dengan jayanya. Maka, ianya melekat terus di blog aku.
 Dan bukan sahaja effect blog aku, malah ngan lektop aku skali mereng. 


Dan LEKTOP pun kena format. 


Geram punya pasal, HENPON pun aku format skali. 

Senang...

Alang-alang nak menyucikan kan???



Jadi, untuk itu, Makbed biarkan sahajalah MAkbed's JOurnal itu begitu.
KAlau dah release, biarkan jelah. 
MAkbed pun tak expect akan direlease dalam waktu terdekat ni.
TApi, kalau aku terus tunggu, makin banyak soalan aku nak kena jawap nanti.
Dan aku lak makin tak brenti-renti ketuk meja sebab gian menaip. 

MAka, MAkbed:The Journal akan menggantikan Makbed's Journal. 


MAri mengumpul new follower.
MAri membuat makeover.

Tetapi.. aku tetap MAkbed yang korang kenal sejak dahulu.


OK..Piza dah mai. Nak makan....

Lets Move On.




Assalamualaikum.. Dan selamat sejahtera kepada rakan pembaca.


Alhamdulillah, hari MAkbed dah berjaya import suma entry lama masuk ke url baru nih. Sebahagiannya MAkbed dah pun published. Sebahagian lagi masih tersimpan dalam IMPORTED folder dan akan dilepaskan secara berperingkat. 

Ingin MAkbed maklumkan pada rakan-rakan HKCC, entry berkenaan kopi kesayangan sudah pun aku publishkan. 
Dan pada rakan-rakan blogger lain, memandangkan Makbed kena start over, aku skang dah jadi BLOGGER BARU LAHIR!!! .... dengan jumlah post sebanyak 2000 post di dalam folder. Gile ko blogger baru boleh himpun lebih 2000 post? HAHAHAH~


Tapi,konsider lah saya blogger baru dan masih mentah lagi. Makbed dengan rasa rendah diri meminta jasa baik rakan-rakan blog yg dah lama kenal Makbed untuk mewar-warkan tentang PENUKARAN url blog Makbed.


daripada 
makbedsjournal dot blogspot dot com

kepada

makbedthejournal dot blogspot dot com


TErima Kasih sayang-sayangku sekelian.



Dan jangan lupa LIKE PAGE saya ye. 


"Abang, saya nak minta cuti satu hari, boleh?"

Sobb..Sob..
Baca sampai habih ye..



Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.



Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.



Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.



Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.



Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.



Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.



Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.



Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..



Namun suatu hari….



Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.



Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..



Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….



SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….



Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….



Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….



Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….



Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..



Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..



Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….



SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..



Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….



Kiasatina

11 may 2011


dicilok dari fesbuk. credits to whoever wrote this. 

Alert Notice




ALERT NOTE:

I am importing all the last posts on the LATE makbed's journal to this new link Makbed:The Journal.
JAdi... akan ada slight problem sedikit kat bloglist korang tapi ianya akan diatasi kemudian.

 Thanks.

25 Jan 2013

Ibu Bapa William Yau Zhen Zhong Sahkan Penemuan Mayat Itu Anaknya




Takziah tak terhingga diucapkan pada ibu dan ayah adik William Yau. Tak ada ibu bapa dalam dunia ni nak menemukan anak sendiri dalam keadaan sebegitu. Tapi, apakan daya....


Even kita sendiri pun mendoakan William ditemui dalam keadaan selamat. Tapi, sudah ditakdirkan gini. Sedihnya..


Ini petikan berita yang MAkbed amik dari Malaysian Insider.



PETALING JAYA, Jan 25 — The parents of William Yau Zhen Zhong, 6, have identified the body of a child found in Port Klang yesterday evening, as that of their son who was reported missing on January 16.

Subang Jaya police chief ACP Yahaya Ramli said the child’s body was identified based on two scars at the back of his head and one on his forehead which were similar to William Yau’s.
“William Yau’s parents also confirmed that the shorts and underwear found on the body belonged to their son. Based on preliminary investigations, police believed the body found at 6.30pm yesterday had a 75 per cent similarity with William Yau,” Yahaya told reporters, here, today.

Yahaya said, the report of the post-mortem conducted at the Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) in Klang today cited that the victim could have died about a week ago, but the actual cause of death was not yet known because the body had decomposed and many internal organs were damaged.
He said confirmation whether the body found was William Yau or not would be known after the results of the DNA tests are known in about 72 hours.

Yesterday evening, a man found a partially decomposed body of a child, who was fully dressed, stuck to a boat at the Kampung Sungai Sireh jetty, and the remains were sent to the HTAR for a post-mortem.

William Yau, the second child of Goh Ying Ying, 28 and Yau Kok Kang, 32, was reported missing at Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya after he was believed to have left the car to find his parents who went to an electrical outlet.

Yahaya said police were carrying out a thorough investigation into the case.

“We don’t have any concrete information yet, but have recorded information from several people.
“The DNA from William Yau’s parents were sent to the Chemical Department, Petaling Jaya for analysis,” he said adding, the case to date, was classified as sudden death,” he said.

Earlier, William’s parents were seen arriving at the HTAR Forensic Department at 11am, believed to be for the purpose of giving samples for DNA tests to help identify the child and they were accompanied by police to the hospital mortuary.

Meanwhile, MCA Public Services and Complaints Bureau chief Datuk Michael Chong when met at HTAR said, the bureau would help the family in any way possible.

Social Welfare Services Department director-general Datuk Norani Mohd
Hashim, who was also at HTAR, said the department was prepared to provide counselling and financial aid to William Yau’s parents if necessary. — Bernama






HARI-HARI TERAKHIR ... Al-Fatihah untukmu, Siti Hajar bt Mohd Sabir



Di hari Jumaat penuh berkat ini, Makbed ingin abadikan titipan yang dicopy-paste dengan jayanya di sini untuk tatapan semua. 
Sesungguhnya, tiada kata yang boleh Makbed ucap. Dalam hati , aku cemburu. Dalam hati , ada gusar. 
Tak pernah aku kenali pun siapa Siti Hajar binti Ahmad Sabir (al-fatihah untuknya) tapi, semoga daripada setiap pembacaan tulisan yg dikarangkan dari Ibunya boleh dikira sebagai sebahagian dari dakwah. 
Syukur Ya Allah kerana berpeluang baca nukilan seperti ini pada hari ini.




6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

 Copy dari :  mujahidah2u.com


MAkbed berkata:

Alhamdulillah..ramai rakan-rakan di sampingnya.
PErginya dia dengan kasih sayang ramai orang terutama sekali ibu dan ayahnya.
MAkbed ada buat sikit pencarian berkenaannya. 
KOrang pun boleh survey. Hanya google namanya. Maka akan keluar kisahnya dan akan ada juga komen-komen rakan terdekatnya di entry-entry titipan yang ada. 
Boleh aku katakan, sebaran titipan Ibu arwah Siti Hajar ni umpama sebaran dakwah yang memang direquest oleh arwah untuk Ibunya lakukan seandanya dia tidak dipanjangkan usia. 
Alhamdulillah... ianya berkesan di hati aku. Subhannallah. 



BErbanggalah Ibu dan Ayahnya punya anak sepertinya. 











TErima kasih EmasPutih sebab share ni kat blog. Aku pun share jugak. NAnti nak baca lagi banyak-banyak kali. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram