Followers

17 Dec 2013

Keluar Dari Zon Selesa, Memandu Kereta Lebih Besar. Ianya Mencabar. Tapi, Senyum!


Saya hanya memerlukan 3 hari sahaja.
Ochobot sudah kena servis 1000km , semalam. 
Weehu~


 
Nama glamer: Ratchet the Ochobot. 
Nama family : Mitsubishi
Nama sebenar: Triton VGT 4x4 GL
Pemahaman politik : Pengikut tegar Autobot. Bahahahah~ 
Warna kulit : Putih. Caucasian gitewww.. 


Sehari lepas Ochobot kuar kedai Makbed dah drive ke KL dah. 
OK... drive membawa kereta baru yg masih dara adalah sangat menyeksakan. 
TAkleh bawak laju-laju. 
Abah dah pesan. 

"HANG BAWAK 80 JA. SAMPAI TOL SUNGAI DUA BARU HANG PEDERAIH SIKIT. SIKIT JEEE~" 

Camtu la Abah pesan. 
Sebagai anak yang taat, aku pun bawak 80 ja la weh. Pukui 9.30 pagi gerak, jam 12tghari baru sampai Sungai Dua. 
Giler amazing betui drive. 
Sempat lagi singgah Juru beli Subway sama Starbucks. Ngantok kot~

Lepas Tol Sungai Dua, baru aku pijak minyak sikit. Sampai 100 aje. 
MAk aku dah dok pesan-pesan , jangan bawak laju-laju. 
Beliau sudah maklum kelajuan biasa anak dia bawak selalu adalah 140km sejam. 
Tapi, siyesly... aku bawak 100km je pun naik si debab ni, tak rasa lambat pulak. Macam lajuuuuu je. 
TErbuai-buai. TAkut pulak nak pederas lebih-lebih. 
Belum pandai lagi kan. 

Sepanjang jalan aku drive , tangan dua-dua pegang stereng hoke. 
Betapa skemanya aku. 


Tu pun, perjalanan pertama aku ngan Ochobot, aku dah kena bawak tv 40 inci. 
Beserta beberapa barang lain. 
Disebabkan aku belum letak cover belakang, jadi semuanya sumbat kat kerusi penumpang je. 
Aku sorang je drive pun.
NAsib baik la radio kereta ada USB. Masih boleh aku karoke lagu-lagu kesukaan dalam kereta. 
Cuma, sound system dan surround tak sama macam Bambam Bee la.  Bambam Bee best lagi. 

TAkleh nak besit laju sebab hujan lebat di sesetengah kawasan. 
MAsa ni merasa la bawak kereta dalam hujan. 
Perghh... tak sama feel bawak 4x4  dalam hujan dengan bawak kereta sport. Sport ke? HAHAHA..
On that very first day, Ratchet was put into test. And he did well!

Dan endingnya, aku sampai destinasi aku kat Prudential Training Academy pada jam 8 malam. 
Percaya tak?
HAAA. silalah percaya. 
Aku redha je kena kutuk ngan semua pemilik kereta laju yang ada kat PTA malam tu sebab itulah rekod pemanduan paling lambat dan lama yg pernah aku hadapi. 
Tapi, aku sengih je. HAHAHAHH~ 
Ketawalah .. Ketawalahh... 
Yang penting keta aku besar. 
Tu pun, depa berebut-rebut nak naik Ochobot yang aku sengaja tak bukak plastik kerusinya. Saja nak soh depa tolong koyakkan. 
Malam aku sampai tu, Vellfire Bos tak bergerak pun. 
NAik Triton belaka. 
BAngga sat. 

MEkasih anda-anda semua kerana mencemar duli naik Ochobot yang tak seberapa nih. 

Ini termasuklah sepupu saya, Kilah. 
Dan adik saya Kimi. 
Sorry, takdok gambaq pulak sebab kalut nak pi meeting malam tu. 


 
Bagaimanapun, di hari besoknya iaitu Sabtu, Al-Azhar Associates Monthly Meeting berjalan seperti biasa. 
Membuktikan bahawasanya saya hadir dengan riang, pastinya ada gambar untuk tatapan anda. Khasnya buat mereka yang tak pergi , tak dapat pergi, atau malas nak pergi meeting tu, anda rugi tau tau tau.
Meeting adalah best. Kalau nak rasa meeting yang best, jom le kerja seperti aku. 



Kali ni Kak Laila (yang pegang handbag Furla tu) datang dari Kulai, Johor. Seronok bila orang jauh datang.




 Gambar ni terblur pulak. Tapi, nak ucap tenkiu kat Cikinot sebab kasut dia buat aku nampak tinggi. PAdahal, rendang jer. Tsk...Tskk..




Nih wajah lapar sudah. Henbeg haruslah hijau kerana ianya warna mendamaikan. Besides, korang boleh kenal MAkbed dari kejauhan dengan hanya melihat beg itu.


 Lepas selesai meeting di KL, Makbed gerak ke Manjung pulak. Memang niat nak bermalam kat sana. TAk mampu kot nak drive direct balik Kedah dengan cuaca hujan lebat gitu. Letih wooo.. Biarpun naik Triton. 


Review bawak kereta baru sikit. 

Aku memang sangat meremenkan wanita-wanita drive si debab ni. 
Tapi, semestinya memerlukan keberanian yang sama besar ngan keta ni lah. TAk susah, jika tahu cara. 
Untuk permulaan , aku sendiri pun risau bila time nak gostan , sebab panjang tui. 
NAsib baiklah tuan kilang tu dah boh reverse sensor siap-siap. HEHEHEHE... TAkde le aku menggelabah katak dalam keta tu. 
Tapi, mostly orang tgk pompuan bawak keta cam ni, terkulat-kulat je, depa akan bagi jalan dan ruang especially time nak gostan. Syaratnya, jangan buat muka kerek lah ye. 
BUat muka comellllllll sahaja. 
Dan jangan malu mengaku tak pandai~ 
Dan jangan lupa angkat tangan kat orang yang memberi laluan kepada anda tuh.

Kalau korang ada ciri-ciri di atas, maka dipersilakan lah suruh laki korang beli sebijik. Ye..Ye..
Pada yang dah ada, suami punya, cuba test bawak sekali keta asben tu. Rasakan ..best ke tak. 

BEza bawak Ochobot ngan Bambam Bee....

- Bambam Bee rendah gila. Bukak pintu keta, turun kaki je dah sampai bumi. Ochobot plak, bukak pintu keta , kalu ko perasan keta ko rendah, alamatnya ko jatuh terguling la atas jalan raya. So, sentiasa kena sedar yang anda naik kereta tinggi, dan anda tu tak tinggi mana pun. Makbed kena terjun dari kereta tersebut ketika keluar. Hihih~
- Drive Bambam Bee rasa rugged je. TApi, orang tak nampak driver. So, takyah senyum sangat , orang tak nampak. Bawak Ochobot, terasa gagah pulak. TApi, kena sentiasa berwajah manis. Sebab orang nampak muka. Dah macam bawak bas rasanya. 
-Brenti isi minyak untuk Bambam Bee, orang usya kereta. Sebab warna dan keotaiannya. Pehtu, baru tengok driver. Tapi, kalau Ochobot plak..brenti kat gas station, kat diesel tu.. Orang tak tgk kereta. Tengok tuan kereta yg kemetot aje tu. HAih la nye...~ 
-Nak boh barang dalam Bambam Bee agak terhad meskipun bonet nya agak luas. Tapi, HKCC berkaton-katon takleh masuk. Ochobot? Segala menda boleh masuk. Pehni, leh angkut durian banyak-banyak hantar Putrajaya. 
-Bambam Bee leh main corner tanpa rasa cuak. Dengan Ochobot, takleh. TAkleh lagi kot. Sebab aku tak pandai. TAkut kang tayar naik atas plak. Korang mesti tak mau perkara itu berlaku , bukan? 


Tapi.... satu je persamaan berBAmbam Bee dan berOchobot...


Aku tetap tak basuh keta sendiri. Hantar kedai juga. NgehNgehNgehhhh~

Mekasih Kak Bos sebab belanja cuci kereta aritu.


Of course le semua best.
Roadtax dia pun BEST jugak. 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram