Followers

22 Dec 2013

Antara Jualan Murah, Penjual dan Pembeli


BAru perasan yg aku selalu berblog pada hari Sabtu dan Ahad. 
Ngeh..Ngeh..Ngehh..


Nih baru letak semula lektop atas meja kerja. 
Aku baru aje balik dari tugasan di Manjung. Kali ni 3 hari. 
Daripada hari Rabu sampai le hari Jumaat.

Oni aku bawak sekali. Tinggalkan kat umah Mama As dalam Pangkalan TLDM tuh.  Udah memang port dia dah. 
Wawan plak dok umah Acik. Acik rindu sangat kat dia nak bawak balik rumah pulak. 


Jadi, Linda dok sorang-sorang ngan Alang jer. Cuti babysitting. 


HAri ni aku gi majlis kenduri je. 
Tu pun, nak minta maaf sangat-sangat kat Aween Puteh Baharin, my client dan my pembaca blog tegar. HAri ini majlis perkahwinan dia tapi Makbed tak dapat nak pergi. Ada banyak kenduri la pulak.


Pukul 7 malam baru abih makan kenduri. 
KEnduri paling maveles adalah kat Gurun. 
Gulai batang pisang jugaaakkk yang best. Lamanya tak makan. Nyum!


Di Parkson Alor Setar Mall ada sale~

Aku bukan jenis pencari SALE, apatah lagi kaki shopping. 
Tapi, entah kenapa ari ni tetiba tergerak hati nak bawak Ochobot gi situ. Niat awalnya nak cari sehelai seluar jeans. Kekononnya, nak reward diri sendiri. Tapi, reward sempena apa, tidak dapat dipastikan.


Syukur, sebab yang dok sale beria tu banyak kat bahagian jeans. Daripada Levis sampai le ke BUM. Tapi, aku bukan nak citer pasal SALE tu.
Nak citer pasal SALESMAN or SALES  PERSON. 

Jurujual Levis kat situ berlagak nak mati!
Mementang la aku ni tembam , buat tak layan je aku. Apeke tak layak ke aku pakai seluar Levis ??
Meluat betui. 
Lastnya aku beli gak seluar jeans. Ala kadar jela. NAk pakai je pun. Asalkan selesa. 
Nak gitau jugak, CASHIER kat PArkson situ sombong betui. Senyum pun takmo. Penat kot berdiri. TApi, udah namanya tugas, berlapang dadalah. 
Aku pun kalu ikut nak masam juga muka aku. Dah le kena beratur, pehtu kena bayar. Keluar duit. PAtut tak aku senyum?
Kang kalu aku tak beli kang, korang takde gaji tau!

Baik korang senyum sikit selepas ini. 


Kendian, aku ke XES di tingkat bawah. 
Butik kasut XES ni memang butik murah. TAk leh la lawan ngan Scholl or Vincci. Bleh la nak sama taraf ngan BATA. Tapi, ada kasut-kasut di XES ni yang aku sangat suka. 

Memandangkan hari ni hari Sabtu, hari ni takde beg plastik. 
Jadi, suar jeans yang aku beli tadi tu, aku pegang aje. 
MAsa aku dok belek-belek kasut , agak lma juga sebab masih decide nak beli ke tak.... TEtiba, ada sorang perempuan berbangsa Cina datang dekat aku. 
Sambil bawak beg plastik kosong. 

Dan dia hulurkan beg itu pada aku. 


"Ambik la. Tengok you plih kasut macam susah saja. Kesian saya tengok," ujar wanita Cina tu sambil tersengih. 

Aku pun tersengih gak. MAcam kerang busuk. DIa bukan saja hulurkan beg plastik, tapi siap tolong masukkan suar jeans aku tu dalam beg tu. 

Rupanya, dia tokeh kedai kasut tu daaaaaa~


Wanita tu tak cakap banyak lepas tu. Dia sibuk bergurau senda dengan pekerja-pekerja dia. Pekerja dia mostly Melayu. NAmpak seperti mereka sangat suka bekerja dengan dia. 

KAlau aku sendiri, aku pun siok juga kerja ngan bos yang keloloh dan peramah macam tu. 

HAnya kerana sekeping beg plastik kosong yang dia offer pada aku tadi, aku ter'beli' 2 pasang kasut.  KAsut pertama adalah kasut yang memang aku aim nak beli. 
KAsut kedua adalah kasut yang aku memang dah pernah beli, dan aku pakai. Disebabkan selesa, aku pakai sampai jahanam. Dan masih pakai ketika kejadian. Tapi, disebabkan kasut tu dah jahanam, aku beli lah kasut yg sama pattern macam tu, tapi warna lain. CUma, harganya jauh lebih murah itu last stok! 
Murah 60% tau~

Moralnya, bukan sebab SALE sangat pun yang jadi punca orang membeli.
Tapi, sebab layanan orang kedai, buat pembeli berbesar hati nak membeli. 
Biar ada masanya mahal, tapi kalau layanan orang kedai best giler, memang beli jugak. 
Tapi, buat la jualan murah macam hape sekali pun, tapi layanan macam sampah, aku memang tak gi dekat pun. 


KOrang camne?












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram