Followers

6 Dec 2013

CIRI-CIRI ORANG GAGAL



Dah lama ye tak buat entry motivasi.
HAri Jumaat yang berkat dan mulia ni, kena diisikan dengan entry ilmu sikit. 
So aku nak share sedikit tentang Ciri-Ciri Orang Malas yang aku dapat kumpul menerusi pembacaan aku sebelum ni.


Berikut adalah Ciri-Ciri Orang Gagal. 
Periksa diri. 
Mungkin kita ada, tapi tak ngaku.
Mungkin juga kita takde, tapi terasa ada. 
BAca ajelah. 
Tak rugi pun. 



Ciri 1 - ORANG YANG TAKUT MELANGKAH KERANA TAKUT SALAH.
Ciri yang macam ni memang sangatlah banyak. Mahu berjaya seperti orang lain berjaya, tetapi ada saja ketakutannya. TErlalu banyak 'kalau', dan terlalu banyak jugak bertanya.
Bertanya pun, bukan kerana mahu tahu. 
Bertanya kerana was-was. 
Tapi, dalam hati dia sedar, jika dia tidak decide melangkah untuk memulakan sesuatu, dirinya tetap akan sama.
NAk tunggu apa?
Nak tunggu loceng penanda rezeki datang berbunyi ke?


Ciri 2 - ORANG YANG TIDAK MENGAKUI KEKALAHAN DAN KESALAHAN
Pengakuan terhadap kekalahan dan kesalahan adalah satu tanda baik untuk melakukan perubahan. 
Bila seseorang tu dah mengaku yang dia gagal, maka  dia telah bersedia untuk mencuba apa saja agar dia tidak gagal, kalah dan salah lagi. 
Sekiranya masih terus-terusan ego untuk mengaku maka dia tidak akan mungkin sedar dia sedang menggagalkan dirinya. 
Ingat, EGO tidak membawa seseorang untuk berjaya. 


Cara 3 - ORANG YANG SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN DAN TIDAK MAHU MELIHAT PADA DIRINYA SENDIRI
Orang seperti ini cenderung menyalahkan orang lain sebagai punca dia gagal.
Salah adik jika dia gagal sampai ke tempat kerja awal. 
Salahkan suami jika dia dimarah suami. 
Salahkan isteri, jika dia gagal mendapat kenaikan gaji. 
Salah ibu dan ayah atas kemiskinan berterusan yg dialaminya. 
KEgagalannya dalam hidup semuanya berpunca dari orang lain, bukan dirinya. 
Seolah-olah dia mahu gambarkan yang sekiranya semua orang ini tiada dalam hidupnya, atau sekiranya orang-orang ini 'lebih pintar' dalam membuat keputusan, hidupnya akan jadi lebih bahagia. 
Ni nama nak decide sendiri dan tanggung sendiri memang takde la. Susah~


Ciri 4 - ORANG YANG GAGAL MERANCANG.
PErnah dengar ungkapan 'Fail to Plan is, Plan to Fail' ?
Ungkapan itu bukan dicipta sesaja untuk menyakitkan hati atau pun disebut-sebut bagi sedap je. 
Dengar, dan fahamkan betul-betul. 
Kalau tak faham, bukak kamus.
Sebilangan besar orang yang gagal adalah kerana mereka gagal merancang. 
Ada yang merancang, tapi tidak tahu apakah yg dirancangkan. 
MErancang juga memerlukan skill dan jangan malu meminta banyak pendapat dari orang berpengalaman bagi membolehkan kita merancang dengan baik. 
Untuk merancang, perlu ada pengalaman biar sedikit. 
Jika tidak ada, pinjamlah pengalaman orang. 
Itulah untungnya jika kita punya ramai sahabat yang tidak lokek memberi pendapat. 


Ciri 5 - ORANG YANG GAGAL MEMBINA HUBUNGAN JANGKA PANJANG DALAM KELUARGA SENDIRI
Tidak ada orang berjaya yang hidup sendirian.
Segalanya bermula dari keluarga. Lihatlah orang berjaya, hubungan mereka dengan ahli keluarga mereka. 
Teladanilah. 
MEreka yg berjaya ini biasanya sangat disayangi keluarga dan biasa menjadi pemyambung serta pengerat silaturahim. 
JIka dalam keluarga sendiri pun dia tidak dihormati, bagaimana boleh dikira berjaya?
Doa ahli keluarga yang redha, khasnya ibu bapa adalah TONGGAK UTAMA kejayaan kita. 
JAdi, sikap suka menjauhkan diri dari keluarga adalah ternyata bukan ciri-ciri orang berjaya. 


Ciri 6 - ORANG YANG MEMPUNYA SEPARUH SEMANGAT DALAM DIRI / BERJIWA KECIL
Semangat tikus. 
MAhu, tapi takut-takut. 
Sanggup tunggu sehingga semua orang tiada, barulah 'belang'nya keluar. 
Tetapi, untuk apa? Apa manfaatnya. 
Jika diberi semangat, akan berkobar-kobar jiwanya. 
Tetapi, setelah ditinggalkan, api semangatnya padam begitu sahaja. 
Orang ini sentiasa memerlukan sokongan orang di sebelahnya.
KAlau tak ada, dia lebih rela duduk di situ sahaja, sehingalah ada orang lain pula tolong beri semangat pada dia. 



Ciri 7 - ORANG YANG TAKUT MENGAMBIL RISIKO. SERING MENUNGGU DURIAN RUNTUH DAN LEBIH GEMAR GOYANG KAKI.
 NAk berjaya, tapi berkorban tak mahu. 
TAkut sangat dengan kehilangan. 
PAdahal kehilangan itu cuma sedikit jika dibandingkan dengan keuntungan kemudiannya. 
Orang seperti ini mudah dikenali. Hidupnya dari zaman dahulu sehingga kini sama sahaja gayanya. 
Perangainya juga sama. Pemikirannya juga masih sama. 
Yang berubah cumalah wajahnya, dengan sedikit kedut. 
YAng berubah cuma orang-orang di sekelilingnya. 


Ciri 8 - SINONIM PADA ORANG YANG MANJA , TIDAK MAHU BERUSAHA, BEKERJA , TIADA MOTIVASI DAN YAKIN DIRI. PEMALAS
 Apa pun tak boleh. 
Suruh buat apa pun tak mahu.
Bukannya tak tahu. 
Tetapi malas berfikir. 
DIberi motivasi pun sama sahaja. Ibarat mencurah air ke daun keladi. 
Hidup lebih rela meminta dari berusaha. 
MAhu berusaha tetapi risau rugi. Risaukan tenaga yang terpaksa dikeluarkan. 
Keyakinan diri, lansung tiada. 
Jadi, apa pun tak boleh. 


Ciri 9 - BERPEMIKIRAN NEGATIF, BERSIKAP PASIF, MENGALAH PADA KEADAAN, LAMBAT BERTINDAK DAN BANYAK ALASAN
 Sifat-sifat di atas itu adalah memang sifat yang menjadi hak milik kekal orang-orang yang gagal. Tidak akan boleh berubah seseorang yang bersifat sedemikian, apatah lagi bermimpi untuk mengecap kejayaan. MAlah, BERMIMPI pun dia tidak mampu. 
Kehidupannya biasa-biasa sahaja. 
Terumbang-ambing mengikut arus masa. 
Satu sahaja cara untuk buang semua sifat-sifat yang lansung tidak membantu ini - BERUBAH. 
Carilah jalan. 
Buang semua sifat di atas. 
JAngan segan bertanya. 
Jangan memilih guru. 
Kosongkan cawan. 
LApangkan fikiran. 
InsyaAllah.




 Ciri-ciri ini di nukilkan oleh oleh Billiy P.S Lim. Ada satu dialog ringkas ditanya oleh beliau kepada peserta programnya, " Kenapa orang akan tenggelam bila terjatuh ke dalam air?"

Mereka menjawab , " Dia tidak dapat berenang."

Billy kata, "Salah...jawapannya dia tenggelam kerana dia terus berada disitu dan tidak berusaha menggerakkan dirinya ke tempat lain."

Bukanlah banyak mana ujian yang kita dapat, bukan juga seberapa banyak hinaan yang kita dengar, dan bukan seberapa banyak kegagalan dan kesedihan yang kita hadapi menjadi persoalan utama.

Namun hakikat yang perlu kita hadapai adalah bagaimana untuk berhadapan dengan semua itu dan melakukan perubahan. Jadilah diri sendiri berdasarkan potensi yang dimiliki.

Sabda Nabi SAW: "seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk buat kali kedua."



JIka mahu berubah, berubah lah dengan ikhlas. 
Bukan kerana orang lain, tetapi untuk kesejahteraan diri sendiri.
Sejahterakan diri sendiri dahulu, baru lah boleh mensejahterakan orang lain. 


Wallahualam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram